Wednesday, 26 December 2018

Doa Pagi Rabu 26.12.18

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Selamat pagi Rabu
26 Dec 2018
18 Robiulakhir 1440

بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ
ٍ
اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ وَالْعَاقِبَةُ لِلْمُتَّقِيْنَ وَلاَ عُدْوَانَ إِلاَّ عَلَى الظَّالِمِيْنَ وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى أَشْرَفِ اْلأَنْبِيَاءِ وَالْمُرْسَلِيْنَ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْن

Ya Allah berkatilah kami dalam pendengaran kami, pengliharan kami, hati kami dan keturunan kami.

Ya Allah terimalah taubat kami. Ya Allah Engkau yang Maha Menerima Taubat dan maha Penyang.

Ya Allah jadikanlah kami orang yang bersyukur pada nikmat Mu, pemuji nikmatMu, menerima nikmatMu. Ya Allah sempurnakan nikmatMu kepada kami.

Ya Allah jauhkanlah kami dari siap riak, ujub dan takabbur tatkala kami menumpang di bumiMu ini Ya Allah, berlangitkan kekuasaanMu, bernafa dengan izinMu,  berezeki dengan limpahkan kurniaan.

Ya Allah sesungguhnya tiada daya dan kuasa melainkan dariMu juga.

Ya Allah Ya Tuhan kami  terangilah cahaya pada hati-hati kami dengan cahaya hidayah Mu sebagaimana Engkau terangi bumi  dengan cahaya matahari Mu buat selama-lamanya.

Ya Allah bukakanlan pintu kemenangan kepada kami dengan kemenangan yang nyata, kejayaan di dunia dan akhirat.

Ya Allah selamatkan lah diri kami, keluarga kami, saudara2 kami, rumah tangga kami, kampung kami, dan negara kami dari sebarang ancaman luar dan dalam. Engkaulah Ya Allah tempat sebaik2 perlindungan.

Ya Allah akhirlah hidup kami dengan Islam, akhirlah hidup kami dengan membawa iman dan akhirlah hidup kami dengan husnul khotimah.

Ya Allah limpahkan ketakwaan kepada kami serta berilah kami istiqamah dalam ibadah kami.

Ya Allah berilah kami kesihatan yang baik agar kami dapat melakukan kesemua ibadah kami dengan tenang dan selesa.
           
رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنْفُسَنَا وَإِنْ لَّمْ تَغْفِرْلَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُوْنَنَّ مِنَ الْخَاسِرِيْنَ
رَبَّنَا ءَاتِنَا فِى الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِى اْلآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ
وَصَلَّى الله ُعَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ
وَالْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ.

آمِيْنُ... آمِيْنُ... آمِيْنُ... يَا رَبِّ الْعَالَمِين

Wednesday, 19 December 2018

EK MAQDS K36 19.12.18. B3. KEHIDUPAN DUNIA 3.YANG MENGUTAMAKAN KEHIDUPAN DUNIA MS24

Kelas Tadabbur Al Quran
Erti Kehidupan mengikut Al Quran dan Sunnah.
19. 12. 18 . ( Kelas 36) 

Recap mengenai orang yang mengutamakan dunia. Ada yg kata nak 50 50.
Macam mana kita nak imbang dan samakan dunia dan akhirat. Nilai dunia dan akhirat jauh beza.
Dunia ini dinilai Allah spt sayap lalat..bagaimana kita nak seimbang dunia n akhirat. 50 50. Separuh2. Adakah itu orang yg betul?. TIDAK  . Kerana dunia umpama sayap lalat.
Ia bagaikan job project 10million v 10thousand. Takkan balance effort.?. Adakah adil dan tepat.
In reality. Orang di dunia kejar yg murah.

Surah Al Isra, Ayat18- 21, Ms 284
******************************
Siapa yg berusaha benar2 untuk mendapati akhirat..Allah akan bersyukur dgn orang itu dan akan beri lebih..bonus.
Orang yang nak dunia..Allah akan bantu juga
Pemberian Allah tiada siapa yg boleh halang dan sekat.
Nak dunia..Allah bagi. Cuma kalau itu sahaja tumpuan.. bahaya
Kalau akhirat kamu cari..kamu akan dihargai dan disyukuri.Diberi pertolongan.
Lihat bagaimana Allah lebihkan segolongan dari segolongan yg lain. Dilebihkan Allah bagi orang beriman. Tidak sama. Masing2 dpt bahagian. Berbeza.
**lebih tinggi darjat akhirat dari dunia dan besar keutamaannya.
Jadi...kita nak buat sama ke?. Jangan sesekali menilai dunia dan akhirat dgn cara yg sama.
Adakah maksudnya kita duduk dalam masjid siang malam beribadat sepanjang hari.
Buku Erti Kehidupan , Pg 24.
Tanda orang yang mengutamakan kehidupan dunia.
***************
1.Pandang dunia baik n mulia
2.Pandang remeh orang yg beriman
3.Cintai dunia sehingga lupa persediaan akhirat
4.Dia nak habuan cepat..instant reward. Nak nampak results di dunia ini.
5.Terus menerus bergelumang dalam maksiat..tak nampak akhirat..kebaikkan.
6. Cinta dunia takut mati
7. Tiada langsung terfikir untuk berjumpa dengan Allah.
8. Puas dengan nikmat  dab pencapaian yg dia dapat didunia. Keinginan semuanya untuk nikmat dunia
9. Lalai daripada ayat kami..
**
Mesti peruntukkan masa untuk Al Quran.10 ayat sehari.
10. Terpedaya dengan kesenangan kemewahan dan kehebatan orang kafir
11. Hanya mengetahui zahir kehidupan. Hanya tahu ilmu dunia.
Surah Huud, 11 : 15-16
*************************
Barangsiapa yang menghendaki kehidupan dunia dan perhiasannya, nescaya kami berikan kepada mereka balasan pekerjaan mereka di dunia dengan sempurna dan mereka di dunia itu tidak akan dirugikan. Itulah orang-orang yang tidak memperoleh di akhirat, kecuali neraka dan lenyaplah di akhirat itu apa yang telah mereka usahakan di dunia dan sia sialah apa yang telah mereka kerjakan.
Orang beriman gembira dan bahagia dalam ketaatan.
Adapun orang diberi kitab dari sebelah kanan dan hisab mudah...
Dia kembali kepada keluarganya dengan keadaan gembira.
Insya Allah yg 1% di dunia...sudah cukup bagi orang yang beriman.

Surah An Naml,27: 4-5
************************
SesungguhnYa orang orang yang tidak beriman kepada negeri akhirat, Kami jadikan mereka memandang indah perbuatan perbuatan mereka, maka mereka bergelimang dalam kesesatan. 5. Mereka itulah orang orang yang mendapat di dunia azab yang buruk dan mereka di akhirat adalah orang orang yang paling merugi
Hadis Kudsi
***************
Bila hamba buat dosa..pastu teringat...taubat.
Allah ampunkan kerana hamba tahu dia berdosa bertaubat dan takut kan aku.
Pastu buat lagi. Allah ampunkan lagi.
Jangan sekali putus asa dengan rahmat dan pengampunan dari Allah
Walau sebanyak buih di lautan...setinggi langit dosa
Lemah Iradah.... .keinginan...sebab selalu jatuh buat dosa kembali.
Perlu azam dan tekad yg sgt kuat.
Kadang berulang dosa..sebab kurang ilmu.
Welcome and help all those who want to repent eventhough they spent years living sinfully. Saham akhirat yang besar.
Cinta dunia dan takut mati
**************************
Rasulullah Shallallahu alaihi wa sallam bersabda, "Akan tiba suatu saat dimana seluruh manusia bersatu padu melawan kalian dari
......
Kita perlu mengingati mati dan bersedia dengan amal soleh. Saat dia mati..dia seolah lepas dari penjara. Dia akan pergi ke alam lagi luas. Jangan risaukan mati tapi siapkan diri untuk menghadapi mati.

Surah Yunus 10:7-8
**********************
Sesungguhnya orang-orang yang tidak mengharapkan (tidak percaya akan) pertemuan dengan Kami, dan mereka puas dengan kehidupan dunua serta merasa tenteram dengan kehidupan itu dan orang2 yang melalaikan ayat2 kami. 8. Mereka itu tempatnya ialah neraka, disebabkan apa yang selalu mereka kerjakan.
3 perkara yg dibuat yg menunjukkan kita tak lalai.
1. Solat 5 waktu
2. Membaca Al Quran 10 ayat sehari (setelah discount) di
3. Zikir pagi petang
Buat pekerjaan dengan baik jujur amanah dan niat sebagai ibadah dan bekal untuk akhirat.
Jangan tenang dgn nikmat dunia.
Surah Ali Imran 3:196-197
**************************
Janganlah sekali kali kamu terpedaya oleh kebebasan orang2 kafir bergerak di dalam negeri. 197. Itu hanyalah kesenangan sementara, kemudian tempat tinggal mereka ialah Jahannam, dan Jahannam itu adalah tempat yang seburuk buruknya.
Surah Ar Rom 30:7
********************
Mereka hanya mengetahu yang lahir (sahaja) dari kehidupan dunia; sedang mereka tentang kehidupan akhirat adalah lalai.
Infaq di jalan Allah
*********************
1. Terancang
2. Tidak terancang
The more u give. The more u get. Kalau boleh hanya beli duit...beri duit. Kalau boleh beri tenaga dan pengorbanan lain..lebih effort lebih ganjaran dari Allah.
Amal yg dpt tolong di titian sirat - iman dan infaq.

Doa Pagi Rabu 19.12.18

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

ُِSalam pagi Rabu            
11 Robiulakhir 1440H,
19 Dec 2018        
                           
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ
ٍ
اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ وَالْعَاقِبَةُ لِلْمُتَّقِيْنَ وَلاَ عُدْوَانَ إِلاَّ عَلَى الظَّالِمِيْنَ وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى أَشْرَفِ اْلأَنْبِيَاءِ وَالْمُرْسَلِيْنَ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْن

Ya Allah ampunilah kami, rahmati kami, maafkan kami, muliakan kematian kami, lapangkan kubur kami, jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggal kami dan berilah kesabaran kepada ahli keluarga kami, semoga kami di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.

Ya Allah kurniakanlah kepada kami jiwa yang tenang dan tenteram, hiasilah hati kami dengan sifat syukur, sabar dan redha diatas segala ketentuan Mu.

Ya Allah berilah kami fikiran yang jerneh dan kuatkanlah kami dengan hati yang sabar.

Ya Allah Engkau jauhkanlah kami dari pada sifat ujub, riak dan takabur dan bersangka buruk keatas orang lain.

Ya Allah panjangkanlah umur kami, sihatkanlah jasad kami, terangilah hati kami, tetapkanlah iman kami, baikkanlah amalan kami, luaskanlah rezeki kami, dekatkan kami kepada kebaikan, kabulkanlah segala keperluan kami pada agama, dunia dan akhirat. Sesungguhnya Engkau Maha Berkuasa atas segala sesuatu.

Ya Allah siramilah hati kami dengan kesejukan Rahmat Mu. Terangilah hati kami dengan cahaya Mu. Bimbinglah kami dengan petunjuk Mu.

Ya Allah kuatkanlah hati kami dan semangat kami ketika diuji, sematkan sifat sabar dalam jiwa kami ketika  menerima dugaan Mu. Hanya pada Mu kami berserah.

Ya Allah  disaat hati ini sakit, sembuhkanlah, disaat diri ini berdosa, ampunkanlah, disaat jiwa ini kosong, bimbinglah, wahai Dzat yang membolak-balikkan hari, teguhkanlah hati kami diatas agama Mu.

Ya Allah permudahkanlah urusan kami, berilkanlan rezeki yang halal buat kami dan sahabat2 kami, jauhilah kami dari perasaan dengki dan iri hati, semoga apa yang kami kerjakan hari ini mendapat keredhaan Mu.

َYa Allah kami memohon Ya Allah, kurniakanlah kepada kedua ibubapa kami tempat yang istimewa di syurgaMu Ya Allah. َ

Ya Allah Ya Ghaffar ampunkanlah dosa-dosa kami, dosa kedua ibubapa kami, pasangan hidup kami, anak2 kami, kaum keluarga kami, guru-guru kami, sahabat-sahabat kami serta sekalian muslimin muslimat di mana saja mereka berada.

Ya Allah, bagi mereka yang telah kembali kepadaMu, kurniakanlah kepada mereka nikmat Syurga Mu semasa mereka di Alam Barzah.

Ya Allah, hidupkan kami dalam Islam dan matikanlah kami dalam Iman. Ya Allah perlindungilah kami dari bisikan dan tipu helah syaitan.

Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad SAW serta ahli keluarga dan para sahabatnya.

Segala puji pujian hanya untukMu Ya Allah.                                                     
رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنْفُسَنَا وَإِنْ لَّمْ تَغْفِرْلَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُوْنَنَّ مِنَ الْخَاسِرِيْنَ

رَبَّنَا ءَاتِنَا فِى الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِى اْلآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ

وَصَلَّى الله ُعَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ

وَالْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمين.ِ

Sila share.َ

Wednesday, 12 December 2018

EK MAQDS K35 12.12.18 B3 KEHIDUPAN DUNIA 2. WASPADALAH TERHADAP DUNIA MS 22,23


Kelas Taddabur Al Quran
Erti Kehidupan Mengikut Al Quran & Sunnah

Waspadalah terhadap dunia. Dunia ini hanyalah tempat persinggahan. Tidak boleh leka dan lalai. Kita pasti akan meninggalkan dunia..

Dunia dan isi mempunyai magnet untuk mengheret kita untuk berlama lama dan bersuka suka yang menyebabkan kita lupa destinasi akhirat. Menyebabkan usaha akhirat jadi berat. Waspada jangab bagi magnet terus tarik kita dari matlamat hidup.
Kene ambil semua kebaikkan sebagai perlu buat segera. Jangan tunggu. Apa boleh buat pagi buat pagi..jangan tunggu petang . Orang yg paham hakikat hidup di dunia akan segerakan dan tidak melengahkan.
Perkara yang perlu disegerakan adalah perkara untuk bekal akhirat.
2 kemungkinan Manusia
1. Utamakan Dunia
2. Utamakan Akhirat
Secara asas ada 2 sahaja...namun ada juga Utamakan Dunia dan Akhirat namun akan lebih ke dunia.
Orang yang mengutamakan dunia...lari daripada matlamat asal dia ada didunia ini. Magnet dunia berjaya mengheretnya.
Kenyataan dan Gambaran Kehidupan Dunia
Iii. Yang Mengutamakan Kehidupan Dunia
*****************************************
Al Baqarah, 2:212
Kehidupan dunia dijadikan indah dalam pandangan orang-orang kafir, dan mereka memandang hina orang orang beriman. Padahal orang2 yang bertaqwa itu lebih mulia daripada mereka di hari kiamat. Dan Allah memberi rezki kepada orang2 yang dikehendakiNya tanpa Batas.
Jangan merasa hina. Walaupun org kafir pandang hina. Kita ada nilai sendiri yang membezakan kita. Orang beriman mmg kene berbeza. Mana boleh sama.
Satu fenomena yg berlaku..memang orang islam dihina dan diketawakan
Surah Al Mutafifin, Ayat 29 ke 36, ms 588
**************************************
Jangan rasa kerdil dan hina. Jangan kita perlu was2 pula bila mereka ketawakan.
Di akhirat kita akan melihat mereka dlm keadaan dahsyar dan kita akan pula ketawakan mereka.
Pemberitahuan Allah. Orang kafir akan hina orang Islam.
Kejar untuk menjadi hamba Allah yang bertaqwa. Perdulikan org pandang rendah n perlekehka  kita. Jgn merasa hina. Dan jangan sesekali kita pula menghina dan perlekehkan orang yang beriman. Kebanyakkan orang yg dihina didunia dan dianggap orang malang..di akhirat mereka adalah yg diatas spt dalam surah Al Araf.
Allah bagi rezeki kpd sesiapa yg dia dikehendaki
Rezeki itu luas bukam material sahaja...
Ketenteraman..ilmu bermanfaat..masa utk ketaatan..ketenangan..
Ibadah khusyuk.
Harta boleh binasa atau habis. Paling lama sampai mati..
Harta kita adalah harta yang kita gunakan di jalan Allah..terus jariah dan bersambung2..tanpa batas.
Ketika dia tak nampak org yg dpt solat jemaah dan buat baik sebagai satu nikmat..maka dia telah mengutamakan kehidupan dunia.
Allah akan menghukum apa khilaf antara kita kelak. Jadi ambil jangan tengah. Tak perlu panjangkan. Ini penjelasan bila ditanya isu perarakan icerd.
Surah Al Insaan 76:27
Sesungguhnya mereka ini(orang kafir)menyukai kehidupan dunia dan mereka tidak memperdulikan kesudahab mereka, pada hari yang berat (hari akhirat)
*Ngajilah* - / pantas/cepat/cepat berlalu. Pantas dunia bergerak..janganlah tunda. Jangan. Sekelip mata.
Surah Al Isra', Ayat11, ms 283
Dan manusia berdoa untuk kejahatan sebagaimana dia berdoa untuk kebaikan. Dan adalah manusia bersifat tergesa gesa.
Manusia nak cepat sahaja..sudahlah dunia mmg cepat. Belajar menghayati dan menikmati pada apa yg sedang kita buat terutama bila buat baik/kebajikan.
Antara kerja syaitan....
Surah Al Araf, Ayat 200, ms 176
Dan jika kamu ditimpa sesuatu godaan syaitan, maka berlindunglah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.
*Nazghun(ghain)*..asal nazak/cabut..distract/alihkan kepada pikiran lain. Syaitan tak bagi kita fokus dgn kebaikkan yg kita buat.
Siapa berjaya fokus...maknanya dia tidak tertewas dgn godaan syaitan.
Cth Quality Time with Chicken.
Syaitan tambahan *talipon dan internet*. Setiap mengalihkan fokus dari menikmati dan menghayati apa yg kita buat. Ikhlas lakukan Itulah seronok dan bahagia.
Dunia tak berat. Akhirat itu berat. Ujian dunia hanya Sedikit.
Kesimpulan...tiada dikata balance dunia dan akhirat.
Dahulukan akhirat dan kemudian dunia. Tiada yg balance. Pasti dunia akan mengheret. Yang betul ialah utamakan kan akhirat.
Trick syaitan buat kita tak puas dgn dunia. Kita boleh puas dgn dunia jika kita fokus and concentration. Buat sungguh2  all out. Kalau tidak buat betul2 dan fokus nanti kita akan dihantui dgn perkara sama.
Salah satu matlamat syaitan ialah supaya kita tak fikir akhirat.
Apa nak buat. Bila kita teralih?. Mohon perlindungan Dari Allah dari syaitan. Kenikmatan dan penghayatan  itu akan buat kita rasa seronok.
Dulukan akhirat untuk dapat hasanah dunia dan akhirat. Tidak pernah balance..yg akan ada lubang sahaja akhirat tu.
Al Israa', 17:18
Barangsiapa menghendaki kehidupan sekarang (duniawi)maka Kami segera baginya di dunia itu apa yang kami kehendaki bagi orang yang kami kehendaki dan Kami tentukan baginya neraka jahannam; ia akan memasukinya dalam keadaan tercela dan terusir.
Beri diri hak yg sepatunya
1. Hak pada Jasad
2. Hak pada anak keluarga dan Sahabat
Namun hati kita tetap jelas nak Akhirat dan redha Allah.
Lakukan dgn hati kita mengharapkan habuan akhirat.
Mukmin di dunia bagai dipenjara. Jasad di dunia, Hati dan keinginan kepada akhirat. Tak boleh tinggalkan dunia...dunia tempat cucuk tanam untuk akhirat.
Buat pekerjaan yang baik. Jangan berhenti. Teruskan memberi manfaat. Laksanakan. JANGAN berhenti. Cuma jgn pandang hina org yg sempoi/sgt sederhana.
Jadikan  dunia tapak untuk akhirat.

Doa Pagi Rabu 12.12.18

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Selamat pagi Rabu
12 Dec 2018
4 Ribiulakhir 1440

بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ
ٍ
اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ وَالْعَاقِبَةُ لِلْمُتَّقِيْنَ وَلاَ عُدْوَانَ إِلاَّ عَلَى الظَّالِمِيْنَ وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى أَشْرَفِ اْلأَنْبِيَاءِ وَالْمُرْسَلِيْنَ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْن

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Selawat dan Salam ke atas Junjungan besar Nabi Muhammad  S.A.W., ahli keluarga dan para sahabatnya. 

Ya Allah, Ya Tuhan kami, kami mohon keampunan Mu, kami mohon kerahmatan Mu, kami mohon taufik dan hidayah Mu Ya Allah.

Ya Allah kami bersyukur dengan rezeki yang kami terima setakat ini dan jadikanlah kami kaya dengan kesabaran, kaya dengan iman, kaya dengan budi pekerti, kaya dengan ketakwaan dan kaya dengan hati yang suci dan bersih.

Ya Allah kurniakanlah kepada kami rahmat di sisi Mu dan berilah kepada kami keselamatan dunia dan akhirat.

Ya Allah tunjukkan kami jalan yang lurus dan benar. Ya Allah, jadikanlah kami manusia yang sentiasa bersyukur kepada Mu.

Ya Allah jadikanlah kami manusia yang sentiasa mencintai Mu Ya Allah.

Ya Allah, jadikanlah apa yang kami lakukan ini sebagai suatu amal ibadah yang diterima Mu.

Ya Allah, Ya Tuhan kami, ikhlaskan hati kami untuk mempelajari ilmu
Mu. Tetapkan niat dihati kami agar apa yang kami lakukan adalah semata mata kerana Mu Ya Allah.

Ya Allah, lapangkanlah dada kami untuk menerima ilmu Mu Ya Allah.

Ya Allah kami mohon kepada Mu Ya Allah bantulah  kami Ya Allah, peliharalah kesihatan kami, berikanlah ketenangan kepada kami, jauhilah kami daripada perasaan resah dan gelisah.

Ya Allah Ya Tuhan kami, berilah kami kejayaan dan semoga kejayaan itu menjadi pembuka jalan untuk kami menjadi hamba Mu yang soleh dan menghampirkan diri kami kepada Mu Ya Allah.

Ya Allah  perbaikilah akhlak  kami jadikanlah kami umatMu yang mempunyai sahsiah diri yang baik.

Ya Allah, jadikanlah juga zuriat kami umat Mu yang soleh Ya Allah. Jadikanlah mereka ahli syurga Ya Allah.

Ya Allah jauhkanlah hati mereka daripada melakukan amalan amalan yang membawa mereka ke neraka Mu Ya Allah.

Ya Allah janganlah Engkau melalaikan
mereka dengan perkara perkara yang tidak berfaedah Ya Allah.

Ya Allah, perkenankanlah doa kami ini. Kami memohon kepada Mu kerana Engkaulah tuhan kami. Kami meminta kepada Mu kerana Engkaulah yang menciptakan kami. Kami merayu kepada Mu kerana Engkaulah yang Maha mengkabulkan doa doa kami ini.

Ya Allah jika Engkau tidak memakbulkan doa kami ini Ya Allah, siapa lagi yang akan memakbulkannya. Jika Engkau tidak mendengar doa kami ini, siapa lagi yang akan mendengarnya Ya Allah.

Wahai Tuhan yang Maha Pemberi keampunan dan penerima Taubat dan yang Maha Penyayang terimalah taubat kami dan sayangilah kami..

Ya Allah selamatkan lah diri kami, keluarga kami, saudara2 kami, rumah tangga kami, kampung kami, dan negara kami, dari sebarang ancaman luar dan dalam. Engkaulah Ya Allah tempat sebaik2 perlindungan.
           
Ya Allah kami memohon Ya Allah kurniakanlah kepada kedua ibubapa kami tempat yang istimewa di syurgaMu Ya Allah . َ

Ya Allah Ya Ghaffar ampunkanlah dosa-dosa kami, dosa kedua ibubapa kami, pasangan hidup kami, anak2 kami, kaum keluarga kami, guru-guru kami, sahabat-sahabat kami serta sekalian muslimin muslimat di mana saja mereka berada.

رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنْفُسَنَا وَإِنْ لَّمْ تَغْفِرْلَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُوْنَنَّ مِنَ الْخَاسِرِيْنَ
رَبَّنَا ءَاتِنَا فِى الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِى اْلآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ
وَصَلَّى الله ُعَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ
وَالْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ.

آمِيْنُ... آمِيْنُ... آمِيْنُ... يَا رَبِّ الْعَالَمِين

Wednesday, 5 December 2018

Doa Pagi Rabu 5.12.18

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

ُِSalam pagi Rabu                                              
5 Dec 2018       
27 Robiulawal 1440                        

بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ
ٍ
اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ وَالْعَاقِبَةُ لِلْمُتَّقِيْنَ وَلاَ عُدْوَانَ إِلاَّ عَلَى الظَّالِمِيْنَ وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى أَشْرَفِ اْلأَنْبِيَاءِ وَالْمُرْسَلِيْنَ وَعَلَى ءَالِهِ v أَجْمَعِيْن
         
Ya Allah, terima kasih diatas kehidupan kami, nafas kami dan rezeki yang Engkau limpahkan kepada kami hari ini.

Ya Allah jadikanlah hari ini penuh semangat, di mudahkan rezeki, kesihatan yang baik, mendapat ilmu yang bermanafaat dan terlepas dari segala kesulitan.

Ya Allah rahmatilah kami, berilah kami hidayahMu agar kami sentiasa dekat dengan Mu Ya Allah.

Ya Allak kami memohon ke pada Mu kebaikan, kemenangan, pertolongan, cahaya, keberkatan dan petunjuk hari ini dan selama-lamanya.

Ya Allah mudahkan segala urusan kami, murahkan rezeki kami dan kurniakan lah kami keluarga yang bahagia.

Ya Allah tanamkanlah perasaan kasih sayang kami kepada sahabat kami dan tanamkan perasaan kasih sayang mereka kepada kami dan semoga hubungan saliturrahim antara kami senentiasa teguh.

Ya Allah kami berdoa Ya Allah muliakanlah diri kami, lapangkanlah hati kami, bahagiakanlah keluarga kami  dan luaskanlah rezeki kami dan moga segala urusan kami dipermudahkan.

Ya Allah kabulkanlah cita-cita kami, jauhkan kami dari segala penyakit, fitnah, prasangka keji dan jauhkan kami dari segala Musibah.

Ya Allah terimalah semua amal ibadah kami dan mudah²an ia dapat menerangi kubur kami.

Ya Allah perbanyakkanlah sedekah kami, solat kami,  semoga kami bebas dari seksa kubur.

Ya Allah tutuplah aib kami dan tenteramkanlah kami dari rasa resah.

Ya Allah kami memohon Ya Allah, kurniakanlah kepada kedua ibubapa kami tempat yang istimewa di syurgaMu Ya Allah. َ

Ya Allah Ya Ghaffar ampunkanlah dosa-dosa kami, dosa kedua ibubapa kami, anak isteri kami, kaum keluarga kami, guru-guru kami, sahabat-sahabat kami serta sekalian muslimin muslimat di mana saja mereka berada.

Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad SAW serta ahli keluarga dan para sahabatnya.

Segala puji pujian hanya untukMu Ya Allah.                                                     

رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنْفُسَنَا وَإِنْ لَّمْ تَغْفِرْلَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُوْنَنَّ مِنَ الْخَاسِرِيْنَ

رَبَّنَا ءَاتِنَا فِى الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِى اْلآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ

وَصَلَّى الله ُعَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ

وَالْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ.

آمِّيْنَ, آمِّيْن, آمِّيْن,َ يا رَبَّ الْعَالَمِيْن 

Sila Share.َ

EK MAQDS K34 5.12.18 B3 KEHIDUPAN DUNIA 2. WASPADALAH TERHADAP DUNIA



Dunia umpama kehidupan seperti sungai yang deras yang boleh menghanyutkan kita. Kita perlu lalui kehidupan dan menyeberang.

Beban2 dan Amanah perlu kita pikul dalam menyeberangi sungai. Kalau tahu hakikatnya, kita tak akan cari beban2. Namun bila diberi, kita buat sebaiknya.
Setelah kita menyeberang dengan jaya, kita akan mendapat nikmat yang tak terhingga. Ingat perjalanan hidup kita perlu kita terusakan untuk sampai ke seberang.
Surah Mukmin, 40:4
***********************
Tidak ada yang memperdebatkan tentang ayat-ayat Allah, kecuali orang orang yang kafir. Kerana itu janganlah pulang balik mereka dengan bebas dari suatu kota ke kota yang lain memperdayakan kamu.
Ayat maksudnya tanda? Tanda2 kebesaran Allah. Tanda itu diikuti dengan penjelasan. Tanda adanya ALLAH adalah jelas namun akan ada orang yang berdebat dan mengingkari.
Tanda yang kita akan mati dan akan ada kebangkitan . Kejadian malam dan siang. Hari demi hari. Selepas malam akan datang pagi. Apa masalahnya Allah nak bangkitkan manusia selepas mati. Buah yang gugur dan kemudian menjadi biji benih dan hidup kembali menjadi pokok.
Semuanya ada tanda2. Jika buka mata hati, maka kita akan terima hakikat ada kehidupan selepas mati.
Kecuali mereka yang kafir yang hati tertutup
*kafara* tutup. Al kufar..petani
Surah Al Hadid, Ayat 20
......
Kafir- seperti org petani yang letak biji dalam perut bumi dan tutup dgn tanah. Benih akan keluar sebagai pokok. Sama juga kebenaran yang ditutupi org kafir akan satu hari akan bangkit dan mengejutkan mereka. Contoh di negara barat..lagi diburukkan...lagi ramai masuk islam.
Usa, Eropah, Cina. Akhirnya akan keluar. Tak boleh ditahan.
Secara asasnya..bila orang lain menghina dan memburukkan islam...Jangan kamu terperdaya...kata Allah
Jangan rasa kita ni hina dan bermasalah. Menyalahkan itu ini. Dalam apapun keadaan, teruskan beramal...berbuat. lakukan apa yang patut berdasarkan kemampuan kita. Teruskan
Muslim Uighur...saudara kita. Kita rasa mereka disakiti..mungkin kita rasa kita kerdil..kecil dan hina..jangan..kita perlu pegang ayat
Surah Ali Imran, Ayat 139, MS 67
**********************************
Jangan kamu merasa lemah/hina/kerdil, Jangan pula kamu bersedih sesungguhnya kamu yang paling tinggi jika kamu beriman
Aku bernilai dan berharga. Aku ada  apa yang Allah nak untuk manfaat di dunia ini.
Ketika kita nampak orang kafir bebas dan orang islam dihadkan mcm2..contoh kaum uighur di cina. Utk kita juga bukan boleh pergi semua tempat...ie israel..casino
Biarkan mereka. Semuanya depa buat dan makan. Mereka bebas sebebasnta
Kita ada ikatan(barrier/batas)..yg menenangkan dan mententeramkan kita. Apa yang Allah tegah...adalah baik bagi kita.
Perkampungan thamud, Ad
Jangam terpedaya. Kebebasan mereka akan menghina dan menyakitkan diri mereka. Akan memberi mudarat. Contoh Arak. Mereka tahu benda itu mudarat kepada kehidupan..namun mereka tak berani mengharamkan.
Tiada yang dilarang oleh Allah ..kecuali yang baik untuk kita tinggalkan.
Surah Thahaa, 20:131
************************
Dan janganlah kamu tujukan kedua matamu kepada apa yang telah Kami berikan kepada golongan golongan dari mereka, sebagai bubga kehidupan dunia untuk Kami cobai mereka dengannya.......
Boleh tengok sikit. Tapi jangan lama2. Jangan terpersona. Itu bunga2 yg mereka daaptkan dan Allah memudahkan untun mereka.
Dan rezeki dari tuhan engkau lebih baik dan kekal.
Gunakan kesempatan untuk beramal
**************************************
Abdullah bib Umar radhiyallahu 'anhuma pun memegang teguh wasiat Nabinya baik dalam ucapan maupun perbuatan. Dalam ucapannta beliau berkata setelah menyampaikan hadith Rasul Shallallahu alahai wa sallam di atas,
"Bila engkau berada di sore hari maka janganlah engkau menanti datangnya pagi. Sebaliknya bila engkau berada di pagi hari, janganlah menanti sore. Gunakanlah waktu sihatmu untuk beramal ketaatan sebelum datang sakitmu. Dan gunakan hidupmu untuk beramal soleh sebelum kematian menjemputmu" ( HR Bukhari 6416)
Jangan tunda untuk beramal. Apa boleh buat pagi, buatkan cepat. Sebabnya tiap amalan itu ada masanya. Jika muncul masa pagi...maknanya masa tulah kene buat. Jika muncul petang...masa utk buat petang. Kitab amalan kita ikut pagi petang. Bermula lepas subuh sampai asar. Masuk Asar buka lembaran baru. Pastikan taubat cepat..jangan tunda. Bila buat dosa pagi taubat terus....kalau malam baru taubat
Masih ada kesan.
Bila mati...orang baik pun menyesal..org jahat lagi menyesal. Orang beriman pun menyesal...org kafir lagi menyesal.
Kenapa...kerana tak buat yang lebih baik.
Kisah sahabat nabi sedekah baju lama bukan yang baru..dia sayang. Ketika dia mati..Allah tunjukkan kebaikkan yang biasa dibuat...ketika itu..alangkah lebih baik kalau bagi yang baru...dan alangkah baiknya sekiranya rumah dia lagi jauh dari masjid...
Setiap kali kita menunda..akan bawa kepada penyelasan. Contohnya...keinginan menghafal quran...buat baik.
The power of NOW. Nanti ada rasa terkilan..ini baru dunia...nanti di akhirat lagi.
Rahsia bahagia...ialah buat yang baik segera. Akan memberi ketenangan.
Jenis Dosa oleh Allah ampunkan
***********************************
1. Diampunkan dan tidak ada dlm catatan. Siang buat siang settle. ( subuh ke asar, asar hingga subuh). Jangan carry forward. Segerakan
2. Diampunkan  oleh Allah tetapi sudah tercatat. Dan hamba Allah ini bertaubat sebelum mati. Insya Allah akan dipadam dosa ini tapi berbekas.
3. Diampunkan oleh Allah selepas mati. Dosa yang dibuat..ditulis dan tak sempat bertaubat sebelum mati.
Akan ditayangkan semua dosa itu...kecuali dosa syirik..Allah boleh ampunkan. Tidak mustahil
Ketika kita tunda2...memberi peluang syaitan untuk mengagalkan kita. Bila buat terus..susah digagalkan..namun tetap syaitan akan kacau dengan detikkan ujub/bangga....namun doa dan minta pada tuhan untuk betulkan niat dan rasa anugerah
Matlamat bercerita..untuk berkongsi ilmu..niat bermanfaat kepada orang lain.
Nabi, shallallahu alayhi wassalam, bersabda:
"Jadilah engkau di dunia ini seperti orang asing atau bahkan seperti orang yang sekadar lalu (musafir)". (HR. Al Bukhari no. 6416).
Jangan rasa kagum/terkesima/terpersona dan tengok lama sgt.
Ingat
******
Dengan apa yang kita dapat..sudah cukup untuk kita bahagia. Dengan apa yang kita ada. Rezeki yang ada pada anda ..adalah yang terbaik untuk kita.
Jangan tunggu untuk bahagia...NOW
Jangan tgk kemegahanan orang dan ingat itu yang terbaik.
Whats in your hand is the best. Bukan yang takda..dan ianya kekal...jika bersyukur
Destinasi kita adalah duduk dengan Allah di syurga

Wednesday, 28 November 2018

EK MAQDS K33 28.11.2018 B3 KEHIDUPAN DUNIA 2. WASPADALAH TERHADAP DUNIA MS 22

Kelas Taddabur Al Quran
28.11.2018
I- Waspadalah Terhadap Dunia, ms 22 EK
Perumpaan mengenai Dunia.
***********************
Macam kita dalam sungai sedang nak menyeberang sungai. Deras air. Syaitan ajak mcm2..naik rakit/naik boat/canoe/. Berada dalam aliran sungai ini...mcm di dunia..sifatnya mengheretkan kita/ tarik kita. Kene focus utk sampai ke sebrang.
Banyak yg terpengaruh
Laibbun yg melalaikan fizikal..walahuun yg melalaikan hati kita. 
Kalau dunia mengheretkan kita..akan rasa jauh nak sampai ke destinasi.
Tabiat dunia mmg mengheretkan kita. Dunia seperti sungai.
Surah Al Anfaal, 8:28
***********************
Dan ketahuilah, bahawa hartamu dan anak-anakmu itu hanya sebagai cobaan dan sesungguhnya di sisi Allah-lah pahala yang besar.
Analogi sungai. Bila kita nak seberang sungai..kita akan ditambah beban untuk dibawak sekali...cthnya mcm bungkusan makanan..benda2 yg menarik kita....harta n anak. Makin berat...makin susah..lambat sampai. Jangan khuatir..jangan tinggalkan. Tetap bawak. Jaga beban ini. Kalau dah Allah bagi..jaga...guna harta untuk menyeberang bukan untuk memancing. Guna harta n anak untuk mudah menyeberang. Tetap fokus untuk seberang sungai..jangan lalai dgn anak dan harta..diseberang tu ada pahal besar...mengatasi segalanya.
Surah Al Kahfi, 18:46
***********************
Harta dan anak2 adalah perhiasan kehidupan dunia tetapi amalan amalan yang kekal lagi soleh adalah lebih baik untuk menjadi harapan.
Sungai ini penuh benda yang menarik/hiasan. Mcm2 ada yang menarik. Namun ingatlah..jangan terpedaya. Fokus pada apa yang ada diseberang yang jauh lebih baik.  Nabi Rasul n ulama mengajar manusia mcm mana nak dapatkan pada apa yang diseberang walaupun tak nampak. Untuk yg nampal didunia..mudah sahaja untuk manusia dapat. Jangan terpegun. Majlis ilmu agama untuk ingatkan kita pada alam akhirat.
Jadikan nikmat hiasan yang kamu kutip sebagai amal soleh dan boleh bawa ke seberang dan menjadi tiket masuk ke syurga. Tidak boleh masuk tanpa bekalan.
*baqiatu solihat*..ini adalah amat baik
Surah Al Munafiqun, 63:9
*************************
Hai orang orang beriman, janganlah hartamu dan anak anakmu melalaikan kamu dari mengingat Allah. Barangsiapa yang berbuat demikian maka mereka itulah orang yang merugi.
Dalam menguruskan anak dan harta. Kita perlu bahagikan masa. Jangan turut semuanya. Mesti ada bahagian mengingati Allah. Kene peruntukkan masa untuk Allah.
Surah An Nur, ayat 37ms 355
******************************
Lelaki2 yang tidak dilalaikan dengan peniagaan, jual beli......
Jangan sebab harta n anak kita lalai utk:-
1. Zikir - paling minimum. Pagi dan petang.
2. Solat Fardhu
3. Tunaikan Zakat 2.5%
Insya Allah, ada 3 ni. Orang ini akan balasan lebih baik dan tambah kurniaan yg baik dan memberi rezeki tanpa hisab.
Prinsip Rezeki
****************
Pada umur 4 bln dalam rahim. Ditiupkan roh dan takdi dalam jasad dan dtg 4 pakej. Boleh sampai ke seberang/ syurga dengan selamat. (Ini budget yg cukup)
1. Rezeki - tempoh/ajal/kegunaan/amal.
Kurniaan * Fadhlun/Bonus.selain dari rezeki. Allah bagi lebih.
*surah An Nur - Allah tambah kurnia
2. Ajal
3. Amal
4. Bahagia/Sengsara
Pastikan setiap nikmat perhiasan yang kita dapat untuk meraih redha Allah.
Prinsip Keadilan Allah. Ingatlah. Allah Maha Adil. Pasti akan datang keadilan.
Surah Al Isra, 17:7, ms282
****************************
Jika kamu buat baik..kamu buat baik untuk diri kamu sendiri...jika kamu buat jahat..juga untuk diri kamu sendiri
#################
Lebih baik berkeluarga dari taat berseorangan. Ulamak kata lebih baik berkeluarga. Walaupun kurang amalannya. 
#################
Surah Ali Imran, 3:10
**********************
Sesungguhnya orang orang kafir, harta benda dan anak anak mereka, sedikitpun tidak dapat menolak (seksa) Allah dari mereka itu adalah bahan bakar api neraka.
Kene guna anak dan harta untuk menjadi tebusan di akhirat. Dari kecil didik dengan baik dan kasih sayang. Tugas kita mendidik dan mentarbiyah. Amal soleh dari didikan kita. Jariah bila anak jadi soleh. Ajrun ghoirumumnun. Pahala tak putus2. Sekiranya didik betul2..adalah beberapa yg akan jadi soleh. Tak semua jadi mcm anak nabi noh 4 orang. Ham sam yam(kan an) n yafis. Nabi noh didik baik2 dan adil. Satu darinya ikut mak dia yg kafir. Nabi Noh tetap berdakwah..ajak dia naik kapal..jangan bersama dgn orang kafi. Nabi noh ajak anak je..kenapa tak ajak isteri..isteri dah meninggal. Anak 3 taat..ham sam n yafis taat dan baik. 1 tenggelam , 3 baik. Bahawasanya dari 3 ni semua manusia ada. Kita satu bapa..iaitu noh..lepas tu Adam.  80 orang manusia naik dengan nabi noh
Surah Saffat, Ayat 77,ms 449
*****************************
Dan kami jadi anak cucunya berzuria
Dalam bahasa Al Quran...semua dunia tenggelam...kecuali yg dalam kapal nabi nuh.
Satu tenggelam. 3 jadi manusia yang baik. Dan menjadi keturunan. Keturunan yang berkulit
Gelap- ham ..selatan..afrika
Terang- yafis..utara...eropah
Tgh2 - Sam
Surah Hud, Ayat 44, ms226
***************************
Wahai bumi..telanlah airmu..wahai langit..tahan..jangan turun hujan...dan surutlah air..dan selesailah perintah Allah dan kapal berlabuh di *JUDi*
Menurut ulamak..dataran antara iraq dan iran.
Di kaki bukit Arakan di turki. Kpg Samanin...peradaban Babylon..yang paling lama. Mula dari zaman nabi Noh.
Anak cucu nabi noh pindah ke selatan.. kaum Ad..
Sam akan pecah kepada orang arab dan israel.
Penting. Didiklah. Teruskan dlm susah dan senang. Tarbiyahlah. Jadi ke tidak itu takdir Allah. Insya Allah didik dengan ikhlas. ALLAH akan jaga. Insya Allah ada yang akan jadi jariyah.
Kita kena gunakan anak dan harta untuk memberi nilai dihadapan Allah... jika sebaliknya... mereka akan jadi bahan api neraka.
Ada pahala berjalan dan tambah walaupun dah mati.
Apa saja yang manfaat yang kita berikan
*************************
1. Sedekah Jariyah dr Harta
2. Ilmu yang diajarkan dan amalan berterusan
3. Doa anak yang soleh..mcm hujan ketika kemarau..namun..kalau tak berdoa pun. Amalan baiknya tetap dapat.
Jasa ibu bapa tiada boleh dibalas.

Wednesday, 14 November 2018

EK MAQDS K32 B3 KEHIDUPAN DUNIA 1. KENYATAAN & GAMBARAN KEHIDUPAN 2. WASPADALAH MS21,22

Erti Kehidupan Menurut Al Quran & As Sunnah (Kelas 32)
(Rabu, 14.11.2018) 
Erti Kehidupan (EK) Menurut Al Quran dan As Sunnah 

BAB 3 – KEHIDUPAN DUNIA
i-KENYATAAN & GAMBARAN KEHIDUPAN DUNIA

Persinggahan sementara, tidak lebih dari itu. Tempat singgahan untuk mendapat bekalan untuk tempat tinggal. Namun tempat singgah sangat menarik dan terpersona, sampai terlupa yang kita dalam perjalanannya, sehingga dia rasa tempat singgah dia tempat yang kekal

Setakat persinggahan Cuma. Bila kita dah menikmati tempat persinggahan kita, kita akan rasa tak cukup, nak lagi, nak lagi.. dunia menyebabkan kita nak tambah lagi, dan lagi, banyak dan banyak lagi sampai ke saat kita nak meninggalkan dunia. Kita tak pikir untuk cari bekalan untuk tempat tinggal yang hakiki.


BAB 3 – KEHIDUPAN DUNIA
ii-WASPADALAH TERHADAP DUNIA

Surah Al An’am, 6:130, Ayat 1 Buku Erti Kehidupan, Pg 22


Jin – dari perkataan janin/ secara asasnya tersembunyi
Ins – berasal dari perkataan ‘unus’ /intim/perlu ada orang yang melayan perasaan
*waspada dengan syaitan yang suka melayan dengan
*Allah juga menyediakan layanan untuk manusia, dengan solat, doa dan quran.
*jangan kamu menyembah syaitan.
*Perlu mengabdikan diri kepada Allah

- Kerana dunia adalah tempat persinggahan yang boleh menyebabkan orang lupa, kerana begitu nikmat/mengiurkan, Apa tindakan kita? Selalu SEDAR DIRI/ALERT
- Manusia banyak ‘ngarrat’ hayatul dunia – dunia ini menipu mereka – jadi kene selalu WASPADA. Bila dapat sesuatu perkaitan dunia, suspense dulu, ‘waspada’ – ini nikmat atau azab. Jangan ambil for granted/mudah. Maka apabila, dapat ilmu, kene tanya, ilmu ni nak habuan dunia atau akhirat. Bila dapat harta, dpt cara betul ke? Guna dengan betul tak dan kepada apa yang kita buat dengannya. Pangkat? kenapa dpt dan gunakan untuk apa. Waspada dengan mengemukakan soalan2 untuk kesedaran. Jangan ambil tanpa tahu apa yang kita ambil.

Di dunia ketika terima sesuatu, pastikan kita tahu apa kita terima, dari mana dan cara mana. Siapa yang hisab dan ambil berat apa yang dia dapat di dunia lagi, di akhirat jadi ringan. Kalau kita tak tahu, kita akan tertipu. Untuk kita ambik berat apa yang kita dapat, kita kene rajin dengar kata-kata Rasul. Timbang dan nilai dengan sunnah Rasulullah. Mcm Travel Guide. Prinsip Rasul, memberitahu tentang ayat2 Allah dan bagitahu manusia tentang hari pertemuan di alam barzakh dan alam mahsyar. Sifat manusia suka lupa dan suka diingatkan. Salah satu destinasi yang pasti kita lalui ialah hari pertemuan dengan Allah.

Bila ditanya pada manusia, tak dengar ke?. Dia kata dengar, Rasul dah sampaikan dengan baik, Cuma bila di dunia, dia tertipu dengan dunia… terpesona dengan dunia. Kerana dahsyatnya dunia ini, dia lupa. Dia dengar mcm tak dengar. Tengok macam tak tengok. Mereka bersaksi mereka dengar. Jangan cakap masa tour guide bercakap.

Dan mereka sendiri bersaksi/mengakui bahawa mereka didunia dulu KAFIR(DEGIL). Bukan hanya tak dengar tapi menafikan berita itu sebagai salah. Para Nabi dan Rasul, mempunyai maklumat yang terpelihara dan terjamin. Oleh itu, kita kene WASPADA dengan dengar dan ikuti penjelasan para Rasul. DENGAR & IKUTI. Taat dan Penuhi.

Rasul ingatkan supaya berbekal. Sediakan apa yang patut. Jangan degil.

Surah Ar- Ruum, 30:8, ayat 2, Buku EK, Pg 22


Adduniya al Haqq: Didunia ini adalah al HAQQ, iaitu kita di dunia aladah untuk tujuan yang BENAR. Tujuan untuk beribadat dan menjadi khalifah. 2 tujuan. Pastikan tujuan kita tak lari dari ini.

IBADAH – penghambaan diri
KHALIFAH – beri manfaat

Itu adalah HAQQ (yang BENAR). Kalau tak buat dua ini, maka kita BATIL.

Adduniya Ajjalin Mussama – Time Limited. Masa terhad dan terbatas. Tak lama masanya, maka kene buat betul2. Rukuk dan Sujud sempurna bila mampu, nanti bila dah tak boleh. Kalau faham ini, dia akan sempurnakan ibadah dan khalifahnya. Akan guna kuasa sebaiknya, sebab tidak lama. Gunakan kuasa untuk menjadi khalifah. Manusia lupa dia hanya ada masa tertentu yang akan habis. Kita akan selalu ALERT/WASPADA. Jadi guna masa sekarang. HARI INI, SAAT INI.

Manusia tak rasa dunia ini sekejap, dia anggap dunia ini selamanya, ikutkan nafsu berterusan dan terlupa. Orang yang khusyuk, ingat yang dia akan jumpa ALLAH.

Adduniya ‘Li QaUllah’ – Hendak jumpa Allah dengan bekalan. Jangan kosong. Sedar diri. Jumap dengan siap sedia habis habisan. Allah adalah kekasih kita yang Maha Agung Maha Perkasa. Lepas je dari dunia, bila mati, roh dicabut, jumpa Allah dulu malaikat bawak naik dengan baik, kemudian kembali dalam jasad untuk disoal di dalam Alam Barzakh. Bila jumpa lama, DI syurga.
LIQA sekejap – ketika roh dicabut
LIQA lama dan gerun -di padang Mahsyar di mahkamah Allah
LIQA gembira dan bahagia – di Syurga Allah

Banyak manusia abaikan pertemuan dengan Allah, mereka lupa. Dia tak percaya. Orang yang beriman akan yakin dan bersedia awal2. Dunia adalah tempat untuk sediakan bekalan untuk jumpa Allah. Dunia adalah tempat persinggahan untuk cari bekal untuk jumpa Allah. Nak selamat, jadikan hari2 didunia untuk siap siaga untuk jumpa Allah.




Surah Faathir, 35:5-6, Ayat 3 Buku EK, Ms22




‘Wa’dullah hi Haqqun’
Janji Allah benar. Selepas dunia, Allah akan sediakan segala, tak payah cari dan usaha. PERCAYALAH !!!! Janji Allah BENAR. Orang yang beriman percaya. DAN dia akan usahakan.
Jangan tertipu oleh dunia. Dan sekali-kali janganlah tertipu dengan syaitan. Yang suka bagi ktia lupa dengan janji Allah. Syaitan adalah MUSUH (Aduwon) KITA, ambil sikap bermusuhan bukan berkawan-kawan. Jauhkan diri.

Kerja syaitan ialah, dia suka JV dengan kita, pada setiap hal dia nak join, makan, tidor, Solat, berusaha. Ishtihar PERANG dengan musuh. Bisikan2 contoh, bila nak buat baik, ckp tak payah buat… LAWAN, saya kene buat SEGERA. Bila ada bisikan tak baik, hati ckp jangan buat, musuh kata buatlah, apa lagi. AJAKAN untuk buat yang tak baik, LAWAN.

Syaitan tak berhenti tahap tu, itu first step, bisikan2 / was2 yang bertentangan dengan niat baik. Kalau nak elok, cantas cepat step pertama
Benda baik buat cepat. Kalau benda tak elok, terus ganti dengan kebaikkan.

Perangkap2 Syaitan – Talbis (Belitan) Iblis. Step sampai kemati. Allah dan Nabi dah bongkarkan step2 ni. Tapi kita tak baca tak buat. Dia hanya nak kita masuk kumpulan dia, iaitu jadi ahli NERAKA.

Selalu bersedia untuk JUMPA Allah. Apapun kita buat, untuk jumpa Allah.

Summary
1.     Dunia menipukan
2.     Tujuan kita adalah HAQQ/Benar
3.     Time tertentu sahaja
4.     Janji Allah benar
5.     Kita digoda syaitan








Tuesday, 13 November 2018

EK MAQDS K31 7.11.18 B3 KEHIDUPAN DUNIA I. KENYATAAN & GAMBARAN KEHIDUPAN DUNIA MS21

Erti Kehidupan Menurut Al Quran & As Sunnah (Kelas 31)
(Rabu, 7.11.2018) 
Erti Kehidupan (EK) Menurut Al Quran dan As Sunnah 

BAB 3 – KEHIDUPAN DUNIA
i-KENYATAAN & GAMBARAN KEHIDUPAN DUNIA

Al Quran dengan jelas menerangkan tahap kehidupan kita dengan jelas. Kehidupan dunia dan akhirat. Orang Islam yang jelas, tiada ragu. Apabila memahami perjalanan hidup sebagai manusia, kita dapat jangkakan apa yang berlaku selanjutnya. Tiada yang samar2. Kehidupan jelas berpandukan Al Quran dan Sunnah. Sebab kita tahu, kita sedia awal2.

Bukan untuk ditakuti (kematian) tapi dipersiapkan

Kita masuk syurga bukan kerana amal kita, kita masuk syurga hanya dengan rahmat dan kasih sayang Allah. Kita beramal soleh untuk mendapatkan kasih sayang rahmat Allah.
Jangan harapkan amalan kita yang penuh cacat cela melayakkan kita ke syurga yang sempurna. Memang tidak akan layak. Quality amalan versus quality. AMalan yang disukai oleh Allah.

8 Orang yang disukai oleh Allah:

1.Al Baqarah, Ayat 195 – Amalan dengan Ehsan

Target Amal – usahakan amalan ehsan. Itqan, mengamalkannya dengan teliti. Buat dengan cara baik kemas dan teliti

Ehsan – berhubung dengan Allah – amalan solat contohnya dengan paling baik dan teliti
** Ehsan dengan Allah iaitu menyembah Allah seolah-olah melihatnya.

Ehsan – berhubungan dengan Mahluk/Manusia – pun sama, teliti, jangan cincai pulak. Ramai silap disini, dengan manusia tak ehsan, tak teliti dan tak terbaik kerana anggap ehsan dengan Allah sahaja

2. Al Imran, Ayat 76 – amalan ada unsur takwa


-Takwa – prenvention, tindakan berjaga-jaga, berhati-hati. Orang yang selalu mengambil tindakan preventive dan proactive. Buat sesuatu dengan jelas. Atas asas ilmu yang jelas

3. Al Maidah, Ayat 42- amal yang berlaku ADIL – bukan taksub, fanatic, bias

a.     Berlaku adil pada diri (Roh (Khusyuk, munajat, mengingati Allah), Jasad, Akal, Nafsu, Hati- Jangan zalim terhadap salah satunya, usahakan untuk berlaku adil. Bagi hak kepada semua.*Kawan2 pun ada haknya. Juga orang lain

B Berlaku adil pada orang lain

4 & 5. Surah Al Baqarah, Ayat 222 – Cepat dan sering bertaubat dan membersihkan diri

Cepat dan selalu bertaubat (cepat mengakui kesalahan), tidak tunda2. Ada orang Allah sayang kerana buat salah dan cepat bertaubat.

Orang yang suka membersihkan dirinya ( Mutatahirrin), dia tak kotor, tapi sentiasa cara usaha untuk bersihkan hati. Walaupun tak bersalah, suka bertaubat dan beristighfar. Cari perkara yang boleh membersihkan diri.

***Utamanya ialah meninggal dosa/larangan/jadi kotor.Itu focus.

6. Surah Ali Imran, Ayat 146- Amalan yang disaluti dengan kesabaran,

Tak terburu buru, tenang. Masa solat dengan penuh sabar. Sabar dengan segala usaha/hal.
Tahap sabar 1 – Sabar menghadapi perkara yang dilarang/dimurkai oleh Allah. Menahan diri
Tahap sabar 2 – Sabar dalam membuat /melakukan kebaikkan – solat, zakat,
Tahap sabar 3 – Sabar dalam menghadapi musibah
Kalau 1 dan 2 dah elok dan betul. Tahap sabar 3 jadi senang. Musibah jadi ringan
Tahap sabar 4 – Sabar dalam medan peperangan , melawan musuh

Focus dengan amal yang disukai oleh Allah. Jangan banyak2 nak buat, nanti letih. Tak terkesan

7. Surah Ali Imran, Ayat 159. – Orang yang bertawakal dengan Allah, mengantungkan diri dan usahanya itu kepada Allah. 

Allah sangat suka. Tandanya, selalu mengadu pada Allah. Nama Allah As-Samat (tempat bergantung).

8. Surah Saff, Ayat 4 – Allah suka orang yang berusaha menyatupadukan (saff) bukan memporak porandakan. 
Bagaimana boleh bekerjasama. Bersatu padu dengan baik. Kemahiran bekerjasama.

Amal kita tak boleh melepaskan diri kita dari api neraka.

**************************************************************************
Nabi, shallalahu ‘alayhi wassalam, bersabda:

Tidak ada amalam seorangpun yang boleh memasukkannya  ke dalam syurga

“Tidak ada amalan seorangpun yang boleh memasukkannya ke dalam syurga, dan menyelamatkan  dari neraka.  Tidak juga denganku, kecuali dengan rahmat dari Allah” (HR. Muslim no. 2817).

Maksudnya adalah seorang tidak boleh membayar nilai syurga Allah dengan amal perbuatannya, kerana amalannya penuh dengan cacat, sementara syurga Allah terlalu sempurna untuk menjadi balasannya. Adapun  penafian sebab masuk syurga kerana amal pada hadit, bermakna dalam perkara balasan yang setimpal. Hanya dengan rahmat Allah saja seorang boleh tinggal di syurga-Nya. Allah menetapkan segala sesuatu dengan sebab dan akibat . Dalam hal ini, Allah 'azzawajjala menjadikan sebab mendapatkan rahmat-Nya ialah dengan amal soleh.

Ketamakan anak Adam.
"Andai anak Adam diberi emas satu lembah, ia ingin mendapat dua lembah. Tidak ada yang dapat membungkam mulutnya selain tanah, dan Allah mengabulkan tuabat hamba-Nya yang bertaubat". (HR. Bukhari-Muslim)- (HR Bukhari 6439 dan Muslim 1048)

Tamak ada 2 jenis
Tercela – tamak pada dunia dan seluruh isinya, harta anak kedudukan
Terpuji – khusyuk, syukur, sabar, takwa, tawakkal

Orang yang disegerakan nikmat dunia
Dalam kesempatan yang sama, Umar ibnul Khaththab radhiyallahu 'anhu berkata pada nabinya:
"Mohon engkau wahai Rasulullah berdoa kepada Allah agar Allah memberikan kelapangan hidup bagi umatmu. Sungguh Allah telah melapangkan  (memberi kemegahan) kepada Persia dan Romawi, padahal mereka tidak beribadah kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala. Rasulullah meluruskan duduknya, kemudian berkata, " Apakah engkau dalam keraguan, wahai putra A-Khaththab? Mereka itu adalah orang-orang yang disegerakan kesenangan (kenikmatan hidup/rezeki yang baik-baik) mereka di dalam kehidupan dunia.? (HR. Al Bukhari no. 2468/5191)

Orang Kafir yang baik dan teliti  99 (balasan didunia/(kebaikkan yang disegerakan): 1 (neraka yang lebih ringan) – meringankan dari azab , bukan keluar dari azab
Orang Kafir yang buat buruk 1: 99
TERBALIK
Orang Mukmin yang Baik : Dunia 1% : Akhirat 99%
Orang Mukmin yang Buruk :                : Akhirat 0%
Fokus on prevention, kalau buat jugak, delete, taubat.