Wednesday, 30 May 2018

TADABBUR RAMADHAN - SURAH AL FATH KELAS8 30.5.2018


Notes:
Tadabbur Al-Quran Bersama Ustaz Dr Firdaus Sulaiman – Program Ramadhan Abqaf
Tadabbur Surah Al Fath, Surah 48, ms511
Selasa, 30.5.2018, 14 Ramadhan 1439H – KELAS 8

Puji Syukur atas berbagai rahmat and kurnian Allah. Alhamdulillah kita dipanjangkan umur untuk memasuki bulan Ramadhan tahun ini sehingga hari 9 ini. Moga diberi Inarah untuk menyempurnakan ibadah pada bulan Ramadhan. Selawat dan Salam kepada junjungan kita Nabi Muhammad SAW. Moga Allah memberkati majlis ilmu kita dan merahmati kita dan mengurniakan ilmu yang bermanfaat kepada kita.

Bacaan Ayat dan tafsir ayat ke 7 hingga ke 10
Orang yang sentiasa bersangka baik dengan orang dan lebih lagi kepada Allah. Betul2 beriman dan yakin dengan Allah. Allah tidak kecewakan dia dan tidak akan siasiakan kebaikkannya
Surah An Nisa , ayat 147, ms 101 garis panduan untuk tenang – cam dan pegang betul2. Syukur kena bawak ini any condition, bawak iman dan syukur ke mana-mana. Mesti ada pada bila-bila masa.

3 kalimah jangan lekang dari mulut – Kena basah mulut
1.La illahaillAllah. – kunci masuk syurga
2.Alhamdulillah – kunci untuk dapat rahmat dan nikmat bertambah
Paling minimum tanda syukur kepada Allah dan lebih lagi, guna nikmat ke jalan Allah
3. Astaghfirullah – kunci daripada terhindar dari neraka /menutup pintu neraka

Pandang hari kemudian dengan tenang dan kegembiraan…positif, sangkakan…akan dapat surprise demi surprise dari Allah. Bangun happy, ada masa lagi nak tambah bekalan.  Ada kesempatan untuk tambah kebaikkan demi kebaikkan. Allah hidupkan kita hari ini, sebab bekal tak cukup untuk akhirat lagi. Hari ini adalah hari aku menabur kebaikkan.

Jadi OPTIMIS. Rasa masa adalah anugerah…tak putus2 buat kebaikkan dengan apa yang ada depannya /ditangannya. Ketika anaknya didepan...jadikan ladang kebaikkan…pasangan…jiran, kawan apa sahaja

BUKAN meratapi masa lepas yang gagal…tapi JADIKAN hari ini dan esok untuk meraih kebaikkan

Ayat 7, Al Fath
Dan milik Allah bala tentera langit dan bumi. Dan Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.

Makin lama makin optimis,mera sakan kita tak keseorangan sebab sekeliling kita ada bala tentera Allah sedia untuk membantu kita. Oleh itu orang yang kuat, adalah orang beriman. Tanda lemah iman itu adalah orang yang lemah/tak bersemangat/pesimis.



Doa Nabi – Sentiasa meminta Perlindungi dari:-

1.Kerungsingan- yang berlegar-legar (fikiran dan perasaan) -bila tak positif fikiran, sel akan lemah. Pentingnya self dialogue. Bila lemah, sebut wahai yang Maha Kuat. (Asma Husna). Bila fikiran positif, akan rasa kuatt.
2. Sedih – lemah kemahuan
3. Malas – berat untuk lakukan aktiviti
4. Takut – gambaran sifat malas dan lemah. Tiada keinginan untuk menyumbang
5. Bakhil dan Kedekut
6. Hutang
7. Kezaliman Manusia

Foto FTR-Pelengkap Rezeki.

Orang beriman Optimis sentiasa. Kita yakin dengan bala tentera Allah. Dengan rasa itu Allah akan kuatkan lagi fikiran kekuatan kita. Allah Maha PERKASA. Kenal Allah dengan sifat, nama, perbuatan dan janji. Kita rasa berjaya bukan atas self capability…tapi kejayaan dengan pertolongan Allah.

Kita merancang, Allah merancang. Allah sebaik perancang. Allah Maha Bijaksana, dia akan tentu masa yang paling sesuai.

Jangan pada ketika kita tidak dapat apa yang kita mahukan…kita kembali buruk sangka. MESTI tetap dengan baik sangka.

Yakin perancangan Allah adalah terbaik. kita nak 2 bulan, Allah bagi 2 tahun. Ilmu kita sikit, Ilmu Allah lagi baik. Flashback kehidupan kita yang lepas…cantik yang Allah uruskan. Perancangan Allah lebih baik.

Sila lihat kembali kehidupan dengan kaca mata nikmat bukan cari salah.  Apa yang dah jadi Tak boleh berubah, buat apa tgk salah nanti akan rasa bersalah dan muram…sekejap takpa sebagai iktibar/muhasabah/hikmah. tapi lama akan jadi BEBAN.

Bila muhasabah, terima dan redha (termasuk DOSA yang kita lakukan), jangan bawak perasaan menyesal/terkilan/I wish/ What if sampai lama, nanti tak boleh move on. Cari Hikmah dan bersyukur. Terima, redha dan move on. Jadi pendorong untuk kita jadi lebih baik.

Hakiman – Bijaksana – Dia akan beri kepada kita pada masa, tempat, orang dan ukuran (Ghaniyun – Allah Maha Kaya) yang TEPAT DAN SESUAI. Bila doa mintaklah apapun dan banyak mana pun, itu tidak menjadi masalah. Tapi bila dah dapat, kita anggap ini adalah yang sesuai untuk saya. Alhamdulillah.

Ingat PERKASAnya Allah boleh tolong kita (apa sangatlah yang kita mintak itu nak dibandingkan dengan keperkasaan ALLAH), TETAPI imbangkan (BALANCE IT) dengan pemahaman bahawa tidak semua yang kita harapkan akan diberi oleh Allah KERANA Allah maha Bijaksana. Contoh, ibu bapa yang hendak macam-macam daripada anaknya. Terbaik untuk kita, tak sama dengan orang lain. Terima ketentuan dengan positif.

Bala Tentera Allah ramai. Kita duk berharap kat orang tertentu…tapi nanti ada orang yang takde kena mengena dengan kita, dia yang tolong selesaikan untuk kita. Orang yang sesuai, Allah yang pilihkan. Jangan terlalu fix dan rigid. Makhluk datang dan pergi (baharu/berubah) – come and go. KEKAL hanya Allah. Terima hakikat. Berbahagialah wahai hati.

Syeikh Dr Muhammad Ratib al Nablusi
Tolong anak-anak kamu agar mudah berbakti pada kamu. Minimumkan expectation kamu terhadap anak kamu. Bila tolong sikit, pun rasa amat bersyukur. Jangan lemparkan kata-kata negative kerana ianya satu Doa. Rendahkan expectation. Majority mak ayah high expectation. Mudahkan untuk anak supaya dia mudah focus dan bahagia. Jangan buat dia tak senang hati dalam semua apa yang diusahakan.

Ayat 8, Al Fath.
Sesungguhnya, Kami mengutus engkau (Muhammad) sebagai saksi, pembawa berita gembira dan pemberi peringatan.

Surah Al Baqarah, ayat 143, ms 22
Dan demikian pula, Kami telah menjadikan kamu (Umat Islam), umat yang adil dan pilihan agar kamu menjadi saksi atas perbuatan manusia dan agar rasul (Muhammad) menjadi saksi atas perbuatan kamu. Dan kami tidak menetapkan kiblat yang menjadi kiblatmu sekarang melainkan agar Kami mengetahui dengan nyata siapa yang mengikuti rasul dan dan siapa yang berpaling tadah. Dan sesungguhnya pemindahan kiblat itu terasa amat berat kecuali bagi orang yang telah diberi petunjuk oleh Allah dan Allah tidak akan mensia-siakan imanmu. Sesungguhnya Allah Maha Penyayang kepada manusia.

Sentiasa, posisi diri kita wasathan / in the middle. Sederhana. Tidak ekstreme/tidak longgar. Dalam apa situasi, jadi tengah/sederhana. Untuk jadi saksi yang baik. Tak taksub kiri atau kanan. Tengah2. Mukjizat ayat ini (Surah Al Baqarah 286/2 =143 – Tengah surah)

Surah Al Kahfi, ms 295. Ayat 19 (Ayat pertengahan AL Quran)
Dan demikianlah kami bangunkan mereka agar mereka saling bertanya di antara mereka sendiri. Berkatalah salah seorang di antara mereka: “Sudah berapa lamakah kamu berada di sini?” MEreka menjawab: Kita berada di sini sehari atau setengah hari”. Berkatalah yang lain lagi): “Tuhan kamu lebih mengetahui berapa lamanya kamu berada di sini. Maka suruhlah salah seorang diantara kamu pergi ke kota dengan mambawa  wang perakmu ini dan hendaklah dia lihat, manakah makanan yang lebih baik, maka hendaklah dia membawa makanan itu untuk kamu dan hendaklah dia berlaku lemah lembut dan janganlah sekali-kali menceritakan hal kamu pada seseorang pun.

Perkataan ‘Wal yataladtaf’– berlemah lembut dan jangan sekali-kali menceritakan hal kamu kepada seseorang pun. Jangan nampak jelas apa yang kita ‘fikirkan dan kita berada dalam kesaksian.

Jangan bias – hindarkan. Saksi adalah wasatan – dia terang yang baik dan yang buruk, dan terpulang kepada hakim/orang yang mengambilkeputusan

Ini hanya dalam kesaksian. Dalam harian, bila cerita pasal orang lain dengan orang lain. Cerita yang baik baik sahaja atau Diam. Aib orang kita cuba tutup. 

Munafik – menutupi sesuatu kerana ada niat jahat.

Syahidan /Saksi – Nabi dan umatnya diminta menjadi saksi
Bawa khabar gembira/bahagia, Make people happy (ITU MISI HIDUP), Sebaik baik amalan adalah yang paling banyak manfaatnya, seperti memasukkan kegembiraan di hati orang. Khabar gembira yang menyebabkan orang rasa mudah, ringan dan lembut.

Sifat orang yang memudahkan dia masuk syurga
Sahlan- Mudah/Selesa
Haiyinan – Ringan
Laiyinan - Lembut

CErita seorang professor di UM, Prinsip Prof – masuk bilik takut, keluar SENYUM. Prinsip khidmat dia. Senangkan pelajarnya walaupun mereka ada buat salah atau buat yang kurang dari yang sepatutnya.

Nabi Ingatkan
Bila Benci, berpada pada/sederhana
Bila Sayang, berpada pada/sederhana
Satu hari nanti, musuh jadi kawan. Sayang jadi musuh

Selalulah:-
Marah tengah2
Sayang pun tengah2
KERANA, bila sayang lebih lebih dan mengharapkan balasan - Bila berlebih dan bila tak jadi, marah sangat2 dan terus habis nilai amal itu.

TADABBUR RAMADHAN - SURAH AL FATH KELAS7 29.5.2018


Notes:
Tadabbur Al-Quran Bersama Ustaz Dr Firdaus Sulaiman – Program Ramadhan Abqaf
Tadabbur Surah Al Fath, Surah 48, ms511
Selasa, 29.5.2018, 13 Ramadhan 1439H – KELAS 7

Puji Syukur atas berbagai rahmat and kurnian Allah. Alhamdulillah kita dipanjangkan umur untuk memasuki bulan Ramadhan tahun ini sehingga hari ini. Moga diberi Inarah untuk menyempurnakan ibadah pada bulan Ramadhan. Selawat dan Salam kepada junjungan kita Nabi Muhammad SAW. Moga Allah memberkati majlis ilmu kita dan merahmati kita dan mengurniakan ilmu yang bermanfaat kepada kita.

Bacaan Ayat dan tafsir ayat ke 6 hingga ke 9


Ayat 6, Al Fath
Dan Dia mengazabkan orang yang munafik lelaki dan perempuan dan juga orang musyrik lelaki dan perempuan yang berprasangka buruk terhadap Allah. Mereka akan mendapat giliran azab yang buruk dan Allah murka kepada mereka dan mengutuk mereka serta menyediakan neraka Jahanam bagi mereka. Dan (neraka Jahannam) itu seburuk-buruk tempat tinggal.

Recap – Baik Sangka /Buruk Sangka
Sifat orang beriman – banyak baik sangka -
Sifat orang tak berimah – banyak buruk sangka –

Kadang2 perlu bersangka tak baik, sebagai langkah waspada
Apa BORDER LINE/GARIS PEMISAH?
*Sangka baik ada batas
Boleh bawa kepada negative dan terjerumus pada Ghurur (Tertipu) – ditipu oleh syaitan hingga selesa dan malas.

Sangka baik itu baik bila:-
a. kita lebih semangat, semakin berusaha dan taat kepada Allah. Kerana, mahu Allah lebih sayang.
b. Tanda sangka baik kepada Allah Lahir dari Makrifat Allah (Mengenal Allah) adalah–
*kenal dan yakin dengan Allah – melalui nama-namanya – eg Ar Rahman
*kerana keyakinan penuh dengan Allah melalui janjinya dalam Al Quran dan Hadis
*kerana yakin dengan Allah melalui perbuatanNYA dalam mentadbir alam/

NAK TENANG? Yakinlah dengan ayat ini
Surah An-Nisa, ms 101, ayat 147
Allah tidak akan menyeksamu, jika kamu bersyukur dan beriman. Dan sesungguhnya Allah Maha Mensyukuri lagi Maha Mengetahui.


Kalau jaga dua ini, bersyukur dan beriman – tiada bala dan seksaan di dunia dan akhirat. Percayalah dan yakin. Ini janji Allah dalam Al Quran. Tiada yang dinama azab.

Terima ujian dan nikmat dengah penuh syukur dan tunduk patuh. Kalau dpt rezeki melimpah, jangan takut, bersyukur, jadi lagi yakin dengan Allah.Bantu Aku untuk terus bersyukur…buat apa nak takut. Takut orang beriman hanya bila buat dosa dan maksiat dan takut yang mendorong kita usaha lagi untuk jadi yang lebih baik

Dalam senang dan susah, ingat Allah. Allah akan ingat kita. Dalam senang dan kaya, jadikan ianya sebagai ibadah /kafarah. Setiap yang Allah berikan ada tuntutan untuk jadi ianya ibadah.
Contoh: anak ramai kenapa nak risau? jadikan mereka asbab ibadah dan kebaikkan. Laksanakan amanah. Kisah Nabi Nuh dan anak dia, dia telah buat didikan terbaik tetapi anak dia derhaka. Adakah Nabi Nuh berdosa? Tidak.

Surah Hud, Ayat 45-46, ns 226/227
Dan Nuh berseru kepada Tuhannya sambil berkata: “YA Tuhanku, sesungguhnya anakku sebahagian daripada keluargaku dan sesungguhnya janji Engkau itulah yang benar. Dan Engkulah hakim yang paling adil.

Allah berfirman: “Wahai Nuh! Sesungguhnya dia bukanlah daripada keluargamu (yang dijanjikan akan diselamatkan), sesungguhnya perbuatanya, perbuatan yang tidak baik. Sebab itu janganlah kamu memohon kepadaKU sesuatu yang tidak engkau ketahui hekikatnya. Sesungguhnya Alu memperingat kepadamu supaya kamu jangan termasuk orang yang tidak berpengetahuan


Hadis

أَنَا عِنْدَ ظَنِّ عَبْدِي بِي
Sesungguhnya Allah berfirman: “Aku sebagaimana prasangka hambaku kepada-Ku. Aku bersamanya jika ia berdoa kepada-Ku.” [HR. Muslim 4832, 4851; Tirmidzi 3527, Ahmad 7115]


Jangan rasa abandon terbiar, dilupakanjangan ragu2.

Sangka baik yang negative-
Dengan sangka baik jadi makin malas, selesa, tiada inisiatif untuk buat baik relaks dan angan2 sebab Allah Maha Pengampun
Landasan bukan sebab ilmu dan makrifat, hanya dasar sangkaan/nafsu/angan2
Orang ini dalam Ghurur dan semakin lalai perintah Allah.

Sangka Baik ketika nak meninggal.
Ibnu Mas’ud, Kisah seorang ibu yang ada 10 orang anak. Dia pergi jumpa RAsullullah, mintak bawa anak2 dia untuk berjuang dan berjihad dalam perang. Bila anak dia syahid, dia gembira. sampai 9 anak mati syahid, dia gembira.

Yang bongsu ni degil, lebih pada dosa dan maksiat, mak dia sedih. Anak dia sakit, ibu sangat sedih. Anak dia tanya, abang2 saya mati, ibu senyumje tak sedih, tapi kenapa saya sakit, ibu sedih.

Wahai anakku, aku gembira bila dengar abang2 awak mati syahid kerana yakin mereka akan dapat syurga. Untuk kau, aku takut kita tak jumpa di syurga kerana kau bergelumang dengan dosa. Anak tanya – ibu, kalau ada api dalam tangan, ibu nak bakar saya? tidak, saya sayang awak. Anak jawab, jangan sedih ibu, saya yakin Allah akan mengampunsegala dosa saya kerana dia Maha Penyayang dan Maha Pengampun.

Riwayat disambung oleh Nabi bila dengar berita anak mati;
Sesungguhnya dia mati dengan berbaik sangka dengan Allah, Insya Allah, Allah akan mengampunkan dia. Dia akan dikurniakan apa sangkaannya kepada Allah

Surah Ar Rahman, Ayat 46, MS 533
Dan bagi siapa yang takut akan saat menghadap Tuhannya ada dua syurga.

Never, never judge and cakap orang ahli neraka. Sentiasa baik sangka terhadap orang lain.
Riwayat Nabi – Orang yang last masuk syurga, orang yang penuh dengan dosa, dia wasiat anak dia bakar jasad dia dan taburkan dalam laut. Dia takut dengan Allah disebabkan oleh dosanya. Dia beriman dengan Allah.

Bila dia dipanggil akhirnya masuk syurga, dia tanya boleh ke masuk syurga, Malaikat kata, Tuhanmu Maha Pengampun.

Dosa syirik tak akan diampunkan sampai bila-bila. Macam mana dengan dosa berat lain?
Dosa- dosa lain termasuk derhaka ibu bapa, boleh diampunkan dengan taubat nasuha dan berbuat baik kepada mereka ketika insaf, walaupun mereka sudah tiada. Ibu bapa mahukan 2 perkara dari anaknya  iaitu 1. Doa 2. Beramal Soleh.

Mengikut Kitab Tazkiratul Maut Imam Al Qurtubi dan Kitab Ar Ruh karangan Imam Ibnu Qayyim
Apabila seseorang sudah meninggal, dia akan tertunggu khabar tentang ahli keluarganya. Dia akan bertanya mengenai keluarganya dengan orang yang baru mati – kalau dikatakan keluarganya soleh, dia akan gembira dan lega. Kalau sebaliknya, mereka makin sedih. Bahagiakan mak ayah dia dengan doa dan amal solih kita.

Bila anak Adam meninggal, terputus segalanya kecuali-
Sedekah Jariyah
Ilmu bermanfaat
Anak yang soleh yang mendoakan

Orang lain doakan macam mana pula? BOLEH – syaratnya orang beriman kepada orang beriman. Kita adalah saudara dalam iman. Akan membantu dalam doa dari kawan, jiran, dll.

Surah Al Hasyr, Ayat 10, ms 547
Dan orang Islam yang datang setelah mereka (Muhajirin dan Ansar) berdoa dengan berkata: Ya Tuhan kami, ampunilah kami dan saudara-saudara kami yang telah beriman sebelum kami dan janganlah Engkau tanamkan perasaan hasad dengki dalam hati kami terhadap orang yang beriman. Ya Tuhan kami, sesungguhnya Engkau Maha Penyantun, lagi Maha Penyayang.

Oleh itu, jagalah sangkaan kita dan selalu bersangka baik dan kesannya kita akan dapat kebaikkan dan bersama dalam lingkungan kebaikkan. Pikir dan sangka baik, dapatlah baik.

Orang yang buruk sangka macam orang munafik, mereka akan sengsara. Dia akan kene keburukkan yang dia sangkakan dan dia akan dapat murka Allah dan dilaknat (jauh dari rahmat, manfaat dan kebaikkan) dan pada akhirnya, dihumban masuk neraka seburuk-buruk tempat kembali.

Penat bila bersama degan orang yang buruk sangka. Hindarkan diri daripadanya, kalau tidak nanti kita akan dalam persekitaraan negative.

Cara Baiki apa yang kita fikirkan
Baiki self dialogue kita dulu, bermotivasi untuk improve. Buang yang negative.
Untuk berjaya didunia, kena ada Asbabnya.Cari dan Ikut asbabnya.

Surah Al Kahf, Ayat 84, ms 303
Sesungguhnya Kami telah memberi kekuasann kepadanya di muka bumi dan Kami telah memberikan kepadanya jalan untuk mencapai segala sesuatu.

Jalan/Cara/Sebab – Zulqarnain: - follow the road/sebab/asbab kejayaan. Seseorang itu berjaya, bila dia nampak jalan dan terus buat. Bukan berlengah dan lemah. KENA ikut ASBAB. Macam-macam boleh dibuat

Allah beri hidayah, tunjuk jalan ke syurga…terpulang pada kita nak ambil jalan itu.

Insya Allah. Aamin.

Monday, 28 May 2018

TADABBUR RAMADHAN - SURAH AL FATH KELAS6 28.5.2018


Notes:
Tadabbur Al-Quran Bersama Ustaz Dr Firdaus Sulaiman – Program Ramadhan Abqaf
Tadabbur Surah Al Fath, Surah 48, ms511
Jumaat, 28.5.2018, 12 Ramadhan 1439H – KELAS 6

Puji Syukur atas berbagai rahmat and kurnian Allah. Alhamdulillah kita dipanjangkan umur untuk memasuki bulan Ramadhan tahun ini sehingga hari ini. Moga diberi Inarah untuk menyempurnakan ibadah pada bulan Ramadhan. Selawat dan Salam kepada junjungan kita Nabi Muhammad SAW. Moga Allah memberkati majlis ilmu kita dan merahmati kita dan mengurniakan ilmu yang bermanfaat kepada kita.

Bila paham prinsip awal pada ayat awal (muka surat1) mudah untuk faham mukasurat yang selanjutnya

Bacaan Ayat dan tafsir ayat ke 6 hingga ke 9
Tentangan dan ujian dalam menuju kejayaan ke jalan yang lurus dan kebahagian dan kemengan
Cabaran
Dalam: Hawa Nafsu
Luar – Segala yang ada disekeliling kita yang kita jumpa/hadapi selain kita – pasangan, anak, jiran, saudara, dll
a.  yang percaya dengan misi kita dan menyokong
b. Orang yang tak percaya dengan misi kita dan mahu mengagalkan
- Tak support secara terang terangan (musyrik)/kafir (harbi n zinmi) – kalau harbi kit akene buruk sangka dulu sebab memerangi kita, pada kafir zinmi kit akene treat macam orang islam.
-Tak support secara sembunyi (munafik)
* Sifat mereka ialah buruk sangka, pandang negative
- buruk sangka pada Allah
-buruk sangka pada Manusia

Orang beriman kurang buruk sangka dengan manusia dan kepada Allah dia akan sentiasa berbaik sangka.

Surah Al Munaafiquun, 554, Ayat 4
Dan apabila engkau melihat mereka, engkau tertarik hati kepada tubuh badan mereka (dan kelakuannya); dan apabila mereka berkata-kata, engkau juga (tertarik hati) mendengar tutur katanya (kerana manis dan fasih. Dalam pada itu) mereka adalah seperti batang-batang kayu yang tersandar (tidak terpakai kerana tidak ada padanya kekuatan yang dikehendaki). Mereka (kerana merasai bersalah, sentiasa dalam keadaan cemas sehingga) menyangka tiap-tiap jeritan (atau riuh rendah yang mereka dengar) adalah untuk membahayakan mereka. Mereka itulah musuh yang sebenar-benarnya maka berjaga-jagalah engkau terhadap mereka. Semoga Allah membinasa dan menyingkirkan mereka dari rahmatNya. (Pelik sungguh!) Bagaimana mereka dipalingkan (oleh hawa nafsunya - dari kebenaran)?


Waspada dan berhati-hati tapi jangan buruk sangka

Hadis Kudsi Allah
Aku ikut sangkaan hambaku terhadap ku.
Aku akan bersamanya kalau dia ingat aku

Berbaik sangka kepada Allah. – kisah Christian Iban yang datang untuk rukyah.

Kesan berburuk sangka terhadap Allah, mereka mendapat sangkaan buruk. ‘Alaihim daerah; - dia akan berada dalam kitaran keburukkan.  Meletakkan diri sendiri dalam Kawasan dan lingkungan keburukkan. Sangat besar kemungkinan akan jadi buruk apa yang disangkakan. Apa yang fikir adalah apa yang jadi.

Surah Al Hujurat, Ayat 12, M.s.517
Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani.


Pada sangkaan itu ada dosa, boleh terjerumus dalam dosa. Jangan mencari cari kesalahan, jangan mengumpat/cerita aib orang lain bagai makan daign saudara

Kita dilarang, bersangka sangka banyak, jangan pikir sangat, ambik yang yakin dan pasti sahaja. Selebihnya tinggal kan. Kalau perkara tidak penting dan tiada kene mengena, tinggalkan. Kalau ada kaitan dengan kita, maka ‘tabayul’ iaitu selidik dan dapatkan maklumat yang cukup, bertanya langsung pada sumber pertama bukan pihak ke 2, 3, 4.

Umar Al Khatab – Ada 10 kemungkinan, Ambil 1 sangkaan baik, dan tinggalkan 9 yang buruk itu. Pilih satu yang baik. Reserve satu kebaikkan tetapi waspada

Pada Allah, Jangan sekali kali kita berburuk sangka. Kita akan bersangka-sangka pada Allah pada:-

a. Ketika berdoa -perlu berbaik sangka dan yakin Allah akan memakbulkan
1.doa yang langsung dimakbulkan
2.ditunda sampai masa yang tepat di dunia, selagi kita hidup
3.ditunda sampai hari akhirat. Tidak dapat di dunia. Allah akan simpan doa kita dan bagi di akhirat. Ada riwayat mengatakan, orang beriman terkejut dapat macam2 di akhirat
4. dimakbulkan doa itu tapi ditukar dengan sesuatu yang sama atau lebih baik. Dihindarkan kita dari musibah/takdir buruk
#Berbaiksangkapadatiapdoa dan anggap semua doa akan makbul

Surah Ibrahim, 34, ms 260
Dan Ia telah memberi kepada kamu sebahagian dari tiap-tiap apa jua yang kamu hajati. Dan jika kamu menghitung nikmat Allah nescaya lemahlah kamu menentukan bilangannya. Sesungguhnya manusia (yang ingkar) sangat suka menempatkan sesuatu pada bukan tempatnya lagi sangat tidak menghargai nikmat Tuhannya.

‘SEGALA’ – segalanya telah Allah beri. Tetapi kita selalu LUPA.
Melihat doa kita sebelum ini, (contoh – list2 doa sebelumnya) cara untuk mensyukuri nikmat Allah. Mungkin pada waktu kita pergi umrah/haji.

Allah tahu apa ada dalam hati ktia. Cakap yang baik-baik sahaja. Self Dialogue – cakap dengan diri sendiri dengan percakapan positif kalau berbaik sangka pada Allah.
Apa yang kita cakap pada diri adalah DOA.
b. Ketika diuji
Apabila apa yng kita nak tak dapat /lain dari apa yang kita jangkakan
Kita mencari hikmah dan kebaikkan disetiap yang kita tidak suka

Surah Ali Imran, Ayat 140 -142 ms 67 – peristiwa perang Uhud dimana Nabi kalah (musibah)
Jika kamu (dalam peperangan Uhud) mendapat luka (tercedera), maka sesungguhnya kaum (musyrik yang mencerobohi kamu) itu telah (tercedera juga dan) mendaapat luka yang sama (dalam peperangan Badar). Dan demikian itulah keadaan hari-hari (dunia ini dengan peristiwa-peristiwa kemenangan atau kekalahan), kami gilirkan dia antara sesama manusia, (supaya menjadi pengajaran) dan supaya nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang tetap beriman (dan yang sebaliknya), dan juga supaya Allah menjadikan sebahagian di antara kamu orang-orang yang mati Syahid. Dan (ingatlah), Allah tidak suka kepada orang-orang yang zalim. Dan juga supaya Allah membersihkan orang-orang yang beriman (dari dosa-dosa mereka) dan membinasakan orang-orang yang kafir. Adakah kamu menyangka bahawa kamu akan masuk Syurga padahal belum lagi nyata kepada Allah (wujudnya) orang-orang yang berjihad (yang berjuang dengan bersungguh-sungguh) di antara kamu, dan (belum lagi) nyata (wujudnya) orang-orang yang sabar (tabah dan cekal hati dalam perjuangan)?


Pada prinsip, hidup bagai roda, ada hari menang dan ada hari kalah, Allah putarkan. Rasa nak menang je itu salah. Masa kalah, ingat dulu pernah menang. Bila menang, selalu ingat nanti ada hari yang kalah.

Ubat hati kita dengan cara itu. Kenapa Allah bagi kalah, supaya kita mendapat pengajaran dan supaya Allah membezakan orang beriman dengan orang kafir

Allah tidak suka orang yang tidak mengambil pelajaran terhadap kekalahan/ ujian – iaitu orang zalim. Zalim kepada diri. Ubati diri kita.
Menjadi asbab, diampunkan dosa.

Allah nak tengok respon kita: -
Syukur ke tidak
Sabar ke tidak
Ini kayu ukur menilai diri kita

Baik sangka Allah inginkan kebaikkan pada kita

c.Baik sangka pada tiap waktu mendapat nikmat
Walau apapun keadaan, kita bersyukur DULU.
Pada Nikmat, adakah menambahkan ketaatan atau melalaikan.?
Berhati-hati dan muhasabah diri, kalau dapat nikmat dan melalaikan kita dalam ketaatan.

Kisah Al Khamar yang miskin dan ada satu kain dan jadi kaya.
Istidraj – nekmat yang melalaikan

d.Pada waktu nak dekat meninggal

TADABBUR RAMADHAN - SURAH AL FATH KELAS5 25.5.2018


Notes:
Tadabbur Al-Quran Bersama Ustaz Dr Firdaus Sulaiman – Program Ramadhan Abqaf
Tadabbur Surah Al Fath, Surah 48, ms511
Jumaat, 25.5.2018, 9 Ramadhan 1439H – KELAS 5

Puji Syukur atas berbagai rahmat and kurnian Allah. Alhamdulillah kita dipanjangkan umur untuk memasuki bulan Ramadhan tahun ini sehingga hari ke 9 Ramadhan. Moga diberi Inarah untuk menyempurnakan ibadah pada bulan Ramadhan. Selawat dan Salam kepada junjungan kita Nabi Muhammad SAW. Moga Allah memberkati majlis ilmu kita dan merahmati kita dan mengurniakan ilmu yang bermanfaat kepada kita.

Bacaan Ayat dan tafsir ayat ke 5 hingga ke 9
Syurga diperuntukkan untuk semua manusia, Adam dan Hawa lahir di syurga dan roh-roh zuriat mereka. Allah cipta manusia di situ, agar ada keinginan untuk kembali ke syurga dan menikmati syurga

Apa Allah sediakan nak balik? Dunia dan seluruhnya untuk manusia kembali ke syurga dengan niatkan apa yang dapat dan buat sebagai niat ibadah. Requirement paling simple untuk masuk syurga = IMAN. Percaya hari akihirat, syurga dan neraka. Nak masuk cepat, lebih amal soleh supaya pantas, masuk syurga, Untuk lebih nilai ibadah kita, buat banyak amal jariyah, prinsip buat sikit tapi bercabang dan bergabung hingga besar. Mula, sikit lepas tu banyak.

Amal Jariyah –
*Terdekat - didik anak jadi anak yang soleh supaya keturunan akan soleh – kalau takde anak, anak angkat dan anak2 sekeliling. Bila ade peluang tanam benih kebaikkan, kita buat tak kisah siapa. Sentiasa cari cara untuk memberi manfaat.

Surah Muhammad, Ayat 15, ms508
(Apakah) perumpamaan (penghuni) jannah yang dijanjikan kepada orang-orang yang bertakwa yang di dalamnya ada sungai-sungai dari air yang tiada berubah rasa dan baunya, sungai-sungai dari air susu yang tidak berubah rasanya, sungai-sungai dari khamar yang lezat rasanya bagi peminumnya dan sungai-sungai dari madu yang disaring; dan mereka memperoleh di dalamnya segala macam buah-buahan dan ampunan dari Rabb mereka, sama dengan orang yang kekal dalam jahannam dan diberi minuman dengan air yang mendidih sehingga memotong ususnya?
(Muhammad 47:15)

Jenis sungai perumpaan usaha dan amalan
Perlu ada amal jariyah – anak/budak (manusia bergerak), sampaikan ilmu yang bermanfaat, sedekah jariyah pada benda – wakaf surau/sekolah/kemudahan apps quran free…
Hadis Ibn Majid-
1.     Anak soleh
2.     Ilmu yang bermanfaat
3.     Mushaf Al Quran
4.     Masjid yang dibina, menguruskan masjid
5.     Rumah singgahan untuk musafir
6.     Membuat sungai yang dialir/telaga (Contoh water filter/paip)
7.     Sedekah Jariyah – sedekah yang productive, berangkai
a.     Budak sekolah agama yang belajar menjadi pendakwah
b.     Terbaik bila orang betul2 memerlukan /mustahak/cepat/senang

Kita adalah architect syurga kita. Kita nak macam mana, kita rancang betul. Pantas grab peluang beramal soleh. Ada peluang, buat dulu, jadi orang pertama.

Zakat fardhu UTAMA – 70 kali ganda dari amalan sunat.
Tahun Qamariah, Ramadhan ke Ramadhan contoh, 70@7 bila bayar zakat pada bulan Ramadhan. Prinsip asal – ikut haul/tahun

Orang dah masuk syurga, tak de keluar lagi. Kalau orang masuk neraka, ada 2 kemungkinan kekal atau keluar. Menurut ulamak, di depan syurga ada station.ie lepas sirat dan di pintu syurga.ada cabaran/rayuan lagi boleh dibuat oleh ahli neraka …contohnya anak/ayah.

Pengampunan terakhir adalah di padang mahsyar. Dalam Bahasa arabm huruf ‘wau’ / dan tidak mengikut tertib/sequence.

Kejayaan Besar hanyalah bila kita masuk syurga. Kejayaan di dunia adalah kecil. Tetapi, kejayaan besar prlu didahulukan dengan kejayaan/kemenangan yang kecil. Menurut Allah.

Kejayaan di dunia kebanyakkan kejayaan yang menipu. Selalunya sebelum dapat kejayaan yang seronok, bila dah dapat…..seronok yang sementara dan subjektif.

Ketika bertapak di syurga, seronoknya perasaan itu mula ketika pisah jasad dengan roh, dinampakkan oleh Allah.

Surah Al Fajar , ms 594, Ayat 27-30
Wahai jiwa yang tenang! Kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang ridha dan diridhai-Nya. Maka masuklah ke dalam golongan hamba-hamba-Ku, dan masuklah kedalam syurga-Ku.


Ulamak mengatakan ini ayat disampaikan kepada manusia yang menghadap sakaratul maut. Ayat ini disampaikan oleh 500 malaikat berjubah putih , bawa kain kafan dan minyak Kasturi, suara lemah lembut dan dicabut nyawa dengan penuh lemah lembut..dan roh di pass dari satu malaikat ke malakait..sampai ke langit pertama ke atas, dilayan dengan baik…
Roh kembali ke jasad lepas ditanam dan disoal jawab. Amal soleh yang akan jawab…bila lepas soalan, dia akan ditunjukkan/perlihat/pertonton syurga. Orang mati syahid, masuk terus ke syurga

Orang beriman (dalam surah Yasin) yang berada di kubur, siapa yang kejut/bangkit kami?. Malaikat jawab, Tuhanmu…bangun dengan wajah berseri-seri.

Orang kafir, bangun dengan gerun/masam kerana tahu lepas ini lagi teruk

Setiap kemenangan/kejayaan sudah pasti datang dengan ujian dan kesusahan.
Zaman Nabi – Orang Munafik dan Musyrik. Tidak suka usaha nabi 
Menguji kesabaran kita dalam mencari kejayaan – adalah kita persistent


Ayat 6, Al Fath


Dalam meraihkan kejayaan, akan pasti dapat ujian dan tentangan. Semua nabi dapat tentangan dari umatnya.

Di Syurga barulah SELESAI. Tiada kepentingan
Surah Al Hijr, ms264, ayat 45-48
Sesungguhnya orang-orang yang bertaqwa adalah ditempatkan di dalam beberapa taman Syurga, dengan matair-matair terpancar padanya. (Mereka dipersilakan oleh malaikat dengan berkata): "Masuklah kamu ke dalamnya dengan selamat sejahtera serta beroleh aman". Dan Kami cabut akan apa yang ada dihati mereka dari perasaan hasad dengki sehingga menjadilah mereka bersaudara (dalam suasana kasih mesra), serta mereka duduk berhadap-hadapan di atas pelamin masing-masing. Mereka tidak akan disentuh susah payah dalam Syurga itu, dan mereka pula tidak sekali-kali akan dikeluarkan daripadanya.

Surah Al Furqan, ms 365, ayat 63
Dan hamba-hamba (Allah) Ar-Rahman (yang diredhaiNya), ialah mereka yang berjalan di bumi dengan sopan santun, dan apabila orang-orang yang berkelakuan kurang adab, hadapkan kata-kata kepada mereka, mereka menjawab dengan perkataan yang selamat dari perkara yang tidak diingini;

Rendah hati, tak sombong dan tawaduk. Tidak sombong dengan harta/pangkat/ilmu


Ikhlas
Manfaat
Istiqamah

Amal baik berterusan
Nabi bersedekah bagai angin di bulan Ramadhan
ISteri sedekah/zakat pada suami – boleh
Ibn Mas’ud

Pelbagaikan sedekah
Prinsip Asal - Utamakan yang dekat. Dekat dihati/hubungan kemudian tempat