Sunday, 26 January 2020

EK MAQDS K76 29.1.2020 B6. DUNIA MEDAN BERAMAL ii. PANDUAN-PERINTAH DAN LARANGAN - HABLUM MINALLAH - PERHUBUNGAN DENGAN ALLAH MS 53

Kita pelajari erti khidupan agar kita beroleh kejayaan dalam seluruh fasa kehidupan manusia. Kita sudah lalui alam roh dan rahim..dan sekarang di alam dunia. Alam dunia yang seketika dan sementara sifatnya.

Lalai kita dalam mengisi fasa dunia akan menjadikan kita rugi dalam fasa kehidupan selanjutnya. Banyak ayat mengarahkan kita untuk bersiap siaga di alam dunia untuk menuai kejayaan yang hakiki di fasa alam akhirat yang kekal abadi.

Hubungan dengan Allah dan Manusia mesti dijaga sebaiknya.

Recap Cara Menjaga Perhubungan dengan Allah.
1. Jangan sekali syirik
2. Taat Allah dan Rasul dengan sebaik kemampuan
3. Banyak Mengingati Allah dgn sebanyak banyaknya
4 . Bersyukur untuk segalanya pada setiap ketika
5. Segera taubat dan tingkatkan amal soleh
6. Usaha istiqamah sampai ke akhirnya
7. Perlu sentiasa berharap sepenuhnya dgn Allah. Sentiasa berbaik sangka setiap masa. Selalu berharap pada Allah untuk segala yg kita inginkan
8. Meyakini ada beza org beriman dan tidak  atau fasik..berilmu v tiada atau ilmu
Beriman dan bertaqwa....beramal dgn ilmu v ada ilmu tak amal...yang belajar v yang tidak.
9. Berhubung baik dgn Al Quran..baca tadabbur, amal,  sampai,  hafal..istiqamah
11. Yakin dgn bantuan Allah ketika ditimpa ujian musibah. Bila diuji dan sabar...bermakna kita sangat dekat dengan Allah. Imani dan yakini. Allah akan bimbing hati kita untuk mendapat jalan keluar. Dapat hidayah dari Allah.

Apa maksud Musibah?
Assoba - menimpa
Sobba - benar atau tepat
*root word bukan negative malah positif
Sesuatu yg tepat dari Allah utk kita
Itu tepat dan sesuai utk kita
Kalau faham...kita tak persoalkan musibah yg berlaku. Sesuai untuk aku pada masa ini. Mohon kekuatan dan kesabaran.
Kene yakin ujian itu baik untuk kita
Semua atas izin dan kemahuan Allah.
Yakin Allah hanya beri pada kita yg baik walau dalam apa bentuk
Kalau positive...akan boleh handle apa pun.

Doa mohon kesabaran..kuatkan kami dan kurniakan pertolongan 
وَلَمَّا بَرَزُواْ لِجَالُوتَ وَجُنُودِهِۦ قَالُواْ رَبَّنَآ أَفْرِغْ عَلَيْنَا صَبْرًا وَثَبِّتْ أَقْدَامَنَا وَٱنصُرْنَا عَلَى ٱلْقَوْمِ ٱلْكٰفِرِينَ
Tatkala Jalut dan tentaranya telah nampak oleh mereka, merekapun (Thalut dan tentaranya) berdoa: "Ya Tuhan kami, tuangkanlah kesabaran atas diri kami, dan kokohkanlah pendirian kami dan tolonglah kami terhadap orang-orang kafir".
(Al Baqarah 2:250)

Ujian - 
Musibah atau Nikmat
Ujian - Fitnah/fatana  proses mengeluarkan acuan yang baik.
Yakin semua takdir Allah adalah terbaik

12.  Hindarkan pergaduhan dan perselisihan dalam hal agama yg tak patut dipertikaikan. Semakin ada Ilmu semakin tunduk dan penuh kasih sayang sesama saudara Islam
Ayat 12 Buku EK
*******************
إِنَّ ٱلدِّينَ عِندَ ٱللَّهِ ٱلْإِسْلٰمُ ۗ وَمَا ٱخْتَلَفَ ٱلَّذِينَ أُوتُواْ ٱلْكِتٰبَ إِلَّا مِنۢ بَعْدِ مَا جَآءَهُمُ ٱلْعِلْمُ بَغْيًۢا بَيْنَهُمْ ۗ وَمَن يَكْفُرْ بِـَٔايٰتِ ٱللَّهِ فَإِنَّ ٱللَّهَ سَرِيعُ ٱلْحِسَابِ
Sesungguhnya agama (yang diridhai) disisi Allah hanyalah Islam. Tiada berselisih orang-orang yang telah diberi Al Kitab kecuali sesudah datang pengetahuan kepada mereka, karena kedengkian (yang ada) di antara mereka. Barangsiapa yang kafir terhadap ayat-ayat Allah maka sesungguhnya Allah sangat cepat hisab-Nya.
(Ali Imran 3:19) 

Kehendak Mencipta Allah v Apa yang diRedhai Allah.
Banyak agama didunia..tapi yg diredhai hanyalah SATU. Agama Islam agama semua Nabi. Islam means submission to Allah. 

Pegang Islam sekuatnya dan jangan bertelingkah sesama Islam. Yakin hasrat dan niat sama walau cara berbeza. Islam spt jalanraya/lebuh raya yg banyak lane.
Lane slow kiri / lane kanan laju/lane tengah sedang....kdg2 salah lane..
Amalan baik dan terbaik ada beza.
Cth Hal Tutup Aurat....raikan niatnya dan bagi nasihat elok2 untuk dia buat yang terbaik.

Pada diri sendiri kene strict dan tegas
Dengan orang lain kene bertolak ansur dan berbaik sangka...berlapang dada.
Dengan itu akan kuranglah pertelingkahan antara kita
Kenapa kita selalu bertelingkah - tak puas hati dengan kelebihan org lain...dengki..kadang tak perasaan.
Perangkap iblis...kita ingat kita baik dan orang lain semua tak betul.

Ahli kitab bergaduh bila masing2 ada ilmu..seharusnya lebih baik akhlak antara mereka bila berilmu

Zaman sekarang...fitnah dahsyat..maklumat tak sampai penuh..sampai condemn itu ini. Wlpn sebenarnya orang itu tak pun bercakap begitu.

Jaga. Jangan biar pecah belah. Berkasih sayang sesama orang islam dan orang beriman.

قُلْ أَرَءَيْتُمْ إِن كَانَ مِنْ عِندِ ٱللَّهِ وَكَفَرْتُم بِهِۦ وَشَهِدَ شَاهِدٌ مِّنۢ بَنِىٓ إِسْرٓءِيلَ عَلَىٰ مِثْلِهِۦ فَـَٔامَنَ وَٱسْتَكْبَرْتُمْ ۖ إِنَّ ٱللَّهَ لَا يَهْدِى ٱلْقَوْمَ ٱلظّٰلِمِينَ
Katakanlah: "Terangkanlah kepadaku, bagaimanakah pendapatmu jika Al Quran itu datang dari sisi Allah, padahal kamu mengingkarinya dan seorang saksi dari Bani Israil mengakui (kebenaran) yang serupa dengan (yang tersebut dalam) Al Quran lalu dia beriman, sedang kamu menyombongkan diri. Sesungguhnya Allah tiada memberi petunjuk kepada orang-orang yang zalim".
(Al Ahqaaf 46:10)

Kisah Orang Yahudi dan Abdullah b Salam
Mereka puji habis2 Abdullah. Rasul tanya mcm mana kalau dia masuk Islam. Mereka kata mana boleh. Kemudian Abdullah keluar dan bersaksikan Muhammad sebagai 
Rasul dan Allah sebagai Tuhan. Mereka marah dan mencaci Abdullah pula.

Sebab benci dengan Nabi Muhammad  dan yakin ada nabi terakhir..messiah..yang mesti nabi datang  dari Bani Israel. Dalam kitab, hanya cakap nabi terakhir akan datang dari keturunan Nabi Ibrahim yang ada 2 anak,  Ishak dan Ismail. Mereka padang remeh org Arab yang lemah dan jahil daripada mereka. Mereka Sombong. Mereka ingat mereka terlalu baik.  Mereka juga tak terima Nabi Isa, kerana tolak Nabi Isa sebagai mukjizat Allah, iaitu lahir tanpa bapa  .  Dengan nabi mereka pun mereka gaduh..depa engkar sombong sampai ke hari ini.

13. Berusaha melaksanakan hukum hakam Allah sebaiknya dan jangan ikut hawa nafsu.
Ayat 13 Buku EK
*******************
وَأَنزَلْنَآ إِلَيْكَ ٱلْكِتٰبَ بِٱلْحَقِّ مُصَدِّقًا لِّمَا بَيْنَ يَدَيْهِ مِنَ ٱلْكِتٰبِ وَمُهَيْمِنًا عَلَيْهِ ۖ فَٱحْكُم بَيْنَهُم بِمَآ أَنزَلَ ٱللَّهُ ۖ وَلَا تَتَّبِعْ أَهْوَآءَهُمْ عَمَّا جَآءَكَ مِنَ ٱلْحَقِّ ۚ لِكُلٍّ جَعَلْنَا مِنكُمْ شِرْعَةً وَمِنْهَاجًا ۚ وَلَوْ شَآءَ ٱللَّهُ لَجَعَلَكُمْ أُمَّةً وٰحِدَةً وَلٰكِن لِّيَبْلُوَكُمْ فِى مَآ ءَاتَىٰكُمْ ۖ فَٱسْتَبِقُواْ ٱلْخَيْرٰتِ ۚ إِلَى ٱللَّهِ مَرْجِعُكُمْ جَمِيعًا فَيُنَبِّئُكُم بِمَا كُنتُمْ فِيهِ تَخْتَلِفُونَ
Dan Kami telah turunkan kepadamu Al Quran dengan membawa kebenaran, membenarkan apa yang sebelumnya, yaitu kitab-kitab (yang diturunkan sebelumnya) dan batu ujian terhadap kitab-kitab yang lain itu; maka putuskanlah perkara mereka menurut apa yang Allah turunkan dan janganlah kamu mengikuti hawa nafsu mereka dengan meninggalkan kebenaran yang telah datang kepadamu. Untuk tiap-tiap umat diantara kamu, Kami berikan aturan dan jalan yang terang. Sekiranya Allah menghendaki, niscaya kamu dijadikan-Nya satu umat (saja), tetapi Allah hendak menguji kamu terhadap pemberian-Nya kepadamu, maka berlomba-lombalah berbuat kebajikan. Hanya kepada Allah-lah kembali kamu semuanya, lalu diberitahukan-Nya kepadamu apa yang telah kamu perselisihkan itu,
(Al Maidah 5:48)

Quran membetulkan fakta yg tidak betul dalam kitab sebelumya. Diterangkan yang betul dan benar sahaja. Mengenai Nabi Daud dan Sulaiman.Quran untuk pengajaran. Tak perlu detail yang  tak penting.
Cth cerita nabi Yusof...tiada sebut pasal kahwin ke apa. 

Quran adalah sumber dalam hukuman. Jangan ikut hawa nafsu.

Semua nabi dan umat Allah bagi aturan yg berlainan dan berbeza mengikut masa dan kesesuaian. Hidup dynamic dan berkembang.
Contoh zaman nabi Adam..Allah suruh kahwinkan adek beradek...silang kembar.
Zaman nabi Yaakub...boleh nikah isteri dan adek isteri. Zaman Nabi Muhammad tak boleh.

Kalau Allah nak ,boleh sahaja Allah buat kita semua sama dan satu agama. Tapi kehendak Allan nak jadikan pelbagai. 

Hasad Dengki punca pertama dan utama segala dosa termasuk Bunuh (anak nabi Adam)   Tak mahu orang lebih.
Terhindar dengki  bila sudi terima kelebihan orang lain.

Kunci Ketenangan Hidup - terima kelebihan orang lain dan bersyukur dengan apa yg kita ada. Disamping terus berusaha untuk perbaiki.

Lihat semua perbezaan dalam kelebihan sebagai sesuatu yang normal dan biasa dalam hidup.

Allah akan soal apa yg dikurniakan pada kita, bukan pada apa diberi kepada orang lain. Masing2 bertangunggjawab atas diri sendiri. Lumba2 buat kebaikkan tanpa dengki dengan cara masing. Jangan runsing pasal orang lain...pikir mcm mana usaha kita.

Dengki - 4 Peringkat
1. Tak suka orang lebih dari segala apapun urusan dunia dan akhirat dan usaha untuk aniaya. Termasuk sihir

2. Tak suka dengan kelebihan orang dalam urusan dunia dan nak orang hilang nikmat tapi tak buat aniaya.

3. Tak suka kelebihan orang dalam bab akhirat dan nak kelebihannya berkurang
*3 diatas tak boleh. No 4 boleh

4. Dengki positive bab akhirat orang lebih namun tiada keinginan ia berkurang darinya namun inginkan dan berusaha utk memperbaiki diri kita agar sama atau lebih.

Ribtah. 2 yg perlu mengikut Nabi.
1.  Orang yg berilmu dan beramal tiap malam dengannya
2. Orang yg diberi harta yang banyak dan beramal dengan hartanya siang malam.

**************

Dzikrullah
Tujuan dzikir ialah untuk ingat akan kebesaran Allah,di mana kita mengingatkan,kebesaranya,maka dengan sendirinya pula kita tahu akan kerendahan kedudukan dan mertabat diri kita.Dengan berdzikir juga boleh mengejapkan tauhid kita kepada Allah dan menguatkan i'tiqad kita

Dzikrullah ialah satu ungkapan umum yang terangkum di dalamnya segala perbuatan yang kita lakukan yang mendekatkan kita dengan Allah taala.Termasuk di dalam Dzikrullah:Menuntut ilmu;untuk mendalami Al-Quran dan As-Sunnah,Mengetahui perintah Allah,halal dan haram dan segala ilmu-ilmu lain yang berkait dengan agama. Solat,Puasa,Zakat, Haji, Bersedekah dan infaq fi-sabilillah, Berdakwah, Menyeru kepada makruf dan mencegah dari munkar, Berdoa, Berdzikir, Menghidupkan sunnah nabi dan sebagainya.

Namun istilah dzikir yang lemah umum digunakan di kalangan masyarakat adalah dengan erti menyebut Nama/Sifat Allah melalui tsbih, tahmid, takbir, tahlil, dll, yang juga terkandung makna mengingat Allah.

No comments:

Post a Comment