Friday, 24 May 2019

Kelas Taddabur Al Quran Ramadhan Abqaf #15

Kelas Taddabur Al Quran Ramadhan Abqaf 24.5.19. Kelas 15

Kelas Taddabur Al Quran Ramadhan Abqaf #15. 24.5.19

Revision kelas 14
Orang kafir takjub tapi tak sampai ke hati namun mendustakan..

Cara2 untuk sampai ke hakikat kebenaran , idea/ilham..umpama air dari langit yg turun kebumi menyuburkan tanaman...keluar mayang , tangkai dan kemudian buah. Hasil lama dan sepanjang tahun...Manfaatnya berpanjangan dan berganda

1. Taddabur - memahami wayu/teks/nas
2. Taffakur Alam ciptaan Allah
3. Zikrullah dan Amal Soleh
Kunci = Istiqamah . Zikrullah yang Istiqamah akan membawa hasil
Zikrullah akan rasa hanya bila melaziminya..jadi routine

Betulkan niat. Beramal jangan untuk hanya selesai masalah/sihat. Beramal untuk selamanya dekat dan akrab dengan Allah. Niat untuk dekat dengan Allah.

Taqarrub dengan Allah
Bila dekat dengan Allah..yang lain jadi mudah
Allah Maha Pemurah , Penyayang dan Lembut@Lathif (sensitif pada yg baik dan yang buruk)..akan Jaga perasaan..bagi ketenangan dan ketenteraman

Remember me, I will Remember You.
Kisah penulis adab yang solat di sebuah masjid dan ada seorang budak. Lepas salam. Budak itu kata saya doakan kepada you dengan doa yang baik dan kemudian dia bagi hadiah kepadanya.
Dia tanya mana dapat amalan ni...mak saya ajar..dan saya beramal dengannya. Kemudian dia pun cuba amalkan...dia bersumpah dahsyat kesan amalan itu pada diri sendiri dan kehidupan.
Doa adalah hadiah paling berharga.
Istiqamah....jangan berhenti

Surah Qaf, Ayat 11, ms 518
Sebagai rezeki bagi hamba hamba Kami, dan Kami menghidupkan dengan air bagi negeri yang ketandusan. Seperti itulah terjadinya kebangkitan (dari kubur)

Manfaat bukan individu..satu daerah..satu negeri...Amalan agama dan kebajikkan mula rancak...berlanjutan. Hidupkan bukan hati seorang tapi hati ramai orang....
Hasil Taddabur Tafakkur dan Zikrullah - adalah sebuah Kejernihan

Meyakini hari berbangkit akan membawa kepada kehusyukkan
YAKIN seyakinnya
Surah Al Baqarah, 45-46,ms7
Dan mohonlah pertolongan kepada Allah dengan sabar dan mengerjakan solat. Dan solat itu sungguh  berat kecuali bagi orang orang yang khusyuk
Iaitu orang orang yang yakin bahawa mereka akan menemui Tuhannya dan bahawa mereka akan kembali kepadaNya. (hari berbangkit)

Saling membantu sabar dan solat. Pengaruh mempengarahi.
Sabar bila diuji  - kene maintain usaha dan semangat...keyakinan tak berkurang...bertahan..teruskan...lebih baik lagi meningkatkan lagi
Macam mana?
Solat (doa)
Solat hajat...Bila rungsing..terus solat 2
Solat hajat dan solat istikharah boleh selit dalam solat sunat tahiyatul masjid
Solat Sunat Rawatib dan Qabliyah
Solat hajat dan solat taubat dibuat lepas bangun tidur 

Solat Dhuha boleh masukkan taubat dan hajat
Focus kepada Quality
Munib - merujuk dan kembalikan urusan kepada Allah.

Solat sunat - dalam bahasa sendiri dalam hati...munajat dan merintih...mengadu..saat paling rapat akrab manis...Allah dengan kita..tunjukkan  kelemahan kebodohan kejahatan kita...itu nama penghambaan ....ubudiyah..
bila kita rasa tiada apa2
Solat seperti pergi jumpa Allah.
Penyelesaian hidup kita apabila kita kembalikan segalanya kepada Allah....

Sebelum solat rasa beban..solatlah dengan khusyuk..akan bangkit kuat.
Allah tahu keadaan kita. Tapi dia nak dengar rintihan dan munajat dari kita...
Kita perlukan Allah....bila ibadah rasa amat2 perlu Allah...itu namanya Ibadah...tunjukkan ke perluan kita pada segala kebaikkan pada Allah.

Surah Qaf, Ayat 12-14
12
Sebelum mereka, kaum Nabi Nuh a.s., penduduk Rass, d
an Thamud telah mendustakan pula para Rasul

13
Demikian
Surah Al Ahzab,72, ms427
Kami telah menawarkan amanat kepada langit, bumi, dan gunung ganang, tetapi semuanya enggan untuk memikul amanat itu dan mereka bimbang tidak mampu melaksanakannya (berat), lalu dipikullah amanat itu oleh manusia. Sesungguh
Amanah itu adalah..kebebasan memilih takdir. Akal untuk mememilih. Yang sangat menentukan hidup kita adalah apa yg kita pilih . Pilihan kita akan dipertanggungjawab
Ada juga yg manusia tiada pilihan...cth tak boleh pilih mak bapak.. rupa bentuk semulajadi...tiada dosa atau pahala. Hanya yang ada pilihan ada nilai dosa atau pahala.
Masalah manusia*
Zalim dan Jahil
Nak settlekan zalim...jagalah ilmu.
Zalim = meletakkan sesuatu pada tempat yang patut. Membuat pilihan yang tidak betul.
Kebanyakkan manusia khianat amanah.
Surah Al Balad, 10-18
Allah suruh ambil jalan mendaki yang susah..kene fight...kene ada Ilmu.
Surah Al Hadid,26 ms 541
Dan sesungguhnya, Kami telah mengutuskan Nuh dan Ibrahim dan Kami berikan kenabian dan kitab wahyu kepada keturunan kedua duanya, di antara mereka ada yang menerima petunjuk, dan banyak di antara mereka yang fasik.
Kita datang dari Nuh...
Anak yg atas kapal anaknya yg ada zuriat. Orang lain tiada zuriat dan binasa.
Adam
Ramai Anak dan keturunan
....
Nuh
Anak sam yam (kan an) ham hafis. Yam tengelam
Semua orang kafir dilenyapkan keseluruhan...banjir besar
Tinggal 70 orang...zuriat mereka pupus kecuali zuriat anak nabi
Yafis = europe
Ham= hitam
Sam - campur
Saffat, Ayat 77
Kenapa masih zalim setelah dtg ilmu dan petunjuk...kerana ada musuh yang nyata...syaitan.
Kita kene focus lawan syaitan.

Thursday, 23 May 2019

Kelas Taddabur Al Quran Ramadhan Abqaf #14

Kelas Taddabur Al Quran Ramadhan Abqaf #14, 23.5.19

Surah Qaf
Surah yang meyakinkan kita kepada kuasa Allah..termasuk membangkitkan manusia setelah mati

Orang kafir yang engkar susah nak terima hakikat

Meyakinkan orang bahawa hidup lepas mati bukan mustahil..

Allah suruh
1. Taddabur Al Quran - Orang kafir enggan baca.lihat penjelasan Al quran...Kazzabu..mereka dustakan.
Ayat Quraniah
Allah bagi cara lain

2. Taffakur - menjadi alam sebagai bahan fikiran kita..ayat Qaumiah..ayat alam. Alam zahir dan ghaib.
Alam alwi  (atas)dan Alam sufli (bawah)
Alam kabir (outside us and besar) dan Alam soghir (apa dalam diri) - ada ulamak kata sama..apa yg didalam sama dengan apa yang diluar
- matahari,bulan,bintang
Kalau kita fungsikan dalam diri kita
Manusia terdiri dari 7 bahagian :-
Roh Jasad Nafsu Akal Sodron Fuaddon Lubbun

Ulamak kata:
Roh umpama matahari
Akal umpama bintang2
Nafsu - semua oerkara yang memudaratkan kita/ binatang
Jasad - Tumbuh Tumbuhan
Sodron lapisan luar Hati- fikiran ( Awan/Udara)....
Fuaddon - penapis (Bulan)..apa yg tersimpan? Positif atau Negatif
Lubbun - bumi tempat kita berpijak...disini tumbuh tumbuhan

Matahari gelap sebab fikiran banyak..matahari gelap...kurang berfungsi
Ini semua perumpamaan untuk menjelaskan alam

Kalau dua2 tak lepas..pastikan zikrullah.

Ayat 6 ke 12 Surah Qaf adalah untuk menyuruh kita bertaffakur mengenai alam

Tafakkara**
Fakkara + Ya TaFakiru
Mencari jernih dan berfikir secara ulang kali (Tashdiq) + Ta ( proses yg susah dan berat) Proses menjernihkan fikiran

Taddabur Taffakur Taalim Tawakkal - Sesuatu yg berat dan perlu usaha yg berulang dan kesungguhan

Penapis kotor...kotor la jadi
Taffakur adalah proses menjernihkan/mengosongkan
Sehingga nampak sesuatu dengan apa adanya. Bukan dengan berdasarkan pengelaman lepas.Taffakur yang betul akan dapat lapang dada

Hakikat kematian roh kembali kepada Allah. Namun orang tak ingat itu dan beremosi

Untuk mudah taddabur dan tafakkur...banyaklah zikrullah!!
Dahului dengan zikrullah
Ending Taffakur = Faham Hakikat

Takilun- berfikir guna akal..sebahagian dari proses taffakur.

Tafakkur akan menggunakan segala deria dan potensi diri

Tazakkur - Zakkara.
Proses  memikirkan dan mengingatkan benda yang tah terjadi. Ingat pada hakikat lampau/lama

Allah mengajak kita bertaffakur dengan alam
1. Langit di hiasa bintang bulan awan bulan..siapa bangunkan?. Siapa hias?
Akan nampak kesempurnaan langit tersebut. Ciptaan Allah sempurna dan tiada yg sia-sia (ayat 6)

2. Bumi terbentang, gunung2 yang dipasakkan dan ditumbuhkan tumbuhan2 (ayat 7)

Taddabur dan Tafakkur prinsip sama...apa kaitan dengan diri kita.

Gunung ganang dan lembah tanaman - apa kaitan dengan kita....hidup kita ada naik dan turun. Ketika kita turun kita akan dapat pelajaran yang banyak. Ketika kita down..itu masa kita dig deep..keluarkan dan usaha mcm2....seolah menanam pokok...berbuat itu lebih baik..akan tumbuh nanti

Bila tinggi dah selesa..tak buat byk...

Surah Al Qaf, Ayat 8, ms518
Untuk menjadi pengajaran dan peringatan bagi setiap hamba yang kembali tunduk pada Allah

Tafakkur alam amat bermanfaat untuk -
1. Tabsirah
2  Zikra - mengingati

Basar - melihat dengan mata kepala ..fizikal
Bassirah - melihat dengan mati hati.

Natijah Tafakkur - memahami hakikat

Tafakkur akan mengakibatkan Tazzakur

Nanti akan sedar...perkara mungkin berbeza..tapi content sama...

Surah Ibrahim, Ayat5,ms 255
Dan sesungguhnya, Kami telah

Wazzakirhum**
Ini akan bantu kita untuk sabar. Mengingati Allah tolong kita masa kita susah dahulu adalah cara untuk sabar dan bersyukur. Ingat Allah pernah tolong dulu..yakin Allah akan tolong

Analogy puasa...boleh sabar sebab tahu akan berbuka
Jadi yakin ada jalan keluar dari kesusahan. Jangan ingat susah. Ingat
pertolongan Allah sebelumnya...
Analogy siang malam...bila siang akan ada malam. Selisih gelap dan terang...sama selisih susah dan senang

Namun dalam malam gelap ada bintang dan bulan
Sama dengan kehidupan kita..kalau tak jelas atau susah...kita ada bantuan hati dan akal....tiada namanya gelap gelita. Itu utk orang kafir yang tiada tuhan...dia akan sampai bunuh diri

Tafakkur amat dirasakan kesannya oleh hamba Allah yang bersifat munib.

Abdin Munib
Merasa Hamba...hambakan diri kepada Allah...munajat dan merintih sebagai hamba yang sehina hina nya.

Munib adalah kembali
Hamba yang suka rujuk kepada Allah untuk segalanya

Rujuk kepada Allah segala perkara. Byk perkara tak dpt handle dengan akal fikiran kita yg lemah

Kalau nak full clear view..hidayah terang...kembalikan segalanya kepada Allah

Surah Qaf, Ayat 9, ms518
Dan dari langit Kami menurunkan air yang memberi berkat, lalu Kami menumbuhkan melalui air itu pohon pohon yang rendang dan biji bijian yang
dapat dituai

Hubungan ayat ini dengan ayat 8. Bila taffakur betul akan dapat pikir dengan mata hati dan zikra akan mendapat idea/
Umpama air hujan dan bila dibuat akan berhasil..berkat..mcm pohon  dan bijian
Hasil tafakkur umpama air hujan dan digunakan untuk tanam pokok dapa

Hasil Tafakkur yang betul ..kita akan nikmati bertahun tahun

Surah Qaf, Ayat 10, ms 518
Dan pohon kurma yang tinggi tinggi yang mempunyai pelepah yang bersusun

Mayang yg nak keluarkan buah...pasti mendapatkan hasil

Kurma antara pokok yg hidup lama dan menghasilkan buah makin baik..

Taddabur yang betul akan mendapatkan ayat ayat untuk diri kita. All relates to our life. Not others.******

Bila turun hujan..nabi suruh doa..sebab langit buka...barakah Allah

Wednesday, 22 May 2019

Kelas Taddabur Al Quran Ramadhan Abqaf #13

Kelas Tadabbur Al Quran Ramadhan Abqaf -Kelas 13, 22.5.19

Membaca Ayat 4 - 11, Surah Qaf dan terjemahannya.

Ayat 4 (Revision)
Fokus berkaitan dengan
1. Kematian Manusia
2. Takdir - Beriman kepada Qada' dan Qadar
Qadar - Ukuran yang menjadi blueprint bagi apa yang Allah nak dijadikan di muka bumi ini.
Ukuran - cth rezeki 1 ke 10. Kalau malas 1 sekurangya kalau rajin paling pun dpt 10
Ukuran - cth umur, ukuran 40 ke 70. Maksimum 70.

Qada'
Penerapan  dan applikasi. Dapat ditukar dengan orang mukmin Ibadah, Taqwa dan Taat - kayu ukur
Istidraj? - utk orang kafir
Makin jahat makin hebat dan berjaya
Supaya makin selesa dalam kesesatan
Kayu ukur orang beriman dan orang kafir berbeza

2 kategori Kitab Lauh Mahfuz
1. Kitab Takdir
2. Kitab Suci - Kitab2 wahyu , Al Quran, Taurat, Zabur, Injil

Surah Al Waqiah, 77, Ms 77 - 80
77
Dan ini sesungguhnya Al Quran yang sangat mulia
78
Dalam kitab yang terpelihara Luh Mahfuz
79
Tidak ada yang menyentuhnya selain hamba hamba yang disucikan
80
Diturunkan oleh Tuhan seluruh Alam

* ayat 79 adalah mengenai Al Quran yang berada di Lauh Mahfuz bukan yang ada di dunia
Surah Al Hijjir, 9, ms262
Sesungguhnya Kami-lah yang menurunkan al- Quran, dan pasti Kami pula yang memeliharanya.
*ratusan ribu penghafal Quran..Allah mudahkan untuk hafal Al Quran
Ayat ini memberikan jaminan tentang kesucian dan kemurnian Al Quran selama lamanya.

**Slide 2 jenis Takdir
**Jenis Kitab Hafiz
**Slide Takdir adalah Rahsia

Jangan pikir sangat pasal takdir kita...itu semua bawah kuasa mutlak Allah. Jangan pikir banyak...terus fokus pada usaha kita. Jangan risaukan dengan ketentuan Allah. Berhenti berfikir mengenai takdir. Jangan bincangkan banyak...
Sebelum = Qadar - Range
Selepas =  Qada - Practical/Implementasi. Allah beri kebebasan nak rajin ke malas. Usaha sikit ke banyak..itu kita SENDIRI tentukan.
Example
10 to 100 (Range Qadar kita)
Bergantung pada usaha . Katalah kita usaha sampai 70
Dapat 70. So takdir di tulis 70.

Soalan : Kenapa Qada dulu bukan Qadar?
Focus  BESAR hamba ialah mcm mana nak usaha
Qada lagi besar.Akhir yg penting.
Bahasa arab- sesuatu itu lebih besar akan diletak ke depan
Focus - pastikan qada dapat yg terbaik ..maksimum range. Jangan pikirkan apa Qadar

**Slide Memikirkan Takdir

Surah Qaf, Ayat 5, ms 518
Bahkan mereka telah mendustakan kebenaran ketika kebenaran itu datang kepada mereka. Maka mereka berada dalam keadaan kacau bilau.

Yakin - Percaya dan terima
Response orang kafir - bila dengar penerangan mereka tak percaya dan mendustakan kebenaran ketika kebenaran itu datang. (Bal)

Haqq*  dalam Al Quran - kebenaran yang jelas dan terang.
Walaupun Allah dah terangkan kebenaran dengan seterang terangnya.. bahasa arab..bahasa mereka. Baiyinat ..Jelas dan mereka faham dengan baik TETAPI (kazzabu bil haqq) mendustakan kebenaran. 

Kesannya apa?. Ketika orang menolak kebenaran..mereka akan terjerumus dengan
Keliru ragu risau dan kebingungan...dan kacau bila
Sifat orang kafir ketika tolak kebenaran mereka akan keliru bingung....

Orang beriman tak bingung kalau percaya dan yakin...dia tahu apa nak buat...dia ada panduan dan dia yakin ketentuan Allah. Ada keyakinan diri sekiranya berilmu. Dia ada kejelasan.  Dia tahu apa nak buat. Ibadah dan memberi manfaat kepada orang lain.

Maraja
Marij - penyakit dalaman..sakit mental
Marid - sakit zahir..pening

Surah Al Qaf, Ayat 6
Tidaklah mereka memperhatikan langit di atas mereka, bagaimana cara Kami membangunkannya dan menghiasnya, dan tidak langsung terdapat retakan?

Macam mana nak dapat YAKIN YANG SEBENAR BENARNYA
*************************************************************************
1. Taddabur (ini juga zikrullah) - memahami sesuatu yg tertulis iaitu ayat ayat Allah dalam Al Quran
*
(beza tafsir dan taddabur)
Tafsir menjelaskan ayat ini itu sesuai dengan apa Allah perlukan. Apa meaning ayat ini. Perlu ilmu yang banyak...kerana menjelaskan maksud Allah...perlu ilmu arab feqah...kerja ulama...hanya orang yang berilmu

Taddabur siapa pun boleh dengan niat mengambil pelajaran dari ayat. Taddabur berbeza ikut level. ( berperingkat peringkat)

Tafsir targetnya adalah akal untuk jelas iaitu untuk pemahaman akal

Taddabur targetnya adalah hati...untuk diriku...fungsi untuk penyucian jiwa. Kita ambil ayat itu kedalam diri kita dan bersihkan...Mengambil pelajaran untuk diri kita.
Kita akan dapati Quran Perfect...tiada kekurangan

2. Taffakur (Ini juga zikrullah)
Ayat yang tidak tertulis...ayat tersirat di alam..terbentang...Ayat Qaumiah.
Kerana orang kafir tak dapat mesej Quran..Allah suruh tengok alam. Tengoklah bunga sungai laut pokok kucing....

Ulama mengkategorikan Alam pada
1. Alam Zahir - Dunia dan seisinnya
2. Alam Ghaib

Ada juga
Alam Ulwi - alam diatas kita
Alam Sufli - alam kita dan kebawah
Alam Kabir - Alam yang besar...diluar kita
Alam Saghir - Alam di dalam kita
Langit - Zahir, Ulwi dan Kabir

Apa perlu lakukan?
Perhatikan macam mana langit ni...macam mana ni...how?. (Kaiffa)
Kalau betul tafakkur...kita akan dapati tiada yang tak elok
Kalau taffakur pada Alam...kita akan dapatkan semuanya SERBA SEMPURNA 

3. Zikrullah
Melafazkan nama2 Allah sehingga masuk dalam hati...meresap
Kalau lakukan dengan betul akan dapat results sama dengan taddabur dan taffakur.
Dapatkan ketiga tiga itu paling baik!!
Mulakan dengan zikrullah...akan capai
Tafakkur Fiddin
Paham sebenar benarnya kehidupan

......











Tuesday, 21 May 2019

Kelas Taddabur Al Quran Ramadhan Abqaf #12

Kelas Tadabbur Al Quran Ramadhan Abqaf (Kelas 12 ) 21.5.19

Taddabur Surah Al Qaff 1-5
* Slide Ayat 4

Moga Allah memberkati Majlis Ilmu kita dan mengurniakan ilmu yang bermanfaat.
Salawat dan Salam pada junjungan Nabi SAW.

Surah Qaf, Ayat 4
Sesungguhnya, Kami telah mengetahui apa yang ditelan bumi daripada tubuh mereka, sebab pada Kami ada Kitab catatan yang terpelihara baik.

Ini Perkara yang menakjubkan...
Beyond our capacity...tak reti nak terangkan
Orang kafir - mereka hanya takjub..dan berkata2. Itu sahaja.
Orang beriman - mereka cuba hayati fikiran dan sampai ke hati. Mesti ada mesej dari Allah untuk saya dapati.

Perkara perkara yang tidak dapat ditangkap oleh akal
Perkara yg boleh lihat dengar rasa / fizikal- akal boleh terima. Logic. Analysis.
Akan lahirkan ilmu/knowledge

Ada perkara yg tak boleh diterima akal..tak dpt terangkan. Ini akan masuk pada ruang iman dan iman akan proses. Meyakini sesuatu yg tak nampak, ghaib
Allah , Malaikat

Hati akan mengerakkannya. Hati yg baik, Iman akan dpt tangkap dengan mudah
Orang kafir hanya akan berpusing pada perkara yg logik.

Prof islam and atheist
Ada akal?. Ada..nampak tak?. Tak..so ada akal ke?? Takda ke
Banyak perkara yg tidak dapat diterangkan dengan logic

Ayat 4.
Mudah untuk Allah membangkit manusia setelah mati.
Jasad ditanam dalam tanah umpama menyemai benih. Tongking/Tailbone tak akan reput dan musnah
Apa jua jadi pada manusia, dia akan balik ke tanah.
Kebangkitan kita sama mcm tanaman tumbuh

Surah Taha, ayat 53-55 ms 315
Ayat 55 Dari bumi (tanah) itulah Kami menjadikan kamu dan kepadanya Kami akan mengembalikan kamu dan daripadanya Kami akan mengeluarkan kamu pada kali yang lain.

Ayat 53 
Yang telah menjadikan bahagimu bumi sebagai hamparan dan yang telah menjadikan bahagimu di bumi itu jalan jalan dan menurunkan dari langat air hujan. Maka Kami tumbuhkan dengan air hujan itu berbagai bagai jenis tumbuhan2 yg bermacam macam.

Ayat 54
Makanlah dan ternaklah haiwan haiwanmu. Sesungguhnya demikian itu terdapat tanda2 kebesaran Allah bagi orang2 yang berakal.
Semua di rekod. Semua mengenai hal manusia dalam pengetahuan Allah. Semuanya tercatat kecil atau besar.

Hadis Nabi
Lintasan / bisikan baik
Lintasan  bisikan buruk

Surah Qaff, 16- 18, ms 519
16
Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dan mengetahui apa yang dibisikkan oleh hatinya dan Kami juga lebih dekat kepadanya daripada urat lehernya

17
Ingatlah ketika dua malaikat mencatat perbuatannya yang satu duduk di sebelah kanan dan yang satu lagi disebelah kiri.

18
Tidak ada suatu perkataan yang diucapkan kecuali ada disisinya malaikat pengawas yang mencatat.

Kami (kerajaan Allah) lebih dekat dengan manusia/mereka...lebih dekat dari urat nadi mereka.
Raqid - perhatikan benda baik dan catat
Atid - perhatikan benda buruk dan catat

Mati - perpisahan roh dari jasad. Roh ada di alam roh lagi dulu...
Roh perlu kenderaan didunia = Jasad

Manusia di bumi perlu kenderaan..tapi adakala kita tak dalam kenderaan
Sebenarnya roh dan jasad juga sama. Masa tidor roh balik rumah dia...dimana? di Arash Allah swt. (Roh baik dan tenteram...tenang). Hanya perlu tidur quality...

Roh kotor - disebabkan buat perkara tak baik bila...dicemar....maka
Tidak layak di arash Allah dan dibiar terkontang kanting di langit dan dikacau oleh syaitan.

Jenis Jenis Mimpi
1. Rukya Sodiqah - Mimpi yang Benar..benar baik...menenangkan hati dan jiwa.
2. Adgha su Ahlam - mainan mimpi...permainan syaitan...macam dicampak dari bukit
Roh dibawa ke tempat kotor..kubur..kerana roh kita bermasalah dan perlu dibersih
3.  Hadisu Nafsi - Mimpi disebabkan oleh apa kita pikirkan sebelum tidor. Reflection..apa yg kita pikirkan pagi hari, tak guna pun risau terlalu banyak. Ganggu tidor kita.

Hanya orang berhati dan jiwa bersih layak duduk dekat arasy.
Wuduk, solat, sucikan hati.....sebelum tidor

Hakikat mati...perpisahan antara roh dan jasad. Roh tak mati dan kekal abadi. Sekali cipta..akan sentiasa ada. Ini yang akan jadi diri kita. Manusia focus hiasi jasad..lupa nak jaga kesihatan roh...

Malaikat boleh bau aroma roh yang kotor. Syaitan seronok berdamping dengah roh kotor.

Roh yang bersih akan keluarkan wangian yg semerbak.

Ketika dibangkitkan...kita akan ada jasad. Bagaimana jasad kita?. Mcm skrg ke?. Tidak ...Jasad roh yang bersih bertukar jadi jasad Nabi Adam Nabi Yusof ...

Orang kafir sombong - jasad dia jadi kecil..kaki atas kepala bawah

Orang beriman akan melangkah orang kafir (macam gergasi)

Hafiz yang beramal...akan diberi kenderaan yang berarak. Dia duduk dengan barisan Malaikat2 yang mulia. Mereka mengahadap orang lain. Banyak keutamaan dan fadhilat hafiz. Kene ada cita cita untuk hafaz Quran

7 golongan VIP Allah yang dibawah Arash Allah. (......)

Mati sementara - tidor 

Mati sebenarnya -
Jasad akan hancur dan tidak akan kembali. Hancur...lebur. tinggal ROH
Kalau roh baik - duduk di atas..illiyin tinggi

Surah Al Mutaffifin, Ayat 7-9,ms 588
Ayat 7
Sekali-kali jangan begitu! Sesungguhnya catatan orang yang derhaka benar-benar tersimpan dalam Sijjin ( Nama kitab yang mencatat segala perbuatan orang orang yang derhaka)

Ayat 8
Tahukah engkau apakah itu Sijjin?. 

Ayat 9
Ia Adalah kita yang mengandungi catatan amal


Surah Al Mutaffifin , 18 - 21, ms588
18
Sekali kali tidak! Sesungguhnya catatan orang2 yang berbuat baik benar-benar tersimpan dalam illiyun (nama kitab yang mencatat segala perbuatan orang-orang yang berbakti)

19
Dan tahukah engkau apa itu Illiyun? 

20
Ia adalah kitab yang mengandungi catatan amal

21
Yang disaksikan oleh malaikat-malaikat yang didekatkan kepada Allah 

Roh buruk - langit tendang dan masuk ke perut bumi paling bawah...sijjin. bumi paling bawah...

"Kitabun Hafiz "....terdapat di Luh Mahfuz @ tempat Allah simpan semua data manusia makhluk..alam...disimpan kesemuanya.

Di Kitabun Hafiz ada 2 catatan utama ( mengikut Ulama):

1. Catatan Takdir - Qadar (disembunyi)
Ukuran/Had/ tertentu
Takdir - Qadarun - Ukuran
- sebelum sesuatu terjadi ada garisan2..ada rancangan / blue print
- Hadis Nabi - Allah cipta Qalam untuk tuliskan apa yg dimahukan oleh Allah. Segala sesuatu. Blue print untuk semua.
- Sebelum berlaku kita dah tahu Allah dah tetapkan ukuran/ ketetapan

Surah Ar Ra'd, ayat 38 dan 39  ms 254
38
Dan Sesungguhnya kami telah mengutuskan beberapa Rasul sebelum engkau Muhammad dan kami berikan kepada mereka isteri-isteri dan zuriat keturunan. Tidak ada hak bagi seorang Rasul mendatangkan sesuatu bukti mukjizat melainkan dengan izin Allah. Setiap masa ada kitab tertentu ( Pada setiap masa ada hukum yang ditentutakan oleh Allah atas hamba hambanya sesuai dengan garis keputusannya)

39
Allah menghapus dan menetapkan apa yang dia kehendaki dan disisinya terdapat ummul kitab (Luh Mahfuz) 

Semuanya dah ada perancangan blue print.
Qadar boleh berubah seperti dalam firman Al Quran

2. Qada' - Ketentuan/Realisasi/Penerapan/Applikasi
Dalam penerapan...ada tak yang berubah dari Qadar Allah?.ADA.. Ditentukan oleh usaha manusia

Asbab Allah beri...Tanganggjawab Manusia untuk Usaha
Ikut Asbab baik..jadilah baik
Ikut Asbab tidak baik - jadilah tidak

Ini maksud beriman kepada qada n qadar(disimpan di luh mahfuz)

Ada Catatan sebelum dan Catatan Selepas (Rakid dan Atid)

Qadar boleh berubah. Malaikat boleh tahu. Cth umur patut..70...kerana usaha baik...Allah suruh malaikat sambung sikit..malaikat tunggu arahan dan sering tengok kita. 

Rekod Akhir- Arahan /Keputusan terakhir
Disisi Allah...ada Ummul Kitab (Terakhir). Lauh Mahfuz. Hanya Allah tahu.
(ending terakhir pun ada kerana ilmu Allah yang LUAS

Surah Al An'am, Ayat 2, ms 128
Dialah yang menciptakan kamu daripada tanah kemudian dia menetapkan ajal kematian mu dan tempoh waktu tertentu yang hanya diketahui olehnya. Namun dengan demikian kamu masih meragukannya.

Contoh
Ajal Qadar (blue print awal)
Ajal Mussama (final)....tak boleh cepat atau lambat dan tidak boleh diubah

Surah Nuh, Ayat 3 -4 , ms 570
3
Sembahlah Allah, bertaqwalah kepadanya dan taatlah kepadaku (Nabi Noh) 
4
Nescaya dia mengampuni sebahagian dosa dosamu dan menangguhkan kamu (memanjangkan umur mu) hingga pada waktu yang telah ditentukan. Sesungguhnya ketetapan Allah itu apabila telah datang tidak dapat dilambatkan sekiranya kamu mengetahui.

1. Sembahlah Allah
2. Bertaqwa - Jaga ibadah
3. Taat pada ku..patuhla
Kesannya
1. Ampunkan dosa
2. Menangguhkan kematian..ajal qadar (dalam blueprint...tangguh sampai ajal mussama sahaja.

Range Ajal ,Range Rezeki, Jodoh, ....ditentukan oleh 3 perkara tu. 


**

Monday, 20 May 2019

Tadabbur Surah Al Kahfi - Slides

Ustaz Imran - Kelas 2 - 8 
Tadabbur Surah Al Kahfi 





























Kelas Tadabbur AlQuran Ramadhan Abqaf#11

20.5.19
Taddabur Surah Qaff Ayat 1 ke 5.

Bacaan ayat dan terjemahan.

Allah bersumpah menggunakan Al Quran. Setiap benda yg Allah guna untuk sumpah ada keistimewaan dan kehebatan
Al Quran mulia.

Hadis Nabi
Allah memuliakan sesetengah org diaebabkan Al Quran....siapa?
Mereka yang memuliakan Al Quran dengan 6 tanggungjawab
Tasdiq, Tilawah, Taddabur, Talbiq, Tahfiz, Tabligh

1. TASDIQ - membenarkan dan mempercayai sebagai benar
Datang dari Allah.

Allah menjanjikan dan menjaminkan kebenaran Al Quran
Kemudian mencabar manusia buat satu surah atau satu ayat mahapun.

Al Baqarah, Ayat23, ms4
***************************
Dan jika kamu tetap dalam keraguan tentang Al Quran yang Kami wahyukan kepada hamba Kami (Muhammad) buatlah satu surah sahaja yang seumpama al Quran itu dan ajaklah penolong penolong my selain Allah, jika kamu orang yang benar.

Semakin menyelam Al Quran....semakin nampak mutiara dan khazanah.

2. TILAWAH

Surah Al Baqarah, Ayat121,ms 19
***********************************
Orang yang telah Kami berikan al Kitab kepadanya, mereka membacanya dengan bacaan yang sebenar benarnya, mereka itu
beriman kepadanya. Dan barangsiapa yang ingkar kepadanya, maka mereka itulah orang yg rugi

Yaqra - baca sahaja
Yatlu Tilawah - Mereka membaca dengan sebenar benar bacaan....sungguh2..untuk daptkan kebenaran
Haqqa - Benar

Menggunakan semua potensi yg ada untuk membaca Al Quran. Menggunakan mata dan hati

3. TADDABUR - untuk mendapat pelajaran dari ayat Al Quran yang bersesuaian dengan diriku. Mencari pelajaran dan penyelesaian masalah yang dihadapi

4.TATDIQ - mengapplikasikan. Practical. Al Quran ntuk dilaksanakan bukan sahaja untuk ilmu

5.TAHFIZ
Menghafal Al Quran
Hadis Nabi**
Isi hati dengan Al Quran
*************************
Pastikan di rumah baca Al Quran
Sesungguhnya hati yang tidak hafal Al Quran
Hati yg tidak menghafal Al Quran adalah hati yang hancur...
Seperti rumah yg tertinggal dan runtuh
Ambil kesempatan untuk hafal Quran
Hati yang kosong akan ada banyak syaitan.

*kisah Arwah Pengetua IQKL.
Kejar kapal naik speedboat  kejsr Kapalutk ke Pulau mencari muallaf.
Dan kerja2 amal lain.
Dia menghafal Al Quran ketika sakit cancer..
Mintak arrange kelas Arab.....bayar in advance....bincang pasal kelas....dia datang satu kelas....dan kemudian
Semangat dia kuat dengan Al Quran..menghafal....
Dia mengerakkan IQKL buat tafsir
Dia balik kerumah dan anak murid dia bacakan Al Quran dan kemudian dia meninggal lepas itu.

Siapa yang berusaha untuk hafal Al Quran..dan meninggal sebelum sempat habis hafazan..Allah akan hantar malaikat untuk dtg habiskan hafazan dan akan nanri bangkit sebagai penghafal Al Quran.

Cita cita tinggi. Dengan Al Quran kene ada keinginan besar. Teruskan..Usahakan
Al Quran akan bermanfaat dunia dan akhirat. Jaga Al Quran. Hati yg ada didalamya Al Quran insya Allah hatinya mulia.

Ambil kesempatan...untuk menghafal Al Quran...kerana kita kene ulang ulang..berat

Anak yang menghafal Al Quran...Mailaikat akan pakai mahkota dan baju kepada anak itu...anak itu akan ambil dan pakai pada ibu bapanya.

Tinggikan Himmah...keinginan dan azam

6. TABLIGH
menyampaikan, kongsi dengan orang lain
Video, Online, Blog, Social Media...dll

Buat sendiri = pahala sendiri
Kalau Tabligh orang lain...akan dpt pahala orang lain

Surah Yaasin, Ayat 12,  440
****************************
Sesungguhnya, Kamilah yang menghidupkan orang yang mati dan Kamilah yang mencatat apa yang telah mereka kerjakan dan bekas2 mereka tinggalkan. Dan segala sesuatu Kami kumpulkan dalam Kitab yang jelas.

Catatan - Buat sendiri (maqqadamu)
Orang lain buat dan kita jadi asbab
(Support dowline)

Mengeluarkan apa ada pada diri kita dan keluarkan untuk orang lain

Surah Al Asr
Berpesan dengan kebenaran dan kesabaran..........

Prinsip Kongsi..tak akan kurang apa yg ada pada kita.

Bila kita ajar orang...kita akan mudah ingat..Allah akan bagi lebih kuat dengan apa yg kita ada.

Tabligh ini sangat penting
Yang terbaik antara kamu adalah yang  belajar dan mengajar

Dengan 6T Cara Memuliakan Al Quran..insya Allah...Allah akan memuliakan kita.

Ayat ke2, Surah Qaaf
*********************

Kagum ( Tahu)
Kafir - engkar dan tanya soalan mcm2 dan mengarut....untuk memperlekehkan bukan untuk beriman
Beriman - Yakin. Hanya bertanya untuk mendapat lebih ilmu

Surah Jinn, Ayat1 dan 2, ms 572
***********************************
Katakanlah wahai Muhammad : Telah diwahyukan kepadaku bahawa sekumpulab jin telah mendengar Al Quran yang aku bacakan. Lalu mereka berkata: Kami telah mendengarkan bacaan yang menakjubkan (Al Quran).

Yang memberi petunjuk kepada jalan yang benar, lalu kami beriman kepadanya. Dan kami sekali kali tidak akan mempersekutukan sesuatu pun dengan Tuhan Kami.

Macam mana Allah bangkitkan manusia?

Surah Al An Am, Ayat 95, ms 140
***********************************
Sesungguhnya Allah menumbuhkan butir tumbuh tumbuhab dan biji buah buahan. Dia mengeluarka  yang hidup daripada yang mati dan mengeluarkan yang mati dari yang hidup. Yang sedemikian itu kekuasaanya ialah Allah. Maka bagaimanakah kamu dipalingkan dari menyembahNya (oleh benda2 yang kamu jadikan sekutuNya.

** manusia akan bangkit balik mcm benih apabila diturun hujan pada hari kiamat. Bila manusia mati. Ada satu bahagian akan kekal jadi benih..tongkeng/tail bone( dibakar pun tak akan hancur)

Allah akan ambil dari manusia yang dan mati dan menghidupkan manusia pada hari kiamat.

*** Air menghidupkan benda mati. Termasuk hati yang mati. Al Quran adalah AIR

Libya, Zaman Gadaffi
Kisah padang pasir...tandus..dan mati. Disiram air banyak kali dan diletakkan biji benih...terus hidup
Bila dikenakan embargo amerika..mereka tak terkesan.
2001....Libya makin meningkat ekonomi
Barat hasut rakyat tumbangkan Ghaddafi
2013 tumbang Gadaffi

Ambil pengajaran di dunia....banyak kes dah mati...tapi bangun kembali. Allah menghidupkan yang mati di dunia lagi. Allah mampu membangkitkan kembali kehidupan.

Takjub...beriman dengan lebih.

Ambil pendekatan...bila kita lihat sesuatu benda yang mengkagumkan...kita yakini pada perkara yang ghaib.

Kagum jadi asbab untuk tambah  iman.Tafakkur








Friday, 17 May 2019

Kelas Taddabur Al Quran Ramadhan Abqaf #10

Surah Al Qaf
Ustaz Dr. Firdaus Sulaiman

Ulangan kelas semalam
1. Tiada apa yg terjadi menentang
2. Tiada apa yang sia sia

Ulul Albab
Menggunakan segala potensi dirindia untuk capai lubbun...
Hingga sampai ke hati nurani dia sehingga dia dapat lihat hikmah dari awal lagi.
Ada yg dpt hikmah selepas atau tak pernah

Surah Al Qaf
Surah sukaan Nabi..dibaca pada subuh dan Aidilfitri. Dia sgt suka..berulang. Surah penting untuk kita fahami
Ganding dgn  Surah Al Qamar
Sajadah dan Al Insan - Hari Jumaat

Surah ini memberi keyakinan pada kuasa Allah swt termasuk mencipta dan menghidupkan manusia.Dia mampu cipta dan juga membangkitkan semula. Apa susahnya. Allah menitikbaratkan kusasa Allah menghidupkan kembali manusia dan kuasa Allah menhidupkan

Nama surah Qaf...pada zaman nabi guna pangkal awal surah..
Kata ulama...qaf adalah tajuk surah
Ibnu Abbas kafa nama gunung..tapi ditolak kerana tiada asas
Qaf simbolik nama Allah yang bermula dengan Qaf..Qadir(Kuat)..Qawiy..Qahar(Maha Memaksa kehendak)
Allah berkuasa untuk membuat segala yg dia kehendaki
Quddus - Suci

Wahai ibnu abbas kalau kamu dan seluruh dunia sepakat nak bagi pemberian pada mu...kalau Allah tidak mengkehendaki..ia tak akan jadi.

Semua kehendak Allah ada hikmah kebaikkan. Cuma manusia yang beri sangkaan negative.
Kuasa Kekuatan dan Paksaan Allah dibungkus dengan sikap Quddus (suci). Tiada satu yg buruk. Bersih.

Surah  Al An'am, ayat42-43,ms132
*********************************
Dan sesungguhnya, Kami telah mengutuskan rasul2 kepada umat2 sebelum engkau, kemudian Kami seksa mereka dengsn menimpakan kemelaratan dan kesengsaraan, agar mereka memohon kepada Allah dengan rendah hati.

Tetapi mengapa mereka tidak memohon kepada Allah dengan rendah hati ketika seksaan Kami datang menimpa mereka? Bahkan hati mereka telah menjadi keras dan syaitan pun menjadikan apa yang mereka lakukan terasa indah bagi mereka.

Tadabbur = Salah satu cara lembutkan hati..agar selalu membuat baik

Semua Takdir dan Ketentuan Allah ada Ar Rahman.

Surah Al Araf, 156, ms 170
****************************
Dan tetapkanlah untuk kami kebaikan di dunia ini dan di akhirat. Sesungguhnya, kami kembali bertaubat kepada Engkau (Allah). Seksa- Ku akan Aku timpakan kepada sesiapa yang Aku kehendaki dan rahmat Ku meliputi segala sesuatu. Maka, akan Aku tetapkan rahmat-Ku bagi orang-orang yanf bertakwa, yang menunaikan zakat, dan orang2 yang beriman kepada ayat ayat Kami

Bila dah bertaqwa...perlu pegang betul2 zakat. Juga termasuk sedekah. Harta dan apa jua yang Allah bagi iaitu rezeki harta ilmu tenaga dll dan diinfaqkan..di sharekan

Ayat 2, Surah Al Qaf
**********************

Sumpah = Penegasan
Allah bersumpah dengan nama makhluk..masa, buah tin, buah zaitun, waktu duha,
Benda yg bermanfaat.

Bagi makhluk...kene sumpah hanya guna nama Allah.

Allah memuliakan Al Quran dan apabila apa jua yg berkaitan dengan Al Quran..akan jadi mulia
Malam turun Al Quran - Malam Lailatul Qadar yang mulia
Bulan turun Al Quran - Ramadhan bulan yang mulia
Makkah turunnya Al Quran - Makkah jadi mulia..solat disitu 100 kali

Sabda Nabi
Allah memuliakan satu kaum sebab Al Quran dan menghina satu kaum sebab Al Quran

Orang yang khidmat dengan agama dan dekat dengan Quran...tak akan pernah hina.
Betul2 berdamping dengan Al Quran

Yang hina adalah penunggang agama.

Surah Qalam, Ayat1, ms 564
******************************
(Surah kedua diturunkan lepas Iqra mengikut Ulamak)
Sumpah Allah mengenai pena dan apa yang ditulis.

Soalan mengenai wanita
Ibu yg terdidik baik akan mendidik satu bangsa. Segala yang terbaik untuk wanita.

Soalan mengenai Wahabi
Kita jangan generalise orang
Kita sokong yang betul dan tolak yang menyimpang/salah.

Syiah
Kita tidak boleh hapuskan pemikiran syiah sebab ianya ada dalam fikiran orang. Mcm mana nak basuh semua?
Its about thought dan hati
Dalam bab ini kita hanya sampaikan yang benar mengikut Al Quran dan Sunnah
Berhati dengan label2 media barat.

****
Tanggungjawab kita dengan Al Quran
6T
1. TASDIQ
Membenarkan, Mempercayai dan Meyakini dengan seyakinnya bahawa Al Quran adalah Qalam Allah yg diturunkan sebagai petunjuk kepada kita. Jadikan Quran rujukan pertama.
2. TILAWAH
Membaca dengan perlahan untuk lisan kita

3. TADDABUR
Mengambil daripada Al Quran saripati yang menjadi makanan hati dan minda kita. Al Quran mengajar sesuatu. Makin baca dan faham ..akan dapat lebih dan lebih
Tadabbur Terjemahan kalau blm pandai bahasa Arab.
Berulang ulang untuk makan hati

5 perkara untuk taddabur berkesan
*******************************
1. Ikhlas untuk dapat metunjuk dari Allah
2. Yakin bahawa Al Quran adalah qalam Allah yang memberi petunjuk
3. Baca Ulang Ulang Ulang sampai

Surah  Al Maidah, Ayat 118, ms127
***********************************
Jika Engkau menyeksa mereka, maka sesungguhnya mereka adalah hamba-hamba Mu, dan jika Engkau mengampuni mereka, sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Perkasa, lagi Maha Bijaksana

Rasul baca dari malam ke pagi dan menangis seperti air yang mendidih dalam cerek. Mengenai kisahNabi Isa

4. Anggap ayat ini turun kepada kita..berbicara mengenai masalah kita.
Baca seolah nak kikis dan basuh hati dan perangai buruk kita. Membawa ayat itu kepada diri dan kehidupan kita. Seperti mencuci hati kita.

Surah Ali Imran, Ayat140, 67
******************************
Jika kamu (pada Perang Uhud lmendapat luka, maka mereka pun( pada Perang Badar) mendapat luka yang sama. Dan masa (kejayaan dan kehancuran) itu, Kami pergilitkan di antara manusia (agar mereka mendapat pengajaran) dan agar Allah membeza orang2 yang beriman (dengan orang2 kafir) dan agar sebahagian daripada kamu dijadikan-Nya gugur sebagai syuhada. Dan Allah tidak menyukai orang2 zalim.

Bila usaha ada kemungkinan berjaya atau gagal. Apatah lagi orang yang tak berusaha dan tidak mengambil iktibar.

Ambil iktibar dan cuba apply. Kadang kala kita dah usaha sebaiknya tapi gagal..maka itu dimana takdir.











 

Kelas Taddabur Al Quran Ramadhan Abqaf #9

Kelas Taddabur Al Quran Ramadhan Abqaf #9
Ustaz Dr. Firdaus Sulaiman
16.5.19

Tadabbur
Mata lihat depan, hati lihat belakang
Kombinasi zahir mata kita dan zahir mata hati
Penglihatan
1. Basaru -  pandangan mata physical, warna warni
2. Basirah - pandangan mata hati melalui warna warni perasaan. Kalau positif
Basirah kalau betul...akan pandang dengan  pandangan syukur, redha, sabar, yakin tawakkal
Bila dengan Al Quran
Nyalakan  pandangan syukur  kita redha kita, sabar , yakin
Ini akan menjadi taddabur kita
Rasa hati yang akan menjadikan kita bertambah syukur redha sabar dan yakin
Sifat2 dalaman dan spiritual...yg tak dpt lihat dgn mata tapi dapat lihat
Nyalakan kedua2 bila taddabur. Kita akan dapatkan tadabbur memberi kesan yang hebat pada jiwa kita

Surah Qaf
1. Turun di Makkah
Target ialah iman hati dan keyakinan kita. Memantapkan aspek dalaman.
Fitrah manusia
Percaya dan perlukan kuasa yang ghaib...lebih dari yang zahir
Kita perlukan panduan hidayah supaya dibimbing kepada yang Al Haqq (Kebenaran).
Allah bagi hidayah dalam bentuk wahyu..Al Quran dan kitab

Surah Taha, Ayat 123, ms320
*****************************
Dia Allah berfirman, "Turunlah kamu berdua daripada syurga bersama-sama, sebahagian yang lain. Jika datang kepadamu petunjuk daripada-Ku, maka ketahuilah barang siapa mengikut Pentunjuk- Ku, dia tidak akan sesat dan tidak akan celaka.(Yashqa - tidak sengsara)
Tak sesat ...tahu jalan nak ditempuh..kalau ikut hidayah Allah...pasti kita akan sampai selamat. Apa pun yang berlaku dalam hidup kita...kita akan dapat jalan yang selamat. Membantu kita sampai dengan selamat dan cepat.
Tanda orang dapat hidayah...sebelum kene Allah sudah bagi signal.
Jaminan Allah..kalau kita ikut Al Haqq kita akan selamat dan tidak susah. Jalan paling selesa dan selamat.
Al Quran diturunkan berperingkat mengikut peristiwa dan situasi. Pada  Ramadhan terkahir Rasulullah..Jibril mengingatkan sususan yg terakhir qalam Allah...iaitu  susunan mushaf sekarang. Susunan turun wahyu dalah lain dari mushaf.
Ayat 38, Turun di Madinah menurut sebahagian Ulamak. Kerana ianya membantah fahaman Orang Yahudi.( yammul sabbath - sabtu hari akhirat)
38. Dan sesungguhnya, Kami telah menciptakan langit, dan bumi dan apa yang ada di antara kedua
*Nabi jumpa Yahudi hanya Madinah
Sususan Mushaf (Taukifi)
Nabi suruh susun mcm tu
Tahun terakhir bulan Ramadhan ...Tadarus dengan Jibril...Mula dengan Al Fatihah....
Jibril ingatkan nabi..ini adalah susunan Al Quran yang sebenarnya
Lepas Ramadhan..nabi panggil sahabat dan suruh susun balik ikut apa Jibril ajar.
Penamaan Surah sebahagian Rasul yang ditetapkan dan ada yang Ijtihad Sahabat
Contoh..surah sajadah..nabi tulis surah Alif lam min
Nabi sebut Qaf Wal Qurannil majid....nama surah Qaf
Nabi lahir dan meninggal Rabiulawal
Susunan Penurunan adalah lain.
Kehidupan kita mungkin nampak huru hara pancaroba.....byk perkara...
Cantik nya Allah susun kehidupan kita....Nyalakan ain Basirah..akan mendapat semua
Taddabur Kehidupan...susun balik dan akan rasa tiada yang sia sia

Surah An Nisa, Ayat 82, ms 91
***************************
Maka tidakkan mereka menghayati mendalami Al Quran
Taddabur ialah faham Al Quran dan bawa dalan diri dan kehidupan kita. Kalau kita yakin semua kita dapat adalah dari Allah. Kita akan dapati semuanya adalah aturan cantik Allah.
Hujung taddabur Adalah kita dapati tiada yang bertentangan.
Kalau confuse...maknanya taddabur belum sampai.
Nampak memang kehidupan kita macam2..
Go deep dig deep...you can see everything beautifully

Surah Ali Imran, ayat 191, ms 75
*****************************
Iaitu orang orang yang mengingat Allah sambil berdiri, duduk
Tiada yang Allah ciptakan sia2. Kalau kita nampak sia2..maknanya kita yang tidak betul.
Orang yg dapat fahaman adalah  orangAl Bab ( lubun - inti)
Manusia terdiri daripada
Roh di Syurga
Jasad untuk masuk kedunia
Nafsu
Akal
Hati -
a. sodron ( sadora/bahagian luar/yang muncul/timbul yg suka diganggu oleh syaitan)
Perasaan /Kefahaman pertama yang kita fikir bila sesuatu terjadi. Kalau tak kawal akan meresap.... jatuh ke peringkat hati kedua...ada yg kita ingat..berulang..
b. fuaddon - hati lapisan tengah...yang berulang
Dua ini boleh tercemar  - Qalbun, boleh berubah
c. Lubbun - Albab
Hati nurani yang bersih
Bawah tapisan 1 n 2
Tak ramai orang buat decision dengan Lubbun..kebanyakkan dengan sodron
Penyaring Penapis ialah
1. Zikrullah - akan menenangkan hati..Jernihkan sodron dahulu
Dengan Solat, Al Quran
Jangan jauh dari Allah
2. Fikir (Bertafakkur)mengabungkan akal dan lubbun. Dengan mendapat synergy dari setiap bahagian manusia. Renongan.
*Akal dekat dengan nafsu..tak blh harapkan akal
Zikir - buat betul2. Jangan letak expectation. Jangan letak had. Jangan vaccum dan Jangan duduk Diam.
Bergerak. Berangkatlah
7 bahagian Manusia = 7 petala langit
Orang beriman nanti *I* kurang.
Manusia contohnya nak kaya dengan bisness dengan cara kita...tapi jangan fix dengan satu cara.
Macam2 jalan untuk bahagia. Dengan cara dan jalan kita openminded...Terbuka...yakin yang Allah akan hantar bala tentera
Kalau kita fixed satu cara sahaja..kita akan kecewa..
Orang yang yakin akan cari banyak jalan...each jalan akan mengajar sesuatu dan ambil pelajaran. Pengalaman itu akan mengajar kita. Tempoh jalan salah..tak ambil pelajaran.. buat lagi salah. Perlu guna pelajaran itu untuk seterusnya.
Orang beriman takkan jatuh dalam lubang yg sama.
Susunan awal boleh mcm2..agar susunan akhir baik.
Dengan Taddabur dan Tafakur
1. Tiada yang bertentangan
2. Tiada yang sia2
Hadis Nabi mengenai Qalbun/Hati (Liver)..
Kalau tak jaga sodron and fuad...lubbun tak boleh berfungsi
Sodron- fikiran jangan. Fikir baik2 sahaja. Husnuzon
Jangan masuk yg kotor2..nanti kita akan decide
Conscious mind - Sodron
Subconcious mind - Fuad (Store)
Kalau bersih akan dapat masuk ke Lubbun
Orang Awam - dapatkah hikmat dekat hujung

Orang Albab - dapat terus pada ketika itu
Surah Al Baqarah, 268 dan 269 ms45
**************************
269.
Dia memberikan hikmah kepada sesiapa yang Dia kehendaki. Barang siapa yang diberi hikmah, sesungguhya dia telah diberi kebaikan yang banyak. Dan tidak ada yang....
Yang buat kita GAGAL...kerana kita suka menunda nunda..
**Prinsip terjemahan....bagi maksud terdekat /terbanyak

Kelas Taddabur Al Quran Ramadhan Abqaf #8

15.5.2019 - Taddabur Surah Al Kahfi Ayat 49








Ujian di dunia bermula dengan mumaiyiz , iaitu apabila manusia dapat membezakan yang baik dan buruk, pahala dan dosa dikira dari akil baligh

Surah Kahfi, Ayat 49
Dan diletakkan kitab catatan amalan, lalu engkau akan melihat orang yang berdosa merasa ketakutan terhadap apa yang tertulis di dalamnya, dan mereka berkata, "Betapa celakanya kami, kitab apakah ini, tidak ada yang tertinggal, yang kecil dan yang besar melaikan tercatat semuanya"  da mereka mendapati semua yang telah mereka lakukan tertulis. Dan Tuhanmu tidak menzalimi seorang pun.

Dibentangkan kitab2 hamba yang tidak meninggalkan satu benda kecil pun. Kecil dan besar dicatat semuanya dengak benar dan teliti. Kerana Allah MAHA Mengetahui ...

Surah Al An'am, Ayat 103, ms341
Dia tidak boleh dicapai dengan penglihatan mata, manakala dia dapat melihat segala penglihatan itu dan Dialah Yang Maha Halus,lagi Maha Teliti. (Latifu, Habir)

Iaitu Allah tahu segala pemilik pemandangan2 mereka (iaitu Allah nampak segala apa yang dilihat oleh manusia) kerana Allah Maha Halus. Bagaimana manusia hendak cuba menipu?. Berjaga jagalah

Surah Yasin Ayat 12, ms 440
Sesungguhnya, Kamilah yang menghidupkan orang-orang yang mati dan Kamilah yang mencatat apa yang telah mereka kerjakan dan kesan kesan yang mereka tinggalkan. Dan segala sesuatu kami kumpulkan dalam kitab yang jelas, Luh Mahfuz.

*Asar*
Bekas- Bekas yang mereka tinggalkan
Pandangan Pertama - Orang A ikut teladan baik Orang B, selagi orang A buat baik, Orang B akan terus dapat pahala
Pandangan Kedua - Kita pergi majlis ilmu, jadinya jejak2 dan bekas2 didalam kelas akan menjadi saksi yang kita telah pergi ke majlis ilmu

Nota-  
Hati hati ketika membesarkan anak kerana mereka ikut teladan baik dan buruk kita
Ada orang suka solat fardhu ditempat A, dan sunat di tempat B - untuk mendapat lebih banyak 'Asar/Bekas' - 

Surah Yasin Ayat 65, Ms 444
Pada hari ini kami tutup mulut mereka, sementara tangan mereka akan berkata kepada kami dan kaki mereka akan memberi kesaksian terhadap apa yang dahulu mereka kerjakan.  (SAKSI - KAKI & TANGAN)

Surah Fusilat, Ayat 22, ms 479
Dan kamu tidak dapat bersembunyi daripada kesaksian pendengaran penglihatan dan kulit mu terhadap mu, Adakah kamu fikir Allah tidak mengetahui banyak tentang apa yang kamu lakukan.

Surah Al Baqarah Ayat 284, ms 49
Milik Allahlah apa yang ada dilangit dan apa yang ada dibumi. Jika kamu menyatakan apa yang ada didalam hati mu atau kamu sembunyikan , nescaya Allah menghitungya tentang perbuatan itu bagimu. Dia mengampuni sesiapa yang dia kehendaki dan mengazab sesiapa yang dia kehendaki. Allah maha kuasa atas segala sesuatu.

Setiap apa yang kita niatkan dalam hati, Allah tahu dan akan memberi balasan.

Surah Al Baqarah, 286, ms 49
Allah tidak akan membebani seseorang melainkan sesuai dengan kemampuannya, dia mendapat pahala daripada kebaikkan yang dilakukannya dan dia mendapat seksaan daripada kejahatan yang dilakukannya. Mereka berdoa, Ya Tuhan Kami janganlah kau hukum kami jika kami lupa atau kami melakukan kesalahan. Ya Tuhan kami janganlah engkau bebani kami dengan beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tidak sanggup kami pikulnya. Maafkanlah kami, Ampunilah kami dan Rahmatilah kami. ENgkaulah pelindung kami , maka tolonglah kami menghadapi orang kafir.

Allah hanya akan hisab niat baik satu pahala, bila lakukan, dia beri 10 pahala. Niat jahat tidak dicatat , bila lakukan akan dapat dosa. Jika tidak lakukan niat jahat, dapat 1 kebaikkan kerana berjaya mengatasi godaan niat yang jahat.

Surah Ak Kahfi, Ayat 49

Catatan dosa kecil disebut diawal, jangan pandang remeh dosa dosa kecil.
Tidak ada dosa besar kalau selalu Istighar (taubat), tidak ada dosa kecil jika selalu dilakukan.

7 Dosa Besar boleh diampunkan dengan Istighfar
1. Zina
2. Bunuh
3. Syirik
4. Lari dari Perang
....

Dosa Kecil
Perlu ambil perhatian lebih kerana takut tidak sempat nak mohon maaf dari orang lain. Contoh mengumpat (ini pun dosa besar), Sebaliknya jangan pandang remeh amal soleh yang kecil

Pandangan/Penglihatan Kita
Surah Al Mujadalah, Ayat 7, ms543
Tidaklah engkau terfikir bahawa Allah mengetahui segala yang ada dilangit dan dibumi?. Tiada berlaku bisikan antara 3 orang, melainkan dialah yang keempatnya. Dan tiada yang berlaku antara 5 orang, melainkan Dialah yang keenamnya. Dan tiada yang kurang dari bilangan itu dan tiada yang lebih ramai melainkan Dia ada bersama sama mereka dimana sahaja mereka berada. Kemudian dia akan memberitahu kepada mereka pada hari kiamat nanti berkenaan apa yang mereka telah kerjakan. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui akan tiap2 sesuatu.

Bercakap perlahan/berbisik selalunya adalah percakapan negatif. 
Allah ada bersama manusia apabila mereka bercakap cakap antara mereka.

Surah Al Kahfi 17-18, ms 519
Ingatlah ketika dua malaikat mencatat perbuatannya yang satu duduk disebelah kanan dan satu lagi disebelah kiri.

Tidak ada suatu perkataan yang diucapkan kecuali ada disisinya malaikat pengawas yang mencatat

Rakid & Atid
Malakai pencatat perbuatan

Sebagai penerima ilmu (Talaqqi) perlu fokus apabila menerima Ilmu. Itulah ciri2 Rakid & Atid.

Sural Al Infitar, Ayat 10-12, ms 587
Dan sesungguhnya bagi kamu ada malaikat malaikat yang mengawasi pekerjaanmu

Yang Mulia disisi Allah dan mencatat perbuatan mu.

Mereka mengetahui apa yang kamu lakukan .

*Malaikat pencatat perbuatan.

Surah Al Haqqah, Ayat 19-29, ms 567 
Maka sesiapa yang diberikan menerima Kitab amalnya dengan tangan kanannya, maka ia akan berkata (dengan sukacitanya kepada sesiapa yang ada di sisinya): ` Nah! Bacalah kamu Kitab amalku ini! (19) "Sesungguhnya aku telah mengetahui dengan yakin, bahawa aku akan menghadapi hitungan amalku (pada hari yang ditentukan)!" (20) Maka (dengan itu) tinggalah dia dalam kehidupan yang senang lenang lagi memuaskan, - (21) Di dalam Syurga yang tinggi (darjatnya), - (22) Buah-buahannya dekat untuk dipetik. (23) (Masing-masing dipersilakan menikmatinya dengan dikatakan): "Makan dan minumlah kamu makanan dan minuman sebagai nikmat yang lazat dan baik kesudahannya, dengan sebab (amal-amal soleh) yang telah kamu kerjakan pada masa yang lalu (di dunia)!" (24) Adapun orang yang diberikan menerima Kitab amalnya dengan tangan kirinya, maka ia akan berkata (dengan sesalnya): "Alangkah baiknya kalau aku tidak diberikan Kitab amalku, - (25) "Dan aku tidak dapat mengetahui hitungan amalku. (26) "Alangkah baiknya kalau kematianku di dunia dahulu, menjadi kematian pemutus (yang menamatkan kesudahanku, tidak dibangkitkan lagi); - (27) "Harta kekayaanku tidak dapat menolongku sedikitpun; - (28) Kuat kuasaku (dan hujjah-hujjahku membela diri), telah binasa dan hilang lenyap dariku". (29)