Thursday, 16 January 2020

EK MAQDS K75 22.1.2020 B6. DUNIA MEDAN BERAMAL ii. PANDUAN-PERINTAH DAN LARANGAN - HABLUM MINALLAH - PERHUBUNGAN DENGAN ALLAH MS 52

EK MAQDS K75 22.1.2020 B6. DUNIA MEDAN BERAMAL ii. PANDUAN-PERINTAH DAN LARANGAN - HABLUM MINALLAH - PERHUBUNGAN DENGAN ALLAH MS 52

Penting fahami erti kehidupan. Perlu fahan dan ingat ialah dunia adalah tempat beramal berbuat bekerja menuai dgn niat utk dituai di akhirat kelak. 2 perkara penting perlu kita perhatikan
1. Hubungan Dengan Allah
2. Hubungan Dengan Manusia

Menjaga hubungan dengan Allah dengan:
*****************************************
1. Yakin dengan semurni murni Tauhid - semua baik buruk dari Allah. Jangan diselubungi dengan sekecil syirik pun.
2. Taat Allah dan Rasul seluruhnya sedaya upaya kamu.
Surah Ali Imran 
يٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ ٱتَّقُواْ ٱللَّهَ حَقَّ تُقَاتِهِۦ وَلَا تَمُوتُنَّ إِلَّا وَأَنتُم مُّسْلِمُونَ
Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah sebenar-benar takwa kepada-Nya; dan janganlah sekali-kali kamu mati melainkan dalam keadaan beragama Islam.
(Ali Imran 3:102)

Bertaqwalah kamu dgn sebenar benar taqwa*

Sabahat nabi merasakan rasa amat berat kerana mereka sangat bersungguh sungguh dalam ibadah mereka....mereka adu dengan Nabi...mereka rasa tak boleh nikmati kehidupan sebab sangat2 takut dengan perintah Allah dalam ayat diatas.

Kemudian turun ayat lain yang meringankan ayat di atas( rukhsah..keringinan)
Surah Taghabun Ayat 16
فَٱتَّقُواْ ٱللَّهَ مَا ٱسْتَطَعْتُمْ وَٱسْمَعُواْ وَأَطِيعُواْ وَأَنفِقُواْ خَيْرًا لِّأَنفُسِكُمْ ۗ وَمَن يُوقَ شُحَّ نَفْسِهِۦ فَأُوْلٓئِكَ هُمُ ٱلْمُفْلِحُونَ
Maka bertakwalah kamu kepada Allah menurut kesanggupanmu dan dengarlah serta taatlah dan nafkahkanlah nafkah yang baik untuk dirimu. Dan barangsiapa yang dipelihara dari kekikiran dirinya, maka mereka itulah orang-orang yang beruntung.
(Ath Taghabun 64:16)

Rahsia kejayaaan...dpt menginfakkan harta..Usaha sedaya upaya. Lain lain kemampuan taqwa. Nilai diri sendiri. Bertanggungjawab atas diri. Jangan beralasan. 

3. Banyak mengingat Allah setiap masa sebanyaknya
4. Banyak Bersyukur dlm hidup ..lihat segala nikmat anugerah kemudahan yg kita dpt dalam kehidupan kita...perlu tanam syukur setiap masa. Jangan dikenangkan ujian musibah dan kesedihan dgn yakin ada hikmah yg terbaik.
5. Bersegera untuk taubat dan amal soleh. Grab peluang cepat dan jangan tunda2.
Surah Infithar, ms 587, 4 , 5 ,6
وَإِذَا ٱلْقُبُورُ بُعْثِرَتْ
dan apabila kuburan-kuburan dibongkar,
(Al Infitha 82:4)
عَلِمَتْ نَفْسٌ مَّا قَدَّمَتْ وَأَخَّرَتْ
maka tiap-tiap jiwa akan mengetahui apa yang telah dikerjakan dan yang dilalaikannya.
(Al Infitha 82:5)
يٓأَيُّهَا ٱلْإِنسٰنُ مَا غَرَّكَ بِرَبِّكَ ٱلْكَرِيمِ
Hai manusia, apakah yang telah memperdayakan kamu (berbuat durhaka) terhadap Tuhanmu Yang Maha Pemurah.
(Al Infitha 82:6)

Program Hasadul Umur.
Ulamak buat program lepas 5 bulan terlantar sakit dan muhasabah diri
A. Dia rasakan dia berada pada separuh antara langit dan bumi...separuh separuh..antara hidup dan mati
B. Perlu segerakan apa yang patut buat..jangan tunda2 ..pasti akan menyesal.
Allah tanya?.
Kenapa masih lalai...leka..tunda2.  Apa sebabnya??. Padahal Allah yg cipta dan sempurnakan kamu dengan sebanyak banyak kesempurnana. Maka bersegeralah!

6. Istiqamah dalam amalan soleh
7. Berharap sepenuhnya hanya kepada Allah..berbaik sangka dengan Allah
8. Meyakini ada beza antara orang yg baik v buruk..beriman v fasik...berilmu v tak berilmu

9.  Perlu Jaga hubungan dengan Al Quran (Qalam Allah)
Ayat ke 9 Buku EK
********************
طسٓ ۚ تِلْكَ ءَايٰتُ ٱلْقُرْءَانِ وَكِتَابٍ مُّبِينٍ
Thaa Siin (Surat) ini adalah ayat-ayat Al Quran, dan (ayat-ayat) Kitab yang menjelaskan,
(An Naml 27:1)
هُدًى وَبُشْرَىٰ لِلْمُؤْمِنِينَ
untuk menjadi petunjuk dan berita gembira untuk orang-orang yang beriman,
(An Naml 27:2)
ٱلَّذِينَ يُقِيمُونَ ٱلصَّلَوٰةَ وَيُؤْتُونَ ٱلزَّكَوٰةَ وَهُم بِٱلْءَاخِرَةِ همْ يُوقِنُونَ
(yaitu) orang-orang yang mendirikan sembahyang dan menunaikan zakat dan mereka yakin akan adanya negeri akhirat.
(An Naml 27:3)

AlQuran diturunkan kepada manusia. Namun hanya orang beriman akan merasakan sangat2 petunjuk kehidupan yang terdapat  dan Al Quran. Lebih lagi jika beriman dan bertaqwa

Manusia berdasarkan Al Quran.
1. Level Muslim
A. Taat- amalkan Islam
B. Asi - tak amalkan
2. Level Mukmin @ Solehin
Iman bertambah dengan Amalan bukan bercakap..kalau kurang amal ketaatan menunjukkan iman dalam penurunan...
Orang yang beramal soleh
Semakin banyak amalan soleh
3. Level Mukmin Bertaqwa - Muttaqin
Juga dinamakan Muqarabbin...orang yg didekatkan dengan Allah
Kafir
1. Ahli Kitab
2.  Harbi
Munafik

Mesti usahakan hubungan yang sangat rapat dengan Al Quran. Berusaha bersungguh sungguh untuk sentiasa dekat dengan Qalam Allah.

Seorang Syeikh mengatakan cara berinteraksi dengan Al Quran sehari
1. Baca Al Quran secara cepat untuk khatam. Untuk habis. Tadarus
2. Baca perlahan dengan tafsir dan tak perlu cepat ..satu atau dua ayat sekali duduk. Ini sangat bagus dan mempengaruhi diri dengan fahaman ayat Alquran
3. Ambil satu amalan yang kita faham dan buat sedaya upaya 

Orang beriman merasakan petunjuk yang benar2 dengan Al Quran. Aplikasi Al Quran..mendirikan solat dengan sebaiknya..perbaikki dan kemudian periksa harta..mana zakat?. Zakat sgt penting.
Semua yang kita buat utk mendapat akhirat yg terbaik dengan keyakinan yg sebenarnya akan datangnya negeri akhirat.

10.  Perlunya Khusyuk ketika Ingat Allah..
Solat, zikir, waktu baca Al Quran(fahami), bekerja dll
Ayat 10 Buku Erti Kehidupan
*****************************
۞ أَلَمْ يَأْنِ لِلَّذِينَ ءَامَنُوٓاْ أَن تَخْشَعَ قُلُوبُهُمْ لِذِكْرِ ٱللَّهِ وَمَا نَزَلَ مِنَ ٱلْحَقِّ وَلَا يَكُونُواْ كَٱلَّذِينَ أُوتُواْ ٱلْكِتٰبَ مِن قَبْلُ فَطَالَ عَلَيْهِمُ ٱلْأَمَدُ فَقَسَتْ قُلُوبُهُمْ ۖ وَكَثِيرٌ مِّنْهُمْ فٰسِقُونَ
Belumkah datang waktunya bagi orang-orang yang beriman, untuk tunduk hati mereka mengingat Allah dan kepada kebenaran yang telah turun (kepada mereka), dan janganlah mereka seperti orang-orang yang sebelumnya telah diturunkan Al Kitab kepadanya, kemudian berlalulah masa yang panjang atas mereka lalu hati mereka menjadi keras. Dan kebanyakan di antara mereka adalah orang-orang yang fasik.
(Al Hadiid 57:16)

Carilah kekhusyukkan itu...usahakan sedaya upaya tanpa lelah. KHUSYUK Mesti disengajakan dan dipersiapkan...diusahakan. bersedia untuk solat....sebelum waktu solat dah bersedia..wudhuk..ditempat sujud. Niatkan Khusyuk. Diusahakan. IQAMATI Solat..mendirikan solat. Preparation yang rapi dan teliti. Kenapa dgn manusia boleh teliti dengan Allah...cincai?

Masa2 Khusyuk-
Pra Solat
Masa Solat
Lepas Solat

Jangan suka tunda2 khusyuk. Kalau tak segerakan belajar khusyuk...hati akan jadi keras. Jadi terus buat. Masalah manusia adalah susah konsentrasi...gelojoh. Kene focus. Selesai satu perkara baru fikir dan buat yg baru. Rahsia orang Berjaya adalah focus. Khusyuk dalam solat dan baca Al Quran.

Riwayat
Fudhail b Iyat..muslim yg pada awalnya bergulimang dgn dosa..curi dan minum arak
Bila nak kahwin...dia cari isteri baik..dapat anak yg comel...dia usaha untuk tinggalkan dosa dan buat baik. Bila anak dia mati..dia patah hati...kembali buat dosa minum arak dan curi. Satu hari dia telah Mimpi dibawa di padang besar yg luas
Kiri api tinggi, kanan Gunung..belakang ada ular yg kejar dia...ketika lari dia terserempak dgn lelaki yg kurus kering....laki tu kata dia tak blh tolong apa...dia lari...dan pusing balik..lelaki tu suruh naik bukit...dia lari kencang.. ular masih kejar...bila naik...dia nampak satu taman dan penuh kanak2...dia nampak anak dia yang mati. Anak dia sambut..dia minta tolong anaknya...anak dia kata insya Allah dia boleh tolong dan anaknya telah memberi penerangan pasanya
Ular adalah umpama dosa dan maksiat didunia
Lelaki kurus kering - amal soleh yg sedikit
Anaknya suruh ayah bertaubat dan betul2 mengamalkan islam.....Anak itu membaca surah ayat Al Hadid....ketika dibaca ayat tu..dia tersedar dari pengsan...masa tu azan subuh...dia siap dan terus pergi subuh...imam pula baca ayat ini....selepas itu dia berazam jadi orang baik..dia pergi mencari ilmu dgn ulamak2
Kemudian dia terkenal sbg ulamak besar...dia juga pendosa yang telah bertaubat.

Tidak terlambat untuk membaiki hubungan dengan Allah. Mana yang menganggu khusyuk tinggalkan(angan2 kosong.. social media..news..celeb stories)...mana membantu tambahkan. Jangan tangguhkan lagi!!!. TUNGGU Apa lagi...?!  Sobsob

11. Pada masa diuji dengan musibah..Yakin Allah ada untuk membantu (dengan iman dan keyakinan). Allah akan bimbing untuk keluar dari kesusahan dan kesedihan.

Ayat 11 Buku Erti Kehidupan
*****************************
مَآ أَصَابَ مِن مُّصِيبَةٍ إِلَّا بِإِذْنِ ٱللَّهِ ۗ وَمَن يُؤْمِنۢ بِٱللَّهِ يَهْدِ قَلْبَهُۥ ۚ وَٱللَّهُ بِكُلِّ شَىْءٍ عَلِيمٌ
Tidak ada suatu musibah pun yang menimpa seseorang kecuali dengan ijin Allah; dan barangsiapa yang beriman kepada Allah niscaya Dia akan memberi petunjuk kepada hatinya. Dan Allah Maha Mengetahui segala sesuatu.
(Ath Taghabun 64:11)

Bila ditimpa ujian. Ingat Allah dulu..ini semua dgn izin Allan. Jangan pandang keluar..serang manusia dulu...dengan kemarahan akan menjadi susah. 

Bila ingat Allah masa musibah...hubungan dgn Allah baik. Bila lupa Allah...maknanya hubungan tak baik dengan Allah.

Bila tenang...hati lapang..Allah akan bimbing dengan hidayah taufiq . Bila musibah berlaku yakin Allah yang hantar pertolongan. Walaupun pakej tak elok.

Yakin bahawa segala datang dari Allah adalah yg Baik..kita akan tenang dan redha.

Check diri k.

No comments:

Post a Comment