Wednesday, 8 January 2020

EK MAQDS K73 8.1.2020 B6. DUNIA MEDAN BERAMAL ii. PANDUAN-PERINTAH DAN LARANGAN - HABLUM MINALLAH - PERHUBUNGAN DENGAN ALLAH MS 51

EK MAQDS K73 8.1.2020 B6.DUNIA MEDAN BERAMAL ii. PANDUAN-PERINTAH DAN LARANGAN - HABLUM MINALLAH - PERHUBUNGAN DENGAN ALLAH MS 51

2 Hubungan Utama Manusia di Dunia
1. Dengan Allah (pandangan ke atas)
2. Dengan Manusia (pandangan sama paras)

Namun penting hubungan dengan diri sendiri(pandangan ke dalam)

Kita akan berpindah ke akhirat. Urusan dunia yang habis. Tapi kita sendiri belum selesai. Kita akan terus kan perjalanan ke alam kekal abadi.

Dunia ini tempat persinggahan. Tempat untuk menambahkan bekalan untuk perjalanan selanjutnya. Bekalan hanya blh dpt di dunia. Di akhirat hanya boleh guna bekalan. Tak boleh cari bekalan dah. 

Bekal  Apa= TAQWA
Surah Al Baqarah, Ayat 197

ٱلْحَجُّ أَشْهُرٌ مَّعْلُومٰتٌ ۚ فَمَن فَرَضَ فِيهِنَّ ٱلْحَجَّ فَلَا رَفَثَ وَلَا فُسُوقَ وَلَا جِدَالَ فِى ٱلْحَجِّ ۗ وَمَا تَفْعَلُواْ مِنْ خَيْرٍ يَعْلَمْهُ ٱللَّهُ ۗ وَتَزَوَّدُواْ فَإِنَّ خَيْرَ ٱلزَّادِ ٱلتَّقْوَىٰ ۚ وَٱتَّقُونِ يٓأُوْلِى ٱلْأَلْبٰبِ

(Musim) haji adalah beberapa bulan yang dimaklumi, barangsiapa yang menetapkan niatnya dalam bulan itu akan mengerjakan haji, maka tidak boleh rafats, berbuat fasik dan berbantah-bantahan di dalam masa mengerjakan haji. Dan apa yang kamu kerjakan berupa kebaikan, niscaya Allah mengetahuinya. Berbekallah, dan sesungguhnya sebaik-baik bekal adalah takwa dan bertakwalah kepada-Ku hai orang-orang yang berakal.
(Al Baqarah 2:197)

Kompenen Taqwa
1. Hubungan Dengan Allah
2. Hubungan Dengan Manusia

Ayat 1 Buku EK
****************
وَلَا تَدْعُ مَعَ ٱللَّهِ إِلٰهًا ءَاخَرَ ۘ لَآ إِلٰهَ إِلَّا هُوَ ۚ كُلُّ شَىْءٍ هَالِكٌ إِلَّا وَجْهَهُۥ ۚ لَهُ ٱلْحُكْمُ وَإِلَيْهِ تُرْجَعُونَ

Janganlah kamu sembah di samping (menyembah) Allah, tuhan apapun yang lain. Tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia. Tiap-tiap sesuatu pasti binasa, kecuali Allah. Bagi-Nya-lah segala penentuan, dan hanya kepada-Nya-lah kamu dikembalikan.
(Al Qashash 28:88)

Asal makna Tad'uu...seru/mohon/meminta dan terjemahan dimaksudkan menyembah.

Solat yang khusyuk apabila rasa amat memerlukan Allah. Dalam solat ada doa2. Doa adalah komponen utama Ibadah. 

Untuk jaga hubungan dgn Allah dgn Taqwa

1. Bersih dari Syirik dalam Ibadah. 
************************************
Ibadah perlu ikhlas tanpa ada unsur syirik
Taqwa pertama jaga ibadah kita ikhlas hanya untuk Allah.
Orang beriman sentiasa cari Allah. Bergantunglah sepenuhnya pada yang maha kekal. Segala takdir adalah milik Allah. 

Kita mahu rasa perlukan Tuhan senantiasa. Kita mahu rasa amat memerlukan bantuan Allah. 
Namun sekarang dalam zaman serba mudah...banyak yg rasa tak perlukan Allah. 

Namun orang mukmin Allah akan hantar perkara yg membuat dia susah dan meminta pada Allah. Itu baik sebenarnya untuk orang mukmin

Surah Al Anam Ayat 42 ,43

وَلَقَدْ أَرْسَلْنَآ إِلَىٰٓ أُمَمٍ مِّن قَبْلِكَ فَأَخَذْنٰهُم بِٱلْبَأْسَآءِ وَٱلضَّرَّآءِ لَعَلَّهُمْ يَتَضَرَّعُونَ

Dan sesungguhnya Kami telah mengutus (rasul-rasul) kepada umat-umat yang sebelum kamu, kemudian Kami siksa mereka dengan (menimpakan) kesengsaraan dan kemelaratan, supaya mereka memohon (kepada Allah) dengan tunduk merendahkan diri.
(Al An'am 6:42)

فَلَوْلَآ إِذْ جَآءَهُم بَأْسُنَا تَضَرَّعُواْ وَلٰكِن قَسَتْ قُلُوبُهُمْ وَزَيَّنَ لَهُمُ ٱلشَّيْطٰنُ مَا كَانُواْ يَعْمَلُونَ

Maka mengapa mereka tidak memohon (kepada Allah) dengan tunduk merendahkan diri ketika datang siksaan Kami kepada mereka, bahkan hati mereka telah menjadi keras, dan syaitanpun menampakkan kepada mereka kebagusan apa yang selalu mereka kerjakan.
(Al An'am 6:43)

Dengan memohon pada masa ujian...agar rasa ubudiah...memohon itulah Ibadah. 

Solatlah dalam keadaan yg kita amat memerlukan Allah. Orang ditimpa ujian agar dia meminta dan memohon dari Allah. 

Lembutkan hati dengan selalu meminta dan bermunajat.
Terasa penghambaan pada Allah. Bahaya bila semua ok dan baik sahaja dan akan jadi lalai. Sampai kita rasa tak perlu Allah.

Namun ada yang diuji dgn musibah..namun masih tak berdoa dan bergantung dan merayu kpd Allah... mereka akan keras hati . Kerana sombong.

Ayat 2 Buku EK
***************
يٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوٓاْ أَطِيعُواْ ٱللَّهَ وَأَطِيعُواْ ٱلرَّسُولَ وَأُوْلِى ٱلْأَمْرِ مِنكُمْ ۖ فَإِن تَنٰزَعْتُمْ فِى شَىْءٍ فَرُدُّوهُ إِلَى ٱللَّهِ وَٱلرَّسُولِ إِن كُنتُمْ تُؤْمِنُونَ بِٱللَّهِ وَٱلْيَوْمِ ٱلْءَاخِرِ ۚ ذٰلِكَ خَيْرٌ وَأَحْسَنُ تَأْوِيلًا

Hai orang-orang yang beriman, taatilah Allah dan taatilah Rasul (Nya), dan ulil amri di antara kamu. Kemudian jika kamu berlainan pendapat tentang sesuatu, maka kembalikanlah ia kepada Allah (Al Quran) dan Rasul (sunnahnya), jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan hari kemudian. Yang demikian itu lebih utama (bagimu) dan lebih baik akibatnya.
(An Nisaa 4:59)

2. Berusaha Gigih untuk Taat pada Allah dan Rasul.
********************************************
2a. Taatlah pada Allah  (mutlak) dan Rasul. 
Taat segala perintah Allah dan Rasul. Buat sepenuhnya tanpa alasan.

2b. Dan orang yang pegang urusan kami (Ulul Amri). Taat dengan bersyarat dan bukan mutlak. Iaitu Ulul amri yg taat pada Allah dan taat. Dalam arahan yg tak bercanggah dgn arahan Allah dan Rasul.

Siapa ulul amri kita? Wali(Suami/Ayah/Abang), Pemimpin kampung atau daerah, Pemimpin Kerajaan, Boss/Majikan

2c. Dalam bercanggah pendapat, kembalikanlah kepada Allah( Al Quran) dan Rasul (Sunnahnya)

Pendekatan Ulama Besar.
Imam Shafie
Mazhab bila di Baghdad (lama)
Mazhab bila di Mesir

Untuk orang biasa2/awam mcm2 kita nak buat apa?. Cari Sumber. Berusaha cari kebenaran.  Tanyalah pada yang Ahli( Ahli Al Quran dan Sunnah). Iaitu Ulamak, Ahlul Zikri.
Fahaman yang luas big picture kene jumpa Pakar. Contoh ahli dalam faraid/muamalat. Akan lebih puas hati.

Iman yg betul...bila keliru kita berusaha sungguh utk merungkainya.
Jangan biar diri dalam kekeliruan dan  kebodohan ...lemah iman dan akan ada kesudahan yg buruk.
Itu yg terbaik bagi kamu. 

3. Zikrullah dengan sebanyak banyaknya
**************************************

Ayat 3 Buku EK
*****************
يٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ ٱذْكُرُواْ ٱللَّهَ ذِكْرًا كَثِيرًا
Hai orang-orang yang beriman, berzdikirlah (dengan menyebut nama) Allah, zikir yang sebanyak-banyaknya.
(Al Ahzab 33:41)

وَسَبِّحُوهُ بُكْرَةً وَأَصِيلًا
Dan bertasbihlah kepada-Nya diwaktu pagi dan petang.
(Al Ahzab 33:42)

هُوَ ٱلَّذِى يُصَلِّى عَلَيْكُمْ وَمَلٓئِكَتُهُۥ لِيُخْرِجَكُم مِّنَ ٱلظُّلُمٰتِ إِلَى ٱلنُّورِ ۚ وَكَانَ بِٱلْمُؤْمِنِينَ رَحِيمًا
Dialah yang memberi rahmat kepadamu dan malaikat-Nya (memohonkan ampunan untukmu), supaya Dia mengeluarkan kamu dari kegelapan kepada cahaya (yang terang). Dan adalah Dia Maha Penyayang kepada orang-orang yang beriman.
(Al Ahzab 33:43)

Zikir
*****
1. Lisan
2. Qalbi/Hati - Ingat Allah
Dalam susah/marah
Cerita kisah Nabi Ismail
Yang sentiasa menepati janji. Dia tunggu kawan dia dari pagi spt dijanjikan...sehingga petang...sangat menepati ngaji. Kawan dia tanya apa kau buat sambil tunggu...aku Zikir

Surah Maryam,  Ayat 54
وَٱذْكُرْ فِى ٱلْكِتٰبِ إِسْمٰعِيلَ ۚ إِنَّهُۥ كَانَ صَادِقَ ٱلْوَعْدِ وَكَانَ رَسُولًا نَّبِيًّا
Dan ceritakanlah (hai Muhammad kepada mereka) kisah Ismail (yang tersebut) di dalam Al Quran. Sesungguhnya ia adalah seorang yang benar janjinya, dan dia adalah seorang rasul dan nabi.
(Maryam 19:54)

3. Perbuatan
Apa yg kita buat mengikut arahan  dan perintah Allah. Itu bermaksud kita ingat Allah.
Cari ilmu/tolong orang/urus keluarga/taat pada suami. Mula dengan niat dan bismillah.

Majlis Ilmu Di tempat yamg santai 2d1n
Ustaz suruh dari awal zikir 10,000
Program Zohor ke Zohor
Mcm mana?
5 waktu solat - 2000 setiap solat. 1000 sebelum dan 1000 selepas.
Semua dpt habis dan buat lebih lagi
Kesannya...mereka rasa kuat dan tak penat
Walaupun pack program kerana zikir yang betul akan menguatkan fizikal
Bila lalai daripada zikir...badan mula lemah

Zikir sebanyak banyaknya...diri tunggu kereta duduk..makan...kerja...tidor..baring..

Bertasbihlah kepada Allah
Tasbih - mensucikan Allah. Kita yakin 100% segala takdir Allah adalah yang terbaik.
Orang yang positif.

Kesan zikir dan tasbih - Rahmat Diberikan dan Malaikat akan bantu dan mengeluarkan kamu dari segala kesusahan/runsing kepada cahaya dan kemudahan

Betul zikir kita apabila minda kita positif dan jauh dari buruk sangka. Di situ ada jalan keluar bila positif.  Dan Ingatlah  Allah yang Maha Penyayang kepada orang yang beriman.

Tamat
******************************************

فَٱذْكُرُونِىٓ أَذْكُرْكُمْ وَٱشْكُرُواْ لِى وَلَا تَكْفُرُونِ
Karena itu, ingatlah kamu kepada-Ku niscaya Aku ingat (pula) kepadamu, dan bersyukurlah kepada-Ku, dan janganlah kamu mengingkari (nikmat)-Ku.
(Al Baqarah 2:152)







No comments:

Post a Comment