KELAS 3 (Rabu, 31.01.2018)
Erti Kehidupan Menurut Al Quran dan As Sunnah
- Nasihat Nabi Muhammad S.A.W ‘La tahzan innallaha ma'ana’ – Jangan Bersedih kerana Allah sentiasa bersama kita.
- Kita mesti redha dengan setiap yang berlaku kerana itulah ketentuan, takdir dan qada dan qadar Tuhan yang Maha Esa.
- Penerimaan sesuatu dengang redha akan pastinya membawa kita keapda sikap yang lebih positif.
- Siapakah yang mengajar kita dengan konsep ini? ALLAH dari AL Quran
BAB 1 – Al-QURAN MEMBERI PETUNJUK & PERINGATAN:
i-KEBENARAN DARI ALLAH MELALUI UTUSANNYA, NABI MUHAMMAD S.A.W.
تَبَارَكَ ٱلَّذِى نَزَّلَ ٱلْفُرْقَانَ عَلَىٰ عَبْدِهِۦ لِيَكُونَ لِلْعٰلَمِينَ نَذِيرًا
Maha suci Allah yang telah menurunkan Al Furqaan (Al Quran) kepada hamba-Nya, agar dia menjadi pemberi peringatan kepada seluruh alam. (Al Furqaan 25:1)
- Maksud (Ta ba ro ka) - ketiga-tiga maksud menyempurnakan
- Maha Banyak Pemberian – tanda pemberian anugerah itu berkat apabila kita mendapat berkat, kita akan rajin menyucikan Nya dengan tasbih dan tahmid.
- Maha Berkat
- Maha Suci
وَهٰذَا كِتٰبٌ أَنزَلْنٰهُ مُبَارَكٌ فَٱتَّبِعُوهُ وَٱتَّقُوا۟ لَعَلَّكُمْ تُرْحَمُونَ
Dan Al-Quran itu adalah kitab yang Kami turunkan yang diberkati, maka ikutilah dia dan bertakwalah agar kamu diberi rahmat. (Al An'am 6:155) - Kesan utama Berkat adalah perasaan selalu cukup.
- Furqaan – fara’qa (terpisah) – Kesan mendampingi Al Quran ialah ia akan menjadi Furqaan iaitu pemisah antara yang baik/betul dengan apa yang batil.
- Dengan Furqaan kita dapat pelajari untuk membezakan yang baik dan yang buruk. Only what is in the Quran is the RIGHT WAY
- Nabi hanya disebut dalam Quran 3 kali dengan panggilan Ya Rasul, Ya Nabi, selebihnya Allah gunakan panggilan ‘Abdihi’ iaitu HAMBA. Menurut ulama, kedudukan seorang hamba adalah lebih tinggi dari Nabi dan Rasul
- Apa maksud HAMBA? Seorang yang tiada apa-apa. Dan apa jua yang ada pada diri pada satu ketika adalah dimiliki oleh yang Maha Pencipta, Jadinya, kedudukkan paling tinggi disisi Allah swt ialah menjadi seorang HAMBA
- Selama mana kita merasakan kita ‘memiliki’ makhluk/barang/dll, maknanya kita belum benar2 menjadi hamba yang sebenarnya
- Apa jua pangkat kedudukan kita di dunia tidak akan menjamin tingkat dan kedudukan yang baik di akhirat
- Furqaan akan betul2 dirasai oleh mereka yang betul2 meletakkan diri mereka sebagai seorang hamba yang daif.
- Apabila kita telah mendapat furqaan, barulah kita akan dapat memberi peringatan kepada seluruh alam.
- Naziraa’ – pemberi peringatan (zikra/reminder) – Dalam keadaan kita yang kurang ilmu, adalah lebih baik kita jangan banyak sangat beri ‘Nazir’ dalam dakwah tetapi lebih kepada Basheer – iaitu menyebarkan berita berita bahagia/gembira/baik- Spread Positivity if we want to dakwah.
- Ikutilah cara2 nabi apabila berkata-kata – semua bermula dalam bentuk pujian dan bijak dalam memilih kata2 baik – cth ‘Abdullah ini akan jadi hamba terbaik kalau bangun malam”. Alangkah indahnya suara Al Kindi kalau membaca ayat suci Al Quran
- Dengan furqaan, kita akan dapat membezakan apabila terdapat khilaf. Prinsip-prinsip furqaan
- Tinggal yang tak pasti dan ambil yang pasti
- Istastifalbab – tanya hati kamu sendiri, bagi perkara baik hati kan rasa tenang dan bagi yang tidak baik hati akan rasa tak tenang/gelisah
- Hati yang bertaqwa/tenang/baik boleh diusahakan dengan banyak membaca al Quran dan zikrullah agar tidak dalam keaadaan gundah gulana.
- Aisarhuma – ambil yang paling mudah bukan yang susah/complicated
- BEKAL KITA untuk membuat kebaikkan - melalui apa yang Allah bagi pada kita, iaitu apa yang ada pada tangan kita.
هُوَ ٱلَّذِى يُنَزِّلُ عَلَىٰ عَبْدِهِۦٓ ءَايٰتٍۭ بَيِّنٰتٍ لِّيُخْرِجَكُم مِّنَ ٱلظُّلُمٰتِ إِلَى ٱلنُّورِ ۚ وَإِنَّ ٱللَّهَ بِكُمْ لَرَءُوفٌ رَّحِيمٌ
Dialah yang menurunkan kepada hamba-Nya ayat-ayat yang terang (Al-Quran) supaya Dia mengeluarkan kamu dari kegelapan kepada cahaya. Dan sesungguhnya Allah benar-benar Maha Penyantun lagi Maha Penyayang terhadapmu. (Al Hadiid 57:9) - Macam mana nak tahu jika kita sudah dapat furqaan? Ketika masa kita membaca Al Quran, maksudnya jelas. Sudahkah kita capai tahap yang Allah mahukan. Bila kita paham dan rasa setiap pengajaran Allah di dalam Al Quran, maka bolehlah kita merasakan yang kita sedang (perlahan-lahan) memahami erti kehidupan yang sebenarnya.
- Rujuk surah Al Ahqaf, ayat 15 – mengenai umur 40 ke atas. Rahsia bahagia ialah hidup ini mesti sentiasa berubah kepada kebaikkan
- Sifat ayat Quran adalah ‘baiyyinat’ (terang dan jelas). Apa maksud ayat secara Bahasa? ‘TANDA’ iaitu ayat itu memberi penjelasan yang jelas dalam memberi panduan dan peringatan pada kita.
- Prinsip taddabur adalah ‘repetition’. Tak perlu banyak sangat ayat tapi mesti ulang dan ulang sampai kita betul2 ‘bayyinat’ /jelas dan terang maksudnya.
- Maha Penyantun – apakah maksud penyantun
- Sopan – jaga adab dan mengikut peraturan
- Santun – bertimbang rasa, ada elemen
- Simpati – rasa kesian terhadap sesuatu yang telah berlaku pada orang lain
- Empati (Raufun) – rasa kesian SEBELUM berlaku apa2. Allah tidak mahu menjerumuskan hambaNya kepada perkara yang tidak baik dan menjelaskan dengan terang dalam Al Quran.
- Tarbiah bermaksud mendidik/tunjuk ajar/membimbing
- Murrabi – petunjuk
- Ta’Lim – rujuk kepada buku/kitab khas
- Tazkirah – apa jua tajuk boleh diulas
No comments:
Post a Comment