Thursday, 3 May 2018

EK MAQDS K6 21.2.18 B1 ALQURAN MEMBERI PETUNJUK & PERINGATAN 1. KEBENARAN DARI ALLAH MELALUI UTUSANNYA NABI MUHAMMAD SAW MS5-7

KELAS 6 (Rabu, 21.02.2018)
Erti Kehidupan Menurut Al Quran dan As Sunnah

BAB 1 - Al-QURAN MEMBERI PETUNJUK & PERINGATAN:
i- KEBENARAN DARI ALLAH MELALUI UTUSANNYA, NABI MUHAMMAD S.A.W.


وَإِذْ أَخَذَ رَبُّكَ مِنۢ بَنِىٓ ءَادَمَ مِن ظُهُورِهِمْ ذُرِّيَّتَهُمْ وَأَشْهَدَهُمْ عَلَىٰٓ أَنفُسِهِمْ أَلَسْتُ بِرَبِّكُمْ ۖ قَالُوا۟ بَلَىٰ ۛ شَهِدْنَآ ۛ أَن تَقُولُوا۟ يَوْمَ ٱلْقِيٰمَةِ إِنَّا كُنَّا عَنْ هٰذَا غٰفِلِينَ

Dan (ingatlah), ketika Tuhanmu mengeluarkan keturunan anak-anak Adam dari sulbi mereka dan Allah mengambil kesaksian terhadap jiwa mereka (seraya berfirman): "Bukankah Aku ini Tuhanmu?" Mereka menjawab: "Betul (Engkau Tuhan kami), kami menjadi saksi". (Kami lakukan yang demikian itu) agar di hari kiamat kamu tidak mengatakan: "Sesungguhnya kami (bani Adam) adalah orang-orang yang lengah terhadap ini (keesaan Tuhan)", (Al A'raf 7:172) 

  • Kita sudah tahu dari awal lagi dari mana kita datang dan apakah tanggungjawab kita terdahap pencipta kita dan kita tahu kewujudan Allah swt. Tetapi kita ‘ghofil’ – lalai dan kerana inilah kita perlu peringatan yang berulang dan berulang. Contohnya, masa kita lahir, kita terus diazan/iqamah. Disebabkan kita lalai, kita perlu tazkirah.  

إِنَّ هٰذِهِۦ تَذْكِرَةٌ ۖ فَمَن شَآءَ ٱتَّخَذَ إِلَىٰ رَبِّهِۦ سَبِيلًا

Sesungguhnya ini adalah suatu peringatan. Maka barangsiapa yang menghendaki niscaya ia menempuh jalan (yang menyampaikannya) kepada Tuhannya. (Al Muzammil 73:19)


لِمَن شَآءَ مِنكُمْ أَن يَسْتَقِيم ۝ إِنْ هُوَ إِلَّا ذِكْرٌ لِّلْعٰلَمِينَ


Al Quran itu tiada lain hanyalah peringatan bagi semesta alam, (yaitu) bagi siapa di antara
kamu yang mau menempuh jalan yang lurus. (At Takwiir 81:27-28)
  • Al Quran dalam prinsip alam, - bagi orang yang tidak beriman hanyalah sebagai pringatan umum/konsep/idea. Tetapi bagi orang-orang yang beriman, peringatan ini adalah berat sebab ia perlu diimani dan diamalkan sepanjang hayat dikandung badan. 
  • Dalam ayat ini ‘Shai’a”bermaksud bagi siapa yang ingin /mahu menjadi orang yang beriman. Tiada paksaan disini
  • Untuk mendapat manfaat dari Al Quran perlu ada:-
    1. KEYAKINAN/KEIMANAN -kita perlu yakin dan benar-benar percaya yang kita akan mendapat manfaat dari A Quran sekiranya kita mahukan Al Quran membawa perbezaan (for it to make a difference) dalam kehidupan kita  
    2. KEMAHUAN – Perlu ada keinginan yang kuat untuk adakan Al Quran dalam kehidupan harian agar dapat mendapatkan manfaatnya. 
    3. KESUNGGUHAN – Perlu betul-betul berazam, keazaman yang kuat 
    4. KONSISTEN – Sentiasa istiqamah – Rahsia agama akan diperolehi hanya dengan istiqamah. Nikmat menghayati agama adalah dengan cara istiqamah. 
    5. K(CONNECTION) – Hubungan dengan Allah yang rapat. Sentiasa mohon pertolongan dengan DOA 
  • ‘Yastaqim’ dalam  ayat ini mempunyai kata asas /root word  adalah ISTIQAMAH. Untuk mendapatkan yastaqim iaitu jalan yang lurus kita mesti Istiqamah. 
  • Anjuran usaha untuk menghafaz Al Quran. Yakin dan mulakan usaha. 
  • 6636 ayat dalam alquran /365hari = 18 tahun untuk hafal 30 juzuk Al Quran, satu ayat satu hari secara istiqaman. MULAKAN  
  • Lihat Surah Al Maarij – Orang yang tetap dan tenang dalam solat – da;iman 


  • Bagaimana nak capai Istiqamah 
    1. Tahu apa yang kita buat, tahu asas, sebab. Matlamat – cthnya dengan menghafal al Quran kita akan menjadi ‘keluarga Allah di dunia’ 
    2. Memilih jalan/usaha yang paling mudah untuk kita 
    3. Memilih masa yang paling mudah untuk kita 
    4. Cari orang yang boleh mengingatkan kita 
    5. Tuliskan apa yang kita mahukan  


وَإِنَّهُۥ لَتَذْكِرَةٌ لِّلْمُتَّقِينَ ۝

وَإِنَّا لَنَعْلَمُ أَنَّ مِنكُم مُّكَذِّبِينَ ۝

وَإِنَّهُۥ لَحَسْرَةٌ عَلَى ٱلْكٰفِرِينَ ۝

وَإِنَّهُۥ لَحَقُّ ٱلْيَقِينِ ۝

Dan sesungguhnya Al-Quran itu benar-benar sesuatu pelajaran bagi orang-orang yang bertakwa. Dan sesungguhnya kami benar benar mengetahui bahawa di anatara kamu ada orang yang mendustakannya. Dan Sesungguhnya Al Quran itu benar-benar menjadi penyesalan bagi orang-orang kafir di akhirat, Dan sesungguhnya Al Quran itu benar-benar kebenaran yang diyakini. (Al Haqqah 69: 48-51)

  • Lihat Surah Al Baqarah ayat 147 :  Kebenaran itu adalah dari Tuhanmu, sebab itu janganlah sekali-kali kamu termasuk di kalangan orang yang ragu. Perlu yakin dan berpegang kuat-kuat tali Allah (AL Quran) supaya akan selamat dunia dan akhirat. Tidak akan jadi kerosakkan dibumi ini melainkan kerana tidak ikut petunjuk Allah. 
  • Jadikan Al Quran kayu ukur seluruh aspek kehidupan harian kita. 
  • Untuk merasa yakin dengan Al Quran mesti sentiasa diiringi dengan zikir. 
  • Selalulah dan sentiasalah cari yang baik dan positif dalam orang lain terutama dalam anak-anak.

No comments:

Post a Comment