Notes:
Tadabbur
Al-Quran Bersama Ustaz Dr Firdaus Sulaiman – Program Ramadhan Abqaf
Tadabbur
Surah Al Fath, Surah 48, ms511
Jumaat,
28.5.2018, 12 Ramadhan 1439H – KELAS 6
Puji
Syukur atas berbagai rahmat and kurnian Allah. Alhamdulillah kita dipanjangkan
umur untuk memasuki bulan Ramadhan tahun ini sehingga hari ini. Moga
diberi Inarah untuk menyempurnakan ibadah pada bulan Ramadhan. Selawat dan
Salam kepada junjungan kita Nabi Muhammad SAW. Moga Allah memberkati majlis
ilmu kita dan merahmati kita dan mengurniakan ilmu yang bermanfaat kepada kita.
Bila
paham prinsip awal pada ayat awal (muka surat1) mudah untuk faham mukasurat
yang selanjutnya
Bacaan
Ayat dan tafsir ayat ke 6 hingga ke 9
Tentangan dan ujian dalam
menuju kejayaan ke jalan yang lurus dan kebahagian dan kemengan
Cabaran
Dalam: Hawa Nafsu
Luar – Segala yang ada disekeliling kita
yang kita jumpa/hadapi selain kita – pasangan, anak, jiran, saudara, dll
a. yang percaya dengan misi kita dan menyokong
b. Orang yang tak percaya
dengan misi kita dan mahu mengagalkan
- Tak support secara
terang terangan (musyrik)/kafir (harbi n zinmi) – kalau harbi kit akene buruk
sangka dulu sebab memerangi kita, pada kafir zinmi kit akene treat macam orang
islam.
-Tak support secara
sembunyi (munafik)
* Sifat mereka ialah buruk
sangka, pandang negative
- buruk sangka pada Allah
-buruk sangka pada Manusia
Orang beriman kurang buruk
sangka dengan manusia dan kepada Allah dia akan sentiasa berbaik sangka.
Surah Al Munaafiquun,
554, Ayat 4
Dan apabila engkau melihat
mereka, engkau tertarik hati kepada tubuh badan mereka (dan kelakuannya); dan
apabila mereka berkata-kata, engkau juga (tertarik hati) mendengar tutur
katanya (kerana manis dan fasih. Dalam pada itu) mereka adalah seperti
batang-batang kayu yang tersandar (tidak terpakai kerana tidak ada padanya
kekuatan yang dikehendaki). Mereka (kerana merasai bersalah, sentiasa dalam
keadaan cemas sehingga) menyangka tiap-tiap jeritan (atau riuh rendah yang
mereka dengar) adalah untuk membahayakan mereka. Mereka itulah musuh yang
sebenar-benarnya maka berjaga-jagalah engkau terhadap mereka. Semoga Allah
membinasa dan menyingkirkan mereka dari rahmatNya. (Pelik sungguh!) Bagaimana
mereka dipalingkan (oleh hawa nafsunya - dari kebenaran)?
Waspada dan berhati-hati
tapi jangan buruk sangka
Hadis Kudsi Allah
Aku ikut sangkaan hambaku
terhadap ku.
Aku akan bersamanya kalau
dia ingat aku
Berbaik sangka kepada
Allah. – kisah Christian Iban yang datang untuk rukyah.
Kesan berburuk sangka
terhadap Allah, mereka mendapat sangkaan buruk. ‘Alaihim daerah; - dia akan
berada dalam kitaran keburukkan.
Meletakkan diri sendiri dalam Kawasan dan lingkungan keburukkan. Sangat
besar kemungkinan akan jadi buruk apa yang disangkakan. Apa yang fikir adalah
apa yang jadi.
Surah Al Hujurat, Ayat 12,
M.s.517
Wahai orang-orang yang
beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka
sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah
dosa; dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban
orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah
seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika
demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu,
patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah;
sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani.
Pada sangkaan itu ada
dosa, boleh terjerumus dalam dosa. Jangan mencari cari kesalahan, jangan
mengumpat/cerita aib orang lain bagai makan daign saudara
Kita dilarang, bersangka
sangka banyak, jangan pikir sangat, ambik yang yakin dan pasti sahaja.
Selebihnya tinggal kan. Kalau perkara tidak penting dan tiada kene mengena,
tinggalkan. Kalau ada kaitan dengan kita, maka ‘tabayul’ iaitu selidik dan
dapatkan maklumat yang cukup, bertanya langsung pada sumber pertama bukan pihak
ke 2, 3, 4.
Umar Al Khatab – Ada 10
kemungkinan, Ambil 1 sangkaan baik, dan tinggalkan 9 yang buruk itu. Pilih satu
yang baik. Reserve satu kebaikkan tetapi waspada
Pada Allah, Jangan sekali
kali kita berburuk sangka. Kita akan bersangka-sangka pada Allah pada:-
a. Ketika berdoa -perlu
berbaik sangka dan yakin Allah akan memakbulkan
1.doa yang langsung
dimakbulkan
2.ditunda sampai masa yang
tepat di dunia, selagi kita hidup
3.ditunda sampai hari akhirat.
Tidak dapat di dunia. Allah akan simpan doa kita dan bagi di akhirat. Ada
riwayat mengatakan, orang beriman terkejut dapat macam2 di akhirat
4. dimakbulkan doa itu
tapi ditukar dengan sesuatu yang sama atau lebih baik. Dihindarkan kita dari
musibah/takdir buruk
#Berbaiksangkapadatiapdoa
dan anggap semua doa akan makbul
Surah Ibrahim, 34, ms
260
Dan Ia telah memberi
kepada kamu sebahagian dari tiap-tiap apa jua yang kamu hajati. Dan jika kamu
menghitung nikmat Allah nescaya lemahlah kamu menentukan bilangannya.
Sesungguhnya manusia (yang ingkar) sangat suka menempatkan sesuatu pada bukan
tempatnya lagi sangat tidak menghargai nikmat Tuhannya.
‘SEGALA’ – segalanya telah
Allah beri. Tetapi kita selalu LUPA.
Melihat doa kita sebelum
ini, (contoh – list2 doa sebelumnya) cara untuk mensyukuri nikmat Allah.
Mungkin pada waktu kita pergi umrah/haji.
Allah tahu apa ada dalam
hati ktia. Cakap yang baik-baik sahaja. Self Dialogue – cakap dengan diri
sendiri dengan percakapan positif kalau berbaik sangka pada Allah.
Apa yang kita cakap pada
diri adalah DOA.
b. Ketika diuji
Apabila apa yng kita nak
tak dapat /lain dari apa yang kita jangkakan
Kita mencari hikmah dan
kebaikkan disetiap yang kita tidak suka
Surah Ali Imran, Ayat
140 -142 ms 67 – peristiwa perang Uhud dimana Nabi kalah (musibah)
Jika kamu (dalam peperangan Uhud)
mendapat luka (tercedera), maka sesungguhnya kaum (musyrik yang mencerobohi
kamu) itu telah (tercedera juga dan) mendaapat luka yang sama (dalam peperangan
Badar). Dan demikian itulah keadaan hari-hari (dunia ini dengan
peristiwa-peristiwa kemenangan atau kekalahan), kami gilirkan dia antara sesama
manusia, (supaya menjadi pengajaran) dan supaya nyata apa yang diketahui Allah
tentang orang-orang yang tetap beriman (dan yang sebaliknya), dan juga supaya
Allah menjadikan sebahagian di antara kamu orang-orang yang mati Syahid. Dan
(ingatlah), Allah tidak suka kepada orang-orang yang zalim. Dan juga
supaya Allah membersihkan orang-orang yang beriman (dari dosa-dosa mereka) dan
membinasakan orang-orang yang kafir. Adakah kamu menyangka bahawa kamu akan
masuk Syurga padahal belum lagi nyata kepada Allah (wujudnya) orang-orang yang
berjihad (yang berjuang dengan bersungguh-sungguh) di antara kamu, dan (belum
lagi) nyata (wujudnya) orang-orang yang sabar (tabah dan cekal hati dalam
perjuangan)?
Pada prinsip, hidup bagai
roda, ada hari menang dan ada hari kalah, Allah putarkan. Rasa nak menang je
itu salah. Masa kalah, ingat dulu pernah menang. Bila menang, selalu ingat
nanti ada hari yang kalah.
Ubat hati kita dengan cara
itu. Kenapa Allah bagi kalah, supaya kita mendapat pengajaran dan supaya Allah
membezakan orang beriman dengan orang kafir
Allah tidak suka orang
yang tidak mengambil pelajaran terhadap kekalahan/ ujian – iaitu orang zalim.
Zalim kepada diri. Ubati diri kita.
Menjadi asbab, diampunkan
dosa.
Allah nak tengok respon
kita: -
Syukur ke tidak
Sabar ke tidak
Ini kayu ukur menilai diri
kita
Baik sangka Allah inginkan
kebaikkan pada kita
c.Baik sangka pada tiap
waktu mendapat nikmat
Walau apapun keadaan, kita
bersyukur DULU.
Pada Nikmat, adakah
menambahkan ketaatan atau melalaikan.?
Berhati-hati dan muhasabah
diri, kalau dapat nikmat dan melalaikan kita dalam ketaatan.
Kisah
Al Khamar yang miskin dan ada satu kain dan jadi kaya.
Istidraj
– nekmat yang melalaikan
d.Pada waktu nak dekat meninggal
No comments:
Post a Comment