Friday, 17 May 2019

Kelas Taddabur Al Quran Ramadhan Abqaf #10

Surah Al Qaf
Ustaz Dr. Firdaus Sulaiman

Ulangan kelas semalam
1. Tiada apa yg terjadi menentang
2. Tiada apa yang sia sia

Ulul Albab
Menggunakan segala potensi dirindia untuk capai lubbun...
Hingga sampai ke hati nurani dia sehingga dia dapat lihat hikmah dari awal lagi.
Ada yg dpt hikmah selepas atau tak pernah

Surah Al Qaf
Surah sukaan Nabi..dibaca pada subuh dan Aidilfitri. Dia sgt suka..berulang. Surah penting untuk kita fahami
Ganding dgn  Surah Al Qamar
Sajadah dan Al Insan - Hari Jumaat

Surah ini memberi keyakinan pada kuasa Allah swt termasuk mencipta dan menghidupkan manusia.Dia mampu cipta dan juga membangkitkan semula. Apa susahnya. Allah menitikbaratkan kusasa Allah menghidupkan kembali manusia dan kuasa Allah menhidupkan

Nama surah Qaf...pada zaman nabi guna pangkal awal surah..
Kata ulama...qaf adalah tajuk surah
Ibnu Abbas kafa nama gunung..tapi ditolak kerana tiada asas
Qaf simbolik nama Allah yang bermula dengan Qaf..Qadir(Kuat)..Qawiy..Qahar(Maha Memaksa kehendak)
Allah berkuasa untuk membuat segala yg dia kehendaki
Quddus - Suci

Wahai ibnu abbas kalau kamu dan seluruh dunia sepakat nak bagi pemberian pada mu...kalau Allah tidak mengkehendaki..ia tak akan jadi.

Semua kehendak Allah ada hikmah kebaikkan. Cuma manusia yang beri sangkaan negative.
Kuasa Kekuatan dan Paksaan Allah dibungkus dengan sikap Quddus (suci). Tiada satu yg buruk. Bersih.

Surah  Al An'am, ayat42-43,ms132
*********************************
Dan sesungguhnya, Kami telah mengutuskan rasul2 kepada umat2 sebelum engkau, kemudian Kami seksa mereka dengsn menimpakan kemelaratan dan kesengsaraan, agar mereka memohon kepada Allah dengan rendah hati.

Tetapi mengapa mereka tidak memohon kepada Allah dengan rendah hati ketika seksaan Kami datang menimpa mereka? Bahkan hati mereka telah menjadi keras dan syaitan pun menjadikan apa yang mereka lakukan terasa indah bagi mereka.

Tadabbur = Salah satu cara lembutkan hati..agar selalu membuat baik

Semua Takdir dan Ketentuan Allah ada Ar Rahman.

Surah Al Araf, 156, ms 170
****************************
Dan tetapkanlah untuk kami kebaikan di dunia ini dan di akhirat. Sesungguhnya, kami kembali bertaubat kepada Engkau (Allah). Seksa- Ku akan Aku timpakan kepada sesiapa yang Aku kehendaki dan rahmat Ku meliputi segala sesuatu. Maka, akan Aku tetapkan rahmat-Ku bagi orang-orang yanf bertakwa, yang menunaikan zakat, dan orang2 yang beriman kepada ayat ayat Kami

Bila dah bertaqwa...perlu pegang betul2 zakat. Juga termasuk sedekah. Harta dan apa jua yang Allah bagi iaitu rezeki harta ilmu tenaga dll dan diinfaqkan..di sharekan

Ayat 2, Surah Al Qaf
**********************

Sumpah = Penegasan
Allah bersumpah dengan nama makhluk..masa, buah tin, buah zaitun, waktu duha,
Benda yg bermanfaat.

Bagi makhluk...kene sumpah hanya guna nama Allah.

Allah memuliakan Al Quran dan apabila apa jua yg berkaitan dengan Al Quran..akan jadi mulia
Malam turun Al Quran - Malam Lailatul Qadar yang mulia
Bulan turun Al Quran - Ramadhan bulan yang mulia
Makkah turunnya Al Quran - Makkah jadi mulia..solat disitu 100 kali

Sabda Nabi
Allah memuliakan satu kaum sebab Al Quran dan menghina satu kaum sebab Al Quran

Orang yang khidmat dengan agama dan dekat dengan Quran...tak akan pernah hina.
Betul2 berdamping dengan Al Quran

Yang hina adalah penunggang agama.

Surah Qalam, Ayat1, ms 564
******************************
(Surah kedua diturunkan lepas Iqra mengikut Ulamak)
Sumpah Allah mengenai pena dan apa yang ditulis.

Soalan mengenai wanita
Ibu yg terdidik baik akan mendidik satu bangsa. Segala yang terbaik untuk wanita.

Soalan mengenai Wahabi
Kita jangan generalise orang
Kita sokong yang betul dan tolak yang menyimpang/salah.

Syiah
Kita tidak boleh hapuskan pemikiran syiah sebab ianya ada dalam fikiran orang. Mcm mana nak basuh semua?
Its about thought dan hati
Dalam bab ini kita hanya sampaikan yang benar mengikut Al Quran dan Sunnah
Berhati dengan label2 media barat.

****
Tanggungjawab kita dengan Al Quran
6T
1. TASDIQ
Membenarkan, Mempercayai dan Meyakini dengan seyakinnya bahawa Al Quran adalah Qalam Allah yg diturunkan sebagai petunjuk kepada kita. Jadikan Quran rujukan pertama.
2. TILAWAH
Membaca dengan perlahan untuk lisan kita

3. TADDABUR
Mengambil daripada Al Quran saripati yang menjadi makanan hati dan minda kita. Al Quran mengajar sesuatu. Makin baca dan faham ..akan dapat lebih dan lebih
Tadabbur Terjemahan kalau blm pandai bahasa Arab.
Berulang ulang untuk makan hati

5 perkara untuk taddabur berkesan
*******************************
1. Ikhlas untuk dapat metunjuk dari Allah
2. Yakin bahawa Al Quran adalah qalam Allah yang memberi petunjuk
3. Baca Ulang Ulang Ulang sampai

Surah  Al Maidah, Ayat 118, ms127
***********************************
Jika Engkau menyeksa mereka, maka sesungguhnya mereka adalah hamba-hamba Mu, dan jika Engkau mengampuni mereka, sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Perkasa, lagi Maha Bijaksana

Rasul baca dari malam ke pagi dan menangis seperti air yang mendidih dalam cerek. Mengenai kisahNabi Isa

4. Anggap ayat ini turun kepada kita..berbicara mengenai masalah kita.
Baca seolah nak kikis dan basuh hati dan perangai buruk kita. Membawa ayat itu kepada diri dan kehidupan kita. Seperti mencuci hati kita.

Surah Ali Imran, Ayat140, 67
******************************
Jika kamu (pada Perang Uhud lmendapat luka, maka mereka pun( pada Perang Badar) mendapat luka yang sama. Dan masa (kejayaan dan kehancuran) itu, Kami pergilitkan di antara manusia (agar mereka mendapat pengajaran) dan agar Allah membeza orang2 yang beriman (dengan orang2 kafir) dan agar sebahagian daripada kamu dijadikan-Nya gugur sebagai syuhada. Dan Allah tidak menyukai orang2 zalim.

Bila usaha ada kemungkinan berjaya atau gagal. Apatah lagi orang yang tak berusaha dan tidak mengambil iktibar.

Ambil iktibar dan cuba apply. Kadang kala kita dah usaha sebaiknya tapi gagal..maka itu dimana takdir.











 

No comments:

Post a Comment