Tuesday, 21 May 2019

Kelas Taddabur Al Quran Ramadhan Abqaf #12

Kelas Tadabbur Al Quran Ramadhan Abqaf (Kelas 12 ) 21.5.19

Taddabur Surah Al Qaff 1-5
* Slide Ayat 4

Moga Allah memberkati Majlis Ilmu kita dan mengurniakan ilmu yang bermanfaat.
Salawat dan Salam pada junjungan Nabi SAW.

Surah Qaf, Ayat 4
Sesungguhnya, Kami telah mengetahui apa yang ditelan bumi daripada tubuh mereka, sebab pada Kami ada Kitab catatan yang terpelihara baik.

Ini Perkara yang menakjubkan...
Beyond our capacity...tak reti nak terangkan
Orang kafir - mereka hanya takjub..dan berkata2. Itu sahaja.
Orang beriman - mereka cuba hayati fikiran dan sampai ke hati. Mesti ada mesej dari Allah untuk saya dapati.

Perkara perkara yang tidak dapat ditangkap oleh akal
Perkara yg boleh lihat dengar rasa / fizikal- akal boleh terima. Logic. Analysis.
Akan lahirkan ilmu/knowledge

Ada perkara yg tak boleh diterima akal..tak dpt terangkan. Ini akan masuk pada ruang iman dan iman akan proses. Meyakini sesuatu yg tak nampak, ghaib
Allah , Malaikat

Hati akan mengerakkannya. Hati yg baik, Iman akan dpt tangkap dengan mudah
Orang kafir hanya akan berpusing pada perkara yg logik.

Prof islam and atheist
Ada akal?. Ada..nampak tak?. Tak..so ada akal ke?? Takda ke
Banyak perkara yg tidak dapat diterangkan dengan logic

Ayat 4.
Mudah untuk Allah membangkit manusia setelah mati.
Jasad ditanam dalam tanah umpama menyemai benih. Tongking/Tailbone tak akan reput dan musnah
Apa jua jadi pada manusia, dia akan balik ke tanah.
Kebangkitan kita sama mcm tanaman tumbuh

Surah Taha, ayat 53-55 ms 315
Ayat 55 Dari bumi (tanah) itulah Kami menjadikan kamu dan kepadanya Kami akan mengembalikan kamu dan daripadanya Kami akan mengeluarkan kamu pada kali yang lain.

Ayat 53 
Yang telah menjadikan bahagimu bumi sebagai hamparan dan yang telah menjadikan bahagimu di bumi itu jalan jalan dan menurunkan dari langat air hujan. Maka Kami tumbuhkan dengan air hujan itu berbagai bagai jenis tumbuhan2 yg bermacam macam.

Ayat 54
Makanlah dan ternaklah haiwan haiwanmu. Sesungguhnya demikian itu terdapat tanda2 kebesaran Allah bagi orang2 yang berakal.
Semua di rekod. Semua mengenai hal manusia dalam pengetahuan Allah. Semuanya tercatat kecil atau besar.

Hadis Nabi
Lintasan / bisikan baik
Lintasan  bisikan buruk

Surah Qaff, 16- 18, ms 519
16
Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dan mengetahui apa yang dibisikkan oleh hatinya dan Kami juga lebih dekat kepadanya daripada urat lehernya

17
Ingatlah ketika dua malaikat mencatat perbuatannya yang satu duduk di sebelah kanan dan yang satu lagi disebelah kiri.

18
Tidak ada suatu perkataan yang diucapkan kecuali ada disisinya malaikat pengawas yang mencatat.

Kami (kerajaan Allah) lebih dekat dengan manusia/mereka...lebih dekat dari urat nadi mereka.
Raqid - perhatikan benda baik dan catat
Atid - perhatikan benda buruk dan catat

Mati - perpisahan roh dari jasad. Roh ada di alam roh lagi dulu...
Roh perlu kenderaan didunia = Jasad

Manusia di bumi perlu kenderaan..tapi adakala kita tak dalam kenderaan
Sebenarnya roh dan jasad juga sama. Masa tidor roh balik rumah dia...dimana? di Arash Allah swt. (Roh baik dan tenteram...tenang). Hanya perlu tidur quality...

Roh kotor - disebabkan buat perkara tak baik bila...dicemar....maka
Tidak layak di arash Allah dan dibiar terkontang kanting di langit dan dikacau oleh syaitan.

Jenis Jenis Mimpi
1. Rukya Sodiqah - Mimpi yang Benar..benar baik...menenangkan hati dan jiwa.
2. Adgha su Ahlam - mainan mimpi...permainan syaitan...macam dicampak dari bukit
Roh dibawa ke tempat kotor..kubur..kerana roh kita bermasalah dan perlu dibersih
3.  Hadisu Nafsi - Mimpi disebabkan oleh apa kita pikirkan sebelum tidor. Reflection..apa yg kita pikirkan pagi hari, tak guna pun risau terlalu banyak. Ganggu tidor kita.

Hanya orang berhati dan jiwa bersih layak duduk dekat arasy.
Wuduk, solat, sucikan hati.....sebelum tidor

Hakikat mati...perpisahan antara roh dan jasad. Roh tak mati dan kekal abadi. Sekali cipta..akan sentiasa ada. Ini yang akan jadi diri kita. Manusia focus hiasi jasad..lupa nak jaga kesihatan roh...

Malaikat boleh bau aroma roh yang kotor. Syaitan seronok berdamping dengah roh kotor.

Roh yang bersih akan keluarkan wangian yg semerbak.

Ketika dibangkitkan...kita akan ada jasad. Bagaimana jasad kita?. Mcm skrg ke?. Tidak ...Jasad roh yang bersih bertukar jadi jasad Nabi Adam Nabi Yusof ...

Orang kafir sombong - jasad dia jadi kecil..kaki atas kepala bawah

Orang beriman akan melangkah orang kafir (macam gergasi)

Hafiz yang beramal...akan diberi kenderaan yang berarak. Dia duduk dengan barisan Malaikat2 yang mulia. Mereka mengahadap orang lain. Banyak keutamaan dan fadhilat hafiz. Kene ada cita cita untuk hafaz Quran

7 golongan VIP Allah yang dibawah Arash Allah. (......)

Mati sementara - tidor 

Mati sebenarnya -
Jasad akan hancur dan tidak akan kembali. Hancur...lebur. tinggal ROH
Kalau roh baik - duduk di atas..illiyin tinggi

Surah Al Mutaffifin, Ayat 7-9,ms 588
Ayat 7
Sekali-kali jangan begitu! Sesungguhnya catatan orang yang derhaka benar-benar tersimpan dalam Sijjin ( Nama kitab yang mencatat segala perbuatan orang orang yang derhaka)

Ayat 8
Tahukah engkau apakah itu Sijjin?. 

Ayat 9
Ia Adalah kita yang mengandungi catatan amal


Surah Al Mutaffifin , 18 - 21, ms588
18
Sekali kali tidak! Sesungguhnya catatan orang2 yang berbuat baik benar-benar tersimpan dalam illiyun (nama kitab yang mencatat segala perbuatan orang-orang yang berbakti)

19
Dan tahukah engkau apa itu Illiyun? 

20
Ia adalah kitab yang mengandungi catatan amal

21
Yang disaksikan oleh malaikat-malaikat yang didekatkan kepada Allah 

Roh buruk - langit tendang dan masuk ke perut bumi paling bawah...sijjin. bumi paling bawah...

"Kitabun Hafiz "....terdapat di Luh Mahfuz @ tempat Allah simpan semua data manusia makhluk..alam...disimpan kesemuanya.

Di Kitabun Hafiz ada 2 catatan utama ( mengikut Ulama):

1. Catatan Takdir - Qadar (disembunyi)
Ukuran/Had/ tertentu
Takdir - Qadarun - Ukuran
- sebelum sesuatu terjadi ada garisan2..ada rancangan / blue print
- Hadis Nabi - Allah cipta Qalam untuk tuliskan apa yg dimahukan oleh Allah. Segala sesuatu. Blue print untuk semua.
- Sebelum berlaku kita dah tahu Allah dah tetapkan ukuran/ ketetapan

Surah Ar Ra'd, ayat 38 dan 39  ms 254
38
Dan Sesungguhnya kami telah mengutuskan beberapa Rasul sebelum engkau Muhammad dan kami berikan kepada mereka isteri-isteri dan zuriat keturunan. Tidak ada hak bagi seorang Rasul mendatangkan sesuatu bukti mukjizat melainkan dengan izin Allah. Setiap masa ada kitab tertentu ( Pada setiap masa ada hukum yang ditentutakan oleh Allah atas hamba hambanya sesuai dengan garis keputusannya)

39
Allah menghapus dan menetapkan apa yang dia kehendaki dan disisinya terdapat ummul kitab (Luh Mahfuz) 

Semuanya dah ada perancangan blue print.
Qadar boleh berubah seperti dalam firman Al Quran

2. Qada' - Ketentuan/Realisasi/Penerapan/Applikasi
Dalam penerapan...ada tak yang berubah dari Qadar Allah?.ADA.. Ditentukan oleh usaha manusia

Asbab Allah beri...Tanganggjawab Manusia untuk Usaha
Ikut Asbab baik..jadilah baik
Ikut Asbab tidak baik - jadilah tidak

Ini maksud beriman kepada qada n qadar(disimpan di luh mahfuz)

Ada Catatan sebelum dan Catatan Selepas (Rakid dan Atid)

Qadar boleh berubah. Malaikat boleh tahu. Cth umur patut..70...kerana usaha baik...Allah suruh malaikat sambung sikit..malaikat tunggu arahan dan sering tengok kita. 

Rekod Akhir- Arahan /Keputusan terakhir
Disisi Allah...ada Ummul Kitab (Terakhir). Lauh Mahfuz. Hanya Allah tahu.
(ending terakhir pun ada kerana ilmu Allah yang LUAS

Surah Al An'am, Ayat 2, ms 128
Dialah yang menciptakan kamu daripada tanah kemudian dia menetapkan ajal kematian mu dan tempoh waktu tertentu yang hanya diketahui olehnya. Namun dengan demikian kamu masih meragukannya.

Contoh
Ajal Qadar (blue print awal)
Ajal Mussama (final)....tak boleh cepat atau lambat dan tidak boleh diubah

Surah Nuh, Ayat 3 -4 , ms 570
3
Sembahlah Allah, bertaqwalah kepadanya dan taatlah kepadaku (Nabi Noh) 
4
Nescaya dia mengampuni sebahagian dosa dosamu dan menangguhkan kamu (memanjangkan umur mu) hingga pada waktu yang telah ditentukan. Sesungguhnya ketetapan Allah itu apabila telah datang tidak dapat dilambatkan sekiranya kamu mengetahui.

1. Sembahlah Allah
2. Bertaqwa - Jaga ibadah
3. Taat pada ku..patuhla
Kesannya
1. Ampunkan dosa
2. Menangguhkan kematian..ajal qadar (dalam blueprint...tangguh sampai ajal mussama sahaja.

Range Ajal ,Range Rezeki, Jodoh, ....ditentukan oleh 3 perkara tu. 


**

No comments:

Post a Comment