Kelas Taddabur Al Quran Ramadhan Abqaf #14, 23.5.19
Surah Qaf
Surah yang meyakinkan kita kepada kuasa Allah..termasuk membangkitkan manusia setelah mati
Orang kafir yang engkar susah nak terima hakikat
Meyakinkan orang bahawa hidup lepas mati bukan mustahil..
Allah suruh
1. Taddabur Al Quran - Orang kafir enggan baca.lihat penjelasan Al quran...Kazzabu..mereka dustakan.
Ayat Quraniah
Allah bagi cara lain
2. Taffakur - menjadi alam sebagai bahan fikiran kita..ayat Qaumiah..ayat alam. Alam zahir dan ghaib.
Alam alwi (atas)dan Alam sufli (bawah)
Alam kabir (outside us and besar) dan Alam soghir (apa dalam diri) - ada ulamak kata sama..apa yg didalam sama dengan apa yang diluar
- matahari,bulan,bintang
Kalau kita fungsikan dalam diri kita
Manusia terdiri dari 7 bahagian :-
Roh Jasad Nafsu Akal Sodron Fuaddon Lubbun
Ulamak kata:
Roh umpama matahari
Akal umpama bintang2
Nafsu - semua oerkara yang memudaratkan kita/ binatang
Jasad - Tumbuh Tumbuhan
Sodron lapisan luar Hati- fikiran ( Awan/Udara)....
Fuaddon - penapis (Bulan)..apa yg tersimpan? Positif atau Negatif
Lubbun - bumi tempat kita berpijak...disini tumbuh tumbuhan
Matahari gelap sebab fikiran banyak..matahari gelap...kurang berfungsi
Ini semua perumpamaan untuk menjelaskan alam
Kalau dua2 tak lepas..pastikan zikrullah.
Ayat 6 ke 12 Surah Qaf adalah untuk menyuruh kita bertaffakur mengenai alam
Tafakkara**
Fakkara + Ya TaFakiru
Mencari jernih dan berfikir secara ulang kali (Tashdiq) + Ta ( proses yg susah dan berat) Proses menjernihkan fikiran
Taddabur Taffakur Taalim Tawakkal - Sesuatu yg berat dan perlu usaha yg berulang dan kesungguhan
Penapis kotor...kotor la jadi
Taffakur adalah proses menjernihkan/mengosongkan
Sehingga nampak sesuatu dengan apa adanya. Bukan dengan berdasarkan pengelaman lepas.Taffakur yang betul akan dapat lapang dada
Hakikat kematian roh kembali kepada Allah. Namun orang tak ingat itu dan beremosi
Untuk mudah taddabur dan tafakkur...banyaklah zikrullah!!
Dahului dengan zikrullah
Ending Taffakur = Faham Hakikat
Takilun- berfikir guna akal..sebahagian dari proses taffakur.
Tafakkur akan menggunakan segala deria dan potensi diri
Tazakkur - Zakkara.
Proses memikirkan dan mengingatkan benda yang tah terjadi. Ingat pada hakikat lampau/lama
Allah mengajak kita bertaffakur dengan alam
1. Langit di hiasa bintang bulan awan bulan..siapa bangunkan?. Siapa hias?
Akan nampak kesempurnaan langit tersebut. Ciptaan Allah sempurna dan tiada yg sia-sia (ayat 6)
2. Bumi terbentang, gunung2 yang dipasakkan dan ditumbuhkan tumbuhan2 (ayat 7)
Taddabur dan Tafakkur prinsip sama...apa kaitan dengan diri kita.
Gunung ganang dan lembah tanaman - apa kaitan dengan kita....hidup kita ada naik dan turun. Ketika kita turun kita akan dapat pelajaran yang banyak. Ketika kita down..itu masa kita dig deep..keluarkan dan usaha mcm2....seolah menanam pokok...berbuat itu lebih baik..akan tumbuh nanti
Bila tinggi dah selesa..tak buat byk...
Surah Al Qaf, Ayat 8, ms518
Untuk menjadi pengajaran dan peringatan bagi setiap hamba yang kembali tunduk pada Allah
Tafakkur alam amat bermanfaat untuk -
1. Tabsirah
2 Zikra - mengingati
Basar - melihat dengan mata kepala ..fizikal
Bassirah - melihat dengan mati hati.
Natijah Tafakkur - memahami hakikat
Tafakkur akan mengakibatkan Tazzakur
Nanti akan sedar...perkara mungkin berbeza..tapi content sama...
Surah Ibrahim, Ayat5,ms 255
Dan sesungguhnya, Kami telah
Wazzakirhum**
Ini akan bantu kita untuk sabar. Mengingati Allah tolong kita masa kita susah dahulu adalah cara untuk sabar dan bersyukur. Ingat Allah pernah tolong dulu..yakin Allah akan tolong
Analogy puasa...boleh sabar sebab tahu akan berbuka
Jadi yakin ada jalan keluar dari kesusahan. Jangan ingat susah. Ingat
pertolongan Allah sebelumnya...
Analogy siang malam...bila siang akan ada malam. Selisih gelap dan terang...sama selisih susah dan senang
Namun dalam malam gelap ada bintang dan bulan
Sama dengan kehidupan kita..kalau tak jelas atau susah...kita ada bantuan hati dan akal....tiada namanya gelap gelita. Itu utk orang kafir yang tiada tuhan...dia akan sampai bunuh diri
Tafakkur amat dirasakan kesannya oleh hamba Allah yang bersifat munib.
Abdin Munib
Merasa Hamba...hambakan diri kepada Allah...munajat dan merintih sebagai hamba yang sehina hina nya.
Munib adalah kembali
Hamba yang suka rujuk kepada Allah untuk segalanya
Rujuk kepada Allah segala perkara. Byk perkara tak dpt handle dengan akal fikiran kita yg lemah
Kalau nak full clear view..hidayah terang...kembalikan segalanya kepada Allah
Surah Qaf, Ayat 9, ms518
Dan dari langit Kami menurunkan air yang memberi berkat, lalu Kami menumbuhkan melalui air itu pohon pohon yang rendang dan biji bijian yang
dapat dituai
Hubungan ayat ini dengan ayat 8. Bila taffakur betul akan dapat pikir dengan mata hati dan zikra akan mendapat idea/
Umpama air hujan dan bila dibuat akan berhasil..berkat..mcm pohon dan bijian
Hasil tafakkur umpama air hujan dan digunakan untuk tanam pokok dapa
Hasil Tafakkur yang betul ..kita akan nikmati bertahun tahun
Surah Qaf, Ayat 10, ms 518
Dan pohon kurma yang tinggi tinggi yang mempunyai pelepah yang bersusun
Mayang yg nak keluarkan buah...pasti mendapatkan hasil
Kurma antara pokok yg hidup lama dan menghasilkan buah makin baik..
Taddabur yang betul akan mendapatkan ayat ayat untuk diri kita. All relates to our life. Not others.******
Bila turun hujan..nabi suruh doa..sebab langit buka...barakah Allah
No comments:
Post a Comment