Friday, 27 April 2018

EK MAQDS K2 17.1.18 B1 ALQURAN MEMBERI PETUNJUK & PERINGATAN 1. KEBENARAN DARI ALLAH MELALUI UTUSANNYA NABI MUHAMMAD SAW MS5-7

KELAS 2 (Rabu, 17.01.2018)
Erti Kehidupan Menurut Al Quran dan As Sunnah


  • Petunjuk hidup – ‘Hudan’ 
قُلْنَا ٱهْبِطُوا۟ مِنْهَا جَمِيعًا ۖ فَإِمَّا يَأْتِيَنَّكُم مِّنِّى هُدًى فَمَن تَبِعَ هُدَاىَ فَلَا خَوْفٌ عَلَيْهِمْ وَلَا هُمْ يَحْزَنُونَ
Kami berfirman: "Turunlah kamu semuanya dari surga itu! Kemudian jika datang petunjuk-Ku kepadamu, maka barang siapa yang mengikuti petunjuk-Ku, niscaya tidak ada kekhawatiran atas mereka, dan tidak (pula) mereka bersedih hati".
(Al Baqarah, 2:38) 
  • Jamiaa/Jemaah – maksudnya turunnya Adam dan Hawa, maknanya turunlah zuriat-zuriatnya sekali. Itu yang dimaksudkan oleh ‘Jamiaa’ (Jemaah/semua). Kita semua berasal dari syurga
  • Turunlah kamu semua dari syurga itu, kemudian jika datang petunjukku kepadamu, maka ikutlah petunjuk itu 
  • Tak perlu takut untuk masa akan datang, tak perlu takut apa yang berlaku, tapi takut pada dosa kita yang kita tak bertaubat. 
  • Jadi, janganlah kita bersedih dan yakinlah Allah akan membantu kita melalui ‘tangan-tangan yang ghaib’ 

يٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ ٱتَّقُوا۟ ٱللَّهَ وَلْتَنظُرْ نَفْسٌ مَّا قَدَّمَتْ لِغَدٍ ۖ وَٱتَّقُوا۟ ٱللَّهَ ۚ إِنَّ ٱللَّهَ خَبِيرٌۢ بِمَا تَعْمَلُونَ

Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah dan hendaklah setiap diri memperhatikan apa yang telah diperbuatnya untuk hari esok (akhirat); dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan.

(Al Hasyr 59:18)
  • Usaha untuk cari jalan untuk melakukan kebaikkan dan usaha untuk menghindarkan daripada keburukan. Apa yang kita rancang, Allah nampak dan jika kita tahu Allah melihat akan segalanya, kita selalu merancang benda yang baik.
  • Untuk faham Al-Quran
    • Memahami konteks secara menyeluruh (comprehensive understanding)
    • Faham ayat dengan menggabung/melihat selepas ayat/akibatnya 
    • Memahami ayat secara terpotong/terpisah. Tidak masuk dalam konteks tapi tengok sebagai ayat (sentence) – Asalkan tidak merosakkan makna asal


  • Orang yang suka menggali makna-makna ayat Al Quran itulah makna erti kehidupan 
  • Al Quran memberi petunjuk kerna ia mengandungi kebenaran (Al–Haq) seperti dalam surah Al Baqarah 2:147 – Kebenaran itu adalah dari Tuhanmu, sebab itu janganlah sekali-kali kamu termasuk dikalangan orang yang ragu.


EK MAQDS K1 10.1.18 PENGENALAN - ERTI KEHIDUPAN MENURUT ALQURAN DAN AS-SUNNAH -EK MAQDS

KELAS 1 (Rabu, 10.01.2018)
Erti Kehidupan Menurut Al Quran dan As Sunnah

  • Bermulanya kelas tafsir Maudu’i (berkisar tema dalam Al Quran)
Makna Kehidupan
  • Bermula dengan kehidupan, akhir juga dengan kehidupan 
  • Roh kekal hidup dan tak kenal mati 
  • Dunia ini untuk bersusah dahulu dan bergembira di akhirat 
  • Quran adalah wahyu /qalam dari Allah, unsur ketuhanan 
  • Sunnah Nabi – Adalah ayat dari Nabi Muhammad SAW, ada unsur kemanusian dan mempunyai tarikkanya sendiri 
  • Menimba ilmu pengetahuan perlu selalu diperbetulkan niat iaitu mendapatkan keredhaan Allah. Dengan ilmu, kehidupan ini akan terang dan jelas, rasa tenang 
  • Pada zaman nabi, umat islam tidak memandang remeh akan apa jua keburukkan dan begitu juga dengan apa jua kebaikkan walau kecil. Sahabat-sahabat Nabi, akan melihat kesalahan sebagai kesalahan yang amat besar dan segera bertaubat. Mereka tidak akan menunda/melengahkan taubat 
  • Pada zaman ini, Manusia memandang remeh akan kesalahan dan menunda-nundakan taubat 
  • ‘Tidurlah kamu dalam keadaan kamu dizalimi bukan tidur kamu dalam keadaan kamu menzalimi'. 
  • Tiada dalam dunia ini 50-50 (fair/equal) iaitu biarlah orang menzalimi kamu dari kamu menzalimi orang lain (dimana kamu berada di pihak yang tak akan selesa ketika di akhirat jika menzalimi). 
  • Jika kita seorang ketua/boss, pastikan kita lakukan yang terbaik untuk pekerja kita 
  • Jika kita sebagai ibu bapa - kita pastikan kita lakukan yang terbaik untuk anak-anak kita 
  • Hidup Zuhud/ Zuhud Dunia – 
    • Mengambil apa yang kita perlu sahaja 
    • Jadikan apa yang kita dapat lebih untuk digunakan di jalan Allah
  • Ilmu tidak bermanfaat jika ada cinta dunia 
  • Makanan
    1. Akal – ilmu pengetahuan 
    2. Jasad – makanan dan minumam 
    3. Hati – Cinta kepada Allah dan Rasul 
  • Bekal kita untuk akhirat ialah apa yang ada ditangan kita, jika kita ada anak – jadikan anak itu bekalan akhirat untuk kita dengan mendidiknya dengan penuh kasih sayang, jika kita ada harta, jadikan harta yang kita ada itu bekal untuk akhirat kita dengan besedekah.