Ramadhan Abqaf
Kelas 1, Isnin, 6.5.19
Ustaz Dr Firdaus Sulaiman
Surah Qaf (50) Ayat 1 - 5, Ms 518 - Makkiyah
Surah Makkiyah mengenai mengukuhkan Iman
Masalah umat akhir zaman ialah kurangnya iman/lemahnya iman. Surah2 Makkiyah memperkasakan iman.
Doa Khatam Quran. Kita perlu mohon/minta 3 perkara
1. Khasyah - Takut yang positif , Takut berasaskan iman. Dimana ianya takut itu akan menghalang kita daripada buat maksiat dan mendorong kita kepada ketaatan.
2. Ketaatan menghantar ke syurga -
Surah Yunus, Ayat 62, ms 216
Ingatlah sesungguhnya wali wali Allah itu tidak ada kebimbangan pada mereka dan mereka tidak berdukacita
Ciri-ciri wali wali Allah
Dia tidak ada khaufun iaitu takut yang negative atau bimbang. Dia juga tidak sedih sekiranya tidak dapat perkara-perkara dunia atau sedih yang tidak bertempat.
Suruh Yunus, Ayat 62, ms 216
Iaitu orang-orang yang beriman dan sentiasa bertaqwa.
Wali-wali Allah adalah mereka yang beriman dan bertaqwa. Bagi mereka ini yang beriman dan taqwa di dunia dah dapat berita gembira (bushra) kesannya bukan hanya diakhirat.
Ketaqwaan akan memberi kesan dunia dan akhirat.
Ketentuan Allah SWT pasti dimana sesiapa yang beriman dan taqwa akan PASTI mendapat GANJARAN
3. KEYAKINAN - yang akan meringkan musibah dunia. Terutama bila kita dilanda musibah /pancaroba dunia. Tak rasa musibah berat. Huru hara dunia kita tak rasa berat. Yakin dengan pertolongan Allah. Buat kita menjadi kuat dan ringan menghadapi pancaroba dunia. Hadapi dengan tenang. Sabar dan Redha bila kita benar2 yakin pada ketentuan Allah.
Wali/Auli Allah
1. Iman dan keyakinan dalam hati
2. Taqwa - perbuatan
3. Dapat suatu yg tak dijangka jangka * Bushra
Didunia Allah dah bagi..kesannya dan nampak
Kalau jaga iman dan taqwa pasti hasilnya di dunia..hidup akan tidak rasa takut dan sedih. Ada keyakinan diri kerana yakin pertolongan Allah.
Kenapa kita kurang keyakinan??
Surah Taha, Ayat 115, ms320
Dan Sesungguhnya telah Kami pesankan kepada Adam dahulu, tetapi dia lupa, dan Kami tidak dapati kemahuan yang kuat padanya.
Masalah Manusia
1. Mudah Lupa
2. Azam/Tekad tak kuat. Lemah . Azam yg kuat bila nak sesuatu akan buat sampai menjadi.
Mukmin yang kuat tahu apa yang dia inginkan dan dia sentiasa ingat. Laksanakan sampai jadi.
Untuk atasi lupa, kene di tazkirah selalu. Sebaik baik tazkirah dan peringatan adalah Al Quran
Surah Al Muzzammil, Ayat 19, ms 574
Sesungguhnya, ini adalah peringatan (Al Quran). Barang siapa yang mahu kebaikan, nescaya dia mengambil jalan yang lurus kepada Tuhannya
Siapa yang betul2 inginkan kebaikkan , dia akan cari jalan.
Surah Al Ankabut, Ms 404, Ayat 69
Dan orang orang yang berjihad (melawan hawa nafsu) untuk mencari keredhaan Kami, Kami akan tunjukkan kepada mereka jalan jalan Kami. Dan sesungguhnya, Allah beserta orang orang yang berbuat baik.
Isu kita isu dalaman kita. Suka cari alasan. Bila kita berjaya lawan nafsu kita...kita akan nampak banyak jalan2 menuju keredhaan Allah.
Orang Islam mesti terbuka untuk ditegur. Terima kelemahan diri. Sebaikbaik orang yang yang buat silap adalah yang mengakui dan bertaubat.
Mujahadah lawan hawa nafsu. Kene kuatkan mujahadah...mesti ada nilai mujahadah.
Allah suka orang yang kuat mujahadah walaupun lupa.
Macam mana nak kuat mujahadah?
Surah Ali Imran, Ms 71 , Ayat 159
Maka berkat rahmat Allah, engkau Muhammad berlemah lembut terhadap mereka. Sekiranya engkau bersikap kasar dan berkeras hati, sudsh tentu mereka menjauhkan diri dari sekitarmu. Kerana itu maafkanlah mereka dan mohonkanlah keampunan untuk mereka dan bermesyuaratlah dengan mereka dalam urusan itu.
*Kemudiaan, apabila engkau telah membulatkan tekad, maka bertawakkalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah mencintai orang yang bertawakkal.
Azam yang betul ...niat kita dan kita tanya pendapat orang lain dan share dengan orang. Kene share. Kalau tak share nanti sekeliling kita tak mendorong kita.
Bila dah azam, mesti selalu doa kepada Allah dari awal. Itulah Tawakkal. Tawakkal adalah pada awal azam. Sesungguhnya Allah mencintai orang yang bertawakal.
Mengadu kepada yang pencipta. Sering mengadu dan beri laporan. Memohon pertolongan.
Surah Qaf, 50: 1 ke 5
1. Qaf. Demi al Quran yang Mulia
2. Mereka tidak menerimanya bahkan mereka tercengang kerana telah datang kepada mereka seorsng pemberi peringatan daripada kalangan mereka sendiri, maka berkatalah orang orang kafir, Ini adalah sangat ajaib
3. Apakah kita akan hidup semula selepas kita mati dan kemudiaanya menjadi tanah? Itu adalah sesuatu yang mustahil untuk berlaku
4. Sesungguhnya, Kami mengetahui apa yang dimakan oleh bumi sedikit demi sedikit daripada tubuh mereka, kerana pada Kami ada kitab catatan yang terpelihara baik
5. Bahkan mereka telah mendustakan ketika kebenaran itu datang pada mereka, kerana pada Kami ada kitab (catatan) yang terpelihara baik.
Ayat ini turun di Makkah. Nabi dan pengikutnya hanya sedikit. Golongan lain tidak beriman. Mereka yakin hanya hidup di dunia sahaja untuk seronok pengaruh dan kekayaaan. Jauh menyimpan daripada ajaran nabi Ibrahim. Manusia percaya hanya dunia. Tiada balasa baik dan buruk.
Kunci asal iman adalah percaya pada Al Quran dan ianya Kalam dari Allah. Unsur penegasan yang Al Quran dari Allah.
Ulamak sepakat salah satu mukjizat Al Quran adalah Huruf2 Muqataat. ALIF LAM MIM..QAF...
Allah bersumpah dengan Al Quran yang Mulia.
Majid*Kareem
Maksud bahasa sama iaitu MULIA
Mesti ada rahsia kenapa ada dua nama Al Majid dan Al Kareem.
Al Kareem - kemuliaan yang menyebabkan disanjung dan dihormati...
Al Majeed - kesannya adalahTakjub/Hairan/Aneh
Akan menyebabkan orang kafir terus hairan dan bertanya tanya. Kerana tiada keimanan dalam hati orang kafir.
Orang kafir susah percaya ada nabi kerana dah lama berkurun kurun tiada nabi.
Nabi Ibrahim
1. Ismail
?
2. Ishak
Yaakub..Yusof...Musa.Harun..........Isa
Antara nabi Isa dan Muhammad 600 tahun
Antara nabi Ismail dan nabi Muhammad....sangat sangat lama..kepercayaan mereka sudah agak2 dan sangkaan sahaja...dah tiada pegangan..kalau ada diselubungi dengan khurafat..tiada ilmu
Surah An Najm, Ms 527, Ayat 27 dan 28
27
Sesungguhnya orang2 yang tidak berimah kepada kehidupan akhirat sahaja yang menamakan para malaikat dengan nama perempuan.
28 Dan mereka tidak mempunyai ilmu tentang itu. Mereka tidak lain hanyalah mengikut sangkaan, dan sesungguhnya sangkaan itu tidak berfaedah sedikit pun terhadap kebenaran.
Al Quran itu
Pada orang beriman akan menambahkan keimanan
Pada orang kafir akan tambah kekafiran.
Marilah kita menuntut ilmu sampai ke akhirnya. Kita kene cari jalan untuk mencari ilmu. Tiada alasan. Akan dashyat ditanya di akhirat. Perbaikki diri.
Aamiin
No comments:
Post a Comment