Wednesday, 30 May 2018

TADABBUR RAMADHAN - SURAH AL FATH KELAS7 29.5.2018


Notes:
Tadabbur Al-Quran Bersama Ustaz Dr Firdaus Sulaiman – Program Ramadhan Abqaf
Tadabbur Surah Al Fath, Surah 48, ms511
Selasa, 29.5.2018, 13 Ramadhan 1439H – KELAS 7

Puji Syukur atas berbagai rahmat and kurnian Allah. Alhamdulillah kita dipanjangkan umur untuk memasuki bulan Ramadhan tahun ini sehingga hari ini. Moga diberi Inarah untuk menyempurnakan ibadah pada bulan Ramadhan. Selawat dan Salam kepada junjungan kita Nabi Muhammad SAW. Moga Allah memberkati majlis ilmu kita dan merahmati kita dan mengurniakan ilmu yang bermanfaat kepada kita.

Bacaan Ayat dan tafsir ayat ke 6 hingga ke 9


Ayat 6, Al Fath
Dan Dia mengazabkan orang yang munafik lelaki dan perempuan dan juga orang musyrik lelaki dan perempuan yang berprasangka buruk terhadap Allah. Mereka akan mendapat giliran azab yang buruk dan Allah murka kepada mereka dan mengutuk mereka serta menyediakan neraka Jahanam bagi mereka. Dan (neraka Jahannam) itu seburuk-buruk tempat tinggal.

Recap – Baik Sangka /Buruk Sangka
Sifat orang beriman – banyak baik sangka -
Sifat orang tak berimah – banyak buruk sangka –

Kadang2 perlu bersangka tak baik, sebagai langkah waspada
Apa BORDER LINE/GARIS PEMISAH?
*Sangka baik ada batas
Boleh bawa kepada negative dan terjerumus pada Ghurur (Tertipu) – ditipu oleh syaitan hingga selesa dan malas.

Sangka baik itu baik bila:-
a. kita lebih semangat, semakin berusaha dan taat kepada Allah. Kerana, mahu Allah lebih sayang.
b. Tanda sangka baik kepada Allah Lahir dari Makrifat Allah (Mengenal Allah) adalah–
*kenal dan yakin dengan Allah – melalui nama-namanya – eg Ar Rahman
*kerana keyakinan penuh dengan Allah melalui janjinya dalam Al Quran dan Hadis
*kerana yakin dengan Allah melalui perbuatanNYA dalam mentadbir alam/

NAK TENANG? Yakinlah dengan ayat ini
Surah An-Nisa, ms 101, ayat 147
Allah tidak akan menyeksamu, jika kamu bersyukur dan beriman. Dan sesungguhnya Allah Maha Mensyukuri lagi Maha Mengetahui.


Kalau jaga dua ini, bersyukur dan beriman – tiada bala dan seksaan di dunia dan akhirat. Percayalah dan yakin. Ini janji Allah dalam Al Quran. Tiada yang dinama azab.

Terima ujian dan nikmat dengah penuh syukur dan tunduk patuh. Kalau dpt rezeki melimpah, jangan takut, bersyukur, jadi lagi yakin dengan Allah.Bantu Aku untuk terus bersyukur…buat apa nak takut. Takut orang beriman hanya bila buat dosa dan maksiat dan takut yang mendorong kita usaha lagi untuk jadi yang lebih baik

Dalam senang dan susah, ingat Allah. Allah akan ingat kita. Dalam senang dan kaya, jadikan ianya sebagai ibadah /kafarah. Setiap yang Allah berikan ada tuntutan untuk jadi ianya ibadah.
Contoh: anak ramai kenapa nak risau? jadikan mereka asbab ibadah dan kebaikkan. Laksanakan amanah. Kisah Nabi Nuh dan anak dia, dia telah buat didikan terbaik tetapi anak dia derhaka. Adakah Nabi Nuh berdosa? Tidak.

Surah Hud, Ayat 45-46, ns 226/227
Dan Nuh berseru kepada Tuhannya sambil berkata: “YA Tuhanku, sesungguhnya anakku sebahagian daripada keluargaku dan sesungguhnya janji Engkau itulah yang benar. Dan Engkulah hakim yang paling adil.

Allah berfirman: “Wahai Nuh! Sesungguhnya dia bukanlah daripada keluargamu (yang dijanjikan akan diselamatkan), sesungguhnya perbuatanya, perbuatan yang tidak baik. Sebab itu janganlah kamu memohon kepadaKU sesuatu yang tidak engkau ketahui hekikatnya. Sesungguhnya Alu memperingat kepadamu supaya kamu jangan termasuk orang yang tidak berpengetahuan


Hadis

أَنَا عِنْدَ ظَنِّ عَبْدِي بِي
Sesungguhnya Allah berfirman: “Aku sebagaimana prasangka hambaku kepada-Ku. Aku bersamanya jika ia berdoa kepada-Ku.” [HR. Muslim 4832, 4851; Tirmidzi 3527, Ahmad 7115]


Jangan rasa abandon terbiar, dilupakanjangan ragu2.

Sangka baik yang negative-
Dengan sangka baik jadi makin malas, selesa, tiada inisiatif untuk buat baik relaks dan angan2 sebab Allah Maha Pengampun
Landasan bukan sebab ilmu dan makrifat, hanya dasar sangkaan/nafsu/angan2
Orang ini dalam Ghurur dan semakin lalai perintah Allah.

Sangka Baik ketika nak meninggal.
Ibnu Mas’ud, Kisah seorang ibu yang ada 10 orang anak. Dia pergi jumpa RAsullullah, mintak bawa anak2 dia untuk berjuang dan berjihad dalam perang. Bila anak dia syahid, dia gembira. sampai 9 anak mati syahid, dia gembira.

Yang bongsu ni degil, lebih pada dosa dan maksiat, mak dia sedih. Anak dia sakit, ibu sangat sedih. Anak dia tanya, abang2 saya mati, ibu senyumje tak sedih, tapi kenapa saya sakit, ibu sedih.

Wahai anakku, aku gembira bila dengar abang2 awak mati syahid kerana yakin mereka akan dapat syurga. Untuk kau, aku takut kita tak jumpa di syurga kerana kau bergelumang dengan dosa. Anak tanya – ibu, kalau ada api dalam tangan, ibu nak bakar saya? tidak, saya sayang awak. Anak jawab, jangan sedih ibu, saya yakin Allah akan mengampunsegala dosa saya kerana dia Maha Penyayang dan Maha Pengampun.

Riwayat disambung oleh Nabi bila dengar berita anak mati;
Sesungguhnya dia mati dengan berbaik sangka dengan Allah, Insya Allah, Allah akan mengampunkan dia. Dia akan dikurniakan apa sangkaannya kepada Allah

Surah Ar Rahman, Ayat 46, MS 533
Dan bagi siapa yang takut akan saat menghadap Tuhannya ada dua syurga.

Never, never judge and cakap orang ahli neraka. Sentiasa baik sangka terhadap orang lain.
Riwayat Nabi – Orang yang last masuk syurga, orang yang penuh dengan dosa, dia wasiat anak dia bakar jasad dia dan taburkan dalam laut. Dia takut dengan Allah disebabkan oleh dosanya. Dia beriman dengan Allah.

Bila dia dipanggil akhirnya masuk syurga, dia tanya boleh ke masuk syurga, Malaikat kata, Tuhanmu Maha Pengampun.

Dosa syirik tak akan diampunkan sampai bila-bila. Macam mana dengan dosa berat lain?
Dosa- dosa lain termasuk derhaka ibu bapa, boleh diampunkan dengan taubat nasuha dan berbuat baik kepada mereka ketika insaf, walaupun mereka sudah tiada. Ibu bapa mahukan 2 perkara dari anaknya  iaitu 1. Doa 2. Beramal Soleh.

Mengikut Kitab Tazkiratul Maut Imam Al Qurtubi dan Kitab Ar Ruh karangan Imam Ibnu Qayyim
Apabila seseorang sudah meninggal, dia akan tertunggu khabar tentang ahli keluarganya. Dia akan bertanya mengenai keluarganya dengan orang yang baru mati – kalau dikatakan keluarganya soleh, dia akan gembira dan lega. Kalau sebaliknya, mereka makin sedih. Bahagiakan mak ayah dia dengan doa dan amal solih kita.

Bila anak Adam meninggal, terputus segalanya kecuali-
Sedekah Jariyah
Ilmu bermanfaat
Anak yang soleh yang mendoakan

Orang lain doakan macam mana pula? BOLEH – syaratnya orang beriman kepada orang beriman. Kita adalah saudara dalam iman. Akan membantu dalam doa dari kawan, jiran, dll.

Surah Al Hasyr, Ayat 10, ms 547
Dan orang Islam yang datang setelah mereka (Muhajirin dan Ansar) berdoa dengan berkata: Ya Tuhan kami, ampunilah kami dan saudara-saudara kami yang telah beriman sebelum kami dan janganlah Engkau tanamkan perasaan hasad dengki dalam hati kami terhadap orang yang beriman. Ya Tuhan kami, sesungguhnya Engkau Maha Penyantun, lagi Maha Penyayang.

Oleh itu, jagalah sangkaan kita dan selalu bersangka baik dan kesannya kita akan dapat kebaikkan dan bersama dalam lingkungan kebaikkan. Pikir dan sangka baik, dapatlah baik.

Orang yang buruk sangka macam orang munafik, mereka akan sengsara. Dia akan kene keburukkan yang dia sangkakan dan dia akan dapat murka Allah dan dilaknat (jauh dari rahmat, manfaat dan kebaikkan) dan pada akhirnya, dihumban masuk neraka seburuk-buruk tempat kembali.

Penat bila bersama degan orang yang buruk sangka. Hindarkan diri daripadanya, kalau tidak nanti kita akan dalam persekitaraan negative.

Cara Baiki apa yang kita fikirkan
Baiki self dialogue kita dulu, bermotivasi untuk improve. Buang yang negative.
Untuk berjaya didunia, kena ada Asbabnya.Cari dan Ikut asbabnya.

Surah Al Kahf, Ayat 84, ms 303
Sesungguhnya Kami telah memberi kekuasann kepadanya di muka bumi dan Kami telah memberikan kepadanya jalan untuk mencapai segala sesuatu.

Jalan/Cara/Sebab – Zulqarnain: - follow the road/sebab/asbab kejayaan. Seseorang itu berjaya, bila dia nampak jalan dan terus buat. Bukan berlengah dan lemah. KENA ikut ASBAB. Macam-macam boleh dibuat

Allah beri hidayah, tunjuk jalan ke syurga…terpulang pada kita nak ambil jalan itu.

Insya Allah. Aamin.

No comments:

Post a Comment