Tuesday, 8 May 2018

EK MAQDS K10 28.3.18 B1 ALQURAN MEMBERI PETUNJUK & PERINGATAN 2.MANUSIA DIBERI KEBEBASAN MEMILIH MS8

KELAS 10 (Rabu, 28.03.2018)
Erti Kehidupan Menurut Al Quran dan As Sunnah

BAB 1 - Al-QURAN MEMBERI PETUNJUK & PERINGATAN:
ii- MANUSIA DIBERI KEBEBASAN MEMILIH


إِنَّا عَرَضْنَا ٱلْأَمَانَةَ عَلَى ٱلسَّمٰوٰتِ وَٱلْأَرْضِ وَٱلْجِبَالِ فَأَبَيْنَ أَن يَحْمِلْنَهَا وَأَشْفَقْنَ مِنْهَا وَحَمَلَهَا ٱلْإِنسٰنُ ۖ إِنَّهُۥ كَانَ ظَلُومًا جَهُولًا

Sesungguhnya Kami telah mengemukakan amanat kepada langit, bumi dan gunung-gunung,
maka semuanya enggan untuk memikul amanat itu dan mereka khawatir akan
mengkhianatinya, dan dipikullah amanat itu oleh manusia. Sesungguhnya manusia itu
amat zalim dan amat bodoh, (Al Ahzab 33:72)
  • Amanah apakah yang ditawarkan kepada semua mahkluk lain tetapi tidak diterima? Ulama mengatakan ianya ialah kebebasan memilih. Hanya makhluk bergelar manusia yang terima tawaran Penciptanya. Dan sesungguhnya manusia sangat zalim dan bodoh. 
  • Hiriyatul ikhtiar – amanah 
  • Manusia ada kebebasan untuk memilih tetapi kadang-kadang lupa bahawa amanah dari kebebasan itu adalah tanggungjawabnya 
  • Zalim bermaksud melakukan sesuatu lebih dari sepatutnya (dzoliman)  
  • Haiwan pula mahluk yang diberi nafsu syahwat tetapi tiada akal – makhluk yang rendah 
  • Manusia pula mempunyai akal dan nafsu dan sekiranya digunakan dengan baik boleh menjadikannya makhluk Allah yang paling mulia darjatnya. Dan sebaliknya jika akal dan nafsu tidak digunakan dengan baik, boleh menjadi mahkluk Allah yang paling rendah darjatnya disisi Allah. 
  • Bodoh pula bermaksud Allah telah berikan pilihan tetapi kita tidak menggunakannya dengan sebaiknya 
  • Aturan yang ditetapkan untuk membawa manusia kepada yang lebih baik semuanya ada dalam Al Quran.  
  • Sekiranya manusia tidak mempunya kelebihan memilih, maka tiadalah syurga, neraka, padang mahsyar, titian sirat dll. 
لَكُمْ دِينُكُمْ وَلِىَ دِينِ

Untukmu agamamu, dan untukkulah, agamaku". (Al Kafirun 109:6)

لَآ إِكْرَاهَ فِى ٱلدِّينِ ۖ قَد تَّبَيَّنَ ٱلرُّشْدُ مِنَ ٱلْغَىِّ ۚ فَمَن يَكْفُرْ بِٱلطّٰغُوتِ وَيُؤْمِنۢ بِٱللَّهِ فَقَدِ ٱسْتَمْسَكَ بِٱلْعُرْوَةِ ٱلْوُثْقَىٰ لَا ٱنفِصَامَ لَهَا ۗ وَٱللَّهُ سَمِيعٌ عَلِيمٌ

Tidak ada paksaan untuk (memasuki) agama (Islam); sesungguhnya telah jelas jalan yang benar daripada jalan yang sesat. Karena itu barangsiapa yang ingkar kepada Thaghut dan beriman kepada Allah, maka sesungguhnya ia telah berpegang kepada buhul tali yang amat kuat yang tidak akan putus. Dan Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. (Al Baqarah 2:256)
  • ‘Tabaiyyana’ – menjadi jelas 
  • ‘Bayyana’ – maksudnya menjelaskan 
  • ‘Ba’na’ – jelas 
  • “Bayyana’ – menjelaskan sehingga betul2 difahami 
  • Allah telah menjelaskan dengan terang jalan dan cara-cara untuk kita memilih sama ada untuk beriman atau kufur – Jalan kepada kebenaran /haq dan Jalan kepada kesesatan 
  • Taghut- bermaksud syaitan / pemimpin yang zalim spt Firaun 
  • Sedikit maklumat mengenai roh waktu kita tidur – ada 2 jenis tidur 
    • Roh diletakkan disisi Allah 
    • Roh dikeluarkan dan dilepaskan dan ditangkap oleh syaitan 
هُوَ ٱلَّذِى خَلَقَكُمْ فَمِنكُمْ كَافِرٌ وَمِنكُم مُّؤْمِنٌ ۚ وَٱللَّهُ بِمَا تَعْمَلُونَ بَصِيرٌ

Dialah yang menciptakan kamu maka di antara kamu ada yang kafir dan di antaramu ada yang mukmin. Dan Allah Maha Melihat apa yang kamu kerjakan. (Ath Taghabun 64:2)
  • Dimana yang menjadi masalah adalah apabila orang orang yang membuat kerosakan (mufsidin) walaupun telah diberi petunjuk yang jelas – untuk mendapatkan hidayah kita perlu melihat dengan mata hati 
وَمِنْهُم مَّن يُؤْمِنُ بِهِۦ وَمِنْهُم مَّن لَّا يُؤْمِنُ بِهِۦ ۚ وَرَبُّكَ أَعْلَمُ بِٱلْمُفْسِدِينَ ۝

وَإِن كَذَّبُوكَ فَقُل لِّى عَمَلِى وَلَكُمْ عَمَلُكُمْ ۖ أَنتُم بَرِيٓـُٔونَ مِمَّآ أَعْمَلُ وَأَنَا۠ بَرِىٓءٌ مِّمَّا تَعْمَلُونَ ۝
وَمِنْهُم مَّن يَسْتَمِعُونَ إِلَيْكَ ۚ أَفَأَنتَ تُسْمِعُ ٱلصُّمَّ وَلَوْ كَانُوا۟ لَا يَعْقِلُونَ ۝
وَمِنْهُم مَّن يَنظُرُ إِلَيْكَ ۚ أَفَأَنتَ تَهْدِى ٱلْعُمْىَ وَلَوْ كَانُوا۟ لَا يُبْصِرُونَ ۝

Di antara mereka ada orang-orang yang beriman kepada Al Quran, dan di antaranya ada (pula) orang-orang yang tidak beriman kepadanya. Tuhanmu lebih mengetahui tentang orang-orang yang berbuat kerusakan.(40) Jika mereka mendustakan kamu, maka katakanlah: "Bagiku pekerjaanku dan bagimu pekerjaanmu. Kamu berlepas diri terhadap apa yang aku kerjakan dan akupun berlepas diri terhadap apa yang kamu kerjakan".(41) Dan di antara mereka ada orang yang mendengarkanmu. Apakah kamu dapat menjadikan orang-orang tuli itu mendengar walaupun mereka tidak mengerti.(42) Dan di antara mereka ada orang yang melihat kepadamu, apakah dapat kamu memberi petunjuk kepada orang-orang yang buta, walaupun mereka tidak dapat memperhatikan. (43) (Yunus 10:40-43)

  • Allah menyatakan kafir sebelum mukmin kerana memang lebih ramai yang kafir dari yang beriman. Lihat sajalah penduduk dunia pada ketika ini 
  • Dalam hadis Rasulullah - Ada 2 nikmat yang kebanyakkan manusia lalaikan/siakan 
    • Masa – selalu sibuk:- Sibuk dalam ertikata yang sepatutnya dan sebenarnya adalah sibuk dengan Allah dan sibuk beramal soleh. Sibuk dengan perkara duniawi semata mata adalah satu kerugian. 
    • Sihat – dalam ertikata yang sepatut dan sebenarnya adalah apabila kita kuat bergantung pada Allah dan bukan bergantung pada manusia. 
    • Nak masa lapang, jangan tunggu masa lapang dalam melaksanakan amal soleh 
    • Nak Sihat, jangan tunggu sihat untuk melaksanaka amal soleh 

وَأَنفِقُوا۟ مِن مَّا رَزَقْنٰكُم مِّن قَبْلِ أَن يَأْتِىَ أَحَدَكُمُ ٱلْمَوْتُ فَيَقُولَ رَبِّ لَوْلَآ أَخَّرْتَنِىٓ إِلَىٰٓ أَجَلٍ قَرِيبٍ فَأَصَّدَّقَ وَأَكُن مِّنَ ٱلصّٰلِحِينَ

Dan belanjakanlah sebagian dari apa yang telah Kami berikan kepadamu sebelum datang kematian kepada salah seorang di antara kamu; lalu ia berkata: "Ya Rabb-ku, mengapa Engkau tidak menangguhkan (kematian)ku sampai waktu yang dekat, yang menyebabkan aku dapat bersedekah dan aku termasuk orang-orang yang saleh?" (Al Munafiqun 63:10)

  • Ruginya sekiranya waktu kita hidup ini kita tidak buat 2 perkara secara istiqamah – sedekah dan amal soleh.  
  • Kerana orang yang telah mati mengharapkan dihidupkan kembali bukan untuk puasa atau solat tetapi untuk bersedekah /infaq 
  • Ada Hadis Nabi mengenai merebut /manfaat masa iaitu 
    • Masa Lapang sebelum Sempit/Sibuk 
    • Masa Sihat sebelum Sakit 
    • Masa Muda sebelum Tua 
    • Masa Kaya sebelum Miskin 
    • Masa Hidup sebelum Mati 

No comments:

Post a Comment