Wednesday, 30 May 2018

TADABBUR RAMADHAN - SURAH AL FATH KELAS8 30.5.2018


Notes:
Tadabbur Al-Quran Bersama Ustaz Dr Firdaus Sulaiman – Program Ramadhan Abqaf
Tadabbur Surah Al Fath, Surah 48, ms511
Selasa, 30.5.2018, 14 Ramadhan 1439H – KELAS 8

Puji Syukur atas berbagai rahmat and kurnian Allah. Alhamdulillah kita dipanjangkan umur untuk memasuki bulan Ramadhan tahun ini sehingga hari 9 ini. Moga diberi Inarah untuk menyempurnakan ibadah pada bulan Ramadhan. Selawat dan Salam kepada junjungan kita Nabi Muhammad SAW. Moga Allah memberkati majlis ilmu kita dan merahmati kita dan mengurniakan ilmu yang bermanfaat kepada kita.

Bacaan Ayat dan tafsir ayat ke 7 hingga ke 10
Orang yang sentiasa bersangka baik dengan orang dan lebih lagi kepada Allah. Betul2 beriman dan yakin dengan Allah. Allah tidak kecewakan dia dan tidak akan siasiakan kebaikkannya
Surah An Nisa , ayat 147, ms 101 garis panduan untuk tenang – cam dan pegang betul2. Syukur kena bawak ini any condition, bawak iman dan syukur ke mana-mana. Mesti ada pada bila-bila masa.

3 kalimah jangan lekang dari mulut – Kena basah mulut
1.La illahaillAllah. – kunci masuk syurga
2.Alhamdulillah – kunci untuk dapat rahmat dan nikmat bertambah
Paling minimum tanda syukur kepada Allah dan lebih lagi, guna nikmat ke jalan Allah
3. Astaghfirullah – kunci daripada terhindar dari neraka /menutup pintu neraka

Pandang hari kemudian dengan tenang dan kegembiraan…positif, sangkakan…akan dapat surprise demi surprise dari Allah. Bangun happy, ada masa lagi nak tambah bekalan.  Ada kesempatan untuk tambah kebaikkan demi kebaikkan. Allah hidupkan kita hari ini, sebab bekal tak cukup untuk akhirat lagi. Hari ini adalah hari aku menabur kebaikkan.

Jadi OPTIMIS. Rasa masa adalah anugerah…tak putus2 buat kebaikkan dengan apa yang ada depannya /ditangannya. Ketika anaknya didepan...jadikan ladang kebaikkan…pasangan…jiran, kawan apa sahaja

BUKAN meratapi masa lepas yang gagal…tapi JADIKAN hari ini dan esok untuk meraih kebaikkan

Ayat 7, Al Fath
Dan milik Allah bala tentera langit dan bumi. Dan Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.

Makin lama makin optimis,mera sakan kita tak keseorangan sebab sekeliling kita ada bala tentera Allah sedia untuk membantu kita. Oleh itu orang yang kuat, adalah orang beriman. Tanda lemah iman itu adalah orang yang lemah/tak bersemangat/pesimis.



Doa Nabi – Sentiasa meminta Perlindungi dari:-

1.Kerungsingan- yang berlegar-legar (fikiran dan perasaan) -bila tak positif fikiran, sel akan lemah. Pentingnya self dialogue. Bila lemah, sebut wahai yang Maha Kuat. (Asma Husna). Bila fikiran positif, akan rasa kuatt.
2. Sedih – lemah kemahuan
3. Malas – berat untuk lakukan aktiviti
4. Takut – gambaran sifat malas dan lemah. Tiada keinginan untuk menyumbang
5. Bakhil dan Kedekut
6. Hutang
7. Kezaliman Manusia

Foto FTR-Pelengkap Rezeki.

Orang beriman Optimis sentiasa. Kita yakin dengan bala tentera Allah. Dengan rasa itu Allah akan kuatkan lagi fikiran kekuatan kita. Allah Maha PERKASA. Kenal Allah dengan sifat, nama, perbuatan dan janji. Kita rasa berjaya bukan atas self capability…tapi kejayaan dengan pertolongan Allah.

Kita merancang, Allah merancang. Allah sebaik perancang. Allah Maha Bijaksana, dia akan tentu masa yang paling sesuai.

Jangan pada ketika kita tidak dapat apa yang kita mahukan…kita kembali buruk sangka. MESTI tetap dengan baik sangka.

Yakin perancangan Allah adalah terbaik. kita nak 2 bulan, Allah bagi 2 tahun. Ilmu kita sikit, Ilmu Allah lagi baik. Flashback kehidupan kita yang lepas…cantik yang Allah uruskan. Perancangan Allah lebih baik.

Sila lihat kembali kehidupan dengan kaca mata nikmat bukan cari salah.  Apa yang dah jadi Tak boleh berubah, buat apa tgk salah nanti akan rasa bersalah dan muram…sekejap takpa sebagai iktibar/muhasabah/hikmah. tapi lama akan jadi BEBAN.

Bila muhasabah, terima dan redha (termasuk DOSA yang kita lakukan), jangan bawak perasaan menyesal/terkilan/I wish/ What if sampai lama, nanti tak boleh move on. Cari Hikmah dan bersyukur. Terima, redha dan move on. Jadi pendorong untuk kita jadi lebih baik.

Hakiman – Bijaksana – Dia akan beri kepada kita pada masa, tempat, orang dan ukuran (Ghaniyun – Allah Maha Kaya) yang TEPAT DAN SESUAI. Bila doa mintaklah apapun dan banyak mana pun, itu tidak menjadi masalah. Tapi bila dah dapat, kita anggap ini adalah yang sesuai untuk saya. Alhamdulillah.

Ingat PERKASAnya Allah boleh tolong kita (apa sangatlah yang kita mintak itu nak dibandingkan dengan keperkasaan ALLAH), TETAPI imbangkan (BALANCE IT) dengan pemahaman bahawa tidak semua yang kita harapkan akan diberi oleh Allah KERANA Allah maha Bijaksana. Contoh, ibu bapa yang hendak macam-macam daripada anaknya. Terbaik untuk kita, tak sama dengan orang lain. Terima ketentuan dengan positif.

Bala Tentera Allah ramai. Kita duk berharap kat orang tertentu…tapi nanti ada orang yang takde kena mengena dengan kita, dia yang tolong selesaikan untuk kita. Orang yang sesuai, Allah yang pilihkan. Jangan terlalu fix dan rigid. Makhluk datang dan pergi (baharu/berubah) – come and go. KEKAL hanya Allah. Terima hakikat. Berbahagialah wahai hati.

Syeikh Dr Muhammad Ratib al Nablusi
Tolong anak-anak kamu agar mudah berbakti pada kamu. Minimumkan expectation kamu terhadap anak kamu. Bila tolong sikit, pun rasa amat bersyukur. Jangan lemparkan kata-kata negative kerana ianya satu Doa. Rendahkan expectation. Majority mak ayah high expectation. Mudahkan untuk anak supaya dia mudah focus dan bahagia. Jangan buat dia tak senang hati dalam semua apa yang diusahakan.

Ayat 8, Al Fath.
Sesungguhnya, Kami mengutus engkau (Muhammad) sebagai saksi, pembawa berita gembira dan pemberi peringatan.

Surah Al Baqarah, ayat 143, ms 22
Dan demikian pula, Kami telah menjadikan kamu (Umat Islam), umat yang adil dan pilihan agar kamu menjadi saksi atas perbuatan manusia dan agar rasul (Muhammad) menjadi saksi atas perbuatan kamu. Dan kami tidak menetapkan kiblat yang menjadi kiblatmu sekarang melainkan agar Kami mengetahui dengan nyata siapa yang mengikuti rasul dan dan siapa yang berpaling tadah. Dan sesungguhnya pemindahan kiblat itu terasa amat berat kecuali bagi orang yang telah diberi petunjuk oleh Allah dan Allah tidak akan mensia-siakan imanmu. Sesungguhnya Allah Maha Penyayang kepada manusia.

Sentiasa, posisi diri kita wasathan / in the middle. Sederhana. Tidak ekstreme/tidak longgar. Dalam apa situasi, jadi tengah/sederhana. Untuk jadi saksi yang baik. Tak taksub kiri atau kanan. Tengah2. Mukjizat ayat ini (Surah Al Baqarah 286/2 =143 – Tengah surah)

Surah Al Kahfi, ms 295. Ayat 19 (Ayat pertengahan AL Quran)
Dan demikianlah kami bangunkan mereka agar mereka saling bertanya di antara mereka sendiri. Berkatalah salah seorang di antara mereka: “Sudah berapa lamakah kamu berada di sini?” MEreka menjawab: Kita berada di sini sehari atau setengah hari”. Berkatalah yang lain lagi): “Tuhan kamu lebih mengetahui berapa lamanya kamu berada di sini. Maka suruhlah salah seorang diantara kamu pergi ke kota dengan mambawa  wang perakmu ini dan hendaklah dia lihat, manakah makanan yang lebih baik, maka hendaklah dia membawa makanan itu untuk kamu dan hendaklah dia berlaku lemah lembut dan janganlah sekali-kali menceritakan hal kamu pada seseorang pun.

Perkataan ‘Wal yataladtaf’– berlemah lembut dan jangan sekali-kali menceritakan hal kamu kepada seseorang pun. Jangan nampak jelas apa yang kita ‘fikirkan dan kita berada dalam kesaksian.

Jangan bias – hindarkan. Saksi adalah wasatan – dia terang yang baik dan yang buruk, dan terpulang kepada hakim/orang yang mengambilkeputusan

Ini hanya dalam kesaksian. Dalam harian, bila cerita pasal orang lain dengan orang lain. Cerita yang baik baik sahaja atau Diam. Aib orang kita cuba tutup. 

Munafik – menutupi sesuatu kerana ada niat jahat.

Syahidan /Saksi – Nabi dan umatnya diminta menjadi saksi
Bawa khabar gembira/bahagia, Make people happy (ITU MISI HIDUP), Sebaik baik amalan adalah yang paling banyak manfaatnya, seperti memasukkan kegembiraan di hati orang. Khabar gembira yang menyebabkan orang rasa mudah, ringan dan lembut.

Sifat orang yang memudahkan dia masuk syurga
Sahlan- Mudah/Selesa
Haiyinan – Ringan
Laiyinan - Lembut

CErita seorang professor di UM, Prinsip Prof – masuk bilik takut, keluar SENYUM. Prinsip khidmat dia. Senangkan pelajarnya walaupun mereka ada buat salah atau buat yang kurang dari yang sepatutnya.

Nabi Ingatkan
Bila Benci, berpada pada/sederhana
Bila Sayang, berpada pada/sederhana
Satu hari nanti, musuh jadi kawan. Sayang jadi musuh

Selalulah:-
Marah tengah2
Sayang pun tengah2
KERANA, bila sayang lebih lebih dan mengharapkan balasan - Bila berlebih dan bila tak jadi, marah sangat2 dan terus habis nilai amal itu.

No comments:

Post a Comment