Friday, 17 May 2019

Kelas Taddabur Al Quran Ramadhan Abqaf #9

Kelas Taddabur Al Quran Ramadhan Abqaf #9
Ustaz Dr. Firdaus Sulaiman
16.5.19

Tadabbur
Mata lihat depan, hati lihat belakang
Kombinasi zahir mata kita dan zahir mata hati
Penglihatan
1. Basaru -  pandangan mata physical, warna warni
2. Basirah - pandangan mata hati melalui warna warni perasaan. Kalau positif
Basirah kalau betul...akan pandang dengan  pandangan syukur, redha, sabar, yakin tawakkal
Bila dengan Al Quran
Nyalakan  pandangan syukur  kita redha kita, sabar , yakin
Ini akan menjadi taddabur kita
Rasa hati yang akan menjadikan kita bertambah syukur redha sabar dan yakin
Sifat2 dalaman dan spiritual...yg tak dpt lihat dgn mata tapi dapat lihat
Nyalakan kedua2 bila taddabur. Kita akan dapatkan tadabbur memberi kesan yang hebat pada jiwa kita

Surah Qaf
1. Turun di Makkah
Target ialah iman hati dan keyakinan kita. Memantapkan aspek dalaman.
Fitrah manusia
Percaya dan perlukan kuasa yang ghaib...lebih dari yang zahir
Kita perlukan panduan hidayah supaya dibimbing kepada yang Al Haqq (Kebenaran).
Allah bagi hidayah dalam bentuk wahyu..Al Quran dan kitab

Surah Taha, Ayat 123, ms320
*****************************
Dia Allah berfirman, "Turunlah kamu berdua daripada syurga bersama-sama, sebahagian yang lain. Jika datang kepadamu petunjuk daripada-Ku, maka ketahuilah barang siapa mengikut Pentunjuk- Ku, dia tidak akan sesat dan tidak akan celaka.(Yashqa - tidak sengsara)
Tak sesat ...tahu jalan nak ditempuh..kalau ikut hidayah Allah...pasti kita akan sampai selamat. Apa pun yang berlaku dalam hidup kita...kita akan dapat jalan yang selamat. Membantu kita sampai dengan selamat dan cepat.
Tanda orang dapat hidayah...sebelum kene Allah sudah bagi signal.
Jaminan Allah..kalau kita ikut Al Haqq kita akan selamat dan tidak susah. Jalan paling selesa dan selamat.
Al Quran diturunkan berperingkat mengikut peristiwa dan situasi. Pada  Ramadhan terkahir Rasulullah..Jibril mengingatkan sususan yg terakhir qalam Allah...iaitu  susunan mushaf sekarang. Susunan turun wahyu dalah lain dari mushaf.
Ayat 38, Turun di Madinah menurut sebahagian Ulamak. Kerana ianya membantah fahaman Orang Yahudi.( yammul sabbath - sabtu hari akhirat)
38. Dan sesungguhnya, Kami telah menciptakan langit, dan bumi dan apa yang ada di antara kedua
*Nabi jumpa Yahudi hanya Madinah
Sususan Mushaf (Taukifi)
Nabi suruh susun mcm tu
Tahun terakhir bulan Ramadhan ...Tadarus dengan Jibril...Mula dengan Al Fatihah....
Jibril ingatkan nabi..ini adalah susunan Al Quran yang sebenarnya
Lepas Ramadhan..nabi panggil sahabat dan suruh susun balik ikut apa Jibril ajar.
Penamaan Surah sebahagian Rasul yang ditetapkan dan ada yang Ijtihad Sahabat
Contoh..surah sajadah..nabi tulis surah Alif lam min
Nabi sebut Qaf Wal Qurannil majid....nama surah Qaf
Nabi lahir dan meninggal Rabiulawal
Susunan Penurunan adalah lain.
Kehidupan kita mungkin nampak huru hara pancaroba.....byk perkara...
Cantik nya Allah susun kehidupan kita....Nyalakan ain Basirah..akan mendapat semua
Taddabur Kehidupan...susun balik dan akan rasa tiada yang sia sia

Surah An Nisa, Ayat 82, ms 91
***************************
Maka tidakkan mereka menghayati mendalami Al Quran
Taddabur ialah faham Al Quran dan bawa dalan diri dan kehidupan kita. Kalau kita yakin semua kita dapat adalah dari Allah. Kita akan dapati semuanya adalah aturan cantik Allah.
Hujung taddabur Adalah kita dapati tiada yang bertentangan.
Kalau confuse...maknanya taddabur belum sampai.
Nampak memang kehidupan kita macam2..
Go deep dig deep...you can see everything beautifully

Surah Ali Imran, ayat 191, ms 75
*****************************
Iaitu orang orang yang mengingat Allah sambil berdiri, duduk
Tiada yang Allah ciptakan sia2. Kalau kita nampak sia2..maknanya kita yang tidak betul.
Orang yg dapat fahaman adalah  orangAl Bab ( lubun - inti)
Manusia terdiri daripada
Roh di Syurga
Jasad untuk masuk kedunia
Nafsu
Akal
Hati -
a. sodron ( sadora/bahagian luar/yang muncul/timbul yg suka diganggu oleh syaitan)
Perasaan /Kefahaman pertama yang kita fikir bila sesuatu terjadi. Kalau tak kawal akan meresap.... jatuh ke peringkat hati kedua...ada yg kita ingat..berulang..
b. fuaddon - hati lapisan tengah...yang berulang
Dua ini boleh tercemar  - Qalbun, boleh berubah
c. Lubbun - Albab
Hati nurani yang bersih
Bawah tapisan 1 n 2
Tak ramai orang buat decision dengan Lubbun..kebanyakkan dengan sodron
Penyaring Penapis ialah
1. Zikrullah - akan menenangkan hati..Jernihkan sodron dahulu
Dengan Solat, Al Quran
Jangan jauh dari Allah
2. Fikir (Bertafakkur)mengabungkan akal dan lubbun. Dengan mendapat synergy dari setiap bahagian manusia. Renongan.
*Akal dekat dengan nafsu..tak blh harapkan akal
Zikir - buat betul2. Jangan letak expectation. Jangan letak had. Jangan vaccum dan Jangan duduk Diam.
Bergerak. Berangkatlah
7 bahagian Manusia = 7 petala langit
Orang beriman nanti *I* kurang.
Manusia contohnya nak kaya dengan bisness dengan cara kita...tapi jangan fix dengan satu cara.
Macam2 jalan untuk bahagia. Dengan cara dan jalan kita openminded...Terbuka...yakin yang Allah akan hantar bala tentera
Kalau kita fixed satu cara sahaja..kita akan kecewa..
Orang yang yakin akan cari banyak jalan...each jalan akan mengajar sesuatu dan ambil pelajaran. Pengalaman itu akan mengajar kita. Tempoh jalan salah..tak ambil pelajaran.. buat lagi salah. Perlu guna pelajaran itu untuk seterusnya.
Orang beriman takkan jatuh dalam lubang yg sama.
Susunan awal boleh mcm2..agar susunan akhir baik.
Dengan Taddabur dan Tafakur
1. Tiada yang bertentangan
2. Tiada yang sia2
Hadis Nabi mengenai Qalbun/Hati (Liver)..
Kalau tak jaga sodron and fuad...lubbun tak boleh berfungsi
Sodron- fikiran jangan. Fikir baik2 sahaja. Husnuzon
Jangan masuk yg kotor2..nanti kita akan decide
Conscious mind - Sodron
Subconcious mind - Fuad (Store)
Kalau bersih akan dapat masuk ke Lubbun
Orang Awam - dapatkah hikmat dekat hujung

Orang Albab - dapat terus pada ketika itu
Surah Al Baqarah, 268 dan 269 ms45
**************************
269.
Dia memberikan hikmah kepada sesiapa yang Dia kehendaki. Barang siapa yang diberi hikmah, sesungguhya dia telah diberi kebaikan yang banyak. Dan tidak ada yang....
Yang buat kita GAGAL...kerana kita suka menunda nunda..
**Prinsip terjemahan....bagi maksud terdekat /terbanyak

No comments:

Post a Comment