KELAS 13 (Rabu, 25.04.2018)
Erti Kehidupan Menurut Al Quran dan As Sunnah
BAB 1 - Al-QURAN MEMBERI PETUNJUK & PERINGATAN:
iv- YANG ENGGAN MENZALIMI DIRI SENDIRI
- Siapa yang enggan mengikut petunjuk Allah dalam Al Quran dan sunnah Rasulullah, telah menzalimi dirinya sendiri dan mereka adalah golongan ‘Kanud’ iaitu orang yang ingkar pada Tuhannya (Surah Al Aadiyat 100:6)
- Bilakah mereka kufur? Apabila mereka merasakan diri mereka serba cukup (Al Alaq 96:6-9)
- Kita perlu meletakkan diri kita dalam keadaan serba kekurangan dan sentiasa memerlukan Allah, fakir, daif dan lemah agar kita sedar kita adalah hamba yang tiada apa-apa dan sentiasa pada setiap saat dan ketika memerlukan Allah dan sentiasa beribadah dalam semua aspek kehidupan kita.
- Solat itu adalah asasnya adalah DOA, jadinya pada setiap solat kita laksanakan, kita sentiasa meminta pertolongan dari Allah untuk menyempurnakan hajat kita untuk menempuhi jalan yang lurus. Ini juga mengapa manusia dicipta lemah/tak sempurna dan sentiasa ada kelemahan
- Dengan Allah kita mesti sentiasa rasa kurang dan pada manusia kita perlu sentiasa merasa cukup.
فَإِن لَّمْ يَسْتَجِيبُوا۟ لَكَ فَٱعْلَمْ أَنَّمَا يَتَّبِعُونَ أَهْوَآءَهُمْ ۚ وَمَنْ أَضَلُّ مِمَّنِ ٱتَّبَعَ هَوَىٰهُ بِغَيْرِ هُدًى مِّنَ ٱللَّهِ ۚ إِنَّ ٱللَّهَ لَا يَهْدِى ٱلْقَوْمَ ٱلظّٰلِمِينَ
Maka jika mereka tidak menjawab (tantanganmu) ketahuilah bahwa sesungguhnya mereka hanyalah mengikuti hawa nafsu mereka (belaka). Dan siapakah yang lebih sesat daripada orang yang mengikuti hawa nafsunya dengan tidak mendapat petunjuk dari Allah sedikitpun. Sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang zalim. (Al Qashash 28:50)
- Manusia ada 2 jenis
- Yang berjaya menundukkan nafsunya kepada keinginannya
- Yang ditundukkan nafsunya – i.e. orang yang sering menurut nafsu – orang yang rugi. Contohnya, niat untuk bangun malam untuk bertahajud, tetapi bila bangun tidur, hanya pergi bilik air dan tidur semula – nafsu menundukkan kita. Jika teruskan solat tahajjud maknanya kita menundukkan nafsu.
- Apabila ada panggilan/sahutan dari Allah untuk membuat kebaikkan dan tidak disambut ini maksudnya kita ditundukkan oleh nafsu.
- Orang yang sesat adalah mereka yang mengikuti hawa nafsu dan tidak mendapat petunjuk Allah swt
- Dan sesungguhnya Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang-orang yang zalim
ٱلَّذِينَ ضَلَّ سَعْيُهُمْ فِى ٱلْحَيَوٰةِ ٱلدُّنْيَا وَهُمْ يَحْسَبُونَ أَنَّهُمْ يُحْسِنُونَ صُنْعًا
Yaitu orang-orang yang telah sia-sia perbuatannya dalam kehidupan dunia ini, sedangkan mereka menyangka bahwa mereka berbuat sebaik-baiknya. (Al Kahfi 18:104)
أُو۟لٓئِكَ ٱلَّذِينَ كَفَرُوا۟ بِـَٔايٰتِ رَبِّهِمْ وَلِقَآئِهِۦ فَحَبِطَتْ أَعْمٰلُهُمْ فَلَا نُقِيمُ لَهُمْ يَوْمَ ٱلْقِيٰمَةِ وَزْنًا
Mereka itu orang-orang yang telah kufur terhadap ayat-ayat Tuhan mereka dan (kufur terhadap) perjumpaan dengan Dia, maka hapuslah amalan-amalan mereka, dan Kami tidak mengadakan suatu penilaian bagi (amalan) mereka pada hari kiamat. (Al Kahfi 18:105)
- Amalan membaca dan menghafal 10 ayat pertama atau akhir surah Al Kahfi adalah sebagai peringatan untuk kita melakukan amalan yang benar dan jangan terpedaya dengan amalan yang tipu (i.e. di mana kita merasakan amalan kita adalah cukup dan sempurna.
- Amalan kita bergantung pada niat yang ikhlas. Ikhlas ada 3
- Kerana Allah sebelum melakukan amal (pasang niat awal-awal)
- Waktu beramal itu kena jaga juga niat kerana takut dipengaruhi riak dan ujub
- Ikhlas selepas beramal i.e. sikap kita semasa dipuji atau dikeji orang. Iaitu berbangga apabila dipuji dan merasa lemah/down apabila dikeji sehingga berhenti beramal. Sekiranya ikhlas maka kejian/kecaman itu akan menjadi motivasi untuk terus membuat amal soleh dan menambahbaikkan usaha
- Asas Beramal
- Adakah kita melakukan amal soleh sekadar mengikut orang dan adat atau dengan ilmu.
- Setiap amalan mesti berlandaskan ilmu barulah ia manjadi amalan yang bermakna dan bermanfaat di sisi Allah
- Apabila hati/niat tidak dijaga maka amalan-amalan akan sia-sia dan takutnya akan jatuh kafir
- Kita mungkin merasakan seperti kita telah buat yang terbaik tetapi sekiranya tidak ikhlas ada kemungkinan ia tidak akan dinilai langsung oleh Allah s.w.t.
- Dalam beramal, mesti prihatin pada kedua-dua aspek zahir dan batin amalan tersebut
وَخَلَقَ ٱللَّهُ ٱلسَّمٰوٰتِ وَٱلْأَرْضَ بِٱلْحَقِّ وَلِتُجْزَىٰ كُلُّ نَفْسٍۭ بِمَا كَسَبَتْ وَهُمْ لَا يُظْلَمُونَ
Dan Allah menciptakan langit dan bumi dengan tujuan yang benar dan agar dibalasi tiap-tiap diri terhadap apa yang dikerjakannya, dan mereka tidak akan dirugikan. (Al Jaatsiyah 45:22) - Allah menciptakan langit dan bumi dengan tujuan yang benar dan tiada sia2.
- Ia juga dicipata agar membalas manusia berdasarkan apa yang telah dikerjakan
- Setiap penciptaan/makhluk Allah adalah asbab untuk mendapat pahala dari amal soleh. Hanya orang yang beriman yang akan nampak ini.
- Kita mesti sentiasa lihat, faham dan bertafakur /fikir tentang kebesaran Allah didalam setiap penciptaanya iaitu anak, langit, bumi, bintang, gunung, pokok, haiwan, air, angin, udara dll
- Hargai dan bersyukur dengan sebaiknya setiap penciptaan Allah.
- Hadis Rasulullah: Membantu orang untuk dapat menunaikan hajatnya lebih baik dari iktikaf di masjidku dibulan Ramadhan selama sebulan…
- Membantu orang yang berhajat kerana ingin mendapat redha Allah adalah sebaik-baik ibadah dan amal soleh. Hanya apabila kita sedar dan betul faham yang apa jua kerja yang kita lakukan adalah suatu ibadah kepada Allah (betul niat, cara dan natijahnya), barulah kehidupan kita bernilai disisi Allah. Pastikan sentiasa jaga niat dan berlandaskan ilmu.
وَإِنَّ رَبَّكَ لَذُو فَضْلٍ عَلَى ٱلنَّاسِ وَلٰكِنَّ أَكْثَرَهُمْ لَا يَشْكُرُونَ
Dan sesungguhnya Tuhanmu benar-benar mempunyai kurnia yang besar (yang diberikan-Nya) kepada manusia, tetapi kebanyakan mereka tidak mensyukuri(nya). (An Naml 27:73)
- Allah telah memberi setiap manusia kurniaan yang besar
- Dan pada setiap kurniaan itu memerlukan kita bersyukur
- ‘Fadhlun’ – kurnian lebih dari yang perlu/basic
- Masalah manusia bukan disebabkan kita tidak dapat kurniaan tetapi kerana kita tak bersyukur
- Sentiasalah bersyukur dengan apa yang kita ada pada saat dan ketika ini. Hanya dengan mensyukuri apa yang ada walaupun mungkin kita rasa sikit, barulah Allah akan mengurniakan yang lebih
- Orang orang yang beriman akan nampak tangan tangan Allah dalam setiap inci/aspek kehidupannya. Orang yang tidak beriman hanya akan nampak tangannya sahaja. Kesannya bagi orang yang beriman, ialah orang yang beriman akan mudah untuk sentiasa bersyukur.
- Orang yang merasakan dirinya berkuasa /in control akan mudah kecewa apabila apa yang mereka impikan/dambakan tidak menjadi reality.
- Bawa Allah dalam seluruh kehidupan kita dan dalam setiap yang kita laksnakan, Allah akam mengurniakan yang lebih
- Rasakan kehadiran/tangan Allah pada setiap masa dan ketika, barulah kita akan menjadi orang yang benar-benar bersyukur – iaitu apabila kita memahami ‘Fadhlun’ dari Allah dan mensyukurinya baru kita akan merasa nikmat kurniaanNYA.
- INFIRU- pergilah/jalanlah/laksanakanlah untuk membuat satu ibadah amalan soleh/ melaksanakan perintah Allah dalam keadaan mudah mahupun SUSAH/BERAT. hati kita untuk melakukannya. Lawan dan tunddukkan nafsu kita. Jangan tunggu rasa ringan. Jangan penuh angan-angan untuk sentiasa dalam keadaan ringan dan mudah.
No comments:
Post a Comment