Thursday, 30 January 2020

EK MAQDS K77b 5.2.2020 B6. DUNIA MEDAN BERAMAL iii. PANDUAN-PERINTAH DAN LARANGAN - HABLUM MINNANAS - PERHUBUNGAN DENGAN MANUSIA MS 54

Amalan di dalam fasa kehidupan didunia.
1. Hubungan dengan Allah
2. Hubungan dengan Manusia
* saling masuk antara dua dan tidak boleh dipisahkan. Saling mengisi.

Ayat 14 Buku EK
******************
إِنَّ ٱلْمُصَّدِّقِينَ وَٱلْمُصَّدِّقٰتِ وَأَقْرَضُواْ ٱللَّهَ قَرْضًا حَسَنًا يُضٰعَفُ لَهُمْ وَلَهُمْ أَجْرٌ كَرِيمٌ
Sesungguhnya orang-orang yang membenarkan (Allah dan Rasul-Nya) baik laki-laki maupun perempuan dan meminjamkan kepada Allah pinjaman yang baik, nescaya akan dilipatgandakan (pembayarannya) kepada mereka; dan bagi mereka pahala yang banyak.
(Al Hadiid 57:18)

Musoddiqin
************
1. Membenarkan
2. Besedekah
Dalam Quran sedekah juga nama untuk zakat.

Orang yang beriman  adalah yang membenarkan Allah dan Rasul. Tanda keimanan ialah dapat bersedekah (meminjamkan kepada Allah).. keluarkan harta dengan berbagai cara.. paksa- zakat dan ada cara yg seolah pinjam.. qardan. Dengan Allah setiap pinjaman kita beri akan pasti balik pada kita. Guarantee. 


وَإِن كَانَ ذُو عُسْرَةٍ فَنَظِرَةٌ إِلَىٰ مَيْسَرَةٍ ۚ وَأَن تَصَدَّقُواْ خَيْرٌ لَّكُمْ ۖ إِن كُنتُمْ تَعْلَمُونَ
Dan jika (orang yang berhutang itu) dalam kesukaran, maka berilah tangguh sampai dia berkelapangan. Dan menyedekahkan (sebagian atau semua utang) itu, lebih baik bagimu, jika kamu mengetahui.
(Al Baqarah 2:280)

Bahasa yg digunakan iaitu pinjaman utk memberi jaminan yang akan digantikan dengan gandaan dan pahala yg besar...(ajrun karim) syurga.

Conclusion:
Hubungan kita dengan manusia adalah hubungan untuk memberi...bukan hubungan untuk mengambil. 
*Bukan give and take mcm kita selalu dengar. In Islam..give to people and take from Allah*

Beri kasih sayang. Kalau orang sayang balik, Alhamdulillah..kalau tak sayang takpa. Settle hidup  kalau macam tu. Pada ketika harapkan balasan dan penghargaan manusia..maka jadi rumit kehidupan.

قُلْ إِنَّ رَبِّى يَبْسُطُ ٱلرِّزْقَ لِمَن يَشَآءُ مِنْ عِبَادِهِۦ وَيَقْدِرُ لَهُۥ ۚ وَمَآ أَنفَقْتُم مِّن شَىْءٍ فَهُوَ يُخْلِفُهُۥ ۖ وَهُوَ خَيْرُ ٱلرّٰزِقِينَ
Katakanlah: "Sesungguhnya Tuhanku melapangkan rezeki bagi siapa yang dikehendaki-Nya di antara hamba-hamba-Nya dan menyempitkan bagi (siapa yang dikehendaki-Nya)". Dan barang apa saja yang kamu nafkahkan, maka Allah akan menggantinya dan Dialah Pemberi rezeki yang sebaik-baiknya.
(Saba' 34:39)

Apa yang kamu infaqkan akan pasti akan ada gantinya. Yakinlah. Keyakinan yg dipegang gantian itu dari Allah bukan manusia. Sebab dia sebaik baik pemberi rezeki. 

Ayat 15 Buku EK
*****************
وَوَصَّيْنَا ٱلْإِنسٰنَ بِوٰلِدَيْهِ حُسْنًا ۖ وَإِن جٰهَدَاكَ لِتُشْرِكَ بِى مَا لَيْسَ لَكَ بِهِۦ عِلْمٌ فَلَا تُطِعْهُمَآ ۚ إِلَىَّ مَرْجِعُكُمْ فَأُنَبِّئُكُم بِمَا كُنتُمْ تَعْمَلُونَ
Dan Kami wajibkan manusia (berbuat) kebaikan kepada dua orang ibu-bapanya. Dan jika keduanya memaksamu untuk mempersekutukan Aku dengan sesuatu yang tidak ada pengetahuanmu tentang itu, maka janganlah kamu mengikuti keduanya. Hanya kepada-Ku-lah kembalimu, lalu Aku kabarkan kepadamu apa yang telah kamu kerjakan.
(Al 'Ankabut 29:8)

Wajib buat baik pada kedua ibu bapa.
*Husnan - perkara baik
*Ehsanan - lebih dari baik/patut untuk ibu bapa redha akan kita. Mereka rasa sebagai raja dan permaisuri. 
Contoh ziarah ibu bapa adalah baik
Lebih baik kita berborak bersembang dan layan sepenuhnya..datang semata mata untuk spend time.
Kajian mengenai orang tua...depression kerana kurang bercakap dengan anak2. Anak hanya datang dan pergi macam tu.

Surah Al Isra ayat 23
۞ وَقَضَىٰ رَبُّكَ أَلَّا تَعْبُدُوٓاْ إِلَّآ إِيَّاهُ وَبِٱلْوٰلِدَيْنِ إِحْسٰنًا ۚ إِمَّا يَبْلُغَنَّ عِندَكَ ٱلْكِبَرَ أَحَدُهُمَآ أَوْ كِلَاهُمَا فَلَا تَقُل لَّهُمَآ أُفٍّ وَلَا تَنْهَرْهُمَا وَقُل لَّهُمَا قَوْلًا كَرِيمًا
Dan Tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selain Dia dan hendaklah kamu berbuat baik pada ibu bapakmu dengan sebaik-baiknya. Jika salah seorang di antara keduanya atau kedua-duanya sampai berumur lanjut dalam pemeliharaanmu, maka sekali-kali janganlah kamu mengatakan kepada keduanya perkataan "ah" dan janganlah kamu membentak mereka dan ucapkanlah kepada mereka perkataan yang mulia.
(Al Israa' 17:23)

Ilmu Parenting**
Sembanglah anda dengan anak semasa kecik..bukan sekadar bagi makan pakai....kalau tak buat...jangan harap depa menyembang dgn kita masa kita tua dan dia besar.

Ibu bapa inginkan kehadiran dan layanan..attention bukan benda dan perkara.

Tanda baik hubungan seseorangan dengan Allah adalah baik hubungannya dengan Ibu Bapa. 

Dengan orang lain, beri yg sepatutnya dengan Ibu Bapa bagi selebih lebihnya. (Lebih dari yg dia expect and mintak)


No comments:

Post a Comment