Wednesday, 25 September 2019

EK MAQDS K63 25.9.19 B5 - KEHIDUPAN AKHIRAT iii.PEMBALASAN & PENYESALAN -Ganjaran bagi yang berusaha untuk kehidupan akhirat MS44

EK 25.9.19 

Recap
Tidak Sama Antara Ahli Dunia Dan Ahli Akhirat
Beza Ahlul Akhirah dan Ahlul Dunia
1. Beza cara pikir pandang dengar rasa setiap sesuatu
2. Beza dari segi tindakan dan amal perbuatannya
3. Beza ketika meninggal dunia..
4. Cara Allah memperlakukan juga beza
Ujian orang mukmin lain kerana dikurniakan dgn ketenangan dan hikmah dalam berhadapan ujian.

Surah Yusof, Ayat 100, ms 247
********************************
وَرَفَعَ أَبَوَيْهِ عَلَى ٱلْعَرْشِ وَخَرُّواْ لَهُۥ سُجَّدًا ۖ وَقَالَ يٓأَبَتِ هٰذَا تَأْوِيلُ رُءْيٰىَ مِن قَبْلُ قَدْ جَعَلَهَا رَبِّى حَقًّا ۖ وَقَدْ أَحْسَنَ بِىٓ إِذْ أَخْرَجَنِى مِنَ ٱلسِّجْنِ وَجَآءَ بِكُم مِّنَ ٱلْبَدْوِ مِنۢ بَعْدِ أَن نَّزَغَ ٱلشَّيْطٰنُ بَيْنِى وَبَيْنَ إِخْوَتِىٓ ۚ إِنَّ رَبِّى لَطِيفٌ لِّمَا يَشَآءُ ۚ إِنَّهُۥ هُوَ ٱلْعَلِيمُ ٱلْحَكِيمُ

Dan ia menaikkan kedua ibu-bapanya ke atas singgasana. Dan mereka (semuanya) merebahkan diri seraya sujud kepada Yusuf. Dan berkata Yusuf: "Wahai ayahku inilah ta'bir mimpiku yang dahulu itu; sesungguhnya Tuhanku telah menjadikannya suatu kenyataan. Dan sesungguhnya Tuhanku telah berbuat baik kepadaku, ketika Dia membebaskan aku dari rumah penjara dan ketika membawa kamu dari dusun padang pasir, setelah syaitan merusakkan (hubungan) antaraku dan saudara-saudaraku. Sesungguhnya Tuhanku Maha Lembut terhadap apa yang Dia kehendaki. Sesungguhnya Dialah Yang Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana. (Yusuf 12:100)

Mimpi yusuf jadi kenyataan
Matahari dan bulan - ibu bapa yusof
11 bintang - adek beradek
Tanda orang berjiwa besar..dia tak ungkit kesusahan bertahun dulu...dia tetap anggap Allah baik dgn dia....dgn mcm2 ujian dia rasa Allah buat baik pada dia
Dia tak ungkit kisah dalam perigi...dan hal adek beradek tidak diungkit..kerana tak mahu naik kembali api kemarahaan.
Syaitan porak poranda antara adek beradek..tepis cepat perasaan.
Bagi orang beriman..anggap semua ujian itu lembut ....kehendak Allah disampaikan dgn cara yang lembut dan sangat halus...itulah yang terbaik untuk kita. Kalau kita bersyukur kita akan nampak
Kehendak Allah itu adalah diasaskan oleh Ilmu yg amat luas dan kebijaksanaan bukan mcm manusia bersangka sangka
Jadi kenapa ragu?. Yakin kehendak Allah adalah yang terbaik.
Kita tenang kerana kita bergantung pada Allah sepenuhnya..Tuhan yang Maha Perkasa
Bukan sebah kita hebat pandai atau ada sokongan ramai
***************************************
EK page 44
Ii. PEMBALASAN DAN PENYESALAN
Ganjaran bagi yang berusaha untuk kehidupan akhirat
Dunia tempat kita beramal bekerja (darul aman) dan akhirat tempat kita menerima balasan. Balasan itu ada yang baik dan buruk.
Dunia tempat kerja...jangan berhenti bekerja dan berusaha..jgn berhenti sehingga akhirnya
Amalan
*********
Awal - Muda (awaluhi...orang beruntung yg diuji tapi sudah ber
Pertengahan -
Akhir -kene jaga dan menentukan segala
7 VVIP di akhirat - dibawah arasy Allah
*****************************************
Bagi ahlul akhirat dapat balasan baik di dunia hanya 1%...selebihnya akan dpt didunia
Bagi ahlul dunia dapat balasan baik 99%/100%.. yg buruk baru dpt 1%
Mujadahadah iman dan amal soleh
Surah Al Ankabuut 29:6 -7
**************************** 
وَمَن جٰهَدَ فَإِنَّمَا يُجٰهِدُ لِنَفْسِهِۦٓ ۚ إِنَّ ٱللَّهَ لَغَنِىٌّ عَنِ ٱلْعٰلَمِينَ

Dan barangsiapa yang berjihad, maka sesungguhnya jihadnya itu adalah untuk dirinya sendiri. Sesungguhnya Allah benar-benar Maha Kaya (tidak memerlukan sesuatu) dari semesta alam. (Al 'Ankabut 29:6)


وَٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ وَعَمِلُواْ ٱلصّٰلِحٰتِ لَنُكَفِّرَنَّ عَنْهُمْ سَيِّـَٔاتِهِمْ وَلَنَجْزِيَنَّهُمْ أَحْسَنَ ٱلَّذِى كَانُواْ يَعْمَلُونَ

Dan orang-orang yang beriman dan beramal saleh, benar-benar akan Kami hapuskan dari mereka dosa-dosa mereka dan benar-benar akan Kami beri mereka balasan yang lebih baik dari apa yang mereka kerjakan. (Al 'Ankabut 29:7)


Masuk syurga hanya setelah bersih dari dosa...tak masuk syurga kalau berdosa
1. Didunia kene bertaubat dan beramal soleh
2. Akhirat ada dua cara
A. Allah ampunkan awal2 dan tiada hukuman.
B. Allah tidak ampunkan melainkan masuk neraka dulu..dibenam dan dibakar dosa2 dalam api neraka.
Kalau nak cara pertama...sungguh2 jaga iman dan buat amal soleh. Ampun dosa baru dapat kebaikkan. Padam dulu dosa baru dpt balasan yg baik.
Ahsan balasan baik amal soleh
10 , 70, 700 atau dgn kiraanya yang hanya Allah tahu.
Jalan2 Menjadi Hamba Soleh
(Kitab Riyadus Solihin)
1. Jalan Ikhlas
2. Jalan Taubat - Rajin bertaubat
* taubat perlu dulu ...kerana kena bersih dulu baru dpt impact amal soleh...bertambah amal soleh
Mcm mana nak tahu taubat betul?.
3. Jalan Sabar
Ustaz Das'as Latif, Indonesia
350 ribu rupiah = 150
- pergi dobi cuci baju..bagi rm30 kpd penjaga dobi..30.kepada pakcik diluar..pastu bagi lagi kpd org lagi satu 30..pastu di parking bagi lagi 50...
Petang tu ada orang bagi envelope ada duit RM3,500....power of sedekah
Surah Al Kahfi 18:107-8
************************** 
إِنَّ ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ وَعَمِلُواْ ٱلصّٰلِحٰتِ كَانَتْ لَهُمْ جَنّٰتُ ٱلْفِرْدَوْسِ نُزُلًا

Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal saleh, bagi mereka adalah surga Firdaus menjadi tempat tinggal, (Al Kahfi 18:107)


خٰلِدِينَ فِيهَا لَا يَبْغُونَ عَنْهَا حِوَلًا

mereka kekal di dalamnya, mereka tidak ingin berpindah dari padanya. (Al Kahfi 18:108)


Syurga ada 7 macam ...paling tinggi dan tengah Syurga Firdaus...yg hujung langit sidratul muntaha...Syurga Makwa
Syurga Firdaus - dikumpulkan nabi dan rasul dan orang2 yang menjaga iman dgn baik. Dah masuk situ tak akan nak keluar.
Kalau ikutkan...kalau di syurga bawah tak boleh naik ke syurga atas. KECUALI
Zuriyat kita yang mintak Kepada Allah
Husband or Wife?.. boleh! Sayang kerana Allah ..bahkan
Dan siapa2 yg berhubung dan berkasih sayang kerana Allah boleh bagi syafaat
1. Keluarkan dari neraka
2. Meringankannya daripada azab neraka
3.Menaikkan darjatnya
Kasih sayang yg melapasi dunia....kena ada kerana Allah...kalau tidak habis di dunia sahaja sayang itu.
Apapun hubungan di dunia kena berlandaskan Kerana Allah...Lillahitaala
Amal bergantung pada niat. Stgh ulamak banyak sibok betulkan niat. 


Wednesday, 18 September 2019

EK MAQDS K62 18.9.19 B5 KEHIDUPAN AKHIRAT ii- TIDAK SAMA ANTARA AHLI DUNIA DAN AHLI AKHIRAT MS43

Erti Kehidupan Menurut Al Quran dan Sunnah . Kelas 62. 18.9.19
Mukasurat 43
*Tidak Sama Antara Ahli Dunia dan Ahli Akhirat*
Perbezaan antara Ahlul Dunia dan Ahlul Akhirat. KETARA 

Surah Faathir, 35:8
******************** 
أَفَمَن زُيِّنَ لَهُۥ سُوٓءُ عَمَلِهِۦ فَرَءَاهُ حَسَنًا ۖ فَإِنَّ ٱللَّهَ يُضِلُّ مَن يَشَآءُ وَيَهْدِى مَن يَشَآءُ ۖ فَلَا تَذْهَبْ نَفْسُكَ عَلَيْهِمْ حَسَرٰتٍ ۚ إِنَّ ٱللَّهَ عَلِيمٌۢ بِمَا يَصْنَعُونَ

Maka apakah orang yang dijadikan (syaitan) menganggap baik pekerjaannya yang buruk lalu dia meyakini pekerjaan itu baik, (sama dengan orang yang tidak ditipu oleh syaitan)? Maka sesungguhnya Allah menyesatkan siapa yang dikehendaki-Nya dan menunjuki siapa yang dikehendaki-Nya; maka janganlah dirimu binasa karena kesedihan terhadap mereka. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat. (Faathir 35:8)

Rasa tak buruk dan tak mungkar... ok sahaja... dia sampai meyakini yg buruk itulah yang baik. Ahlul dunia ini terpengaruh dgn syaitan 
Perbezaan persepsi antara apa yang baik dan apa yang buruk.
Syaitan di belakang ahlul dunia dipengaruhi dan dikuasai oleh syaitan. 

Ahlul akhirah tidak besarkan besar hal dan kesusahan dunia. Ambil berat hal akhirah.. solat lambat.. tak cukup zikir dan baca Al  Quran.

Ustaz Felix Yeo Indonesia... gerak dakwah rancak... mak ayah n keluarga tentang awal2. 
Lama2 lembut tapi tetap tak masuk Islam. Dia doa utk mak dan ayah hari2.. tapi bukan abang dia yg suka hentam dan gaduh dan dashyat penentanan dgn dia... tiba2 satu hari abang dia dtg kat dia nak masuk islam... ustaz menangis sebab tak pernah doa kan utk dia dan rasa abang dia tak akan masuk... tidak disangkakan... hidayah adalah mahal anugerah... boleh doakan org bukan islam utk dia dapat hidayah. 

Hidayah
Dilalah/irshad - tunjuk secara general.. semua manusia tahu.kebaikkan2 tahu tapi tidak gerak hati utk masuk islam...
Syaitan akan kacau... keinginan jadi pudar
Taufiq - ketika ingin masuk Islam... Allah pun inginkan. Benda yg halang dpt diketepikan.. akan sampai kepada apa yg dinakkan 

Surah Al Qalam, 68:35
************************ 
أَفَنَجْعَلُ ٱلْمُسْلِمِينَ كَٱلْمُجْرِمِينَ

Maka apakah patut Kami menjadikan orang-orang Islam itu sama dengan orang-orang yang berdosa (orang kafir)? (Al Qalam 68:35)

Ahlul akhirat suka menyerahkan urusannya kepada Allah swt.. ahlul dunia bergantung pada diri sendiri 

Surah Mudathir, ms 575, 18-23
******************************* 

           (18) إِنَّهُۥ فَكَّرَ وَقَدَّرَ
(19) فَقُتِلَ كَيْفَ قَدَّرَ  
  (20) ثُمَّ قُتِلَ كَيْفَ قَدَّرَ   
  (21) ثُمَّ نَظَرَ   
  (22) ثُمَّ عَبَسَ وَبَسَرَ
  (23) ثُمَّ أَدْبَرَ وَٱسْتَكْبَرَ

Sesungguhnya dia telah memikirkan dan menetapkan (apa yang ditetapkannya),(18) maka celakalah dia! Bagaimana dia menetapkan?, (19) kemudian celakalah dia! Bagaimanakah dia menetapkan?, (20) kemudian dia memikirkan, (21) sesudah itu dia bermasam muka dan merengut, (22) kemudian dia berpaling (dari kebenaran) dan menyombongkan diri, (Al Muddastir 74:18-23)

Walid bin Mughirah - pemimpin Quraisy yg anti Islam dan benci Nabi... dia dengar bacaan Al-Quran dari Abu Bakar Siddiq.. dia kata ayat tu sungguh manis dan sedap dan dahsyat kesannya pada diri saya... dia akui ayat Al Quran itu dari Allah.. bukan manusia.. tapi bila dia balik ke kaumnya.. mereka tanya dia kene rasuk dgn Abu Bakar... depa tanya dia apa pandangan dia terhadap Al Quran... dia buntu dan tak boleh pikir apa nak jawab... masam muka dan kerut muka... dia buntu.. tak nak menerima ketidaktahuan dia dan mintak doa... dia pilih utk menyombongkan diri. 

Ahlul akhirah bila buntu.. akan serahkan kepada Allah dan berdoa. Ahli dunia tdk mahu pilih kebenaran dan berpaling... tidak berserah 

Surah Sajadah, 32 :18
*********************** 
أَفَمَن كَانَ مُؤْمِنًا كَمَن كَانَ فَاسِقًا ۚ لَّا يَسْتَوُۥنَ

Apakah orang-orang beriman itu sama dengan orang-orang yang fasik? Mereka tidak sama. (As Sajdah 32:18)
.
Ahlul akhirat ketika dapat hidayah dan ilmu... dia berusaha utk melaksanakannya. Ahli dunia juga tahu... tapi dia bertindak berbeza dari apa yang dia tahu. 

Surah Al Mukminun, Ayat 1-
**************************** 
  (1) قَدْ أَفْلَحَ ٱلْمُؤْمِنُونَ
  (2) ٱلَّذِينَ هُمْ فِى صَلَاتِهِمْ خٰشِعُونَ 
  (3) وَٱلَّذِينَ هُمْ عَنِ ٱللَّغْوِ مُعْرِضُونَ

Sesungguhnya beruntunglah orang-orang yang beriman, (1) (yaitu) orang-orang yang khusyu' dalam sembahyangnya, (2) dan orang-orang yang menjauhkan diri dari (perbuatan dan perkataan) yang tiada berguna, (3) (Al Mu'minun 23:1-3)

Orang beriman*
Orang berusaha khusyuk dalam solat
Tinggalkan benda2 yang lara..benda yg tidak ada manfaat terhadap akhirat 

Larlgha akan mempengaruhi fikiran kita dan bawak dalam solat.
Ahlul akhirat akan begitu strict dalam perkara lagha... dihadapi tapi dialihkan... dia tak biar diri dia terjerumus dalam lagha... dia tekan brake cepat... dia buat apa yang patut 

Beza ahlul dunia dan akhirat...dalam applikasi ilmu. Ahli dunia bertindak sebalik dari ilmu. Penerapan apa yang dia ketahui 

Dakwah bil Hal*..ubah diri dan tunjuk contoh yang baik.
Orang belajar dari kita apa yg dia nampak dari apa yg dia cakap.
Istiqamah dgn buat baik
Orang lain ambik inspirasi 

Surah An Nisaa' 4:95
*********************** 
لَّا يَسْتَوِى ٱلْقٰعِدُونَ مِنَ ٱلْمُؤْمِنِينَ غَيْرُ أُو۟لِى ٱلضَّرَرِ وَٱلْمُجٰهِدُونَ فِى سَبِيلِ ٱللَّهِ بِأَمْوٰلِهِمْ وَأَنفُسِهِمْ ۚ فَضَّلَ ٱللَّهُ ٱلْمُجٰهِدِينَ بِأَمْوٰلِهِمْ وَأَنفُسِهِمْ عَلَى ٱلْقٰعِدِينَ دَرَجَةً ۚ وَكُلًّا وَعَدَ ٱللَّهُ ٱلْحُسْنَىٰ ۚ وَفَضَّلَ ٱللَّهُ ٱلْمُجٰهِدِينَ عَلَى ٱلْقٰعِدِينَ أَجْرًا عَظِيمًا

Tidaklah sama antara mukmin yang duduk (yang tidak ikut berperang) yang tidak mempunyai 'uzur dengan orang-orang yang berjihad di jalan Allah dengan harta mereka dan jiwanya. Allah melebihkan orang-orang yang berjihad dengan harta dan jiwanya atas orang-orang yang duduk satu derajat. Kepada masing-masing mereka Allah menjanjikan pahala yang baik (surga) dan Allah melebihkan orang-orang yang berjihad atas orang yang duduk dengan pahala yang besar, (An Nisaa 4:95)

Allah melebihkan orang2 yang berjihad dengan harta dan jiwanya atas orang2 yang duduk satu derajat. Kepada  masing masing mereka Allah menjanjikan pahala yang baik (syurga) dan Allah melebihkan orang2 yang berjihad atas orang yang duduk dengan pahala yang besar. 

Berbuat dgn apa yg dia ada. Digunakan utk perkara yang bermanfaat.
Ahlul akhirat akan ambil bahagian dalam jihad apa yg dia ada... harta.. diri.. Cari.. usahakan... ambil bahagian... sentiasa occupied.. sentiasa berbuat... cekap ambil peluang utk beramal soleh. 
Dunia ni sekejap... jadi setiap yang ada pada diri sebagai ketaatan
Manusia itulah umurnya...habis umur..habis diri 

Al Anfaal, 8:2
*************** 
إِنَّمَا ٱلْمُؤْمِنُونَ ٱلَّذِينَ إِذَا ذُكِرَ ٱللَّهُ وَجِلَتْ قُلُوبُهُمْ وَإِذَا تُلِيَتْ عَلَيْهِمْ ءَايٰتُهُۥ زَادَتْهُمْ إِيمٰنًا وَعَلَىٰ رَبِّهِمْ يَتَوَكَّلُونَ

Sesungguhnya orang-orang yang beriman ialah mereka yang bila disebut nama Allah gemetarlah hati mereka, dan apabila dibacakan ayat-ayat-Nya bertambahlah iman mereka (kerananya), dan hanya kepada Tuhanlah mereka bertawakkal. (Al Anfaal 8:2)

Bahasa ahlul akhirat lain.. semua relate dgn Allah. Sensitive dan cepat tersentuh dgn segalanya mengenai Allah. 

Al An'am, 6:122
***************** 
أَوَمَن كَانَ مَيْتًا فَأَحْيَيْنٰهُ وَجَعَلْنَا لَهُۥ نُورًا يَمْشِى بِهِۦ فِى ٱلنَّاسِ كَمَن مَّثَلُهُۥ فِى ٱلظُّلُمٰتِ لَيْسَ بِخَارِجٍ مِّنْهَا ۚ كَذٰلِكَ زُيِّنَ لِلْكٰفِرِينَ مَا كَانُوا۟ يَعْمَلُونَ

Dan apakah orang yang sudah mati kemudian dia Kami hidupkan dan Kami berikan kepadanya cahaya yang terang, yang dengan cahaya itu dia dapat berjalan di tengah-tengah masyarakat manusia, serupa dengan orang yang keadaannya berada dalam gelap gelita yang sekali-kali tidak dapat keluar dari padanya? Demikianlah Kami jadikan orang yang kafir itu memandang baik apa yang telah mereka kerjakan. (Al An'am 6:122)

Ahlul akhirat menghargai sgt hidayah yang Allah beri.. seakan hidup balik.. guna betul2 hidayah tersebut dan berpandukan dgn hidayah... sangat menghargai dan akan guna dalam kehidupan

Ahlul Akhirat adalah orang yg paling bahagia.. hidup hatinya.. penuh harapan dan usaha. 



Wednesday, 11 September 2019

EK MAQDS K61 11.9.19 B5 KEHIDUPAN AKHIRAT -ii.TIDAK SAMA ANTARA AHLI DUNIA DAN AKHIRAT MS42

Kelas 61, 11.9.19
*******************
Pg 42 Buku Erti Kehidupan
ii -Tidak Sama Antara Ahli Dunia Dan Ahli Akhirat 

Ahli dunia dan ahli akhirat beza dari semua sudut
1. Matlamat
2. Pikiran dan Fahaman
3. Perasaan
4. Perbuatan / Sikap 

Bila beza cara interaksi... kalau org arkhirat dia bersabar dulu tak marah melatah. Bila pilih jadi ahli akhirat cara kene lain dan sepatutnya
Ahlul dunia mempertuhankan selain dari Allah.. Ahlul dunia mempertuhankan Allah. Beza tanggapan.
Majlis Ilmu - ahlul dunia akan rasa malas dan bosan...ahlul akhirat akan bahagia 

Surah Al Jaatsiyah, 45:21
************************** 
أَمْ حَسِبَ ٱلَّذِينَ ٱجْتَرَحُوا۟ ٱلسَّيِّـَٔاتِ أَن نَّجْعَلَهُمْ كَٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ وَعَمِلُوا۟ ٱلصّٰلِحٰتِ سَوَآءً مَّحْيَاهُمْ وَمَمَاتُهُمْ ۚ سَآءَ مَا يَحْكُمُونَ

Apakah orang-orang yang membuat kejahatan itu menyangka bahwa Kami akan menjadikan mereka seperti orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh, yaitu sama antara kehidupan dan kematian mereka? Amat buruklah apa yang mereka sangka itu.
(Al Jaatsiyah 45:21)

Beza hidup dan mati orang beriman dgn orang
Mati - Sakaratul Maut
Orang baik malaikat baju putih...wangi..perlahan..
Orang jahat - malaikat muka hitam..kasar
Salah besar tanggapan org  yg rasa sama hidup dan mati org ahlul dunia dan ahlul akhirat. 

Surah An Nahl, Ayat 97
************************
مَنْ عَمِلَ صٰلِحًا مِّن ذَكَرٍ أَوْ أُنثَىٰ وَهُوَ مُؤْمِنٌ فَلَنُحْيِيَنَّهُۥ حَيَوٰةً طَيِّبَةً ۖ وَلَنَجْزِيَنَّهُمْ أَجْرَهُم بِأَحْسَنِ مَا كَانُوا۟ يَعْمَلُونَ

Barangsiapa yang mengerjakan amal saleh, baik laki-laki maupun perempuan dalam keadaan beriman, maka sesungguhnya akan Kami berikan kepadanya kehidupan yang baik dan sesungguhnya akan Kami beri balasan kepada mereka dengan pahala yang lebih baik dari apa yang telah mereka kerjakan. (An Nahl 16:97)

* Check Iman dan Amal.. dah betulke
*Baik dari segi value...nilai
Beza Pahala Lelaki dan Perempuan-  Quality
********************************************
1. Ikhlas
2. Yakin kita dalam beramal...tunjukndalam kesungguhan
3. Istiqamah kita
4. Manfaat pada diri dan orang lain
5. Cabaran dlm melakukakan. Berat pada nafsu
Tak sama org yg sedekah sebelum buka kota makkah berbanding setelah buka kota Makkah 

Surah Al Israa, 17:21
**********************
ٱنظُرْ كَيْفَ فَضَّلْنَا بَعْضَهُمْ عَلَىٰ بَعْضٍ ۚ وَلَلْءَاخِرَةُ أَكْبَرُ دَرَجٰتٍ وَأَكْبَرُ تَفْضِيلًا


Perhatikanlah bagaimana Kami lebihkan sebagian dari mereka atas sebagian (yang lain). Dan pasti kehidupan akhirat lebih tinggi tingkatnya dan lebih besar keutamaannya. (Al Israa' 17:21)

Surah An Nisa, 32
********************

وَلَا تَتَمَنَّوْا۟ مَا فَضَّلَ ٱللَّهُ بِهِۦ بَعْضَكُمْ عَلَىٰ بَعْضٍ ۚ لِّلرِّجَالِ نَصِيبٌ مِّمَّا ٱكْتَسَبُوا۟ ۖ وَلِلنِّسَآءِ نَصِيبٌ مِّمَّا ٱكْتَسَبْنَ ۚ وَسْـَٔلُوا۟ ٱللَّهَ مِن فَضْلِهِۦٓ ۗ إِنَّ ٱللَّهَ كَانَ بِكُلِّ شَىْءٍ عَلِيمًا

Dan janganlah kamu iri hati terhadap apa yang dikurniakan Allah kepada sebahagian kamu lebih banyak dari sebahagian yang lain. (Karena) bagi orang laki-laki ada bahagian dari pada apa yang mereka usahakan, dan bagi para wanita (pun) ada bahagian dari apa yang mereka usahakan, dan mohonlah kepada Allah sebahagian dari kurnia-Nya. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui segala sesuatu. (An Nisaa 4:32)

Kalau nak tenang... jgn mintak apa yg org ada. Mintak lah apa yg terbaik utk kita.
Apa yang ada pada kita adalah yang terbaik untuk kita... Jangan berangan pada benda yg ada pada orang lain... terutama pada perkara semula jadi. BERSYUKUR.
Allah mintak kita bersyukur dalam pemberiannya. Masing2 ada bahagian. Yang perlu kita mintak ialah mintak kurniaan Allah... bukan sesuatu yg wajib utk kita... kelebihan... meraih redha Allah dan mendapat syurga... yang belum pasti lagi.. focus utk dpt yg pasti 

Masing2 berbeza. Ada kelebihan lain2. Sayang ramai nampak kelebihan orang.
Mencungkil kelebihan kita dan memaksimum dan menzahirkannya. Sia2 mintak kelebihan orang lain. ALLAH pelbagaikan.
Contoh anak ramai vs anak satu/sikit
Anak satu = guna ruang lebih masa utk membuat kebaikkan dan kebajikan. Guna masa sebaiknya.
Anak ramai = kelebihan pada anak... jaga elok2... ladang pahala.
Yang dah pasti - rezeki, jodoh, ajal n maut. 

Surah Zukhruf, Ayat 32, ms 491
********************************

أَهُمْ يَقْسِمُونَ رَحْمَتَ رَبِّكَ ۚ نَحْنُ قَسَمْنَا بَيْنَهُم مَّعِيشَتَهُمْ فِى ٱلْحَيَوٰةِ ٱلدُّنْيَا ۚ وَرَفَعْنَا بَعْضَهُمْ فَوْقَ بَعْضٍ دَرَجٰتٍ لِّيَتَّخِذَ بَعْضُهُم بَعْضًا سُخْرِيًّا ۗ وَرَحْمَتُ رَبِّكَ خَيْرٌ مِّمَّا يَجْمَعُونَ

Apakah mereka yang membagi-bagi rahmat Tuhanmu? Kami telah menentukan antara mereka penghidupan mereka dalam kehidupan dunia, dan kami telah meninggikan sebahagian mereka atas sebagian yang lain beberapa derajat, agar sebagian mereka dapat mempergunakan sebagian yang lain. Dan rahmat Tuhanmu lebih baik dari apa yang mereka kumpulkan. (Az Zukhruf 43:32) 

Allah yang membahagi bahagikan nikmat dan anugerah. Ada yg tinggi dan ada yang rendah. Berbeza darjat Allah jadikan supaya sebahagian blh bekerja utk sbhgn yang lain.
Itu Sunatullah.
Usaha dgn kelebihan yang Allah bagi untuk meraih rahmat Allah sebanyak banyaknya... guna kesempatan untuk meraih rahmat Allah. JAUH lebih baik daripada mengumpul harta2. Guna pangkat untuk dapat rahmat Allah bukan untuk himpun harta.

Surah Ar Raad, 13:19
***********************
 أَفَمَن يَعْلَمُ أَنَّمَآ أُنزِلَ إِلَيْكَ مِن رَّبِّكَ ٱلْحَقُّ كَمَنْ هُوَ أَعْمَىٰٓ ۚ إِنَّمَا يَتَذَكَّرُ أُو۟لُوا۟ ٱلْأَلْبٰبِ

Adakah orang yang mengetahui bahwasanya apa yang diturunkan kepadamu dari Tuhanmu itu benar sama dengan orang yang buta? Hanyalah orang-orang yang berakal saja yang dapat mengambil pelajaran, (Ar Ra'du 13:19)

Apa beza org yg bersungguh sungguh dijalan Allah dgn orang yg tak bersungguh.
Ilmu  manfaat tentang Islam... ilmu tentang manfaat majlis ilmu... belajar Al Quran.
Bila kita tahu bahawa Islam blh bawak ketenangan... solusi dll... akan buat sungguh2. Contoh mualaf... bersungguh mengamalkan islam berbanding org islam dari lahir. 

Golongan ilmu Albab faham betul bezanya ada ilmu mengenai Islam yg sebaiknya... iman kuat dan amal hebat. Kalau tiada ilmu... akan jadi malas dan tak bersemangat
Ahlul Akhirat tahu dan paham betul2 ajaran Islam yg dibawa Nabi. Ahlul dunia tak paham...

Solat utk diri --> kita sendiri.. mententeramkan jiwa.. masa berhubung dgn Allah.. 



Doa Rabu 11.9.19

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Selamat pagi Rabu
11 Sept 2019
11 Muharram 1441

بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ
ٍ
اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ وَالْعَاقِبَةُ لِلْمُتَّقِيْنَ وَلاَ عُدْوَانَ إِلاَّ عَلَى الظَّالِمِيْنَ وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى أَشْرَفِ اْلأَنْبِيَاءِ وَالْمُرْسَلِيْنَ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْن

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Selawat dan Salam ke atas Junjungan besar Nabi Muhammad  S.A.W., ahli keluarga dan para sahabatnya. 

Ya Allah, Ya Tuhan kami, kami mohon keampunan Mu, kami mohon kerahmatan Mu, kami mohon taufik dan hidayah Mu Ya Allah.

Ya Allah kami bersyukur dengan rezeki yang kami terima setakat ini dan jadikanlah kami kaya dengan kesabaran, kaya dengan iman, kaya dengan budi pekerti, kaya dengan ketakwaan dan kaya dengan hati yang suci dan bersih.

Ya Allah kurniakanlah kepada kami rahmat di sisi Mu dan berilah kepada kami keselamatan dunia dan akhirat.

Ya Allah tunjukkan kami jalan yang lurus dan benar. Ya Allah, jadikanlah kami manusia yang sentiasa bersyukur kepada Mu.

Ya Allah jadikanlah kami manusia yang sentiasa mencintai Mu Ya Allah.

Ya Allah, jadikanlah apa yang kami lakukan ini sebagai suatu amal ibadah yang diterima Mu.

Ya Allah, Ya Tuhan kami, ikhlaskan hati kami untuk mempelajari ilmu
Mu. Tetapkan niat dihati kami agar apa yang kami lakukan adalah semata mata kerana Mu Ya Allah.

Ya Allah, lapangkanlah dada kami untuk menerima ilmu Mu Ya Allah.

Ya Allah kami mohon kepada Mu Ya Allah bantulah  kami Ya Allah, peliharalah kesihatan kami, berikanlah ketenangan kepada kami, jauhilah kami daripada perasaan resah dan gelisah.

Ya Allah Ya Tuhan kami, berilah kami kejayaan dan semoga kejayaan itu menjadi pembuka jalan untuk kami menjadi hamba Mu yang soleh dan menghampirkan diri kami kepada Mu Ya Allah.

Ya Allah  perbaikilah akhlak  kami jadikanlah kami umatMu yang mempunyai sahsiah diri yang baik.

Ya Allah, jadikanlah juga zuriat kami umat Mu yang soleh Ya Allah. Jadikanlah mereka ahli syurga Ya Allah.

Ya Allah jauhkanlah hati mereka daripada melakukan amalan amalan yang membawa mereka ke neraka Mu Ya Allah.

Ya Allah janganlah Engkau melalaikan
mereka dengan perkara perkara yang tidak berfaedah Ya Allah.

Ya Allah, perkenankanlah doa kami ini. Kami memohon kepada Mu kerana Engkaulah tuhan kami. Kami meminta kepada Mu kerana Engkaulah yang menciptakan kami. Kami merayu kepada Mu kerana Engkaulah yang Maha mengkabulkan doa doa kami ini.

Ya Allah jika Engkau tidak memakbulkan doa kami ini Ya Allah, siapa lagi yang akan memakbulkannya. Jika Engkau tidak mendengar doa kami ini, siapa lagi yang akan mendengarnya Ya Allah.

Wahai Tuhan yang Maha Pemberi keampunan dan penerima Taubat dan yang Maha Penyayang terimalah taubat kami dan sayangilah kami..

Ya Allah selamatkan lah diri kami, keluarga kami, saudara2 kami, rumah tangga kami, kampung kami, dan negara kami, dari sebarang ancaman luar dan dalam. Engkaulah Ya Allah tempat sebaik2 perlindungan.
           
Ya Allah kami memohon Ya Allah kurniakanlah kepada kedua ibubapa kami tempat yang istimewa di syurgaMu Ya Allah . َ

Ya Allah Ya Ghaffar ampunkanlah dosa-dosa kami, dosa kedua ibubapa kami, pasangan hidup kami, anak2 kami, kaum keluarga kami, guru-guru kami, sahabat-sahabat kami serta sekalian muslimin muslimat di mana saja mereka berada.

رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنْفُسَنَا وَإِنْ لَّمْ تَغْفِرْلَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُوْنَنَّ مِنَ الْخَاسِرِيْنَ
رَبَّنَا ءَاتِنَا فِى الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِى اْلآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ
وَصَلَّى الله ُعَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ
وَالْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ.

آمِيْنُ... آمِيْنُ... آمِيْنُ... يَا رَبِّ الْعَالَمِين

Wednesday, 4 September 2019

EK MAQDS K60 4.9.19 B5 KEHIDUPAN AKHIRAT II. TIDAK SAMA ANTARA AHLI DUNIA DAN AHLI AKHIRAT MS41.42


Erti Kehidupan Mengikut Al Quran dan Sunnah Pg 41 and 42
Tidak Sama Antara Ahli Dunia dan Ahli Akhirat
Surah Shaad 38:28
*********************
Patutkah Kami menganggap orang2 yang beriman dan mengerjakan amal yang soleh sama dengan orang-orang yang berbuat kerusakan di muka bumi? Patutkah pula Kami menganggap orang2 yang bertaqwa sama dengan orang2 yang berbuat maksiat.
Kepada orang beriman Allah ada kasih sayang..Allah sangat rauf..simpati mudah tersentuh dan rahim..sayang
Sakit orang beriman tak sama dgn susah orang kafir
Susah orang beriman tak sama dgn susah orang kafir
Perumpaan seorang guru dgn anak murid
a. Yg baik rajin dekat dgn guru
b. Yang nakal jahat sombong
Ujian lebih kurang sama sahaja.tetapi adakah sama orang beriman dan orang kafir?. NEVER.
Orang beriman dan beramal soleh v orang yg tak beriman dan orant tak beramal soleh.
Cara hidup fikir berbuat orang Ahli Akhirat dengan Ahli Dunia
Confident level lain mcm...Yakin dgn Allah.
Pegang ini..Allah  tak jadi sama orang
Beriman v  tak beriman
Taqwa v buat maksiat/dosa
Takut bila buat dosa dan maksiat. Kalau isi hari dengan amal soleh...kenapa nak takut.
Yakinlah dan minta doa matilah aku dalam khusnul khatimah. Kerisauan hanya bila kita buat dosa. Yakin Allah dekat dgn kita.
Hidup ahlul akhirat tak sama dengan ahlul dunia dalam segala aspek.
Rawatan untuk orang yang depression?.
Ianya adalah masalah iman. Hilang takut. Kalau benar iman kita..tak perlu takut dan sedih..
Masalah tidak kekal dlm masalah...dia kan ada perubahan..ada susah n sedih..tapi tak lama...akan keluar dari masalah itu.
Islam agama untuk semua...pelbagai..bukan utk orang yang tegar dan kuat sahaja. Semua ada penawarnya
Apa yang akan kekal..keyakinan dan keimanan...Allah Masa Berkuasa..Ketenangan bergantung pada keimanan..
Tunjuklah dan huraikan ayat Quran yang membina keyakinan...
Surah Al Qashash, 28:78-80
*****************************
79.Maka keluarlah Qarun kepada kaumnya dalam kemegahannya. Berkatalah orang2 yang menghendaki kehidupan dunia : "Moga moga kiranya kita mempunyai seperti apa yang telah diberikan kepada Qarun; Sesungguhnya ia benar2 mempunyai keberuntungan yang besar"
80. Berkatalah orang2 yang dianugerahi ilmu: "Kecelakaan yang besarlah bagimu, pahala Allah adalah lebih baik bagi orang2 yang beriman dan beramal soleh, dan tidak diperoleh pahala itu, kecuali oleh orang2 yang sabar.
Qarun pandai berniaga dan juga ilmu agama hebat. Dia sangat bertuah di dunia..menguasai byk perkara di dunia dan ini menyebabkan
Nabi musa cerdik tapi tiada kekayaan.Qarun rasa dia lagi hebat dari Musa...
Bila lihat orang yang hebat kaya tapi jauh dari Allah..kita mcm mana
Kalau kita teringin nak jadi mcm qarun..wlpn kita tahu qarun kafir dan buat melampau. Ahlul dunia akan terpengaruh dengan kakayaan dan kemewahan orang kafir.
Rasul kata...2 golongan yg kamu boleh jeles dan bercita cita nak jadi mcm tu:
1. Orang2 yg diberi ilmu kitab dan beramal siang malam..malam qiyam..siang pergi ajar org, sedekah
2. Orang2 yang diberi harta kekayaan dan digunakan siang malam kejalan Allah.
Kalau impress dgn kekayaan dia sahaja..kita Ahlul dunia....
Ahlul akhirat akan pandang dgn ilmu bukan dgn nafsu...
Ahlul akhirat nak berlumba untuk membuat kebaikkan amal soleh. Pandang nilai pahala yang akan dpt. Pertimbangannya yg lain.
Jadi Sumbang...terbabit. Agar dpt turut dalam kebaikkan itu
Kira2. Pandangan terhadap harta dan kemegahan dunia
Ahli Akhirat = Pahala Akhirat dan makin dekat dengan Allah
Ahli Dunia =  $$ dan kekayaan
Kesimpulan orang yg tahan godaan dunia
Hanyalah orang2 yg benar2 sabar...yg sabar dgn godaan dunia dan tetap mencari pahala akhirat.
Tiada beza amalan dunia dan akhirat kecuali dengan NIAT. Cthnya berniaga utk akhirat.
Kisah sahabar yg asyik beribadat siang malam di masjid. Nabi tanya siapa yg uruskan nafkah anda dan keluarga?. Abanf saya...Nabi kata Abang anda lebih baik dari anda
Kejar akhirat bukan dgn bergantung pada org tapi kita berusaha sendiri...
Ahlul Akhirat
Bila banyak harta - dia fikir mcm mana nak belanja dgn baik
Bila tak dpt harta - dia sabar...dia tenang. Dia Yakin. Dia cari hikmah sebaliknya.
Tapi ahli dunia jadi kecewa dan marah semua org..blame mcm2.
Niat berbuat di dunia ini sangat mustahak. Jaga niat kita.
Surah Ar Radd 13:16
**********************
Katakanlah: "Siapakah Tuhan langit dan bumi?" Jawabnya: "Allah" . Katakanlah:
"Maka patutkah kamu mengambil pelindung pelindungmu dari selain Allah, padahal mereka tidak menguasai kemaanfaatan dan tidak (pula) kemudharatan bagi diri mereka sendiri?". Katakanlah: " Adakah sama orang yang buta dan yang dapat melihat, atau samakah gelap gulita dan terang benderang; apakah mereka menjadikan beberapa sekutu bagi Allah yang dapat menciptakan seperti ciptaan- Nya sehingga kedua ciptaan itu serupa menurut pandangan mereka?" Katakanlah: "Allah adalah Pencipta segala sesuatu dan Dia-lah Tuhan yang Maha Esa lagi Maha Perkasa"
Surah As Syuara, ms 307, ayat 70-73, 78
******************************************
إِذْ قَالَ لِأَبِيهِ وَقَوْمِهِۦ مَا تَعْبُدُونَ
Ketika ia berkata kepada bapaknya dan kaumnya: "Apakah yang kamu sembah?"
(Asy Syu'ara 26:70)
قَالُوا۟ نَعْبُدُ أَصْنَامًا فَنَظَلُّ لَهَا عٰكِفِينَ
Mereka menjawab: "Kami menyembah berhala-berhala dan kami senantiasa tekun menyembahnya".
(Asy Syu'ara 26:71)
قَالَ هَلْ يَسْمَعُونَكُمْ إِذْ تَدْعُونَ
Berkata Ibrahim: "Apakah berhala-berhala itu mendengar (doa)mu sewaktu kamu berdoa (kepadanya)?,
(Asy Syu'ara 26:72)
أَوْ يَنفَعُونَكُمْ أَوْ يَضُرُّونَ
atau (dapatkah) mereka memberi manfaat kepadamu atau memberi mudharat?"
(Asy Syu'ara 26:73)
ٱلَّذِى خَلَقَنِى فَهُوَ يَهْدِينِ
(yaitu Tuhan) Yang telah menciptakan aku, maka Dialah yang menunjuki aku,
(Asy Syu'ara 26:78
Orang beriman optimis dengan harapan dan keyakinan dgn rahmat Allah. Dia pandang kelainan orang lain ie org jahil ke org baik...sebagai penaik semangat. Ahlul akhirat bersangka baik tiap kali pada Allah dan orang lain.