Notes:
Tadabbur Al-Quran Bersama Ustaz Dr
Firdaus Sulaiman – Program Ramadhan Abqaf
Tadabbur Surah Al Fath, Surah 48, ms511
Khamis, 31.5.2018, 15 Ramadhan 1439H –
KELAS 9
Puji
Syukur atas berbagai rahmat and kurnian Allah. Alhamdulillah kita dipanjangkan
umur untuk memasuki bulan Ramadhan tahun ini sehingga ke hari ini. Moga
diberi Inarah untuk menyempurnakan ibadah pada bulan Ramadhan. Selawat dan
Salam kepada junjungan kita Nabi Muhammad SAW. Moga Allah memberkati majlis
ilmu kita dan merahmati kita dan mengurniakan ilmu yang bermanfaat kepada kita.
Bacaan
Ayat dan tafsir ayat ke 8 hingga ke 11
Surah
Fath, Ayat 8
Sesungguhnya,
Kami mengutus engkau Muhamammad sebagai saksi, pembawa berita gembira dan
pemberi ingatan.
Nabi
sebagai saksi, penyampai berita gembira dan peringatan
Setelah
Nabi tiada, tugas menyampaikan dakwah islamiah (penyampai peringatan dan berita
gembira) -usaha ini adalah tanggungjawab KITA. Kita sebagai saksi pada agama
Allah
Surah Al Ma’arij,
ms569, ayat 19-35
Sesungguhnya, manusia
diciptakan bersifat suka mengeluh
Apabila dia ditimpa
kesusahan dia berkeluh kesah
Dan apabila dia mendapat
kebaikan (harta) dia kikir
Kecuali orang yang
melaksanakan solat
MEreka yang tetap setia
melaksnakan solatnya
Dan orang yang dalam
hartanya disediakan bahagian tertentu
Bagi orang m iskin yang
meminta dan yang tidak memintanya.
Dan orang yang mempercayai
hari balasan
Dan orang yang takut
terhadap azab Tuhannya
Kerana sesungguhnya
terhadap azab Tuhan mereka, tidak ada seorang pun yang patut merasa aman
(daripada kedatangannya)
Dan orang yang memilhara
kemaluannya
Kecuali terhadap
isteri-ister mereka atau hamba sahaya yang mereka miliki, maka sesungguhnya
mereka tidak tercea.
Maka barang siapa mencari
diluar itu (zina, homoseks), mereka itulah orang yang melampau batas.
Dan
orang yang menjaga amanah dan janjinya
Dan
orang yang berpegang teguh pada kesaksiannya.
Dan orang yang memelihara
solat
Mereka itu dimuliakan didalam
syurga.
Cerita pasal manusia –
dicipta dalam keluh kesah, tidak tenang, bila tidak kembali pada Allah dan
petunjuk Allah. Insya Allah jika kembali, akan tenang. Bila kita laksana
agama…prinsip agama, bila ikut perintah, kita pasti akan bahagia. Agama ini
sesuai dengan tabiat/keadaan semulajadi manusia.
Didik diri dengan agama
untuk hilangkan keluh kesah. Tanda iman kuat, pada masa ujian adakah tenang dan
boleh kawal emosi.
Manusia bila dapat
kebaikkan, kalau tak beriman akan kaut segala untuk diri sendiri sahaja. Tidak
terdidik dengan iman. Kalau terdidik, bila dapat nikmat, akan ingat orang lain
dan akan berkongsi mengikut bahagian yang bersesuaian.
Semua perkara berkaitan
dengan agama akan mendidik kita, untuk lebih tenang dan kurang keluh kesah.
Orang yang solatnya tenang
dan damai – tidak terburu-buru. Solat cepat2 dengan solat tenang jauh bebeza. CUBALAH
- Mulakan dengan wuduk yang tenang dan sempurna. Dalam ingatan kepada Allah.Tenang
bila takbir dan bacaan dalam solat, sebijik-sebijik dan tidak teburu -buru.
Akan ambil masa 10 minit. Akan rasa seronok nak solat. Lebih lagi kalau baca
ayat hafazan. Beza lepas dan sebelum solat. Ini akan membuat aktiviti harian
lebih tenang dan teratur.
Surah Al-Ma’arij Ayat
32 dan 33
Dan orang yang memelihara
amanah dah janjinya
Dan orang yang berpegang
teguh pada kesaksiannya
Manusia banyak amanah –
iaitu segala perkara yang Allah kurniakan – anak, suami, harta dan lain2. Amanah
UTAMA yang perlu kita jaga/ingat – amanah diberi kebebasan memilih. Kalau jaga
ini, selamat akhirnya. Jaga pilihan elok-elok dari awal.
Melaksanakan tanggungjawab
sebagai saksi bagi umat islam. Kalau semua umat islam menjaga kesaksian, tak
perlu dakwah teruk2. Dakwah melalui kesaksian yang baik. Namun, pada zamai ini,
ada ketidak seimbangan. Bayangkan jika 100% umat islam tunjuk jati diri dan
kesaksian yang sebenarnya, dakwah lebih mudah.
Islam terhijab oleh orang
sikap dan amalan orang islam sendiri. Dalam reality, umat islam tak sama dengan
apa yang diajar oleh Agama. Kalau kita fahami prinsip syahadah/saksi kita akan
jaga diri kita betul-betul dari semua segi. Kerana kita menyambung tugas Nabi.
Dakwah terhalang, kerana akhlak orang islam sendiri lebih kurang atau lagi
teruk menyebabkan orang kafir tidak teruja untuk memasukki Islam
JADINYA, Mari kita
Bangkit/Bangunlah, sebagai Saksi yang baik.
Surah Ali Imran, ms63, ayat
102 ,103 dan 104
Wahai orang yang beriman!
Bertakwalah kepada Allah dengan sebenar-benar takwa kepadaNya; dan janganlah
sekali-kali kamu mati melainkan dalam keadaan beragama islam
Dan berpeganglah kamu
semuanya kepda agama Allah, dan janganlah kamu bercerai berai dan ingatlah akan
nikmat Allah kepadamu ketika kamu dahulu (masa jahiliyah) bermusuh-musuhan, lalu
Allah mempersatukan hatimu, sehingga dengan kurnianNya kamu menjadi bersaudara,
sedang ketika itukamu berada di tepi jurang neraka, lalu Allah menyelamatkan
kamu darinya. Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayatNya kepadamu agar kamu
mendapat petunjuk
Dan hendaklah ada diantara
kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang makruf
dan mencegah pada yang mungkar. Mereke itulah orang yang beruntung
Pegang agama Allah dan
jangan berpecah belah. Sibuklah dengan mengajak orang kepada kebaikkan
(berdakwah) bukan MENDAKWA. Prinsipnya, tarik hati orang, buat baik dulu,
lembutkan hati dia dengan kebaikkan. Jangan buat TEMBOK besar diantara kita
dengan dia. Sebab nanti bila cerita yang baik, hati dia sudah tertutup dengan
kata-kata kita.
Kebanyakkan kita
menceramah orang yang sudah sedia baik. Tapi macam mana dengan orang yang tak
baik/belum baik/dalam kemaksiatan? Dalam dakwah, perlu cara yang lebih fleksible yang dapat ‘cover’ orang yang
belum baik, jangan pandang orang secara zahirnya dan menghinanya kerana
dosanya. **Kisah orang mabuk solat Jemaah di masjid dan mati dalam sujud dia.
Kisah orang tinggalkan
solat 50 tahun. Kenapa? Kerana bila dia kecik, 5 tahun ada orang masjid herdik
dan lempang di masjid. Disebabkan itu dia tinggal solat…sehingga umur dia 60.
Sikap kita akan bawa orang
dekat atau jauh dari agama Allah?
LANDASAN dakwah kita ialah
untuk mengajak orang beriman kepada Allah. Dakwah RAbbaniyah – yang mengajak
orang untuk beriman, membesar dan mengagungkan Allah dan Rasul.
CARANYA ialah pendakwah perlu merendah diri kita, jangan sekali rasa besar diri. Akan gagal kalau tidak
merendahkan diri dan kita pelu tahan dengan ujian dan kejian. Sahabat nabi tak kisah
dihina asalkan Dakwah Ketuhanan mereka berjaya.
Surah Al Isra’, ms284,
ayat 24 dan 25
Dan rendahkanlah dirimu terhadap
mereka berdua dengan penuh kasih sayang dan ucapkanlah: Wahai Tuhanku!
Kasihanilah mereka berdua sebagaimana mereka telah mendidik aku di waktu kecil.
Tuhanmu lebih mengetahui
apa yang ada dalam hatimu, jika kamu orang yang baik, maka sesungguhnya Dia
Maha Pengampun bagi orang yang bertaubat.
Rendahkan sayap kehinaan
diri kamu – SANGKA BAIK.
Tundukkan diri kita dengan
ibu bapa kita. KUNCI BAHAGIA DAN AKHIRAT adalah pada ibu dan bapa. Kenapa perlu
menghinakan diri dengan ibu bapa SUPAYA menjalankan/melaksanakan arahan/perintah
ALLAH.
Menghubungkan silaturrahmi yang putus. Bukan hanya yang sudah baik sahaja. Cabaran yang besar, ialah
menyambungkan yang putus kerana perlu pengorbanan pada kita. Prinsipnya, demi
menjalankan perintah Allah kita sanggup dengan merendah/menghina diri.
Hadis Nabi
Siapa yang merendahkan
diri kerana melaksanakan perintah Allah, pasti Allah angkat dia.
TITIK BEZA AMALAN
Jika KERANA ALLAH – insya
Allah response positif, lambat laun akan dapat kebaikkan
Kita sambung tugas nabi bukan
untuk membesarkan diri kita tapi untuk membesarkan ALLAH dan membawa orang
kepada kebaikkan
Dakwah yang mengagungkan
Allah, mengenali Allah dan lain2.
No comments:
Post a Comment