Thursday, 18 April 2019

EK MAQDS K50 17.4.19 B4 KEMATIAN: BATASAN ANTARA KEHIDUPAN DUNIA DAN AKHIRAT - Pengakhiran Kepada Kehidupan Dunia MS35

Erti Kehidupan Mengikut Al Quran dan Sunnah 17.4.19 Kelas 50.
Bab 4 - Kematian : Batasan antara kehidupan Dunia dan Akhirat
Pengakhiran kpd Kehidupan Dunia - Ms 35 Buku Erti Kehidupan.
Mati - sesuatu yg kita semua akan lalui selepas hidup didunia berakhir
Mati -
******
Al Mautun - 1. sakana - tinggal/ tenang 2.nama- tidor , 3. baliya- punah/musnah/binasa/usang/hancur
Al Wafatan -  wafa - sempurna, tunai, tepat
Bagi orang yg beriman..mati bukan masalah baginya..dia seperti tidur dan berehat. Hanya jasad yang binasa. Roh tidak binasa dan kekal. Roh ditarik Allah dan duduk dengan dia untuk rehat...sampai hari kebangkitan...mereka tersedar dan sebab mereka beriman dgn hari akhirat...mereka berseri seri sebab mereka memang tunggu hari akhirat utk bertemu Tuhan..makin dekat lah destinasi nak jumpa Tuhan.
Wafat...maksud sempurnalah apa yang telah ditakdirkan untuknya didunia. Semua yg ditulis lauh Mahfuz. Allah dah tetapkan dan tunaikan. Tepatlah ketentuan Allah. Mati dalam keadaan yg telah ditentukan oleh Allah.
Kematian bukan penyudah kehidupan kita. Ian hanyalah batasan antara kehidupan dunia dan akhirat
Alam Roh ## Alam Rahim ## Alam Dunia ## Alam Barzakh## Alam Akhirat
Mati hanyalah pemisah/batas. Titik pemisah dengan dunia.
Hakikat kehidupan adalah pada alam roh dan alam akhirat.
Surah Ali Imran 3:185
***********************
Tiap tiap yang berjiwa/nafsiin* akan merasakan mati. Dan sesungguhnya pada hari kiamat sajalah disempurnaksm pahalamu. Barangsiapa dijauhkan dari neraka dan dimasukkan kedalam syurga, maka sungguh ia telah beruntung. Kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdayakan
Zaiqqah** jumlah ismiah..ini adalah kenyataan yg sgt kuat.
Manusia binatang jin malaikat pokok dll
Masa hidup setiap ada yang panjang dan ada yang pendek. Manusia lebih pendek. Jin lebih lama...300 ke 700 tahun. Jin Qarin diislamkan oleh Nabi...
Hanya nafsu yg tenang boleh menundukkan Qarin.
Manusia biasa kebanyakkannya qarin akan cuba mengagalkan kita.
Balasan amalan hanya akan sempurna bila sampai akhirat.
Orang beriman buat baik di dunia...didunia dapat 1% balasan dia...dan di akhirat dapat 99%. Mestilah kita tunggu yang 99% di akhirat.
Orang beriman tak pandang dunia..sebab nak target 99% di akhirah. Kebaikkan pasti dibalas. Didunia balasan tak sempurna. Yang sempurna hanya di akhirat.
Barangsiapa yg dimasukkan dalam syurga dan dijauhkan dari neraka....dia telah beruntung. Itulah hakikat kesempurnaan.
Orang beriman dia bawah naungan Allah di padang mashyar...dia rasa lapang..
Tapi lengkap hanya bila masuk syurga.
Bila dah mati baru lah kita yakin dunia ini memperdayakan..
Jangan harap mati...harapkan pertemuan dgn Allah dan mengharap kehidupan lebih baik. Al Kahfi , 110...
Kita nak doa dan mintak/harap bertemu dgn Allah..
Tandanya
1. Banyak amal soleh/beribadah
2. Hindarkan segala bentuk syirik
Orang beriman yakin Akhirat Pasti..Dunia yg dia rasa tak pasti
Kita tidak harap kematian tapi mengharap pertemuan dgn Allah.
Surah Al An An'am 6:60
**************************
Dan Dialah yang menidurkan kamu di malam hari dan Dia mengetahui apa yang kamu kerjakan di siang hari, kemudian Dia membangunkan kamu pada siang hari untuk disempurnakan umur (mu) yang telah ditentukan, kemudian kepada Allah-lah kamu kembali, lalu Dia memberitahukan kepadamu apa yang dahulu kamu kerjakan.
Allah tahu perbuatan buruk yg kamu lakukan pada siang hari yang mencederakan diri kita sendiri.
*jarahtum*
Sempurna rezeki haritu bila berjaya tidur.
Bila bangun siang hari...ianya untuk menyempurnakan umur kamu...maknanya ajal kita belum sampai. Peruntukan belum habis..ada lagi umur untuk disempurnakan.
Ajal
A. Yuqda - batas waktu umur diberitahu kepada malaikat.
B. Mussamma - exactly time ajal, Malaikat pun tak tahu. Sudah ditetapkan oleh Allah.
Bila kita dibangunkan dari tidor...maknanya Allah suruh kita tambahkan amal soleh.
Bila mati, Rezeki dan Amalan sudah sempurna dan berakhir.
Padang Mahsyar akan menunjukkan apa yang berlaku didunia.
Surah An Nahl, 16:61
**********************
Jikalau Allah menghukum manusia kerana kezalimanya, nescaya tidak akan ditinggalkanNya di muka bumi sesuatupun dari makhluk yang melata, tetapi Allah menangguhkan mereka sampai kepada waktu yang ditentukan. Maka apabila telah tiba waktunya yg ditentutkan bagi mereka, tidaklah mereka dapat mengundurkannya barang sesaatpun dan tidak pula mendahulukannya.
Jangan pandang kejahatan orang lain..sebagai yang akan membawakan kepada kebinasan dirinya. Kerana Allah bagi peluang untuk dia bertaubat
Orang tka mati sebabkan kezaliman diri sendiri tapi mati bila dah sampai ajal mussama.

EK MAQDS 10.4.19 K49 B3 KEHIDUPAN DUNIA 8. DUNIA LAKSANA FATAMORGANA MS34

DUNIA LAKSANA FATAMORGANA

Gambaran dunia pun dapat diumpamakan sebagai kisah bunga. Kehidupan dunia ini terlihat begitu indah menawan di mata siapa saja yang melihat dan memandangnya. Takhta, jawatan, wanita, keturunan, harta-benda, dan lain-lain. Demikianlah Allah menguji hamba-hamba-Nya agar dapat terlihat mana di antara mereka yang benar-benar jujur dan taat mematuhi segala perintah-Nya, dan mana di antara mereka yang terburu-buru ingin menikmati keindahan di sini dengan melanggar perintah larangan-Nya.

Manusia, ada yang silau dengan kehidupan dunia, mereka mengerahkan semua usaha dan kekuatannya untuk meraih kejayaan untuk tujuan kehidupan dunia saja. Mereka menghalalkan segala cara untuk mendapatkan apa yang mereka inginkan di dunia ini. Mereka tidak peduli dengan kehidupan akhirat, yang penting semua keinginan mereka dipenuhi. Mereka sudah menjadi hamba hawa nafsu untuk memenuhi semua hasrat dan keinginannya. Dunia dan segala isinya memang diperuntukkan untuk manusia. Namun perlulah kita untuk berhati-hati, jangan lalai dan terlena dengan keindahan dunia, boleh jadi membuat kita lupa diri.

Allah SWT menjelaskan beberapa hal tentang kehidupan dunia ini antara lain
Kehidupan dunia hanyalah permainan dan senda gurau, perhiasan dan bermegah megah serta berlumba banyak tentang harta dan anak-anak
Perumpamaan kehidupan dunia seperti tanam-tanaman yang tubuh subur menghijau kemudian menjadi kuning, layu dan hancur. Dari tiada kembali menjadi tiada.
Kehidupan yang abadi adalah kehidupan akhirat, di sana ampunan dan keredhaan Allah dan ada pula azab yang pedih bagi para pembangkang yang tidak percaya pada Allah.
Kehidupan dunia ini adalah kehidupan yang penuh kepalsuan dan tipu-helah, berhati-hati dan waspadalah menghadapinya.
Kehidupan dunia ini hanya sekejap.
Kehidupan dunia adalah untuk peribadatan kepada Allah SWT

Al-Mustaurid bin Syaddad radhiyallahu ‘anhu berkata, “Rasulullah SAW bersabda: “ Tidaklah dunia bila dibandingkan dengan akhirat kecuali hanya seperti salah seorang dari kalian memasukkan sebuah jarinya ke dalam lautan. Maka hendaklah ia melihat apa yang dibawa oleh jari tersebut ketika diangkat?”
(HR Muslim no.2858)

 [Al-Imam An-Nawawi rahimahullahu ‘anhu menerangkan, “Makna hadith di atas adalah pendeknya masa dunia dan fananya kelazatannya bila dibandingkan dengan kekalan akhirat berikut kelazatan dan kenikmatannya, tidak lain kecuali dengan air yang menempel di jari bila dibandingkan dengan air yang masih tersisa di lautan.” 
(Al-Minhaj, 17/90)]

Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya dunia ini indah dan mempersonakan, dan sesungguhnya allah menyerahkan dunia ini kepada kamu sekalian dan Allah akan melihat bagaimana kamu melaksanakannya. Maka takutlah (berhati-hati) kamu sekalian dalam masalah dunia, dan takutlah (berhati-hatilah) kamu sekalian terhadap wanita. Dan sesungguhnya fitnah pertama kepada bani Israel adalah wanita” 
(HR Muslim)

Aku takutkan kamu akan berebut-rebut khazanah dunia ini
Daripada ‘Uqbah bin ‘Amir radiallahu ‘anhu bahawa Rasulullah SAW telah pergi ke Uhud lalu melaksanakan solat jenazah ke atas ahli Uhud kemudian baginda pulang dan naik ke Mimbar seraya bersabda: “Sesungguhnya aku akan pergi sebelum kamu dan aku akan menjadi saksi ke atas kamu dan demi Allah aku sedang melihat telagaku sekarang ini dan aku telah diberikan kunci khazanah dunia; demi Allah, aku tidak takut kamu menjadi kembali syirik selepasku, namun apa yang aku takutkan kamu akan berebut-rebut khazanah dunia ini” 
(HR Al-Bukhari)

Wednesday, 10 April 2019

EK MAQDS K49 10.4.19 B3 KEHIDUPAN DUNIA 7. ISTIDRAJ MS33

Kelas Taddabur Al Quran
Erti Kehidupan Mengikut Al Quran dan Sunnah. 10.4.19

Vi.) Istidraj
Bila hidup tidak digunakan dlm jalan  ketaataan kepada Allah, secara umumnya dipanggil Istidraj. Jauh dari Allah. Jauh dari ketenangan. Akan menyesal kalau sempat menyesal didunia.

*****************************
Vii). Dunia laksana Fatamorgana, Pg 34
Cthnya nampak mcm air/air terjun dari jauh. Tapi sebenarnya tiada.
Ketika hidup kita nak kejar dunia...namun kita tak akan dpt apa2.
Mirage/Fatamorgana tidak menyasarkan kita daripada destinasi dan matlamat asal kita. Rugilah orang yang mencari fatamorgana.
Tengah perjalanan kita utk sampai negara akhirat...kita akan lalui dunia fatamorgana. Jangan fokus dunia..bila fokus..dunia akan lari pergi dgn laju....
Gambaran dunia boleh digambarkan dgn kecantikkan bunga
Secara asal dan lumrah...kita suka dunia....bila belum dpt..mesti ingin. Wbgmpn lambat laun kita akan hilang keinginan. Dah nampak tak elok.
Jawatan duit wanita harta dll diminati...dijadikan bahan ujian Allah..dimana yg jujur dan mana yg terburu buru dan lalai.
Nikmat adalah amanah. Amanah yang akan dipertanggungjawabkan. Cth harta...kita kejar2. Bila dpt..mcm mana kita gunakan?. Setiap apa yang kita ada dengan kita.
Allah uji dgn apa yang kita ada yg dia telah dikurniakan. Cthnya suami anak..harta pangkat...dengan yg kita tak ada..Allah tidak akan tanya apa yg kita tak ada.
Manusia ada yg silau dgn kehidupan dunia..blinded by the bling2. Bukan buta...antara nampak tak nampak..
Manusia kejar mirage n fantamorgana....sampai menghalalkan segala cara utk dpt keinginannya. Tidak peduli dgn akhirat. Lupa halal dan haram. Lupa batasan2. Menjadi hamba hawa nafsu. Dunia dan segala isinya memang utk manusia...boleh usaha utk dunia..tapi jangan semata mata utk dunia. Kita cari dunia  utk mendapatkan kejayaaa  akhirat. Cari harta boleh..untuk akhirat. Kalau tiada org islam yg kaya..mcm.mana nak buat sekolah madrasah. Jangan anti kekayaan. Jangan dunia tunggang kita....kita tungang dunia. Kalau tiada orang memacu ekonomi dan perniagaan islam..mcm mana nak bantu umat islam
Di akhirat semua akan sampai...tapi masuk syurga ke neraka.
Ramadhan dah nak dekat?.
Niat Umum
************
sebelum masuk ramadhan
Perbaharui niat tiap2 kali..dan doa
Niat - Bila Masuk Ramadhan
Ketika nak buat
Berniat utk sebulan penuh
Lagi baik...bila kita sedar dan sentiasa ingat niat sebenarnya dan doa. Kadang bila sebok...lupa nak niat.
Dunia ini untuk manusia dan khususnya untuk orang beriman...dia kene ambil dunia dan guna dalam hal yang baik. Orang kafir tidak layak sebenarnya dengan dunia.
Surah Al Araf, ms165, ayat 128
*****************************
Musa berkata kepada kaumnya: Mohonlah pertolongan kepada Allah dan bersabarlah. Sesungguhnya bumi ini milik Allah, diwariskanNya kepada sesiapa sahaja yang dikehendakiNya daripada hamba hambaNya. Dan kesudahan yang baik adalah bagi orang yang betakwa.
Kita silap bila memisahkan amal dunia dan amal akhirat. Ingat amal akhirat..solat sahaja. Salah. Mencari rezeki dan berniaga utk beri manfaat kpd org lain...itu adalah amalan akhirat.
Bila keliru...kita mula resah..kita ingat kita berniaga kerja duniawi...bukan tak semestinya. Berlaku salah faham..jadi was2. Tgk org kafir maju kaya...marah..salahkan sini sana..
Tiada amalan pure dunia dan pure akhirat. Boleh ubah mengikut niat. Cthnya ustaz bawa orang pergi umrah. Jangan ingat utk duit..usaha bawa org kejalan yang lebih baik.
Carilah kurnian Allah...tapia jangan sampai leka lalai dan terlena.
Tanda orang terlalai...bila dia lupa tunaikan yang wajib dan fardhu. Solat, puasa zakat..membimbing isteri dan anak.
Kesimpulan
**************
1. Dunia adalah senda gurau dan bermegah megahan
2. Dunia spt tanaman yg hijau..sampai kuning layu
3. Kehidupan abadi adalah negara akhirat
4. Kehidupan dunia penuh kepalsuan dan tipu helah. Tiada yg betul2 nikmat dan lazat . Berhati dan waspada
5. Dunia hanyalah sekejap..sekelip mata. DUNIA sekejap 1 atau 1/2 hari masa di akhirat.
6. Dunia adalah utk beribadat kepada Allah sepenuhnya. Penghambaan
7. Dunia bagi meletakkan jadi dalam lautan yg luas...air yg melekat itu umpama nikmat dunia. Lautan pula nikmat akhirat. Manusia mengejar air yg sedikit bukan lautan yg luas.
Orang mukmin bila buat sesuatu...dia nampak akhirat dan Allah.
Ehsan...didapati melalui amal praktikal dgn ujian dan ujian. Beramal seolah nampak Allah di depan. How to get it....go thru the process. Sampai tak boleh describe. Kalau Allah sayang pada kita..Allah akan beri laluan....ehsan.
Iman Nawawi mengenai hadis nabi.
************
Pendek,  fana,  sirna masa dunia....cepat hilang kelazatan....air yg menempal dijari compared to air di lautan. Akan jatuh balik. Walaupun tampung dgn tangan. Bila pegang mcm mana pun akan hilang dan musnah.
Air Lautan tak akan pernah habis.
Allah sayang dengan memberi ujian...agar terus taat....
Jangan berebut dunia dan harta sampai lalai...meninggalkan agama dan cintakan dunia. Ini yg dikhuatiri Nabi

Thursday, 4 April 2019

EK MAQDS 3.4.19 K47 B3 KEHIDUPAN DUNIA 7. ISTIDRAJ MS33

Kelas Taddabur Al Quran
Erti Kehidupan Mengikut Al Quran dan Sunnah. 3.4.19
Vi.) Istidraj
Bila hidup tidak digunakan dlm jalan da  ketaataa  Allah, secara umumnya dipanggil Istidraj
Isridraj - dlm semua keadaan susah dan senang...org biasa bukan hanya kaya2.
Al Qalam, 68 : 44-45
**********************
Kelak akan Kami hukum mereka beransur ansur dari arah yang tidak mereka mengetahu. Dan aku memberi tangguh waktu kepada mereka. Sesungguhnya, rencanaKu sangat teguh.
Istidraj berasal dari perkataan darjah.
a. Satu Hukuman
b. Beransur ansur
c. Tidak disedari
d. Diberi penangguhan
e.  Zalim
f. Bergulimang dengan maksiat
g. Kemuncak...mati dalam kekafiran. Tiada nilai nikmat yg dia dapat di dunia.
h. Bertambah tambah dosa2 mereka...menjadi lebih hina..dan dashyat lagi seksa di akhirat.
Makin teruk tapi tak rasa/perasan
Menghala kepada kehancuran
Berada dalam kezaliman dan kemaksiatan terhadap Allah
Bahaya bila rasa takde apa2..bila lalai dan zalim. Semua sama je. Dia rasa tidak ada beza.
Tanda Allah sayang...bila buat silap sedikit pun..kita terus tersentap dan nampak kesan...rasa bersalah.
Fazarni..Biarkan AKU dgn orang orang yg mendustakan..
Laksanakan hukuman
Hukuman Allah guna *KAMI* menggunakan /melalui makhluk2 lain..bala tentera..angin ribut banjir manusia..sahabat... kerajaan Allah
Rencana ku sangat cermat dan matang dan teliti....
Biarlah susah diawal...asalkan senang kemudian. Dunia n akhirat.
Dalam bab apa sahaja dikira
Al Mukiminun ,23 :  55 - 56
*****************************
Apakah mereka mengira bahawa harta dan anak2 yang kami berikan kepada mereka itu (bererti bahawa, Kami bersegera memberikan kebaikkan2 kepada meraka? Tidak, sebenarnya meraka tidak sedar.
Di antara / Sebahagian Bentuk Istidraj
*****************
1. Imdad - Dilebihkan /dipanjangkan....cth harta  anak..pangkat..kemashyuran
Popular..
2. Nusariuu - Dipercepatkan
Israa* . Rezeki dan apa2 kebaikkan
Kadang2 Allah lambat
Jangan terlalu seronok bila dpt kebaikkan cepat
Jangan terlalu kecewa bila dapat kebaikkan lambat
Cepat dan lembat kita dapat sesuatu yg baik yg kita inginkan bukan petanda baiknya hubungan kita dgn Allah. Cth org kafir dll..Allah boleh cepatkan.
Tanda istidraj...org penuh maksiat dan dosa..tapi cepat diberikan kebaikkan
Selalunya orang itu tak perasan.
At Taubah 9 : 55
*****************
Maka janganlah harta benda dan anak2 mereka mempersonakan/menakjubkan/kagum/menarik hatimu. Sesungguhnya Allah menghendaki dengan memberi harta benda dan anak2 itu untuk menyeksa mereka dalam kehidupan di dunia dan kelak akan melayang nyawa mereka, sedang mereka dalam keadaan kafir.
Untuk mereka..anak dan harta yg baik mereka bawak derita..sengsara...takut...
tertekan...tak tenteram..tak tenang...susah hati....risau
Opposite is
Menenangkan.mententeramkan.....
Sakinah Mawaddah wa Rahmah...tgk anak sejuk mata memandang....spt hadiah dan anugerah...
Memudahkan....
Anak bukan jumpa mintak mcm2..tapi.depa bantu....bagi kesenangan pada kita
Rasa Qanaah....
Kalau kamu memilikki hati yg Qanaah..kamu dgn raja kaya..adalah sama
Qalbun Salim
Qanaah..Redha..Takwa..
Yang berusaha mujahadah melawan hawa nafsu di dunia untuk menyelematkan hati...terus dilakukan sampai jumpa Allah...Allah yang akan membersihkan hati.
Kita perlu doa dan minta Allah  tolong bersihkan hati kita..
Istidraj
Nikmat jadi Azab..
Bila mati dalam keadaan kafir...ini full istidraj
Jangan takjub dan bangga dengan harta dan anak2 orang. Itu bukan kayu ukur yg betul.
1. Taat
2. Baik hati
3. Usaha yang baik
Ali Imran 3:178
*****************
Dan janganlah sekali kali orang-orang kafir menyangka bahawa pemberian tanggug Kami kepada mereka adalah lebih baik bagi mereka. Sesunggugnya Kami memberi tangguh kepada mereka hanyalah supaya bertambah tambah dosa mereka; dan bagi mereka azab yang menghinakan.
Jangan jadi kekayaan kemuliaan kehormatan ...sbg kayu ukur...
Jangan jadi kejayaaan dan kekayaan dunia sebagai kayu ukur kejayaan.
Seorang Tabiin yg hebat terkenal keilmuwannya...dan ada anak perempuan yg cantik dan baik
Untuk setiap usaha dan keinginan
.Mula dengan syukur..usaha dan usaha...doa dan teruskan istiqamah. Redha hasil blh dtg didunia dan akhirat. Mati dalam kebaikkan. Jika dunia tak dpt banyak..di akhirat yg kekal berganda.
*************
Pada satu hari..khalifah/sultan.. nak pinang anaknya..tapi dia tak terima dan menikahkan dgn seorang muridnya yang tiada apa2....tabiin yg bagi anaknya dia pada murid dia...wahai tuan guru...saya tiada apa2...
Mak bapak murid cuba jugak buat kenduri...tapi tabiin ckp tak payah..dia lihat kebaikkan dan keimanan

Wednesday, 3 April 2019

EK MAQDS K47 10.4.19 B3 KEHIDUPAN DUNIA 6. KESALAHFAHAMAN TENTANG ANJURAN MENGUTAMAKAN AKHIRAT DARIPADA DUNIA MS32 27.3.19 (Kelas 47)


V- Salah Faham Mengutamakan Akhirat Dari Dunia

*******************************************

Hanya NIAT yang memisahkan antara agama dan aktiviti harian. We cannot pick and chooose when to be Islamic and when we can't. Rasulullah telah berkata bahawa antara fitnah akhir zaman ialah kita akan senang terpengaruh dengan idea-idea dan pandangan barat dan orang lain. Islam mengajar kita untuk berfikir about consequences and understand bahawa apa-apa yang kita ada semuanya amanah Allah yang mesti dipelihara. We must be aware of those who say that by staying true to Islamic principles means we are backwards - this is the Devil's deception. 'Lubang Biawak' adalah perumpamaan yang digunakan oleh Rasulullah bahawa tempat atau:
i. perbuatan yang tidak berguna itulah yang akan ditiru umat Islam (kerana biawak mencari lubang yang tidak diguna-gpuna untuk menjadi rumahnya).
ii. Salah satu sebab kenapa perumpamaan biawak digunakan ialah kerana sifat biawak yang suka menjelir lidah itu seperti manusia yang suka mencemuh, memperlekeh, menghina - dan itu juga sikap-sikap yang ditiru umat Islam zaman sekarang.

Di dalam al-Qur'an Allah tidsk pernah menyuruh kita berlumba mengejar dunia - yang diarah-arah ialah untuk bersegeralah kepada keampunan dari Rabb dan kepadaa syurga (Ali Imran, 3:133).

Then kenapa Allah SWT tidak jadi-jadi Islam a leader?
Setiap yang berlaku ada hikmah dan apa-apa yang berlaku adalah sebab diri kita sendiri. Zaman Nabi dahulu, Nabi tidak mengejar dunia dan kuasa tetapi baginda tetap berkuasa. But umat sekarang tidak bertindak untuk mengambil alih kepimpinan tersebut! Until when? Apa-apa yang kita buat niatnya adalah untuk akhirat  mesti disegerakan eg. solat, mencari ilmu, bersedekah... Dan apa-apa untuk dunia sahaja itu dikemudiankan.

Kemewahan hidup dunia:
Dalam Islam ada 3 perkara keperluan manusia:
1) Dhoruriyat (wajib)
    i.e. sesuatu yang mesti kita dapat, tanpanya kita mati eg. basic needs
2) Hajiyat (perlu)
    i.e. keperluan penting yang mana kalau tidak ada akan cacat/kurang  diri kita dari segi      agama/sosial eg. bekerja (you must work to earn money for basic needs)
3) Tahsiniyat 
    i.e. extra eg. rumah yang besar dan sebagainya.
Nabi membuat perumpamaan bahawa harta yang hanya disimpan, tidak digunakan fisabilillah akan memudharatkan.Harta mesti ada keberkatan untuk orang lain dan dengan niat kerana Allah SWT. Kekayaan dan harta tidak salah, cuma pastikan harta tersebut ada nilai keberkatan dan elemen akhirat di dalamnya.

    

EK MAQDS K46 20.3.19 B3 KEHIDUPAN DUNIA 6. KESALAHFAHAMAN TENTANG ANJURAN MENGUTAMAKAN AKHIRAT DRPD DUNIA MS31,32

20 Mac 2019
Kesalafahaman tentang anjuran mengutamakan akhirat daripada dunia
- fahami bahawa kita perlukan semua aktiviti yang kita buat ini mesti ada niat kerana Allah, kerana akhirat
- jadikan semuanya satu ibadah
contoh :
a. exercise pagi vs baca quran dan zikir lepas subuh
- exercise pagi bagus, perlu lakukan jika tiada masa lain yg boleh dilakukan. oleh itu, selepas subuh baca quran
sekejap dan terus exercise kerana Allah
- ini dikira sebagai ibadah, sama seperti layanan untuk suami dan anak2 kerana ini juga suruhan Allah
- jangan ada konflik perasaan!
b. kena keluar kerja pagi2 buta to beat the traffic vs baca quran dan zikir lepas subuh
- niatkan keluar untuk mencari rezeki untuk menyara keluarga, anak2, cari nafkah.
- jangan ada konflik dalam diri
- yang dilarang sebenarnya adalah lalai (contoh tgk tv sehingga lupa solat/solat akhir waktu/solat 2 in 1-zohor akhir
waktu plus asar)
- tanda orang tidak lalai
1. solat awal waktu
2. baca Quran walau sedikit
3. zikrullah 3 masa (pagi, petang, sebelum tidur)
- awas dengan talbis iblis di mana syaitan tidak akan memberi kita kepuasan dalam setiap aktiviti kita (tidak fokus
dan tidak khusyuk)
Cara Pembahagian Masa oleh Nabi Daud
1. masa bermunajat, ibadah specific untuk Allah
2. masa ibadah yang beliau perlu buat, seperti kerja untuk hidup, cari nafkah
3. masa bersosial bersama kawan2 dan keluarga, erat silaturrahim
4. masa untuk diri sendiri (cth rehat, tidur, exercise, 'me time')
- dilakukan setiap hari
- tak semestinya equally divided by 24 hrs
- kehidupan yang tenang adalah dengan good time management
Konsep Ubudiyyah (menyembah Allah)
- konsep yang komprehensif, dibimbing oleh wahyu, dilakukan dengan niat baik, menjadi bentuk ibadah meskipun
ini adalah urusan duniawi
- islam membuat kewajipan bahawa orang2 beriman menjadikan dunia sebagai amanah utk membangunkan peradaban islam
didasarkan pada tauhid, baik moral dan nilai2
- we must understand our roles and responsibilities in this world as decided by Allah and carry out our amanah
in the correct way
Surah Al Isra Ayat 19
وَمَنْ أَرَادَ الآخِرَةَ وَسَعَى لَهَا سَعْيَهَا وَهُوَ مُؤْمِنٌ فَأُولَئِكَ كَانَ سَعْيُهُمْ مَشْكُورًا
Dan barang siapa yang menghendaki kehidupan akhirat dan berusaha ke arah itu dengan sungguh-sungguh,
sedangkan ia adalah mukmin, maka mereka itu adalah orang-orang yang usahanya dibalasi dengan baik.
- Allah akan menghargai dan membalas dengan ganjaran yang baik
- dunia ini untuk orang2 yang beriman yakni mengikut syariah Islam (5 pillars of syariah)
1. jaga agama
2. jaga nyawa
3. jaga harta
4. jaga maruah
5. jaga akal
- kehidupan muslim mesti dalam penyerahan total (total submission) kepada kehendak Allah
- dalam Islam tidak ada pembatalan hidup iaitu seperti hidup ini untuk akhirat saja, tiada dunia, vice versa
- kedua2nya seimbang, berjalan bersama
- kelemahan orang Islam ialah senang terpengaruh  oleh cabaran modenisasi dan ketegangan berlebihan dari kehidupan ini
- orang Islam sebenarnya bekerja 24 jam utk meraih redha Allah

Free e-books

FREE BOOKS !!!

Here are links to some useful English translated books of Aqeedah, Fiqh, Hadith, Tafseer, Seerah, and good knowledge which I hope will be beneficial to one and all. May Allah increase us all in sincerity.

1. The Beginning and the End (Al Bidaaya wa Nihaaya) (https://t.co/mGQ0abuGMH)

2. The Book of Tawheed (Kitaab at-Tawheed)  (https://t.co/x5Fo2FcFFs)

3. The Description of the Prophet's Prayer (Sifaat Salat an-Nabi) (https://t.co/0si91aYT6k)
4. Guide to Hajj and Umrah (https://t.co/h33MP8EmMh)

5. Commentary of 40 Hadiths of An-Nawawi (https://t.co/vomT73RWwb)

6. The Garden of the Righteous (Ar-Riyadus Saliheen) (https://t.co/97O5eqJMJA)

7. Tafseer Ibn Katheer (Juz' 'Amma, Part 30) (https://t.co/yjOeoO0KeK)
8. Men and Women around the Messenger (Ar-Rijal wan-Nisa Hawla Rasul, Sallallahu alayhi was-salam) (https://t.co/Tc8DR5oH2b)

9. The Sealed Nectar (Ar-Raheeq Al-Makhtum) (https://t.co/qZVtWIrs6m)

10. Stories of the Prophets (https://t.co/1mkBUZKI92)
11. The History of the Khalifahs who Took the Right Way (https://t.co/GY4RgARax5)

12. The Prohibition of Riba in The Holy Qur’an & Hadith (https://t.co/6vcBCNEtBn)

13. Riba in Islam (https://t.co/CB36AIOMyR)
14. Translation of the Meanings of the Noble Qur'an in the English Language by Hilali & Muhsin Khan (https://t.co/zCJddpnsNJ)

15. Tafseer Surah al-Fatihah by Shaykh Muhammad Salih Ibn Uthaymeen (https://t.co/6YegqIsipT)

16. Sahih al-Bukhari (https://t.co/nIpRUc7RkA)
17. Fiqh Made Easy (https://t.co/NiRfLQ7Iyk)

18. The Explanation of the Beautiful and Perfect Names of Allah (https://t.co/59ftr0NJyh)

19. Guidance for Fasting Muslims by Shaykh Muhammad Salih Ibn Uthaymeen (https://t.co/pVCzBSR2E1)

I hope we all benefit from this.
Share so other may benefit from it.

    Jazaakummullaah khaira.