Wednesday, 11 March 2020

EK MAQDS K81 11.3.2020 B6. DUNIA MEDAN BERAMAL iii. PANDUAN-PERINTAH DAN LARANGAN - HABLUM MINNANAS - PERHUBUNGAN DENGAN MANUSIA MS 57

Fokus kehidupan dunia adalah untuk meraih taqwa bukan pangkat harta kemasyhuran dll
Meraih taqwa melalui menjaga hubungan dengan Allah dan hubungan dengan manusia. Hubungan dgn manusia yang agak rumit.

Sambungan dari minggu lepas.

Prinsip dgn manusia, mengajak pada kebaikkan(amal soleh/perkara agama) dan pada yang makruf (benda benda yg baik semua tahu )kita suruh. Mungkar kita tegar.

Hindarkan perselisihan yg tiada manfaat dan merengangkan perhubungan. Nanti harapan untuk baik dengan orang jadi sebaliknya.
Orang secara asal alergik dgn kritikan. Walapun dikatakan kritikan membina. Tukar kritik pada nasihat. 

Saling menasihat...Kalau nak nasihat orang...kalau boleh mintak nasihat dulu. Orang akan merasakan diri dihargai...kemudian baru kita mengajak kepada kebaikkan. Cara2 yang halus dan lembut akan bawa impak dan berkesan. Orang melayu sensitive bab tegur menegur jadi solusinya adalah saling menasihat...solusi ada dalam Al Quran.

Orang Arab lebih kasar dan kritik direct terus..tapi mereka mudah menerima dan melupakan. Rasullullah mengingatkan pada sahabatnya dalam dakwah...bicara dengan orang yg kita nak berdakwah itu dengan cara pemikiran orang itu. Jangan gina satu cara untuk semua secara pukal. Akan jadi perselisihan.

Orang melayu kena banyak mukadimah dan saling menasihati .* watawasau*. 

14. Menasihat atas landasan ibadah dan ketaatan pada Allah dan Rasul dan membatasi pada penyampaiannya. 
Hak kita hanya penyampai. 

Ayat 27 Buku Erti Kehidupan
******************************
Surah Al Taghabun , ayat 12
وَأَطِيعُواْ ٱللَّهَ وَأَطِيعُواْ ٱلرَّسُولَ ۚ فَإِن تَوَلَّيْتُمْ فَإِنَّمَا عَلَىٰ رَسُولِنَا ٱلْبَلٰغُ ٱلْمُبِينُ
Dan taatlah kepada Allah dan taatlah kepada Rasul-Nya, jika kamu berpaling sesungguhnya kewajiban Rasul Kami hanyalah menyampaikan (amanat Allah) dengan terang.
(Ath Taghabun 64:12)

Kita selalu bertindak berlebihan sebab nak sangat orang itu percaya dan ikut cakap kita...Sekiranya kita tak membatasi nasihat kita dengan kesedaran kita hanya penyampai nanti kita akan ada senang  give up. 

Kuasa perubahan orang lain adalah kuasa Allah. Tgjwb kita hanya menyampaikan...akan lega rasa bila kita istiqamah menyampaikan. Jangan melepasi prinsip itu kerana akan menganggu usaha kita secara istiqamah berdakwah.

Rasullullah tak pernah bertanya orang
termasuk pembantunya ..kenapa awak buat tu..buat ni..mcm tu mcm ni....

Level dakwah dan penyampaian yg tinggi. Jauh lagi Baginda nak marah dan nak naik tangan. Berusahalah utk mencapai level itu walaupun susah. Dengan anak, kita kena tunjuk teladan...dari berbuat bukan dari bercakap. Masalah kita cakap lain dan buat lain...Contradictary. 

Rasul mendidik dgn teladan...dengan berbuat bukan bercakap. Actions speak louder than words. Kita kene train diri kita dan sedar bahawa perubahan kita sendiri melalui masa dan process.
Anak kita 9thn....kita nak suruh dia buat mcm kita buat skrg umur 40+ tahun...masuk akal ke?At the end ...anak kita dan orang sekeliling akan lihat dan ikut apa kita buat bukan cakap.

Sunnah Rasul
1. Qauliyah
2. Amaliyah paling banyak
3. Takwiriyah
Rasulullah tak cakap banyak. Dia tunjuk dengan amal. Dia tidak mendidik dgn kata2 ...kecuali...dgn pertanyaan nak ke saya tunjukkan atau ajar ?. Dia tanya dulu.

Mendidik anak melalui proses dan situasi...bukan mengharapkan instant output and results. Dia akan ingat apa nasihat mak and ayah apabila sampai dalam sesuatu situasi yg memerlukan...ini akan berbekas lama dan susah dilupakan. Kita bukan belajar dgn kata2 sahaja.

15. Jangan sekali berdusta dan dgn sesetengah orang kita kene sekadar bersapa dan berlalu pergi.

Ayat ke 28, Buku Erti Kehidupan 
**********************************
Al Furqan 25:72
وَٱلَّذِينَ لَا يَشْهَدُونَ ٱلزُّورَ وَإِذَا مَرُّواْ بِٱللَّغْوِ مَرُّواْ كِرَامًا
Dan orang-orang yang tidak memberikan persaksian palsu, dan apabila mereka bertemu dengan (orang-orang) yang mengerjakan perbuatan-perbuatan yang tidak berfaedah, mereka lalui (saja) dengan menjaga kehormatan dirinya.
(Al Furqaan 25:72)

Kita tak boleh berdusta dalam persaksian dan hanya menyapa orang yg melakukan lagha  dan berlalu pergi dengan terhormat. Kita tak join skali buat lagha. Jangan akrab dan terlalu memperdulikan mereka. Tutup mata dan pekak telinga.

Recap 4 jenis manusia. Kena pandai pilih dan ambil manfaat. Ada yang kita kene sekadar lalu. Al Quran mengajar ini.

16. Ada perkara dan manusia yang perlu kita response dengan sepenuh hati dan usaha.
Ayat 29 Buku Erti Kehidupan
******************************
Al Furqan 25:73
وَٱلَّذِينَ إِذَا ذُكِّرُواْ بِـَٔايٰتِ رَبِّهِمْ لَمْ يَخِرُّواْ عَلَيْهَا صُمًّا وَعُمْيَانًا
Dan orang-orang yang apabila diberi peringatan dengan ayat-ayat Tuhan mereka, mereka tidaklah menghadapinya sebagai orang-orang yang tuli dan buta.
(Al Furqaan 25:73)

Ada orang mengingatkan kita pada Allah...ini adalah manusia positif. Kita kene cepat response. Pasang telinga dan nyalakan mata terang....jangan mengantuk atau lembab. Jangan tuli dan buta. Bila dgn orang mcm ni zahirkan kesungguhan.

Masa belajar kene fokus betul2. Bila ada benda baik...fokus dan response. Ambil perhatian. Dalam kehidupan kita ada benda yang kita mengunakan segalanya untuk menghayati dan memahami...hingga ingat dan sedar. .iaitu ayat2 Al Quran.

Sesuatu yg kita akan selalu ingat apabila sampai kepada *feel*..dengan gembira dan teruja bila kita belajar.

Orang mukmin yang benar2 mukmin ialah apabila disebut nama Allah...bergetar hatinya dan bertambah iman dan keyakinan. Ilmu yg kekal dan lekat adalah yg sampai ke hati dan bertambah keyakinan yang  Allah  sangar dektt. Kemuncak ilmu dan iman. Bila dah rasa seronok..susah dilupakan.

17. Perlu mujahadah dalam hubungan dengan manusia dan laksanakan penuh dengan ehsan. Banyak cabaran yang perlu kita hadapi. 

Ayat 30 Buku EK
*****************
Surah Al Ankabut 29: 69
وَٱلَّذِينَ جٰهَدُواْ فِينَا لَنَهْدِيَنَّهُمْ سُبُلَنَا ۚ وَإِنَّ ٱللَّهَ لَمَعَ ٱلْمُحْسِنِينَ
Dan orang-orang yang berjihad untuk (mencari keridhaan) Kami, benar-benar akan Kami tunjukkan kepada mereka jalan-jalan Kami. Dan sesungguhnya Allah benar-benar beserta orang-orang yang berbuat baik.
(Al 'Ankabut 29:69)

Jihad pada asal maknanya adalah bersungguh sungguh. Kene mujahadah yg kuat dan penuh kesabaran. Hubungan dengan manusia banyak pahala dan berat timbangan kalau dapat jaga akhlak...high risk high returns...cabaran besar dan berat. Banyak berlawan pada ego diri sendiri.

Kadang kita dah usaha sabar...tapi ada juga yg kita tak sabar dan terjatuh juga dalam kezaliman..nak buat apa... Bangkit balik cepat...jangan sedih2...Cara jalan dengan usaha yang bersungguh dan minta pertolongan dengan doa yang tak pernah putus.

Kita boleh handle orang yang susah disebabkan hidayah Allah...dengan mujahadah yang kuat dan sabar.. Allah akan tunjuk jalan untuk kita...Tingkatkan level kesabaran. Allah tak akan membebankan kita dgn sesuatu yg kita tak boleh handle.
Besarkan limit kita...lebih dari ujian yg dtg. 

Kita selalu stress sebab kita limit diri kita dengan self talk negative...jadilah negative Kawal self talk betul2 ..dan selalu kene update. Allah berdasarkan sangkaan hambanya. Self talk positif. Self talk yang negative akan diperbesarkan oleh syaitan...syaitan waswas..akan repeatkan berulang.. asyik teringat. Ketepikan cepat2 self talk negative.

Dalam mujahadah perhubungan dgn manusia fokus memberi Ehsan...kerana Allah telah memberi segala nikmat pada kita tak terkira. 

Luaskan limit diri dan menjadikan kebaikkan Allah sebagai landasan.  Kita akan berjiwa besar.

18.  Hasil Mujahadah kita menjaga perhubungan dengan manusia adalah semuanya untuk diri kita sendiri
Ayat 31 Buku EK
****************
Al Ankabut 29:6
وَمَن جٰهَدَ فَإِنَّمَا يُجٰهِدُ لِنَفْسِهِۦٓ ۚ إِنَّ ٱللَّهَ لَغَنِىٌّ عَنِ ٱلْعٰلَمِينَ
Dan barangsiapa yang berjihad, maka sesungguhnya jihadnya itu adalah untuk dirinya sendiri. Sesungguhnya Allah benar-benar Maha Kaya (tidak memerlukan sesuatu) dari semesta alam.
(Al 'Ankabut 29:6)

Mujahadah yg bersungguh sungguh dalam perhubungan dgn manusia melalui ehsan..kebaikkan dan nikmat besar akan rasa pada kita...tidak terungkai perasaan itu..bahagia.

Program Indonesia...kick Andy. Seorang wartawan yg bermula dari bawah dan miskin.
Dia dihina teruk oleh orang kaya masa dia kecil..8 tahun...makan tak cukup untuk ganti kos kerosakkan orang kaya. Dia hidup dijalanan...dan sebab marah sgt dia pecahkan side mirror org..kemuncaknya dia jadi samseng jahat...sampai dia jumpa seorang yanf baik....tak tahu kaya or miskin. Orang itu ajak dtg rumah....mmg orang kaya. Dari situ dia cuba berubah jadi baik. Dia akhirnya berjaya beli kereta sendiri...tapi satu hari ada budak pecahkan cermin side mirror...dia  marah...tapi terus teringat masa dia kecil....dia memaafkan budak itu. Perasaan mendalam bahawa kesalahan perlu dimaafkan....bukan menghukum.  Dia percaya akan kuasa memaafkan.

Kebaikkan yang kita buat semua akan dapat pada kita dan sangat berharga bernilai dan byk manfaat. Allah tidak memerlukan apa apa dari makhluk.

Hadis kudsi Allah. Tiada kesan kebaikkan dan keburukkan seluruh manusia semuanya dari awal dan akhir penciptaan pada Allah.Hamidun Majeed. Maha terpuji


Wednesday, 4 March 2020

EK MAQDS K80 4.3.2020 B6. DUNIA MEDAN BERAMAL iii. PANDUAN-PERINTAH DAN LARANGAN - HABLUM MINNANAS - PERHUBUNGAN DENGAN MANUSIA MS 55 56

Perincian kehidupan dunia adalah sebagai sawah ladang kita untuk dapat hasil buah yang besar dan hebat di akhirat.  Kita memastikan dapat mendapat hasil terbaik dengan kita meraih taqwa di dunia dengan  menjaga hubungan Allah dan hubungan dengan manusia.

Recap. Hubungan dgn Manusia mesti atas dasar
1. Memberi dan memberi. Hanya minta pada Allah bukan manusia.
2. Atas Ehsan...terutama pada Ibu Bapa
3. Hindar kesombongan/angkuh dan bijak dalam berhubung dengan orang tak beradab
4. Manifestasi dari Ibadah kita. Ibadah betul akan melahirkan hubungan baik dengan manusia
5. Buat baik atas landasan Allah telah buat segala kebaikkan untuk kita.
6. Fahami kepelbagaian manusia agar sabar dan jangan give up
7. Orang sekeliling kita merasakan kebaikkan kita mengikut priority 
8. Hindar dari ambik hak orang lain mahupun berkeinginan dengan apa yang orang lain ada
Ringan hidup kalau ada prinsip..jangan nak ambil hak arang...kecuali dgn yg hak (perniagaan). Jangan sekali dgn batil.
Tangan di atas lebih baik dari tangan dibawah. Tidak meminta ..hanya memberi. Akan nampak kelebihan.
9. Usaha beri pada manusia yang terbaik kerana Allah akan memberi balasan jauh lebih baik

Ayat 22 Buku EK
******************
لَن تَنَالُواْ ٱلْبِرَّ حَتَّىٰ تُنفِقُواْ مِمَّا تُحِبُّونَ ۚ وَمَا تُنفِقُواْ مِن شَىْءٍ فَإِنَّ ٱللَّهَ بِهِۦ عَلِيمٌ
Kamu sekali-kali tidak sampai kepada kebajikan (yang sempurna), sebelum kamu menafkahkan sehahagian harta yang kamu cintai. Dan apa saja yang kamu nafkahkan maka sesungguhnya Allah mengetahuinya.
(Ali Imran 3:92)

Birra - kebaikkan paling tinggi dan sempurna
Benda kita cintai...nak nafkah mesti berat..namun bila kita usahakan untuk mencapai kebaikkan paling tinggi.

Selalunya ibu pada anak2 ada perasaan ini.
Tinggi nilainya kalau buat pada orang lain selain dari anak.

Allah takkan sia siakan usaha kita. Allah minta buat sesuatu yg berat namun..pada penghujung diringankan dengan ayat..apa saja yang kamu nafkahkan maka sesungguhnya Allah mengetahui

Surah Al Baqarah,  Ayat 177
*******************************
۞ لَّيْسَ ٱلْبِرَّ أَن تُوَلُّواْ وُجُوهَكُمْ قِبَلَ ٱلْمَشْرِقِ وَٱلْمَغْرِبِ وَلٰكِنَّ ٱلْبِرَّ مَنْ ءَامَنَ بِٱللَّهِ وَٱلْيَوْمِ ٱلْءَاخِرِ وَٱلْمَلٓئِكَةِ وَٱلْكِتٰبِ وَٱلنَّبِيِّۦنَ وَءَاتَى ٱلْمَالَ عَلَىٰ حُبِّهِۦ ذَوِى ٱلْقُرْبَىٰ وَٱلْيَتٰمَىٰ وَٱلْمَسٰكِينَ وَٱبْنَ ٱلسَّبِيلِ وَٱلسَّآئِلِينَ وَفِى ٱلرِّقَابِ وَأَقَامَ ٱلصَّلَوٰةَ وَءَاتَى ٱلزَّكَوٰةَ وَٱلْمُوفُونَ بِعَهْدِهِمْ إِذَا عٰهَدُواْ ۖ وَٱلصّٰبِرِينَ فِى ٱلْبَأْسَآءِ وَٱلضَّرَّآءِ وَحِينَ ٱلْبَأْسِ ۗ أُوْلٓئِكَ ٱلَّذِينَ صَدَقُواْ ۖ وَأُوْلٓئِكَ هُمُ ٱلْمُتَّقُونَ

Bukanlah menghadapkan wajahmu ke arah timur dan barat itu suatu kebajikan, akan tetapi sesungguhnya kebajikan itu ialah beriman kepada Allah, hari kemudian, malaikat-malaikat, kitab-kitab, nabi-nabi dan memberikan harta yang dicintainya kepada kerabatnya, anak-anak yatim, orang-orang miskin, musafir (yang memerlukan pertolongan) dan orang-orang yang meminta-minta; dan (memerdekakan) hamba sahaya, mendirikan shalat, dan menunaikan zakat; dan orang-orang yang menepati janjinya apabila ia berjanji, dan orang-orang yang sabar dalam kesempitan, penderitaan dan dalam peperangan. Mereka itulah orang-orang yang benar (imannya); dan mereka itulah orang-orang yang bertakwa.
(Al Baqarah 2:177)

Ayat ini rumusan ajaran agama Islam
Iman dapat bawa pada kita menyumbangkan manfaat kepada orang lain...daripada apa yg kita miliki yg kita cintai.

Orang yang mencapai kemuncak kebaikkan yang tinggi apabila
1. Melaksanakan Solat..hadap timur dan barat
2. Mendermakan harta yg kita cintai
3. Mendirikan Solat dan mencegah maksiat
4. Membayar Zakat
5. Menunaikan janji apabila berjanji
6. Mereka yang sabar dalam kesempitan dan kemalaratan.(baksa) dan memudaratkan(sakit) dalam peperangan

Inilah benar2 orang yang beriman. Peranan iman dalam kehidupan. Iman yang benar dan sampai darjat Birr (Tinggi) dan adalah dalam golongan Hamba yang bertaqwa.

Dengan manusia, berusaha beri yg terbaik..insya Allah Allah akan ganti dengan yang jauh lebih baik.

Surah Al An Am, Ayat 160
**************************
مَن جَآءَ بِٱلْحَسَنَةِ فَلَهُۥ عَشْرُ أَمْثَالِهَا ۖ وَمَن جَآءَ بِٱلسَّيِّئَةِ فَلَا يُجْزَىٰٓ إِلَّا مِثْلَهَا وَهُمْ لَا يُظْلَمُونَ
Barangsiapa membawa amal yang baik, maka baginya (pahala) sepuluh kali lipat amalnya; dan barangsiapa yang membawa perbuatan jahat maka dia tidak diberi pembalasan melainkan seimbang dengan kejahatannya, sedang mereka sedikitpun tidak dianiaya (dirugikan).
(Al An'am 6:160)

Surah Al Ahqaf, Ayat 19
*************************
وَلِكُلٍّ دَرَجٰتٌ مِّمَّا عَمِلُواْ ۖ وَلِيُوَفِّيَهُمْ أَعْمٰلَهُمْ وَهُمْ لَا يُظْلَمُونَ
Dan bagi masing-masing mereka derajat menurut apa yang telah mereka kerjakan dan agar Allah mencukupkan bagi mereka (balasan) pekerjaan-pekerjaan mereka sedang mereka tiada dirugikan.
(Al Ahqaaf 46:19)
 
10. Bergantung pada bagaimana kita menahan diri dalam hal makanan dan lain2

Ayat 23 Buku EK
*****************
يٓأَيُّهَا ٱلنَّاسُ كُلُواْ مِمَّا فِى ٱلْأَرْضِ حَلٰلًا طَيِّبًا وَلَا تَتَّبِعُواْ خُطُوٰتِ ٱلشَّيْطٰنِ ۚ إِنَّهُۥ لَكُمْ عَدُوٌّ مُّبِينٌ
Hai sekalian manusia, makanlah yang halal lagi baik dari apa yang terdapat di bumi, dan janganlah kamu mengikuti langkah-langkah syaitan; karena sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang nyata bagimu.
(Al Baqarah 2:168)

إِنَّمَا يَأْمُرُكُم بِٱلسُّوٓءِ وَٱلْفَحْشَآءِ وَأَن تَقُولُواْ عَلَى ٱللَّهِ مَا لَا تَعْلَمُونَ
Sesungguhnya syaitan itu hanya menyuruh kamu berbuat jahat dan keji, dan mengatakan terhadap Allah apa yang tidak kamu ketahui.
(Al Baqarah 2:169)

Wahai sekalian Manusia.....ketika ini Allah maksudkan semua manusia..makan yang halal dan baik.

Ayat 2: 172
************
يٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ كُلُواْ مِن طَيِّبٰتِ مَا رَزَقْنٰكُمْ وَٱشْكُرُواْ لِلَّهِ إِن كُنتُمْ إِيَّاهُ تَعْبُدُونَ
Hai orang-orang yang beriman, makanlah di antara rezeki yang baik-baik yang Kami berikan kepadamu dan bersyukurlah kepada Allah, jika benar-benar kepada-Nya kamu menyembah.
(Al Baqarah 2:172)

Wahai orang2 beriman...makan yang baik2 . Tak sebut lagi halal kerana orang beriman pasti ambil yang halal dengan mudah....

Makan orang beriman atas tanda syukur. Bukan atas nafsu. Nak makan itu ini disitu disini.

Syaitan suka 
1.Ajak pada perkara buruk
2.Ajak pada perkara yanf keji
3. Mengada ada pasal Allah benda yang tidak ketahui

Dalam hal makan jaga jaga.
Hubungan dengan Manusia diasaskan dengan cara menjaga makan. Pandai buat pilihan yang baik dan hanya yang perlu.

Allah ingatkan supaya menjaga character diri kita dengan manusia dalam cara kita makan. Jangan hanya pikir diri sendiri...self centred. Iaitu selalu nak lebih dan tak fikir orang lain.

11. Mesti ada hubungan dakwah dengan manusia..mengajak pada kebaikkan dan mencegah pada keburukan.

Ayat 24 Buku EK
*****************
وَلْتَكُن مِّنكُمْ أُمَّةٌ يَدْعُونَ إِلَى ٱلْخَيْرِ وَيَأْمُرُونَ بِٱلْمَعْرُوفِ وَيَنْهَوْنَ عَنِ ٱلْمُنكَرِ ۚ وَأُوْلٓئِكَ هُمُ ٱلْمُفْلِحُونَ
Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang ma'ruf dan mencegah dari yang munkar; merekalah orang-orang yang beruntung.
(Ali Imran 3:104)

Ayat ini menjadi landasan dakwah
Kita umat terbaik jika kamu mengajak pada baik..mencegah mungkar dan beriman kepada Allah.Mesti terbabit dalam kerja dakwah.

Khair - sesuatu yang baik menurut Allah dan Rasul..datang dari agama...
Solat, puasa, jemaah
Kalau anak kene suruh!
Kepada orang lain kita ajak
* menyeru/mengajak

* suruh
Al Makruf - kebaikkan yang dikenal oleh masyarakat...landasannya adalah kebiasaan dalam masyarakat. Blh amalkan selagi tak bercanggah dengan Agama
Orang Melayu - cth bergotong royong, cuci rumah, hormat tetamu dll

Dua2 ada link.Suruh lagi kuat dari ajak.

12. Menyuruh kita jangan jadi seperti orang yang berselisih dan berbalah). Tegakkan kerjasama dan baik2.
(Belum lagi  tapi seolah olah /seperti pun tak boleh)
Ayat 25 Buku EK
*****************
وَلَا تَكُونُواْ كَٱلَّذِينَ تَفَرَّقُواْ وَٱخْتَلَفُواْ مِنۢ بَعْدِ مَا جَآءَهُمُ ٱلْبَيِّنٰتُ ۚ وَأُوْلٓئِكَ لَهُمْ عَذَابٌ عَظِيمٌ
Dan janganlah kamu menyerupai orang-orang yang bercerai-berai dan berselisih sesudah datang keterangan yang jelas kepada mereka. Mereka itulah orang-orang yang mendapat siksa yang berat,
(Ali Imran 3:105)

Hindarkan segala sesuatu yg boleh bawa pada pertelingkahan dan perselisihan. Yang mungkar mesti kita cegah. 
Pecah belah ini penyakit yang amat memudaratkan orang Islam.

13.  Hubungan dengan Manusia berlandaskan saling menasihati dengan benar dan sabar

Ayat 26 Buku EK
****************
وَٱلْعَصْرِ
Demi masa.
(Al 'Ashr 103:1)

إِنَّ ٱلْإِنسٰنَ لَفِى خُسْرٍ
Sesungguhnya manusia itu benar-benar dalam kerugian,
(Al 'Ashr 103:2)

إِلَّا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ وَعَمِلُواْ ٱلصّٰلِحٰتِ وَتَوَاصَوْاْ بِٱلْحَقِّ وَتَوَاصَوْاْ بِٱلصَّبْرِ
kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh dan nasehat menasehati supaya mentaati kebenaran dan nasehat menasehati supaya menetapi kesabaran.
(Al 'Ashr 103:3)

Tiada maknanya kritikan membina...ikut Islam ialah nasihat...bukan kritikan.
Ayat Nasihat..

Nabi kata:
Agama itu adalah NASIHAT

Nasihat pun ada timing. Kene perhatikan keberkesanan. Orang bijak tahu bila time nasihat untuk berkesan. 

Kisah Rasulullah mengenai orang perempuan mintak diceramah...Mereka minta hari2...seperti dengan sahabah lelaki. Nabi cakap sudah cukup sekali seminggu bagi wanita.

Mesti tahan diri dalam menyuruh atau memgajak  at times bukan untuk berhenti tapi untuk restrategise.

Saling minta nasihat...even dengan anak.