Wednesday, 15 May 2019

Kelas Tadabbur Al Quran Ramadhan Abqaf #7


Kelas Taddabur Al Quran Ramadhan Abqaf #7. 14.5.19 - Ustaz Imran

Taddabur Surah Al Kahf Ayat 47 dan 48. ( Sambungan dari 45 dan 46)
1. Allah memberi perumpaan mengenai dunia sebagai satu waktu yang singkat. Sementara. Allah minta kita bercita cita jauh pada negara akhirat.
Perbandingan antara dunia dan akhirat.

2. Ayat 47 menceritakan mengenai qiamat. Kehancuran dan Kebangkitan. Makna kiamat lebih merujuk kepada kebangkitan. Kiamat bukan kehancuran semata. Ianya kehancuran bumi dan bersambung dengan kebangkitan. Yang lebih penting ialah Kebangkitan .

3. Dalam ayat ini digambarkan dengan ringkas dan cepat. 3 faysa sahaja
a. menerbangkan/memperjalankan gunung ganang...dijadikan lenyap(di suatu tempat yg tidak diketahui)
b. Bumi menjadi rata
c. Seluruh manusia dikumpulkan tanpa tinggal seorang
Allah mengambarkan dunia dan akhirat dengan gambaran yang singkat

Untuk gambaran lebih detail qiamat boleh rujuk surah Al Zalzalah, Al Qariah, Al Takwir
Al Takwir
Matahari pudar, bintang berjatuhan, gunung hancur, unta bunting ditinggalkan, binatang2 liar dikumpulkan, lautan dipanaskan, roh2 dipertemukan dengan tubuh, bayi2 perempuan dibunuh dan tanya kenapa, catatan amal dibuka selebarnya, langit dilenyapkan, neraka Jahim dinyalakan, syurga didekatkan

Surah Al Hajj ayat 1,2  ms 332
*****************************
1. Wahai manusia! Bertakwalah kepada Tuhanmu, sesungguhnya goncangan hari kiamat itu sangat besar (zalzalah goncangan)

2. Ingatlah pada hari ketika kamu melihatnya (goncangan itu), semua perempuan yang menyusui anaknya akan lupa terhadap anak yang disusuinya, dan setiap perempuan yang hamil akan keguguran kandungannya, dan kamu melihat manusia dalam keadaan mabuk, padahal sebenarnya mereka tidak mabuk, tetapi azab Allah itu sangat pedih.
*memang ibu itu tengah menyusu pada kiamat..rasa takut yg amat dan hilang rasa sayang...anak dicampak.
Yang mengandung akan melahirkan serta merta. Kerana rasa takut yang amat dahsyat.
Ini semua gambaran bagaimana takutnya manusia dengan gambaran wanita dalam 2 keadaan.
Manusia seperti orang mabuk
* Saudara Kafir - diketuk dengan tongkat nabi musa..jadi hitam
* Saudara Mukmin..di tandakan dengan cincin nabi Sulaiman
Orang Mukmin dimatikan
Kita berharap kita termasuk dalam orang yg beriman. Aamiin.

3. Kenapa dipilih Gunung Ganang diterbangkankan/lenyap. Kerana Gunung dijadikan Allah sebagai pasak/tiang

Surah An Naaba78:6,7, 582
***************************
6. Bukankan Kami telah menjadikan bumi terbentang luas sebagai hamparan?

7. Dan gunung ganang sebagai pasaknya?
Tanpa gunung ganang manusia tak boleh duduk di bumi kerana gunung mencengkam bumi agar tidak bergerak.

*Barizah*
1. Bila gunung dihilangkan..bumi sudah rata...hendak menunjukkan bumi jadi rata
2. Bumi menampakkan kurnianya...iaitu mayat2 dikeluarkan dari perut bumi. Semua isi bumi dikeluarkan

Surah Al Insyiqaq, 84:3-4, ms589
**************************
3. Dan apabila bumi diratakan* (bariza)

4. Dan memuntahkan apa yang didalamya dan menjadi kosong
Pemilihan perkataan tidak boleh ditandingi.
Perbezaan makna perkataan  yang sama dalam ayat yang berbeza.
Bahasa Arab Al Quran...dikaji betul2..kita akan merasakan kita dihadapan mukjizat. Kita akan rasa lebih....tentang kehebatan Al Quran
Tidak ada yang luput dari perhimpunan mahsyar -

Surah Al Baqarah 2:148 ms23
***************************
Dan setiap umat mempunyai kiblat yang dia menghadap ke arahnya. Maka berlumba lumbalah kamu dalam kebaikkan. Dimana sahaja kamu berada, pasti Allah akan mengumpulkanmu semuanya. Sesungguhnya, Allah Maha Berkuasa atas setiap sesuatu. 




Surah As Sajadah 32:12, 416
***********
Dan alangkah ngerinya, jika kamu melihst orang orang ysng berdosa itu menundukkan kepalanya di hadapan Tuhan, (mereka berkata), Ya Tuhan kami, kami telah melihat dan mendengat, maka kembalikanlah kami ( ke dunua), nescaya kami akan mengerjakan kebajikan. Sesungguhnya, kami adalah orang orang yang yakin.

 Kata tukar nama prubahan domir (pronoun)
MEREKA kepada KAMI

Kita akan hadir di sana tanpa membawa apa2. Tanpa apa2 perhiasan kemegahan dunia yang kita banggakan didunia ini. 

Sabda Nabi SAW:

Sesungguhnya kami akan dihimpun kepada Allah dalam keadaan tanpa alas kaki, telanjang, dan belum berkhitan. HR Muslim dari ibnu Abbas




Tanya Diri Kita 
1. Betulkah kita sudah yakin kebangkitan itu akan berlaku
2. Bagaimana sepatutnya sikap kita jika kita benar benar yakin dengan kebangkitan?

Beza Yakin dan Percaya
**********
Percaya hanya bila kita belum kena.
Percaya...tapi tak betul2 yakin

Ujian kita didunia dengan ilmu yakin. Kalau nak tgk dah terlambat

Godaan:-
Nafsu 
Syaitan
Menyebabkan kita macam tak yakin.

As Sidiq - dia yakin 100%. Membenarkan. Semuanya contoh terbaik bagi dia termasuk khabar Isra Mikraj. Dia sudah yakin lebih dari itu. Itu sebabnya dia kumpul 100% harta

Nabiyin...Wa Sidiqin Wa Syuhada Wa Solehin
(Golongan yang diberi nikmat)

Sadaqa v Kazaba
Yakin v Dusta
Contoh Surah Al Maun

Addin = Hari Pembalasan

Kenapa contoh orang yang mengherdik anak yatim kenapa?  Kerana anak yatim tiada pembela. Orang rasa mudah untuk dizalimi.

Dia tidak mengalakkan orang memberi makan. Sesuatu yg sgt urgent dan amat memerlukan. Makanan adalah asas. Bila tiada makanan...memang terdesak.

Termasuk orang yang solat dan melalaikannya. Why? Kerana kita tidak betul yakin balasan solat.

Dan orang Riyak...tak yakin dengan balasan Allah. Mengharapkan balasan dari manusia 









No comments:

Post a Comment