Thursday, 30 January 2020

EK MAQDS K77b 5.2.2020 B6. DUNIA MEDAN BERAMAL iii. PANDUAN-PERINTAH DAN LARANGAN - HABLUM MINNANAS - PERHUBUNGAN DENGAN MANUSIA MS 54

Amalan di dalam fasa kehidupan didunia.
1. Hubungan dengan Allah
2. Hubungan dengan Manusia
* saling masuk antara dua dan tidak boleh dipisahkan. Saling mengisi.

Ayat 14 Buku EK
******************
إِنَّ ٱلْمُصَّدِّقِينَ وَٱلْمُصَّدِّقٰتِ وَأَقْرَضُواْ ٱللَّهَ قَرْضًا حَسَنًا يُضٰعَفُ لَهُمْ وَلَهُمْ أَجْرٌ كَرِيمٌ
Sesungguhnya orang-orang yang membenarkan (Allah dan Rasul-Nya) baik laki-laki maupun perempuan dan meminjamkan kepada Allah pinjaman yang baik, nescaya akan dilipatgandakan (pembayarannya) kepada mereka; dan bagi mereka pahala yang banyak.
(Al Hadiid 57:18)

Musoddiqin
************
1. Membenarkan
2. Besedekah
Dalam Quran sedekah juga nama untuk zakat.

Orang yang beriman  adalah yang membenarkan Allah dan Rasul. Tanda keimanan ialah dapat bersedekah (meminjamkan kepada Allah).. keluarkan harta dengan berbagai cara.. paksa- zakat dan ada cara yg seolah pinjam.. qardan. Dengan Allah setiap pinjaman kita beri akan pasti balik pada kita. Guarantee. 


وَإِن كَانَ ذُو عُسْرَةٍ فَنَظِرَةٌ إِلَىٰ مَيْسَرَةٍ ۚ وَأَن تَصَدَّقُواْ خَيْرٌ لَّكُمْ ۖ إِن كُنتُمْ تَعْلَمُونَ
Dan jika (orang yang berhutang itu) dalam kesukaran, maka berilah tangguh sampai dia berkelapangan. Dan menyedekahkan (sebagian atau semua utang) itu, lebih baik bagimu, jika kamu mengetahui.
(Al Baqarah 2:280)

Bahasa yg digunakan iaitu pinjaman utk memberi jaminan yang akan digantikan dengan gandaan dan pahala yg besar...(ajrun karim) syurga.

Conclusion:
Hubungan kita dengan manusia adalah hubungan untuk memberi...bukan hubungan untuk mengambil. 
*Bukan give and take mcm kita selalu dengar. In Islam..give to people and take from Allah*

Beri kasih sayang. Kalau orang sayang balik, Alhamdulillah..kalau tak sayang takpa. Settle hidup  kalau macam tu. Pada ketika harapkan balasan dan penghargaan manusia..maka jadi rumit kehidupan.

قُلْ إِنَّ رَبِّى يَبْسُطُ ٱلرِّزْقَ لِمَن يَشَآءُ مِنْ عِبَادِهِۦ وَيَقْدِرُ لَهُۥ ۚ وَمَآ أَنفَقْتُم مِّن شَىْءٍ فَهُوَ يُخْلِفُهُۥ ۖ وَهُوَ خَيْرُ ٱلرّٰزِقِينَ
Katakanlah: "Sesungguhnya Tuhanku melapangkan rezeki bagi siapa yang dikehendaki-Nya di antara hamba-hamba-Nya dan menyempitkan bagi (siapa yang dikehendaki-Nya)". Dan barang apa saja yang kamu nafkahkan, maka Allah akan menggantinya dan Dialah Pemberi rezeki yang sebaik-baiknya.
(Saba' 34:39)

Apa yang kamu infaqkan akan pasti akan ada gantinya. Yakinlah. Keyakinan yg dipegang gantian itu dari Allah bukan manusia. Sebab dia sebaik baik pemberi rezeki. 

Ayat 15 Buku EK
*****************
وَوَصَّيْنَا ٱلْإِنسٰنَ بِوٰلِدَيْهِ حُسْنًا ۖ وَإِن جٰهَدَاكَ لِتُشْرِكَ بِى مَا لَيْسَ لَكَ بِهِۦ عِلْمٌ فَلَا تُطِعْهُمَآ ۚ إِلَىَّ مَرْجِعُكُمْ فَأُنَبِّئُكُم بِمَا كُنتُمْ تَعْمَلُونَ
Dan Kami wajibkan manusia (berbuat) kebaikan kepada dua orang ibu-bapanya. Dan jika keduanya memaksamu untuk mempersekutukan Aku dengan sesuatu yang tidak ada pengetahuanmu tentang itu, maka janganlah kamu mengikuti keduanya. Hanya kepada-Ku-lah kembalimu, lalu Aku kabarkan kepadamu apa yang telah kamu kerjakan.
(Al 'Ankabut 29:8)

Wajib buat baik pada kedua ibu bapa.
*Husnan - perkara baik
*Ehsanan - lebih dari baik/patut untuk ibu bapa redha akan kita. Mereka rasa sebagai raja dan permaisuri. 
Contoh ziarah ibu bapa adalah baik
Lebih baik kita berborak bersembang dan layan sepenuhnya..datang semata mata untuk spend time.
Kajian mengenai orang tua...depression kerana kurang bercakap dengan anak2. Anak hanya datang dan pergi macam tu.

Surah Al Isra ayat 23
۞ وَقَضَىٰ رَبُّكَ أَلَّا تَعْبُدُوٓاْ إِلَّآ إِيَّاهُ وَبِٱلْوٰلِدَيْنِ إِحْسٰنًا ۚ إِمَّا يَبْلُغَنَّ عِندَكَ ٱلْكِبَرَ أَحَدُهُمَآ أَوْ كِلَاهُمَا فَلَا تَقُل لَّهُمَآ أُفٍّ وَلَا تَنْهَرْهُمَا وَقُل لَّهُمَا قَوْلًا كَرِيمًا
Dan Tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selain Dia dan hendaklah kamu berbuat baik pada ibu bapakmu dengan sebaik-baiknya. Jika salah seorang di antara keduanya atau kedua-duanya sampai berumur lanjut dalam pemeliharaanmu, maka sekali-kali janganlah kamu mengatakan kepada keduanya perkataan "ah" dan janganlah kamu membentak mereka dan ucapkanlah kepada mereka perkataan yang mulia.
(Al Israa' 17:23)

Ilmu Parenting**
Sembanglah anda dengan anak semasa kecik..bukan sekadar bagi makan pakai....kalau tak buat...jangan harap depa menyembang dgn kita masa kita tua dan dia besar.

Ibu bapa inginkan kehadiran dan layanan..attention bukan benda dan perkara.

Tanda baik hubungan seseorangan dengan Allah adalah baik hubungannya dengan Ibu Bapa. 

Dengan orang lain, beri yg sepatutnya dengan Ibu Bapa bagi selebih lebihnya. (Lebih dari yg dia expect and mintak)


EK MAQDS K77a 5.2.2020 B6. DUNIA MEDAN BERAMAL ii. PANDUAN-PERINTAH DAN LARANGAN - HABLUM MINALLAH - PERHUBUNGAN DENGAN ALLAH MS 53

Sambungan

وَأَنزَلْنَآ إِلَيْكَ ٱلْكِتٰبَ بِٱلْحَقِّ مُصَدِّقًا لِّمَا بَيْنَ يَدَيْهِ مِنَ ٱلْكِتٰبِ 
وَمُهَيْمِنًا عَلَيْهِ ۖ فَٱحْكُم بَيْنَهُم بِمَآ أَنزَلَ ٱللَّهُ ۖ وَلَا تَتَّبِعْ أَهْوَآءَهُمْ عَمَّا جَآءَكَ مِنَ ٱلْحَقِّ ۚ لِكُلٍّ جَعَلْنَا مِنكُمْ شِرْعَةً وَمِنْهَاجًا ۚ وَلَوْ شَآءَ ٱللَّهُ لَجَعَلَكُمْ أُمَّةً وٰحِدَةً وَلٰكِن لِّيَبْلُوَكُمْ فِى مَآ ءَاتَىٰكُمْ ۖ فَٱسْتَبِقُواْ ٱلْخَيْرٰتِ ۚ إِلَى ٱللَّهِ مَرْجِعُكُمْ جَمِيعًا فَيُنَبِّئُكُم بِمَا كُنتُمْ فِيهِ تَخْتَلِفُونَ

Dan Kami telah turunkan kepadamu Al Quran dengan membawa kebenaran, membenarkan apa yang sebelumnya, yaitu kitab-kitab (yang diturunkan sebelumnya) dan batu ujian terhadap kitab-kitab yang lain itu; maka putuskanlah perkara mereka menurut apa yang Allah turunkan dan janganlah kamu mengikuti hawa nafsu mereka dengan meninggalkan kebenaran yang telah datang kepadamu. Untuk tiap-tiap umat diantara kamu, Kami berikan aturan dan jalan yang terang. Sekiranya Allah menghendaki, niscaya kamu dijadikan-Nya satu umat (saja), tetapi Allah hendak menguji kamu terhadap pemberian-Nya kepadamu, maka berlomba-lombalah berbuat kebajikan. Hanya kepada Allah-lah kembali kamu semuanya, lalu diberitahukan-Nya kepadamu apa yang telah kamu perselisihkan itu,
(Al Maidah 5:48)

Sambungan orang yang  menjaga hubungan dengan Allah ialah yang mempunyai sifat Fastabiqul khairat(kebaikkan yg banyak)
Usaha dalam berbagai cara. Bukan cukup dengan satu usaha amal soleh. Cari peluang lain. Tapi mesti juga ada core/focus/wasilah contoh core dalam ilmu/ quran/ perniagaan /dakwah
Ajak ramai ramai dan saling membantu

Sabaqa Yusobiku - Mendahului
Sabaqa Yusobiku Musabaqa - perlumba/berlumba
Istabaqa  Yustabaqa Istabiqu- berlumba lumba

Jangan sorang2...nanti down cepat. Kene berjemaah dan sama2 bagi semangat. Bersama sama. Semakin ramai semakin bagus. Kene beramai ramai dalam buat amal soleh.

Tujuan segala usaha termasuk Solat adalah tujuannya untuk mengingat Allah. Jgn terpengaruh dgn kuantiti . TUJUAN ASAL ialan membesarkan Allah dan mengkerdilkan diri.

Dzikrullah - Matlamat dalam segala  ibadah dan amal soleh.

Tujuan dzikir ialah untuk ingat akan kebesaran Allah mengenal Allah,di mana kita mengingatkan,kebesarannya,maka dengan sendirinya pula kita tahu akan kerendahan kedudukan dan mertabat diri kita.
Akan besarkan Allah dan kecilkan diri.
Semua perkara akan lebih mengingat kita kepada Allah

Dengan berdzikir juga boleh mengejapkan tauhid kita kepada Allah dan menguatkan i'tiqad(keyakinan kita)

Dzikrullah ialah satu ungkapan umum yang terangkum di dalamnya segala sesuatu perbuatan yang kita lakukan yang mendekatkan kita dengan Allah taala.
Termasuk mengembara dan melancong dan beriadah....akhirnya matlamat untuk membesarkan Allah dan Allah memberi pelajaran melalui kekurangan dan kelebihan bangsa lain. Jangan lari dari matlamat asal iaitu Dzikrulllah.

Termasuk di dalam Dzikrullah: Menuntut ilmu; untuk mendalami Al-Quran dan As-Sunnah,Mengetahui perintah Allah,halal dan haram dan segala ilmu-ilmu lain yang berkait dengan agama. Solat, Puasa, Zakat, Haji, Bersedekah dan infaq fi-sabilillah, Berdakwah, Menyeru kepada makruf dan mencegah dari munkar, Berdoa, Berdzikir, Menghidupkan sunnah nabi dan sebagainya.

Doa kene dengan khusyuk dgn merasa kebesaran Allah dan kefakiran diri. Keadaan kita rasa amat perlukan Allah

Namun istilah dzikir yang lemah umum digunakan di kalangan masyarakat adalah dengan erti menyebut Nama/Sifat Allah melalui tasbih, tahmid, takbir, tahlil, dll, yang 
Ini makna kecil zikir. juga terkandung makna mengingat Allah.

Sunday, 26 January 2020

EK MAQDS K76 29.1.2020 B6. DUNIA MEDAN BERAMAL ii. PANDUAN-PERINTAH DAN LARANGAN - HABLUM MINALLAH - PERHUBUNGAN DENGAN ALLAH MS 53

Kita pelajari erti khidupan agar kita beroleh kejayaan dalam seluruh fasa kehidupan manusia. Kita sudah lalui alam roh dan rahim..dan sekarang di alam dunia. Alam dunia yang seketika dan sementara sifatnya.

Lalai kita dalam mengisi fasa dunia akan menjadikan kita rugi dalam fasa kehidupan selanjutnya. Banyak ayat mengarahkan kita untuk bersiap siaga di alam dunia untuk menuai kejayaan yang hakiki di fasa alam akhirat yang kekal abadi.

Hubungan dengan Allah dan Manusia mesti dijaga sebaiknya.

Recap Cara Menjaga Perhubungan dengan Allah.
1. Jangan sekali syirik
2. Taat Allah dan Rasul dengan sebaik kemampuan
3. Banyak Mengingati Allah dgn sebanyak banyaknya
4 . Bersyukur untuk segalanya pada setiap ketika
5. Segera taubat dan tingkatkan amal soleh
6. Usaha istiqamah sampai ke akhirnya
7. Perlu sentiasa berharap sepenuhnya dgn Allah. Sentiasa berbaik sangka setiap masa. Selalu berharap pada Allah untuk segala yg kita inginkan
8. Meyakini ada beza org beriman dan tidak  atau fasik..berilmu v tiada atau ilmu
Beriman dan bertaqwa....beramal dgn ilmu v ada ilmu tak amal...yang belajar v yang tidak.
9. Berhubung baik dgn Al Quran..baca tadabbur, amal,  sampai,  hafal..istiqamah
11. Yakin dgn bantuan Allah ketika ditimpa ujian musibah. Bila diuji dan sabar...bermakna kita sangat dekat dengan Allah. Imani dan yakini. Allah akan bimbing hati kita untuk mendapat jalan keluar. Dapat hidayah dari Allah.

Apa maksud Musibah?
Assoba - menimpa
Sobba - benar atau tepat
*root word bukan negative malah positif
Sesuatu yg tepat dari Allah utk kita
Itu tepat dan sesuai utk kita
Kalau faham...kita tak persoalkan musibah yg berlaku. Sesuai untuk aku pada masa ini. Mohon kekuatan dan kesabaran.
Kene yakin ujian itu baik untuk kita
Semua atas izin dan kemahuan Allah.
Yakin Allah hanya beri pada kita yg baik walau dalam apa bentuk
Kalau positive...akan boleh handle apa pun.

Doa mohon kesabaran..kuatkan kami dan kurniakan pertolongan 
وَلَمَّا بَرَزُواْ لِجَالُوتَ وَجُنُودِهِۦ قَالُواْ رَبَّنَآ أَفْرِغْ عَلَيْنَا صَبْرًا وَثَبِّتْ أَقْدَامَنَا وَٱنصُرْنَا عَلَى ٱلْقَوْمِ ٱلْكٰفِرِينَ
Tatkala Jalut dan tentaranya telah nampak oleh mereka, merekapun (Thalut dan tentaranya) berdoa: "Ya Tuhan kami, tuangkanlah kesabaran atas diri kami, dan kokohkanlah pendirian kami dan tolonglah kami terhadap orang-orang kafir".
(Al Baqarah 2:250)

Ujian - 
Musibah atau Nikmat
Ujian - Fitnah/fatana  proses mengeluarkan acuan yang baik.
Yakin semua takdir Allah adalah terbaik

12.  Hindarkan pergaduhan dan perselisihan dalam hal agama yg tak patut dipertikaikan. Semakin ada Ilmu semakin tunduk dan penuh kasih sayang sesama saudara Islam
Ayat 12 Buku EK
*******************
إِنَّ ٱلدِّينَ عِندَ ٱللَّهِ ٱلْإِسْلٰمُ ۗ وَمَا ٱخْتَلَفَ ٱلَّذِينَ أُوتُواْ ٱلْكِتٰبَ إِلَّا مِنۢ بَعْدِ مَا جَآءَهُمُ ٱلْعِلْمُ بَغْيًۢا بَيْنَهُمْ ۗ وَمَن يَكْفُرْ بِـَٔايٰتِ ٱللَّهِ فَإِنَّ ٱللَّهَ سَرِيعُ ٱلْحِسَابِ
Sesungguhnya agama (yang diridhai) disisi Allah hanyalah Islam. Tiada berselisih orang-orang yang telah diberi Al Kitab kecuali sesudah datang pengetahuan kepada mereka, karena kedengkian (yang ada) di antara mereka. Barangsiapa yang kafir terhadap ayat-ayat Allah maka sesungguhnya Allah sangat cepat hisab-Nya.
(Ali Imran 3:19) 

Kehendak Mencipta Allah v Apa yang diRedhai Allah.
Banyak agama didunia..tapi yg diredhai hanyalah SATU. Agama Islam agama semua Nabi. Islam means submission to Allah. 

Pegang Islam sekuatnya dan jangan bertelingkah sesama Islam. Yakin hasrat dan niat sama walau cara berbeza. Islam spt jalanraya/lebuh raya yg banyak lane.
Lane slow kiri / lane kanan laju/lane tengah sedang....kdg2 salah lane..
Amalan baik dan terbaik ada beza.
Cth Hal Tutup Aurat....raikan niatnya dan bagi nasihat elok2 untuk dia buat yang terbaik.

Pada diri sendiri kene strict dan tegas
Dengan orang lain kene bertolak ansur dan berbaik sangka...berlapang dada.
Dengan itu akan kuranglah pertelingkahan antara kita
Kenapa kita selalu bertelingkah - tak puas hati dengan kelebihan org lain...dengki..kadang tak perasaan.
Perangkap iblis...kita ingat kita baik dan orang lain semua tak betul.

Ahli kitab bergaduh bila masing2 ada ilmu..seharusnya lebih baik akhlak antara mereka bila berilmu

Zaman sekarang...fitnah dahsyat..maklumat tak sampai penuh..sampai condemn itu ini. Wlpn sebenarnya orang itu tak pun bercakap begitu.

Jaga. Jangan biar pecah belah. Berkasih sayang sesama orang islam dan orang beriman.

قُلْ أَرَءَيْتُمْ إِن كَانَ مِنْ عِندِ ٱللَّهِ وَكَفَرْتُم بِهِۦ وَشَهِدَ شَاهِدٌ مِّنۢ بَنِىٓ إِسْرٓءِيلَ عَلَىٰ مِثْلِهِۦ فَـَٔامَنَ وَٱسْتَكْبَرْتُمْ ۖ إِنَّ ٱللَّهَ لَا يَهْدِى ٱلْقَوْمَ ٱلظّٰلِمِينَ
Katakanlah: "Terangkanlah kepadaku, bagaimanakah pendapatmu jika Al Quran itu datang dari sisi Allah, padahal kamu mengingkarinya dan seorang saksi dari Bani Israil mengakui (kebenaran) yang serupa dengan (yang tersebut dalam) Al Quran lalu dia beriman, sedang kamu menyombongkan diri. Sesungguhnya Allah tiada memberi petunjuk kepada orang-orang yang zalim".
(Al Ahqaaf 46:10)

Kisah Orang Yahudi dan Abdullah b Salam
Mereka puji habis2 Abdullah. Rasul tanya mcm mana kalau dia masuk Islam. Mereka kata mana boleh. Kemudian Abdullah keluar dan bersaksikan Muhammad sebagai 
Rasul dan Allah sebagai Tuhan. Mereka marah dan mencaci Abdullah pula.

Sebab benci dengan Nabi Muhammad  dan yakin ada nabi terakhir..messiah..yang mesti nabi datang  dari Bani Israel. Dalam kitab, hanya cakap nabi terakhir akan datang dari keturunan Nabi Ibrahim yang ada 2 anak,  Ishak dan Ismail. Mereka padang remeh org Arab yang lemah dan jahil daripada mereka. Mereka Sombong. Mereka ingat mereka terlalu baik.  Mereka juga tak terima Nabi Isa, kerana tolak Nabi Isa sebagai mukjizat Allah, iaitu lahir tanpa bapa  .  Dengan nabi mereka pun mereka gaduh..depa engkar sombong sampai ke hari ini.

13. Berusaha melaksanakan hukum hakam Allah sebaiknya dan jangan ikut hawa nafsu.
Ayat 13 Buku EK
*******************
وَأَنزَلْنَآ إِلَيْكَ ٱلْكِتٰبَ بِٱلْحَقِّ مُصَدِّقًا لِّمَا بَيْنَ يَدَيْهِ مِنَ ٱلْكِتٰبِ وَمُهَيْمِنًا عَلَيْهِ ۖ فَٱحْكُم بَيْنَهُم بِمَآ أَنزَلَ ٱللَّهُ ۖ وَلَا تَتَّبِعْ أَهْوَآءَهُمْ عَمَّا جَآءَكَ مِنَ ٱلْحَقِّ ۚ لِكُلٍّ جَعَلْنَا مِنكُمْ شِرْعَةً وَمِنْهَاجًا ۚ وَلَوْ شَآءَ ٱللَّهُ لَجَعَلَكُمْ أُمَّةً وٰحِدَةً وَلٰكِن لِّيَبْلُوَكُمْ فِى مَآ ءَاتَىٰكُمْ ۖ فَٱسْتَبِقُواْ ٱلْخَيْرٰتِ ۚ إِلَى ٱللَّهِ مَرْجِعُكُمْ جَمِيعًا فَيُنَبِّئُكُم بِمَا كُنتُمْ فِيهِ تَخْتَلِفُونَ
Dan Kami telah turunkan kepadamu Al Quran dengan membawa kebenaran, membenarkan apa yang sebelumnya, yaitu kitab-kitab (yang diturunkan sebelumnya) dan batu ujian terhadap kitab-kitab yang lain itu; maka putuskanlah perkara mereka menurut apa yang Allah turunkan dan janganlah kamu mengikuti hawa nafsu mereka dengan meninggalkan kebenaran yang telah datang kepadamu. Untuk tiap-tiap umat diantara kamu, Kami berikan aturan dan jalan yang terang. Sekiranya Allah menghendaki, niscaya kamu dijadikan-Nya satu umat (saja), tetapi Allah hendak menguji kamu terhadap pemberian-Nya kepadamu, maka berlomba-lombalah berbuat kebajikan. Hanya kepada Allah-lah kembali kamu semuanya, lalu diberitahukan-Nya kepadamu apa yang telah kamu perselisihkan itu,
(Al Maidah 5:48)

Quran membetulkan fakta yg tidak betul dalam kitab sebelumya. Diterangkan yang betul dan benar sahaja. Mengenai Nabi Daud dan Sulaiman.Quran untuk pengajaran. Tak perlu detail yang  tak penting.
Cth cerita nabi Yusof...tiada sebut pasal kahwin ke apa. 

Quran adalah sumber dalam hukuman. Jangan ikut hawa nafsu.

Semua nabi dan umat Allah bagi aturan yg berlainan dan berbeza mengikut masa dan kesesuaian. Hidup dynamic dan berkembang.
Contoh zaman nabi Adam..Allah suruh kahwinkan adek beradek...silang kembar.
Zaman nabi Yaakub...boleh nikah isteri dan adek isteri. Zaman Nabi Muhammad tak boleh.

Kalau Allah nak ,boleh sahaja Allah buat kita semua sama dan satu agama. Tapi kehendak Allan nak jadikan pelbagai. 

Hasad Dengki punca pertama dan utama segala dosa termasuk Bunuh (anak nabi Adam)   Tak mahu orang lebih.
Terhindar dengki  bila sudi terima kelebihan orang lain.

Kunci Ketenangan Hidup - terima kelebihan orang lain dan bersyukur dengan apa yg kita ada. Disamping terus berusaha untuk perbaiki.

Lihat semua perbezaan dalam kelebihan sebagai sesuatu yang normal dan biasa dalam hidup.

Allah akan soal apa yg dikurniakan pada kita, bukan pada apa diberi kepada orang lain. Masing2 bertangunggjawab atas diri sendiri. Lumba2 buat kebaikkan tanpa dengki dengan cara masing. Jangan runsing pasal orang lain...pikir mcm mana usaha kita.

Dengki - 4 Peringkat
1. Tak suka orang lebih dari segala apapun urusan dunia dan akhirat dan usaha untuk aniaya. Termasuk sihir

2. Tak suka dengan kelebihan orang dalam urusan dunia dan nak orang hilang nikmat tapi tak buat aniaya.

3. Tak suka kelebihan orang dalam bab akhirat dan nak kelebihannya berkurang
*3 diatas tak boleh. No 4 boleh

4. Dengki positive bab akhirat orang lebih namun tiada keinginan ia berkurang darinya namun inginkan dan berusaha utk memperbaiki diri kita agar sama atau lebih.

Ribtah. 2 yg perlu mengikut Nabi.
1.  Orang yg berilmu dan beramal tiap malam dengannya
2. Orang yg diberi harta yang banyak dan beramal dengan hartanya siang malam.

**************

Dzikrullah
Tujuan dzikir ialah untuk ingat akan kebesaran Allah,di mana kita mengingatkan,kebesaranya,maka dengan sendirinya pula kita tahu akan kerendahan kedudukan dan mertabat diri kita.Dengan berdzikir juga boleh mengejapkan tauhid kita kepada Allah dan menguatkan i'tiqad kita

Dzikrullah ialah satu ungkapan umum yang terangkum di dalamnya segala perbuatan yang kita lakukan yang mendekatkan kita dengan Allah taala.Termasuk di dalam Dzikrullah:Menuntut ilmu;untuk mendalami Al-Quran dan As-Sunnah,Mengetahui perintah Allah,halal dan haram dan segala ilmu-ilmu lain yang berkait dengan agama. Solat,Puasa,Zakat, Haji, Bersedekah dan infaq fi-sabilillah, Berdakwah, Menyeru kepada makruf dan mencegah dari munkar, Berdoa, Berdzikir, Menghidupkan sunnah nabi dan sebagainya.

Namun istilah dzikir yang lemah umum digunakan di kalangan masyarakat adalah dengan erti menyebut Nama/Sifat Allah melalui tsbih, tahmid, takbir, tahlil, dll, yang juga terkandung makna mengingat Allah.

Thursday, 16 January 2020

EK MAQDS K75 22.1.2020 B6. DUNIA MEDAN BERAMAL ii. PANDUAN-PERINTAH DAN LARANGAN - HABLUM MINALLAH - PERHUBUNGAN DENGAN ALLAH MS 52

EK MAQDS K75 22.1.2020 B6. DUNIA MEDAN BERAMAL ii. PANDUAN-PERINTAH DAN LARANGAN - HABLUM MINALLAH - PERHUBUNGAN DENGAN ALLAH MS 52

Penting fahami erti kehidupan. Perlu fahan dan ingat ialah dunia adalah tempat beramal berbuat bekerja menuai dgn niat utk dituai di akhirat kelak. 2 perkara penting perlu kita perhatikan
1. Hubungan Dengan Allah
2. Hubungan Dengan Manusia

Menjaga hubungan dengan Allah dengan:
*****************************************
1. Yakin dengan semurni murni Tauhid - semua baik buruk dari Allah. Jangan diselubungi dengan sekecil syirik pun.
2. Taat Allah dan Rasul seluruhnya sedaya upaya kamu.
Surah Ali Imran 
يٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ ٱتَّقُواْ ٱللَّهَ حَقَّ تُقَاتِهِۦ وَلَا تَمُوتُنَّ إِلَّا وَأَنتُم مُّسْلِمُونَ
Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah sebenar-benar takwa kepada-Nya; dan janganlah sekali-kali kamu mati melainkan dalam keadaan beragama Islam.
(Ali Imran 3:102)

Bertaqwalah kamu dgn sebenar benar taqwa*

Sabahat nabi merasakan rasa amat berat kerana mereka sangat bersungguh sungguh dalam ibadah mereka....mereka adu dengan Nabi...mereka rasa tak boleh nikmati kehidupan sebab sangat2 takut dengan perintah Allah dalam ayat diatas.

Kemudian turun ayat lain yang meringankan ayat di atas( rukhsah..keringinan)
Surah Taghabun Ayat 16
فَٱتَّقُواْ ٱللَّهَ مَا ٱسْتَطَعْتُمْ وَٱسْمَعُواْ وَأَطِيعُواْ وَأَنفِقُواْ خَيْرًا لِّأَنفُسِكُمْ ۗ وَمَن يُوقَ شُحَّ نَفْسِهِۦ فَأُوْلٓئِكَ هُمُ ٱلْمُفْلِحُونَ
Maka bertakwalah kamu kepada Allah menurut kesanggupanmu dan dengarlah serta taatlah dan nafkahkanlah nafkah yang baik untuk dirimu. Dan barangsiapa yang dipelihara dari kekikiran dirinya, maka mereka itulah orang-orang yang beruntung.
(Ath Taghabun 64:16)

Rahsia kejayaaan...dpt menginfakkan harta..Usaha sedaya upaya. Lain lain kemampuan taqwa. Nilai diri sendiri. Bertanggungjawab atas diri. Jangan beralasan. 

3. Banyak mengingat Allah setiap masa sebanyaknya
4. Banyak Bersyukur dlm hidup ..lihat segala nikmat anugerah kemudahan yg kita dpt dalam kehidupan kita...perlu tanam syukur setiap masa. Jangan dikenangkan ujian musibah dan kesedihan dgn yakin ada hikmah yg terbaik.
5. Bersegera untuk taubat dan amal soleh. Grab peluang cepat dan jangan tunda2.
Surah Infithar, ms 587, 4 , 5 ,6
وَإِذَا ٱلْقُبُورُ بُعْثِرَتْ
dan apabila kuburan-kuburan dibongkar,
(Al Infitha 82:4)
عَلِمَتْ نَفْسٌ مَّا قَدَّمَتْ وَأَخَّرَتْ
maka tiap-tiap jiwa akan mengetahui apa yang telah dikerjakan dan yang dilalaikannya.
(Al Infitha 82:5)
يٓأَيُّهَا ٱلْإِنسٰنُ مَا غَرَّكَ بِرَبِّكَ ٱلْكَرِيمِ
Hai manusia, apakah yang telah memperdayakan kamu (berbuat durhaka) terhadap Tuhanmu Yang Maha Pemurah.
(Al Infitha 82:6)

Program Hasadul Umur.
Ulamak buat program lepas 5 bulan terlantar sakit dan muhasabah diri
A. Dia rasakan dia berada pada separuh antara langit dan bumi...separuh separuh..antara hidup dan mati
B. Perlu segerakan apa yang patut buat..jangan tunda2 ..pasti akan menyesal.
Allah tanya?.
Kenapa masih lalai...leka..tunda2.  Apa sebabnya??. Padahal Allah yg cipta dan sempurnakan kamu dengan sebanyak banyak kesempurnana. Maka bersegeralah!

6. Istiqamah dalam amalan soleh
7. Berharap sepenuhnya hanya kepada Allah..berbaik sangka dengan Allah
8. Meyakini ada beza antara orang yg baik v buruk..beriman v fasik...berilmu v tak berilmu

9.  Perlu Jaga hubungan dengan Al Quran (Qalam Allah)
Ayat ke 9 Buku EK
********************
طسٓ ۚ تِلْكَ ءَايٰتُ ٱلْقُرْءَانِ وَكِتَابٍ مُّبِينٍ
Thaa Siin (Surat) ini adalah ayat-ayat Al Quran, dan (ayat-ayat) Kitab yang menjelaskan,
(An Naml 27:1)
هُدًى وَبُشْرَىٰ لِلْمُؤْمِنِينَ
untuk menjadi petunjuk dan berita gembira untuk orang-orang yang beriman,
(An Naml 27:2)
ٱلَّذِينَ يُقِيمُونَ ٱلصَّلَوٰةَ وَيُؤْتُونَ ٱلزَّكَوٰةَ وَهُم بِٱلْءَاخِرَةِ همْ يُوقِنُونَ
(yaitu) orang-orang yang mendirikan sembahyang dan menunaikan zakat dan mereka yakin akan adanya negeri akhirat.
(An Naml 27:3)

AlQuran diturunkan kepada manusia. Namun hanya orang beriman akan merasakan sangat2 petunjuk kehidupan yang terdapat  dan Al Quran. Lebih lagi jika beriman dan bertaqwa

Manusia berdasarkan Al Quran.
1. Level Muslim
A. Taat- amalkan Islam
B. Asi - tak amalkan
2. Level Mukmin @ Solehin
Iman bertambah dengan Amalan bukan bercakap..kalau kurang amal ketaatan menunjukkan iman dalam penurunan...
Orang yang beramal soleh
Semakin banyak amalan soleh
3. Level Mukmin Bertaqwa - Muttaqin
Juga dinamakan Muqarabbin...orang yg didekatkan dengan Allah
Kafir
1. Ahli Kitab
2.  Harbi
Munafik

Mesti usahakan hubungan yang sangat rapat dengan Al Quran. Berusaha bersungguh sungguh untuk sentiasa dekat dengan Qalam Allah.

Seorang Syeikh mengatakan cara berinteraksi dengan Al Quran sehari
1. Baca Al Quran secara cepat untuk khatam. Untuk habis. Tadarus
2. Baca perlahan dengan tafsir dan tak perlu cepat ..satu atau dua ayat sekali duduk. Ini sangat bagus dan mempengaruhi diri dengan fahaman ayat Alquran
3. Ambil satu amalan yang kita faham dan buat sedaya upaya 

Orang beriman merasakan petunjuk yang benar2 dengan Al Quran. Aplikasi Al Quran..mendirikan solat dengan sebaiknya..perbaikki dan kemudian periksa harta..mana zakat?. Zakat sgt penting.
Semua yang kita buat utk mendapat akhirat yg terbaik dengan keyakinan yg sebenarnya akan datangnya negeri akhirat.

10.  Perlunya Khusyuk ketika Ingat Allah..
Solat, zikir, waktu baca Al Quran(fahami), bekerja dll
Ayat 10 Buku Erti Kehidupan
*****************************
۞ أَلَمْ يَأْنِ لِلَّذِينَ ءَامَنُوٓاْ أَن تَخْشَعَ قُلُوبُهُمْ لِذِكْرِ ٱللَّهِ وَمَا نَزَلَ مِنَ ٱلْحَقِّ وَلَا يَكُونُواْ كَٱلَّذِينَ أُوتُواْ ٱلْكِتٰبَ مِن قَبْلُ فَطَالَ عَلَيْهِمُ ٱلْأَمَدُ فَقَسَتْ قُلُوبُهُمْ ۖ وَكَثِيرٌ مِّنْهُمْ فٰسِقُونَ
Belumkah datang waktunya bagi orang-orang yang beriman, untuk tunduk hati mereka mengingat Allah dan kepada kebenaran yang telah turun (kepada mereka), dan janganlah mereka seperti orang-orang yang sebelumnya telah diturunkan Al Kitab kepadanya, kemudian berlalulah masa yang panjang atas mereka lalu hati mereka menjadi keras. Dan kebanyakan di antara mereka adalah orang-orang yang fasik.
(Al Hadiid 57:16)

Carilah kekhusyukkan itu...usahakan sedaya upaya tanpa lelah. KHUSYUK Mesti disengajakan dan dipersiapkan...diusahakan. bersedia untuk solat....sebelum waktu solat dah bersedia..wudhuk..ditempat sujud. Niatkan Khusyuk. Diusahakan. IQAMATI Solat..mendirikan solat. Preparation yang rapi dan teliti. Kenapa dgn manusia boleh teliti dengan Allah...cincai?

Masa2 Khusyuk-
Pra Solat
Masa Solat
Lepas Solat

Jangan suka tunda2 khusyuk. Kalau tak segerakan belajar khusyuk...hati akan jadi keras. Jadi terus buat. Masalah manusia adalah susah konsentrasi...gelojoh. Kene focus. Selesai satu perkara baru fikir dan buat yg baru. Rahsia orang Berjaya adalah focus. Khusyuk dalam solat dan baca Al Quran.

Riwayat
Fudhail b Iyat..muslim yg pada awalnya bergulimang dgn dosa..curi dan minum arak
Bila nak kahwin...dia cari isteri baik..dapat anak yg comel...dia usaha untuk tinggalkan dosa dan buat baik. Bila anak dia mati..dia patah hati...kembali buat dosa minum arak dan curi. Satu hari dia telah Mimpi dibawa di padang besar yg luas
Kiri api tinggi, kanan Gunung..belakang ada ular yg kejar dia...ketika lari dia terserempak dgn lelaki yg kurus kering....laki tu kata dia tak blh tolong apa...dia lari...dan pusing balik..lelaki tu suruh naik bukit...dia lari kencang.. ular masih kejar...bila naik...dia nampak satu taman dan penuh kanak2...dia nampak anak dia yang mati. Anak dia sambut..dia minta tolong anaknya...anak dia kata insya Allah dia boleh tolong dan anaknya telah memberi penerangan pasanya
Ular adalah umpama dosa dan maksiat didunia
Lelaki kurus kering - amal soleh yg sedikit
Anaknya suruh ayah bertaubat dan betul2 mengamalkan islam.....Anak itu membaca surah ayat Al Hadid....ketika dibaca ayat tu..dia tersedar dari pengsan...masa tu azan subuh...dia siap dan terus pergi subuh...imam pula baca ayat ini....selepas itu dia berazam jadi orang baik..dia pergi mencari ilmu dgn ulamak2
Kemudian dia terkenal sbg ulamak besar...dia juga pendosa yang telah bertaubat.

Tidak terlambat untuk membaiki hubungan dengan Allah. Mana yang menganggu khusyuk tinggalkan(angan2 kosong.. social media..news..celeb stories)...mana membantu tambahkan. Jangan tangguhkan lagi!!!. TUNGGU Apa lagi...?!  Sobsob

11. Pada masa diuji dengan musibah..Yakin Allah ada untuk membantu (dengan iman dan keyakinan). Allah akan bimbing untuk keluar dari kesusahan dan kesedihan.

Ayat 11 Buku Erti Kehidupan
*****************************
مَآ أَصَابَ مِن مُّصِيبَةٍ إِلَّا بِإِذْنِ ٱللَّهِ ۗ وَمَن يُؤْمِنۢ بِٱللَّهِ يَهْدِ قَلْبَهُۥ ۚ وَٱللَّهُ بِكُلِّ شَىْءٍ عَلِيمٌ
Tidak ada suatu musibah pun yang menimpa seseorang kecuali dengan ijin Allah; dan barangsiapa yang beriman kepada Allah niscaya Dia akan memberi petunjuk kepada hatinya. Dan Allah Maha Mengetahui segala sesuatu.
(Ath Taghabun 64:11)

Bila ditimpa ujian. Ingat Allah dulu..ini semua dgn izin Allan. Jangan pandang keluar..serang manusia dulu...dengan kemarahan akan menjadi susah. 

Bila ingat Allah masa musibah...hubungan dgn Allah baik. Bila lupa Allah...maknanya hubungan tak baik dengan Allah.

Bila tenang...hati lapang..Allah akan bimbing dengan hidayah taufiq . Bila musibah berlaku yakin Allah yang hantar pertolongan. Walaupun pakej tak elok.

Yakin bahawa segala datang dari Allah adalah yg Baik..kita akan tenang dan redha.

Check diri k.

Sunday, 12 January 2020

EK MAQDS K74 15.1.2020 B6. DUNIA MEDAN BERAMAL ii. PANDUAN-PERINTAH DAN LARANGAN - HABLUM MINALLAH - PERHUBUNGAN DENGAN ALLAH MS 51,52

EK MAQDS K74 15.1.2020 B6. DUNIA MEDAN BERAMAL ii. PANDUAN-PERINTAH DAN LARANGAN - HABLUM MINALLAH - PERHUBUNGAN DENGAN ALLAH MS 51,52

4. Hubungan dengan Allah perlu disemai dengan Syukur

Ayat 4 Buku EK
****************
فَٱذْكُرُونِىٓ أَذْكُرْكُمْ وَٱشْكُرُواْ لِى وَلَا تَكْفُرُونِ
Karena itu, ingatlah kamu kepada-Ku niscaya Aku ingat (pula) kepadamu, dan bersyukurlah kepada-Ku, dan janganlah kamu mengingkari (nikmat)-Ku.
(Al Baqarah 2:152)

Zikir Lisan, Zikir Hati dan Zikir Perbuatan. 
Ingat aku dalam salah satu cara dan Allah akan ingat kita. Bukan maksud ingat vs lupa mcm manusia. Maksudnya Allah lupa adalah Allah tidak mencurahkan Rahmat dan Bantuan untuk kita.

Sekurangnya zikir perbuatan dgn buat perkara baik.

Selalu rasa bersyukur dgn setiap bantuan dan
Kebahagiaan akan terasa dengan  rasa syukur.

Jangan sesekali kufur dengan tidak melihat nikmat dan anugerah Allah walau dalam ujian. Jangan anggap rezeki hanya dlm bentuk harta dan wang. Terlalu banyak nikmat Allah.

Hubungan dgn Allah...mesti dgn rasa bertuah dan amat bersyukur. Perlu dibina hubungan penuh kesyukuran dgn Allah.

5. Bersegara bertaubat dalam menjaga perhubungan dengan Allah

Ayat 5 Buku EK
****************
۞ وَسَارِعُوٓاْ إِلَىٰ مَغْفِرَةٍ مِّن رَّبِّكُمْ وَجَنَّةٍ عَرْضُهَا ٱلسَّمٰوٰتُ وَٱلْأَرْضُ أُعِدَّتْ لِلْمُتَّقِينَ

Dan bersegeralah kamu kepada ampunan dari Tuhanmu dan kepada surga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan untuk orang-orang yang bertakwa,
(Ali Imran 3:133)

Jenis DOSA
A. Dosa blm masuk cacatan dipadamkan - dosa buat malam dan taubat malam tu juga. Pagi dosa dan pagi juga taubat. Immediately. Jangan tunda.

Org bertaqwa buat dosa kerana kelemahan kekhilafan dan terus menyesal dan bertaubat dgn segera.

Trick syaitan suruh kita tunda taubat dgn cara meremehkan dosa atau munculkan rasa malu dgn Tuhan kerana asyik minta maaf . Dengan manusia mmg akan fed up. Dengan Allah tidak. Walau dosa setinggi langit..walau dah taubat dan buat lagi dan taubat lagi
*mengikut hadis nabi
Teruskan..jangan berhenti mohon pengampunan taubat. Segera dan jangan tunda

B. Dosa dicatat tapi dipadam didunia

C. Dosa dicatat dipadam di akhirat

D. Dosa dicatat yang tak dipadam padam.

6. Istiqamah dalam menjaga agama Allah dengan seyakinnya

Ayat 6 Buku EK
*****************
وَمَن يَبْتَغِ غَيْرَ ٱلْإِسْلٰمِ دِينًا فَلَن يُقْبَلَ مِنْهُ وَهُوَ فِى ٱلْءَاخِرَةِ مِنَ ٱلْخٰسِرِينَ
Barangsiapa mencari agama selain agama Islam, maka sekali-kali tidaklah akan diterima (agama itu)daripadanya, dan dia di akhirat termasuk orang-orang yang rugi.
(Ali Imran 3:85)

Istiqamah memegang Islam dalam kehidupan tanpa keraguan.  Tanda hubungan dgn Allah baik bila kita merasakan dan meyakini Islam adalah agama yang BENAR. Hubungan  Yakin. Buat amalan dgn yakin. Bila ragu mcm mana nak buat amal soleh..buat secara ragu2. Pegang Islam sekuatnya. 

Surah Ali Imran, ayat 102 , 103
يٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ ٱتَّقُواْ ٱللَّهَ حَقَّ تُقَاتِهِۦ وَلَا تَمُوتُنَّ إِلَّا وَأَنتُم مُّسْلِمُونَ
Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah sebenar-benar takwa kepada-Nya; dan janganlah sekali-kali kamu mati melainkan dalam keadaan beragama Islam.
(Ali Imran 3:102)

وَٱعْتَصِمُواْ بِحَبْلِ ٱللَّهِ جَمِيعًا وَلَا تَفَرَّقُواْ ۚ وَٱذْكُرُواْ نِعْمَتَ ٱللَّهِ عَلَيْكُمْ إِذْ كُنتُمْ أَعْدَآءً فَأَلَّفَ بَيْنَ قُلُوبِكُمْ فَأَصْبَحْتُم بِنِعْمَتِهِۦٓ إِخْوٰنًا وَكُنتُمْ عَلَىٰ شَفَا حُفْرَةٍ مِّنَ ٱلنَّارِ فَأَنقَذَكُم مِّنْهَا ۗ كَذٰلِكَ يُبَيِّنُ ٱللَّهُ لَكُمْ ءَايٰتِهِۦ لَعَلَّكُمْ تَهْتَدُونَ
Dan berpeganglah kamu semuanya kepada tali (agama) Allah, dan janganlah kamu bercerai berai, dan ingatlah akan nikmat Allah kepadamu ketika kamu dahulu (masa Jahiliyah) bermusuh-musuhan, maka Allah mempersatukan hatimu, lalu menjadilah kamu karena nikmat Allah, orang-orang yang bersaudara; dan kamu telah berada di tepi jurang neraka, lalu Allah menyelamatkan kamu dari padanya. Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayat-Nya kepadamu, agar kamu mendapat petunjuk.
(Ali Imran 3:103)

Pegang teguh jangan lepas..jangan ragu jangan lepas...tanda bertakwa..

7. Mengantungkan segala harapan hanya kepada Allah beserta amal soleh tanpa syirik.

Ayat 7 Buku EK
***************
قُلْ إِنَّمَآ أَنَا۠ بَشَرٌ مِّثْلُكُمْ يُوحَىٰٓ إِلَىَّ أَنَّمَآ إِلٰهُكُمْ إِلٰهٌ وٰحِدٌ ۖ فَمَن كَانَ يَرْجُواْ لِقَآءَ رَبِّهِۦ فَلْيَعْمَلْ عَمَلًا صٰلِحًا وَلَا يُشْرِكْ بِعِبَادَةِ رَبِّهِۦٓ أَحَدًۢا
Katakanlah: Sesungguhnya aku ini manusia biasa seperti kamu, yang diwahyukan kepadaku: "Bahwa sesungguhnya Tuhan kamu itu adalah Tuhan yang Esa". Barangsiapa mengharap perjumpaan dengan Tuhannya, maka hendaklah ia mengerjakan amal yang saleh dan janganlah ia mempersekutukan seorangpun dalam beribadat kepada Tuhannya".
(Al Kahfi 18:110)

Semakin banyak harapan kepada Allah makin baik iman dan hubungan dgn Allah. Iringi segala pengharapan dengan amal soleh.

Semakin banyak harapan dengan manusia..makin jauh hubungan dgn Allah

Kisah Robiah ..Nabi dpt ghanimah perang yg banyak setelah penaklukan sebuah kawasan. Nabi bawak ke Madinah. Semua org berebut nak harta....robiah cool sahaja walau dia dekat dgn nabi. Benda itu tidak dipedulikan dia. Nabi perasan dan suruh dia mintak dan nabi kata akan bagi. Dia kata kalau mintak..nabi bagi ke. Nabi jawab insya Allah akan bagi. Robiah kemudian minta dpt masuk syurga bersama nabi. Nabi tanya lagi...betulke taknak ini semua. Nabi kemudian jawab kepadanya ...tolong aku supaya dpt tunaikan permintaan mu dengan banyak sujud (solat)... amal soleh
Dia perempuan miskin..takkan kata suruh sedekah..suruh keluar berjihad...nabi suruh apa yg dia mampu

Buat apa yg ada pada kita. Buat
Kisah sahabat nabi. Sahabat miskin mengadu kepada nabi yang Org kaya antara kami ..infaq harta yang banyak..suruh jihad pergi segera..Yg miskin mintak sesuatu amal soleh supaya lebih dari mereka..Nabi bagi zikir dan mereka amalkan....Org kaya dapat tahu dan mereka pun nak ikut dan amalkan...dtg lagi sahabat miskin  jumpa Nabi mengadu dan  mintak  amal yang special....Nabi jawab..Sesungguhnya Allah melebihi sebahagian org dari sebahagian yg lain.

Surah Muhammad Ayat 33
۞ يٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوٓاْ أَطِيعُواْ ٱللَّهَ وَأَطِيعُواْ ٱلرَّسُولَ وَلَا تُبْطِلُوٓاْ أَعْمٰلَكُمْ
Hai orang-orang yang beriman, taatilah Allah dan taatilah Rasul dan janganlah kamu merusakkan (pahala) amal-amalmu.
(Muhammad 47:33)

Ada benda yg boleh rosakkan amalan. Yg paling dahsyat ialah Syirik. Ia membatalkan amal soleh. Hati hati.

Syirik Kecil - Riyak. Ingin mendapat pujian org dan kepentingan duniawi. Allah akan ckp di akhirat nanti mmg you banyak buat baik tapi bukan utk Ku. Allah hanya membalas amalan yang dibuat kerananya.

Ayat  8 Buku EK
*****************
أَمَّنْ هُوَ قٰنِتٌ ءَانَآءَ ٱلَّيْلِ سَاجِدًا وَقَآئِمًا يَحْذَرُ ٱلْءَاخِرَةَ وَيَرْجُواْ رَحْمَةَ رَبِّهِۦ ۗ قُلْ هَلْ يَسْتَوِى ٱلَّذِينَ يَعْلَمُونَ وَٱلَّذِينَ لَا يَعْلَمُونَ ۗ إِنَّمَا يَتَذَكَّرُ أُوْلُواْ ٱلْأَلْبٰبِ
(Apakah kamu hai orang musyrik yang lebih beruntung) ataukah orang yang beribadat di waktu-waktu malam dengan sujud dan berdiri, sedang ia takut kepada (azab) akhirat dan mengharapkan rahmat Tuhannya? Katakanlah: "Adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui?" Sesungguhnya orang yang berakallah yang dapat menerima pelajaran.
(Az Zumar 39:9)

Beza orang yang sama2 tahu tapi ada yg buat ada yang tak buat. Yang buat tu secara asas lebih baik. Tidak sama mereka. Ada beza.
Istifham taqriri - soalan bukan utk bertanya tapi untuk menegaskan beza.

Ada yang....
Solat 5 waktu sahaja
Ada yang tambah solat rawwatib
Ada yang tambah solat tahajjud
Banyak tambah...banyak beza.

Orang belajar v Orang tak belajar tak sama.
Jangan putus asa...teruskan...walaupun slow pemahaman. TIDAK akan sama org yang belajar dgn orang yang tidak belajar. BEZA.

Buya Hamka
Kisah seorang pemuda yg bertanya...ada seorang laki yang haji yg solat 5 waktu masjid...tapi panas baran marah org.
Ada seorang dr..tak pi masjid...tapi baik je.
Soalan - kira mcm sia2 ke dia pergi masjid tiao waktu tapi masih panas baran
Jawapan - setiap orang ada bahagiaanya. Semuanya berguna dan tiada usaha amal soleh yang sia2. 

Dengan Ilmu pun mcm tu juga. Ada beza tapi mungkin tak nampak . Jangan hiraukan kata negarif orang lain. Teruskan usaha walaupun mungkin results tidak spt kita mahukan. 

Teruskan. TERUSKAN
siapa tempuhi jalan mencari ilmu seolah Allah memudahkan jalannya ke syurga.

وَلَوْ عَلِمَ ٱللَّهُ فِيهِمْ خَيْرًا لَّأَسْمَعَهُمْ ۖ وَلَوْ أَسْمَعَهُمْ لَتَوَلَّواْ وَّهُم مُّعْرِضُونَ
Kalau sekiranya Allah mengetahui kebaikan ada pada mereka, tentulah Allah menjadikan mereka dapat mendengar. Dan jikalau Allah menjadikan mereka dapat mendengar, niscaya mereka pasti berpaling juga, sedang mereka memalingkan diri (dari apa yang mereka dengar itu).
(Al Anfaal 8:23)

Tanda seorang itu ada kebaikkan...Allah bagi dia kemudahan/d mendengar nasihat. Mampu menadah telinga. Jaga kebaikkan itu. Dijadi Allah kita nak mendengar kata nasihat dan peringatan. Moga berterusan Sehingga ke syurga. Aamiin. 


Wednesday, 8 January 2020

EK MAQDS K73 8.1.2020 B6. DUNIA MEDAN BERAMAL ii. PANDUAN-PERINTAH DAN LARANGAN - HABLUM MINALLAH - PERHUBUNGAN DENGAN ALLAH MS 51

EK MAQDS K73 8.1.2020 B6.DUNIA MEDAN BERAMAL ii. PANDUAN-PERINTAH DAN LARANGAN - HABLUM MINALLAH - PERHUBUNGAN DENGAN ALLAH MS 51

2 Hubungan Utama Manusia di Dunia
1. Dengan Allah (pandangan ke atas)
2. Dengan Manusia (pandangan sama paras)

Namun penting hubungan dengan diri sendiri(pandangan ke dalam)

Kita akan berpindah ke akhirat. Urusan dunia yang habis. Tapi kita sendiri belum selesai. Kita akan terus kan perjalanan ke alam kekal abadi.

Dunia ini tempat persinggahan. Tempat untuk menambahkan bekalan untuk perjalanan selanjutnya. Bekalan hanya blh dpt di dunia. Di akhirat hanya boleh guna bekalan. Tak boleh cari bekalan dah. 

Bekal  Apa= TAQWA
Surah Al Baqarah, Ayat 197

ٱلْحَجُّ أَشْهُرٌ مَّعْلُومٰتٌ ۚ فَمَن فَرَضَ فِيهِنَّ ٱلْحَجَّ فَلَا رَفَثَ وَلَا فُسُوقَ وَلَا جِدَالَ فِى ٱلْحَجِّ ۗ وَمَا تَفْعَلُواْ مِنْ خَيْرٍ يَعْلَمْهُ ٱللَّهُ ۗ وَتَزَوَّدُواْ فَإِنَّ خَيْرَ ٱلزَّادِ ٱلتَّقْوَىٰ ۚ وَٱتَّقُونِ يٓأُوْلِى ٱلْأَلْبٰبِ

(Musim) haji adalah beberapa bulan yang dimaklumi, barangsiapa yang menetapkan niatnya dalam bulan itu akan mengerjakan haji, maka tidak boleh rafats, berbuat fasik dan berbantah-bantahan di dalam masa mengerjakan haji. Dan apa yang kamu kerjakan berupa kebaikan, niscaya Allah mengetahuinya. Berbekallah, dan sesungguhnya sebaik-baik bekal adalah takwa dan bertakwalah kepada-Ku hai orang-orang yang berakal.
(Al Baqarah 2:197)

Kompenen Taqwa
1. Hubungan Dengan Allah
2. Hubungan Dengan Manusia

Ayat 1 Buku EK
****************
وَلَا تَدْعُ مَعَ ٱللَّهِ إِلٰهًا ءَاخَرَ ۘ لَآ إِلٰهَ إِلَّا هُوَ ۚ كُلُّ شَىْءٍ هَالِكٌ إِلَّا وَجْهَهُۥ ۚ لَهُ ٱلْحُكْمُ وَإِلَيْهِ تُرْجَعُونَ

Janganlah kamu sembah di samping (menyembah) Allah, tuhan apapun yang lain. Tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia. Tiap-tiap sesuatu pasti binasa, kecuali Allah. Bagi-Nya-lah segala penentuan, dan hanya kepada-Nya-lah kamu dikembalikan.
(Al Qashash 28:88)

Asal makna Tad'uu...seru/mohon/meminta dan terjemahan dimaksudkan menyembah.

Solat yang khusyuk apabila rasa amat memerlukan Allah. Dalam solat ada doa2. Doa adalah komponen utama Ibadah. 

Untuk jaga hubungan dgn Allah dgn Taqwa

1. Bersih dari Syirik dalam Ibadah. 
************************************
Ibadah perlu ikhlas tanpa ada unsur syirik
Taqwa pertama jaga ibadah kita ikhlas hanya untuk Allah.
Orang beriman sentiasa cari Allah. Bergantunglah sepenuhnya pada yang maha kekal. Segala takdir adalah milik Allah. 

Kita mahu rasa perlukan Tuhan senantiasa. Kita mahu rasa amat memerlukan bantuan Allah. 
Namun sekarang dalam zaman serba mudah...banyak yg rasa tak perlukan Allah. 

Namun orang mukmin Allah akan hantar perkara yg membuat dia susah dan meminta pada Allah. Itu baik sebenarnya untuk orang mukmin

Surah Al Anam Ayat 42 ,43

وَلَقَدْ أَرْسَلْنَآ إِلَىٰٓ أُمَمٍ مِّن قَبْلِكَ فَأَخَذْنٰهُم بِٱلْبَأْسَآءِ وَٱلضَّرَّآءِ لَعَلَّهُمْ يَتَضَرَّعُونَ

Dan sesungguhnya Kami telah mengutus (rasul-rasul) kepada umat-umat yang sebelum kamu, kemudian Kami siksa mereka dengan (menimpakan) kesengsaraan dan kemelaratan, supaya mereka memohon (kepada Allah) dengan tunduk merendahkan diri.
(Al An'am 6:42)

فَلَوْلَآ إِذْ جَآءَهُم بَأْسُنَا تَضَرَّعُواْ وَلٰكِن قَسَتْ قُلُوبُهُمْ وَزَيَّنَ لَهُمُ ٱلشَّيْطٰنُ مَا كَانُواْ يَعْمَلُونَ

Maka mengapa mereka tidak memohon (kepada Allah) dengan tunduk merendahkan diri ketika datang siksaan Kami kepada mereka, bahkan hati mereka telah menjadi keras, dan syaitanpun menampakkan kepada mereka kebagusan apa yang selalu mereka kerjakan.
(Al An'am 6:43)

Dengan memohon pada masa ujian...agar rasa ubudiah...memohon itulah Ibadah. 

Solatlah dalam keadaan yg kita amat memerlukan Allah. Orang ditimpa ujian agar dia meminta dan memohon dari Allah. 

Lembutkan hati dengan selalu meminta dan bermunajat.
Terasa penghambaan pada Allah. Bahaya bila semua ok dan baik sahaja dan akan jadi lalai. Sampai kita rasa tak perlu Allah.

Namun ada yang diuji dgn musibah..namun masih tak berdoa dan bergantung dan merayu kpd Allah... mereka akan keras hati . Kerana sombong.

Ayat 2 Buku EK
***************
يٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوٓاْ أَطِيعُواْ ٱللَّهَ وَأَطِيعُواْ ٱلرَّسُولَ وَأُوْلِى ٱلْأَمْرِ مِنكُمْ ۖ فَإِن تَنٰزَعْتُمْ فِى شَىْءٍ فَرُدُّوهُ إِلَى ٱللَّهِ وَٱلرَّسُولِ إِن كُنتُمْ تُؤْمِنُونَ بِٱللَّهِ وَٱلْيَوْمِ ٱلْءَاخِرِ ۚ ذٰلِكَ خَيْرٌ وَأَحْسَنُ تَأْوِيلًا

Hai orang-orang yang beriman, taatilah Allah dan taatilah Rasul (Nya), dan ulil amri di antara kamu. Kemudian jika kamu berlainan pendapat tentang sesuatu, maka kembalikanlah ia kepada Allah (Al Quran) dan Rasul (sunnahnya), jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan hari kemudian. Yang demikian itu lebih utama (bagimu) dan lebih baik akibatnya.
(An Nisaa 4:59)

2. Berusaha Gigih untuk Taat pada Allah dan Rasul.
********************************************
2a. Taatlah pada Allah  (mutlak) dan Rasul. 
Taat segala perintah Allah dan Rasul. Buat sepenuhnya tanpa alasan.

2b. Dan orang yang pegang urusan kami (Ulul Amri). Taat dengan bersyarat dan bukan mutlak. Iaitu Ulul amri yg taat pada Allah dan taat. Dalam arahan yg tak bercanggah dgn arahan Allah dan Rasul.

Siapa ulul amri kita? Wali(Suami/Ayah/Abang), Pemimpin kampung atau daerah, Pemimpin Kerajaan, Boss/Majikan

2c. Dalam bercanggah pendapat, kembalikanlah kepada Allah( Al Quran) dan Rasul (Sunnahnya)

Pendekatan Ulama Besar.
Imam Shafie
Mazhab bila di Baghdad (lama)
Mazhab bila di Mesir

Untuk orang biasa2/awam mcm2 kita nak buat apa?. Cari Sumber. Berusaha cari kebenaran.  Tanyalah pada yang Ahli( Ahli Al Quran dan Sunnah). Iaitu Ulamak, Ahlul Zikri.
Fahaman yang luas big picture kene jumpa Pakar. Contoh ahli dalam faraid/muamalat. Akan lebih puas hati.

Iman yg betul...bila keliru kita berusaha sungguh utk merungkainya.
Jangan biar diri dalam kekeliruan dan  kebodohan ...lemah iman dan akan ada kesudahan yg buruk.
Itu yg terbaik bagi kamu. 

3. Zikrullah dengan sebanyak banyaknya
**************************************

Ayat 3 Buku EK
*****************
يٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ ٱذْكُرُواْ ٱللَّهَ ذِكْرًا كَثِيرًا
Hai orang-orang yang beriman, berzdikirlah (dengan menyebut nama) Allah, zikir yang sebanyak-banyaknya.
(Al Ahzab 33:41)

وَسَبِّحُوهُ بُكْرَةً وَأَصِيلًا
Dan bertasbihlah kepada-Nya diwaktu pagi dan petang.
(Al Ahzab 33:42)

هُوَ ٱلَّذِى يُصَلِّى عَلَيْكُمْ وَمَلٓئِكَتُهُۥ لِيُخْرِجَكُم مِّنَ ٱلظُّلُمٰتِ إِلَى ٱلنُّورِ ۚ وَكَانَ بِٱلْمُؤْمِنِينَ رَحِيمًا
Dialah yang memberi rahmat kepadamu dan malaikat-Nya (memohonkan ampunan untukmu), supaya Dia mengeluarkan kamu dari kegelapan kepada cahaya (yang terang). Dan adalah Dia Maha Penyayang kepada orang-orang yang beriman.
(Al Ahzab 33:43)

Zikir
*****
1. Lisan
2. Qalbi/Hati - Ingat Allah
Dalam susah/marah
Cerita kisah Nabi Ismail
Yang sentiasa menepati janji. Dia tunggu kawan dia dari pagi spt dijanjikan...sehingga petang...sangat menepati ngaji. Kawan dia tanya apa kau buat sambil tunggu...aku Zikir

Surah Maryam,  Ayat 54
وَٱذْكُرْ فِى ٱلْكِتٰبِ إِسْمٰعِيلَ ۚ إِنَّهُۥ كَانَ صَادِقَ ٱلْوَعْدِ وَكَانَ رَسُولًا نَّبِيًّا
Dan ceritakanlah (hai Muhammad kepada mereka) kisah Ismail (yang tersebut) di dalam Al Quran. Sesungguhnya ia adalah seorang yang benar janjinya, dan dia adalah seorang rasul dan nabi.
(Maryam 19:54)

3. Perbuatan
Apa yg kita buat mengikut arahan  dan perintah Allah. Itu bermaksud kita ingat Allah.
Cari ilmu/tolong orang/urus keluarga/taat pada suami. Mula dengan niat dan bismillah.

Majlis Ilmu Di tempat yamg santai 2d1n
Ustaz suruh dari awal zikir 10,000
Program Zohor ke Zohor
Mcm mana?
5 waktu solat - 2000 setiap solat. 1000 sebelum dan 1000 selepas.
Semua dpt habis dan buat lebih lagi
Kesannya...mereka rasa kuat dan tak penat
Walaupun pack program kerana zikir yang betul akan menguatkan fizikal
Bila lalai daripada zikir...badan mula lemah

Zikir sebanyak banyaknya...diri tunggu kereta duduk..makan...kerja...tidor..baring..

Bertasbihlah kepada Allah
Tasbih - mensucikan Allah. Kita yakin 100% segala takdir Allah adalah yang terbaik.
Orang yang positif.

Kesan zikir dan tasbih - Rahmat Diberikan dan Malaikat akan bantu dan mengeluarkan kamu dari segala kesusahan/runsing kepada cahaya dan kemudahan

Betul zikir kita apabila minda kita positif dan jauh dari buruk sangka. Di situ ada jalan keluar bila positif.  Dan Ingatlah  Allah yang Maha Penyayang kepada orang yang beriman.

Tamat
******************************************

فَٱذْكُرُونِىٓ أَذْكُرْكُمْ وَٱشْكُرُواْ لِى وَلَا تَكْفُرُونِ
Karena itu, ingatlah kamu kepada-Ku niscaya Aku ingat (pula) kepadamu, dan bersyukurlah kepada-Ku, dan janganlah kamu mengingkari (nikmat)-Ku.
(Al Baqarah 2:152)