Friday, 8 June 2018

TADABBUR RAMADHAN - SURAH AL FATH KELAS 14 (AKHIR) 6.6.2018 dan Taklimat SyriaCare


Notes:
Tadabbur Al-Quran Bersama Ustaz Dr Firdaus Sulaiman – Program Ramadhan Abqaf
Tadabbur Surah Al Fath, Surah 48, ms511
Jumaat, 8.6.2018, 21 Ramadhan 1439H – KELAS 14 (AKHIR)

Puji Syukur atas berbagai rahmat and kurnian Allah. Alhamdulillah kita dipanjangkan umur untuk memasuki bulan Ramadhan tahun ini sehingga ke hari ini. Moga diberi Inarah untuk menyempurnakan ibadah pada bulan Ramadhan. Selawat dan Salam kepada junjungan kita Nabi Muhammad SAW. Moga Allah memberkati majlis ilmu kita dan merahmati kita dan mengurniakan ilmu yang bermanfaat kepada kita.

Bacaan Ayat dan tafsir 29
Muhammad adalah utusan Allah dan orang yang bersama dengan dia bersikap keras terhadap orang kafir, tetapi berkasih sayang terhadap sesame mereka, Kamu melihat mereka rukuk dan sujud mencari kurniaan Allah dan keredhaanNYA. Pada wajah-wajah mereka ada tanda bekas sujud. Demikianlah sifat-sifat mereka (yang diungkapkan) dalam Taurat dan sifat-sifat mereka yang diungkapkan dalam Injil, iaitu seperti benih yang nmengeluarkan tunasnya, kenudian tunas itu makin kuat, lalu menjadi besar dan tegak lurus di atas batangya; tanaman itu menyenangkan hati penanam-penanamnya kerana Allah hendak menimbulkan perasaan tidak senang hati kepada orang kafir dengan sebab kekuatan orang mukmin. Allah menjanjikan kepada orang yang beriman dan mengerjakan kebajikan di antara mereka, keampunan dan pahala yang besar.

Kita imbas kembali apa kita sudah pelajari –
Pengajaran dari surah ini adalah setiap orang beriman akan sentiasa berusaha untuk berjaya dari usaha yang kecil hingga mencapai kejayaan yang besar di akhirat.
Dan Allah akan sentiasa membantu orang mukmin untuk mendapat syurga Allah.
Dan sentiasa beramal dan perbagaikan jalan untuk mendapatkan syurga Allah. KERANA ketika kita semangat untuk beramal soleh, banyakkan amalan sunat. Dan ketika lemah semangat dalam beramal, cukupkan degan yang fardhu dahulu.

Ada 3 perkara yang apa sahaja kita buat di dunia ini akan jadi baik ada 3 perkara ini. Tengok surah Al Lail
Ketika dalam keadaan yang kurang semangat untuk amal kita kena faham akur adala perbezaan amalan dari setiap orang ke setiap yang lain, antara lekaki dan perempuan. Ada cara beza amalan lelaki dan perempuan. KERANA permintaan Allah dari kaum lelaki dan kaum perempuan ada perbezaan, maka amalah dan usaha kita juga pelbagai.

Dan Allah mengakui perbezaandan usaha kita- melalui jantina dan usaha.

Surah Al Lail, Ayat 1-10, ms 595
Demi malam apabila menutupi cahaya siang
Demi siang apabila terang benderang
Demi penciptaan lelaki dan perempuan
Sesungguhnya usahamu memang beraneka macam
Maka barang siapa memberikan hartanya dijalan Allah dan bertakwa
Dan mengakui dengan yakin adaanya pahala yang terbaik iaitu syurga
Maka kami akan mudahkan baginya jalan menuju kemudahan (kebahagiaan)
Dan adapun orang yang kikir dan merasa dirinya cukup (tidak perlu pertolongan Allah)
Serta mendustakan pahala yang terbaik
Maka kami akan mudahkan baginya jalan menuju kesukaran (kesengsaraan)


Allah mengakui kepelbagaiain
Lelaki dan Perempuan, Doctor/Nelayan/Petani/Penjawat Awam/Peniaga/Guru
Jangan sesekali paksakan orang untuk sama dengan kita.

Di tengah kepelbagaian usaha dan amalan kita itu, ada 3 perkara yang kita mesti ada
1.Mesti ada suka memberi/Contribute/Selalu niat memberi sumbangan. Tidak kedekut dalam pertolongan
Jangan risau pasal islam, tapi apa yang kita buat untuk islam. Islam Allah jaga. Tapi apa contribution kita untuk menolong agama Allah.

2. Mesti ada Takwa/Cari kebaikkan untuk bagi dekat orang
DAlam apa kerja kita buat kene cari jalan untuk memberi. Takwa adalah berusaha mencari jalan dan bukan alasan untuk memberi sumbangan kepada agama Allah. Kita semua berusaha. Yang berkerjaya/surirumah tak kira. Buah/Hasil sebuah takwa ialah amal soleh.

3. Mengakui/membenarkan/menyokong matlamat dengan semua usaha yang dibuat hanyalah untuk meraih SYURGA…dapat kembali ke syurga. Meniatkan semua yang dibuat dan takwa yang diusahakan untuk kembali ke syurga
Menyokong segala usaha orang lain dalam membuat kebaikkan, agar realisasi. Ada nilai bantu membantu, sokong menyokong dan sebagainya.

Dengan 3 perkara diatas, Allah akan memudahkan usaha kita dalam beramala soleh dan mendapat ganjaran - syurga di mudahkan bahagi kita, mendapatkan jalan kebaikkan

1.Dapat buat kebaikan lepas tiap kebaikan. Orang munafik, hanya mengharapkan habuan dunia.
2.Mudah jalan balik ke syurga

Prinsip asal orang beriman – Apa yang kita boleh MEMBERI? Tolong dulu dan yakin pasti Allah akan tolong kita. PASTI.

 Dalam kepelbagaian usaha amal soleh kita  yang tak patut/jangan ada dalam diri kita.
1.Jangan ada kedekut bakhil – duit, idea, tenaga. Malas menyumbang apa2.

2. Merasa diri CUKUP/Sombong dengan apa yang ada - Inti ibadah, mesti rasa kurang dengan Allah. SEKALI LAGI – inti ibadah kita merasakan diri kita sangat kurang. Kalau dengan Allah sudah rasa cukup, BAHAYA. DEngan rasa kurang ini, kita akan beribadat dengan lebih khusyuk.
Flashback – Pada masa bila ibadah paling best dan khusyuk – apabila rasa HINA, kerdil, kecil, lemah, meminta,
Ada nilai penghambaan dan kurang. Kalau dah mudah sangat, nanti rasa tawar ibadah dan sekadar ‘automatic’
Kita mesti cari sesuatu yang menyebabkan kita rasa lemah dan sangat bergantung harap dengan Allah.
Bila hati dah keras, Allah timpa kita dengan musibah. supaya kita kembali menangis merintih Dengan Allah.
 Allah merubah orang dengan
1.Sukarela – sendiri nak berubah
2.Sukapaksa – cara musibah

Dengan manusia pun kita kene macam tu.(bukan lemah dan meminta-minta tapi) , Kita kene reserve ‘one day we need him/her’. Kalau marah pun berpada-pada
  
3. Mendustakan perkara yang baik
Tidak sokong yang baik. Menafikan kebaikkan orang lain. Kita merasakan orang lain tak baik . Kita je yang baik.

** Kalau ada ketiga tiga ini dalam hidup kita, maka siap2lah…AWAS Allah akan memudahkan jalan menuju kesukaran.
Support orang yang buat baik, nanti orang itu sayang dan suka kita. Kalau kedekut, sombong , ingat dia betul…tak ada siapa nak tolong, walaupun saudara sendri
**Di tengan kepelbagaian usaha kita, tanamkan 3 perkara itu dan hindarkan 3 perkara di atas.

Ayat Akhir, Surat Al Fath, Ayat 29, adalah kesimpulan macam mana umat Islam patut jadi.
1.Berusaha menjalankan tugas yang dijalankan oleh Rasul - Ingat Muhammad adalah utusan Allah.  Dan pikirkanlah kita juga messenger or GOD, kit akene teruskan usaha Rasul . Kita akan cuba bertindak dan berakhlak
Prinsip RASUL – adalah memberi dan bukan mengambil. Tidak mintak balasan/imbalan dari orang. Berilah dalam landasan kita nak ikut cara Rasul, utusan Allah

2. Tiru sahabat-sahabat Nabi dan orang yang dekat dengannya. Bagaimana keadan mereka?
a. Tegas terhadap orang kafir
b. berkasih sayang sesame orang beriman – sentiasa berbaik sangka, 10 kemungkinan, even kalau 1 ada yang baik, ambik yang baik sahaja. Kebanyakkan yang meranapkan hubungan antara kita adalah buruk sangka. Rendahkan sayap kita, jangan tunjuk hebat. Mengalah lagi baik, apa lagi hal urusan dunia. Dalam urusan akhirat, tak boleh mengalah. Kene rebut dan berebut. Dalam bab dunia, orang sekarang tak boleh mengalah. Dalam bab akhirat pula mengalah. * Cerita kisah sahabat nabi yang dahaga dan depa rela mengalah untuk menolong
c. Mereka taat – (rukuk dan sujud) – Apa yang diperintah, di usahakan buat. Sehingga dia akan berpindah dari satu kebaikkan kepada satu kebaikkan, bersambung-sambung. Itulah orang mukmin
***Tujuannya adalah untuk mencari anugerah Allah – pertolongan, hidayah, redha dan pahala
Ikhlas itu adalah mengharapkan sesuatu dari Allah bukan makhluk. Beramal untuk dapat syurga, sedekah untuk tambah rezeki – ITU IKHLAS. Kerana k
NAMUN REDHA adalah yang paling utama. Tiada masalah nak minta gajaran macam2 dari Allah

Perlu diingat, ada ibadah/amal soleh yang mengembirkan diri kita sendiri sahaja dan ada yang mengembirakan diri kita dan orang lai,.
Ibadah yang membuat orang lain seronok selain kita. Menyenangkan orang lain dan memasukkan rasa gembira dalam hati orang yang beriman. Ada kesan KELUAR. Orang lain nampak dan perasaan.  MAKE people happy

CLUE/PRINSIP orang nak dekat dengan kita –
Surah Ali Imran , ayat 159, ms71
Maka disebabkan rahmat daripada Allah, engkau berlaku lemah-lembut terhadap mereka. Sekiranya engkau bersikap keras lagi berhati kasar, tentulah mereka menjauhjan diri dari sekelilingmu. Kerana itu, maafkanlah mereka; mohonlah keampunan bagi mereka, dan bermesyuaratlah dengan mereka dalam urusan itu. Kemudian apabila kamu telah membulatkan tekad (untuk melakukan sesuatu), maka bertawakkalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang bertawakkal kepadaNya.

Jiwa yang lemah lembut- menunjukkan Allah rahmati kita
Kalau keras dan kasar (Tak mahu ubah, dia je betul) Orang akan lari
Kunci untuk orang rapat dengan kita –
1.Tunjuk kasih sayang
2.Berlemah lembut
3.Suka memaafkan
4.Mintakan ampun untuk mereka (dibelakang). Doa yang terbaik dalam diam, dia tak perlu tahu. ‘MAKE DOA’
5. Rajin berbincang, bermusyuarah – jangan sendiri sendiri. Nabi masih berbincang walaupun dia dapat wahyu
6. KENA ada TAWAKKAL sama-sama. Bila sudah ada kata sepakat. Jangan komen belakang. Hanya IMPLEMENTASI. Nanti post mortem, bincang.

Insya Allah, mari kita berusaha dan terus berusaha hingga mencapai kemenangan.

Taklimat Dari Wakil, SyriaCare
-SYRIA CARE (2012, Fokus bantu rakyat Syria)
Tanda mencintai sesama mukmin nampak pada hadits dari Anas bin Malik radhiyallahu ‘anhu berikut ini, di mana Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
لا يُؤْمِنُ أَحَدُكُمْ حَتَّى يُحِبَّ لأَخِيهِ مَا يُحِبُّ لِنَفْسِهِ
Salah seorang di antara kalian tidaklah beriman (dengan iman sempurna) sampai ia mencintai saudaranya sebagaimana ia mencintai dirinya sendiri.” (HR. Bukhari no. 13 dan Muslim no. 45)
-Saudara se-Akidah.Janji beriman, dia adalah saudara kita
-Tiada factor warna/geography/status/bangsa
-Issue Syria sangat berat dan perlu difokus.
-UN – 5juta rakyat Syria dah keluar dari Syria, kebanyakkan lari ke Turkey, Lubnan, Jordan, Europe, Canada. Mereka keluar untuk menyelamatkan nsya
-UNHCR – 16 juta perlukan humanitarian assistance. 6.1 needs dire assistance. WHAT TO EAT? For 6.1 in Food Crisis. Reality, they don’t know what to eat ? What is there to eat?
-Dahsyatnya keadaan mereka – kematian 500,000 (span of 7 years) 60% of them are parents,300k ketua keluarga…300l*3anak= (900k orphans)
-Akan jadi sejarah. Catastrophic event for umat Islam
-Fikiran negative/sempit akan menghambat usaha kita
- Orang Syria sangat dekat dengan orang Melayu, cakap lembut dan panggilan sayang. –
-Masyarakat Malaysia – suka kan keamanan, sama dengan orang Syria
-2011 -Syria: Orang Syria suka patuh, tak suka lawan. JADI APA JADI:
a. mereka tak sangka akan terjadi
b. peristiwa kanak/budak sekolah terpengaruh dengan arab spring, kanak2 tulis dekat dinding – rakyat nak jatuhkan kerajaan
c.Polis serious- buat siasatan, masuk sekolah, seksa budak2 kecik tu. Some of them died, mati kerana diseksa. Budak yang takde apa kuasa.
d.Orang Syria takut kerajaan, mereka mintak balik mayat anak dia, polis Syria kata bagi isteri
they start with perarakan aman, minta reform in police. Tunjuk perasaan yang aman, dibalas dengan peluru. Setiap hari orang mati…
e. In Mei, sebahagian tentera Syria, keluar dari tentera dan buat tentera rakyat.... mulalah Revolution…dari satu ke satu…Sectarian War…Proxy War makin teruk
f. Hakikatnya, kenapa rakyat Syria takut dengan kerajaan –
a. peristiwa kem Syabra Syatilla (1982)- kem pelarian Palestin, 5000 Palestine dibunuh in cold blood. 
b. Hama (Town in Syria) Masacre, Feb 1982 – Uprising oleh Muslim Brotherhood (Ikhwanul Muslimin), Kerajaan Syria pergi kepung, in 7 days they killed 38,000-40000. Or MORE.So kenapa ada uprising?? Kerajaan Empayar Othmaniah jatuh, tiada satu KERAJAAN ISLAM di dunia yang bersatu…Umat Islam sendiri-sendiri, Tiada SATU KERAJAAN ISLAM YANG UNGGUL dan mengetuai, masing-masing sendiri sendiri
1920 – unions, sosialis, uprising against Capitalisme. - Parti Baath (In Syria) parti sosialis memerintah., Di Syria - Majority Sunni, Syiah, Christian, Others
Penganut Alawi (siapa ketua, dialah Tuhan, Tuhan pertama, tuhan kedua) – mengamalkan ajaran secara terbuka. Sampai sebut ‘La IllahaiLLA Bahsyar’ – sampai sujud. Hafiz Al Assad.

Tapi orang Islam Syria, mereka sama seperti kita, dekat dia dan kita. Dia rasa kesal, ketua negara bukan orang Islam, tapi parti politik adalah Parti Baath…dan mulalah Muslim Brotherhood…dan kemudian jadi peristiwa HAMA.
Kerajaan diketuai oleh orang Alawi, depa jaga military dan intel. Agama Alawi.tak pernah percaya Islam. Ianya agama Lain. Mereka kawan dengan syiah, untuk menentang Sunni.
Orang Sunni di Syria – lari ke Idlib

Politikly, Basyhar kata dia Islam, dia solat - Sheikh Ramadhan sangat baik, tengok yang baik sahaja, dia alim.*Dia rasa - Bahsyar buat yang baik depan dia…solat, Quran…dia tak tahu apa yang bahsyar buat di belakang. Ceritanya, dia mula dah tahu pasal basyar dan ingin lari…dia dibunuh. Kita tak tahu siapa bunuh sapa dalam perang.

Orang Syria, kata orang Malaysia tak menghargai keamanan yang depa ada.  Di Syria, nak bagi khutbah/ceramah dll kene isi borang / temuduga – INTEL/POLIS. Kena sign surat, Masjid Malaysia bukak 24jam…tapi di Syria, masjid hanya dibuka 15 min sebelum azan dan selepas. kecuali masjid pelancongan. Di Syria, askar tak boleh belajar agama, pejabat kerajaan takde surau.

Mereka ditindas sekian lama,r tersiat2 hati mereka…tapi depa sabar supaya ada keamanan...dan mereka mahu sebarkan Islam.

-Keadaan penjara di Syria (bilik kecil-70 orang satu sel yang kene berdiri, bagi makan duduk bergilir, 35 telur, roti.)– fisikal dan mental torture- masuk penjara terus, kerana disyaki terlibat dalam gerakan Ikhwan…sebab kawan dia ada janggut. (orang cinta rasul dan agama)10 tahun di penjara…padahal dia takde kene mengena dengan ikhawanul muslimin.
- Randomly pick banduan, untuk dijatuhkan hukuman mati. * Caesar Syria” – tortured bodies in Syria prison.

-Ada intel officer, catit orang yang selalu solat subuh dimasjid kerana orang Islam yang solat subuh di masjid, orang yang kuat. Berpuluh tahun hidup dalam keadaan ini. Takut nak kritik kerajaan, takut ada family yang jadi spy kerajaan

-Why are Other countries in Syria?
Russia needs land for pipeline – investment, business – they bomb not only ISIS/DAESH (depa bukan menegakkan Islam) but the people of Syria…they are defending themselves…ada juga puak-puak bergaduh…Al Qaeda.among them, they are fighting with themselves now. Keadaan makin rumit…USA – to fight ISIS and protecting oilwells

SOALAN – BILA NAK AKHIR? Macam mana kisah akhir Syria. Nobody knows, things are changing so dramatically…
2015…Russia…tentera Iran, Lubnan, Turkey

SOALAN – APA YANG KITA BOLEH BUAT? KITA KENA BERADA JALAN AL HAK/BENAR
-Do your part, with whatever Allah gave you…what you have. Orang Syria bukan mengharapkan rakyat Islam datang ke Syria untuk berperang…TETAPI
Buat apa yang boleh sebagai saudara seiman yang mengasihi saudara yang dalam kesusahan….

Ceritakan, sebarkan, write…bagi sumbangan…tolong dalam mendapat sumbangan dan yang UTAMA…DOA DOA DOA -kepada Allah dari hati, untuk orang Islam Syria. Doa Agar Allah Bagi kemudahan kepada mereka…bagi kemenangan…DOA pada sebahagian waktu malam dengan penuh harap.

Hadis Nabi – Jika Ahli Syam (Syria) rosak, kita tidak apa2.
Our Last Defence is in Syria. But When? We don’t know
Sekarang, kita jalan tanggungjawab kita.
DAPUR SYRIA (SYRIA CARE) -5000 orang makan. Perlukan RM400,000, kalau tidak dapur kene tutup.

Mohon bangkit bersama menyumbang, ajak orang lain menyumbang  dan senstiasa berdoa untuk saudara kita di SYRIA.
Aamin. Insya Allah

Thursday, 7 June 2018

TADABBUR RAMADHAN - SURAH AL FATH KELAS13 7.6.2018


Notes:
Tadabbur Al-Quran Bersama Ustaz Dr Firdaus Sulaiman – Program Ramadhan Abqaf
Tadabbur Surah Al Fath, Surah 48, ms511
Khamis, 7.6.2018, 21 Ramadhan 1439H – KELAS 13

Puji Syukur atas berbagai rahmat and kurnian Allah. Alhamdulillah kita dipanjangkan umur untuk memasuki bulan Ramadhan tahun ini sehingga ke hari ini. Moga diberi Inarah untuk menyempurnakan ibadah pada bulan Ramadhan. Selawat dan Salam kepada junjungan kita Nabi Muhammad SAW. Moga Allah memberkati majlis ilmu kita dan merahmati kita dan mengurniakan ilmu yang bermanfaat kepada kita.

Bacaan Ayat dan tafsir ayat ke 15 hingga ke 17
Taddabur bermaksud membawa ayat-ayat untuk diri kita sendiri. MEnghisab diri kita melalui kefahaman-kefahaman bila membaca ayat2 ini. Kita beranggapan apa yang ada dalam ayat ini adalah untuk kita. Yang baik kita teruskan dan perbaikki dan yang tak baik, kita ubah dan baiki

Dalam Quran, ada ayat mengenai manusia2 positif dand negative. Kita tanya diri, bila ada cerita mengenai orang yang positif – kita dah tergolong ke? Kita macam ini ke? Dah tahap ni ke kita?

Bila ayat menceritakan pasal manusia negative – Kita check diri kita. Kita ada termasuk ke buat2 perkara2 yang tak baik, tengok balik, kalau ada, perbaikki.

Tahap2. Manusia yang diceritakan dalam surah Al Fath

1.Sudah beriman dan beramal soleh
2. Orang-orang yang belum terdidik dan tarbiyah – belum terdedah dengan tarbiyah. Ada kekurangan dan kelemahan. Perkara yang tak sepatutnya tidak buat. Mereka belum dapat tarbiyah islam yang cukup.

Kita jangan emosi bila tak suka dengan cara dan perangai mereka. Kene bersabar. Mereka takt ahu lagi mengenai amalan dan akhlak2 islam. Kepada mereka ini, kita kene bersabar dengan mereka. Ini bukan cara tarbiyah islam ie marah dan hina. Kene maafkan dia dan lapang dada. Kita pendakwah bukan pendakwa. Berusahalah kita terlibat dalam proses penhijrahan/perubahan orang kepada kebaikkan
Jangan sekali kita membuat orang lain jauh dari agama Allah dengan cara kita.

Surah Al Fath, Ayat 15, 512
Apabila kamu berangkat untuk mengambil barang rampasan, orang-orang Badui yang tertinggal itu akan berkata, “Biarkanlah kami mengikuti kamu”. Mereka hendak mengubah janji Allah. Katakanlah, “Kamu sekali-kali tidak boleh mengikuti kami. Demikianlah yang telah ditetapkan Allah sejak semula”. Maka mereka akan berkata, “Sebenarnya kamu dengki kepada kami”. Padahal mereka tidak mengerti melainkan sedikit sekali.

Surah Ash Shaff, ayat 7 ,8 dan 9 ms 552
Dan siapakah yang lebih zalim daripada orang yang mengada-adakan kebohongan terhadap Allah padahal dia diajak kepada agama Islam? Dan Allah tidak memberi petunjuk kepadaa orang-orang yang zalim.
Mereka hendak memadamkan cahaya agama Allah dengan mulut (ucapan-ucapan) mereka, tetapi Allah tetap menyempurnakan cahaya-Nya meskipun orang-orang kafir membenci.
Dialah yang mengutus rasul-Nya dengan membawa petunjuk dan agama yang benar, untuk memenangkannya di atas segala agama meskipun orang-orang musyrik membencinya.

Mereka mahu menghancurkan Islam. Menghalang penyebaran islam dengan kata2 dan propaganda mereka. Tapi Allah akan terus menyempurnakan cahaya agama walaupun orang kafir membenci

Islam tak perlukan kita untuk berkembang tapi kita perlukan islam untuk diri kita. Kalau kita tak berusaha, Islam akan terus berkembang. Don’t worry about islam but worry about you. Islam Allah pelihara. Risaukan diri kita, apa saham dan sumbangan kita untuk agama Allah? Apa sumbangan kita

Islam umpama matahari yang cuba ditutup-tutup, tapi cahayanya tetap keluar. At the end, Islam adalah pilihan manusia.

Kisah orang2 Arab. Sekarang ini kebanyakkan meninggalkan islam (tidak beramal dengan ajaran islam – berjudi, minum arak, rasuah, tidak solat.
Kata2 Umar Al Khatab, kaum yang meninggalkan Islam akan dihina oleh Allah. Contohnya adanya negara Israel ditengah2 umat Islam.

Allah ganti kemulian islam ke tempat lain, contoh timur, uk, Europe, Africa. Berpindah. Ketika kaum meninggalkan ajaran Islam, Allah pindahkan ke tempat lain.

Risaukan diri, bukan Islam. Apa yang kita sumbang untuk agama Allah. Kita sudah menjadi penolong agama Allah?

Surah An-Nur, Ayat 55, ms 357
Allah telah menjanjikan keapda orang-orang di antara kamu yang beriman dan yang mengerjakan kebajikan, bahawa Dia sungguh akan menjadikan mereka berkuasa di bumi sebagaimana Dia telah menjadikan orang-orang sebelum mereka berkuasa, dan sungguh DIa akan meneguhkan bagi mereka dengan agama yang telah Dia redhai. Dan dia benar-benar mengubah keadaan mereka, setelah berada dalam ketakutan menjadi aman Sentosa. Mereka tetap menyembah-Ku dengan tidak mempersekutukan-Ku dengan sesuatu pun. Tetapi barang siapa tetap kafir setelah janji itu, maka mereka itulah orang-orang yang fasik.

Aman – asal dari iman
Aman yang sebenarnya apabila ada iman. Tak sempurnanya iman tanpa keamanan.
JANGAN ada perangai hanya nak dapat senang tapi tak nak berusaha/melalui susah. Mereka takut. Seperti bani Israel dalam ayat...
Sikap pengecut dan lepas tangan bani Israel.
Surah Al Maidah, ayat 21-26 ms 112
Wahai kaumku! Masuklah ke tanah suci (Palestina) yang telah ditentukan Allah bagimu, dan janganlah kamu berbalik ke belakang kerana takut pada musuh, nanti kamu akan menjadi orang yang rugi.
Mereka berkata, “Wahai Musa! Sesungguhnya di dalam negeri itu ada orang-orang yang sangat kuat dan keja., kami tidak akan memasukinya sebelum mereka keluar darinya. Jika mereka keluar dari sana, nescaya kami akan masuk.
Berkatalah dua orang laki-laki diantara mereka yang bertakwa, yang telah diberi mikmat oleh Allah, “Serbulah mereka melalui pintu gerbang negeri itu. Jika kamu memasukinya nescaya kamu akan menang. Dan bertawakkalah kamu hanya kepada Allah, jika kamu benar-benar orang yang beriman.
Mereka berkata, “Wahai Musa! Sampai kapan pun kami tidak akan memasukinya selama mereka masih ada di dalamnya, kerana itu pergilah engkau bersama Tuhanmu, dan berperanglah kamu berdua. Biarlah kami tetap menanti di sini saja.
Dia (Musa) berkata, “Wahai Tuhanku, aku hanya menguasai diriku sendiri dan saudaraku. Sebab itu pisahkanlah antara kami dengan orang-orang yang fasik itu.
(Allah berfirman, “ (Jika demikian), maka negeri itu terlarang buat mereka selama emapt puluh tahun, selama itu, mereka akan mengembara kebingungan dibumi. Maka janganlah engkau (Musa) bersedih hati memikirkan nasib orang-orang yang fasik itu.

Kerana orang islam tak ambil tanggungjawab, dunia akan jatuh ke tangan orang kafir. 40 bermaksud, sudah matang. Selagi orang islam tak berfikir dengan iman, dengan matang, orang islam akan kerugian/terlepas. Iaitu jika masih nak habuan mudah tanpa usaha dan perjuangan, pasti akan terlepas
Ajran /Pahala/Balasan
1.Ajran Hasanan – usaha baik dibalas baik
2.Ajran Kariman – mulia – bukan hanya atas usaha, usaha belum sempurna tapi Allah bagi lebih lagi. Kerana Allah mulia, dia bagi lebih. Berkaitan dengan takwa.

Surah Al Hadid, ayat 11, 18, 538
Barang siapa meminjamkam kepada Allah dengan pinjaman yang baik, maka Allah akan mengembalikannya berlipat ganda untuknya, dan baginya pahala yang mulia.

Sedekah/Infaq/Wakaf -yang dibuat secara sukarela dan ikhlas dan penuh ketakwaan. Sedekah sudah sebati dengan jiwanya. Dia tak tengok2 orang. Tak berkira. Allah bagi pun tak berkira.
Orang istimewa, extraordinary, buat baik kepada yang tak buat baik kepada kita, buat baik kepada orang yang jahat dekat kita.

Surah Yunus, 63 64, ms 216
Yaitu orang -orang yang beriman dan senantiasa bertakwa.
Bagi mereka berita gembira di dalam kehidupan di dunia dan akhirat. Tidak ada perubahan bagi janji-janji Allah. Demikian itulah kemenangan yang agung.

***DARI NOTE SEBELUM INI
  • Ajran hasanan – Pembalasan buat baik dengan baik. Ini adalah balasan yang paling sedikit dari Allah atas usaha amal soleh kita yang istiqamah
  • Ajran ghairumamnun – Balasan yang tak berhenti
  • Ajran Azimun – Balasan yang besar
  • Ajran Karimun* (balasan dari segi VALUE) – balasan yang mulia, dimana balasannya tidak dapat dibayangkan dan membuat ktia rasa mulia

Khabar Gembira (Bushra) di dunia lagi
a. bila buat kebaikkan, Allah tunjukkan kebaikkan lain baginya menunjukkan appreciation. Bushra (berita gembira). Menampakkan janji Allah didunia lagi. Makin semangat. Rajin nak tolong
b.
c.

3.Ajran Aziman -

Wednesday, 6 June 2018

TADABBUR RAMADHAN - SURAH AL FATH KELAS 12 6.6.2018


Notes:
Tadabbur Al-Quran Bersama Ustaz Dr Firdaus Sulaiman – Program Ramadhan Abqaf
Tadabbur Surah Al Fath, Surah 48, ms511
Rabu, 6.6.2018, 21 Ramadhan 1439H – KELAS 12

Puji Syukur atas berbagai rahmat and kurnian Allah. Alhamdulillah kita dipanjangkan umur untuk memasuki bulan Ramadhan tahun ini sehingga ke hari ini. Moga diberi Inarah untuk menyempurnakan ibadah pada bulan Ramadhan. Selawat dan Salam kepada junjungan kita Nabi Muhammad SAW. Moga Allah memberkati majlis ilmu kita dan merahmati kita dan mengurniakan ilmu yang bermanfaat kepada kita.

Bacaan Ayat dan tafsir ayat ke 12 hingga ke 15

Perbezaan antara orang yang beriman dan orang yang setakat islam/belum ada iman, adalah orang beriman sentiasa mencari jalan, orang yang belum beriman sentiasa ada alasan – Alasan yang biasa ialah sibuk dengan harta, kerja, anak dll.

Orang yang beriman meminta doa dengan murni, rasa kurang dengan Allah dan merasakan perlu orang lain punya support dan doa. Orang yang belum betul2 iman, mintak orang lain doakan setakat dimulut sahaja bukan dari hati, sebagai melepaskan diri mereka.

Orang yang beriman meyakini SEGALA manfaat dan mudarat itu BENAR2 daripada Allah. Sedangkan orang yang belum masuk iman dalam hati, merasakan manfaat dan mudarat datang dari Mahluk dan bukan Allah.

Orang beriman minta dihindarkan mudarat dan diberi manfaat dengan Allah Mereka bergantung terus dan sentiasa dekat dengan Allah. Yakin dengan sebaik-baik yakin, segala manfaat dan mudarat datang dari Allah.

Keyakinan dan Berani sesorang menempuh satu jalan kebaikkan walaupun sukar adalah apabila diayakin manfaat dan mudarat dari datang Allah. Dia tidak ragu-ragu dan tidak juga takut, dia sentiasa berdoa untuk mendapat pertolongan. Orang yang belum betul beriman, akan ragu-ragu dan was-was.

Selagi kita menempuh jalan kebaikkan, selagi itu Allah akan bersama dengan kita. Jangan risau, tak kisah lah orang lain pakat nak mudaratkan kita. Yakin dengan Allah yang SATU, Tuhan yang Maha Perkasa.

Surat Al Fath, Ayat 12, ms512
Bahkan dahulu kamu menyangka bahawa Rasul dan orang mukmin sekali-kali tidak akan kembali lagi kepada keluarga mereka selama- lamanya dan syaitan jadikan terasa indah yang demikian itu di dalam hatimu dan dan kamu telah berprasangka dengan prasangka yang buruk, kerana itu kamu menjadi kaum yang binasa.


Orang yang beriman, mempunyai prinsip hidup yang sentiasa yakin dan kuat. Tidak akan berpatah balik disebabkan kata-kata negative orang. Hanya Allah yang akan menentukan/merubahkan sesuatu dengan hasil. Bila dah ada results sesuatu usaha, kalau negative ubah, kalau baik teruskan.

Jadilah orang yang meyakinkan sahabat apabila mereka ragu-ragu dalam membuat sesuatu yang baik. Dia perlukan keyakinan, berikan. Jangan sesekali tambahkan keraguan dia, dalam dia bermiat membuat kebaikkan.


Orang munafik, suka mengagalkan usaha yang baik.

Prinsip asas, orang beriman mula dengan sangka baik dalam setiap hubungan. Hanya, reservekan sikit untuk waspada

Kesan buruk dari buruk sangka
1. Akan jadi apa yang disangka
2.Allah murka
3.Allah laknat
4.Allah sediakan neraka Jahannam
5.** Akan binasa umat /orang

Orang beriman, berusaha untuk menciptakan bahagia dan tenang dan sentiasa cuba memperbaikki hubungan dan mahu buat baik dan sentiasa beri manfaat kepada orang lain.

Kita kene Yakin bahawa Landasan Ibu Bapa – sentiasa dengan kasih sayang. Walaupun ada kalanya caranya mungkin menguris hati kita.
Jangan sebab satu silap, kita lupakan segala yang baik pernah dibuat, 90% baik, 10% tak baik – tapi yang 10% itu yang kita kenang. Setiasalah berbaik sangka dalam apa jua keadaan walaupun mungkin hati kita tercalar.

Secara asasnya, pasangan kita sayang kita dan bina hubungan dengan kita dengan asas kasih sayang. Kita mesti terima baik buruknya,  tiada yang 100% perfect , pasti ada kelemahan. Ingat yang baik-baik sahaja.

Yang nampak tak berapa baik/memuaskan, teruskan baik sangka. Dalam baik sangka, Allah akan REPAIR yang lompong dan lobang2. Kalau tidak cover lobang dengan baik sangka, lamanya jadi lagi besar dan akan binasa.

Sempurna hidup ini, adalah saling menutupi aib dengan baik sangka.

Beberapa bentuk musibah
1.Musibah Kashaf- berlaku pada para nabi – untuk Allah bukak jalan, nak buka yang hak dengan yang batil, buka yang ada dalam pasukan ada yang tidak taat. ‘Musibah yang membuka hakikat dan kebenaran’
2. Musibatul Rafak – bertujuan untuk mengangkat darjat. (para nabi dan orang islam). Majority, orang beriman yang biasa.
3. Musibatul Insaf – ditujukan untuk buat orang itu insaf (mukmin yang berdosa)
4.Musibah Azab – tujuan untuk menyeksa (hanya kepada orang kafir)

Surah Sajadah, ayat 21, 417
Dan pastii kami timpakan kepada sebahagian seksa yang dekat di dunia sebelum azab yang lebih besar di akhirat, agar mereka kembali (ke jalan yang benar)

Musibatul Insaf - Berlaku pada mukmin yang dosa dan orang kafir. Jika tidak berdosa, prinsip asas musibah adalah kashaf dan rafak. Bila ditimpa ujian, kita muhasabah diri dan realise kita ada lalai/buat dosa, maka prinsip musibah itu adalah ‘musibatul insaf’
Jalan untuk membaiki diri dan kembali kepada Allah. Nak Tarik tangan balik, baik sangka pasal musibah yang berlaku pada kita.

Orang Kafir tidak menghiraukan musibah untuk kembali ke jalan yang benar…maka dia ditimpa musibah azab dan seterusnya

Orang munafik sapu habis semua, dia akan melihat semua musibah yang jadi kepada orang yang beriman sebagai AZAB.

Orang Islam, tapi tiada iman dan keyakinan pada Allah dan Rasul - 
Surah Al Fath, Ayat 13, ms 512
Dan barang siapa tidak beriman kepada Allah dan RasulNya, maka sesungguhnya Kami telah menyediakan untuk orang kafir itu neraka yang menyala-nyala.

Surah Ali Imran, ms 65, ayat 119 dan 120 (ayat mengenai orang munafik)
Awaslah! Kamu menyukai mereka padahal mereka tidak menyukai kamu. Dan kamu juga beriman kepada segala kitab. Apabila mereka bertemu dengan kamu, mereka berkata: “Kami beriman,” dan apabila mereka menyendiri, mereka mengigit hujung jari lantaran perasaan marah bercampur benci terhadap kamu. Katakanlah kepada mereka: “Matilah kamu dengan kemarahanmu itu. “Sesungguhnya Allah mengetahui segala isi hati.

Jika kamu memperoleh kebaikkan, nescaya mereka bersedih hati, tetati jika kamu mendapat bencana, mereka bergembira kerananya. Jika kamu bersabar dan bertakwa, nescaya tipu daya mereka sedikit pun tidak mendatangkan kemudaratan kepadamu. Sessungguhnya Allah mengetahui segala apa yang mereka kerjakan.

Surah Ali Imran, ms 67, ayat 139
Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang yang beriman.

SABAR - PERTAHAN – maintain pada posisi kita, jangan rasa lemah, hina dan sedih, kerana itu akan downgradekan diri kita. Tell yourself aku akan kuat dan sabar. Self dialogue – bila orang nak downgrade kita, kit kene angkat diri kita kerana kita beriman dan beramal soleh. Jangan ikut cara dia jika dia dalam keadaan dia sering buat dosa. KUATKAN DIRI, TABAH, SABAR, YAKIN
Berasaskan IMAN bukan kerana sombong, tapi inginkan diri kita bersabar. Maintain dalam ketaatan dan kesabaran.

Surah Al Fath, Ayat 14
Dan hanya milik Allah kerajaan langit dan bumi. Dia mengampunkan siapa yang Dia kehendaki dan akan mengazabkan siapa yang Dia kehendaki. Dan Allah Maha Pengampun, Lagi Maha Penyayang.


Walaupun orang itu bermasalah (lebih kepada banyak dosa), jangan sesekali tutup kemungkinan dia akan dan boleh ubah diri jadi lebih baik, baik dari kita kerana Allah Maha Berkuasa. Pada ketika menghadapi orang yang bermasalah, kita berbaik sangka yang kemungkinan diaakan berubah jadi orang yang baik satu hari nanti.

Penduduk Taif baling batu dan marah nabi. Nabi datang ke Taif dengan berjalan sangat jauh. Orang seksa dan tak hargai dia. Malaikat cakap dia boleh hancurkan gunung dan tenggelamkan mereka. Nabi kata jangan, mudahan bila mereka tahu, mereka akan berubah kepada kebaikkan, sekarang ini mereka tidak tahu. Nabi sentiasa bersangka baik dan berdoa yang baik untuk semua.

Khalid Al Walid, pernah kalahkan nabi. Nabi patah gigi dan cedera…tapi kemudian dia jadi ‘Pedang Allah’. Dia jadi Panglima tentera Nabi.

Jangan jadi pendakwa, jadilah pendakwah. Kita lihat  semua orang  baik atau pun yang berdosa - bukan layak untuk dihukum tapi layak dimaafkan.
Pengampun diiringi dengan Penyayang – Salah satu jalan mendapat kasih sayang Allah, adalah pengampunan. Kasih sayang Allah bukan hanya disebabkan oleh kebaikkan, dengan dosa yang kita telah terlanjur melalkukan juga kita boleh dapat kasih sayang Allah sekiranya kita bertaubat dengan taubat nasuha.
JADI:-
Pandanglah orang yang berdosa, dengan sangkaan yang mereka jika diberi hidayah, bertaubat akan dapat kasih sayang Allah lebih dari kita. Jadi lebih baik dari kita, Doakan dia dapat hidayah. Jadikan kita asbab perubahan orang sekeliling kita. Supaya kita juga dapat manfaat.

Ramahlah dengan orang2 yang baru nak berjinak dengan kebaikkan, jadikan asbab. Nak jinakkan hati orang, jangan tegur pada masa yang dia buat silap. Bagi dia cool, kalau boleh berkias kias , jangan terus direct.

Tuesday, 5 June 2018

TADABBUR RAMADHAN - SURAH AL FATH KELAS11 5.6.2018


Notes:
Tadabbur Al-Quran Bersama Ustaz Dr Firdaus Sulaiman – Program Ramadhan Abqaf
Tadabbur Surah Al Fath, Surah 48, ms511
Selasa, 5.6.2018, 20 Ramadhan 1439H – KELAS 11

Puji Syukur atas berbagai rahmat and kurnian Allah. Alhamdulillah kita dipanjangkan umur untuk memasuki bulan Ramadhan tahun ini sehingga ke hari ini. Moga diberi Inarah untuk menyempurnakan ibadah pada bulan Ramadhan. Selawat dan Salam kepada junjungan kita Nabi Muhammad SAW. Moga Allah memberkati majlis ilmu kita dan merahmati kita dan mengurniakan ilmu yang bermanfaat kepada kita.

Bacaan Ayat dan tafsir ayat ke 11 hingga ke 14
Milik Allah segala kuasa di langit dan bumi dan dianugerahkan kepada kita. Semua miliknya. Tapi bila Allah mintak apa yang diberi kepada kita dengan berbagai cara – iaitu perkataan2 yang memujuk/mengungkapkan dgn kata-kata beradab – Zakat, pinjaman, Beli…Bahasa Allah menunjukkan yang apa diambil oleh Allah akan memanfaatkan kita balik dan orang sekeliling kita. Yang diambil oleh Allah itu, untuk kita sendiri.

Surah Al Fath Ayat 10, 512
Bahawa orang yang berjanji setia kepadamu (Muhammad), sesungguhnya mereka hanya berjanji setia kepada Allah. Tangan Allah di atas tangan-tangan mereka, maka brang siapa melanggar janji, maka sesungguhnya dia melanggar atas janji sendiri; dan barang siapa menepati janjinya kepada Allah, maka Dia akan memberinya pahala yang besar.

Bai’at -  Konsepnya ialah ianya kene diisytiharkan /nyatakan, umpama azam yang disampaikan kepada orang lain. Kemungkinan untuk tunai azam adalah tinggi bila baiat. Contohnya baiat kepada Nabi. Akujanji /Ikrar

Surah Mumtahanah, ayat 12, ms551
Wahai Nabi! Apabila perempuan-perembuan mukmin datang kepada mu untuk mengadakan baiat (janji setia), bahawa mereka tidak akan mempersekutukan sesuatu apa pun dengan Allah; tidak akann mencuri, tidak akan berzina, tidak akan membunuh anak-anaknya, tidak akan buat dusta yang ada-adakan antara tangan dan kaki mereka dan tidak mendehakaimu dalam urusan yang baik, maka terimalah janji setia mereka dan mohonkanlah keampunan untuk mereka kepada Allah. SesungguhnyaAllah Maha Pengampun, lagi Maha Penyayang.

Baiat datang dengan iman, bukan paksaan. Lelaki dan Perempuan. Kenapa? Untuk memperkukuhkan azamnya. Tak berat buat baiat, kalau kita faham konsep semuanya milik Allah. Janji yang kita akan gunakan segala yang di ada kejalan Allah.
Rela ditegur. Bersedia ditegur untuk cuba buat terbaik.

Halangan-halangan dalam ketaatan
Dalaman – Nafsu – yang cepat kepada kelalaian/kemaksiatan/perkara lagha
Luaranan – Syaitan dan Manusia sekeliling

Surat Al Fath, Ayat 11
Orang Badwi yang tertinggal (tidak turut ke Hudaibiyah) akan berkata kepadamu: Kami telah disibukkan oleh harta dan keluarga kami, maka pohonkanlah keampunan untuk kami.” Mereka mengucapkan sesuatu dengan mulutnya apa yang tidak ada di dalam hatinya. Katakanlah: “Maka siapakah yang dapat menghalang kehendak Allah jika Dia mengkehendaki bencana terhadap kamu atau jika Dia mengkehendaki keuntungan bagimu? Sesungguhnya Allah Maha Teliti dengan apa yang kamu kerjakan.

Surah AlHujarat, ayat 14, ms 517
Orang Arab Badwi berkata “Kamu telah beriman.”. “Katakanlah keapda mereka: “Kamu belum beriman, tetapi katakanlah: “Kami telah tunduk (islam),” kerana iman belum lagi masuk ke dalam hatimu. Dan jika kamu taat kepada Allah dan RasulNya, Dia tidak akan mengurangkan sedikit pun pahala amalmu. Sesungguh Allah Maha Pengampun, lagi Maha Penyayang.

**Agrabu – Arab Badwi -
Iman = Taat Patuh/Usaha Laksana Perintah
Ciri Khas orang yang belum beriman – Alasan demi Alasan. Bila diajak melakukan ketaatan, mereka kata mereka sibuk dan sentiasa sibuk. Akan cari alasan. Busy dengan kerjaya, keluarga
Tanda orang beriman dan bertaqwa– dia cari JALAN bukan cari ALASAN
Mesti cari masa untuk akhirat dan diri kamu. SET TIME for yourself, jangan ikutkan kesibukan. Cari masa.

3 Golongan paling awal masuk syurga
1.Imam/Pemimpin yang Adil
2.Hamba Sehaya yang sebok melayan keperluan majikannya tapi masih menunaikan hak-hak tuhannya.
3.Orang yang kaya tetapi tidak sombong dengan kekayaanya. Menjadi kekayaannya untuk cari redha Allah. Hartanya tidak melalaikan dia dalam ketaatan kepada Allah

Surah An-Nur, ms355, ayat 37
Orang yang tidak dilalaikan oleh perdagangan dan jual beli daripada mengingati Allah, melaksanakan solat dan menunaikan zakat. Mereka takut kepada hari ketika hati dan penglihatan menjadi goncang (hari kiamat).

4 Cara untuk berjaya dalam perniagaan di sisi Allah
1.Tidak lupa dari mengingat Allah. Zikir pagi dan petang.
2.Menjaga Solat- mendirikan solat ditengan kesibukan. Ambik berat dengan solat. Sebaik-baiknya di awal waktu
3.Membayar Zakat
*Tidak akan binasa harta yang telah dikeluarkan zakat. Kisah businessmen di Syria, yang kapal barang dia karam penuh dengna muatan. Lepas 2 tahun, kapal dijumpai dan barang masih elok dan berharga, sampai kembali kepada peniaga dan dia jual dengan untung besar. Harta yang dikeluarkan zakat takkan binasa. KEbanyakkan perniagaan yang gagal dan jatuh muflis adalah disebabkan kerana kecuaian membayar zakat perniagaan.

PENYAKIT ORANG ISLAM
Sebelum dapat sesuatu yang diingini/hajati – ingat tuhan
Bila dapat – lupa tuhan

Ada orang disusahkan dengan hartanya. Takut harta/perniagaan ini menyusahkan dirinya di akhirat maka dia sentiasa berhati-hati.

Asbab Rezeki dari Langit
Surah Az Zariyat, ms 521, ayat21, 22
Dan di langit terdapat (sebab-sebab) rezekimu* dan apa yang dijanjikan kepadamu**

Maka demi Tuhan langit dan bumi sesungguhnya apa yang dijanjikan itu pasti terjadi seperti apa yang kamu ucapkan

*Rezeki yang ada di langit seperti tutunnya hujan yang menyuburkan tanam-tanaman yang menjadi rezekimu dan sebagainya.
**Apa yang dijanjikan kepadamu ialah Takdir Allah Subhanahu wa Taala terhadap setiap manusia yang telah ditulis di Lauh Mahfuz.