Monday, 13 May 2019

Kelas Taddabur AL Quran Ramadhan Abqaf #6

Kelas Taddabur Al Quran Ramadhan Abqaf #6. 13.5.19







Surah Al Kahfi Ayat 46 
- Harta dan anak2 adalah perhiasan kehidupan dunia tetapi amalan2 yang kekal lagi soleh adalah lebih baik pahalanya disisi Tuhanmu sertw leboh baik untuk menjadi harapan...

Al Baqiatu Soleha
1. Segala perkataan yang baik dan amal soleh Surah Fathir 35:10, ms 435
2.  Solat Fardhu 5 waktu
3. Tasbih Tahmid Takbir Tahlil..Lahaulawala - tiada daya upaya kami melainkan dengan pertolongan Allah...
Solat itu tiang agama
Solar diibaratkan account..kalau takde account bagaimana nak simpan semua pahala2 dari puasa sedekah dll..mana nak simpan?
*Al bakiatu solehatu...
Apa termasuk?

Surah Al Munafiqun, Ayat 9,ms 555
*************************
Wahai orang yang beriman! Janganlah harta bendamu  dan anak anakmu melalaikan kamu daripada mengingati Allah. Dan barang siapa berbuat demikian, maka mereka itulah orang yang rugi
KALIMAH
Alhamdulillah
Subhanallah Allahu Akbar
Memenuhi Arasy
Kebaikkan hingga Langit dan bumi

Zikir sendiri mempunyai nilai yang sangat besar
Irihati/Cemburu
1. Ghibtah - irihati positif
2. Hasad - irihati negatif

Nabi ckp takboleh hasad/irihati dgn orang lain
1. Orang yang hafal Al Quran dan selalu menggunakannya
Allah memberi Al Quran kepadanya.
2. Allah bagi dia harta dan siang malam dia bersedekah
Kita pun mengharapkan kita boleh jadi hartawan yg benar2 dermawan

Kisah Nabi dan orang miskin
Wahai Nabi orang kaya telah memborong segala kebaikkan.... .kerana

Solat pun solat..puasa puasa..bila sedekah kami gigit jari...merdekakan hamba..mereka boleh buat kami tak boleh. Mereka iri.  Rasul ajar 3 perkara yg kalau kamu membuat
Subhanallah 33
Alhamdulillah 33
Allahu Akbar 33
Kemudian Orang kaya dengar...depa pun buat...

Surah Al Fathir , Ayat 10 ms435
*************************
Barangsiapa mengkehendaki kemuliaan, maka ketahuilah kemuliaan itu semuanya milik Allah. KepadaNyalah akan naik perkataan2 yang baik, dan amal kebajikan Dia akan mengangkatnya. Adapun orang yang merancang kejahatan, mereka akan mendapat azab yang yang sangat keras dan rancangan jahat mereka akan hancur.
*Al Baqiatus Soleha - yang kekal
*Anak dan Harta - tak kekal
Tetapi boleh bawa ke akhirat tetapi kene tukar matawangnya di dunia ini. Tak boleh bawak harta dan emas ke kebun. Kena tukar dari sekarang untuk bawa ke akhirat. Macam mana?. Harta Kene tukarkan dengan sedekah. Yang dibahagikan kepada orang lain itu confirm milik kita. Yang kita simpan tak pasti rezeki kita pun.

Surah AlNahl, ayat 96 ms278
******************************
Apa yang ada di sisi kamu akan lenyap dan apa yang ada di sisi Allah adalah kekal. Dan sesungguhnga Kami akan memberi balasan kepada orang yang sabar dengan pahala yang lebih baik daripada apa yang telah mereka kerjakan.

Nabi cakap kita ini hanya ada 2 pilihan
*************************
1. Lebih mencintai dunia..memudaratkan akhirat
2. Lebih mencintai akhirat, memudaratkan dunia
Bila rasa ada susah dan mudarat di dunia...ni..maka kita sudah mencintai akhirat lebih. Ada pilihan ketiga?. Nabi cakap hanya ada 2
Perbandingan kehidupan dunia dan akhirat

Surah Ali Imran, Ayat14 ms51
*************************
Dijadikan indah pada pandangan manusia kecintaan kepada apa2 yang diingini iaitu wanita2, anak2, harta yang baik dari jenia emas, perak, kuda pilihan, binatang2 ternakan, dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia dan disisi Allahlah tempat kembali yang baik(syurga)

Ayat 15
Surah At Taubah, Ayat 38 ms193
***************************
Wahai orang yang beriman! Apakah sebabnya apabila dikatakab kepada kamu: "Berangkatlah kamu intuk berperang pada jalan Allah," kami merasa berat dan ingin tinggal di tempat kamu?. Apakah kamu merasa puas dengan kehidupan di dunia sebagai ganti kehidupan di akhirat?Padahal kenikmatan hidup di dunia ini dibandingkan dengan kehidupan di akhirat hanyalah sedikit
Nabi mengatakan...dunia spt setitis air di lautan dibandingkan dengan akhirat

Surah AlAnkabut Ayat6, ms64
*****************************
Dan kehidupan dunia ini hanya senda gurau dan permainan. Dan sesungguhnya negeri akhirat itulah kehidupan yang sebenarnya, sekiranya mereka mengetahui
* berlakon di dunia ikut skrip..iaitu berdasarkan Al Quran dan Sunnah.
Ie kalau kaya....buat apa?
Ie kalau miskin dan susah...buat apa?
Akan diuji dengan ketakutan dan kekurangan...
Macam mana nak lulus ujian ini....Sabar

Surah AlFajar, 21 , 22 23 n 24  ms593
**************************
Sekali kali tidak! Apabila bumi digoncangkan berturut turut dan diratakan serata ratanya
Dan datanglah Tuhanmu; dan malaikat berbaris baris
Dan pada hari itu diperlihatkan kepada mereka neraka Jahanam; pada hari itu sedarlah manusia, tetapi tidak berguna lagi bahaginya kesedarannya itu.
Dia berkata, " Alangkah baiknya sekiranya dahulu aku mengejarkan kebaikkan untuk hidupku ini" ( akhirat..hidup sebenar).
Qaddama/Qaddamtu
**********************
1.Mengawalkan...buat awal2..jangan last minit
Nanti apanyg kita akhirkan..akan tidak sempat buat.
2.Mempersembahkan yang terbaik...
Ada latihan ada perancangan yang teliti
Macam itulah kita kene buat yang terbaik.
Bukan mengerjakan sahaja.

Surah Al Infitar, 82: 5 Ms587
******************************
Maka setiap jiwa akan mengetahui apa yang telah dikerjakan dan yang dilalaikan
Qaddama*
Mengawalkan
Akhara
Mengakhirkan....bahaya sebab takut lupa atau tak sempat.
Infaqkanlah harta mu sebelum maut datang pada mu....Jadi cepat2lah
Semua disini hanya untuk disana. Jangan terasa seronok atau pun down/susah sebab itu hanya lakonan di dunia.

No comments:

Post a Comment