Saturday, 22 September 2018

EK MAQDS K25 19.9.18 B2 ALQURAN ADLH PEDOMAN UTK MENEMUKAN MAKNA HIDUP YG SEBENARNYA 3. HAKIKAT KEHIDUPAN DUNIA -MENGUJI MANUSIA DGN BERMACAM UJIAN MS17

Erti Kehidupan Menurut Al Quran & As Sunnah (Kelas 25)
(Rabu, 19.09.2018) 

Hakikat kehidupan dunia - menguji manusia dengan bermacam ujian

Antara bahan ujian spt dlm ayat 13 EK, iaitu kebebesan dan kesenangan diberi kpd orang kafir. Jangan kamu terpedaya. 

Nabi kata dunia ini bagaikan penjara bagi org yg beriman. Kebebebasan bila dah mati

Bagi org kafir.. dunia adalah kebebasan. Bila mati dia akan masuk penjara paling dahsyat.

Sebenarnya orang mukmin bebas dlm batasan yg baik. Jangan rasa hina n terkilang

Ayat 14 EK- Al Fajr 89:15-16

(15)فَأَمَّا ٱلْإِنسٰنُ إِذَا مَا ٱبْتَلَىٰهُ رَبُّهُۥ فَأَكْرَمَهُۥ وَنَعَّمَهُۥ فَيَقُولُ رَبِّىٓ أَكْرَمَنِ
(16)وَأَمَّآ إِذَا مَا ٱبْتَلَىٰهُ فَقَدَرَ عَلَيْهِ رِزْقَهُۥ فَيَقُولُ رَبِّىٓ أَهٰنَنِ

Adapun manusia apabila Tuhannya mengujinya lalu dia dimuliakan-Nya dan diberi-Nya kesenangan, maka dia akan berkata: "Tuhanku telah memuliakanku". (15)
Adapun bila Tuhannya mengujinya lalu membatasi rezekinya maka dia berkata: "Tuhanku menghinakanku". (16) (Al Fajr 89:15-16)

Bila Allah uji manusia dgn kemuliaan/nikmat/ketenangan -  manusia akan rasa yg tuhan telah memuliakannya.
*akraman/mulia bukan bergantung pada apa Allah beri tapi mcm mana kita gunakan apa yg kita beri.

Bila Allah uji dgn membatasi rezekinya. Ie cukup2. Tak lebih2.tak blh simpan.. org lain ada rumah keter baru. Biasanya manusia akan pikir Allah 

Ingat Allah lebih tahu dgn hambanya. Dengan apa yang Allah uji kita... adalah ujian yang Allah tahu dia dpt mengatasi nya

Jangan hina org miskin. Sebab Allah uji mereka dlm kemiskinan. Kerana Allah tahu mereka akan berjaya dlm ujian kemiskinam tu

Bersyukurlah dgn apa yg ada.

Surah Hud, 222, ayat 9, 10 n 11


(9)وَلَئِنْ أَذَقْنَا ٱلْإِنسٰنَ مِنَّا رَحْمَةً ثُمَّ نَزَعْنٰهَا مِنْهُ إِنَّهُۥ لَيَـُٔوسٌ كَفُورٌ
(10)وَلَئِنْ أَذَقْنٰهُ نَعْمَآءَ بَعْدَ ضَرَّآءَ مَسَّتْهُ لَيَقُولَنَّ ذَهَبَ ٱلسَّيِّـَٔاتُ عَنِّىٓ ۚ إِنَّهُۥ لَفَرِحٌ فَخُورٌ
(11)إِلَّا ٱلَّذِينَ صَبَرُوا۟ وَعَمِلُوا۟ ٱلصّٰلِحٰتِ أُو۟لٓئِكَ لَهُم مَّغْفِرَةٌ وَأَجْرٌ كَبِيرٌ

Dan jika Kami rasakan kepada manusia suatu rahmat (nikmat) dari Kami, kemudian rahmat itu Kami cabut daripadanya, pastilah dia menjadi putus asa lagi tidak berterima kasih.(9) Dan jika Kami rasakan kepadanya kebahagiaan sesudah bencana yang menimpanya, niscaya dia akan berkata: "Telah hilang bencana-bencana itu daripadaku"; sesungguhnya dia sangat gembira lagi bangga,(10) kecuali orang-orang yang sabar (terhadap bencana), dan mengerjakan amal-amal saleh; mereka itu beroleh ampunan dan pahala yang besar.(11) (Huud 11:9-11)

Bila kita beri manusia nikmat n kesenangan n kemudian ditariknya....biasanya manusia rasa putus asa dan engkar.(kufur nikmat)

Nabi kata cth kufur nikmat..bila isteri ckp..awak ni tak pernah buat baik kat aku...melupakan kebaikkan dan kesenangan yg dia dapati selama ini.

Bila diuji dgn kesusahan, Berusaha dan optimis. Jangan putus asa. Syukur dgn ujian. Allah uji sekejap..dulu dia.bagi nikmat bertahun tahun

Nabi Ayob AS handsome..kaya..ketua..pangkat..
30tahun kahwin dgn isteri 20an..... 20 tahun kahwin n sangat bahagia. 12 anak lelaki


Pada tahun ke 21...Allah uji dia dengan kusta. Wabak kusta bunuh binatang ternakan dan anak2. 

Kaum dia lari sebab dia sakit n busuk. Isteri masih setia. Kamukan nabi Allah. Mintak la kat dia...
Nabi Ayob kata...20 tahun aku duduk senang lenang..ini baru 2minggu dah tak sabar...isteri suruh mintak kat Allah hilang penyakit. Dia kata 20 tahun hidup senang....ini baru 2bulan..2 tahun makin parah. Isteri suruh mintak kat Allah. Aku malu mintak..takkan nak minta. Isteri tak sanggup dan tinggalkan....dia sabar dan dia yaki  Allah akan angkatka  sakit aku ni. Dia optimis..tak putus asa. Allah akan kembalikan..dia kenang nikmat Allah.

Masuk pada tahun 20 dia sakit...wahai tuhanku sesuatu yg susah menimpa ku. Sesungguhnya engkau maha pemberi Nikmat dan Rahmat

Terus...Allah jadikan dia sihat bertenaga dulu..dia panggil isteri dia. Ternakan dia 2 kali ganda. 12 tahun dpt kembar tiap2 tahun...kaum dia kembali balik kepada dia dan lantik

Orang yang bertaqwa adalah orang yang paling smart. Sifat preventive dah sabar. 

Kata nabi ada 3 amalan pahalanya besar...Hanya Allah yg tahu balasannya
1. Puasa
2. Memaafkan - orang ini sabar. Sabar utk memdapat pahala yg besar
3.  Sabar 

Apabila kita tahu 3 perkara yg banyak pahala...kita berusaha habis2. Anggap ini amal soleh

Ada dosa yang mesti dibersihkan dengan menghadapi ujian dan bukan hanya dgn taubat.
Pahala yg Besar  dan Dahsyat kalau sabar.
Pada setiap ujian Allah adalah untuk lulus dengan sabar bukan utk memuliakan atau  menghinakan. Untuk menghadapi ujian,  Pikirkan sabar tu sebagai amal soleh.
Kenanglah nikmat sebelum ini. Bersyukur. Ingat yang banyak bukan yg sikit.

Positif . Pegang apa kita yakini terhadap Allah. Aku berdasar dgn sangkaan hamba ku. Jadi sangkalah baik setiap masaMcm mana menghadapi ujian. 
1. Jangan Putus Asa..optimis sentiasa

2. Kenang kembali seluruh nikmat. Ingat 

"Besarnya pahala sesuai dengan besarnya ujian dan cubaan.Sesungguhnya Allah 'Azza wajalla bila menyenangi suatu kaum, Allah menguji mereka. Barangsiapa bersabar maka manfaat kesabarannya, dan barangsiapa murka, maka baginya murka Allah". (HR. Tirmidzi 2396) - Hadith Hassan 

Selepas susah /musibah, Allah bagi nikmat dan kesenangan. Tetapi dianggap keburukkan itu sendiri meninggalkan dia. Bagi orang beriman, dia tahu/yakin Allah yg mengangkat musibah itu. Kene acknowledge and mention. Penting acknowledgement

Dia amat gembira bila dpt nikmat, tapi gembira hanya jika nikmat yg dpt itu digunakan untuk ketaatan. Bukan untuk bangga dan menganggap nikmat atas usaha sendiri. Semuanya pemberiam dari Allah. Tambah nikmat Tambah ketaatan.


Yang akan selamat dengan ujian tarik nikmat dan diberi nikmat...adalah orang sabar. Asas sabar adalah syukur. Dan orang yang bebuat kebaikkan dan amal soleh. Kesabaran menghadapi ujian dgn amal soleh. 

Bila sabar...baru dapat habuan n pahala yang besar. Allah pasti akan bagi lebih baik. Syaratnye kene lepasi ujian.

Ambik prinsip surah Al Alaq Ms 597. Ayat 19. 

۩ كَلَّا لَا تُطِعْهُ وَٱسْجُدْ وَٱقْتَرِب 

sekali-kali jangan, janganlah kamu patuh kepadanya; dan sujudlah dan dekatkanlah (dirimu kepada Tuhan). (Al 'Alaq 96:19) 

Jangan tunduk dgn ujian dan cabaran. Teruskan sujud solat..majlis ilmu...tambah amal soleh dan dekatkan diri kepada Allah.

Beza orang beriman. Ujian datang bersama dgn petunjuk. Sehingga dia tahu apa nak buat

Surah Tagahabun, ms 557 Ayat 11. 


مَآ أَصَابَ مِن مُّصِيبَةٍ إِلَّا بِإِذْنِ ٱللَّهِ ۗ وَمَن يُؤْمِنۢ بِٱللَّهِ يَهْدِ قَلْبَهُۥ ۚ وَٱللَّهُ بِكُلِّ شَىْءٍ عَلِيمٌ

Tidak ada suatu musibah pun yang menimpa seseorang kecuali dengan ijin Allah; dan barangsiapa yang beriman kepada Allah niscaya Dia akan memberi petunjuk kepada hatinya. Dan Allah Maha Mengetahui segala sesuatu. (Ath Taghabun 64:11)

Allah akan bimbing pimpin hati kita sehingga kita boleh lulus dan lepas. Dia tenang sahaja menghadapi. Hati yg menentukan berat n ringan. Allah pimpin hati.

Allah sayang pada hambanya..dia uji. Tapi diberinya petunjuk dan membimbing hati untuk lulus ujian. Minta besarkan kesabaran dan kuatkan hati.

Kesimpulan...hidup didunia adalah satu ujian .
Usaha dalam sabar.
Usaha tetap perlu
Takdir ada dua
1. Takdir mutlak

2. Takdir ikhtiari - mesti kita usahakan 

Ketika dtg sakit...itu takdir mutlak. Jadi kita kene ikhtiar usaha cari ubat..
Ikhtiar sebelum sakit..makan makanan sihat. 

Nak sihat kenelah usaha.


Ikhtiar nabi ayob adalah sabar. Ikhtiar isterinya adalah doa. Org soleh n wali Allah tgk akhirat. Org biasa2 akan pilih kesenangan dunia.


Saturday, 15 September 2018

EK MAQDS K24 12 .9.18 B2 ALQURAN ADLH PEDOMAN UTK MENEMUKAN MAKNA HIDUP YG SEBENARNYA 3. HAKIKAT KEHIDUPAN DUNIA -MENGUJI MANUSIA DGN BERMACAM UJIAN MS17

Erti Kehidupan Menurut Al Quran & As Sunnah (Kelas 24)
(Rabu, 12.09.2018) 

Erti Kehidupan Menurut Al Quran dan As Sunnah 
iii- Hakikat Kehidupan Dunia – Menguji Manusia Dengan Bermacam Ujian


زُيِّنَ لِلنَّاسِ حُبُّ ٱلشَّهَوٰتِ مِنَ ٱلنِّسَآءِ وَٱلْبَنِينَ وَٱلْقَنٰطِيرِ ٱلْمُقَنطَرَةِ مِنَ ٱلذَّهَبِ وَٱلْفِضَّةِ وَٱلْخَيْلِ ٱلْمُسَوَّمَةِ وَٱلْأَنْعٰمِ وَٱلْحَرْثِ ۗ ذٰلِكَ مَتٰعُ ٱلْحَيَوٰةِ ٱلدُّنْيَا ۖ وَٱللَّهُ عِندَهُۥ حُسْنُ ٱلْمَـَٔابِ

Dijadikan indah pada (pandangan) manusia kecintaan kepada apa-apa yang diingini, yaitu: wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak dari jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang-binatang ternak dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia, dan di sisi Allah-lah tempat kembali yang baik (surga). (Ali Imran 3:14)


Al Qasas, Ayat 77

وَٱبْتَغِ فِيمَآ ءَاتَىٰكَ ٱللَّهُ ٱلدَّارَ ٱلْءَاخِرَةَ ۖ وَلَا تَنسَ نَصِيبَكَ مِنَ ٱلدُّنْيَا ۖ وَأَحْسِن كَمَآ أَحْسَنَ ٱللَّهُ إِلَيْكَ ۖ وَلَا تَبْغِ ٱلْفَسَادَ فِى ٱلْأَرْضِ ۖ إِنَّ ٱللَّهَ لَا يُحِبُّ ٱلْمُفْسِدِينَ


Dan carilah pada apa yang telah dianugerahkan Allah kepadamu (kebahagiaan) negeri akhirat, dan janganlah kamu melupakan bahagianmu dari (kenikmatan) duniawi dan berbuat baiklah (kepada orang lain) sebagaimana Allah telah berbuat baik, kepadamu, dan janganlah kamu berbuat kerusakan di (muka) bumi. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang berbuat kerusakan. (Qashash 28:77)


Dan carilah (pahala) negeri akhirat dengan apa

Cari pahala dari APA YANG ALLAH BAGI PADA KITA (bukan apa yang belum ada lagi)
Tengok suami, tengok anak, tengok ibu bapa, tengok harta- cari apa yang boleh dapat untuk dapat akhirat. BEREBUT untuk dapat pahala, bagi tumpang nabi/sahabat.

Jadikan yang ada pada kita, sesuatu yang boleh jadi habuan akhirat. CARI CARI bukan tunggu.

4 perkara yang perlu diambil SEHARI, mengikut Nabi Daud
*Masa khas /khusus bermunajat dengan Allah. Tinggal yang lain
**Masa untuk muhasabah diri
***Masa untuk sahabat/sahabat dan kawan2 – gelak tawa, sambal tahu limit
****Masa untuk menikmati lazatnya dunia ini. “Enjoy yourself”, Contohnya gardening, menuntut
Ilmu, bercuti, berehlah.
** menuntut ilmu boleh masuk dalam 1, 2, 3 atau 4.
PASTIKAN – semua ni niatkan kerana Allah.

Jadikan semua sebagai pendorong untuk kembali lebih bersemangant untuk lebih taqwa dan taat.

Bahan ujian Allah dari punca CINTA/SUKA kepada sesuatu. Pada asasnya tidak negative. Tapi bila combine dengan shahwat/berlebihan ianya jadi negative.

Surah Ali Imran, 3:196 – 197, Ayat 13 Buku Erti Kehidupan.


(196) لَا يَغُرَّنَّكَ تَقَلُّبُ ٱلَّذِينَ كَفَرُوا۟ فِى ٱلْبِلٰدِ

(197) مَتٰعٌ قَلِيلٌ ثُمَّ مَأْوَىٰهُمْ جَهَنَّمُ ۚ وَبِئْسَ ٱلْمِهَادُ

Janganlah sekali-kali kamu terperdaya oleh kebebasan orang-orang kafir bergerak di dalam negeri. (196) Itu hanyalah kesenangan sementara, kemudian tempat tinggal mereka ialah Jahannam; dan Jahannam itu adalah tempat yang seburuk-buruknya. (197)


(Ali Imran 3:196-197) 

Janganlah sekali-skali kamu terperdaya oleh kebebasan orang-orang kafir bergerak (kelancaran kemajuan mereka) di dalam negeri.

Itu hanyalah kesenangan sementara, kemudian tempat tinggal mereka ialah Jahannam; dan Jahannam itu adalah tempat yang seburuk-buruknya.
Iman menahan kita dari masuk ke tempat maksiat, kelab malam, wayang?. Bila iman makin menebal, lagi banyak tempat yang tak boleh pergi, rasa berat nak pergi melainkan perlu sangat. Islam membatasi perkara perkara HARAM. Tapi iman yang membatasi perkara yang HARUS dan LAGHA (tiada efek positif kepada akhirat). Mereka akan tinggalkan.
Bagi orang kafir, semua boleh/jalan. Jangan terpadaya dan iri hati dengan mereka.
Orang-orang yang tak taat/kafir, lebih enjoy Life. Orang beriman syurga bukan di dunia, tapi di akhirat. Habis kerja satu, buat kerja lain. Dunia bukan tempat untuk berehat.

Sekejap sedikit/seronok. “Kesenangan yang sedikit dan sekejap” – perkara yang tak dapat manfaat di akhirat.

Iman mendidik kita, tiada yang perlu TAKUT kecuali dengan Allah. Betulkan niat buat sesuatu. Jangan buat sesuatu kerana Nampak hebat. Bagi orang beriman, HEBAT Itu adalah Allah. Kalau rasa hebat , maknanya niat dan jiwa kita dimanupulasi.

Jangan ikut apa orang kafir buat, ikut hanyalah panduan

Bahan Ujian seterusnya. Kebebasan orang Kafir dan orang tak taat.

EK MAQDS K23 5 .9.18 B2 ALQURAN ADLH PEDOMAN UTK MENEMUKAN MAKNA HIDUP YG SEBENARNYA 3. HAKIKAT KEHIDUPAN DUNIA -MENGUJI MANUSIA DGN BERMACAM UJIAN MS17


 Erti Kehidupan Menurut Al Quran & As Sunnah (Kelas 23)
(Rabu, 05.09.2018)  

Erti Kehidupan Menurut Al Quran dan As Sunnah 
iii- Hakikat Kehidupan Dunia – Menguji Manusia Dengan Bermacam Ujian

Di perbincangan yang lepas, kita bincang ujian Iman
Selanjutnya, adalah UJIAN AMAL

Surah Al Ahqaf, Ayat 19, Ms 504

وَلِكُلٍّ دَرَجٰتٌ مِّمَّا عَمِلُوا۟ ۖ وَلِيُوَفِّيَهُمْ أَعْمٰلَهُمْ وَهُمْ لَا يُظْلَمُونَ

Dan bagi masing-masing mereka derajat menurut apa yang telah mereka kerjakan dan agar Allah mencukupkan bagi mereka (balasan) pekerjaan-pekerjaan mereka sedang mereka tiada dirugikan. (Al Ahqaaf 46:19)

Nilai amalan kita di sisi Allah tak sama, walaupun lain dah sama. Apa bezanya, Cabaran dan ujian untuk beramal. Contohnya, orang datang dari TTDI orang dari Klang. Katalah rumah pun ditempat sama..adakah darjat amalan sama? TIDAK. Ukuran amalan ada banyak tingkat.

Allah akan sempurnakan balasan sesuai dengan keadaan dan usaha kita. Kita akan dapat apa yang patut.

Muhammad,47:31 

وَلَنَبْلُوَنَّكُمْ حَتَّىٰ نَعْلَمَ ٱلْمُجٰهِدِينَ مِنكُمْ وَٱلصّٰبِرِينَ وَنَبْلُوَا۟ أَخْبَارَكُمْ

Dan sesungguhnya Kami benar-benar akan menguji kamu agar Kami mengetahui orang-orang yang berjihad dan bersabar di antara kamu, dan agar Kami menyatakan (baik buruknya) hal ihwalmu. (Muhammad 47:31)

Subjek ujian ke 6. AMALAN SOLEH. Siapa Mujahidin?. Orang yang beramal dengan bersungguh dan rajin. Banyak jalan nak buat baik, kesimpulannya, rajin ke tidak? Masa selalu tak cukup. Allah bagi banyak jalan supaya kita berusaha buat yang terbaik


**Allah akan balas mengikut MUJAHADDAH kita. Kesungguhan dan kesanggupan kita. Dengan ujian, Allah akan bagi lebih. Allah nak lihat mujahhadah kita

** Dengan ujian, Allah nak tengok siapa yang benar-benar sabar..Kena tebal hati dan muka

Dengan Allah bukan penilaiain yang mudah. Ianya dari aspek individu. Hadis Nabi – Besarnya balasan itu, bergantung kepada tahap ujian.

Orang-orang bertaqwa, banyak kali disebut – apa maksud taqwa? Taat pada perintah, meninggal larangan, berhati-hati,

Taqwa dari perkataan asal ‘wiqayah’ – prevention.

Orang bertaqwa buat sesuatu/tindakan yang bersifat /prinsip PREVENTION – mencegah sebelum berlaku. Tindakan orang cerdik, dimana risiko tak tinggi. Cthnya High Income, Low Risk. Orang yang bertaqwa orang paling cerdik/pandai/smart – tindakannya selalu melihat jauh dan tenang, tidak gopoh. Orang bertaqwa tahu target dan goal dia, dan selagi tak dpt, dia tak berhenti. Dia buat sungguh2 dan sabar dengan apa yang dia inginkan .  Siapa Mujahadah dan Sabar yang KUAT. Orang bertaqwa perlu ilmu yang tinggi.

Kerja2 Wiqaya (taqwa) – preventive action, satu masa akan jadi  senang, low risk and high return
‘Ittaqa’ – Hasil yang terkumpul . Susah taqwa di awal, lama-lama jadi ringan. Prinsip amalan soleh adalah:-
Bersusah-susah (lawan nafsu dan cabar diri kita). Selagi tak cabar diri, taka da improvement. ‘Mujahaddin’ – Mujahaddah lawan hawa nafsu.

Setelah senang dan berjaya, lain pula ujiannya , iaitu ‘khabar berita mengenai diri kita / Pujian/Cerita’
Sebelum berjaya SABAR, lepas berjaya SYUKUR. Kejayaan adalah anugerah Allah.

At Taubah,9:24, Ayat 11, Ms 17, Buku Erti Kehidupan

قُلْ إِن كَانَ ءَابَآؤُكُمْ وَأَبْنَآؤُكُمْ وَإِخْوٰنُكُمْ وَأَزْوٰجُكُمْ وَعَشِيرَتُكُمْ وَأَمْوٰلٌ ٱقْتَرَفْتُمُوهَا وَتِجٰرَةٌ تَخْشَوْنَ كَسَادَهَا وَمَسٰكِنُ تَرْضَوْنَهَآ أَحَبَّ إِلَيْكُم مِّنَ ٱللَّهِ وَرَسُولِهِۦ وَجِهَادٍ فِى سَبِيلِهِۦ فَتَرَبَّصُوا۟ حَتَّىٰ يَأْتِىَ ٱللَّهُ بِأَمْرِهِۦ ۗ وَٱللَّهُ لَا يَهْدِى ٱلْقَوْمَ ٱلْفٰسِقِينَ

Katakanlah: "jika bapa-bapa, anak-anak, saudara-saudara, isteri-isteri, kaum keluargamu, harta kekayaan yang kamu usahakan, perniagaan yang kamu khawatiri kerugiannya, dan tempat tinggal yang kamu sukai, adalah lebih kamu cintai dari Allah dan Rasul-Nya dan dari berjihad di jalan-Nya, maka tunggulah sampai Allah mendatangkan keputusan-Nya". Dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik. (At Taubah 9:24)


Dalam kejayaan, semuanya manis. Makin lama datang berkuruman. Jaga hati bila sudah berjaya, selain SYUKUR, Jaga hati kita supaya jangan terlebih cinta/sayang/terikat/dekat kepada kejayaan kita sendiri dan orang yang melekat pada kita bila kita berjaya.

Biasanya, kejayaan itu akan menarik keluarga. Harta pun bertambah, syarikat2 yang baru diusahakan yang dikhuatiri rugi dll…Rumah makin cantic…HATI2 , jangan sekali cintakan dan focus kepadanya, lebih dari mencintai Allah dan Rasul. Iaitu menyebabkan kita meninggalkan perintah Allah. Orang yang beriman akan dahulukan perintah Allah dan Rasul sebelum memenuhi permintaan orang lain. MENDAHULUKAN ALLAH DAN RASUL adalah orang yang bertaqwa. Tidak difitnah dengan dunia.

Rahsia orang berjaya, dia tak BERHENTI dengan satu kejayaan. Dari satu ke satu yang lain.

Sidiqqul Iman – Kebernaran dan Kejujuran Iman. Tanda Iman yang betul
Sedekah – nafkah sebahagian dari apa yang Allah beri. Ketika ada sesuatu berkaitan dengan Allah (orang miskin, anak yatim, janda susah, orang berhutang, musafir, usaha2 dijalan Allah adalah :-
Memang jumpa makhluk..tapi hakikatnya…berjumpa dengan Allah. Maka bila kita jumpa Allah,
Kata seorang salafusoleh, sempurnanya iman dan cinta kepada Allah, apabila dia beri kepada Allah lebih baik daripada apa yang dia belikan kepada pemuka/pemimpin kaumnya.

Segala yang kerana Allah, bagilah yang terbaik. Baru betul cinta kita. Untuk anak2 kita , kita bagi branded, tapi beli untuk anak yatim beli dekat mydin, giant -sebenarnya cinta kepada Allah belum lagi.

Muhasabah diri – menghadap Allah pakailah yang terbaik. Menghadap boss/Menteri pakai punyalah dahsyat berpakaian.

Allah suruh kita lebih mencintaiannya dari yang LAIN. Lebih dari DIRI, KELUARGA dan MANUSIA lain.

Nabi tidor atas pelepah kurma di rumahnya, dia bangun ada kesan atas mukanya, Sahabatnya kata, ya Rasullullah begini ke keadaan mu. Biarlah saya cari yang lebih baik .

Jangan takut memberi kepada orang miskin…jangan pikir sebagai’ duit aku/hak aku/punya aku’ …Mindset bila jumpa orang meminta, fikirlah ada duit/hak dia pada aku. Terasa ada HAK orang lain. Orang bertaqwa akan dapat detect orang yang tak meminta. Belum taqwa lagi, kalau tunggu orang minta. Kalau ada peruntukkan , dan cari orang yang perlukan, maka kita taqwa dan cintai Allah

Ujian berjaya , harta lekat kat hati kita . Jangan jadi Qarun, cakap semua susah Lelah dia yang buat,kenapa nak bagi orang lain yang tak buat apa2.

Kita share sesuatu keapda orang yang tidak sign apa2 agreement dengan kita. TETAPI agreement dengan Allah, ‘Ahhaba ilaikum’, perlu latihan , lawan hawa nafsu.
Jadikan Allah lebih kita sayangi.

Jika TIDAK, TUNGGULAH, ‘Fatarrabasu’ – akan ada perkara yang berlaku merosakkan kejayaan kita itu sampai kita menyesal…rasanya macam tak guna denga nada kejayaan itu..contoh, anak jadi lentang pukang, adik beradik gaduh……

Bila kita dah tahu, tak buat – nanti hidayah tak diberikan pada kita- seperti orang
Jangan takut, itu perasaan dari syaitan…dia bawa rasa takut miskin

Al Baqarah, Ayat 268, Page 45

ٱلشَّيْطٰنُ يَعِدُكُمُ ٱلْفَقْرَ وَيَأْمُرُكُم بِٱلْفَحْشَآءِ ۖ وَٱللَّهُ يَعِدُكُم مَّغْفِرَةً مِّنْهُ وَفَضْلًا ۗ وَٱللَّهُ وٰسِعٌ عَلِيمٌ

Syaitan menjanjikan (menakut-nakuti) kamu dengan kemiskinan dan menyuruh kamu berbuat kejahatan (kikir); sedang Allah menjadikan untukmu ampunan daripada-Nya dan karunia. Dan Allah Maha Luas (karunia-Nya) lagi Maha Mengatahui. (Al Baqarah 2:268)

Tuesday, 4 September 2018

EK MAQDS K22 29 .8.18 B2 ALQURAN ADLH PEDOMAN UTK MENEMUKAN MAKNA HIDUP YG SEBENARNYA 3. HAKIKAT KEHIDUPAN DUNIA -MENGUJI MANUSIA DGN BERMACAM UJIAN MS16



Erti Kehidupan Menurut Al Quran & As Sunnah (Kelas 22)
(Rabu, 29.08.2018) 

Erti Kehidupan Menurut Al Quran dan As Sunnah 
iii- Hakikat Kehidupan Dunia – Menguji Manusia Dengan Bermacam Ujian


Rumusan ayat ke 8
Allah juga beri berbagai subjek ujian kepada manusia
Mental – rasa 1.TAKUT, kemudian sambung dengan ujian lain
Kalau lepas ujian takut, senang berdepan ujian lain
Perlu hilangkan atau mengurangkan perasaan takut , perlu mengawas dan mengawal agar bukan takut yang mempengaruhi kita.

Subjek lain bahan ujian Allah ialah 2.HARTA, gunakalah harta dengan baik subapaya lepas dengan baik.

Antara subjek lain ujian pada kita, Allah berikan 3.DARJAT berbeza dikalangan kita. Dengan darjat yang kita ada, tinggi atau rendah, Ianya tidak menghalangkan seseorang itu menjadi hamba yang taat dan soleh. Jangan sebab darjat, kita SOMBONG dan RENDAH DIRI

4.PANTAS DAPAT KEBAIKKAN – Cthnya, bila belajar cepat faham, bila berniaga cepat dapat keuntungan. Dimudahkan oleh Allah. EASY to come, EASY To achieve. Itu adalah ujian. 


Al An Ankabuut,29:2-3 Ayat 9, Ms 16, Buku Erti Kehidupan

(2)أَحَسِبَ ٱلنَّاسُ أَن يُتْرَكُوٓا۟ أَن يَقُولُوٓا۟ ءَامَنَّا وَهُمْ لَا يُفْتَنُونَ
(3)وَلَقَدْ فَتَنَّا ٱلَّذِينَ مِن قَبْلِهِمْ ۖ فَلَيَعْلَمَنَّ ٱللَّهُ ٱلَّذِينَ صَدَقُوا۟ وَلَيَعْلَمَنَّ ٱلْكٰذِبِينَ

Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan: "Kami telah beriman", sedang mereka tidak diuji lagi? (2)Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta. (3)


5. IMAN pasti diuji. Ianya adalah subjek ujian kelima. Sekali orang bercakap saya beriman pada Allah dan Rasul, maka siap2lah dengan ujian. Semakin ckp saya amat yakin…nanti pasti ada ujian. Dimana bahan ujian itu akan menentukan kebenaran ukapan kita tadi…kebenaran kata2. Biasanya ‘Alal -Makruh’ keatas sesuatu yang kita tak suka orang tak suka kita, orang tak sekepala, sakit, orang yang menentang kita, Kalau kita kembali kepada ayat Allah, sunatullah orang yang beriman, adalah diuji. Tapi pastinya ujian itu dalam Kapasitinya, dia boleh hadapi.

Sahabat nabi yang masuk Islam, Mak dia menentang dia masuk agama Allah, maknya mogok lapar, taknak makan selagi dia masih Islam. Musab bin Umair. Dia tetap teguh. Demi Allah ibu, saya tidak akan meninggalkan agama Allah walaupun kehilangan ibunya dan sesiapa jua. Dia pun berlalu tinggal ibunya… Beberapa hari kemudian, mak dia makan balik, dia tahu anak dia

Apakah tanda utama ‘Sidiqul Iman’. Apakah tandanya? Rajin bersedekah. Kejujuran (SIDDIQ) iman seseorang adalah pada sedekahnya. (yang dikeluarkan dari harta). Kalau iman benar, harta taka da apa, hanya dianggap sebagai pinjaman.

Zaman Khalifah Uthman al Hattab, Perang Besar Qadisiah (Jordan), Terkenal pada zaman itu
Pintu gerbang masuknya islam ke Parsi – Iran dan Iraq. Panglima Parsi pada waktu itu ialah Rustom, yang gagah berani dan besar. Bala tentera 200,000. Bala tentera Islam 12,000. Rustom rasa kagun, kenapa tentera Islam begitu berani walau sikit.
Hantar negotiator dengan panglima Islam, kamu sikit, kami banyak…baik kita berbincang. Negotiator Islam yang dihantar adalah seorang yang pendek dan berkenderaan dgn keldai tua. Tiada pakaian perang pun tapi akai daun dan besi lebihan.Tapi dia BERANI dan percaya diri. Dia sampai ke khemah Rustom…Rustom ada set up perangkap – 1. Nak masuk kene tunduk 2. Letak semua kekayaan emas berlian

Negotiator/Sahabat tu tengok pintu kecik, dia suruh keldai masuk bontot dulu, dan dia kecil so tak perlu tunduk. Sahabat tak

Wahai Rustom, saya adalah utusan pasukan Islam.
Kamu ada 3 pilihan
1.     Kamu terima Islam sebagai agama kamu
2.     Kalau tak masuk Islam, sila bayar jiziyah
3.     Kalau dua2 taknak, terpaksalah kita berperang

Rustom tanya kamu ni siapa?. Saya tentera yang paling belakang…tapi kalau orang lain datang pun sama. Rustom bagi dia emas dan berlian…dia ambik, kemudian dia bahagikan kepada tentera Rustom..terjekut Rustom dan tentera.
Perang emosi….tentera Islam menang! Datang lagi utusan lain, sama jua. Akhirnya, tentera Islam menang mengalahkan tentera besar Rustom. Kenapa ?

Iman mereka, tidak terpedaya dengan emas dan kilauaun. Godaan terbesar zaman ini adalah HARTA.

Sidiqqul Iman akan terbukti dengan SEDEKAH. (yang bukan wajib). Mudah keluar harta kepada Jalan Allah. Itu perlu USAHA dan MUJAHADDAH. Secara semulajadi manusia ini bakhil. INGAT Kebenaran iman kita akan terserlah dengan Sedekah dan Zakat.

Surah Al Hasyr, Ayat 8 dan 9 –

لِلْفُقَرَآءِ ٱلْمُهٰجِرِينَ ٱلَّذِينَ أُخْرِجُوا۟ مِن دِيٰرِهِمْ وَأَمْوٰلِهِمْ يَبْتَغُونَ فَضْلًا مِّنَ ٱللَّهِ وَرِضْوٰنًا وَيَنصُرُونَ ٱللَّهَ وَرَسُولَهُۥٓ ۚ أُو۟لٓئِكَ هُمُ ٱلصّٰدِقُونَ

(Juga) bagi orang fakir yang berhijrah yang diusir dari kampung halaman dan dari harta benda mereka (karena) mencari karunia dari Allah dan keridhaan-Nya dan mereka menolong Allah dan Rasul-Nya. Mereka itulah orang-orang yang benar. (8)

وَٱلَّذِينَ تَبَوَّءُو ٱلدَّارَ وَٱلْإِيمٰنَ مِن قَبْلِهِمْ يُحِبُّونَ مَنْ هَاجَرَ إِلَيْهِمْ وَلَا يَجِدُونَ فِى صُدُورِهِمْ حَاجَةً مِّمَّآ أُوتُوا۟ وَيُؤْثِرُونَ عَلَىٰٓ أَنفُسِهِمْ وَلَوْ كَانَ بِهِمْ خَصَاصَةٌ ۚ وَمَن يُوقَ شُحَّ نَفْسِهِۦ فَأُو۟لٓئِكَ هُمُ ٱلْمُفْلِحُونَ

Dan orang-orang yang telah menempati kota Madinah dan telah beriman (Anshor) sebelum (kedatangan) mereka (Muhajirin), mereka (Anshor) 'mencintai' orang yang berhijrah kepada mereka (Muhajirin). Dan mereka (Anshor) tiada menaruh keinginan dalam hati mereka terhadap apa-apa yang diberikan kepada mereka (Muhajirin); dan mereka mengutamakan (orang-orang Muhajirin), atas diri mereka sendiri, sekalipun mereka dalam kesusahan. Dan siapa yang dipelihara dari kekikiran dirinya, mereka itulah orang orang yang beruntung (9)

(Al Hasyr 59:8-9)


Sodiqun – orang-orang yang benar.
KEnapa Ansar mudah beri harta dan isteri yang ada ? – Rumah, kebun
Bila dah bagi, takda keinginan dah
Bila dah beri, tiada Ungkit atau pikir lagi.
Siddiqul Iman – apa yang dah pergi dari kita, ‘kita tak perlukan’
Walaupun sendiri ada keperluan, tetapi sebab Muhajirin perlukan, dia bagika.


Ketika kita tak mampu nak bagi, kita perlu usaha cari orang lain untuk tolong orang yang meminta. Kisah nabi dan orang yang meminta makanan di rumahnya, dia bawak ke masjid sebab rumah tiada makanan.  Ada sahabat angkat tangan dan bawak tetamu ke rumah, dah masuk rumah, sahabat tanya isteri ada makanan tak, ada tapi sikit tak cukup…dia suruh isteri hidang untuk tetamu nabi. Tutup lampu, makan dalam gelap. Tetamu tu makan, tuan rumah lapar dan perut berbunyi. Lepas solat subuh, Nabi terima wahyu, surah Hasyr Ayat 9..
Sesiapa yang berjaya mengekangkan perasaan BAKHIL dirinya.
Gunakan apa yang Allah bagi kejalan Allah. MUDAH ke BERAT nak beri. Kerana Allah. Sidiqul Iman. Berjaya menakluk nafsu? Berjaya tak tingkatkan iman dan keyakinan.

Beza kaya kapitalis dengan kaya Islam
SAVING SAVING SAVING versus SEDEKAH SEDEKAH SEDEKAH
SEdekah kerana Allah. DAHSYAT. Takkan miskin orang yang bersedakah.

Diminta Allah untuk berkorban, masa, lapar, harta.
BOHONG IMAN kalau banyak complain, memberontak

Terbukti keimanan kita, bila Allah minta kita berkorban, kita rasa itu yang TERBAIK. Terbangun tengah malam, bangunlah untuk tahajjud.


Muhammad, 47:31 Ayat 10, Ms 16, Buku Erti Kehidupan

وَلَنَبْلُوَنَّكُمْ حَتَّىٰ نَعْلَمَ ٱلْمُجٰهِدِينَ مِنكُمْ وَٱلصّٰبِرِينَ وَنَبْلُوَا۟ أَخْبَارَكُمْ

Dan sesungguhnya Kami benar-benar akan menguji kamu agar Kami mengetahui orang-orang yang berjihad dan bersabar di antara kamu, dan agar Kami menyatakan (baik buruknya) hal ihwalmu. (Muhammad 47:31)

Subjek ujian ke 6. AMALAN SOLEH. Siapa Mujahidin?. Orang yang beramal dengan bersungguh dan rajin. Banyak jalan nak buat baik, kesimpulannya, rajin ke tidak? Masa selalu tak cukup. Allah bagi banyak jalan supaya kita berusaha buat yang terbaik

Surah An Nur, Ayat 8

وَيَدْرَؤُا۟ عَنْهَا ٱلْعَذَابَ أَن تَشْهَدَ أَرْبَعَ شَهٰدٰتٍۭ بِٱللَّهِ ۙ إِنَّهُۥ لَمِنَ ٱلْكٰذِبِينَ

Istrinya itu dihindarkan dari hukuman oleh sumpahnya empat kali atas nama Allah sesungguhnya suaminya itu benar-benar termasuk orang-orang yang dusta. (An Nuur 24:8)

“Supaya Allah membalaskan amalan mereka yang terbaik”
Kita dituntut buat amalan yang terbaik. Ketika berusaha untuk buat lebih baik/terbaik, Allah kan beri extra. Kalau kita buat biasa2 je, dapat balasan nye tetapi INGAT bila kita berusaha buat amalan lebih baik, selain Allah balas, dia akan TAMBAH DENGAN KURNIAAN  yang lain. Antaranya, mengenai perniagaan.

Mana mudah khusyuk -perniagaan yang biasa2 atau perniagaan yang sibuk dan banyak
Mestilah perniagaan biasa.
Bila buat sesuatu tambahah, pasti banyak lagi kena fikir..tapi buat kerana Allah. Secara asas akan tambah kerja dan pening, mungkin kurang khusyuk. Tapi sebab potensi, dia push diri dia buat lebih baik. Mohon doa kepada Allah. Orang macam tu akan dberi balasan setimpal dan lebihan kurnian,

Tiada kesalahan rajin dan kaya. INGAT, kalau buat kerana Allah dan tak lalai dari ingat Allah, solat dan bayar zakat.  Oleh itu nilai orang itu dengan potensinya, Jangan buruk sangka dengan orang lain, jangan sibuk hal orang.
Ahsana Ma Amilu ( perniagaan, social work,…)

POTENSI yang Allah bagi, kita gunakan. Always take responsibility and take opportunity sebagai amalan. Walaupun susah. Allah akan beri extra, dari buat yang biasa-biasa.

AKhirnya, makin tanggungjawab kita pegang, buat sesuatu baru, makin banyak rezeki kita…rezeki kita yang tidak dijangka. Semuanya ada pengorbanan, perlu korban lebih kerana Allah. To be ordinary people or Extraordinary people.

7. CERITA CERITA KITA/KATA-KATA ORANG PASAL KITA (Baik atau Buruk)
Orang yang beriman tidak terkesan dengan cerita orang pasal dia.