Wednesday, 22 May 2019

Kelas Taddabur Al Quran Ramadhan Abqaf #13

Kelas Tadabbur Al Quran Ramadhan Abqaf -Kelas 13, 22.5.19

Membaca Ayat 4 - 11, Surah Qaf dan terjemahannya.

Ayat 4 (Revision)
Fokus berkaitan dengan
1. Kematian Manusia
2. Takdir - Beriman kepada Qada' dan Qadar
Qadar - Ukuran yang menjadi blueprint bagi apa yang Allah nak dijadikan di muka bumi ini.
Ukuran - cth rezeki 1 ke 10. Kalau malas 1 sekurangya kalau rajin paling pun dpt 10
Ukuran - cth umur, ukuran 40 ke 70. Maksimum 70.

Qada'
Penerapan  dan applikasi. Dapat ditukar dengan orang mukmin Ibadah, Taqwa dan Taat - kayu ukur
Istidraj? - utk orang kafir
Makin jahat makin hebat dan berjaya
Supaya makin selesa dalam kesesatan
Kayu ukur orang beriman dan orang kafir berbeza

2 kategori Kitab Lauh Mahfuz
1. Kitab Takdir
2. Kitab Suci - Kitab2 wahyu , Al Quran, Taurat, Zabur, Injil

Surah Al Waqiah, 77, Ms 77 - 80
77
Dan ini sesungguhnya Al Quran yang sangat mulia
78
Dalam kitab yang terpelihara Luh Mahfuz
79
Tidak ada yang menyentuhnya selain hamba hamba yang disucikan
80
Diturunkan oleh Tuhan seluruh Alam

* ayat 79 adalah mengenai Al Quran yang berada di Lauh Mahfuz bukan yang ada di dunia
Surah Al Hijjir, 9, ms262
Sesungguhnya Kami-lah yang menurunkan al- Quran, dan pasti Kami pula yang memeliharanya.
*ratusan ribu penghafal Quran..Allah mudahkan untuk hafal Al Quran
Ayat ini memberikan jaminan tentang kesucian dan kemurnian Al Quran selama lamanya.

**Slide 2 jenis Takdir
**Jenis Kitab Hafiz
**Slide Takdir adalah Rahsia

Jangan pikir sangat pasal takdir kita...itu semua bawah kuasa mutlak Allah. Jangan pikir banyak...terus fokus pada usaha kita. Jangan risaukan dengan ketentuan Allah. Berhenti berfikir mengenai takdir. Jangan bincangkan banyak...
Sebelum = Qadar - Range
Selepas =  Qada - Practical/Implementasi. Allah beri kebebasan nak rajin ke malas. Usaha sikit ke banyak..itu kita SENDIRI tentukan.
Example
10 to 100 (Range Qadar kita)
Bergantung pada usaha . Katalah kita usaha sampai 70
Dapat 70. So takdir di tulis 70.

Soalan : Kenapa Qada dulu bukan Qadar?
Focus  BESAR hamba ialah mcm mana nak usaha
Qada lagi besar.Akhir yg penting.
Bahasa arab- sesuatu itu lebih besar akan diletak ke depan
Focus - pastikan qada dapat yg terbaik ..maksimum range. Jangan pikirkan apa Qadar

**Slide Memikirkan Takdir

Surah Qaf, Ayat 5, ms 518
Bahkan mereka telah mendustakan kebenaran ketika kebenaran itu datang kepada mereka. Maka mereka berada dalam keadaan kacau bilau.

Yakin - Percaya dan terima
Response orang kafir - bila dengar penerangan mereka tak percaya dan mendustakan kebenaran ketika kebenaran itu datang. (Bal)

Haqq*  dalam Al Quran - kebenaran yang jelas dan terang.
Walaupun Allah dah terangkan kebenaran dengan seterang terangnya.. bahasa arab..bahasa mereka. Baiyinat ..Jelas dan mereka faham dengan baik TETAPI (kazzabu bil haqq) mendustakan kebenaran. 

Kesannya apa?. Ketika orang menolak kebenaran..mereka akan terjerumus dengan
Keliru ragu risau dan kebingungan...dan kacau bila
Sifat orang kafir ketika tolak kebenaran mereka akan keliru bingung....

Orang beriman tak bingung kalau percaya dan yakin...dia tahu apa nak buat...dia ada panduan dan dia yakin ketentuan Allah. Ada keyakinan diri sekiranya berilmu. Dia ada kejelasan.  Dia tahu apa nak buat. Ibadah dan memberi manfaat kepada orang lain.

Maraja
Marij - penyakit dalaman..sakit mental
Marid - sakit zahir..pening

Surah Al Qaf, Ayat 6
Tidaklah mereka memperhatikan langit di atas mereka, bagaimana cara Kami membangunkannya dan menghiasnya, dan tidak langsung terdapat retakan?

Macam mana nak dapat YAKIN YANG SEBENAR BENARNYA
*************************************************************************
1. Taddabur (ini juga zikrullah) - memahami sesuatu yg tertulis iaitu ayat ayat Allah dalam Al Quran
*
(beza tafsir dan taddabur)
Tafsir menjelaskan ayat ini itu sesuai dengan apa Allah perlukan. Apa meaning ayat ini. Perlu ilmu yang banyak...kerana menjelaskan maksud Allah...perlu ilmu arab feqah...kerja ulama...hanya orang yang berilmu

Taddabur siapa pun boleh dengan niat mengambil pelajaran dari ayat. Taddabur berbeza ikut level. ( berperingkat peringkat)

Tafsir targetnya adalah akal untuk jelas iaitu untuk pemahaman akal

Taddabur targetnya adalah hati...untuk diriku...fungsi untuk penyucian jiwa. Kita ambil ayat itu kedalam diri kita dan bersihkan...Mengambil pelajaran untuk diri kita.
Kita akan dapati Quran Perfect...tiada kekurangan

2. Taffakur (Ini juga zikrullah)
Ayat yang tidak tertulis...ayat tersirat di alam..terbentang...Ayat Qaumiah.
Kerana orang kafir tak dapat mesej Quran..Allah suruh tengok alam. Tengoklah bunga sungai laut pokok kucing....

Ulama mengkategorikan Alam pada
1. Alam Zahir - Dunia dan seisinnya
2. Alam Ghaib

Ada juga
Alam Ulwi - alam diatas kita
Alam Sufli - alam kita dan kebawah
Alam Kabir - Alam yang besar...diluar kita
Alam Saghir - Alam di dalam kita
Langit - Zahir, Ulwi dan Kabir

Apa perlu lakukan?
Perhatikan macam mana langit ni...macam mana ni...how?. (Kaiffa)
Kalau betul tafakkur...kita akan dapati tiada yang tak elok
Kalau taffakur pada Alam...kita akan dapatkan semuanya SERBA SEMPURNA 

3. Zikrullah
Melafazkan nama2 Allah sehingga masuk dalam hati...meresap
Kalau lakukan dengan betul akan dapat results sama dengan taddabur dan taffakur.
Dapatkan ketiga tiga itu paling baik!!
Mulakan dengan zikrullah...akan capai
Tafakkur Fiddin
Paham sebenar benarnya kehidupan

......











No comments:

Post a Comment