Notes:
Tadabbur Al-Quran Bersama
Ustaz Dr Firdaus Sulaiman – Program Ramadhan Abqaf
Tadabbur Surah Al Fath,
Surah 48, ms511
Selasa, 22.5.2018, 6
Ramadhan 1439H – KELAS 2
Bacaan
Ayat dan tafsir ayat ke 1 hingga ke 6
Mari lihat pada diri kita.
Secara
mata kasar kita rugi atau kalah. Apabila kita terima kekalahan sebgai ketentuan
Allah untuk terima perkara yang lebih baik – itu adalah satu kemenangan. Kita
sebagai individu perlu menilai dan muhasabah diri sentiasa.
Dalam
sejarah, Perjanjian Hudaibiyah adalah satu kemenangan. Apabila kita tinggalkan
sesuatu yang nampak jelas menguntungkan kita, akan tetapi Allah / nabi suruh
kita tinggalkan, maka kita kene segera tinggalkan dan ini adalah satu
KEMENANGAN
Dengan
menuruh perintah Allah dan Rasul walaupun rasa berat dan mungkin secara kasar
merugikan kita, Allah pasti akan beri gantian yang lebih baik.
‘Fathah’
– ayat yang infinite, no limit.
Kafarah
-pengampunan dosa (yang selalu dikaitkan dengan penyakit) – merangkumi SEGALA
yang datang dari Allah – segala yang Allah kurniakan ujian mahupun nikmat
adalah kafarah iaitu ada nilai kafarah
Yang
baik , nikmat – kita bersyukur dan makin taat – menjadi kafarah pengampunan dosa
Yang
tak baik/musibah – kita bersabar , tenang dan terus istiqamah – menjadi kafarah
pengampunan dosa
Dalam
dikurniakan kenikmatan, ianya juga boleh mendatangkan dosa sekiranya kita kufur
atau lalai dengan nikmat itu. Dalam kita diberi musibah/ujian, ianya juga boleh
mendatangkan dosa sekiranya kita benci/tak redha/menyoal takdir .
Surah
An Nasr – Ayat 1- 3
“Apabila
telah datang pertolongan Allah dan kemenangan, dan kamu lihat manusia masuk
agama Allah dengan berbondong bondong, maka bertasbihlah dengan memuji Tuhanmu
dan pohonlah ampun kepadanya. Sesungguhnya dia adalah Maha penerima Taubat”
Response
kepada kejayaan: Pengajaran di sini adalah kita perlu ingat Allah yang memberi kejayaan
dan nikmat dan perlu memohon ampun atas kesalahan kita.
Surah
Al Baqarah, 155,156,157
“
Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit
perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan
berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan
berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar: (Iaitu) orang-orang yang
apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata:
"Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami
kembali." Mereka itu ialah orang-orang yang dilimpahi dengan
berbagai-bagai kebaikan dari Tuhan mereka serta rahmatNya; dan mereka itulah
orang-orang yang dapat petunjuk hidayahNya.
Response
kepada kesusahan/kelaparan/kekurangan harta .
Sihat
keseluruhan maksudnya adalah ‘balance’, tidak noleh lebih dan tidak boleh
kurang.
Surah
48, Al Fath Ayat 3
Dan dengan
sebabnya Allah memberikanmu pertolongan (untuk mencapai kejayaan) dengan
sepunuh-penuh dan sehandal-handal pertolongan (yang tidak ada bandingannya).
Pertolongan
Allah datang dalam pelbagai bentuk
1.Kita
perlukan hidayah/petunjuk
2.
Takyid – Sokongan : kawan ikut sekali pergi majlis ilmu
3.
Nasrun – Pertolongan: Tak ada transport pergi majlis ilmu, kawan offer
tumpangkan
4.
Inayah (kekuatan diri sendiri) – perhatian Allah : Tiada kawan nak join tapi tetap
terus pergi buat juga
5. Ri-a-yah – perlindungan / penjagaan Allah : Contoh kita plan nak khatam 30 juzuk
Al Quran dalam bulan Ramadhan, Allah akan lindungi kata supaya kita dapat capai
matlamat kita
Surah48,
Al Fath Ayat 4
(Tuhan yang
membuka jalan kemenangan itu) Dia lah yang menurunkan semangat tenang tenteram
ke dalam hati orang-orang yang beriman (semasa mereka meradang terhadap angkara
musuh) supaya mereka bertambah iman dan yakin beserta dengan iman dan keyakinan
mereka yang sedia ada; pada hal Allah menguasai tentera langit dan bumi (untuk
menolong mereka); dan Allah adalah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.
Response dengan cara yang betul akan dikurniakan dengan hati yang sakinah/tenang
Sakinah
– bermaksud, walapun dalam keadaan sibuk/aktif , hati tetap tenang dan ada
ketenangan jiwa. Kenapa? Kerana ada tali
yang sentiasa berhubung dengan Allah
Hati
Sakinah – Hati yang focus dan tidak berbolak balik. Tetap dan teguh.
Kesan
Sakinah – Akan menambahkan iman yang sedia ada, bertambah lagi keimanan dalam diri
seseorang itu.
Ketika kita menerima satu kejayaan , kita kene ada KEYAKINAN Allah yang memberi kejayaan itu dan perlu bersyukur dan kita kena yakin jika kita buat sesuatu yang lain, Allah akan beri kejayaan, kerana Allahlah yang mengurniakan rezeki dan kejayaan dan bukan hanya disebabkan oleh usaha manusia.
Surah48,
Al Fath, Ayat5
(Allah
melakukan yang demikian) supaya ia memasukkan orang-orang yang beriman - lelaki
dan perempuan - ke dalam Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai;
dengan keadaan kekal mereka di dalamnya, serta menghapuskan dosa-dosa mereka;
dan adalah yang demikian itu pada sisi Allah merupakan kejayaan yang besar
(untuk mereka);
Kita
sentiasa perlu syabar dan syukur pada setiap keadaan
Dalam
keadaan kita susah kita perlu mengingati ‘Hari Hari Allah’ . Iaitu hari2 sebelum
ini yang kita dalam keadaan susah/perit dan kita dapat pertolongan dan bantuan
Allah.
Kita
perlu yakin yang kita pernah melalui pelbagai kesusahan dan Allah telah bantu
keluar dari kesusahan itu dan yakin Allah akan tolong keluarkan kita dari
kesusahan kini atau yang akan datang.
Orang
yang beriman tidak akan merasakan ‘ LOST’ dalam kehidupannya kerana hatinya
sentiasa berpaut pada Allah dengan tali yang teguh.
Kejayaan
menambahkan keimanan apabila
1.Bersyukur
atas kejayaan
2.
Yakin bahawa Allah yang berikan kejayaan
itu tepat pada masa yang perlu
3.
Yakin yang Allah akan bantu pada masa akan datang
-Kejayaan
bukan sebab diri sendiri , tetapi sebab bantuan dan pertolongan Allah.
Kenapa
kita rasa tenang, confident dan yakin ? Kerana kita tahu dan yakin Allah ada
bala tentera di langit dan bumi untuk menolong kita dalam setiap situasi.
No comments:
Post a Comment