Notes:
Tadabbur
Al-Quran Bersama Ustaz Dr Firdaus Sulaiman – Program Ramadhan Abqaf
Tadabbur
Surah Al Fath, Surah 48, ms511
Jumaat,
25.5.2018, 9 Ramadhan 1439H – KELAS 5
Puji
Syukur atas berbagai rahmat and kurnian Allah. Alhamdulillah kita dipanjangkan
umur untuk memasuki bulan Ramadhan tahun ini sehingga hari ke 9 Ramadhan. Moga
diberi Inarah untuk menyempurnakan ibadah pada bulan Ramadhan. Selawat dan
Salam kepada junjungan kita Nabi Muhammad SAW. Moga Allah memberkati majlis
ilmu kita dan merahmati kita dan mengurniakan ilmu yang bermanfaat kepada kita.
Bacaan
Ayat dan tafsir ayat ke 5 hingga ke 9
Syurga
diperuntukkan untuk semua manusia, Adam dan Hawa lahir di syurga dan roh-roh
zuriat mereka. Allah cipta manusia di situ, agar ada keinginan untuk kembali ke
syurga dan menikmati syurga
Apa
Allah sediakan nak balik? Dunia dan seluruhnya untuk manusia kembali ke syurga
dengan niatkan apa yang dapat dan buat sebagai niat ibadah. Requirement paling
simple untuk masuk syurga = IMAN. Percaya hari akihirat, syurga dan neraka. Nak
masuk cepat, lebih amal soleh supaya pantas, masuk syurga, Untuk lebih nilai
ibadah kita, buat banyak amal jariyah, prinsip buat sikit tapi bercabang dan
bergabung hingga besar. Mula, sikit lepas tu banyak.
Amal
Jariyah –
*Terdekat
- didik anak jadi anak yang soleh supaya keturunan akan soleh – kalau takde
anak, anak angkat dan anak2 sekeliling. Bila ade peluang tanam benih kebaikkan,
kita buat tak kisah siapa. Sentiasa cari cara untuk memberi manfaat.
Surah
Muhammad, Ayat 15, ms508
(Apakah)
perumpamaan (penghuni) jannah yang dijanjikan kepada orang-orang yang bertakwa
yang di dalamnya ada sungai-sungai dari air yang tiada berubah rasa dan baunya,
sungai-sungai dari air susu yang tidak berubah rasanya, sungai-sungai dari
khamar yang lezat rasanya bagi peminumnya dan sungai-sungai dari madu yang
disaring; dan mereka memperoleh di dalamnya segala macam buah-buahan dan
ampunan dari Rabb mereka, sama dengan orang yang kekal dalam jahannam dan
diberi minuman dengan air yang mendidih sehingga memotong ususnya?
(Muhammad
47:15)
Jenis
sungai perumpaan usaha dan amalan
Perlu
ada amal jariyah – anak/budak (manusia bergerak), sampaikan ilmu yang bermanfaat,
sedekah jariyah pada benda – wakaf surau/sekolah/kemudahan apps quran free…
Hadis
Ibn Majid-
1. Anak soleh
2. Ilmu yang bermanfaat
3. Mushaf Al Quran
4. Masjid yang dibina, menguruskan masjid
5. Rumah singgahan untuk musafir
6. Membuat sungai yang dialir/telaga (Contoh
water filter/paip)
7. Sedekah Jariyah – sedekah yang productive,
berangkai
a.
Budak
sekolah agama yang belajar menjadi pendakwah
b.
Terbaik
bila orang betul2 memerlukan /mustahak/cepat/senang
Kita
adalah architect syurga kita. Kita nak macam mana, kita rancang betul. Pantas
grab peluang beramal soleh. Ada peluang, buat dulu, jadi orang pertama.
Zakat
fardhu UTAMA – 70 kali ganda dari amalan sunat.
Tahun
Qamariah, Ramadhan ke Ramadhan contoh, 70@7 bila bayar zakat pada bulan
Ramadhan. Prinsip asal – ikut haul/tahun
Orang
dah masuk syurga, tak de keluar lagi. Kalau orang masuk neraka, ada 2
kemungkinan kekal atau keluar. Menurut ulamak, di depan syurga ada station.ie
lepas sirat dan di pintu syurga.ada cabaran/rayuan lagi boleh dibuat oleh ahli
neraka …contohnya anak/ayah.
Pengampunan
terakhir adalah di padang mahsyar. Dalam Bahasa arabm huruf ‘wau’ / dan tidak
mengikut tertib/sequence.
Kejayaan
Besar hanyalah bila kita masuk syurga. Kejayaan di dunia adalah kecil. Tetapi,
kejayaan besar prlu didahulukan dengan kejayaan/kemenangan yang kecil. Menurut
Allah.
Kejayaan
di dunia kebanyakkan kejayaan yang menipu. Selalunya sebelum dapat kejayaan
yang seronok, bila dah dapat…..seronok yang sementara dan subjektif.
Ketika
bertapak di syurga, seronoknya perasaan itu mula ketika pisah jasad dengan roh,
dinampakkan oleh Allah.
Surah
Al Fajar , ms 594, Ayat 27-30
Wahai
jiwa yang tenang! Kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang ridha dan
diridhai-Nya. Maka masuklah ke dalam golongan hamba-hamba-Ku, dan masuklah
kedalam syurga-Ku.
Ulamak
mengatakan ini ayat disampaikan kepada manusia yang menghadap sakaratul maut.
Ayat ini disampaikan oleh 500 malaikat berjubah putih , bawa kain kafan dan
minyak Kasturi, suara lemah lembut dan dicabut nyawa dengan penuh lemah
lembut..dan roh di pass dari satu malaikat ke malakait..sampai ke langit
pertama ke atas, dilayan dengan baik…
Roh
kembali ke jasad lepas ditanam dan disoal jawab. Amal soleh yang akan
jawab…bila lepas soalan, dia akan ditunjukkan/perlihat/pertonton syurga. Orang
mati syahid, masuk terus ke syurga
Orang
beriman (dalam surah Yasin) yang berada di kubur, siapa yang kejut/bangkit
kami?. Malaikat jawab, Tuhanmu…bangun dengan wajah berseri-seri.
Orang
kafir, bangun dengan gerun/masam kerana tahu lepas ini lagi teruk
Setiap
kemenangan/kejayaan sudah pasti datang dengan ujian dan kesusahan.
Zaman
Nabi – Orang Munafik dan Musyrik. Tidak suka usaha nabi
Menguji
kesabaran kita dalam mencari kejayaan – adalah kita persistent
Ayat
6, Al Fath
Dalam meraihkan
kejayaan, akan pasti dapat ujian dan tentangan. Semua nabi dapat tentangan dari
umatnya.
Di
Syurga barulah SELESAI. Tiada kepentingan
Surah
Al Hijr, ms264, ayat 45-48
Sesungguhnya
orang-orang yang bertaqwa adalah ditempatkan di dalam beberapa taman Syurga,
dengan matair-matair terpancar padanya. (Mereka dipersilakan oleh
malaikat dengan berkata): "Masuklah kamu ke dalamnya dengan selamat
sejahtera serta beroleh aman". Dan Kami cabut akan apa yang ada
dihati mereka dari perasaan hasad dengki sehingga menjadilah mereka bersaudara
(dalam suasana kasih mesra), serta mereka duduk berhadap-hadapan di atas
pelamin masing-masing. Mereka tidak akan disentuh susah payah dalam
Syurga itu, dan mereka pula tidak sekali-kali akan dikeluarkan daripadanya.
Surah
Al Furqan, ms 365, ayat 63
Dan
hamba-hamba (Allah) Ar-Rahman (yang diredhaiNya), ialah mereka yang berjalan di
bumi dengan sopan santun, dan apabila orang-orang yang berkelakuan kurang adab,
hadapkan kata-kata kepada mereka, mereka menjawab dengan perkataan yang selamat
dari perkara yang tidak diingini;
Rendah
hati, tak sombong dan tawaduk. Tidak sombong dengan harta/pangkat/ilmu
Ikhlas
Manfaat
Istiqamah
Amal
baik berterusan
Nabi
bersedekah bagai angin di bulan Ramadhan
ISteri
sedekah/zakat pada suami – boleh
Ibn
Mas’ud
Pelbagaikan
sedekah
Prinsip
Asal - Utamakan yang dekat. Dekat dihati/hubungan kemudian tempat
No comments:
Post a Comment