Wednesday, 8 May 2019

Kelas Taddabur AlQuran Ramadhan Abqaf#2 - Surah Al Khafi

Kandungan Surah al- Kahfi 





Kisah Ashabul Kahfi
1.Mengambarkan ketika dajjal datang...kekufuran mendominasi. Keimanan tersepit dan tidak boleh bergerak. Tak boleh lawan...lawan akan habis. Al Maseh= Masaha...menghapuskan iman...dahsyat pengaruh dajjal. Orang yg beriman juga akan hapus iman bila jumpa dajjal.

2. Allah ilhamkan masuk gua untuk menjauhkan diri. Kondisi dimana kita tal boleh melaksanakan akidah dan keimanan.

3. Ada pilihan. Duduk atau berpindah?.

4. Cth dalam surah Al Kahfi...adalah benar. Ianya bukan mustahil. Mungkin bukan di Malaysia dan Indonesia...tapi sudah banyak situasi ini di merata dunia... cth andalusia.. china

5. Usaha mempertahankan keimanan..ujian keimanan.

6. Ayat 27 ke 31 - Ujian

7. Kisah pemilik 2 kebun -
Ujian harta benda/kekayaaan. Bagaimana  juga sikap orang miskin. 2 sahabat satu kaya dan miskin. Dua2 itu ujian. 

8. Ujian paling besar - Ujian kehidupan dunia dan gambarab kiamat dan akhirat (45to49)
- Ujian kehidupan dunia

9. Kisah Iblis dan Adam (50to53) Ujian Ujub dan Ujian Syaitan

10. Akibat membantah peringatan Allah (54to59) - Ujian ketaatan.

11. Kisah Musa dan Khidir - Ujian ilmu dan kesabaran

12. Kisah Zulkarnain - Ujian kekuasaan.
13. Penutup 

Surah Kahfi, Ayat 45, Ms 298
*****************************
Dan buatlahlah untuk mereka perumpamaan kehidupan dunia ini, ibarat air hujan yang Kami turunkan dari langit, sehingga menyuburkan tumbuhan2 di bumi, kemudian tumbuh tumbuhan itu menjadi kering dan mudah diterbangkan angin. Dan Allah Maha Berkuasa atas segala sesuatu

1. Ujian terbesar adalah Ujian kehidupan dunia. Ujian2 lain seperti iman harta ilmu kekuasaan hanya akan ada bila ada didunia.

2. Kita terlahir  dan berada didunia ini sebagai peserta ujian dunia. Tidak boleh dihindar...kita tidak boleh lari. Kita mesti melaluinya.

3.Sangat Penting untuk kita belajar mempersiapkan diri. Modal
A. Fitrah kesaksian
B. Akal
Namun kita perlu pelajari ilmu untuk ujian dunia sambil menghadapi terus ujian dunia ini.
4. Bagaimana?. Mempelajari Al Quran..Kalam Allah.
* Ayat 1 surah Al Kahfi - syukur  dan segala puji bagi Allah sudah ada petunjuk kehidupan melalui Al Quran.
***Kafir - Kafara - menutup hati dan diri daripada menerima hidayah. Lalu mendustakan

6. Jadikan ayat ini sebagai pegangan. Kehidupan dunia ini amatlah singkat. Perhatikan cara Allah mengumpamakan kehidupan dunia dalam ayat ini. Sangat ringkas dan cepat. Allah mahu, masa kita baca ayat ini kita terus rasa betapa singkatnya kehidupan dunia!
1. TURUN HUJAN
2. Air bercampur dengan tanaman sehingga menyuburkannya
3. Tanaman hancur dan lenyap tertiup angin
Conclusion - Ringkas dan sekejap. 3 step sahaja. Disebut secara sedutan sedutan ringkas. Simple.
7. Hakikat kehidupan dunia memang singkat.
8. Persamaan dan Perbezaan dengan 

Suruh Yunus , Ayat 24 ms 211
**************************
Sesungguhnya bandingan kehiduoah di dunia adalah seperti air hujan yang Kami turunkan dari langit lalu tumbuhlah tumbuhan2 dengan subur (kerana air itu), diantaranya ada yang dimakan manusia dan binatang ternak. Hingga apabila bumi telah sempurna keindahannya, dan berhias, dan pemiliknya mengira bahawa mereka pasti menguasainya(memetik hasilnya), datanglah Azab Kami kepadanya pada waktu malam atau siang, lalu Kami jadikan tanamannya seperti tanaman yang sudah dihapuskan, seakan akan belum pernah tumbuh sebelum ini. Demikianlah Kami jelaskan tanda tanda (kekuasan Kami) kepada orang yang berfikir

9. Singkatnya dunia juga nurah Al Mukminun,  Ayat 112 to 114, ms 349
Dia (Allah) berfirman, Berapa tahunkah lamanya kamu tinggal di Bumi?
Mereka menjawab, Kami tinggal di bumi sehari atau setengah hari, maka tanyakanlah kepada mereka yang menghitung.
Dia Allah berfirman, Kamu tinggal di bumi hanya sebentar sahaja, jika kamu benar benar mengetahui

Jadi sebenarnya lagi sekejap dan sedikit. Bagaimana kita dapat ambil kebaikkan dalam memahami singkatnya dunia. Kita akan
1. Banyak buat amal soleh
2. Banyak bertaubat
3. Buat kebaikkan kebajikan dan sedekah
Kita nak ambik manfaat btl2 hidup yg singkat.
Tapi betulke hidup kita skrg macam ni?. Manusia mudah lupa...perlu tazkirah...peringatan demi peringatan...akan beri manfaat pada orang yang takut positif....semakin semangat beramal dan productive. Semakin giat beramal kerana hidup ini singkat dan akan meninggalkannya sekejap  lagi.

No comments:

Post a Comment