Sunday, 28 October 2018

EK MAQDS K29 24.10.18 B3.KEHIDUPAN DUNIA 1. KENYATAAN & GAMBARAN KEHIDUPAN DUNIA MS19

Kelas Tadabbur Al Quran
Erti Kehidupan Menurut Al Quran dan Sunnah
24.10.2018

Al Ghafir, 40:39

Hampir setiap nabi dan rasul mengingati benda yang sama. Iaitu dunia ini hanya sementara

Surah Al- A'la, Ayat 16-19
Dunia ini sementara dan akhirat kekal abadi dan lebih baik. Ini ada dalam lebaran2 kitab..sahifah Ibrahim dan Musa

Tapi dalam mcm byk mana diulang dan diingatkan..manusia masih sangkut dgn dunia..bergaut dan berpaut pada dunia

Akhirat adalah akhir. Dia kekal dan tak berubah. Tiada alam lain lepas tu

Qararr bermaksud tetap /stabil
Abqar - baqa'- kekal

Darul Qararr - negeri yg stabil, consistent

Terutama orang yang menggunakan dunia utk dptkan akhirat.

Surah Al Ankabut, 29:64
Dan tiadalah kehidupan dunia ini melainkan senda gurau dan main-main. Dan sesungguhnya akhirat itulah yang sebenarnya kehidupan, kalau mereka mengetahui

Kalau kaya..bukan betul2 kaya. Kalau kita miskin..bukan betul miskin. Kalau org dihina didunia..betulka hina..mungkin dalam akhirat dia mulia. 

Surah Al A'raf, Ayat 48. MS 156
Dan orang yg berada di atas al Araf memanggil bbrp orang pemuka pemuka orang kafir yang mereka kenali dgn tanda2nya, dgn berkata.. "Harta yang kamu kumpulkan dan apa yang selalu kamu banggakan itu, ternyata tidak memberi manfaat.

Al A'raf , ayat 49
Orang di atas al A'raf bertanya kepada penghuni neraka : Itukah orang yang kamu telah bersumpah bahawa mereka tidak akan mendapat rahmat Allah?. 
Kepada orang mukmin itu dikatanya, 'Masuklah ke dalam syurga , tidak ada kekhuatiran terhadapmu dan tidak pula kamu bersedih.

Hayawan ..akhirat adalah kehidupan sebenar benarnya. Jangan lepas

Hidup dunia bagaikan lakonan. Nak dpt sebenarnya. Kejarlah akhirat. Baru dpt kehidupan yg sebenar benarnya kalau mereka tahu. Depa takkan terpedaya dgn dunia..sahabat nabi..tabi tabiin.

Dia ambil hanya yang mendapat ganjaran akhirat

Sungguh berjaya orang yang beriman iaitu orang dlm solat khusyuk, dan menjauhkan diri dari lagha..perkara yang tidak mendatanhkan manfaat kepada khusyuk kita..tak menghasilkan manfaat akhirat. Orang yangberiman yang berjaya akan letak tepi. Dia pandai memilih milih perkara . Dia tahu priority..mana secondary. Yang penting adalah yg mendapatkan manfaat ukhrawi. 

Surah Al Mukminun, Ayat 1 dan 2,3

Khusyuk - maksudnya tunduk dan merendah diri. Seperti berdepan dgn orang yang kita takuti. Tunduk takut. Mata tak melilau. Focus dkt sejadah. 

Ihsan - sembah Allah seolah olah Nampak Allah didepan atau Seolah Allah tengah padang kita

Ketepikan benda yg lagha. Sikit boleh tapi dengan niat yg betul. Tapi orang mukmin berjaya tahu mana nak berhenti. Tak melampaui batas.

Pastikan semua yg dibuat untuk kehidupan yang abadi.

Kita sering lupa. Turutkan nafsu..digoda syaitan

Surah Al Imran 3:14
Dijadikan indah pula pandangan manusia kecintaan kepada apa apa yang diingini iaitu; wanita wanita, anak2, harta yang banyak dari jenis emas,perak, kuda pilihan, binatang2 ternak dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia, dan di sisi Allah-lah tempat kembali yang baik (syurga)

Menyayangi apa yang Allah bagi tak salah. Suami Anak Emas. Boleh sayang tapi jangan sampai sayang/cinta yang bersyahawat..terikat dan bergantung dgn dia...lupa akhirat. hubbus syahawat sampai lupa akhirat. Ingat, semuanya tu kita gunakan untuk dapat akhirat..habuan disisi Allah. Gunakan..jangan sia siakan. Nanti rugi

Surah Al Hadid, 57:20
Ketahuilah, bahawa sesungguhnya kehidupan dunia ini hanyalah permainan dan suatu yang melalaikan, perhiasan dan bermegah-megah antara kamu serta berbangga-bangaan tentang banyaknya harta dan anak, seperti hujan yang tanam tanamanya mengagumkan para petani; kemudian tenaman itu menjadi kering dan kamu lihat warnanya kuning kemudian menjadi hancur. Dan di akhirat (nanti) ada azab yang keras dan ampunan dari Allah serta keredhaan- Nya. Dan kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan yang menipu

Perlunya ilmu mengenai kehidupan dunia dan akhirat.

Kalau manusia sibuk mengejar harta pangkat kekayaan...itu semua aksesories. Rumah tiada. Rumah yg betul didunia adalah iman dan amal soleh. Iman foundation. Amal soleh pintu tingkap dinding bumbung. Yang perlu usahaka  dulu adalah rumahnya dulu. Bukan usaha yang lain sampai lupa rumah. zinnah perhiasan belaka. 

Di dunia tabiat manusia..suka bermegah megah..show off. 

Kita masih kerana orang...bukan kerana Allah betul2. Belajar ilmu untuk bekalan di akhirat. Jangan sebab orang..tafahhur. bermegah dengan amal soleh dan ilmu. Boleh rosak.

Gembira hanya bila dapat habuan dunia...maknanya dia hamba dunia.

Gembira org beriman...bila dpt menunaikan pertintah Allah.

Surah Yunus ayat 57 n 58, ms 215

Katakanlah (Muhammad) Dengan kurniaan Allah dan rahmatNya, hendaklah dengan itu mereka bergembira. Kurniaan Allah dan rahmatnya itu lebih baik daripada apa yang mereka kumpulkan

Manisnya apabila rasa rahmat dan kurniaan Allah..cth bila khusyuk dlm solat..membaca Al Quran...
 Bagi didikan Agama..agar anak dapat ilmu hak dan tanggungjawab. Jangan gembira dari segi material.. 
Gembira bila dpt laksana solat awal waktu...tgk anak kita taat. Gembira mcm tu akan berulang di akhirat. 

Surah Al Insyiqaq, Ayat  6 ke 9.

Wahai manusia! Sesungguhnya kamu telah bekerja keras menuju Tuhanmu, maka kamu akan menemuinya

Maka adapun orang yang catatannya diberi dari sebelah kanannya,

Maka dia akan diperiksa dengan pemeriksaan yang mudah.

Dan dia akan kembali kepada keluarganya yang sama2 beriman dengan gembira
..............

Kehidupan dunia seperti air hujan..masuk tanah..subur tanaman.. orang yang beriman perlu beri manfaat. 

Di akhirat ada 3 perkara
1.azab yang dahsyat...bagi org yang tidak gunakan dunia utk mendapatkan akhirat
2. Ada keampunan Allah
3. Ada keredhaan Allah. Adalah lebih besar lagi dari syurga.
* dan tidaklah kehidupan dunia ini hanya kesenangan menipu.


Maka cari yang kekal abadi. Iaitu kehidupan akhirat

EK MAQDS K28 17.10.18 B3 KEHIDUPAN DUNIA 1. KENYATAAN & GAMBARAN KEHIDUPAN DUNIA MS19

Erti Kehidupan Menurut Al Quran & As Sunnah (Kelas 28)
(Rabu, 17.10.2018) 
Erti Kehidupan (EK) Menurut Al Quran dan As Sunnah 

BAB 3 – KEHIDUPAN DUNIA
i-KENYATAAN & GAMBARAN KEHIDUPAN DUNIA


Surah Al Mu’min 112-114, Ayat ke 4, Buku EK, Ms 19



Allah bertanya, berapa tahun kamu berada di dunia? Mereka jawab, rasanya kami tinggal satu hari atau sebahagian hari, maka tanyalah orang yang pandai mengira.
Dialog ini adalah dialog akhirat, tapi dikedepankkan oleh Allah dalam bentuk cerita, supaya yang masih hidup akan dapat TAHU hakikat ini.

Maka siapa yang paling pandai menghitung, adalah ALLAH. Allah menjawab, Tidaklah kamu tinggal dibumi ini tidak lebih sedikit sahaja (3 ke bawah) daripada itu
1 Hari di Akhirat = 1000 hari di dunia
1 Jam di Akhirat = 42 Tahun di dunia

Hakikatnya, kurang dari 3 jam, sedikit – Kalaulah kamu tahu itu. Menegaskan kita gambaran di dunia, memang sekejap bila kira dengan kiraan akhirat. Sangat sekejap hidup didunia.

Jika ada tawaran, Saya bagi you 2 jam buat dengan terbaik, TAAT , buat yang disuruh dan tinggal larangan, aku boleh jamin lepas tu aPa jua yang kamu nak , apa sahaja.

Allah yang bagitahu kePAda kita, Wahai anak Adam, aku turunkan kau ke bumi untuk 2, 3 jam dan buat elok2 dan bertahan, aku akan kembalikan kau kepada syurga, lepastu tiada apa pun yang dilarang. Allah yang mencipta segalanya dan Jaminan Allah itu benar. YAKINLAH. Takkan tak sabar dengan ujian 2 jam. Maka siapa yang KENAL ALLAH, dia pasti buat yang betul. Siapa tak kenal Allah, tak akan yakin dan akan remehkan.

Keimanan sangat dituntut. Pegang ini. Gunakan setiap detik untuk melaksanakan ketaatan kepada Allah.

Kalau nak pergi musafir tempat yang jauh untuk 3minggu – mesti bawak banyak baju, barang, makanan. Dalam hidup kita ini, kita berjalan untuk perjalanan dekat dan juga untuk perjalanan jauh. Dekat dunia, Jauh akhirat. Maknanya di dunia ini kita pakai apa yang perlu sahaja. Tapi perjalanan akhirat selama-lamanya, tiada had masa. Jadi, sediakan BEKALAN yang cukup. Jika tidak sedia makan minum rumah pakaian dari sekarang, tiada yang boleh dibelli di akhirat sana nanti. Tiada KEDAI di sana. Pada hari itu tiada transkasi/jual beli mahupun persahabatan.  Kecuali orang yang datang dengan hati yang bersih dan tenang. Boleh dpt semua tetapi BOOK dari sekarang, sediakan dari sekarang. Kalau tak sedia, memang takda.

Perjalanan kita masih jauh dan menakutkan dan dahsyat. Berbekallah kamu. Sediakan bekalan kamu. Sebaik baik bekalan adalah TAQWA

Booking/Tempahan bukan dengan duit/modal hanya dengan membersihkan hati. Jangan ada syak wasangka, dengki, dendam, tak puas hati. YAKIN pada Allah.

Baca surah Al Ikhlas – boleh buat istana di syurga
Solat sunat rawatib – boleh buat rumah di syurga

Pastikan buat dari sekarang. Dengan syarat Semuanya KERANA ALLAH. Transfer ke akaun tu. Jangan Silap transfer, ie sebab lain.

Yang sedikit dan sekejap ini, pastikan BAIK.

Surah Muhammad 47:36, Ayat 5 buku EK, Pg 19


Sesungguhnya kehidupan dunia hanyalah permainan dan senda gurau. Dan jika kamu beriman dab bertaqwa, Allah akan memberikan pahala kepadamu dan Dia tidak akan meminta harta-hartamu.

-Kehidupan dunia, mengambil kekuatan fizikal, hati dan fikiran kita.

Dalam quran, apabila,di sebut TAQWA secara sendirian, maka dalamnya ada IMAN DAN AMAL SOLEH. Bila TAQWA digabungkan dengan Iman, maknanya IMAN melibatkan HATI dan TAQWA – beramal soleh di dunia.

Untuk iman dan taqwa, tak perlu ada harta. Kalau ada harta, confirm kene hisab. Erti kata, orang takde harta pun, boleh dapat IMAN dan TAQWA

Allah bagi mcm-mcm. Kenapa Allah sebut HARTA?. Sebab manusia sukakan harta. Pemikiran
UKhrawi Vs Duniawi.

Jangan tunggu ada harta, apa yang ada digunakan untuk membuat kebaikkan

Allah tak tengok pada rupa, badan , harta dan lain-lain, tapi tengok HATI kita. RM1.00 kita mungin ada sama nilai dengan RM100,000. Ikut percentage
Ada RM2.00, Sedekah RM1.00 – 50%
Ada RM10juta, sedekah RM100,000 – berapa %?
Mana lagi tinggi nilainya.


Surah Ar-Ra’d 13:26, Ayat 6 buku EK, Pg 19



Jangan cemburu dan irihati dengan orang yang lebih kaya dari kita. Rezeki sudah ditentukan oleh Allah



Surah An Nisa’, Ayat 32, MS 83

Dan janganlah kamu iri hati/berangan angan terhadap kurniaan yang telah dilebihkan Allah kepada sebahagian kamu atas sebahagian yang lain. (Kerana) bagi lelaki ada bahagian daripada apa yang mereka usahakan, dan bagi perempuan (pun) ada bahagian dari apa yang mereka usahakan. Mohonlah kepada Allah sebahagian dari kurniaNYA. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui segala sesuatu.

Kalau tak berusaha, Janganlah nak berangan. USAHA dulu. Tunjukkan keinginan kamu dalam bentuk usaha yang gigih.

Beza CITA2 dengan ANGAN2
CITA2 berpandukan usaha dan doa.

GUNAKAN APA JUA YANG ALLAH BERIKAN UNTUK MENDAPAT REDHA DAN SYURGA ALLAH

Kalau kamu tahu nikmat dapat khusyuk solat, pergi majlis ilmu….dll. SYUKURI NIKMAT IBADAH & TAQWA.
Jangan gembira dapat bahagian DUNIA sahaja…ie dapat duit banyak untuk shopping
‘FARIHU’.

Gembira dan bahagia hanya bila kita dapat GUNAKAN segala yang Allah bagikan untuk mencari redha Allah. SERONOK untuk membuat ketaatan.  Apa yang dunia akan rasa NOTHING. Tidak dapat menikmati kehidupan.

Bahagia selamanya, adalah bila kita berjaya melakukakan amal soleh, dengan melawan hawa nafsu. Bahagia yang akan tahan lama. Ulang dan ulang lagi. Nak hafal Quran, 2 baris sehari. Bahagia yang sesuai dengan fitrah kita, ialah berjaya membuat amal soleh. Istiqamah dalam amal soleh, adalah kebahagian.

Orang akan terus MENYESAL bila dia tak mula amal soleh.




EK MAQDS K27 3.10.18 B3 KEHIDUPAN DUNIA I.KENYATAAN & GAMBARAN KEHIDUPAN DUNIA MS18

Kelas Tadabbur Al Quran
Erti Kehidupan Menurut Al Quran dan Sunnah
03.10.2018

BAB 3 - Kehidupan Dunia
i) Kenyataan dan Gambaran Kehidupan Dunia

i) recap: Ayat 1 (Surah Yunos 10:24)

Air Hujan adalah anugerah Allah SWT iaitu roh kita yang bercampur (ikhtolafa) dengan bahagian-bahagian lain iaitu jasad, akal, hati dan nafsu yang mana apabila manusia memahami konsep ini barulah ia dapat memperkasakan dirinya dan dengan benih amal soleh, barulah ia menjadiorang yang beriman yang akan memanfaatkan semua makhluk disekelilingnya.

Hasil usaha (kesan amalan) yang kita buat di dunia ini akan dilihat waktu sakaratul maut lagi, hadis Rasullullah

Dunia ini adalah tempat kita bercucuk tanam kebaikkan/amal soleh yang mana hasilnya akan dilihat dari waktu nazak lagi.

2) Ayat 2 (Surah Al Kahf -18:45-46)

" Wadhrib" - kata asal adalah 'dha ro ba' bermaksud pukul
Allah seperti menyatakan 'pukul' manusia dengan perumpamaan 'air hujan yang Allah turun' sehingga mereka memahami bahawa setiap tapak/langkah yang kita ambil di dunia ini harusnya meninggalkan benih amal soleh

Benih paling kecil adalah Zikrullah.

Luasnya tanah kebun kita didunia adalah umur kita dari  waktu kita baligh hingga mati.

Benih yang kita tinggal pula seharusnya dibajai, disiramisupaya sentiasa subur. Jangan sampai ia  mati kerana tidak dijaga, ( Feed your Soul)

Jaga ikhlasnya (benih/roh), sentiasa muhasabah diri, jauhu hasad dengki

Muhasabah diri patutnya -
i) sebelum membuat sesuatu (qobla)
ii) selepas membuat sesuatu (ba'dal)

Adakah apa yang hendak buat itu  sesuatu yang baik dan benar2 hanYA kerana ALLAH, Jika ya TERUSKAN, If no, HolD first and betulkan niat dengan berdoa memohon pertolongan. 

Sentiasa mencari amalan yang bersifat jariah yang akan terus subUr walaupun kita telah mati.

Kata Rasulullah SAW, amalan jariah  termasuk
1) Harta yang diinfak di jalan Allah SWT
-membuat aliran air
-tanam pokok
-buat tempat naungan

2) Ilmu - bantulah dan kongsikan!! ( Iman + amal+ nasihat +sabar = ini adalah manusia ang paling menguntungkan)

3) Anak- semahal-mahal asset untuk seseorang manusia - kerugian paling besar adalah apabila seseorang melepaskan peluang untuk mendidik anak2. Amanah dari Allah SWT adalah untuk mendidik anak2, jangan dilepaskan begitu sahaja

" Muqtadira" - root word qodir - kuasa 

Surah Al Kahfi, Ayat 46
- Harta dan Anak2 adalah perhiasan dunia yang  boleh menjadikan amalan yang kekal *baqiyatu soliha " ataupun boleh meng....... kita sekiranya kita merasakan kita memiliki semua itu dan merasakan kita memilliki semua itu dan merasakan semua itu hasil diri kita sendiri.

Surah Al Qashash (28:60)
- Allah mengingati kita lagi bahawa semua harta, pangkat dan anak adalah perhiasan dunia. Ianya hanya akan bermanfaat kepada kita sekiranya kita 'pindahkan' semua ini kepada Allah. Tentukan kita JUALKANsegala apa yang kita ada untuk mendapat rahmat, berkat, redha, kasih sayang dan kasihan belas Allah SWT.

Orang beriman akan jualkan dirinya keapda Allah SWT (see surah at Taubah 9:111)
-Allah membeli hati kita dan segala harta kita dan memberikan kita syurga . 
-Diri kita bukan milik kita. Apabila kita sudah 'menjualkan' seluruh diri kita kepada Allah SWT, kita akan buat segala perintah Allah dan meninggalkan larangan Allah kerana dia memilikki kita sepenuhnya.

Friday, 5 October 2018

EK MAQDS K26 26.9.18 B3 KEHIDUPAN DUNIA I.KENYATAAN & GAMBARAN KEHIDUPAN DUNIA MS18

Erti Kehidupan Menurut Al Quran & As Sunnah (Kelas 26)
(Rabu, 26.09.2018) 
Erti Kehidupan Menurut Al Quran dan As Sunnah 

BAB 3 – KEHIDUPAN DUNIA
i-KENYATAAN & GAMBARAN KEHIDUPAN DUNIA

FASA KEHIDUPAN

Fasa 1 – Alam Roh – ROH - SYURGA
Surah Al Araf, Ayat 172

Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu mengeluarkan keturunan anak-anak Adam dari sulbi mereka dan Allah mengambil kesaksian terhadap jiwa mereka (seraya berfirman): “Bukankah Aku ini Tuhanmu”. Mereka menjawab :  “Betul (Engkau Tuhan kami)

Bagi roh selalu ingat pada Allah, berhubung rapat dengan Allah. Ingat pada perjanjian dan ingat pada Allah yang dia telah saksikan.Bagi selalu. “ Ingatlah Aku, Dan Aku akan Ingat Padamu:, Ingatkan kepada ku sebanyaknya……………….

Dengan zikrullah, solat, bertafakur kecantikkan alam,

Makanan Roh – Ingat ALLAH
Makrifat Allah

Fasa 2 – Alam Rahim – ROH + JASAD
Pada usia 4 bulan, ditiupkan roh dengan jasad.
Ditentukan – ajal – tempoh segala sesuatu yang kita akan lalui/period/phase that we go thru, rezeki/jodoh, amal soleh, bahagia atau sengsara

Semua Allah tentukan. Kita tak tahu. Sebab semua tu masih ghaib.

Fasa 3 – Alam Dunia – ROH + JASAD+NAFSU+AKAL+HATI

Fasa 4 – Alam Barzakh - ROH

Fasa 5 – Alam Akhirat- ROH+JASAD

**Hakikat DIRI KITA MANUSIA = ROH
Rugi kalau roh kita tidak dijaga . Di alam dunia, kelima-lima kene ada bahagian dan HAK masing2. Tak boleh pilih tak mau jaga/bagi pihak. Kene ambil berat SEMUA. Kita kene tahu HAK

TAKDIR
MUTLAK – usaha ke tidak, PASTI DAPAT, contoh lahir dalam ibu bapa yang bukan Islam, makan/minum

IKHTIARI – berkaitan dengan usaha manusia. Beriman atau Kafir?. Manusia ada HAK untuk tentukan dan memilih untuk cari islam, ikhtiar untuk dapat makanan yang lebih baik
**Kerana LUASnya ilmu Allah – dia akan tahu apa yang akan dipilih

Masa baligh, KITA di beri akal, diberi akal. Ketika baligh baru DOSA kalau buat kemaksiatan.
Tetapi jangan guna akal sahaja, kene guna hati. Manusia KAMIL, sempurna. Ambil berat tentang semua kelima-lima

Kita ni orang syurga, berasal dari syurga maka patutnya kita semua kembali balik ke syurga jadi penghuni syurga. Kalau ikut jalan lurus akan masuk kembali ke syurga. Kalau menyimpang masuk neraka, maknanya SESAT. TARGET adalah untuk menjadi penghuni syurga

Surah Yunus, 10:24 (Ayat1, pg 18 Buku EK)



Ayat ini mempunyai tashbih/perumpamaan . Jangan lepaskan untuk memahaminya. Kene usaha dapat maksud dan paham. Tak boleh lalui tanpa paham. Gunanya perumpamaan adalah untuk menerangi perkara yang abstrak.

Hidup kita ini anugerah Allah yang bermanfaat dan bertujuan kebaikkan ( seperti  air yang kami turunkan dari langit.) Boleh memberi nilai kepada sekeliling kita. Semua kit ani hebat, boleh memberi manfaat. DENGAN DIBERI KEHIDUPAN (tak kira mcm mana ujian), BERSYUKUR.

Ketika kita ada dibumi ini, kita akan bercampur  ( Ihtalatha/Fahtalatha - campur)MIX ( Roh, Jasad, Nafsu, Akal, Hati). GROW IT. Bagi tumbuh, bagi jadi hebat. Itu kene ada USAHA. Kene usahakan. Untuk memberi manfaat kepada sekeliling kamu. Kembangkan. Kita memberi manfaat pada manusia dan sekeliling..alam, binatang dll. This is our mission. Memberi benefit. Perkasa jasad, jaga kesihatan. Bagi hak kepada nafsu, hati dan lain-lain.

Makin banyak orang mendapatkan manfaat dari kita, lagi bagus

(Bumi itu  mengenakan  pakaian hiasannya dan menjadi indah permai .Pangkat, Jawatan,, Anak, Harta , Rumah – berhias. Dengan segala yang ada dibumi ini.  – Yang bahaya bila ingat harta ini kita punya. Kenapa kedekut, sebab ingat kita punya. KEtika, kesombongan ada pada diri kita, datanglah perintah kami untuk mencabut nyawa, dalam kala dunia dalam genggamman. Ketika kita belum menyemai benih akhirat kita….tak tanam apa…maka rugilah.

JANGAN LUPA semua itu pemberian. KEHIDUPAN adalah pemberian.

Dunia kata Allah, Adalah LADANG AKHIRAT, TANAM apa yang kita nak diakhirat. USahakan .

Kalau tak tanam apa, nanti mati…seolah-olah kosong, tiada apa2. Ini cara oleh nak bagi kita PAHAM. Tapi berapa ramai yang dapat tangkap?. Hanya orang yang berifikir. Hidup ada awal dan akhir. Awal ROH ( turun dari langit) dan kemudian bergabung jasad, nafsu, akal dan hati untuk MENYEMAI BENIH – AMAL SOLEH. 

 Ambil peluang setiap nafas yang kita ada , adalah permata yang berharga. Orang yang berakal tak akan melepaskan satu nafas dari menyebut/atau mengingati Allah
Benih Akhirat paling mudah – SUBHANNALLAH WALHAMDULILLAH ALLAHUAKBAR

NIATKAN SEMUA KERANA ALLAH. Makan, tidor, exercise, bersahabat, mencari ilmu.
Kata Rasullullah, kalau kamu boleh memberi  manfaat, BUAT , jangan tunggu. Benefit bila keluarkan pada orang , lebih dahsyat.

Ketika, kita berdoa untuk saudara kita, tanpa dia tahu, Malaikat doa kepada kita. Misi hidup dunia adalah. MEMBERI MANFAAT – tugas khalifah.