Saturday, 8 February 2020

EK MAQDS K78 12.2.2020 B6. DUNIA MEDAN BERAMAL iii. PANDUAN-PERINTAH DAN LARANGAN - HABLUM MINNANAS - PERHUBUNGAN DENGAN MANUSIA MS 54

Dunia Medan Beramal iii. Panduan, Perintah dan Larangan - Hablumminannas : Perhubungan dengan Manusia 

Recap kelas yang lepas
1. Memberi Pinjaman
2. Buat Baik dan Ehsan pada Ibu Bapa

Ehsan pada ibu bapa
Biar mereka rasa sangat bertuah dapat anak seperti kita. Kalau anak berharta, btl2 mereka dapat rasa harta tu. Kalau anak berilmu akan rasa ilmunya.

3. Jaga hati dalam menghadapi orang yang jahil/tidak beradab.
Ayat 16 Buku EK
*****************
وَعِبَادُ ٱلرَّحْمٰنِ ٱلَّذِينَ يَمْشُونَ عَلَى ٱلْأَرْضِ هَوْنًا وَإِذَا خَاطَبَهُمُ ٱلْجٰهِلُونَ قَالُواْ سَلٰمًا
Dan hamba-hamba Tuhan yang Maha Penyayang itu (ialah) orang-orang yang berjalan di atas bumi dengan rendah hati dan apabila orang-orang jahil menyapa mereka, mereka mengucapkan kata-kata (yang mengandung) keselamatan.
(Al Furqaan 25:63)

Rendah Hati (haunan) bukan Rendah Diri (inferiority complex - rasa tak layak dengan segala). Dia tak sombong..dia sedar dia hamba Allah dan tidak sombong di muka bumi ini.
Sombong - Berhadapan dgn orang dgn keadaan dia menolak kebenaran dan meremehkan orang yang menyampaikan kebenaran.
Betulkan hati, rasa tiada kelebihan aku dgn orang lain...kita tak tahu nasib diri sendiri di akhirat.

Tidak sombong ketika berbincang/bercakap dengan orang jahil/tak beradab. Mereka berkata salam. Ada dua cara 
1. Setakat beri salam. Tak lebih dari itu. Setakat manis mulut.
2. Beri Salam dan Bercakap setakat yang baik sahaja. Jangan biarkan menjurus pada maksiat.

4 jenis manusia mengikut Ulamak.
**********************************
1. Umpama makanan asasi bagi kita. Yang kita perlukan selalu dan hari2. Bila jumpa bertambah iman kita. Bila orang yg sentiasa sedia menerima nasihat untuk meningkatkan iman.

2. Umpama Ubat bila sakit sahaja perlukan. Tak boleh selalu...nanti ada kesan sampingan

3. Umpama wabak penyakit - kalau tak kuat akan terpengaruh dengan dia. Kalau kuat untuk rawat dia ok..tapi kalau tidak jangan
*selagi tak kuat iman dan ilmu..cukup sekadar beri Salam dan mungkin tanya khabar. 

4. Umpama ular berbisa - boleh binasakan kita terus. Pengaruh sangat dahsyat. Yang menghina dan mencaci..menikam belakang.
Walk away.  

Jangan ingat semua manusia sama. Kita disuruh melihat pada manfaat bagi kita. Lihat pada manfaat akhirat bukan dunia. 

Ayat ini mengajar kita untuk melakukan apa yang sepatutnya bila berdepan dengan manusia.

فَٱصْدَعْ بِمَا تُؤْمَرُ وَأَعْرِضْ عَنِ ٱلْمُشْرِكِينَ
Maka sampaikanlah olehmu secara terang-terangan segala apa yang diperintahkan (kepadamu) dan berpalinglah dari orang-orang yang musyrik.
(Al Hijr 15:94)

إِنَّا كَفَيْنٰكَ ٱلْمُسْتَهْزِءِينَ
Sesungguhnya Kami memelihara kamu daripada (kejahatan) orang-orang yang memperolok-olokkan (kamu),
(Al Hijr 15:95)

Tinggalkan orang yang tidak mahu berubah..Nabi diejek perli dan perlekeh..Jangan dilayan. Tinggalkan.

Ada Riwayat.
Soalan : Siapa orang yang cerdik?
Orang Arab Badwi menjawab
Ialah orang yang pandai buat tak tahu bila ada nampak kesalahan orang lain. Dia pura2 tak nampak dan ajak untuk betulkan.
Dia tak mendengar sangat kata kata tak elok orang sekeliling . Dia buat seolah tak dengar.

Nabi pernah nampak sahabat buat salah dalam wuduk dan solat. Ada ke nabi selar dan cakap salah terus. Tidak...dia hanya minta betulkan dan buat lagi sekali. Jangan hentam dulu baru nak suruh betulkan. Nabi tidak pernah hancurkan maruah dan nilai diri orang. Orang biasa akan hentam dulu dan sakiti hati orang lain dengan teguran kasar...lalu orang tu pun tak nak dengar lagi dah sebab dia pun dah tenggelam dengan teguran yang keras dan menghukum.

Kisah budak sekolah yang mencuri. Cikgu check bag. Dia nampak barang dalam beg budak mencuri.  Cikgu  ambil dan bagi balik kepada tuan. Dia langsung tak marah atau hukum budak yang mencuri. Selepas kejadian itu dia terus insaf.

Nabi mengambil pendekatan buat tak nampak kesalahan dan buat sesuatu untuk perbaikki orang yang buat kesalahan itu. Kita bukan nak hukum. 

4. Ibadah Solat (mendirikan solat) yang benar dan betul dan menyebabkan kebaikkan hubungan dengan manusia

Ayat 17 Buku EK
******************
ٱتْلُ مَآ أُوحِىَ إِلَيْكَ مِنَ ٱلْكِتٰبِ وَأَقِمِ ٱلصَّلَوٰةَ ۖ إِنَّ ٱلصَّلَوٰةَ تَنْهَىٰ عَنِ ٱلْفَحْشَآءِ وَٱلْمُنكَرِ ۗ وَلَذِكْرُ ٱللَّهِ أَكْبَرُ ۗ وَٱللَّهُ يَعْلَمُ مَا تَصْنَعُونَ
Bacalah apa yang telah diwahyukan kepadamu, yaitu Al Kitab (Al Quran) dan dirikanlah shalat. Sesungguhnya shalat itu mencegah dari (perbuatan-perbuatan) keji dan mungkar. Dan sesungguhnya mengingat Allah (shalat) adalah lebih besar (keutamaannya dari ibadat-ibadat yang lain). Dan Allah mengetahui apa yang kamu kerjakan.
(Al 'Ankabut 29:45)

Solat mencegah kita daripada buat tak elok dengan manusia.  Pengingat untuk kita jangan buat benda yang mengarut dan tak elok. Puasa juga menghalang dari buat benda yang tak elok. Ingat ibadah kita buat tadi atau sedang buat bila terlintas nak buat dosa. Contoh, terkenang dah buat umrah dan hajj, takkan buat perangai yang tak sepatutnya.

Penghalang paling dahsyat...Ingat Allah. Allah lihat segalanya. Pada ketika kita rasa nak buat benda tak elok , terus ingat Allah.

5. Menyebarkan kebaikkan dan hindar dari kerosakkan.
Ayat 18 Buku EK
*****************
وَٱبْتَغِ فِيمَآ ءَاتَىٰكَ ٱللَّهُ ٱلدَّارَ ٱلْءَاخِرَةَ ۖ وَلَا تَنسَ نَصِيبَكَ مِنَ ٱلدُّنْيَا ۖ وَأَحْسِن كَمَآ أَحْسَنَ ٱللَّهُ إِلَيْكَ ۖ وَلَا تَبْغِ ٱلْفَسَادَ فِى ٱلْأَرْضِ ۖ إِنَّ ٱللَّهَ لَا يُحِبُّ ٱلْمُفْسِدِينَ
Dan carilah pada apa yang telah dianugerahkan Allah kepadamu (kebahagiaan) negeri akhirat, dan janganlah kamu melupakan bahagianmu dari (kenikmatan) duniawi dan berbuat baiklah (kepada orang lain) sebagaimana Allah telah berbuat baik, kepadamu, dan janganlah kamu berbuat kerusakan di (muka) bumi. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang berbuat kerusakan.
(Al Qashash 28:77)

Gunakan segala apa yg kita dapat..cari akhirat yang lebih baik. Ilmu, harta, umur, anak2 dll(Wasilah). Namun jangan abaikan nikmat di dunia..cth kenderaan elok dan rumah elok.  Allah tidak menghalang kita menikmati nikmat dunia. 

Buat baik pada manusia kerana Allah dah buat terlalu banyak baik kepada kita. Buat baik sebab Allah sudah bagi kita mcm2. Dicipta kita, sempurnakan kita,diberi keluarga.diberi harta, diberi ilmu dan lain2 nikmat yang tak terkira banyaknya.

Mesti rasa lebih...jadikan asbab buat baik pada makhluk. Jangan buat baik hanya sebab orang tu buat baik pada kita. Buat baik kerana Allah. Semuanya yang baik Allah dah bagi. Tiada yang tidak baik. Rasakan sedalam dalamnya rasa syukur dan bertuah.
Buat baik pada makhluk dengan memanifestasi rasa syukur kepada Allah.

Jenis2 kerosakkan.
********************
1.Kerosakkan paling besar adalah yang menyebabkan orang buat syirik
2.Kerosakkan yang menyebabkan kelalaian dengan perkara yang lagha.
3.Kerosakkan yang menyebabkan rosak hubungan baik antara dua pihak
4.Kerosakkan pada Alam sekitar.

Ahsin - berbuat baik pada semua( pada siapa pun..Manusia Binatang. Alam.)  objek tidak disebutkan secara spesifik

ظَهَرَ ٱلْفَسَادُ فِى ٱلْبَرِّ وَٱلْبَحْرِ بِمَا كَسَبَتْ أَيْدِى ٱلنَّاسِ لِيُذِيقَهُم بَعْضَ ٱلَّذِى عَمِلُواْ لَعَلَّهُمْ يَرْجِعُونَ
Telah nampak kerusakan di darat dan di laut disebabkan karena perbuatan tangan manusi, supay Allah merasakan kepada mereka sebahagian dari (akibat) perbuatan mereka, agar mereka kembali (ke jalan yang benar).
(Ar Ruum 30:41)

Presiden Cina kata kita kuasa besar didunia bdan tak ada siapa boleh halang kita sebelum datang wabak corona.

Ayat 19 Buku EK
*****************
ثُمَّ أَوْرَثْنَا ٱلْكِتٰبَ ٱلَّذِينَ ٱصْطَفَيْنَا مِنْ عِبَادِنَا ۖ فَمِنْهُمْ ظَالِمٌ لِّنَفْسِهِۦ وَمِنْهُم مُّقْتَصِدٌ وَمِنْهُمْ سَابِقٌۢ بِٱلْخَيْرٰتِ بِإِذْنِ ٱللَّهِ ۚ ذٰلِكَ هُوَ ٱلْفَضْلُ ٱلْكَبِيرُ
Kemudian Kitab itu Kami wariskan kepada orang-orang yang Kami pilih di antara hamba-hamba Kami, lalu di antara mereka ada yang menganiaya diri mereka sendiri dan di antara mereka ada yang pertengahan dan diantara mereka ada (pula) yang lebih dahulu berbuat kebaikan dengan izin Allah. Yang demikian itu adalah karunia yang amat besar.
(Faathir 35:32)

Orang Islam yang diberi Al Quran dan Kitab ada 3 kategori
1. Yang menzalimi diri sendiri
Diberi peluang dan kesempatan dan kebaikkan tapi mensia siakan kebaikkan. Dia boleh lonjakkan potensi tapi tak menggunakannya.
(Golongan wabak )

2. Muqtasid pertengahan antara 1 dan 2
Amal setakat amal. Taknak lebih2. Tahu tapi buat sekadarnya  Biasanya majoriti orang macam ini. Ini golongan 2. Masa perlu dekat. Tapi tidak selalu.

3.  Golongan lebih pantas dan laju berbuat kebaikkan (Sabiquun bil Akhirat)

- makanan asasi...hari2 jumpa. Dekatkan diri dgn orang seperti ini dan berusaha jadi lebih baik.

Golongan Ular berbisa - musyrik/kafir yang membuat kacau. 

Bahagian lebih hebat disisi Allah adalah golongan Sabiquun bil Akhirat.

Dalam berhubung dengan manusia kita kene pandai mengenalpasti setiap golongan orang.

Penyakit manusia...suka releks dan chill..ambil mudah. Pressure untuk buat  kebaikkan adalah baik untuk jadi lebih baik dan seterusnya sampai akhirnya.

No comments:

Post a Comment