Notes:
Tadabbur Al-Quran Bersama
Ustaz Dr Firdaus Sulaiman – Program Ramadhan Abqaf
Tadabbur Surah Al Fath,
Surah 48, ms511
Rabu, 23.5.2018, 7
Ramadhan 1439H – KELAS 3
Puji Syukur atas berbagai
rahmat and kurnian Allah.. Alhamdulillah kita dipanjangkan umur untuk memasuki
bulan Ramadhan tahun ini sehingga hari ke 7 Ramadhan. Moga diberi Inayah untuk
menyempurnakan ibadah pada bulan Ramadhan. Selawat dan Salam kepada junjungan
kita Nabi Muhammad SAW.
Bacaan
Ayat dan tafsir ayat ke 4 hingga ke 9
Kejayaan,
kemenangan, keuntungan dan nikmat yang kita perolehi didunia mempunyai matlamat
yang tertentu pada waktu Allah memberikan kepada kita iaitu:-
a.Asbab
keampunan dosa
b.Asbab
sempurnakan nikmat-nikmat lain
c.Asbab
petunjuk-petunjuk hidup yang lain
d.Asbab
pertolongan Allah yang lain
e.Asbab
masukkan sakinah/ tenang dalam hati – dengan sakinah/tenang akan menambahkan keimanan melalui kita sedar Tangan
Allah yang mentadbir urus seluruh aspek kehidupan kita. Kita perlu yakin
seyakinnya yang Allah akan membantu kita dalam apa jua niat dan usaha yang baik
kita lakukan secara istiqamah.
Iman
dalam seorang hamba Allah ada kesan –
jika wujud ada kesan – Kesannya adalah:-
1.KETENANGAN – dapat mengawal hati dengan baik dalam
apa jua situasi. Cepat sesuai diri kita jika ada rombakan/kelainan/ujian susah dan dalam apa
jua kehidupan dari biasa /ketika berhadapan dengan situasi berbeza dengan apa
kita ada. Kalau cepat kita huru-hara /panic dll – maknanya iman belum mantap.
2.KEYAKINAN – Kita percaya ada malaikat, walau tak
nampak…percaya adalah iman paling basic, kita percaya. Yakin ialah merasakan sesuatu yang
belum jadi seolah-olah sudah terjadi.
Al
Baqarah, Ayat 3 ke 4:
A.Golongan
Yang Bertakwa
“Iaitu
mereka yang beriman kepada perkara perkara yang ghaib, melaksanakan solat, dan
membelanjakan sebahagian rezeki yang kami berikan kepada mereka”
“
Dan mereka yang beriman kepada Al Quran yang diturunkan kepadamu Muhammad dan
kitab-kitab yang telah diturunkan sebelum engkau dan mereka yakin akan adanya hari akhirat.
**Iman dan yakin berbeza, mengenai akhirat Allah ungkapkan dengan YAKIN
Al
Zalzalah , ms 599 - berkisarkan hari kiamat
Kiamat diungkapkan dalam Al Quran, sebagai
‘PAST TENSE’ iaitu sudah terjadi/pasti. Yakin sepertimana telah terjadi
seolah-solah ia sudah berlaku sebelum ni. Yakin tentang akhirat oleh orang
bertaqwa seperti sudah berlaku dan sudah PASTI.
3. BERSANGKA BAIK - YAKIN menang, seolah2 semalam dah
dapat sebelum ni. YAKIN kejayaan, maka seolah-olah sudah berjaya
semalam/sebelum ni, Psychology orang menang lain dari orang jiwa orang yang tak
menang.
WINNERS
kuat, kita sentiasa yakin dalam sikap dan tindakan.
Kita
yakin, Allah akan memberi kita ikut sangkaan kita . Allah akan beri kebaikkan,
kepada hamba yang bersangka baik terhadapnya. Allah akan beri keburukkan bagi
hamba yang bersangka buruk dengan Allah
Orang
munafik, berprasangka buruk dengan ALLAH (Al Fath) dan dibalas Allah dengan
keburukkan.
Tanda orang beriman, dia
berprasangka baik dengan ALLAH pada tiap masa dan ketika. Landasan pertama, yakin Allah bagi yang
terbaik. Orang biasa2, selalu negative dan ragu-ragu. Ragu bukan sifat orang
beriman. Tiada iman dalam seseorang yang buruk sangka dengan Allah.
4. TEGUH KEYAKINAN/PENDIRIAN
Ibrahim,
Ayat 27, ms 259 –
“Allah
meneguhkan (iman) /’usabit’ orang yang beriman dengan ucapan yang teguh itu
dalam kehidupan di dunia dan di akhirat; dah Allah menyesatkan orang yang zalim
dan Allah membuat apa yang Dia kehendaki”
Perlu
ada keteguhan. Orang yang beriman merasakan ‘sabit’ , keteguhan dalam apa jua
yang dilakukan tanpa merasa goyah apabila ada orang yang datang dengan membawa
unsur keraguan.
5. SABAR – Sabar yang menuntut masa. Orang yang
beriman percaya Allah akan bagi apa yang dia rancang dan yang dia ingini, bukan
sekelip masa. Sabar menunggu masa yang tepat untuk dia kurniakan hajat. Tunggu masa sahaja…dia tidak akan goyah dengan
ragu-ragu orang lain. Sentiasa yakin Allah akan bagi sesuatu hajat tepat pada masanya. Tak awal dan tak
lewat. Sambil itu tetap terus berusaha dengan penuh istiqamah…
6. ISTIQAMAH – Dia teruskan usaha dia, sambung
dengan membuat pembaikkan demi pembaikkan hingga dia peroleh kejayaan dan
kemudian dia akan bersyukur dengan sebaik-baik syukur kepada Allah
7. BERSYUKUR – kerana yakin kejayaan diberikan terang
dan jelas oleh Allah yang Maha Pengasih dan Penyayang.
Permulaan
dari iman ialah ketenangan. Carilah ketenangan dengan cara berzikir mengingati
Allah sentiasa pada setiap masa dan ketika, melalui macam2 cara iaitu doa,
solat , baca quran, bertafakkur. Bungkus ubat tenang itu adalah Zikrullah /
Ingat Allah. Amalan apapun yang tidak membawa kepada mengingati Allah bukan
ibadah atau amal soleh.
Sebab
apa orang yang beriman yakin?. Sebab yakin disekeliling nya adalah bala tentera
(ayat 4) langit dan bumi yang sedia
membantu dan menjaganya.
Surah
At-Tariq, ayat 4
“Setiap
orang pasti ada penjaganya”
Setiap orang pasti ada penjaganya (Allah sumpah
dengan langit dan bitang), so kenapa kita takut? Kerana berdosa dan ada
hijab/penghalang kepada bantuan. Lain dari itu dia akan optimistic dan berbaik
sangka.
Surah
Al Mutafifin
Ayat
14 – Sekali kali tidak! Bahkan apa yang mereka kerjakan itu telah menutupi hati
mereka
Ayat
15 – Sekali kali tidak, Sesungguhnya mereka pada hari itu benar benar terhalang
daripada melihat Tuhannya
Senjata
hamba adalah doa. Doa kita terhijab sebab dosa kita, sampai doa itu tak
tembus/tak sampai. Dengan dosa, kita sendiri kurang yakin dengan doa kita.
Dalam ketaatan kita dengan Allah, apa jua makhluk/ tentera dilangit dan bumi adalah penolong dan kawan kita. Ketika kita dengan Allah, segala di langit dan bumi kecuali syaitan adalah bala tentera yang siap membantu kamu. Itu yang menyebabkan kita tenang hati..ketaatan kepada Allah. Dalam ketaatan mendapat redha Allah, kita tak takut mati. Kita hanya takut mati dalam kemaksiatan.
Kita nak cari kematian dalam ketaatan. SYAHID.
Dalam ketaatan kita dengan Allah, apa jua makhluk/ tentera dilangit dan bumi adalah penolong dan kawan kita. Ketika kita dengan Allah, segala di langit dan bumi kecuali syaitan adalah bala tentera yang siap membantu kamu. Itu yang menyebabkan kita tenang hati..ketaatan kepada Allah. Dalam ketaatan mendapat redha Allah, kita tak takut mati. Kita hanya takut mati dalam kemaksiatan.
Kita nak cari kematian dalam ketaatan. SYAHID.
Bagi
orang beriman, bumi Allah luas, dimana mana tanpa risau. Orang beriman tak
takut, sentiasa berani. Positif dan memberi impak positif kepada orang lain.
Ayat
5, Al Fath ,M.s.511
“Agar Dia masukkan orang mukmin lelaki
dan perempuan ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai. Mereka
kekal didalamnya dan Dia akan menghabpuskan kesalahan-kesalahan mereka. Dan
yang demikian itu menurut Allah adalah suatu kejayaan yang besar.
Orang
yang masuk syurga itu zero dosa, selagi ada dosa tak masuk syurga. Pastikan
bertaubat dan meminta keampunan segala dosa sebelum mati yang memadamkan/delete
segala dosa.
‘DOA>
اَللّٰهُمَّ اِنَّانَسْئَلُكَ سَلَامَةًفِى الدِّيْنِ، وَعَافِيَةًفِى الْجَسَدِوَزِيَادَةًفِى الْعِلْمِ وَبَرَكَةًفِى الرِّزْقِ وَتَوْبَةَقَبْلَ الْمَوْتِ وَرَحْمَةًعِنْدَالْمَوْتِ وَمَغْفِرَةًبَعْدَالْمَوْتِ،اَللّٰهُمَّ هَوِّنْ عَلَيْنَا فِيْ سَكَرَاتِ الْمَوْتِ، وَنَجَاةًمِنَ النَّارِوَالْعَفْوَعِنْدَالْحِسَابِ
Ya Allah, sesungguhnya kami memohon kepada engkau akan keselamatan Agama dan sehat badan, dan tambahnya ilmu pengetahuan, dan keberkahan dalam rizki dan diampuni sebelum mati, dan mendapat rahmat waktu mati dan mendapat pengampunan sesudah mati.Ya Allah, mudahkan bagi kami waktu (sekarat) menghadapi mati, dan selamatkan dari siksa neraka, dan pengampunan waktu hisab.
Kafarah/Pengampun
/Peghapus Dosa ADA dalam semua/setiap yang datang dari Allah – Yang baik/buruk,
kemenangan/kegagalan. Tidak mustahil untuk mendapat keampunan dan masuk
syurga,Ianya jadi..mustahil bila tak berilmu.
Yakin, bermula dengan:-
Pertama ilmu YAKIN. Selagi tiada ilmu takkan sampai Yakin.
Sering dalam ketakutan dan ragu-ragu kerana tiada ilmu. Dengan ilmu akan
berubah . Solat 1 rakaat orang tak berilmu lain dari solat 1 rakaat orang yang
berilmu.
Kedua – Ainul YAKIN – kita kene lihat dan perhatikan, unsur
deria
Ketiga – Haqqul YAKIN – dengan mengalami sendiri/experience
sendiri. Berkali-kali sehingga sampai rasa/feel, merasakan iman dan keyakinan
kepada Allah membawa hasil yang dia ingikan/hajati. Direct Connection . Tengok
balik miracle/pertolongan Allah selama ini, yakin Ada tuhan yang sentiasa
membantu kita. Ingatkan kita kepada ‘HARI HARI ALLAH’ dimana Allah telah tolong
kita /bantu kita dalam keadaan terdesak. BErtambah keimanan
Keimanan
itu yang masuk kita syurga . Masuk syurga zero dosa – sebelum maut atau selepas
maut. ‘Keampunan lepas mati’ – contohnya di padang mahsyar yang dihisab ,
ditunjukkan amal baik dan buruk…kecut peruk dia melihat. Tapi Allah Al Ghaffur –
Aku ampunkan dosa-dosa itu dan masukkanlah dalam syurga.
Settlekan
didunia, dengan taubatan nasuha .
Surah Al Tahrim, ms561, Ayat 8.
“Wahai orang yang beriman! Bertaubatlah
kepada Allah dengan taubat nasuha, mudah-mudahan Tuhan kamu akan menghapuskan
kesalahan-kesalahanmu dan memasukkan kamu ke dalam syurga-syurga yang mengalir
dibawahnya sungai-sungai , pada hari ketika Allah tidak mengecewakan Nabi dan
orang yang beriman bersama dengannya; sedang cahaya mereka memancar di hadapan
dan disebelah kanan mereka, sambil mereka berkata: “Ya Tuhan kami,
sempurnakanlah untuk kami cahaya kami dan ampunlah kami; Sesungguhnya Engka
Maha Berkuasa atas segala sesuatu”
Nasuha – nasihat menginsafkan kita sampai kita
tidak buat lagi dah. Dengan satu taubat nasuha, Allah ampunkan segala gala dosa
kamu sebelumnya. Isunya mana satu yang dapat taubat nasuha? , Jadinya lepas
umur 40tahun, ulamak syorkan buat solat sunat taubat untuk mengukuhkan.
No comments:
Post a Comment