Tadabbur Al-Quran Bersama Ustaz Dr Firdaus Sulaiman – Program Ramadhan Abqaf
Tadabbur Surah Al Fath, Surah 48, ms511
Isnin, 21.5.2018, 5 Ramadhan 1439H
Puji Syukur atas berbagai rahmat and kurnian Allah. Alhamdulillah kita dipanjangkan umur untuk menikmati bulan Ramadhan tahun ini. Moga kita diberi Inarah untuk menyempurnakan ibadah pada bulan Ramadhan dengan sebaiknya. Selawat dan Salam kepada junjungan kita Nabi Muhammad SAW.
Pengenalan dari Ustaz – Mengapa dia belajar Tafsir Al Quran setelah belajar Bahasa Arab.
Bahasa Arab tanpa tafsir Al-Quran, tidak cukup. Memahami Quran adalah satu kenikmatan.
Kita Tadabbur A Quran untuk Faham Al Quran.
Lima (5) Asas Taddabur Al Quran
1.Memahami ayat2 Al Quran dengan melihat depan belakang./Melihat berbagai aspek ayat
2.Menganggap ayat itu turun kepada kita. Mesti melihat ayat itu turun kepada kita, berbicara tentang kita dan menyelesaikan masalah kita. Walaupun kita tahu ayat itu turun kepada Nabi Muhammad SAW pada zaman nabi. Tetapi, kita mentadabbur ayat2 Al Quran, kita mesti menganggap ayat itu untuk kita. Cerita pasal diri kita sendiri. Membawa Ayat2 seolah ianya turun kepada kita. Nanti akan diluaskan dan mengaitkan dgn diri kita
3.Target/Tujuan tadabbur adalah untuk menyucikan jiwa dan berbicara tetang hati dan membersihkan hati kita. Lihatlah ayat2 ini sebagai cara untuk menyucikan hati kita sendiri. Minta pertolongan kepada Allah dalam setiap usaha kita dalam pada kita berjuang menyucikan hati/jiwa
4.Tadabbur memerlukan ulangan, dimana untuk faham, bukan setakat sekali baca dan lihat dan terus dapat. Perlukan pada repetition/pengulangan.
Nabi pernah baca satu ayat dari tengah malam sampai nak dekat subuh.
Ayat Surah Maidah, ayat 118 – Ms 127
Ayat ini cerita tentang Nabi Isa bukan Nabi Muhammad, namun bila Nabi membaca, dia
merasakan ayat ini adalah untuk diri dan umatnya. Riwayat mengatakan Nabi membaca ayat ini dan menangis seperti air yang mendidih. Nabi nangis sebab mengingati umatnya
5. Niat ikhlas mencari keredhaan Allah. Insya Allah, Allah akan bagi sesuatu yang sentiasa memberi manfaat pada kita.
Tadabbur boleh dibuat oleh sesiapa, bukan orang alim. Perlu dibuat oleh semua.
Surah Muhammad, Ayat 24 -Maka tidakkan mereka mahu tadabbur/menghayati Al-Quran,
ataukah hati mereka sudah terkunci.
Beza hati yang terbuka dan terkunci. Kadang2 dalam kita mentadabbur Al Quran, akan terkena pekung kita sendiri. Tiap tadabbur akan dapat lebih lagi, perlu pengulangan
Tafsir perlu dibuat oleh orang yang pakar / dan perlu menepati criteria. Tafsir perlu jelaskan seperti mana yang Allah perlukan. Perlu 13 ilmu wajib sebelum boleh tafsir Al Quran
Sekiranya kita inginkan hati kita dibuka luas, kita perlukan tadabbur Al Quran dalam kehidupan harian kita.
Al Fathu/Fathaha pada asalnya maksudnya ‘terbuka’
Surah ini diturunkan di Madinah, selepas perjanjian Hudaibiyah dimana berlaku pada waktu nabi nak menunaikan Haji tapi mereka dilarang sehingga mereka bertahalul di Hudaibiyah sahaja. Semua sudah siap untuk takluk Makkah dan menunaikan Ibadah Haji. Tetapi, Allah arah jangan takluk dulu, minta buat perjanjian dan balik. Allah menggangap perjanjian itu satu kemenangan. Sahabat nabi anggap sebagai kekalahan dan mempersoalkannya kenapa nak tunda/kenapa nak menyerah dan sebagainya. Kadang kala, kemenangan perlukan kita berundur dulu agar kita dapat kemenangan dgn betul2 sedia. Allah lebih tahu.
Bacaan Surah Al Fath, Ayat 1- 5
Lihatlah kembali dalam diri kita apa pintu2 yang Allah telah bukakan pada kita:-
Pintu PERTAMA HIDAYAH – Apabila kita dikurniakan hidayah, dibuka jalan dan dimudahkan untuk menempuh jalan kepada kebaikkan. Allah dah gerakkan dan buka pinta hidayahnya pada kita semua. Keinginan untuk berjinak-jinak dengan agama itu maksudnya pintu makin jelas /terang, makin lama lagi jelas. Pada ketika kita dibuka pintu hidayah, dan kita masuk dan terokai pintu itu, Allah akan buka pintu lain untuk kita,
Pintu KEDUA ILMU- Apabila kita diberi pintu hidayah iaitu. pada gerak hati, kita kene terus ambil tindakan, jangan diturutkan kata nafsu negative/ragu-ragu,.dan tak masuk pintu hidayah, selagi itu pintu ilmu tak akan dicapai. Dengan pintu hidayah diambil, maka akan dapat pintu Ilmu. Selapas masuk Pintu Ilmu , akan datang pintu baru
Pintu KETIGA KEBERKATAN- Ilmu membawa kepada keberkataan.
Kunci BERKAT pertama apabila rasa–Sikit tapi banyak, sedikit/kurang tapi cukup, Berat tapi ringan, Susah tapi senang, miskin tapi kaya. Ikut ukuran orang biasa..sikit, tapi kita rasa nikmat, Ilmu yang berkat, kene berbekas kepada diri, yang sikit jadi banyak. Berkat bukan kata mata kasar, calculation dll…ianya dengan kaca mata hati/dalaman, Jika Allah buka pintu keberkatan, semua rasa dah terbaik.
Kunci BERKAT kedua - Mencapai Matlamat hidup kita yang sebenarnya iaitu kebahagian.
Kebahagian itu ada pada IBADAH. Setiap yang kita buat mesti nilai IBADAH, akan membawa kebahagian. Hidup untuk bahagia. Allah cipta kita untuk mengabdikan diri kepada Allah. Untuk beribadah kepada Allah. Contoh berkat pada anak senang bawak anak pergi masjid, majlis ilmu, dll
PERCAYALAH – believe it. Dengan keberkatan yang susah jadi senang
PINTU KEEMPAT– KEBAHAGIAAN -Apabila sudah ada keberkatan, kebahagian itu mudah
diraih, satu demi satu. Tanpa proses diatas (Pintu 1 ke 3) tak boleh sampai kepada kebahagian
Kebahagian seorang hamba Allah, sangat bergantung kepada sebaik mana dia mentadbir
/mengawal hati. Sekiranya kita dapat mengawal hati sendirikita dengan maksimum hati dan bukan bukan sebab orang.benda lain, maknanya kita lebih mudah mengecapi kebahagiaan.
PINTU KELIMA/TERAKHIR – KEMENANGAN (AKHIRAT) - Bahasa arab, Fauzun (syurga)
Surah Ali Imran – Ayat 185 (3:185)
Didunia, balasan tidak complete, hanya 1%, setiap kebaikkan yang kita dapat baru 1%, 99%
ditundakan di akhirat nanti. Azab didunia, baru 1%, selebihnya di akhirat
Balasan tidak lengkap didunia. Kemenangan adalah bebas dari api neraka dan masuk syurga
Kita perlu sentiasa Ingat pintu2 yang kita dah masuk, SYUKURI walaupun rasa sedikit.
Kita perlu rasa bertuahnya diri kita ini, syukuri dulu dan Allah akan tambahkan, dibuka pintu-pintu lain dan bertambah pintu kebaikkan.
Ketika Allah buka satu pintu bagi kita iaitu satu kejayaan/nikmat, disebalik kejayaan/nikmat itu . Allah buka pintu2 dan memberi kejayaan bermatlamat:-
1.Untuk memberi keampunan (dosa terdahulu dan akan datang) kepadamu – Jangan kufur nikmat dalam mendapat kejayaan. Orang yang bersyukur dengan nikmat, menyedari nikmat dan bersyukur dengan pemberi nikmat. Jangan sibuk dengan nikmat tu sahaja dan lupa mengingati pemberi nikmat.
2.Untuk sempurnakan nikmatNya kepada kamu -kita merasai masih tak cukup dan cuba cari yang kurang. Sebelum nak cari yang tak dapat itu/kurang, syukuri yang dapat dulu dengan sebaik-baik syukur dan Allah akan menyempurnakannya
3. Untuk menunjukkan kamu kepada jalan yang lurus – jalan dihujungnya adalah syurga. Nampak jalan jalan lain untuk kebaikkan. Jangan nampak hanya satu jalan.
Cara Allah nak tunjuk jalan jalan ke syurga. Kita perlu pelbagaikan amal supaya tidak bosan.
Sesungguhnya Allah takkan bosan sehingga kamu sendiri bosan.
Pelbagaikan – Diversification – Kadang2 ada amal rasa berat, cari yang ringan. Jangan
sampai tahap 'Futhur'…stuck/stagnant, tak boleh naik dah. Perlukan ada kepelbagaian, pastikan ada kebaikkan dalam setiap hari.
Istiqamah – konsisten buat apa jua kebaikkan dan kebajikkan , walaupun sikit. Melaksanakan walau sedikit dalam situasi yang berat mahupun ringan. Sebagai contoh,
Dalam setiap amalan ada tahap, termasuk membaca Al Quran Afdhalnya/Terbaik, paling
kurang konsisten dengan apa yang termampu walaupun 2 ayat sehari.
- Afdal tahap pertama, tiap 3 hari khatam
- Afdal tahap kedua, tiap satu minggu
- Afdal tahap ketiga, tiap satu bulan
Usaha yang berterusan /mujahadah menyucikan jiwa dengan ibadah penting dalam apa jua keadaan , ringan mahupun berat. Insya Allah
No comments:
Post a Comment