Wednesday, 27 February 2019

EK MAQDS K43 27.2.19 B3 KEHIDUPAN DUNIA 5. MEMILIKINYA (DUNIA) MENYEBABKAN SIKAP SOMBONG/ENGGAN MENERIMA KEBENARAN MS28

Kehidupan Dunia
Iv. Memilikki Dunia menyebabkan sikap sombong/enggan menerima kebenaran.
Page 28, EK
3 category manusia yg silap menguruskan kehidupan dunia
1. Inginkan akhirat..tetapi in reality dia lebih utamakan dunia
2. Seronok dgn dunia dan macam tiada keinginan langsung untuk akhirat. Tahu ada akhirat
3. Golongan sombong yang menafikan adanya akhirat. Hanya ada dunia
Surah Al Jaatsiyah, 45:24
***************************
Dan mereka berkata : Kehidupan ini tidak lain hanyalah kehidupan di dunia saja, kita mati dan kita hidup dan tidak ada yang akan membinasakan kita selain masa. Dan mereks sekali-kali tidak mempunyai pengetahuan tentang itu, mereka tidak lain hanyalah menduga-duga sahaja.
Kefahaman golongan ini adalah ya g anti pada akhirat. Mereka yakin hanya dunia tanpa apa2 landasan ilmu. Life is a mystery..?!. Kajilah Al Quran dan Hadis. Semuanya ada ilmu dan semua by design..sudah ada ketetapan. Tiada kebetan. Kehidupan ini teratur dgn baik dan sempurna. Bukan by chance or accident.
Orang yang dekat dengan Al Quran...akan dapat Baiiyinah..penjelasan yg jelas.
Kita boleh uruskan kehidupan untuk tenang..ikut segala asbab untuk mendapat ketenangan. Allah sudah bagikan ilmu untuk pilih bahagia atau tidak. Mereka tidak ada ilmu dan semata anggaran dan sangkaan..perasaan.
Orang yang beriman berkeyakinan. Hukum asbab musabab. Causality. Ada penerangan dalam Al Quran jelas. Tiada keraguan. Dengan syarat kita percayan dgn AlQuran dan Hadis.
Surah An Nahl, Ayat 22
*************************
Tuhan kamu adalah Tuhan yang Maha Esa. Maka orang orang yang tidak beriman kepada akhirat, hati mereka mengingkari keesaan Allah, sedangkan mereka sendiri adalah orang orang yang sombong.
Selalu dlm kebingungan..teragak agak..tidak pasti...tiada satu yg dia boleh pegang...tiada pegangan..tolak itu dan ini.. Bila mengingkari...akan mulalah kesombongan.
Orang yang sombong menolak sesuatu kebenaran.
Langkah dan Trick Syaitan...
******************************
1. Halang manusia dari ilmu dan iman
2. Perangkap...seronok dengan bidaah..yg salah..tidak rasa nak bertaubat..sebab ingat tak salah..
3. Jerumus kita pada Dosa Besar...
4. Jerumus kita pada Dosa Kecil
5. Sibok dengan perkara yang tidak utama..tak salah pun..tapi bukan yang terbaik. Cthnya solat lewat waktu.
Dia bagi kita rasa cukup dengan amalan yg biasa2. Cthnya lambat solat sebab nak selesaikan kerja.
*qarin
6. Syaitan akan hantar pasukan...
Berusaha untuk menyakiti kita...cthya bagi sakit badan...
Manusia perli2 kita
Syaitan takkan berhenti...
Bila buat kebaikkan susah sgt...maknanya pasukan syaitan tgh kepong kita...apa jak buat
Doa pada Allah..kuatkan azam..kuatkan iltizam...fight n fight
Fight to the finish...until death.
Bagi orang yang bukan biasa2 dan sentiasa cuba menjadi lebih terbaik.
Setiap perkara yang dilarang didalam  Al Quran dan Hadis...adalah dosa besar kalau buat. Larangan itu disertakan ancaman.
Mengumpat....dosa besar
Cerita kebenaran pasal org lain dibelakang dia. Kalau dia dengar..mesti dia terasa.
Cerita benda yang tak betul pasal orang di belakangnya....fitnah. dosa besar
Mengumpat dan Fitnah adalah dosa besar
Surah Al A'raaf, 7:40
*********************
Sesungguhnya orang-orang yang mendustakan ayat ayat Kami dan menyombongkan diri terhadapnya, sekali kali tidak akan dibukakan bagi mereka pintu pintu langit dan tidak (pula) mereka masuk syurga, hingga unta masuk ke lubang jarum. Demikianlah Kami memberi pembalasan kepada orang-orang yang berbuat kejahatan
SOP kehidupan..adalah Al Quran. Siapa yang tolak. Dia tak layak hidup dlm bumi Allah. Pintu langit rahmat kasih redha Allah akan tertutup bagi orang yang mendusta kan dan sombong....yang dpt laknat Allah dan Makhluk.
Di dunia.
Yang atas (langit)  tak buka..yg bawah tak naik..apa jual amal yang dibuat tak akan naik untuk direkod. Semua sia2.
Di Akhirat.
Tak akan masuk syurga sehingga unta masuk lubang jarum. Mustahil
Buang sombong. Menafikan ayat2 Allah adalah orang yg dusta ayat Allah dan sombong.

EK MAQDS K42 20.2.19 B3 KEHIDUPAN DUNIA 5. MEMILIKINYA (DUNIA) MENYEBABKAN SIKAP SOMBONG/ENGGAN MENERIMA KEBENARAN MS29

20 Febuari 2019
3 jenis orang yang mengutamakan dunia
1. golongan yang nakkan akhirat tetapi lebihkan dunia (realitinya)
2. golongan yang berfoya-foya di dunia walaupun tahu adanya akhirat
3. golongan yang sombong, tiada langsung ingatkan akhirat
Pg 28
Surah As-Syu'ara Ayat 111
قَالُوا أَنُؤْمِنُ لَكَ وَاتَّبَعَكَ الْأَرْذَلُونَ
"Apakah kami akan beriman kepadamu, padahal yang mengikuti kamu ialah orang-orang yang hina?”
- menunjukkan kesombongan kerana pengikut2nya adalah orang2 yang berpengaruh
- jika kita berkawan kerana ingin berkawan dengan yang baik2 saja tetapi ikut Islam
hendaklah berlandaskan kepada iman dan taqwa. janganlah kita memilih2 dan memandang rendah
akan orang lain, itu dinamakan sombong. kalau ingin memilih setaraf/yg baik2, apa sebenarnya
definisi baik/setaraf? balik semula kepada iman dan taqwa seseorang itu.
Surah Az-Zumar Ayat 49
فَإِذَا مَسَّ الْإِنْسَانَ ضُرٌّ دَعَانَا ثُمَّ إِذَا خَوَّلْنَاهُ نِعْمَةً مِنَّا قَالَ إِنَّمَا أُوتِيتُهُ عَلَىٰ عِلْمٍ ۚ بَلْ هِيَ فِتْنَةٌ وَلَٰكِنَّ أَكْثَرَهُمْ لَا يَعْلَمُونَ
Maka apabila manusia ditimpa bahaya ia menyeru Kami, kemudian apabila Kami berikan kepadanya nikmat dari Kami ia berkata:
"Sesungguhnya aku diberi nikmat itu hanyalah karena kepintaranku". Sebenarnya itu adalah ujian, tetapi kebanyakan mereka
itu tidak mengetahui.
- golongan yang pintar, yg diberi nikmat, ada kesombongan disitu, golongan ustaz2 pun ada juga
- pintar itu ialah nikmat dari Allah
- tapi dia nisbahkan pintar itu dari dia sendiri bukannya dari Allah sehinggakan menimbulkan fitnah
- prinsip dalam ilmu, di atas orang yang mempunya ilmu, ada orang lain yang lebih alim (lebih luas pengetahuannya)
- ilmu dari Allah adalah sangat luas
- dalam Asbabun Kahfi
(1) ujian iman untuk keluarga yang kaya raya tetapi tetap beriman kepada Allah
(2) kisah 2 orang Yahudi yang berharta (mempunyai ladang kurma), seorang yg beriman, seorang yang kafir. Yang kafir
amat sombong dengan harta yang ada, ladang kurma yg byk berbuah tetapi menyekutukan Allah lalu Allah membalasnya dengan
membinasakan harta kekayaannya
(3) kisah nabi Musa, iaitu apabila ditanya siapa yang paling alim (luas pengetahuannya), dia jawab dengan confident
iaitu dia dan Allah tegur, orang yang paling alim ialah Al Khidir. Nabi Musa bersama Yushaq mencari Al Khidir di
pertembungan 2 laut ( Mediterranean & Casper). Al Khidir berkata kepada Musa
a. Ayat 67 ("sesungguhnya kamu sekali-kali tidak akan sanggup sabar bersamaku")
b. Ayat 68 ("dan bagaimana kamu akan dapat sabar atas sesuatu yang kamu belum mempunyai pengetahuan yang cukup tentang hal
itu?")
- buruk sangka/perasaan negatif tentang hal yg kita tak tahu
- orang yang betul sabar, dia positif dalam semua uncertainties
KESIMPULANNYA
- setiap kelebihan itu ada ujian dari Allah
- nikmat yang paling agung Allah berikan kepada hambaNya ialah perasaan/jiwa qanaah (iaitu puas dan cukup) untuk
kekayaan hati. Itulah KEKAYAAN sebenarnya
- jikalau Raja Dunia mengetahui apa yg ada dalam hati yg qanaah, sudah pasti dia akan cemburu kerana itulah yg
dikejar setiap orang
- walaupun kita ada qanaah, tetapi tidak salah untuk meminta dari Allah iaitu memohon kebaikan yg lain demi manfaat yg
lebih besar (sifat tumuih)
- kalau kita minta dan dapat nikmat dari Allah tetapi kalau tidak jaga, Allah akan murka dan hilanglah rahmat Allah
- boleh tak kita bercita2 tinggi? Boleh! Allah suka tetapi Allah tidak suka jika tiada usaha ke arah itu (tulul amal)
- barangsiapa bertaqwa kepada Allah, maka Allah akan berikan jalan keluar
- pada orang yg sombong, dunia ini segala2nya tetapi di sisi Allah dunia ini tiada nilainya melainkan kita guna dunia
ini untuk bekalan di akhirat.
HR Tirmidzi 2242
"Seandainya dunia itu di sisi Allah sebanding dengan sayap nyamuk tentu Allah tidak mahu memberi orang orang kafir
walaupun hanya seteguk air"
- pada Allah, dunia ini tiada nilainya iaitu sebanding dengan sayap nyamuk sahaja
- Allah bagi sahaja dunia yg murah ini kepada orang kafir, semuanya mereka dapat
- oleh itu kita tak patut cemburu apa yg orang kafir ada

Wednesday, 13 February 2019

EK MAQDS K41 13.2.19 B3 KEHIDUPAN DUNIA 5. MEMILIKINYA (DUNIA) MENYEBABKAN SIKAP SOMBONG/ENGGAN MENERIMA KEBENARAN MS28

Bab 3 Kehidupan Dunia
Iv. Memilikinya (Dunia) menyebabkan sikap sombong/ enggan menerima kebenaran.
Jenis Manusia Yang Terpedaya
1. Utamakan Dunia. Akhirat sedikit dan tertinggal/sambilan.
2. Manusia yang seronok dengan dunia dan melupakan akhirat. Tiada keinginan akhirat.
3. Menjadi sombong dengan dunia yang dimiliki. Tidak boleh seorang hamba menyombongkan diri n sangat rapat dengan kekafiran. Sombong tidak boleh ada dalam diri orang beriman. Kalau ada..iman lucut. Tidak boleh gah dan sombong dalam benda yang baik/ibadah apalagi perkara dunia.
Sangat dibenci oleh Allah.
Yang Patut
Akhirat Utama, Dunia Sambilan
Surah Al Alaq, 9:67
********************
Ketahuilah! Sesungguhnya manusia benar benar melampaui batas, kerana dia melihat dirinys serba cukup.
Orang islam ada *izzah* kemuliaan. Proud to be Islam. Sombong v Izzah.
Negative v Positif.
Izzah lahir daripada rasa syukur kepada Allah. Syukur dan bertuah dgn anugerah Islam Iman dan Ibadah dll.
Rasa bahagia seronok happy dgn
Izzah lahir dari syukur
Sombong lahir dari engkar kufur
Borderline...sgt nipis antara izzah dan sombong
Disinilah kita kene pandai kawal hati dan mulut.
Bermulanya manusia lakukan tak baik..ketika dia melampaui batas
Sombong V Tawaduk/Humble
********************************
Tawaduk asal kata - Wadu'. Meletak sesuatu pada tempatnya. Kembalikan segala2 kepada Allah. Anugerah dan Nikmat Allah. Dia tidak menafikan nikmat dan kelebihan tetapi mengembalikan segalanya kepada Allah.
Jangan gara2 nak tawaduk..kita berdusta..dan menafikan nikmat Allah
Sombong - istakbara dalam arab. Dari perkataan kabir/kabura..besar..merasa besar.  Dia anggap dia besar tapi sebenarnya dia tak da apa pun.
Kene faham prinsip tawaduk. Kalau tidak kita tak berlaku adil terhadap diri kita.
Bila orang cari pasal...Ada Aku Kisah.?!
Kita sendiri kene pastikan niat btl. Kita tak boleh kawal minda orang. Jaga hati positif..jangan buruk sendiri dengan diri dan orang lain
Kisah Nabi Sulaiman..dikurniakan segalanya tapi tawaduk. Ini semua kurniaan Allah untuk menguji..aku syukur atau kufur
Ketika melihat diri serba cukup..kita akan sombong. Cthnya ckp mcm pandai dlaam bidang yang dia tak tahu dan tidak ada kemahiran.
Jangan pula tak nak ajar kalau itu bidang kita. Kene akui anugerah itu dan paham ianya ujian.
Sombong bermula apabila merasa dia serba cukup. Walaupun hakikatnta tak spt itu.
Surah Al Baqarah, 2:258
**************************
Debat antara Penguasa dengan Nabi Ibrahim. Nabi Ibrahim kata Tuhannya adalah Tuhan yang menghidupkan dan mematikan.
Penguasa
Kalau awak tuhan..boleh ke awak dtgkan matahari dari barat?..
Penguasa tak boleh jawab
Dia ada kuasa memerintah...tapi dia melebihi kuasanya...bila rasakan dia tuhan
Had had perlu diingat. Nikmat boleh dinikmati tapi jangan berlebih berlebih
Sangat tepis antara ikhlas dan sombong.
Kene jaga hati. Jangan share lebih2.
Kisah seorang Tabiin. Ulamak Besar.
Bila ditanya. Dia jawab...sudah 40 tahun saya tidak pernah miss takbiratul ihram di masjid.
Adakah itu riya atau ujub - tidak.
Dia nak berdakwah pada pelajarnya.
Dengan anak2 boleh cerita baik.
Pertama pastikan betul dan niat utk memberi pelajaran.
Ada Ulama  Besae dulu berkata...saya jaga solat malam 20 tahun...kemudian solat malam jaga saya 40 tahun. Ini satu ilmu yg perlu disebarkan.  Mengenai Istiqamah. Dia bukan riya atau ujub.
Surah Al Qalam 68:12-15
**************************
Bila orang buat dosa..kene tegur
Bila orang buat baik...kita hargai dan dorong agar tetap istiqamah.
Secara tak sedar..kita mungkin menghalang orang lain dari buat kebaikkan. Menjadi penghalang.
Oleh itu..bila orang buat baik..dorong dan tunjukkan support. Bagi orang itu selesa dengan kebaikkan itu. Jangan jadi dia tak selesa dengan kebaikkan.
Mudahkan. Jangan Susahkan. Jangan bagi orang phobia. Bagi benda itu senang. Bagi orang lebih berkeinginan.
Orang Yang Menghalang Kebaikan adalah
1. Yang melampaui batas
2. Berdosa
Jadilah orang Alim. Tak boleh?
Belajar..Tak Boleh?
Tolonglah orang yang Belajar....Tak boleh?
Suka tengok org belajar pandai. INI paling kuranh
Buatlah kebaikkan. Tak boleh?
Tolonglah orang yang buat kebaikkan. Tak Boleh?
Kisas..Balasan
Tumbuk v Tumbuk
Kene sama. Kalau lebih jadi dosa..susah nak pastikan sama. Jadi lebih baik memaafkan.
Bila Berlebih akan ada dosa. Maka yang lebih baik adalah memaafkan.
Kisah Walid Bin Mughiah. Kaya Raya dan banyak Anak. Anti Nabi dan Sahabat. Suka kacau masa mereka nak solat dan tawaf. KASAR. Mukmin yang sebenarnya ialah yang lemah lembut. Bukan celupar dan kasar/keras.
Ciri orang mudah masuk syurga
Sahlun - Memudahkan Jalan
Hayinun - Meringankan Benda Yang Berat
Layinun - Lemah Lembut. Tak angkat suara masa marah. Dia boleh kawal diri. Kalau boleh kawal marah...orang yang hebat.