Wednesday, 30 January 2019

EK MAQDS K40 30.1.19 B3 KEHIDUPAN DUNIA 4. YANG BERPOYA POYA (BERSERONOK)DI DUNIA KELAK NEGERI KEKAL MEREKA ADALAH NERAKA MS26,27

Iii. Yang berpoya poya berseronok di dunia kelak negeri kekal mereka adalah neraka.
3 kumpulan manusia yang terpedaya dengan dunia
**************************************
1. Mengutamakan dunia, tapi ingat akhirat juga.
2. Tak ingat akhirat langsung. Semua pasal dunia. Dia tahu ada akhirat tapi tak ingat.
3. Tidak percaya dan mendustakan adanya akhirat.
EK pg 26 

Surah At Taubah, 9:55
************************* 

فَلَا تُعْجِبْكَ أَمْوٰلُهُمْ وَلَآ أَوْلٰدُهُمْ ۚ إِنَّمَا يُرِيدُ ٱللَّهُ لِيُعَذِّبَهُم بِهَا فِى ٱلْحَيَوٰةِ ٱلدُّنْيَا وَتَزْهَقَ أَنفُسُهُمْ وَهُمْ كٰفِرُونَ

Maka janganlah harta benda dan anak-anak mereka menarik hatimu. Sesungguhnya Allah menghendaki dengan (memberi) harta benda dan anak-anak itu untuk menyiksa mereka dalam kehidupan di dunia dan kelak akan melayang nyawa mereka, sedang mereka dalam keadaan kafir. (At Taubah 9:55)

Orang yang hebat dgn harta n anak tanpa iman...Allah sebenarnya nak seksa mereka di dunia. Kehebatan anak dan harta menjadi punca seksa di dunia... iaitu makin jauh dari Allah. Tak dapat lakukan amal soleh. Tidak menggunakan kelebihan Allah bagi untuk meraih redha Allah.
Dalam jiwa mereka menderita walau nampak megah. Maka jangan terpedaya. Rasa takjub dgn orang yg diberi harta kekayaan dan dia sedekah dan infaq pagi petang.... sibuk dgn amal soleh... baru blh kata hebat...
Kalau kaya..tapi jauh dgn Allah... bergulimang dgn dosa... jangan rasa takjub dgn mereka. Sebenarnya mereka terseksa dgn kekayaan dan anak. 

4 jenis Ujian
***************
1. Musibatul Kashyaf (membuka dan menunjukkan)
Ujian untuk para nabi dan rasul. Iman mereka telah dipelihara.. kenapa masih diuji?. Untuk menunjukkan dan menzahirkan kepada manusia... bahawa seorang nabi itu penyabar.
Bila diuji...baru tahu penyabar ke tidak
Kesimpulan
Semua nabi penyabar. Semua diuji. Berdepan dgn mcm2 ujian
2. Ujian Rafa'...
Ujian mengangkat darjat
Orang yang beriman dan beramal soleh.
Allah nak naikkan darjat dia disisi Allah. Dengan ujian dia bersabar. Maka naik darjatnya.
3. Ujian Insaf
Tujuan untuk mengembalikan diri  hamba tu ke pangkal jalan
Orang beriman yang lalai dan membuat dosa . Musibah yg mengingatkan dia dan dia bertaubat dan kembali ke jalan Allah.
Ujian untuk sedar... kejayaan bukan kerana diri sendiri tapi anugerah dari Allah
Tutup pergantungan dengan manusia supaya kembali bergantung kepada Allah.
Menyedarkan dia atas silapnya
4. Ujian Azab... mati dalam kekafiran.
Orang2 Kafir
Diuji tapi depa tak sedar itu peringatan Allah
Makin jauh dari Tuhan
Menyalahkan Tuhan
Mati bersama dalam kekafiran. 

Surah Yunus, 10: 7 -8
************************ 

(7) إِنَّ ٱلَّذِينَ لَا يَرْجُونَ لِقَآءَنَا وَرَضُوا۟ بِٱلْحَيَوٰةِ ٱلدُّنْيَا وَٱطْمَأَنُّوا۟ بِهَا وَٱلَّذِينَ هُمْ عَنْ ءَايٰتِنَا غٰفِلُونَ
(8) أُو۟لٓئِكَ مَأْوَىٰهُمُ ٱلنَّارُ بِمَا كَانُوا۟ يَكْسِبُونَ

Sesungguhnya orang-orang yang tidak mengharapkan (tidak percaya akan) pertemuan dengan Kami, dan merasa puas dengan kehidupan dunia serta merasa tenteram dengan kehidupan itu dan orang-orang yang melalaikan ayat-ayat Kami, (7) mereka itu tempatnya ialah neraka, disebabkan apa yang selalu mereka kerjakan. (8) (Yunus 10:7-8)

Surah Al Isra
**************
Tanda orang akhirat... berusaha sungguh2. Untuk dpt khusyuk tenang.  bersedekah.. hafal Alquran.. 

Surah Al Isra', Ayat 69, 289
***************************** 

أَمْ أَمِنتُمْ أَن يُعِيدَكُمْ فِيهِ تَارَةً أُخْرَىٰ فَيُرْسِلَ عَلَيْكُمْ قَاصِفًا مِّنَ ٱلرِّيحِ فَيُغْرِقَكُم بِمَا كَفَرْتُمْ ۙ ثُمَّ لَا تَجِدُوا۟ لَكُمْ عَلَيْنَا بِهِۦ تَبِيعًا

atau apakah kamu merasa aman dari dikembalikan-Nya kamu ke laut sekali lagi, lalu Dia meniupkan atas kamu angin taupan dan ditenggelamkan-Nya kamu disebabkan kekafiranmu. Dan kamu tidak akan mendapat seorang penolongpun dalam hal ini terhadap (siksaan) Kami. (Al Israa' 17:69)

Sebab apa diazab?. Sebab perbuatan kita. Mesti bersebab. 

Surah Al Isra', Ayat 98, 292
**************************** 

ذٰلِكَ جَزَآؤُهُم بِأَنَّهُمْ كَفَرُوا۟ بِـَٔايٰتِنَا وَقَالُوٓا۟ أَءِذَا كُنَّا عِظٰمًا وَرُفٰتًا أَءِنَّا لَمَبْعُوثُونَ خَلْقًا جَدِيدًا

Itulah balasan bagi mereka, karena sesungguhnya mereka kafir kepada ayat-ayat Kami dan (karena mereka) berkata: "Apakah bila kami telah menjadi tulang belulang dan benda-benda yang hancur, apakah kami benar-benar akan dibangkitkan kembali sebagai makhluk baru?" (Al Israa' 17:98)

Allah tunjuk sebab kenapa di azab. Allah takkan azab secara tiba2.. Mesti kerana perbuatan kita sendiri 

Surah Al Kahfi, Ayat 100, 106
************************** 

Di azab kerana mata mereka tertutup sebab tak dpt ingat Allah.
Majority sebab masuk neraka..sebab lakukan perbuatan yang buat Allah murka.
Allah tidak zalimi manusia 

Surah Ibrahim, 14:3
********************* 

ٱلَّذِينَ يَسْتَحِبُّونَ ٱلْحَيَوٰةَ ٱلدُّنْيَا عَلَى ٱلْءَاخِرَةِ وَيَصُدُّونَ عَن سَبِيلِ ٱللَّهِ وَيَبْغُونَهَا عِوَجًا ۚ أُو۟لٓئِكَ فِى ضَلٰلٍۭ بَعِيدٍ

(yaitu) orang-orang yang lebih menyukai kehidupan dunia dari pada kehidupan akhirat, dan menghalang-halangi (manusia) dari jalan Allah dan menginginkan agar jalan Allah itu bengkok. Mereka itu berada dalam kesesatan yang jauh. (Ibrahim 14:3)

Ajak kebaikkan...dapat pahala
Ajak org buat maksiat....dapat dosa 

Surah Al Hajj, 22:11
******************** 

وَمِنَ ٱلنَّاسِ مَن يَعْبُدُ ٱللَّهَ عَلَىٰ حَرْفٍ ۖ فَإِنْ أَصَابَهُۥ خَيْرٌ ٱطْمَأَنَّ بِهِۦ ۖ وَإِنْ أَصَابَتْهُ فِتْنَةٌ ٱنقَلَبَ عَلَىٰ وَجْهِهِۦ خَسِرَ ٱلدُّنْيَا وَٱلْءَاخِرَةَ ۚ ذٰلِكَ هُوَ ٱلْخُسْرَانُ ٱلْمُبِينُ

Dan di antara manusia ada orang yang menyembah Allah dengan berada di tepi; maka jika ia memperoleh kebajikan, tetaplah ia dalam keadaan itu, dan jika ia ditimpa oleh suatu bencana, berbaliklah ia ke belakang. Rugilah ia di dunia dan di akhirat. Yang demikian itu adalah kerugian yang nyata. (Al Hajj 22:11)

*kuncinya...apa bila Allah tak makbulkan doa dan hajat dia....dia diuji dengan musibah dan fitnah..apa reaksi dia?. Adakah dia marah dan berhenti beribadah.
Ini tanda ibadah Harfi...bertukar wajah dan muka...berubah diri
Kalau iman itu benar..tak kira susah senang..kita tak berubah..tetap istiqamah.
Dalam ujian...nampaklah quality iman dan ibadah. 

Surah Al Araaf, 7:51
********************* 

ٱلَّذِينَ ٱتَّخَذُوا۟ دِينَهُمْ لَهْوًا وَلَعِبًا وَغَرَّتْهُمُ ٱلْحَيَوٰةُ ٱلدُّنْيَا ۚ فَٱلْيَوْمَ نَنسَىٰهُمْ كَمَا نَسُوا۟ لِقَآءَ يَوْمِهِمْ هٰذَا وَمَا كَانُوا۟ بِـَٔايٰتِنَا يَجْحَدُونَ

(yaitu) orang-orang yang menjadikan agama mereka sebagai main-main dan senda gurau, dan kehidupan dunia telah menipu mereka". Maka pada hari (kiamat) ini, Kami melupakan mereka sebagaimana mereka melupakan pertemuan mereka dengan hari ini, dan (sebagaimana) mereka selalu mengingkari ayat-ayat Kami. (Al A'raf 7:51)


Surah Al Isra', Ayat 67 dan 83
******************************* 

وَإِذَا مَسَّكُمُ ٱلضُّرُّ فِى ٱلْبَحْرِ ضَلَّ مَن تَدْعُونَ إِلَّآ إِيَّاهُ ۖ فَلَمَّا نَجَّىٰكُمْ إِلَى ٱلْبَرِّ أَعْرَضْتُمْ ۚ وَكَانَ ٱلْإِنسٰنُ كَفُورًا

Dan apabila kamu ditimpa bahaya di lautan, niscaya hilanglah siapa yang kamu seru kecuali Dia, Maka tatkala Dia menyelamatkan kamu ke daratan, kamu berpaling. Dan manusia itu adalah selalu tidak berterima kasih. (Al Israa' 17:67)

وَإِذَآ أَنْعَمْنَا عَلَى ٱلْإِنسٰنِ أَعْرَضَ وَنَـَٔا بِجَانِبِهِۦ ۖ وَإِذَا مَسَّهُ ٱلشَّرُّ كَانَ يَـُٔوسًا

Dan apabila Kami berikan kesenangan kepada manusia niscaya berpalinglah dia; dan membelakang dengan sikap yang sombong; dan apabila dia ditimpa kesusahan niscaya dia berputus asa. (Al Israa' 17:83)


Orang beriman sentiasa ada harapan dan selalu positif. Jika dia dalam keadaan susah sekarang..dia yakin Allah akan tukar keadaan dia. Bila senang..dia berjaga2 dan sentiasa berdoa untuk sentiasa dekat dengan Allah.
Kebahagian boleh dikecapi dalam susah dan senang.
Bersama kesusahan itu ada kebahagian.
Dalam kesusahan beserta kesenangan
Jangan tunggu bahagia untuk bersyukur
Bersyukur untuk Bahagia
Alhamdulillah.....
....Innalillahiwainna.... 

Orang tak akan dapat bersabar dalam ujian tanpa bersyukur.
Tanamkan pada diri.
 

Rasulullah Shallalahu alaihi Wassalam pernah mengatakan, bahawa dunia itu bagaikan syurga bagi orang kafir, dan penjara bagi orang mukmin (HR Muslim)
Orang mukmin terpenjara kerana roh dia mencari Allah..dekat dengan Allah...tapi jasad di dunia...spt ada dalam penjara.
Jadilah engkau didunia ini seperti orang asing atau bahkan seperi orang sekadar lalu (musafir). HR Al Bukhari no 6416.

Tuesday, 29 January 2019

Doa Pagi Isnin ke Ahad, 28.1 - 3.2.19

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ.
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
ُِ

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ.
ُِSalam pagi Rabu                                               
30 Jan 2019       
24 Jamdilawal 1440
                            
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ وَالْعَاقِبَةُ لِلْمُتَّقِيْنَ وَلاَ عُدْوَانَ إِلاَّ عَلَى الظَّالِمِيْنَ وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى أَشْرَفِ اْلأَنْبِيَاءِ وَالْمُرْسَلِيْنَ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْن
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihi
Ya Allah kami bersyukur Ya Allah kerana diberi peluang kepada kami untuk meneruskan kehidupan ini Ya Allah. Ya Allah kami berdoa moga kehidupan kami hari ini adalah lebih baik dari semalam dan sentiasa mendapat redha Mu Ya Allah.
Ya Allah, ampunkanlah segala dosa-dosa kami, tetapkan lah hati kami dalam agama Mu, kurniakanlah kepada kami rahmat dan kasih Mu dan mudahkanlah perjalanan hidup kami.
Ya Allah, limpahkan dan lipat-gandakanlah rezki kami. Ya Allah sekiranya rezeki kami dilangit turunkanlah, jika rezeki kami di dalam bumi, keluarkanlah, jika berada di tempat yang jauh maka dekatkanlah, jika rezeki itu sedikit maka banyakkanlah, jika ia sukar bagi kami, permudahkanlah dan jika kotor maka Kau sucikanlah ia. Ya Allah pindahkanlah rezeki itu kepada kami dengan kemuliaan dan Rahmat Mu Ya Allah, wahai yang Maha Pengasih lagi Penyayang.
 Ya Allah mudahkanlah semua urusan kami, jauhkanlah dari kami kesulitan apapun Ya Allah, kabulkan dan perkenankanlah doa-doa kami.
Ya Allah kami memohon Ya Allah, kurniakanlah kepada kedua ibubapa kami tempat yang istimewa di syurgaMu Ya Allah. َ
Ya Allah Ya Ghaffar ampunkanlah dosa-dosa kami, dosa kedua ibubapa kami, anak isteri kami, kaum keluarga kami, guru-guru kami, sahabat-sahabat kami serta sekalian muslimin muslimat di mana saja mereka berada. Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad SAW serta ahli keluarga dan para sahabatnya. Segala puji pujian hanya utkMu Ya Allah.
                                                    
رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنْفُسَنَا وَإِنْ لَّمْ تَغْفِرْلَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُوْنَنَّ مِنَ الْخَاسِرِيْنَ
رَبَّنَا ءَاتِنَا فِى الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِى اْلآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ
وَصَلَّى الله ُعَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ
وَالْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ.
آمِّيْنَ, آمِّيْن, آمِّيْن,َ يا رَبَّ الْعَالَمِيْن  َ



, السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
ُِSalam pagi Jumaat                                          
1 Feb 2019.      
26 Jamdalakhir 1440                            
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ
ٍ
اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ وَالْعَاقِبَةُ لِلْمُتَّقِيْنَ وَلاَ عُدْوَانَ إِلاَّ عَلَى الظَّالِمِيْنَ وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى أَشْرَفِ اْلأَنْبِيَاءِ وَالْمُرْسَلِيْنَ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْن
                               
Ya Allah di pagi Jumaat yang mulia ini  ampunkanlah dosa dosa kami, berkatilah kami, rahmatilah kami, beri lah kami hidayahMu agar kami sentiasa dekat dengan Mu  Ya Allah.
Ya Allah kami bersyukur Ya Allah kerana memberi peluang kepada kami untuk meneruskan kehidupan ini Ya Allah. Ya Allah kami berdoa moga kehidupan kami sentiasa mendapat redha Mu Ya Allah.
Ya Allah, didiklah kami untuk sabar dalam meniti liku-liku hidup ini, tetapkanlah hati kami dalam agama Mu, kurniakanlah kepada kami rahmat dan kasih Mu, berilah kami hati yang tenang dan permudahkanlah perjalanan hidup kami.
Ya Allah kami memohon perlindunganMu dari kejahatan yang ada didalamnya dan kejahatan yang ada sesudahnya.
Ya Allah Engkau tunjukkanlah kami kearah kebaikan, pertingkatkan iman kami agar amalan hidup kami sihat dari segi rohani dan jasmani serta menjadi contoh ikutan generasi akan datang.
Ya Allah, jadikanlah hari ini dan hari-hari selanjutnya jauh lebih baik bagi kami dibanding hari-hari yang telah kami lalui.
Ya Allah bangkitkanlah semangat kami dalam bekerja dan berusaha, dalam beribadah dan beramal.
Ya Allah, jaminlah keselamatan, kesihatan, keamanan, kedamaian, ketentraman, keberhasilan dan kesejahteraan bagi kami dan keluarga kami.
Ya Allah, limpahkan dan lipat-gandakanlah rezki kami dengan rezeki yang halal.
Ya Allah sihatkanlah badan kami, terangilah hati kami, tetapkanlah iman kami,  dekatkanlah kami kepada kebaikan, jauhkanlah kami dari kejahatan dan tunaikanlah hajat kami.
Ya Allah, mudahkanlah semua urusan kami, jauhkanlah dari kami kesulitan apapun Ya Allah, kabulkan dan perkenankanlah doa kami.
Ya Allah kami memohon Ya Allah, kurniakanlah kpd kedua ibubapa kami tempat yang istimewa di syurgaMu Ya Allah. َ
Ya Allah Ya Ghaffar ampunkanlah dosa-dosa kami, dosa kedua ibubapa kami, anak isteri kami, kaum keluarga kami, guru-guru kami, sahabat-sahabat kami serta sekalian muslimin muslimat di mana saja mereka berada.
Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad SAW serta ahli keluarga dan para sahabatnya.
Segala puji pujian hanya utkMu Ya Allah.                                                     
رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنْفُسَنَا وَإِنْ لَّمْ تَغْفِرْلَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُوْنَنَّ مِنَ الْخَاسِرِيْنَ
رَبَّنَا ءَاتِنَا فِى الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِى اْلآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ
وَصَلَّى الله ُعَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ
وَالْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ.
آمِّيْنَ, آمِّيْن, آمِّيْن,َ يا رَبَّ الْعَالَمِيْن  َ


Thursday, 24 January 2019

Doa Pagi Isnin Ke Ahad, 21-27.1.19


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ.
ُِSalam pagi Rabu                                                    
23 Jan 2019. 
17 Jamdilawal 1440
                                  
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ وَالْعَاقِبَةُ لِلْمُتَّقِيْنَ وَلاَ عُدْوَانَ إِلاَّ عَلَى الظَّالِمِيْنَ وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى أَشْرَفِ اْلأَنْبِيَاءِ وَالْمُرْسَلِيْنَ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْن
Ya Allah berilah kami rahmat Mu Ya Allah, letakkan kami dalam perlindungan Mu Ya Allah dan hindarlah kami dari azab api neraka.
Ya Allah  ampunlah dosa-dosa kami Ya Allah, ampunlah  dosa kedua ibubapa kami Ya Allah, ampunlah dosa anak istri kami Ya Allah dan ampunlah dosa seluruh ahli keluarga kami, saudara mara kami, guru-guru kami, sahabat2 kami dan seluruh kaum muslimin dan muslimat.
Ya Allah jika mereka telah pergi mendahului kami, lepaskan mereka daripada seksa kubur Ya Allah dan Engkau luas dan lapangkan kubur mereka dan jadikan kubur  mereka salah satu daripada taman syurga Mu Ya Allah.
Ya Allah ingatkan kami bahawa  Engkau sentiasa melihat apa yang kami lakukan, oleh itu jadilah ia penghalang bagi kami dari melakukan maksiat Ya Allah.
Ya Allah sedarkanlah kami bahawa kematian itu pasti, maka sempurnakanlah persiapan kami untuk berjumpa dengan Mu Ya Allah.
Ya Allah kuatkan dan sempurnakan iman kami. Ya Allah, terimalah taubat kami Ya Allah, panjangkan umur kami, kurniakan kami keselamatan dan kesihatan yang baik. Ya Allah tunjukkan kami jalan yang lurus dan benar.
Ya Allah berkatilah kehidupan kami di dunia dan di akhirat dan masukkan kami ke dalam syurga Firdaus Mu Ya Allah.
Ya Allah didiklah diri kami untuk menerima segala kepahitan hidup dengan sabar dan redha.
Ya  Allah bimbinglah kami dalam menjaga hati kami, bantulah kami dalam menjaga akhlak kami, pimpinlah kami dalam menjaga lisan dan perbuatan kami dan peliharalah diri kami daripada membeci dan dibenci.
Ya Allah janganlah kami dilalaikan daripada mengerjakan amal bakti oleh perbuatan  berlumba-lumba untuk mendapatkan harta benda, pangkat serta pengaruh.
Ya Allah Ya Tuhan kami, kami memohon ke hadratMu, berikanlah kami kekuatan, taufiq dan hidayah supaya dapat kami memperbaiki diri kami.
Ya Allah dorongkanlah kami utk mempertingkatkan keimanan kami, menambah ilmu kami serta amalan baik kami. Sesungguhnya kami adalah kepunyaanMu Ya Allah dan kepada Mu jualah kami kembali.
Ya Allah masukklah kami dalam golongan orang-orang yang dilimpahi dengan berbagai-bagai kebaikan dan hidayah Mu Ya Allah.
Ya Allah selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad SAW serta  ahli keluarga dan para sahabatnya dan masukkan kami dalam golongan yang mendapat shafaatnya di padang mahshar nanti. َ
Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad SAW serta ahli keluarga dan para sahabatnya. Segala puji pujian hanya utkMu Ya Allah.
                                                    
رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنْفُسَنَا وَإِنْ لَّمْ تَغْفِرْلَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُوْنَنَّ مِنَ الْخَاسِرِيْنَ
رَبَّنَا ءَاتِنَا فِى الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِى اْلآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ
وَصَلَّى الله ُعَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ
وَالْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ.
آمِّيْنَ, آمِّيْن, آمِّيْن,َ يا رَبَّ الْ



السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Selamat pagi Jumaat
25 Januari 2019
19 Jamdalawal 1440
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ
ٍ
اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ وَالْعَاقِبَةُ لِلْمُتَّقِيْنَ وَلاَ عُدْوَانَ إِلاَّ عَلَى الظَّالِمِيْنَ وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى أَشْرَفِ اْلأَنْبِيَاءِ وَالْمُرْسَلِيْنَ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْن
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Selawat dan Salam ke atas Junjungan besar Nabi Muhammad  S.A.W. keluarga dan para sahabatnya. 
Ya Allah berkatilah kami dalam pendengaran kami, penglihatan kami, hati kami dan keturunan kami.
Ya Allah terimalah taubat kami. Ya Allah Engkau yang Maha Menerima Taubat dan maha Penyang.
Ya Allah jadikanlah kami orang yang bersyukur pada nikmat Mu, pemuji nikmatMu, menerima nikmatMu. Ya Allah sempurnakan nikmat kami kepada kami.
Ya Allah jauhkanlah kami dari sikap riak, ujub dan takabbur tatkala kami menumpang di bumiMu ini Ya Allah, berlangitkan kekuasaanMu, bernafas dengan izinMu,  berezeki dengan limpah kurniaan Mu.
Ya Allah sesungguhnya tiada daya dan kuasa melainkan dariMu juga.
Ya Allah Ya Tuhan kami  terangilah cahaya pada hati-hati kami dengan cahaya hidayah Mu sebagaimana Engkau terangi bumi  dengan cahaya matahari Mu buat selama-lamanya.
Ya Allah bukakanlan pintu kemenangan kepada kami dengan kemenangan yang nyata, kejayaan di dunia dan akhirat.
Ya Allah ampunilah dosa kami yang kami lakukan semenjak kami kecil lagi.
Wahai Tuhan yang Maha Pemberi keampunan dan penerima Taubat dan yang Maha Penyayang, terimalah taubat kami dan sayangilah kami.
Ya Allah selamatkan lah diri kami, keluarga kami, saudara2 kami, rumah tangga kami, kampung kami, dan negara kami dari sebarang ancaman luar dan dalam. Engkaulah Ya Allah tempat sebaik2 perlindungan.
Ya Allah akhirlah hidup kami dengan Islam, akhirlah hidup kami dengan membawa iman dan akhirlah hidup kami dengan husnul khotimah.
Ya Allah limpahkan ketakwaan kepada kami serta berilah kami istiqamah dalam ibadah kami.
Ya Allah berilah kami kesihatan yang baik agar kami dapat melakukan kesemua ibadah kami dengan tenang dan selesa.
Ya Allah jadikanlah kami melakukan semua ibadah kami dengan bersunguh sunguh semata mata untuk mendapat keredhaan dan ganjaran Mu.
Ya Allah kurniakanlah kepada kami kemampuan dan kesungguhan untuk beribadah dan lindungi kami dari berbagai fitnah.
           
رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنْفُسَنَا وَإِنْ لَّمْ تَغْفِرْلَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُوْنَنَّ مِنَ الْخَاسِرِيْنَ
رَبَّنَا ءَاتِنَا فِى الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِى اْلآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ
وَصَلَّى الله ُعَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ
وَالْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ.
آمِيْنُ... آمِيْنُ... آمِيْنُ... يَا رَبِّ الْعَالَمِين

Wednesday, 23 January 2019

EK MAQDS K39 23.1.19 B3 KEHIDUPAN DUNIA 4. YANG BERPOYA POYA (BERSERONOK)DI DUNIA KELAK NEGERI KEKAL MEREKA ADALAH NERAKA MS26,27

Jenis Jenis Manusia
1.Manusia yang mengutamakan dunia. Tetapi ada keinginan terhadap akhirat. Akhirat lemah.. dunia dominan. Dia buat juga untuk akhirat. Tapi sikit sgt berbanding dunia
2. Manusia yang berfoya foya dan berseronok. Tiada keinginan akhirat  dalam kepala dunia belaka. Dia percaya ada akhirat mungkin tapi tiada usaha langsung
3. Orang yang menyombongkan diri dan menganggap hidup ini hanya dunia sahaja. Tiada akhirat.
Jenis Manusia yang berfoya foya dan seronok dgn kehidupan dgn dunia. Seolah2 mcm tiada akhirat. Fokusnya terhadap dunia sahaja
Iii. Yang berpoya poya (berseronok) di dunia kelak negeri kekal mereka adalah neraka.

Surah Al Muthafifin, 83: 29-36
******************************

(29) إِنَّ ٱلَّذِينَ أَجْرَمُوا۟ كَانُوا۟ مِنَ ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ يَضْحَكُونَ 
(30) وَإِذَا مَرُّوا۟ بِهِمْ يَتَغَامَزُونَ
(31) وَإِذَا ٱنقَلَبُوٓا۟ إِلَىٰٓ أَهْلِهِمُ ٱنقَلَبُوا۟ فَكِهِينَ
(32) وَإِذَا رَأَوْهُمْ قَالُوٓا۟ إِنَّ هٓؤُلَآءِ لَضَآلُّونَ
(33) وَمَآ أُرْسِلُوا۟ عَلَيْهِمْ حٰفِظِينَ
(34) فَٱلْيَوْمَ ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ مِنَ ٱلْكُفَّارِ يَضْحَكُونَ
(35) عَلَى ٱلْأَرَآئِكِ يَنظُرُونَ
(36) هَلْ ثُوِّبَ ٱلْكُفَّارُ مَا كَانُوا۟ يَفْعَلُونَ

Sesungguhnya orang-orang yang berdosa, adalah mereka yang menertawakan orang-orang yang beriman.(29) Dan apabila orang-orang yang beriman lalu di hadapan mereka, mereka saling mengedip-ngedipkan matanya. (30) Dan apabila orang-orang yang berdosa itu kembali kepada kaumnya, mereka kembali dengan gembira. (31) Dan apabila mereka melihat orang-orang mukmin, mereka mengatakan: "Sesungguhnya mereka itu benar-benar orang-orang yang sesat", (32) padahal orang-orang yang berdosa itu tidak dikirim untuk penjaga bagi orang-orang mukmin. (33) Maka pada hari ini, orang-orang yang beriman menertawakan orang-orang kafir, (34) mereka (duduk) di atas dipan-dipan sambil memandang. (35) Sesungguhnya orang-orang kafir telah diberi ganjaran terhadap apa yang dahulu mereka kerjakan. (36)
(Al Muthaffifin 83:29-36)


1. Suka ketawakan org beriman
2. Suka jeling2
3. Seronok menghina org beriman
4. Cakap org beriman sesat..perlekeh dan ketawakan
Standard maju dan hebat terbalik
Org beriman rasa mereka maju bila mentaati Allah
Orang berpoya rasa maju dan hebat bila melakukan kemaksiatan terhadap Allah.
Dunia sudah menguasainya. Mereka suka perhati dan komen pasal orang beriman dan islam. Banyak nak komen. Mereka suka perhati kita. Sehingga mcm pakai cctv kepada orang islam. Dia nak intai semua kita buat. 

Surah Al Kahfi, Ayat 98 -99
***************************** 

(98)قَالَ هٰذَا رَحْمَةٌ مِّن رَّبِّى ۖ فَإِذَا جَآءَ وَعْدُ رَبِّى جَعَلَهُۥ دَكَّآءَ ۖ وَكَانَ وَعْدُ رَبِّى حَقًّا
(99) وَتَرَكْنَا بَعْضَهُمْ يَوْمَئِذٍ يَمُوجُ فِى بَعْضٍ ۖ وَنُفِخَ فِى ٱلصُّورِ فَجَمَعْنٰهُمْ جَمْعًا

Dzulkarnain berkata: "Ini (dinding) adalah rahmat dari Tuhanku, maka apabila sudah datang janji Tuhanku, Dia akan menjadikannya hancur luluh; dan janji Tuhanku itu adalah benar".(98) Kami biarkan mereka di hari itu bercampur aduk antara satu dengan yang lain, kemudian ditiup lagi sangkakala, lalu Kami kumpulkan mereka itu semuanya, (99) (Al Kahfi 18:98-99)

Benteng pun tak berguna lagi nanti... janji Tuhan benar. Dan kami biarkan sebahagian mereka bercampur satu antara lain..gelobang bercampur. Dah tak boleh kawal dah...
Umpama gelombang yg menghentam seluruh penjuru hidup kita... di akhir zaman. 

Sifat yakjuj makjuj, Ayat 94 

قَالُوا۟ يٰذَا ٱلْقَرْنَيْنِ إِنَّ يَأْجُوجَ وَمَأْجُوجَ مُفْسِدُونَ فِى ٱلْأَرْضِ فَهَلْ نَجْعَلُ لَكَ خَرْجًا عَلَىٰٓ أَن تَجْعَلَ بَيْنَنَا وَبَيْنَهُمْ سَدًّا

Mereka berkata: "Hai Dzulkarnain, sesungguhnya Ya'juj dan Ma'juj itu orang-orang yang membuat kerusakan di muka bumi, maka dapatkah kami memberikan sesuatu pembayaran kepadamu, supaya kamu membuat dinding antara kami dan mereka?" (Al Kahfi 18:94)

Segala yang buat kerosakan...mcm gelonmbang yg tak boleh kawal
Benteng paling kuat hanyalah benteng iman..dalam bentuk benteng /tembok tak boleh kawal.
Maka benteng yg boleh ambil dan pegang adalah iman. Musuh dimana-mana dan sentiasa perhati kita. Kita sahaja yang lalai.
Didik iman pada diri dan anak2.
Zaman cyber. Tiada rahsia. Semua ada ditangan org kafir. Semua aktiviti kita diintai.
Kerja manusia bukan intai orang.. untuk beramal. Perlu ke kita takut?. Tidak kalau kita takutkan Allah dan buat yang baik
Zaman sekarang lebih pada personal update dalam social media.
Tekankan pada iman. Jangan takut. Jaga hubungan dgn Allah. Pengawas hakiki kita.
Selalu berlaku... kita lalai... tak minta pertolongan. Ingatlah...Semua terjadi dengan izin Allah. Secara asas berhati hati. Jangan lupa perlindungan Allah.
Di akhirat nanti.... terbalik. Orang yang beriman akan ketawakan orang kafir yg di azab... sambil duduk di pan pan.
Balasan kepada orang kafir...apa mereka kerjakan depa akan dapat balasan.
Di syurga orang beriman...dpt tonton seksa ahli neraka yang telah menzalimi diri mereka sendiri.
Perasaan  syukur yg amar sgt...dipilih jadi ahli syurga...sgt bertuah.
Jangan risau...lalui kehidupan dengan tenang...jangan lalai. 

Surah Al Qiyamah, 75 : 20-21
***************************** 

(20)كَلَّا بَلْ تُحِبُّونَ ٱلْعَاجِلَةَ 
(21) وَتَذَرُونَ ٱلْءَاخِرَةَ
Sekali-kali janganlah demikian. Sebenarnya kamu (hai manusia) mencintai kehidupan dunia, (20) dan meninggalkan (kehidupan) akhirat. (21) 
(Al Qiyaamah 75:20-21)

Segera habis..Nikmat yang cepat. Dunia cepat habis nikmat.  AJILAH. .orang2 berpoya poya cintakan dunia sampai takde perhatian untuk bekalan akhirat. 

Surah Al Muzammil, 73:17, ms 574
************************************ 

فَكَيْفَ تَتَّقُونَ إِن كَفَرْتُمْ يَوْمًا يَجْعَلُ ٱلْوِلْدٰنَ شِيبًا

Maka bagaimanakah kamu akan dapat memelihara dirimu jika kamu tetap kafir kepada hari yang menjadikan anak-anak beruban. (Al Muzammil 73:17)

Macam mana  cara nak jaga diri mu jika tidak percayakan akhirat.
Orang yg betul2 pandai jaga diri ialah orang yg percaya akhirat. Kalau tak percaya, kita akan merosakkan diri.
Kita yakin setiap perintah Allah ada manfaat. Yang dilarang...kita tinggalkan.
Cth..meditation.
Gaya hidup sihat paling mudah diamalkan oleh orang islam. Kecuali exercise....itu lemah sikit
Yang sebetulnya kesiimbangan. GAYA hidup islam dan betul...tambah yg kurang.
Islam itu cara hidup yang betul. 

Surah Al An 'am, Ayat 51
************************* 

وَأَنذِرْ بِهِ ٱلَّذِينَ يَخَافُونَ أَن يُحْشَرُوٓا۟ إِلَىٰ رَبِّهِمْ ۙ لَيْسَ لَهُم مِّن دُونِهِۦ وَلِىٌّ وَلَا شَفِيعٌ لَّعَلَّهُمْ يَتَّقُونَ

Dan berilah peringatan dengan apa yang diwahyukan itu kepada orang-orang yang takut akan dihimpunkan kepada Tuhannya (pada hari kiamat), sedang bagi mereka tidak ada seorang pelindung dan pemberi syafa'atpun selain daripada Allah, agar mereka bertakwa. (Al An'am 6:51)

Mereka menganggap agama islam sebagai senda gurau dan main2.
Makin lama mendekati Islam kita akan rasa fitrah..tenang..makin baik. 
Kalau faham islam tak akan senda2
Org kafir yg meninggalkan agama mereka..itu memang yg sepatutnya mengikut akal. Sebab agama mereka bertentangan dengan logic dan fitrah manusia.
Orang islam itulah yang terbaik.
Kalau ada orang yang persendakan agama islam...
Hakikatnya orang ini sudah berpoya poya dgn dunia dan tak paham dgn islam..mereka lupa akhirat dan Allah.
Kalau ingat Allah...akhirat...kita mesti cuba dan berusaha sebaik mana. Walaupun pada hakikatnya manusia tidak dpt buat seperti yang Allah perintahkan...

Surah Muzammil, Ayat 20
************************

 إِنَّ رَبَّكَ يَعْلَمُ أَنَّكَ تَقُومُ أَدْنَىٰ مِن ثُلُثَىِ ٱلَّيْلِ وَنِصْفَهُۥ وَثُلُثَهُۥ وَطَآئِفَةٌ مِّنَ ٱلَّذِينَ مَعَكَ ۚ وَٱللَّهُ يُقَدِّرُ ٱلَّيْلَ وَٱلنَّهَارَ ۚ عَلِمَ أَن لَّن تُحْصُوهُ فَتَابَ عَلَيْكُمْ ۖ فَٱقْرَءُوا۟ مَا تَيَسَّرَ مِنَ ٱلْقُرْءَانِ ۚ عَلِمَ أَن سَيَكُونُ مِنكُم مَّرْضَىٰ ۙ وَءَاخَرُونَ يَضْرِبُونَ فِى ٱلْأَرْضِ يَبْتَغُونَ مِن فَضْلِ ٱللَّهِ ۙ وَءَاخَرُونَ يُقٰتِلُونَ فِى سَبِيلِ ٱللَّهِ ۖ فَٱقْرَءُوا۟ مَا تَيَسَّرَ مِنْهُ ۚ وَأَقِيمُوا۟ ٱلصَّلَوٰةَ وَءَاتُوا۟ ٱلزَّكَوٰةَ وَأَقْرِضُوا۟ ٱللَّهَ قَرْضًا حَسَنًا ۚ وَمَا تُقَدِّمُوا۟ لِأَنفُسِكُم مِّنْ خَيْرٍ تَجِدُوهُ عِندَ ٱللَّهِ هُوَ خَيْرًا وَأَعْظَمَ أَجْرًا ۚ وَٱسْتَغْفِرُوا۟ ٱللَّهَ ۖ إِنَّ ٱللَّهَ غَفُورٌ رَّحِيمٌۢ

Sesungguhnya Tuhanmu mengetahui bahwasanya kamu berdiri (sembahyang) kurang dari dua pertiga malam, atau seperdua malam atau sepertiganya dan (demikian pula) segolongan dari orang-orang yang bersama kamu. Dan Allah menetapkan ukuran malam dan siang. Allah mengetahui bahwa kamu sekali-kali tidak dapat menentukan batas-batas waktu-waktu itu, maka Dia memberi keringanan kepadamu, karena itu bacalah apa yang mudah (bagimu) dari Al Quran. Dia mengetahui bahwa akan ada di antara kamu orang-orang yang sakit dan orang-orang yang berjalan di muka bumi mencari sebagian karunia Allah; dan orang-orang yang lain lagi berperang di jalan Allah, maka bacalah apa yang mudah (bagimu) dari Al Quran dan dirikanlah sembahyang, tunaikanlah zakat dan berikanlah pinjaman kepada Allah pinjaman yang baik. Dan kebaikan apa saja yang kamu perbuat untuk dirimu niscaya kamu memperoleh (balasan)nya di sisi Allah sebagai balasan yang paling baik dan yang paling besar pahalanya. Dan mohonlah ampunan kepada Allah; sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. (Al Muzammil 73:20)

Allah suruh nabi bangun 2/3, separuh dan 1/3. Nabi sendiri tak dapat perform pada level yang diminta. Maka Allah bagi meringanan dan maafkan...ambil yang mudah...jangan takda langsung..
Sebab mungkin..ada yg sakit..musafir.. jihad... maka Allah bagi discount...apa yang mampu.
4 perkara kena jaga dengan elok.
1  solat fardhu 5 waktu
2  zakat
3  sedekah
4  Istighfar
Tiada amalan kita yang lengkap... dengan istighfar semua lengkap. Power of istighfar. Istighfar boleh sampaikan kepada hajat kita.
Ringankan mulut untuk istighfar. Banyakkan istghfar.

Wednesday, 16 January 2019

EK MAQDS K38 16.1.19 B3 KEHIDUPAN DUNIA 3. YANG MENGUTAMAKAN KEHIDUPAN DUNIA MS 24.25

Puji syukur kepada Allah kita dapat melaksanakan aktiviti yg dapat mencapai redha Allah...terutama pergi majlis ilmu..berjihad dan lain2
Kelebihan Islam
Jelas dan Terang - Al Quran menjelaskan dgn terang bagaimana hidup kita bermula dan pengakhiran
Bermula di syurga...dicipta dengan Adam dan Hawa dan kita dicipta sebagai roh untuk beratus ribu tahun sebelum turun ke bumi.
Kita ini semua sama umur...mula penciptaaan sama2. Yang lain adalah umur kita lahir didunia..ada jadi ayah anak cucu...
Allah akan menilai kita dengan capacity individu kita. Bagi diri seseorang itu..dia dapat apa yang diusahakan yang baik dan buruk.
Jangan jadi bangga dengan gelaran dan amanah. Amanah dan tanggungjawab akan disoalkan dan dipertanggungjawabkan.
Orang Islam tak kejar pangkat. Takut nak kejar. Tapi kalau dapat..dia akan pikul sebaik mungkin.
Hidup kita hanyalah satu persinggahan. Bukanlah segala galanya. Bukan kesudahan. Ianya persinggahan yang patut dilalui.
Nikmat syurga hanya akan didapati dengan penat jerih susah payah . Allah tempat kita dibumi untuk berusaha mendapatkan kembali syurga. Dengan susah payah kita didunia.. kita akan amat menghargai kehidupan syurga.
Suruh Yunus, Ayat 10, 209
****************************
Doa mereka didalamnya ialah *Subhanakallahumma* dan salam penghormatan mereka ialah *Salam*. Dan penutup doa mereka ialah *Alhamdulillahi Rabbil alamin*
Penghuni Syurga akan bersyukur dengan kesusahan yang dia lalui didunia. Diuji dengan berbagai cara.
*xx* Maha Suci Engkau, Wahai Tuhan Kami*
*x*
Yang manis adalah pada saat susah..nilai ada pada usaha dan kesusahan yang dilalui.
Hargai hidup di dunia. Susah tapi ada nikmat.
Surah As-Syarh (Kelapangan), Ayat 5 n 6.
Maka Sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan.
Cari kesenangan dalam kesusahan. Masa susah carilah nikmat Allah. Carilah kemanisan. Jangan lupa yg senang.
Surah Ibrahim 14:6 -7, Ayat 256
*********************************
Dan ingatlah ketika Musa berkata kepada kaumnya.  "Ingatlah nikmat Allah ke atas kamu ketika Dia menyelamatkan kamu daripada Firaun dan pengikut pengikutnya, mereka menyeksa kamu dengan seksa yang pedih, mereka menyembelih anak anak lelaki kamu membiarkan hidup anak2 perempuan kamu; dan pada yang demikian itu ada ujian yang besar daripada Tuhanmu"
Dan ingatlah juga taktala Tuhanmu memaklumkan:
Sesungguhya jika kamu bersyukur, Kami pasti akan menambah nikmat kepadamu, dan jika kamu mengingkari nikmatKu maka sesungguhnya azabKu sangat pedih.
***************************************
Bani Israel hidup dalam susah sehingga kematian Musa dan Harun....bagaikan pelarian palestin dan syria sekarang.
Hanya mata yang bersyukur..akan nampak kesenangan hidup dalam kesusahan.
Macam mana nak bersyukur..mengingati segala gala nikmat Allah walaupun kecil dan remeh.
Kisah Nabi Ayob
20 tahun bahagia dan sempurna
20 tahun jatuh sakit anak dan ternakan mati
Semua habis musnah...keadaan dahsyat
Kaum dia meninggalkannya kerana
Isterinya berkata
Wahai suamiku, doalah kepada Allah untuk hilangkan segala ini
Wahai isteriku...20tahun Allah bagi segala baik..takkan baru beberapa hari dan bulan..takkan nak mengeluh dan rasa give up...
20 tahun dia diuji...dia masih bersyukur..kerana Allah bagi dah banyak sebelum2 ini...
Pada akhir 20 tahun..dia mengungkapkan
Wahai Tuhanku....aku ditimpa penyakit..sesungguhnya Engkau Maha Penyayang....
Kuat iman Nabi Ayob.
Bagi kita, orang awam..kita boleh meminta..kita hamba Allah. Tak perlu tunggu.
Ulama kata itu zaman sebelum nabi Muhammad...bagi umat nabi Muhammad..disuruh berdoa...hakikat ibadah adalah doa. Berdoa termasuk ibadah.
Beratnya ujian kita ..tidak buat kita mengeluh..ia pasti berakhir...
Jangan rasa yang kita akan selamanya akan susah
Keyakinan orang beriman...yakin Allah akan menolongnya
Orang beriman Tidak putus asa ketika diuji.
Surah Al Aadiyaat 100: 6-8
****************************
6. Sesungguhnya manusia itu sangat ingkar, tidak berterima kasih kepada tuhannya,
7. Dan sesungguhnya manusia itu menyaksikan sendiri keingkarannya
8. Dan sesungguhnya dia sangat bakhil kerana cintanya kepada harta.
Prinsip memahami kehidupan
********************************
1. Prinsip Tauhid. Satu. Semua yang berlaku dan semua hal yang terjadi dalam kehidupan kita akan berbalik kepada yang SATU. Ending kembali kepada yang Satu
Senang mahupun susah
2. Prinsip Hikmah - tiada sesuatu yang terjadi dalam hidup kita melainkan ada hikmahnya. Mesti ada hikmahnya.
Akan jumpa selepas kejadian. Pada masa kejadian..kita nampak yang buruk. Bila kita fikir..kita akan nampak manfaat dan hikmahnya.
Orang biasa tahu hikmah...lepas bertahun tahun...
Tapi orang yang ada tauhid - dia dah cam dan yakin ada hikmah pada ketika dia menghadapi kesusahan. Kita bawa perassan nikmat dan syukur..sehingga yang susah jadi kecil dan ringan .
Surah Al Baqarah, ayat 155, Page 24
**********************************
Dan sesungguhnya akan Kami berikan cubaan kepadamu dengan **sedikit** ketakutan kelaparan kekurangan harta jiwa dan buah buahan. Dan berilah berita gembira pada orang yang sabar.
Jangan blow up benda yang kecik. Kita yang salah..akhirnya kita tak tahu buat apa. Ujian Allah pada kita sikit berbanding dengan apa Allah bagi pada kita.
Surah Al Ahzab, Ayat 72, Ms 427
**********************************
Sesungguhya Kami telah menawarkan amanat kepada langit, bumi dan gunung ganang; tetapi semuanya enggan untuk memikul amanat itu dan mereka khuathir tidak akan melaksanakannya (berat), lalu manudia pun memikul amanah itu. Sesungguhnya manusia itu sangat zalim dan sangat bodoh/jahil tiada ilmu.
Zalim ialah buat sesuatu yg tak patut...kerana jahil tak cukup ilmu. Salah informasi. Maklumat tak betul. Dalam Islam kita digalakkan menuntut ilmu.
Iman tak lengkap belum cukup...bila tak praktikkan ilmu yang dipelajari
Kebanyakkan orang tahu ilmu secara umum pasal islam. Belum detail dan praktikal.
Hakikat manusia...gagal dalam menghadapai ujian dan kesusahan. Fail sebab ilmu kita tak cukup.
Islam way of life...kalau percaya....whats next...praktikal.
Percaya dan Yakin berbeza
3 jenis Yakin
*********************
1. Yakin sebab ada ilmu. Tahu tapi belum praktik
2. Ainul Yakin - Nampak dengan mata kepala
3. Haqqul Yakin - islam dan iman pada semua aspect kehidupan sepenuhnya
Surah At-Taubah, 9:9
***********************
Mereka menukarkan ayat-ayat Allah dengan harga yang sedikit, lalu mereka menghalangi (manusia) dari jalan Allah. Sesungguhnya amat buruklah apa yang mereka kerjakan itu.
Jangan ambil bahagian2 tertentu Islam. Kene ambil seluruh. Jangan pilih2 untuk kepentingan
Surah Al Israa 17:18-19
**************************
Barangsiapa menghendaki kehidupan sekarang (duniawi), maka Kami segerakan baginya di dunia itu apa yang Kami kehendaki bagi orang yang Kami kehendaki dan Kami tentukan baginta neraka Jahannam; ia akan memasukinya dalam keadaan tercela dan terusir
Dan barang siapa mengkehendaki kehidupan akhirat dan berusaha ke arah itu dengan bersungguh sungguh sedang dia adalah mukmin, maka mereka itu adalah orang yang usahanya dibalas dengan baik.
*Mashkura* Allah akan syukur dengan kita




Doa Pagi Rabu 16.1.19

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

ُِSalam pagi Rabu
16 Jan 2019    
10 Jamdulawal 1440                             

بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ
ٍ
اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ وَالْعَاقِبَةُ لِلْمُتَّقِيْنَ وَلاَ عُدْوَانَ إِلاَّ عَلَى الظَّالِمِيْنَ وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى أَشْرَفِ اْلأَنْبِيَاءِ وَالْمُرْسَلِيْنَ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْن
                               
Ya Allah panjangkanlah umor kami dan sihatkanlah badan kami,

Ya Allah terangkanlah hati kami, tetapkanlah iman kami dan perbaikkanlah amal kami.

Ya Allah dekatkanlah kami kepada kebaikan dan jauhkanlah kami dari kejahatan.

Ya Allah tunaikanlah hajat kami, baik dalam hajat agama, dunia atau akhirat. Sesungguhnya Ya Allah, Engkau Maha Berkuasa keatas setiap perkara.

Ya Allah berikanlah kami ilmu yang mengangkat darjat kami

Ya Allah berilah kami rumah dan keluarga yang membawa ketenangan di hati kami.

Ya Allah berilah kami sahabat yang sentiasa menasihati kami dan melarang kami dari melakukan maksiat.

Ya Allah berilah kami hati yang jernih agar kami selalu bersyukur diatas kekurangan yang kami miliki agar kami merasa cukup dalam kekurangan.

Ya Allah ajar kami redha dan ikhlas agar kami tidak mengeluh bila kebahagiaan kami tidak lagi sempurna.

Ya Allah terangilah hati kami dengan cahaya hidayah Mu sebagaimana Engkau terus menerus menerangi bumi dengan matahari Mu.

Ya Allah terimalah amalan kami, terimalah taubat kami, ampunkanlah segala dosa kami,  amankanlah kehidupan kami, kurniakanlah kepada kami syurgaMu yang maha luas nikmatnya.

Ya Allah masukklah kami dalam golongan orang-orang yang dilimpahi dengan berbagai-bagai kebaikan dan hidayah Mu Ya Allah.

Ya Allah Ya Ghaffar ampunkanlah dosa-dosa kami, dosa kedua ibubapa kami, pasangan hidup kami, anak2 kami, kaum keluarga kami, guru-guru kami, sahabat-sahabat kami serta sekalian muslimin muslimat di mana saja mereka berada.

Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad SAW serta ahli keluarga dan para sahabatnya.

Segala puji pujian hanya untukMu Ya Allah.                                                     

رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنْفُسَنَا وَإِنْ لَّمْ تَغْفِرْلَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُوْنَنَّ مِنَ الْخَاسِرِيْنَ

رَبَّنَا ءَاتِنَا فِى الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِى اْلآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ

Yوَصَلَّى الله ُعَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ

وَالْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمين.ِ

Sila share.َ

Friday, 11 January 2019

EK MAQDS K37 9.1.19 B3 KEHIDUPAN DUNIA 3. YANG MENGUTAMAKAN KEHIDUPAN DUNIA

Kelas Taddabur Al Quran
Rabu, 9.1.2019
Erti Kehidupan Mengikut Al Quran dan Sunnah
Apakah tanda orang yang mengutamakan dunia
****************************************
1. Pandang remeh org beriman dan soleh dan
2. Pandang tinggi orang Kafir
3. Utamakan yg hasil cepat dan instant. Tak sabar. Orang beriman ada keyakinan..tak dapat di dunia..takpa..pasti akhirat dpt. Tidak salah minta kebaikkan di dunia dan akhirat. 
Kalau kita betul orang beriman...balasan kita dpt di dunia hanya 1%.  Sabarkan diri kita...kalau tak dpt hasil didunia. Sabar dalam mendapatkan hasil.
Cth didik anak bersungguh. Kalau tak dpt spt yang diinginkan...adakah semua sia2?. Tidakkk. Ikhlaskan usaha.  Allah pasti bagi ganjaran di akhirat.
Kisah nabi Noh...kisah seorang ulamak pada zaman tabiin.. anak suka minum arak. Jual buku ayah utk jual arak. Sedih kan. Adakah ia akan mengurangkan nilai ulama terkenal di sisi Allah?. Tidak. Dia telah usaha.
Yang penting berbuat. Biar Allah tentukan. Kita hanya mampu usaha.
4. Keinginan hanya untuk duniawi...nak dipuji.nak glamer..smart..cool..dipuji
5. Bergelumang dlm kemaksiatan
6. Selesa dan bahagia di dunia
7. Terpedaya dgn kebebasan orang kafir
8. Hanya mempunyai ilmu tentang zahir dunia. Tak tahu pasal agama..dan akhirat. Tapi ilmu untuk mendidik hati untuk lebih beramal..kurang dosa. Tak tahu ilmu halal dan haram. Perlu kan ilmu akhirat.
Ayat 9 . EK
Surah At Takatsur,102 : 1-2
"Engkau semua dilalaikan oleh perlumbaan mencari kekayaan, sehingga engkau semua mengunjungi kubur..yakni sampai mati...."
Kasara - berlumba lumba untuk lebih banyak
Takasur - dalam semua perkara nak lumba
Alha * Telah. Perkara ini telah terjadi pada diri kita sendiri.
Dalam semua perkara - dunia dan akhirat
Lumba akhirat dapat hasil.
Berlumba dalam membuat kebaikkan
Kubur bukan destinasi , akhirat adalah destinasi akhir. Maka, kita dikatakan Mengunjungi kubur/ziarah kubur.
Tanda orang yang mengutamakan dunia...berlumba untuk dunia.
Kubur dari bahasa arab *qhobara*. Asalnya dari maksud jauh dari kebaikkan. Takde lagi nak buat baik...Sebelum tu nak buat baik.
3 yg berterusan selepas mati.
******************************
Sedekah Jariyah
Ilmu yang bermanfaat
Anak yang soleh.
Gunakan peluang hidup didunia untuk amal soleh. Cari amalan yg effect dan manfaat kepada orang lain. Kalau ada harta...wakafkan.
Cari yg mula2..baru nak start. Agar Berterusan. Ambik peluang benda baru. Yg baru itulah manfaat yg banyak. Ada benda baru..support. Kita tolong bantu.
10. Mencintai Harta dengan sebenar benar cinta yg berlebihan.
Al Fajr, 89:20
*Maala* kecenderungan. Semua orang nak harta. Semua org. Secara zahir mesti ada keinginan.
Boleh ke?. BOLEH. Yang salah..ialah *HubbanJamma* cinta yang berlebihan.
Tanda2.
**********
Surah Al Fajr, ms 593, Ayat 16
1. Ketika diuji dgn kekurangan harta .dirasa terhina..why??
-kurangkan rezeki
- apa yang ada hilang
-dicuri orang
Response situasi ini - adakah dia marah kepada Allah kerana tak adil...??.
2. Ketika harta tiada bahagian dgn orang yatim.
3. Mereka tidak mengajak orang lain untuk beri makan orang miskin
4. Campur aduk halal dan haram..hak orang lain diambil. Contoh pada harta pesaka.. Ramai mcm ni. Yang nak bolot lebih.
Kisah makcik tua 90++.. tak ada anak. Kaya raya jutawan. Makcik pula cerewet. Pindah2 org jaga. Adik2 dia kene jaga. Adik2 dia tak nak jaga. Ketika meninggal banyak harga. Anak saudara tak dpt...pasal pakcik masih ada. Adik beradek dpt banyak. Kakak yg jaga tak dpt apa2...dia bukan waris. Sorang je dari adek beradek yg ingat.. dia ingat..dia sakit2 dan juga jaga anak yatim. Dia bagi separuh kepada anak saudara yg jaga tu. Yg lain tak ingat.
Berbudi bahasa. Nilai akhirat. Jangan hanya utamakan harta. Berhati hati.
Huban = Benar2
Ayat 11 EK
Surah Al Aadiyaat, 100 : 6-8
Sesungguhnya manusia itu sangat ingkar, tidak berterima kasih kepada tuhannya,
Dan sesungguhnya manusua itu menyaksikan/akui sendiri keingkarannya.
Dan sesungguhnya dia sangat bakhil kerana cintanya kepada harta.
Tanpa didikan agama...cinta pada harta boleh berlebihan.
Tanda ke 11.
Lupa bersyukur dan bakhil dalam kehidupan.
kanud - kufur nikmat. Tak bersyukur
Surah Al Hadid,Ayat 10
Dan mengapa kamu tidak menginfakkan hartamu pada jalan Allah,padahal milik Allah semua pusaka langit dan bumi?  Tidak sama orang menafkahkan hartanya di jalan Allah di antara kamu dan berperang sebelum penaklukan mekah. *fasa susah
Mereka lebih tinggi darjatnya daripada orang yang memginfakkan hartanya dan berperang setelah itu.
Dan Allah menjanjikan kepada mereka masing2 balasan yang lebih baik. Dan Allah Maha Teliti terhadap apa yang kamu kerjakan.

Doa Pagi Rabu 9.1.19

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

ُِSalam pagi Rabu           
4 Jamdulawal 1440,
9 Jan 2019.        
                          
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ
ٍ
اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ وَالْعَاقِبَةُ لِلْمُتَّقِيْنَ وَلاَ عُدْوَانَ إِلاَّ عَلَى الظَّالِمِيْنَ وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى أَشْرَفِ اْلأَنْبِيَاءِ وَالْمُرْسَلِيْنَ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْن

Ya Allah, Ya Robb, pemilik semuanya, berilah kami hati yang bersih, tiada yang dilukai atau melukai, sehingga kami dapat menjalani hari demi hari dengan ikhlas dan ketulusan hanya kerana mengharap rahmat dan hidayah dari MU.

Ya Allah beri lah kekuatan kepada kami untuk melipatgandakan Ibadah kami.

Ya Allah kami mengharapkan pertolongan Mu untuk terus istiqomah dan jadikanlah hari ini yang terbaik bagi kami.

Ya Allah, jadikan ibadah kami sebagai ibadah orang-orang yang soleh, sholat malam kami di dalamnya sebagai orang yang sholat malam sebenar¬nya, bangunkan kami di dalamnya dari tidurnya orang-orang yang lalai.

Ya Allah bebaskan kami dari dosa-dosa kami wahai Tuhan semesta alam. Maafkan kami wahai Yang Memberi ampunan kepada orang-orang yang berbuat dosa.

Ya Allah, kami kirimkan Do'a  untuk saudara-2 kami, sahabat-2 kkami dan orang-2 yang kami hormati serta orang-2 yang kami cinta yang se-aqidah dan se-iman dengan kami.

Ya Allah berilah mereka kesihatan, tawadhu' dalam Iman, keluarga yang bahagia, rezeki yang barokah, serta terimalah amal ibadah mereka.

َYa Allah kami memohon Ya Allah, kurniakanlah kepada kedua ibubapa kami tempat yang istimewa di syurgaMu Ya Allah. َ

Ya Allah Ya Ghaffar ampunkanlah dosa-dosa kami, dosa kedua ibubapa kami, pasangan hidup kami, anak2 kami, kaum keluarga kami, guru-guru kami, sahabat-sahabat kami serta sekalian muslimin muslimat di mana saja mereka berada.

Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad SAW serta ahli keluarga dan para sahabatnya.

Segala puji pujian hanya untukMu Ya Allah.                                                     
رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنْفُسَنَا وَإِنْ لَّمْ تَغْفِرْلَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُوْنَنَّ مِنَ الْخَاسِرِيْنَ

رَبَّنَا ءَاتِنَا فِى الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِى اْلآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ

وَصَلَّى الله ُعَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ

وَالْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمين.ِ

Sila share.َ

Wednesday, 2 January 2019

Doa Pagi Rabu 2.1.19

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

ُِSalam pagi Rabu    
25 Robiulakhir 1440,
2 Jan 2019      
                          
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ
ٍ
اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ وَالْعَاقِبَةُ لِلْمُتَّقِيْنَ وَلاَ عُدْوَانَ إِلاَّ عَلَى الظَّالِمِيْنَ وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى أَشْرَفِ اْلأَنْبِيَاءِ وَالْمُرْسَلِيْنَ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْن
                               
Ya Allah limpahkanlah kepada kami sebahagian daripada rahmat Mu yang luas,  tunjukkan kami kepada tanda 2 Mu yang terang  dan tuntunlah kami kepada redha Mu yang luas.

YA Allah didik lah kami menjadi insan yang  bertakwa, jauhkan kami Ya Allah dari perkara yang akan menjejaskan ibadah kami.

Ya Allah, kami bersyukur kerana Engkau telah melanjutkan lagi usia kami hingga ke hari ini.

Ya Allah indahkan pagi hari ini dengan syukur, ceriakanlah hati kami dengan senyuman, semoga kami dapat jalani hari ini dengan keikhlasan dan semoga segala urusan kami berjalan dengan lancar.

Ya Allah jadikan pagi ini pembuka pintu rezeki dan kebarkahan, pintu kebaikan dan nikmat, pintu kesabaran dan kekuatan, pintu kesihatan dan keselamatan dan pintu syurga bagi kami.

Ya Allah redhailah dan rahmatilah kami, permudahkanlah urusan kami, lapangkanlah jiwa dan perasaan kami dan lindungilah semua insan yang kami sayangi.

Ya Allah bersihkanlah hati kami dengan kuasa-Mu. lindungilah rumah kami, keluarga kami dan orang2 yang kami sayang.

Ya Allah peringatkan kami apa yang kami lupa.

Ya Allah muliakanlah kami, bahagiakanlah kami, berjayakanlah setiap kerjaya kami, kayakanlah kami dengan harta yang halal, kuatkanlah iman kami dan terimalah amal-amal kebajikan kami.

Ya Allah, jadikanlah kami redha pada  sesuatu yang mengecewakan hati kami.

Ya Allah, doronglah kami untuk melakukan segala kebaikan sekecil apa pun kerana kami tidak tahu kebaikan mana yang akan membawa kami ke syurga.

Ya Allah terima kasih diatas segala nikmat dan kurniaanMu dipagi ini.

Ya Allah jadikanlah setiap langkah kami agar selalu dalam kebaikan.

Ya Allah jadikanlah sisa umor kami penuh dengan keberkahan.

Ya Allah lindungilah kami dan keluarga kami dengan kasih sayangMu, sesungguhnya hidup dan mati kami adalah keranaMu.

َYa Allah kami memohon Ya Allah, kurniakanlah kepada kedua ibubapa kami tempat yang istimewa di syurgaMu Ya Allah. َ

Ya Allah Ya Ghaffar ampunkanlah dosa-dosa kami, dosa kedua ibubapa kami, pasangan hidup kami, anak2 kami, kaum keluarga kami, guru-guru kami, sahabat-sahabat kami serta sekalian muslimin muslimat di mana saja mereka berada.

Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad SAW serta ahli keluarga dan para sahabatnya.

Segala puji pujian hanya untukMu Ya Allah.                                                     
رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنْفُسَنَا وَإِنْ لَّمْ تَغْفِرْلَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُوْنَنَّ مِنَ الْخَاسِرِيْنَ

رَبَّنَا ءَاتِنَا فِى الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِى اْلآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ

وَصَلَّى الله ُعَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ

وَالْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمين.ِ

Sila share.َ