(Rabu, 25.07.2018)
Erti Kehidupan Menurut Al Quran dan As Sunnah
Dunia ini diciptakan untuk manusia diuji.
Kita wujud adalah untuk beribadah dan untuk menjadi khalifah yang memakmurkan dunia
Khalifah tidak akan melakukan apa jua kerosakan dan kezaliman didunia terhadap alam dan mahkluk lain
Kita diuji bila waktu senang dan waktu susah.
Nikmat itu Ujian, Musibah itu Ujian.
Dalam dikurniakan kejayaan, kemashuran dan kekayaan - jangan anggap Tuhan memuliakan kita DAN apabila dikurniakan kesusahan/kemiskinan - jangan sekali anggap Tuah menghinakan kita. SETIAP dua itu adalah ujian dan ujian adalah cara, Tuhan melihat 2 perkara dalam hambanya
*Bila diberi nikmat yang mengembirakan - DIA BERSYUKUR dengan sebaik-baiknya dan makin taat dan taqwa
*Bila diberi musibah yang mendukacitakan - DIA SABAR dengan sebaik-baiknya, dan makin rasa daif/fakir/memerlukan bantuan Allah dan makin taat dan taqwa
Di dunia, nikmat/apa yang kita suka DAN musibah/apa yang kita tidak suka bersifat SUBJEKTIF. Apa yang kita suka, mungkin tidak baik untuk kita dan apa yang kita tidak suka, mungkin baik untuk kita. Kita tidak tahu. Allah lebih tahu.
Dalam pada kita masih hidup, mungkin kita ada kala GAGAL dalam ujian yang kita hadapi. NAMUN, jangan cepat membuat konklusi yang kita gagal, kerana kita masih dalam UJIAN, ujian masih berjalan, Ia akan tamat hanya apabila kita MATI, jadinya, jangan cepat putus asa dan menyerah kalah. Kegagalan yang kita hadapi bukan muktamad, kita kene cepat bangkit dan terus bangkit membaikki diri kita.
Siapa diantara kamu yang baik amalannya? [ahsanu amala]
LAHIR | -------------------> Amalan Terbaik ------------------->| MATI
Kita perlu sentiasa lihat dan ingat apakah penghujung / pengakhir kita (finishing line). LOOK AT THE FINISHING LINE and PLAN how you want it to end.
Contoh - pelari marathon: ketika berlari, berusaha ke garis akhir, dia sentiasa bayangkan garisan akhir.
Contoh ke2 - kura-kura vs arnab
kura-kura - ingat kepada finishing line, berusaha untuk sampai ke akhir
arnab - tak ingat finishing line, LEKA , lalai dan syok sendiri
كُلُّ نَفْسٍ ذَآئِقَةُ ٱلْمَوْتِ ۗ وَنَبْلُوكُم بِٱلشَّرِّ وَٱلْخَيْرِ فِتْنَةً ۖ وَإِلَيْنَا تُرْجَعُونَ
Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Kami akan menguji kamu dengan keburukan dan kebaikan sebagai cobaan (yang sebenar-benarnya). Dan hanya kepada Kamilah kamu dikembalikan. (Al Anbiyaa 21:35)
- Setiap yang berjiwa/bernyawa akan merasa maut;
sakarat (suatu yang dapat dirasa) -> mabuk -> orang nak mati
- Pada ketika itu (ketika merasakan sakarat), mulut akan sebut apa yang kita selalu sebut, bukan apa yang kita ingat difikiran/hati (tak ingat apa-apa dah).
- Untuk mendapat khusnul khatimah, kita kene buat amalah2 soleh dari sekarang lagi, bukannya secara tiba-tiba bila mendekati mati, baru kita inginkan buat amal soleh,
- MATI untuk orang beriman bukan untuk ditakuti; tetapi untuk siap bersedia menghadapi Allah s.w.t , MATI bagi orang beriman adalah sesuatu yang bahagia, kerana ini adalah masanya dia dapat jumpa dengan Tuhan yang menciptanya yang dimana di dunia, dia bertasbih, memuji dan beribadat kepadanya siang dan malam tanpa jemu.
- Kena selalu mengingati mati, mendorong kita untuk jadi lebih baik
- do the best everyday, everytime!! inginkan yang terbaik
- buat amalan terbaik setiap hari, kerana kita tak tahu bila kita akan mati
-Dalam pada kita sentiasa usaha buat terbaik, kadang kala kita alpa dan sambil lewa, dan terlepas juga membuat khilaf/dosa/kekurangan. NAMUN, dalam pada itu mohon kepada Tuhan yang Maha pengasih dan penyayang tanpa penat dan jemu...
"Wahai Tuhan, terimalah usahaku yang hina ini sebagai yang terbaik disisi mu, jadilahkan usaha ku ini yang penuh kekurangan, niat yang campur aduk berbolak balik, usaha yang serba serbi kekurangan dan bercampur keterlanjuran (over) ini, sebagai yang terbaik bagi mu, dari hambamu yang daif dan fakir. Yang berusaha, tapi selalu kecundang. Yang berkemahuan , tapi lemah dan cepat goyah. Yang bersemangat, kemudian banyak keluh kesah.
YA Allah, aku akur dengan hinanya usaha ku ini, tapi masih mengharap kasihan belasmu agar Engkau terima usahaku ini sebagai yang terbaik disisimu. Aamin.
-Memang tidak dinafikan, tangunggjawab dan amanah berat dan terasa susah. Namun, yakinlah dengan bantuan ALLAH pada setiap masa dan ketika. Sentiasa mohon pertolongan
وَٱسْتَعِينُوا۟ بِٱلصَّبْرِ وَٱلصَّلَوٰةِ ۚ وَإِنَّهَا لَكَبِيرَةٌ إِلَّا عَلَى ٱلْخٰشِعِينَ
Dan mohonlah pertolongan dengan sabar dan shalat. Dan sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat, kecuali bagi orang-orang yang khusyu'. (Al Baqarah 2:45)
ٱلَّذِينَ يَظُنُّونَ أَنَّهُم مُّلٰقُوا۟ رَبِّهِمْ وَأَنَّهُمْ إِلَيْهِ رٰجِعُونَ
(yaitu) orang-orang yang meyakini, bahwa mereka akan menemui Tuhannya, dan bahwa mereka akan kembali kepada-Nya. (Al Baqarah 2:46)
- Ibadah kita bukan hanya solat, puasa, mengaji sahaja, tetapi segala gerak-geri perbuatan kita, dilakukan dengan terbaik dan hanya untuk mendapatkan keredhaan Allah s.w.t (seperti mencari rezeki untuk membesarkan anak-anak & melakukannya dengan terbaik sekali) dengan niat ikhlas kerana Allah taala).
-Apa jua usaha kita , ianya mesti dengan niat untuk mencari redha Allah, iaitu pada kita mencari nafkah untuk keluarga, dalam mendidik anak, dalam menjadi ketua, dalam perniagaan, dalam muamalat, dalam hidup berjiran dan berkomuniti, dalam beriadah dan melancong, dalam berpesatuan, dalam berhibur dan lain-lain. DAN kita buat yang terbaik.
- Allah menguji kita dengan keburukan (dengan musibah) dan juga dengan kebaikan (dengan nikmat)
- Kita nak terima buku amalan kita di tangan kanan kita, ababila di akhirat nanti. Rasa gembira bila berlaku.
- Dan kita juga nakkan gembira sehingga ke akhirat, bersama-sama seluruh ahli keluarga kita.
- Kita boleh gembira dengan rahmat Allah iaitu dengan Al Quran. Tiada salah bergembira didunia asalkan kita DEKAT/AKRAB dengan AL Quran.
-Al Quran adalah sumber kegembiraan dan kebahagian kita didunia. Maka sentiasalah berpegang kepada Al Quran dalam apa jua keadaan walaupun dalam keadaan susah/getir.
(57) يٓأَيُّهَا ٱلنَّاسُ قَدْ جَآءَتْكُم مَّوْعِظَةٌ مِّن رَّبِّكُمْ وَشِفَآءٌ لِّمَا فِى ٱلصُّدُورِ وَهُدًى وَرَحْمَةٌ لِّلْمُؤْمِنِينَ
(58) قُلْ بِفَضْلِ ٱللَّهِ وَبِرَحْمَتِهِۦ فَبِذٰلِكَ فَلْيَفْرَحُوا۟ هُوَ خَيْرٌ مِّمَّا يَجْمَعُونَ
Hai manusia, sesungguhnya telah datang kepadamu pelajaran dari Tuhanmu dan penyembuh bagi penyakit-penyakit (yang berada) dalam dada dan petunjuk serta rahmat bagi orang-orang yang beriman. (57) Katakanlah: "Dengan kurnia Allah dan rahmat-Nya, hendaklah dengan itu mereka bergembira. Kurnia Allah dan rahmat-Nya itu adalah lebih baik dari apa yang mereka kumpulkan".(58) (Yunus 10:57-58)
(2) طه (1) مَآ أَنزَلْنَا عَلَيْكَ ٱلْقُرْءَانَ لِتَشْقَىٰٓ
Thaahaa. Kami tidak menurunkan Al Quran ini kepadamu agar kamu menjadi susah; (Thaahaa 20:1-2)
- Dan hanya kepada Kamilah kamu dikembalikan
