Notes:
Tadabbur
Al-Quran Bersama Ustaz Dr Firdaus Sulaiman – Program Ramadhan Abqaf
Tadabbur
Surah Al Fath, Surah 48, ms511
Khamis,
24.5.2018, 8 Ramadhan 1439H – KELAS 4
Puji
Syukur atas berbagai rahmat and kurnian Allah. Alhamdulillah kita dipanjangkan
umur untuk memasuki bulan Ramadhan tahun ini sehingga hari ke 8 Ramadhan. Moga
diberi Inarah untuk menyempurnakan ibadah pada bulan Ramadhan. Selawat dan
Salam kepada junjungan kita Nabi Muhammad SAW.
Bacaan
Ayat dan tafsir ayat ke 5 hingga ke 9
Al
Fath, Ayat 5
Allah
menyediakan syurga untuk manusia, untuk masuk syurga, kene zero dosa, Allah
menyediakan pelbagai cara untuk kita mendapat pengampunan dosa.
3
Situasi
a.Ada
yang masa hidup di dunia terhapus dosanya dengan taubat nasuha, masuk syurga
b.Ada
yang bawa dosa ke akhirat, tetapi Allah kurniakan maghfirah dalam hisab di
akhirat dan masuk ke syurga
c.Ada
yang bawa dosa ke akhirat, tapi tidak dikurniakan maghfirah dan di masukkan
dalam neraka untuk hanguskan dosa, lepas tu dia dimandikan dalam telaga Kausar
dan kemudian masuk syurga.
Allah
cipta manusia untuk mereka dapat kembali ke syurga. Walapun kita semua lahir
didunia, kita adalah orang syurga, sepatut dan selayaknya kita kene kembali ke
kampung halaman syurga.
Jalan
lurus sepertimana yang dijelaskan secara terang dalam Al Quran akan membawa
kita ke syurga, jalan sesat akan membawa
ke neraka. Tak sesuai dengan matlamat ciptaan dan destinasi yang Allah inginkan
untuk manusia.
Allah
jadikan segala dimuka bumi ini sebagai asbab untuk kita dapat kembali syurga.
Al
Baqarah, ayat 29
Dialah
Allah yang menjadikan segala yang ada di bumi untuk kamu dan Dia berkehendak
menuju langit, lalu dijadikannya tujuh langit. Dan Dia Maha Mengetahui segala
sesuatu.
Az
Zariyat, ayat 56, page 523
Aku
tidak menciptkan jin dan manusia melainkan agar mereka beribadah padaKU
Guna
semuanya untuk ibadah bukan sebab lain, Baru nanti apa yang kita ada akan
memasukkan kita dalam syurga. Jadikan semua yang ada sebagai ibadah kepada
Allah …Ibu Bapa-berbakti kepada mereka – setiap ibadah ada ujian dan cabaran
kene paham supaya ibadah bernilai. Semuanya lain-lain, tapi semua tujuan untuk
ibadah, betulkan niat kerana Allah .
Semuanya
berlaku dimuka bumi ini, adalah untuk kita dan kita gunakan untuk ibadah dan
menjadi tiket kita untuk kembali ke syurga.
Paling
minima untuk masuk syurga, sekecik iman walaupun sebesar zarah. Layan semua
orang dengan ahli syurga. Kita kene layan diri kita dengan tegas, tapi dengan
orang lain kita layan dengan pandangan mereka adalah ahli syurga kerana mereka
beriman kepada Allah.
Untuk
diri kita, kita kene push diri kita untuk jadi lebih baik. Dengan orang lain,
kita pandang mereka mulia. Nabi tidak bezakan umatnya, dia lihat umatnya semua
ada potensi jadi ahli syurga. Contoh sales – sales man kene anggap semua
orang sebagai potential customer walaupun mungkin nampak mereka macam tak
berapa mampu.
Allah
takkan tanya kita pada apa yang kita tak ada, tak soal pada suatu yang kita
tidak millikki. Hanya yang kita milikki dan ditangan kita.
At Talaq,
ayat 7, 559
Hendaklah
orang yang mempunyai keluasan memberi nafkah menurut kepada kemampuannya dan
orang yang terbatas rezekinya, hendaklah memberi nafkah daripada harta yang
diberikan Allah kepadanya. Allah tidak
membebankan seseorang melainkan sesuai dengan apa yang diberikan Allah
kepadanya. Allah kelak akan memberikan kesenangan setelah berlakunya
kesempitan.
Iman =
Masuk syurga tapi lambat atau cepat
Iman
& Amal Soleh = Banyak/Pantas beramal lagi pantas, kalau lambat/sikit maka
lambatlah
Al
Waqiah, ayat 10, 534
Dan
orang yang paling dahulu beriman mereka yang paling dahulu masuk syurga.
(as sabiqun
– orang yang berlumba pantas/laju dalam buat kebaikkan)
Al
Baqarah, Ayat 148, Page 23
Dan
bagi tiap-tiap umat ada kiblatnya (sendiri) yang dia menghadap kepadanya. Maka
berlumba-lumbalah kamu dalam berbuat kebaikan dimana sahaja kamu berada, pasti
Allah akan mengumpulkan kamu sekalian (pada hari kiamat). Sesungguhnya Allah
Maha Kuasa atas segala sesuatu.
Masing2
ada hasrat, keinginan lain-lain dan beza, tapi pastikan berlumba dan bertading
untuk membuat kebaikkan. Contoh Ramadhan ---bersedekahke/ Solat sunat/Baca
Quran. Jangan condemn mana2, Selagi buat baik ikut keselesaan, tiada salah. Bersangka
baiklah. Apa yang terdetik/terfikir oleh saya, itulah yang Allah mahu kita
buat. Allah bagi terfikir supaya kita buat. Asalkan masih dalam kebaikkan,
berbaik sangkalah. Apa yang kita fikir baik, kita buat. Buat dulu yang senang.
Apa yang tak terpikir jangan sebok orang lain atau cemburu. Buat yang mudah.
Kenapa
bila cakap pasal syurga, mesti ada cakap pasal sungai yang mengalir. Nikmat
syurga tersebut apa yang kita buat di dunia. Ikut pada apa yang kita buat di
dunia. Dunia ini macam menanam benih, benih akan tumbuh di syurga, Contohnya siapa
nak rumah di syurga, solat sunat qabliyah 10-12 rakaat. Apa yang dibuat di dunia,
untuk akhirat, maka design, plan and do as how we want it to be there.
Adanya
sungai memberi manfaat kepada kehidupan. Ahli syurga adalah orang yang sentiasa
memberi manfaat bukan membuat kerosakkan. Kebaikkan yang memberi manfaat tak
berhenti pada diri dan juga ke luar. Amalan yang paling baik, amalan yang
memberi manfaat diri dan luar. Khatam beramai versus khatam seorang. Umrah
sendiri bertahun versus Sedekah untuk umrah/haji orang lain – lebih ramai yang
seronok. Jangan terlalu Syok sendiri je. Baiknya lihat sekeliling juga dan cari
kebaikkan yang boleh dikingsi ramai. Memberi manfaat dengan membuat amal kebaikkan
dengan aktif dan bersemangat. Tiada istilah letih mahupun penat.
Amal Soleh
Jariyah (Yajri – mengalir), amal yang mengalir…mula sikit dan kemudian
bersambung sambung oleh orang lain. Yang menyempurnakan pahala kita bukan dengan
amal kita sahaja tapi disambungkan orang2 lain. Kalau ikut kemampuan kita, berapa
sangat yang kita larat buat sendiri. Contoh, anak ikut tahajud sebab nampak mak
ayah dia buat. Kita jadi asbab anak buat kebaikkan, inilah yang akan mengadakan
pahala kita. Punca kecik je, tapi kene buat, insya Allah bersambung.
At
Tin, 597, 4-6
Sesungguhnya,
Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya. Kemudian Kami
kembalikan dia ke tempat yang serendah-rendahya. Kecuali orang yang beriman dan
mengerjakan kebajikan; maka mereka akan mendapat pahala yang tidak ada
putus-putusnya.
Fokus
kita ialah, beramal soleh, betulkan diri kita dulu, insya Allah yang dikeliling
akan baik. Akan berbekas pada dirinya apa yang dia lihat.
No comments:
Post a Comment