Wednesday, 28 November 2018

EK MAQDS K33 28.11.2018 B3 KEHIDUPAN DUNIA 2. WASPADALAH TERHADAP DUNIA MS 22

Kelas Taddabur Al Quran
28.11.2018
I- Waspadalah Terhadap Dunia, ms 22 EK
Perumpaan mengenai Dunia.
***********************
Macam kita dalam sungai sedang nak menyeberang sungai. Deras air. Syaitan ajak mcm2..naik rakit/naik boat/canoe/. Berada dalam aliran sungai ini...mcm di dunia..sifatnya mengheretkan kita/ tarik kita. Kene focus utk sampai ke sebrang.
Banyak yg terpengaruh
Laibbun yg melalaikan fizikal..walahuun yg melalaikan hati kita. 
Kalau dunia mengheretkan kita..akan rasa jauh nak sampai ke destinasi.
Tabiat dunia mmg mengheretkan kita. Dunia seperti sungai.
Surah Al Anfaal, 8:28
***********************
Dan ketahuilah, bahawa hartamu dan anak-anakmu itu hanya sebagai cobaan dan sesungguhnya di sisi Allah-lah pahala yang besar.
Analogi sungai. Bila kita nak seberang sungai..kita akan ditambah beban untuk dibawak sekali...cthnya mcm bungkusan makanan..benda2 yg menarik kita....harta n anak. Makin berat...makin susah..lambat sampai. Jangan khuatir..jangan tinggalkan. Tetap bawak. Jaga beban ini. Kalau dah Allah bagi..jaga...guna harta untuk menyeberang bukan untuk memancing. Guna harta n anak untuk mudah menyeberang. Tetap fokus untuk seberang sungai..jangan lalai dgn anak dan harta..diseberang tu ada pahal besar...mengatasi segalanya.
Surah Al Kahfi, 18:46
***********************
Harta dan anak2 adalah perhiasan kehidupan dunia tetapi amalan amalan yang kekal lagi soleh adalah lebih baik untuk menjadi harapan.
Sungai ini penuh benda yang menarik/hiasan. Mcm2 ada yang menarik. Namun ingatlah..jangan terpedaya. Fokus pada apa yang ada diseberang yang jauh lebih baik.  Nabi Rasul n ulama mengajar manusia mcm mana nak dapatkan pada apa yang diseberang walaupun tak nampak. Untuk yg nampal didunia..mudah sahaja untuk manusia dapat. Jangan terpegun. Majlis ilmu agama untuk ingatkan kita pada alam akhirat.
Jadikan nikmat hiasan yang kamu kutip sebagai amal soleh dan boleh bawa ke seberang dan menjadi tiket masuk ke syurga. Tidak boleh masuk tanpa bekalan.
*baqiatu solihat*..ini adalah amat baik
Surah Al Munafiqun, 63:9
*************************
Hai orang orang beriman, janganlah hartamu dan anak anakmu melalaikan kamu dari mengingat Allah. Barangsiapa yang berbuat demikian maka mereka itulah orang yang merugi.
Dalam menguruskan anak dan harta. Kita perlu bahagikan masa. Jangan turut semuanya. Mesti ada bahagian mengingati Allah. Kene peruntukkan masa untuk Allah.
Surah An Nur, ayat 37ms 355
******************************
Lelaki2 yang tidak dilalaikan dengan peniagaan, jual beli......
Jangan sebab harta n anak kita lalai utk:-
1. Zikir - paling minimum. Pagi dan petang.
2. Solat Fardhu
3. Tunaikan Zakat 2.5%
Insya Allah, ada 3 ni. Orang ini akan balasan lebih baik dan tambah kurniaan yg baik dan memberi rezeki tanpa hisab.
Prinsip Rezeki
****************
Pada umur 4 bln dalam rahim. Ditiupkan roh dan takdi dalam jasad dan dtg 4 pakej. Boleh sampai ke seberang/ syurga dengan selamat. (Ini budget yg cukup)
1. Rezeki - tempoh/ajal/kegunaan/amal.
Kurniaan * Fadhlun/Bonus.selain dari rezeki. Allah bagi lebih.
*surah An Nur - Allah tambah kurnia
2. Ajal
3. Amal
4. Bahagia/Sengsara
Pastikan setiap nikmat perhiasan yang kita dapat untuk meraih redha Allah.
Prinsip Keadilan Allah. Ingatlah. Allah Maha Adil. Pasti akan datang keadilan.
Surah Al Isra, 17:7, ms282
****************************
Jika kamu buat baik..kamu buat baik untuk diri kamu sendiri...jika kamu buat jahat..juga untuk diri kamu sendiri
#################
Lebih baik berkeluarga dari taat berseorangan. Ulamak kata lebih baik berkeluarga. Walaupun kurang amalannya. 
#################
Surah Ali Imran, 3:10
**********************
Sesungguhnya orang orang kafir, harta benda dan anak anak mereka, sedikitpun tidak dapat menolak (seksa) Allah dari mereka itu adalah bahan bakar api neraka.
Kene guna anak dan harta untuk menjadi tebusan di akhirat. Dari kecil didik dengan baik dan kasih sayang. Tugas kita mendidik dan mentarbiyah. Amal soleh dari didikan kita. Jariah bila anak jadi soleh. Ajrun ghoirumumnun. Pahala tak putus2. Sekiranya didik betul2..adalah beberapa yg akan jadi soleh. Tak semua jadi mcm anak nabi noh 4 orang. Ham sam yam(kan an) n yafis. Nabi noh didik baik2 dan adil. Satu darinya ikut mak dia yg kafir. Nabi Noh tetap berdakwah..ajak dia naik kapal..jangan bersama dgn orang kafi. Nabi noh ajak anak je..kenapa tak ajak isteri..isteri dah meninggal. Anak 3 taat..ham sam n yafis taat dan baik. 1 tenggelam , 3 baik. Bahawasanya dari 3 ni semua manusia ada. Kita satu bapa..iaitu noh..lepas tu Adam.  80 orang manusia naik dengan nabi noh
Surah Saffat, Ayat 77,ms 449
*****************************
Dan kami jadi anak cucunya berzuria
Dalam bahasa Al Quran...semua dunia tenggelam...kecuali yg dalam kapal nabi nuh.
Satu tenggelam. 3 jadi manusia yang baik. Dan menjadi keturunan. Keturunan yang berkulit
Gelap- ham ..selatan..afrika
Terang- yafis..utara...eropah
Tgh2 - Sam
Surah Hud, Ayat 44, ms226
***************************
Wahai bumi..telanlah airmu..wahai langit..tahan..jangan turun hujan...dan surutlah air..dan selesailah perintah Allah dan kapal berlabuh di *JUDi*
Menurut ulamak..dataran antara iraq dan iran.
Di kaki bukit Arakan di turki. Kpg Samanin...peradaban Babylon..yang paling lama. Mula dari zaman nabi Noh.
Anak cucu nabi noh pindah ke selatan.. kaum Ad..
Sam akan pecah kepada orang arab dan israel.
Penting. Didiklah. Teruskan dlm susah dan senang. Tarbiyahlah. Jadi ke tidak itu takdir Allah. Insya Allah didik dengan ikhlas. ALLAH akan jaga. Insya Allah ada yang akan jadi jariyah.
Kita kena gunakan anak dan harta untuk memberi nilai dihadapan Allah... jika sebaliknya... mereka akan jadi bahan api neraka.
Ada pahala berjalan dan tambah walaupun dah mati.
Apa saja yang manfaat yang kita berikan
*************************
1. Sedekah Jariyah dr Harta
2. Ilmu yang diajarkan dan amalan berterusan
3. Doa anak yang soleh..mcm hujan ketika kemarau..namun..kalau tak berdoa pun. Amalan baiknya tetap dapat.
Jasa ibu bapa tiada boleh dibalas.

Wednesday, 14 November 2018

EK MAQDS K32 B3 KEHIDUPAN DUNIA 1. KENYATAAN & GAMBARAN KEHIDUPAN 2. WASPADALAH MS21,22

Erti Kehidupan Menurut Al Quran & As Sunnah (Kelas 32)
(Rabu, 14.11.2018) 
Erti Kehidupan (EK) Menurut Al Quran dan As Sunnah 

BAB 3 – KEHIDUPAN DUNIA
i-KENYATAAN & GAMBARAN KEHIDUPAN DUNIA

Persinggahan sementara, tidak lebih dari itu. Tempat singgahan untuk mendapat bekalan untuk tempat tinggal. Namun tempat singgah sangat menarik dan terpersona, sampai terlupa yang kita dalam perjalanannya, sehingga dia rasa tempat singgah dia tempat yang kekal

Setakat persinggahan Cuma. Bila kita dah menikmati tempat persinggahan kita, kita akan rasa tak cukup, nak lagi, nak lagi.. dunia menyebabkan kita nak tambah lagi, dan lagi, banyak dan banyak lagi sampai ke saat kita nak meninggalkan dunia. Kita tak pikir untuk cari bekalan untuk tempat tinggal yang hakiki.


BAB 3 – KEHIDUPAN DUNIA
ii-WASPADALAH TERHADAP DUNIA

Surah Al An’am, 6:130, Ayat 1 Buku Erti Kehidupan, Pg 22


Jin – dari perkataan janin/ secara asasnya tersembunyi
Ins – berasal dari perkataan ‘unus’ /intim/perlu ada orang yang melayan perasaan
*waspada dengan syaitan yang suka melayan dengan
*Allah juga menyediakan layanan untuk manusia, dengan solat, doa dan quran.
*jangan kamu menyembah syaitan.
*Perlu mengabdikan diri kepada Allah

- Kerana dunia adalah tempat persinggahan yang boleh menyebabkan orang lupa, kerana begitu nikmat/mengiurkan, Apa tindakan kita? Selalu SEDAR DIRI/ALERT
- Manusia banyak ‘ngarrat’ hayatul dunia – dunia ini menipu mereka – jadi kene selalu WASPADA. Bila dapat sesuatu perkaitan dunia, suspense dulu, ‘waspada’ – ini nikmat atau azab. Jangan ambil for granted/mudah. Maka apabila, dapat ilmu, kene tanya, ilmu ni nak habuan dunia atau akhirat. Bila dapat harta, dpt cara betul ke? Guna dengan betul tak dan kepada apa yang kita buat dengannya. Pangkat? kenapa dpt dan gunakan untuk apa. Waspada dengan mengemukakan soalan2 untuk kesedaran. Jangan ambil tanpa tahu apa yang kita ambil.

Di dunia ketika terima sesuatu, pastikan kita tahu apa kita terima, dari mana dan cara mana. Siapa yang hisab dan ambil berat apa yang dia dapat di dunia lagi, di akhirat jadi ringan. Kalau kita tak tahu, kita akan tertipu. Untuk kita ambik berat apa yang kita dapat, kita kene rajin dengar kata-kata Rasul. Timbang dan nilai dengan sunnah Rasulullah. Mcm Travel Guide. Prinsip Rasul, memberitahu tentang ayat2 Allah dan bagitahu manusia tentang hari pertemuan di alam barzakh dan alam mahsyar. Sifat manusia suka lupa dan suka diingatkan. Salah satu destinasi yang pasti kita lalui ialah hari pertemuan dengan Allah.

Bila ditanya pada manusia, tak dengar ke?. Dia kata dengar, Rasul dah sampaikan dengan baik, Cuma bila di dunia, dia tertipu dengan dunia… terpesona dengan dunia. Kerana dahsyatnya dunia ini, dia lupa. Dia dengar mcm tak dengar. Tengok macam tak tengok. Mereka bersaksi mereka dengar. Jangan cakap masa tour guide bercakap.

Dan mereka sendiri bersaksi/mengakui bahawa mereka didunia dulu KAFIR(DEGIL). Bukan hanya tak dengar tapi menafikan berita itu sebagai salah. Para Nabi dan Rasul, mempunyai maklumat yang terpelihara dan terjamin. Oleh itu, kita kene WASPADA dengan dengar dan ikuti penjelasan para Rasul. DENGAR & IKUTI. Taat dan Penuhi.

Rasul ingatkan supaya berbekal. Sediakan apa yang patut. Jangan degil.

Surah Ar- Ruum, 30:8, ayat 2, Buku EK, Pg 22


Adduniya al Haqq: Didunia ini adalah al HAQQ, iaitu kita di dunia aladah untuk tujuan yang BENAR. Tujuan untuk beribadat dan menjadi khalifah. 2 tujuan. Pastikan tujuan kita tak lari dari ini.

IBADAH – penghambaan diri
KHALIFAH – beri manfaat

Itu adalah HAQQ (yang BENAR). Kalau tak buat dua ini, maka kita BATIL.

Adduniya Ajjalin Mussama – Time Limited. Masa terhad dan terbatas. Tak lama masanya, maka kene buat betul2. Rukuk dan Sujud sempurna bila mampu, nanti bila dah tak boleh. Kalau faham ini, dia akan sempurnakan ibadah dan khalifahnya. Akan guna kuasa sebaiknya, sebab tidak lama. Gunakan kuasa untuk menjadi khalifah. Manusia lupa dia hanya ada masa tertentu yang akan habis. Kita akan selalu ALERT/WASPADA. Jadi guna masa sekarang. HARI INI, SAAT INI.

Manusia tak rasa dunia ini sekejap, dia anggap dunia ini selamanya, ikutkan nafsu berterusan dan terlupa. Orang yang khusyuk, ingat yang dia akan jumpa ALLAH.

Adduniya ‘Li QaUllah’ – Hendak jumpa Allah dengan bekalan. Jangan kosong. Sedar diri. Jumap dengan siap sedia habis habisan. Allah adalah kekasih kita yang Maha Agung Maha Perkasa. Lepas je dari dunia, bila mati, roh dicabut, jumpa Allah dulu malaikat bawak naik dengan baik, kemudian kembali dalam jasad untuk disoal di dalam Alam Barzakh. Bila jumpa lama, DI syurga.
LIQA sekejap – ketika roh dicabut
LIQA lama dan gerun -di padang Mahsyar di mahkamah Allah
LIQA gembira dan bahagia – di Syurga Allah

Banyak manusia abaikan pertemuan dengan Allah, mereka lupa. Dia tak percaya. Orang yang beriman akan yakin dan bersedia awal2. Dunia adalah tempat untuk sediakan bekalan untuk jumpa Allah. Dunia adalah tempat persinggahan untuk cari bekal untuk jumpa Allah. Nak selamat, jadikan hari2 didunia untuk siap siaga untuk jumpa Allah.




Surah Faathir, 35:5-6, Ayat 3 Buku EK, Ms22




‘Wa’dullah hi Haqqun’
Janji Allah benar. Selepas dunia, Allah akan sediakan segala, tak payah cari dan usaha. PERCAYALAH !!!! Janji Allah BENAR. Orang yang beriman percaya. DAN dia akan usahakan.
Jangan tertipu oleh dunia. Dan sekali-kali janganlah tertipu dengan syaitan. Yang suka bagi ktia lupa dengan janji Allah. Syaitan adalah MUSUH (Aduwon) KITA, ambil sikap bermusuhan bukan berkawan-kawan. Jauhkan diri.

Kerja syaitan ialah, dia suka JV dengan kita, pada setiap hal dia nak join, makan, tidor, Solat, berusaha. Ishtihar PERANG dengan musuh. Bisikan2 contoh, bila nak buat baik, ckp tak payah buat… LAWAN, saya kene buat SEGERA. Bila ada bisikan tak baik, hati ckp jangan buat, musuh kata buatlah, apa lagi. AJAKAN untuk buat yang tak baik, LAWAN.

Syaitan tak berhenti tahap tu, itu first step, bisikan2 / was2 yang bertentangan dengan niat baik. Kalau nak elok, cantas cepat step pertama
Benda baik buat cepat. Kalau benda tak elok, terus ganti dengan kebaikkan.

Perangkap2 Syaitan – Talbis (Belitan) Iblis. Step sampai kemati. Allah dan Nabi dah bongkarkan step2 ni. Tapi kita tak baca tak buat. Dia hanya nak kita masuk kumpulan dia, iaitu jadi ahli NERAKA.

Selalu bersedia untuk JUMPA Allah. Apapun kita buat, untuk jumpa Allah.

Summary
1.     Dunia menipukan
2.     Tujuan kita adalah HAQQ/Benar
3.     Time tertentu sahaja
4.     Janji Allah benar
5.     Kita digoda syaitan








Tuesday, 13 November 2018

EK MAQDS K31 7.11.18 B3 KEHIDUPAN DUNIA I. KENYATAAN & GAMBARAN KEHIDUPAN DUNIA MS21

Erti Kehidupan Menurut Al Quran & As Sunnah (Kelas 31)
(Rabu, 7.11.2018) 
Erti Kehidupan (EK) Menurut Al Quran dan As Sunnah 

BAB 3 – KEHIDUPAN DUNIA
i-KENYATAAN & GAMBARAN KEHIDUPAN DUNIA

Al Quran dengan jelas menerangkan tahap kehidupan kita dengan jelas. Kehidupan dunia dan akhirat. Orang Islam yang jelas, tiada ragu. Apabila memahami perjalanan hidup sebagai manusia, kita dapat jangkakan apa yang berlaku selanjutnya. Tiada yang samar2. Kehidupan jelas berpandukan Al Quran dan Sunnah. Sebab kita tahu, kita sedia awal2.

Bukan untuk ditakuti (kematian) tapi dipersiapkan

Kita masuk syurga bukan kerana amal kita, kita masuk syurga hanya dengan rahmat dan kasih sayang Allah. Kita beramal soleh untuk mendapatkan kasih sayang rahmat Allah.
Jangan harapkan amalan kita yang penuh cacat cela melayakkan kita ke syurga yang sempurna. Memang tidak akan layak. Quality amalan versus quality. AMalan yang disukai oleh Allah.

8 Orang yang disukai oleh Allah:

1.Al Baqarah, Ayat 195 – Amalan dengan Ehsan

Target Amal – usahakan amalan ehsan. Itqan, mengamalkannya dengan teliti. Buat dengan cara baik kemas dan teliti

Ehsan – berhubung dengan Allah – amalan solat contohnya dengan paling baik dan teliti
** Ehsan dengan Allah iaitu menyembah Allah seolah-olah melihatnya.

Ehsan – berhubungan dengan Mahluk/Manusia – pun sama, teliti, jangan cincai pulak. Ramai silap disini, dengan manusia tak ehsan, tak teliti dan tak terbaik kerana anggap ehsan dengan Allah sahaja

2. Al Imran, Ayat 76 – amalan ada unsur takwa


-Takwa – prenvention, tindakan berjaga-jaga, berhati-hati. Orang yang selalu mengambil tindakan preventive dan proactive. Buat sesuatu dengan jelas. Atas asas ilmu yang jelas

3. Al Maidah, Ayat 42- amal yang berlaku ADIL – bukan taksub, fanatic, bias

a.     Berlaku adil pada diri (Roh (Khusyuk, munajat, mengingati Allah), Jasad, Akal, Nafsu, Hati- Jangan zalim terhadap salah satunya, usahakan untuk berlaku adil. Bagi hak kepada semua.*Kawan2 pun ada haknya. Juga orang lain

B Berlaku adil pada orang lain

4 & 5. Surah Al Baqarah, Ayat 222 – Cepat dan sering bertaubat dan membersihkan diri

Cepat dan selalu bertaubat (cepat mengakui kesalahan), tidak tunda2. Ada orang Allah sayang kerana buat salah dan cepat bertaubat.

Orang yang suka membersihkan dirinya ( Mutatahirrin), dia tak kotor, tapi sentiasa cara usaha untuk bersihkan hati. Walaupun tak bersalah, suka bertaubat dan beristighfar. Cari perkara yang boleh membersihkan diri.

***Utamanya ialah meninggal dosa/larangan/jadi kotor.Itu focus.

6. Surah Ali Imran, Ayat 146- Amalan yang disaluti dengan kesabaran,

Tak terburu buru, tenang. Masa solat dengan penuh sabar. Sabar dengan segala usaha/hal.
Tahap sabar 1 – Sabar menghadapi perkara yang dilarang/dimurkai oleh Allah. Menahan diri
Tahap sabar 2 – Sabar dalam membuat /melakukan kebaikkan – solat, zakat,
Tahap sabar 3 – Sabar dalam menghadapi musibah
Kalau 1 dan 2 dah elok dan betul. Tahap sabar 3 jadi senang. Musibah jadi ringan
Tahap sabar 4 – Sabar dalam medan peperangan , melawan musuh

Focus dengan amal yang disukai oleh Allah. Jangan banyak2 nak buat, nanti letih. Tak terkesan

7. Surah Ali Imran, Ayat 159. – Orang yang bertawakal dengan Allah, mengantungkan diri dan usahanya itu kepada Allah. 

Allah sangat suka. Tandanya, selalu mengadu pada Allah. Nama Allah As-Samat (tempat bergantung).

8. Surah Saff, Ayat 4 – Allah suka orang yang berusaha menyatupadukan (saff) bukan memporak porandakan. 
Bagaimana boleh bekerjasama. Bersatu padu dengan baik. Kemahiran bekerjasama.

Amal kita tak boleh melepaskan diri kita dari api neraka.

**************************************************************************
Nabi, shallalahu ‘alayhi wassalam, bersabda:

Tidak ada amalam seorangpun yang boleh memasukkannya  ke dalam syurga

“Tidak ada amalan seorangpun yang boleh memasukkannya ke dalam syurga, dan menyelamatkan  dari neraka.  Tidak juga denganku, kecuali dengan rahmat dari Allah” (HR. Muslim no. 2817).

Maksudnya adalah seorang tidak boleh membayar nilai syurga Allah dengan amal perbuatannya, kerana amalannya penuh dengan cacat, sementara syurga Allah terlalu sempurna untuk menjadi balasannya. Adapun  penafian sebab masuk syurga kerana amal pada hadit, bermakna dalam perkara balasan yang setimpal. Hanya dengan rahmat Allah saja seorang boleh tinggal di syurga-Nya. Allah menetapkan segala sesuatu dengan sebab dan akibat . Dalam hal ini, Allah 'azzawajjala menjadikan sebab mendapatkan rahmat-Nya ialah dengan amal soleh.

Ketamakan anak Adam.
"Andai anak Adam diberi emas satu lembah, ia ingin mendapat dua lembah. Tidak ada yang dapat membungkam mulutnya selain tanah, dan Allah mengabulkan tuabat hamba-Nya yang bertaubat". (HR. Bukhari-Muslim)- (HR Bukhari 6439 dan Muslim 1048)

Tamak ada 2 jenis
Tercela – tamak pada dunia dan seluruh isinya, harta anak kedudukan
Terpuji – khusyuk, syukur, sabar, takwa, tawakkal

Orang yang disegerakan nikmat dunia
Dalam kesempatan yang sama, Umar ibnul Khaththab radhiyallahu 'anhu berkata pada nabinya:
"Mohon engkau wahai Rasulullah berdoa kepada Allah agar Allah memberikan kelapangan hidup bagi umatmu. Sungguh Allah telah melapangkan  (memberi kemegahan) kepada Persia dan Romawi, padahal mereka tidak beribadah kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala. Rasulullah meluruskan duduknya, kemudian berkata, " Apakah engkau dalam keraguan, wahai putra A-Khaththab? Mereka itu adalah orang-orang yang disegerakan kesenangan (kenikmatan hidup/rezeki yang baik-baik) mereka di dalam kehidupan dunia.? (HR. Al Bukhari no. 2468/5191)

Orang Kafir yang baik dan teliti  99 (balasan didunia/(kebaikkan yang disegerakan): 1 (neraka yang lebih ringan) – meringankan dari azab , bukan keluar dari azab
Orang Kafir yang buat buruk 1: 99
TERBALIK
Orang Mukmin yang Baik : Dunia 1% : Akhirat 99%
Orang Mukmin yang Buruk :                : Akhirat 0%
Fokus on prevention, kalau buat jugak, delete, taubat.





















EK MAQDS K30 21.10.18 B3 KEHIDUPAN DUNIA I. KENYATAAN & GAMBARAN KEHIDUPAN DUNIA MS20

Erti Kehidupan Menurut Al Quran & As Sunnah (Kelas 30)
(Rabu, 31.10.2018) 
Erti Kehidupan (EK) Menurut Al Quran dan As Sunnah 

BAB 3 – KEHIDUPAN DUNIA

i-KENYATAAN & GAMBARAN KEHIDUPAN DUNIA

Ayat 11 : Surah An Nahl (16 : 61) 

Tidak semua kezaliman akan dikenakan hukuman di dunia. 
Begitu juga tidak semua dosa akan mendapat balasannya di dunia. 
Allah mengetahui setiap dosa dan kezaliman akan tetapi kadang-kadang hukuman yang sebenar ditunda hingga ke akhirat. 

‘This is a reflection of Allah’s Mercy in that He does not punish us right away for our sins.’ 
‘This is how Allah shows us that He is Al-Ghafur(Maha Pengampun)and that He is Merciful.’  


                                                    GANJARAN
Orang Kafir yang berbuat baik:      Dunia : 100% Akhirat : 0%
Orang Kafir yang berbuat jahat      Dunia : 1% Akhirat : 99%


GANJARAN
Orang Mukmin yang berbuat baik
Dunia : 1%
Akhirat : 99%
Orang Mukmin yang berbuat jahat
Dunia : 100%
Akhirat : 0%

Sekiranya ujian di dunia banyak dan berat, ini berkemungkinan di akhirat nanti ganjarannya akan lebih lagi.
Pahala meninggalkan dosa lebih besar dari membuat kebaikan. 
Kerana dosa bermaksud kita akan dihukum dan perlu proses penyucian. 
Ini bermakna, yang terbaik ialah MENINGGALKAN DOSA :- 
Yakni hindarkan kezaliman, kurangkan dosa!

Sekiranya Allah benar-benar ingin menghukum manusia terus, maka tidak ada apa-apa lagi yang akan tinggal di bumi.

Apabila Allah menciptakan kita :-

Roh à Jasad (@ 4 Bulan),

semua yang ada di bawah ini akan ditentukan oleh Allah S.W.T :

1.Rezeki
(Own Budget) – semua nikmat yang telah ditentukan untuk kita
2.Ajal
Tempoh masa yang boleh kita gunakan
3.Amal
Kegunaan
4.
Bahagia dan Sengsara
How we use all of this list, will determine’ Bahagia dan Sengsara.

Sebenarnya, Kita yang telah menzalimi diri kita sendiri jika kita tidak faham dan tahu cara untuk menggunakan ‘budget’ yang Allah berikan kepada kita. 
Ajal pula adalah tempoh untuk setiap perkara yang berlaku dalam hidup kita. 
Ajal musamma – hanya Allah yang tahu. 

Surah Al-An’am (6 : 2) 

Ajal terbahagi kepada dua :

1.Ajal  قَضَىٰ (Qada)
Ditetapkan oleh Allah dan disampaikan pada Malaikat.
2.Ajal  مُسَمًّ
(Musamma)
Hanya Allah yang mengetahui.
Ini adalah keputusan terakhir ditentukan oleh Allah. عِنْدَهُ

Musamma:
-Inilah ajal yang tidak boleh ditunda atau didahulukan.

Salah satu jenis sabar ialah sabar dengan menerima ketentuan Allah. 

Ayat 12 : Surah Al-Anfaal (8:48)  

Ayat ini menceritakan tentang syaitan yang berupa manusia berjumpa dengan pemimpin-pemimpin untuk melawan Rasulullah. 
Hakikat dunia ialah kebanyakan urusan kita ‘ditumpangi’ oleh syaitan. 
Terutama perkara-perkara yang menjerumus ke lembah kemaksiatan dan kejahatan. 
Kita sentiasa ‘disogok’ dengan ‘kebaikan’ dalam membuat perkara-perkara mungkar sehingga kita tidak sedar lagi bahawa perkara tersebut adalah DOSA
Apabila kita sudah terjerumus, syaitan akan tinggalkan kita kerana dia sendiri takut kepada Allah S.W.T. 
Selalunya kita ditipu oleh syaitan kerana dosa kita sendiri dan kerana inilah Allah S.W.T tidak membantu.  
Apabila kita sedar dengan kesilapan kita, ISTIGHFAR dan BERTAUBATLAH

Surah Ibrahim (14 : 22) 

Ayat ini menceritakan cara syaitan menyelewengkan fikiran kita dan kenapa kita mengikutinya? 
Tapis setiap fikiran yang terfikir untuk mengelakkan bisikan syaitan. 
Nabi berkata, fikiran yang menyuruh taat pada Allah adalah dari Malaikat. 
Manakala fikiran yang menyuruh kita melakukan maksiat sudah tentunya dari syaitan. 

TUNAIKAN HAK-HAK ALLAH SETIAP HARI DAN IN SHAA ALLAH KITA AKAN TIDUR LENA!