Friday, 17 May 2019

Kelas Taddabur Al Quran Ramadhan Abqaf #8

15.5.2019 - Taddabur Surah Al Kahfi Ayat 49








Ujian di dunia bermula dengan mumaiyiz , iaitu apabila manusia dapat membezakan yang baik dan buruk, pahala dan dosa dikira dari akil baligh

Surah Kahfi, Ayat 49
Dan diletakkan kitab catatan amalan, lalu engkau akan melihat orang yang berdosa merasa ketakutan terhadap apa yang tertulis di dalamnya, dan mereka berkata, "Betapa celakanya kami, kitab apakah ini, tidak ada yang tertinggal, yang kecil dan yang besar melaikan tercatat semuanya"  da mereka mendapati semua yang telah mereka lakukan tertulis. Dan Tuhanmu tidak menzalimi seorang pun.

Dibentangkan kitab2 hamba yang tidak meninggalkan satu benda kecil pun. Kecil dan besar dicatat semuanya dengak benar dan teliti. Kerana Allah MAHA Mengetahui ...

Surah Al An'am, Ayat 103, ms341
Dia tidak boleh dicapai dengan penglihatan mata, manakala dia dapat melihat segala penglihatan itu dan Dialah Yang Maha Halus,lagi Maha Teliti. (Latifu, Habir)

Iaitu Allah tahu segala pemilik pemandangan2 mereka (iaitu Allah nampak segala apa yang dilihat oleh manusia) kerana Allah Maha Halus. Bagaimana manusia hendak cuba menipu?. Berjaga jagalah

Surah Yasin Ayat 12, ms 440
Sesungguhnya, Kamilah yang menghidupkan orang-orang yang mati dan Kamilah yang mencatat apa yang telah mereka kerjakan dan kesan kesan yang mereka tinggalkan. Dan segala sesuatu kami kumpulkan dalam kitab yang jelas, Luh Mahfuz.

*Asar*
Bekas- Bekas yang mereka tinggalkan
Pandangan Pertama - Orang A ikut teladan baik Orang B, selagi orang A buat baik, Orang B akan terus dapat pahala
Pandangan Kedua - Kita pergi majlis ilmu, jadinya jejak2 dan bekas2 didalam kelas akan menjadi saksi yang kita telah pergi ke majlis ilmu

Nota-  
Hati hati ketika membesarkan anak kerana mereka ikut teladan baik dan buruk kita
Ada orang suka solat fardhu ditempat A, dan sunat di tempat B - untuk mendapat lebih banyak 'Asar/Bekas' - 

Surah Yasin Ayat 65, Ms 444
Pada hari ini kami tutup mulut mereka, sementara tangan mereka akan berkata kepada kami dan kaki mereka akan memberi kesaksian terhadap apa yang dahulu mereka kerjakan.  (SAKSI - KAKI & TANGAN)

Surah Fusilat, Ayat 22, ms 479
Dan kamu tidak dapat bersembunyi daripada kesaksian pendengaran penglihatan dan kulit mu terhadap mu, Adakah kamu fikir Allah tidak mengetahui banyak tentang apa yang kamu lakukan.

Surah Al Baqarah Ayat 284, ms 49
Milik Allahlah apa yang ada dilangit dan apa yang ada dibumi. Jika kamu menyatakan apa yang ada didalam hati mu atau kamu sembunyikan , nescaya Allah menghitungya tentang perbuatan itu bagimu. Dia mengampuni sesiapa yang dia kehendaki dan mengazab sesiapa yang dia kehendaki. Allah maha kuasa atas segala sesuatu.

Setiap apa yang kita niatkan dalam hati, Allah tahu dan akan memberi balasan.

Surah Al Baqarah, 286, ms 49
Allah tidak akan membebani seseorang melainkan sesuai dengan kemampuannya, dia mendapat pahala daripada kebaikkan yang dilakukannya dan dia mendapat seksaan daripada kejahatan yang dilakukannya. Mereka berdoa, Ya Tuhan Kami janganlah kau hukum kami jika kami lupa atau kami melakukan kesalahan. Ya Tuhan kami janganlah engkau bebani kami dengan beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tidak sanggup kami pikulnya. Maafkanlah kami, Ampunilah kami dan Rahmatilah kami. ENgkaulah pelindung kami , maka tolonglah kami menghadapi orang kafir.

Allah hanya akan hisab niat baik satu pahala, bila lakukan, dia beri 10 pahala. Niat jahat tidak dicatat , bila lakukan akan dapat dosa. Jika tidak lakukan niat jahat, dapat 1 kebaikkan kerana berjaya mengatasi godaan niat yang jahat.

Surah Ak Kahfi, Ayat 49

Catatan dosa kecil disebut diawal, jangan pandang remeh dosa dosa kecil.
Tidak ada dosa besar kalau selalu Istighar (taubat), tidak ada dosa kecil jika selalu dilakukan.

7 Dosa Besar boleh diampunkan dengan Istighfar
1. Zina
2. Bunuh
3. Syirik
4. Lari dari Perang
....

Dosa Kecil
Perlu ambil perhatian lebih kerana takut tidak sempat nak mohon maaf dari orang lain. Contoh mengumpat (ini pun dosa besar), Sebaliknya jangan pandang remeh amal soleh yang kecil

Pandangan/Penglihatan Kita
Surah Al Mujadalah, Ayat 7, ms543
Tidaklah engkau terfikir bahawa Allah mengetahui segala yang ada dilangit dan dibumi?. Tiada berlaku bisikan antara 3 orang, melainkan dialah yang keempatnya. Dan tiada yang berlaku antara 5 orang, melainkan Dialah yang keenamnya. Dan tiada yang kurang dari bilangan itu dan tiada yang lebih ramai melainkan Dia ada bersama sama mereka dimana sahaja mereka berada. Kemudian dia akan memberitahu kepada mereka pada hari kiamat nanti berkenaan apa yang mereka telah kerjakan. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui akan tiap2 sesuatu.

Bercakap perlahan/berbisik selalunya adalah percakapan negatif. 
Allah ada bersama manusia apabila mereka bercakap cakap antara mereka.

Surah Al Kahfi 17-18, ms 519
Ingatlah ketika dua malaikat mencatat perbuatannya yang satu duduk disebelah kanan dan satu lagi disebelah kiri.

Tidak ada suatu perkataan yang diucapkan kecuali ada disisinya malaikat pengawas yang mencatat

Rakid & Atid
Malakai pencatat perbuatan

Sebagai penerima ilmu (Talaqqi) perlu fokus apabila menerima Ilmu. Itulah ciri2 Rakid & Atid.

Sural Al Infitar, Ayat 10-12, ms 587
Dan sesungguhnya bagi kamu ada malaikat malaikat yang mengawasi pekerjaanmu

Yang Mulia disisi Allah dan mencatat perbuatan mu.

Mereka mengetahui apa yang kamu lakukan .

*Malaikat pencatat perbuatan.

Surah Al Haqqah, Ayat 19-29, ms 567 
Maka sesiapa yang diberikan menerima Kitab amalnya dengan tangan kanannya, maka ia akan berkata (dengan sukacitanya kepada sesiapa yang ada di sisinya): ` Nah! Bacalah kamu Kitab amalku ini! (19) "Sesungguhnya aku telah mengetahui dengan yakin, bahawa aku akan menghadapi hitungan amalku (pada hari yang ditentukan)!" (20) Maka (dengan itu) tinggalah dia dalam kehidupan yang senang lenang lagi memuaskan, - (21) Di dalam Syurga yang tinggi (darjatnya), - (22) Buah-buahannya dekat untuk dipetik. (23) (Masing-masing dipersilakan menikmatinya dengan dikatakan): "Makan dan minumlah kamu makanan dan minuman sebagai nikmat yang lazat dan baik kesudahannya, dengan sebab (amal-amal soleh) yang telah kamu kerjakan pada masa yang lalu (di dunia)!" (24) Adapun orang yang diberikan menerima Kitab amalnya dengan tangan kirinya, maka ia akan berkata (dengan sesalnya): "Alangkah baiknya kalau aku tidak diberikan Kitab amalku, - (25) "Dan aku tidak dapat mengetahui hitungan amalku. (26) "Alangkah baiknya kalau kematianku di dunia dahulu, menjadi kematian pemutus (yang menamatkan kesudahanku, tidak dibangkitkan lagi); - (27) "Harta kekayaanku tidak dapat menolongku sedikitpun; - (28) Kuat kuasaku (dan hujjah-hujjahku membela diri), telah binasa dan hilang lenyap dariku". (29) 


















No comments:

Post a Comment