EK MAQDS K72 27.11.19 B6.DUNIA MEDAN BERAMAL i. KEHIDUPAN DUNIA ADALAH MEDAN BERAMAL UNTUK KEHIDUPAN HARI AKHIRAT MS 50
Silakan rancang untuk dunia ie..tahun depan. Namun rancanglah sebaiknya utk akhirat dahulu dan terjemahkan dalam rancangan utk hidup di dunia.
Kita kene banyak bersabar dalam apapun yg kita hadapi. Dengan diri kita, family dan orang lain. Kenapa dgn diri?. Kadang2 kita pun ada masa perangai kita mcm2...maka bersabarlah dan bangkit utk kembali buat baik walaupun telah jatuh seketika.
Yang pasti dunia tempat kita bekerja. Ada peraturan halal dan haram. Kebanyakkannya boleh/halal. Yang boleh banyak sekali tapi manusia suka pertikaikan yg tak boleh.
Kehidupan di Dunia ini sebagai Medan untuk Kita Beramal dan Berbekal
*****************************
Dunia itu dipenuhi aturan-aturan yang sama sekali tidak boleh diabaikan. Ada halal-haram, ada perintah-larangan. Kerap kali untuk menjalankan suatu perintah, harus meninggalkan beberapa perkara yang nampak indah dan di saat tertentu harus menelan rasa pahit. Seluruh perintah ini hanya akan dilaksanakan oleh orang-orang mukmin kerana mereka bersabar dan yakin bahawa kehidupan sebenarnya yang terdapat berbagai kenikmatan hanya akan ada di akhirat. Di dunia ini hanya untuk menjalankan perintah Tuhannya.
Kehidupan di dunia ini adalah sebagai medan untuk kita beramal dan menyediakan persiapan kita menuju alam akhirat. Tidak mungkin kita akan tenang dan berbahagia apabila membawa bekalan yang sedikit dan tidak berkualiti pula apabila menuju perjalanan yang jauh ke alam barzakh dan alam akhirat.
Janganlah sia-siakan masa, umur, tenaga dan kekayaan yang kita miliki tanpa kita membuat pelaburan untuk bekalan kita di sana, ketika itu apa yang akan menjadi pertukaran adalah amal-amal soleh, amal ibadah, amal kebajikan yang kita lakukan di dunia ini semata-mata kerana Allah SWT.
Gunakan hidupmu
Gunakanlah waktu sehatmu (untuk beramal ketaatan) sebelum datang sakitmu. Dan gunakan hidupmu (untuk beramal soleh) sebelum kematian menjemputmu. (HR Bukhari 6416)
Seorang Muslim wajib mencari nafkah, tapi jangan tamak kepada dunia. Seorang Muslim hidupnya untuk ibadah kepada Allah, kerana itu ia wajib menuntut ilmu, berlumba-lumba melakukan amal soleh, dan memenuhi hak Allah dan hak manusia.
................
Kalau ikutkan hati kita contohnya tak nak dan malas bersenam..tapi perlu supaya bertenaga dan menghindari penyakit.
Dalam perkara agama..mmg mungkin ada yg kita tak nak buat...tapi kalau fikir long term mmg patut kita buat. Kalau fikir short term..mmg rasa tak perlu. Kita mungkin tak minat tapi ianya penting. Islam mengajarkan kita untuk pikir jangka panjang
Orang yang beriman dan bertaqwa adalah cerdik dan berfikiran jauh..10..20..30 tahun dan terus menembusi dunia ke ahirat.
Setiapnya perlu ada pengorbanan..kene paksakan diri. Bila melihat dalam pandangan singkat...kita akan rasa tak perlu buat benda yang pahit .
Di dunia ini..kita ini hamba...hidup utk kerja sahaja. Iaitu kerja mencari redha Allah. Kitalah hamba. Dicipta untuk menjadi hamba dan beribadah. Perspektif berbeza akan menjadikan cara hidup berbeza.
Bila tak beriman....kita nak hidup untuk enjoy dan happy2 belaka. Kita tak akan buat perkara yang patut kita buat.
Bila jadi hamba Allah...seronok dan bahagia adalah bila dapat accomplish amal soleh. Sangat syukur dan seronok. Bila niat puasa sunat dan dapat...jadi bahagia. Niat tahajjud...niat baca al mathurat..niat solat qada...dll
Yang betul2 membuat bahagia ialah achievement buat baik. Seronok bila boleh cerita/kenang lagi dan lagi..contoh pergi haji..buat amal kebajikan.
Design your life as such you will keep on repeating the story of true happiness. Iaitu amal soleh yg sebenarnya. Yang seronok sementara kejap je cerita...pastu lupa..org pun tak kisah.
Di akhirat..bila manusia disuruh tgk balik hidup dia...hanya sehari/kurang
Buatlah amalan yang boleh membahagiakan diri dan orang lain. Medan beramal yang tak terhenti henti. Akan jadi sibuk. Hati pun rasa risau kalau cuti* dari usaha hari biasa.
Dunia adalah station transit yg kita singgah untuk bekerja. One day we will move on to a destination that last for ever.
Surah Al Insan, J29, ms 578,
*****************************
Juga dinamakan Surah Addahar - masa
Manusia itu sendiri = masa
Abaikan masa?. Maknanya abaikan diri sendiri.
Surah Al Asr
**************
Demi Masa! (1) Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian (2) Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar. (3)
Amalan pertama yg disoal di sakaratul maut adalah SEDEKAH
Amalan pertama yang dihisab bila waktu amal dihisab adalah solat.
Kisah sahabat nabi yg duduk diluar kota madinah dan kene jalan jauh nak pergi masjid nabawi...dia rajin jaga solat jemaah 5 waktu di masjid. Satu hari dia dapati baju sejuk dia dah rosak..dia beli baru dan sedekah yg lama kepada orang lain..dia pergilah masjid.. kemudian tak lama lepas itu dia meninggal. Nabi tak perasaan sebab dia duduk jauh...bila nabi tanya mana si fulan ini..orang kata dia dah meninggal. Nabi pergi ziarah keluarga dan ucapkan takziah dan doakan dia bersama orang soleh. Isteri dia tak pertikaikan kesolehan suaminya..namun
Isteri risau apa yg dia katakan masa sakaratul maut * alangkah baik kalau yg baru..alangkah baik kalau lagi jauh*
Rasulullah dapat maklumay dari malaikat dan ckp kepada isteri...Masa sakaratul maut..Allah akan tunjukkan amalan yg selalu dibuat..iaitu jalan jauh ke masjid dan bersedekah...jadi bila Allah tunjukkan dahsyatnya pahala apa yg telah dikerjakan...
Itu yg dia terkilan tak sedekah baju yg baru dan rumah tak lebih jauh dari masjid. Ini maksud menyesal orang beriman.
Surah Al Munafiqun* dahsyatnya ganjaran sedekah. Benarnya iman seseorang apabila dgn mudahnya dia mampu beri pertolongan dan sedekah.
Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu dilalaikan oleh (urusan) harta benda kamu dan anak-pinak kamu daripada mengingati Allah (dengan menjalankan perintahNya). Dan (ingatlah), sesiapa yang melakukan demikian, maka mereka itulah orang-orang yang rugi. (Al-Munaafiquun 63:9)
Dan belanjakanlah (dermakanlah) sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada kamu sebelum seseorang dari kamu sampai ajal maut kepadanya, (kalau tidak) maka ia (pada saat itu) akan merayu dengan katanya: " Wahai Tuhanku! Alangkah baiknya kalau Engkau lambatkan kedatangan ajal matiku - ke suatu masa yang sedikit sahaja lagi, supaya aku dapat bersedekah dan dapat pula aku menjadi dari orang-orang yang soleh ". (Al-Munaafiquun 63:10)
Dan (ingatlah), Allah tidak sekali-kali akan melambatkan kematian seseorang (atau sesuatu yang bernyawa) apabila sampai ajalnya; dan Allah Amat Mendalam PengetahuanNya mengenai segala yang kamu kerjakan. (Al-Munaafiquun 63:11)
Kita kene invest untuk dapat keuntungan di akhirat. Tukarkan masa umur tenaga anak dan harta kepada amalan yang kekal dan soleh. CONVERT kepada amal soleh jariyah. Kalau tidak hanya seronok didunia sahaja dan akan menyesal di akhirat dan di dunia juga.
Dalam bab Harta,
Tercela kalau tak keluarkan zakat. Bagaikan harta yang kotor
Bila keluarkan zakat = harta bersih. Makan sendiri atau bagi orang pun tiada masalah.
Nak jadi istimewa?. Must give more. The more you give...the more you get. Tambahan2. Nabi cakap..takkan berkurang harta yang dikeluarkan untuk sedekah. Bal Yazid3...bertambah bertambah bertambah.
Tambah harta bukan dengan menyimpan tapi dengan sedekah.
Must convert masa/usia/anak/harta to baqiat solihat.(amalan kekal dan soleh) ..dan ini menjadi harapan yg lebih baik.
Al Kahfi, Ayat 46, ms 299
**************************
Harta benda dan anak pinak itu, ialah perhiasan hidup di dunia; dan amal-amal soleh yang kekal faedahnya itu lebih baik pada sisi Tuhanmu sebagai pahala balasan, dan lebih baik sebagai asas yang memberi harapan. (Al-Kahfi 18:46)
Mencari nafkah adalah wajib esp untuk lelaki. Sesuap makan untuk isteri dan anak adalah sedekah. Jangan berlebihan bagi. Bagi pada yang ahli dulu..yg wajib.
2 pahala sedekah kepada ahli keluarga..ie anak isteri dan keluarga. Pahala sedekah dan pahala silaturrahim.
Mana yg dekat itu yg kene dapat dulu. Cari bahagia?. Bagilah bahagia kepada orang disekeliling kita. Tapi jangan tolong sampai menjatuhkan...ie sampai dia tak berusaha dan tidak berdikari dan lalai.