Sambungan
وَأَنزَلْنَآ إِلَيْكَ ٱلْكِتٰبَ بِٱلْحَقِّ مُصَدِّقًا لِّمَا بَيْنَ يَدَيْهِ مِنَ ٱلْكِتٰبِ
وَمُهَيْمِنًا عَلَيْهِ ۖ فَٱحْكُم بَيْنَهُم بِمَآ أَنزَلَ ٱللَّهُ ۖ وَلَا تَتَّبِعْ أَهْوَآءَهُمْ عَمَّا جَآءَكَ مِنَ ٱلْحَقِّ ۚ لِكُلٍّ جَعَلْنَا مِنكُمْ شِرْعَةً وَمِنْهَاجًا ۚ وَلَوْ شَآءَ ٱللَّهُ لَجَعَلَكُمْ أُمَّةً وٰحِدَةً وَلٰكِن لِّيَبْلُوَكُمْ فِى مَآ ءَاتَىٰكُمْ ۖ فَٱسْتَبِقُواْ ٱلْخَيْرٰتِ ۚ إِلَى ٱللَّهِ مَرْجِعُكُمْ جَمِيعًا فَيُنَبِّئُكُم بِمَا كُنتُمْ فِيهِ تَخْتَلِفُونَ
Dan Kami telah turunkan kepadamu Al Quran dengan membawa kebenaran, membenarkan apa yang sebelumnya, yaitu kitab-kitab (yang diturunkan sebelumnya) dan batu ujian terhadap kitab-kitab yang lain itu; maka putuskanlah perkara mereka menurut apa yang Allah turunkan dan janganlah kamu mengikuti hawa nafsu mereka dengan meninggalkan kebenaran yang telah datang kepadamu. Untuk tiap-tiap umat diantara kamu, Kami berikan aturan dan jalan yang terang. Sekiranya Allah menghendaki, niscaya kamu dijadikan-Nya satu umat (saja), tetapi Allah hendak menguji kamu terhadap pemberian-Nya kepadamu, maka berlomba-lombalah berbuat kebajikan. Hanya kepada Allah-lah kembali kamu semuanya, lalu diberitahukan-Nya kepadamu apa yang telah kamu perselisihkan itu,
(Al Maidah 5:48)
Sambungan orang yang menjaga hubungan dengan Allah ialah yang mempunyai sifat Fastabiqul khairat(kebaikkan yg banyak)
Usaha dalam berbagai cara. Bukan cukup dengan satu usaha amal soleh. Cari peluang lain. Tapi mesti juga ada core/focus/wasilah contoh core dalam ilmu/ quran/ perniagaan /dakwah
Ajak ramai ramai dan saling membantu
Sabaqa Yusobiku - Mendahului
Sabaqa Yusobiku Musabaqa - perlumba/berlumba
Istabaqa Yustabaqa Istabiqu- berlumba lumba
Jangan sorang2...nanti down cepat. Kene berjemaah dan sama2 bagi semangat. Bersama sama. Semakin ramai semakin bagus. Kene beramai ramai dalam buat amal soleh.
Tujuan segala usaha termasuk Solat adalah tujuannya untuk mengingat Allah. Jgn terpengaruh dgn kuantiti . TUJUAN ASAL ialan membesarkan Allah dan mengkerdilkan diri.
Dzikrullah - Matlamat dalam segala ibadah dan amal soleh.
Tujuan dzikir ialah untuk ingat akan kebesaran Allah mengenal Allah,di mana kita mengingatkan,kebesarannya,maka dengan sendirinya pula kita tahu akan kerendahan kedudukan dan mertabat diri kita.
Akan besarkan Allah dan kecilkan diri.
Semua perkara akan lebih mengingat kita kepada Allah
Dengan berdzikir juga boleh mengejapkan tauhid kita kepada Allah dan menguatkan i'tiqad(keyakinan kita)
Dzikrullah ialah satu ungkapan umum yang terangkum di dalamnya segala sesuatu perbuatan yang kita lakukan yang mendekatkan kita dengan Allah taala.
Termasuk mengembara dan melancong dan beriadah....akhirnya matlamat untuk membesarkan Allah dan Allah memberi pelajaran melalui kekurangan dan kelebihan bangsa lain. Jangan lari dari matlamat asal iaitu Dzikrulllah.
Termasuk di dalam Dzikrullah: Menuntut ilmu; untuk mendalami Al-Quran dan As-Sunnah,Mengetahui perintah Allah,halal dan haram dan segala ilmu-ilmu lain yang berkait dengan agama. Solat, Puasa, Zakat, Haji, Bersedekah dan infaq fi-sabilillah, Berdakwah, Menyeru kepada makruf dan mencegah dari munkar, Berdoa, Berdzikir, Menghidupkan sunnah nabi dan sebagainya.
Doa kene dengan khusyuk dgn merasa kebesaran Allah dan kefakiran diri. Keadaan kita rasa amat perlukan Allah
Namun istilah dzikir yang lemah umum digunakan di kalangan masyarakat adalah dengan erti menyebut Nama/Sifat Allah melalui tasbih, tahmid, takbir, tahlil, dll, yang
Ini makna kecil zikir. juga terkandung makna mengingat Allah.
No comments:
Post a Comment