KELAS 9 (Rabu, 21.03.2018)
Erti Kehidupan Menurut Al Quran dan As Sunnah
BAB 1 - Al-QURAN MEMBERI PETUNJUK & PERINGATAN:
ii- MANUSIA DIBERI KEBEBASAN MEMILIH
- Ada dua kepercayaan/keyakinan mengenai seorang insan bergelar manusia
- Al Insan Mukhayar – konsep bermakna manusia diberi pilihan
- Mujbarun – bermaksud terpaksa/tiada pilihan. Suatu keyakinan oleh pihak Jabariyah yang mengingatkan bahawa manusia itu terpaksa dan tidak bebas membuat pilihan.
وَقُلِ ٱلْحَقُّ مِن رَّبِّكُمْ ۖ فَمَن شَآءَ فَلْيُؤْمِن وَمَن شَآءَ فَلْيَكْفُرْ ۚ إِنَّآ أَعْتَدْنَا لِلظّٰلِمِينَ نَارًا أَحَاطَ بِهِمْ سُرَادِقُهَا ۚ وَإِن يَسْتَغِيثُوا۟ يُغَاثُوا۟ بِمَآءٍ كَٱلْمُهْلِ يَشْوِى ٱلْوُجُوهَ ۚ بِئْسَ ٱلشَّرَابُ وَسَآءَتْ مُرْتَفَقًا
Dan katakanlah: "Kebenaran itu datangnya dari Tuhanmu; maka barangsiapa yang ingin (beriman) hendaklah ia beriman, dan barangsiapa yang ingin (kafir) biarlah ia kafir". Sesungguhnya Kami telah sediakan bagi orang orang zalim itu neraka, yang gejolaknya mengepung mereka. Dan jika mereka meminta minum, niscaya mereka akan diberi minum dengan air seperti besi yang mendidih yang menghanguskan muka. Itulah minuman yang paling buruk dan tempat istirahat yang paling jelek. (Al Kahfi 18:29)
- Untuk mencari kebenaran, kita hanya perlu membaca dan memahami Al Quran – Al Haqqu – kebenaran. Tetapi Allah memberi pilihan kepada kita, sekiranya kita mahukan kebenaran lalu kita beriman dengannya. Tetapi siapa yang tidak mahu menerima kebenaran maka pilihlah kekafiran. Bayyinah – maksudnya jelas dan terang.
مَآ أَصَابَ مِن مُّصِيبَةٍ إِلَّا بِإِذْنِ ٱللَّهِ ۗ وَمَن يُؤْمِنۢ بِٱللَّهِ يَهْدِ قَلْبَهُۥ ۚ وَٱللَّهُ بِكُلِّ شَىْءٍ عَلِيمٌ
Tidak ada suatu musibah pun yang menimpa seseorang kecuali dengan ijin Allah; dan barangsiapa yang beriman kepada Allah niscaya Dia akan memberi petunjuk kepada hatinya. Dan Allah Maha Mengetahui segala sesuatu. (Ath Taghabun 64:11)- Sesiapa yang beriman kedapa Allah, Allah akan memimpin hatinya (Yahdi Qalbah)- untuk meningkatkan iman kita mesti menguatkan ‘Sha’a” iaitu keinginan/kemahuan manusia untk membuat ibadah dan kemahuan ini mesti kuat
إِنَّا هَدَيْنٰهُ ٱلسَّبِيلَ إِمَّا شَاكِرًا وَإِمَّا كَفُورًا
Sesungguhnya Kami telah menunjukinya jalan yang lurus; ada yang bersyukur dan ada pula yang kafir.(Al Insaan 76:3)
- ‘Imma” – ada perkataan tersembunyi i.e. sekiranya kita mahu menjadi orang yang beriman, maka Allah akan membuat kita senang bersyukur. Penting untuk kita mensyukuri segala petunjuk yang kita telah perolehi/dapati pada ketika ini/ sekarang.
- Dalam ayat ini, kufur bermaksud kufur nikmat mendapat hidayah. Kita disuruh bersyukur dengan sebaik-baik kesyukuran kerana kita adalah orang Islam.
- Jangan ceritakan lintasan hari kita yang buruk, kerana lagi kita fikirkan dan perkatakan, kebarangkalian besar ia akan jadi… zikir cepat2. Lumrah manusia untuk ada lintasan baik atau buruk.
- Manusia diberi kebebasan memilih
- Menerima kebenaran
- Mengikut jalan yang mana /petunjuk
- Kehendak untuk menyucikan jiwa
- Memilih agama
وَنَفْسٍ وَمَا سَوَّىٰهَا فَأَلْهَمَهَا فُجُورَهَا وَتَقْوَىٰهَا
قَدْ أَفْلَحَ مَن زَكَّىٰهَا وَقَدْ خَابَ مَن دَسَّىٰهَا
dan jiwa serta penyempurnanya (ciptaannya). maka Allah mengilhamkan kepada jiwa itu (jalan) kefasikan dan ketakwaannya. sesungguhnya beruntunglah orang yang mensucikan jiwa itu. dan sesungguhnya merugilah orang yang mengotorinya. (Asy Syams 91:7-10)
Ayat 7 – Allah akan menyempurnakan jiwa manusia
Ayat 8 – Allah mengilhamkan kepada jiwa untuk membawa kepada fasik atau taqwa dan hadis nabi mengatakan manusia akan ada dua jalan iaitu yang baik atau yang tidak baik
Ayat 9 – ‘Hawa; means menjatuhkan, Demi bintang ketika terbenam. Hawa adalah yang membawa kita ke bawah sampai ke tahap paling bawah seperti haiwan.. (nafsu haiwaniah) – nafsu itu perlu sebagai makhluk bergelar manusia. Tapi yang menarik diri kita untuk buat yang baik (nafsu natiqoh).
وَأَمَّا مَنْ خَافَ مَقَامَ رَبِّهِۦ وَنَهَى ٱلنَّفْسَ عَنِ ٱلْهَوَىٰ
Dan adapun orang-orang yang takut kepada kebesaran Tuhannya dan menahan diri dari keinginan hawa nafsunya, (An Naazi'at 79:40)
وَٱلنَّجْمِ إِذَا هَوَىٰ
Demi bintang ketika terbenam. (An Najm 53:1)
No comments:
Post a Comment