Friday, 1 June 2018

TADABBUR RAMADHAN - SURAH AL FATH KELAS10 1.6.2018


Notes:
Tadabbur Al-Quran Bersama Ustaz Dr Firdaus Sulaiman – Program Ramadhan Abqaf
Tadabbur Surah Al Fath, Surah 48, ms511
Jumaat, 1.6.2018, 16 Ramadhan 1439H – KELAS 10

Puji Syukur atas berbagai rahmat and kurnian Allah. Alhamdulillah kita dipanjangkan umur untuk memasuki bulan Ramadhan tahun ini sehingga ke hari ini. Moga diberi Inarah untuk menyempurnakan ibadah pada bulan Ramadhan. Selawat dan Salam kepada junjungan kita Nabi Muhammad SAW. Moga Allah memberkati majlis ilmu kita dan merahmati kita dan mengurniakan ilmu yang bermanfaat kepada kita.

Bacaan Ayat dan tafsir ayat ke 10 hingga ke 12
Ingatlah kemenangan, kekayaan dan nikmat perlu digunakan untuk menunaikan dan merealisasikan tugas dan tanggungjawab kita di muka bumi ini. 2 tugas
a.Ibadah (DIRI/DALAM)
b.Khalifah – syahidan (saksi), mubashiran (pemberi khabar gembira) dan naziran (memberi peringatan/teguran untuk kembali) - LUAR

TUJUAN – untuk meramaikan orang yang beriman. Melaksanakan tugas khalifah adalah dengan tujuan meramaikan umat manusia yang beriman kepada Allah. Bila sudah ramai, ia akan memudahkan dan membantu untuk menjalankan ibadah kita. Contohnya suami isteri bersama-sama beriman dan melakukan ibadah versus hanya seorang yang buat dan yang lain tidak mahu.

Akan ada diantara keluarga kita /sekeliling yang tidak menyokong/penghalang.
Apa jua yang kita laksanakan mesti jatuh dalam ibadah / khalifah

Al Fath Ayat 10, 512
Bahawa orang yang berjanji setia kepadamu (Muhammad), sesungguhnya mereka hanya berjanji setia kepada Allah. Tangan Allah di atas tangan-tangan mereka, maka brang siapa melanggar janji, maka sesungguhnya dia melanggar atas janji sendiri; dan barang siapa menepati janjinya kepada Allah, maka Dia akan memberinya pahala yang besar.

Bai’un – menjual
Bai’at – transaksi jual beli

Apa yang kita ada adalah milik Allah SWT dan diberi pinjaman kepada kita untuk hak pakai/guna. Tetapi kekadang manusia lupa hakikat ini. Bila Allah bagi pinjam untuk kita gunakan sebaik-baiknya supaya boleh kembali ke syurga melalui jalan ketaatan.

Ada salah ke, Allah mengambil balik pinjamannya? TIDAK. Walaubagaimanapun Allah yang Maha Lembut menggunakan pendekatan yang lembut dan menarik dalam Al Quran iaity
Allah guna Bahasa ‘Pinjam’ dari kita walaupun apa yang Allah minta untuk pinjam itu milikNYA


Surah Al Hadid, ayat 11, ms 538
Barang siapa meminjamkan kepada Allah dengan pinjaman yang baik, maka Allah akan mengembalikkanya berlipat kali ganda untuknya, dan bahaginya pahala yang mulia.

Maka, dalam Islam, harta bukan untuk disimpan, kita digalakkan untuk rollingkan harta kita, jadi modal business, pinjamkan…ROLLINGKAN agar ekonomi berjalan. Perlu ada perputaran. Kene digunakan bukan disimpan untuk ia dapat memberi manfaat.

Jangan jadi Qarun. Simpan.Jadi Air bertakung akan jadi busuk.

Pelaburan yang mendatangkan manfaat mulia dan besar…adalah pelaburan dan pinjaman kepada Allah.

Surah Al Hadid, ayat 18, ms 539
Sesungguhnya orang yang bersedekah baik lelaki mahupun perempuan dan meminjamkan keapda Allah dengan pinjaman yang baik, akan dilipatgandakan (balasannya) bahagi mereka; dan mereka akan mendapat pahala yang mulia.

PERCAYA, YAKIN – dengan janji Allah. Dermawan tak ada yang jadi miskin kerana sedekah. Allah pasti akan pulangkan dengan berbagai cara dan jalan.

Surah At-Taubah, ms 204, ayat 111
Sesungguhnya Allah telah membeli (ISHTARA) daripada orang mukmin, diri dan harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka. Mereka berperang pada jalan Allah; lalu mereka membunuh atau terbunuh. Itu telah menjadi janji yang benar daripada Allah didalam Taurat, Injil dan Al Quran. Dan siapakan yang lebih menepati janjinya selain daripada Allah? Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu dan itulah kemenangan besar.

Jihad Fisabillilah -Korbankan diri kerana Allah – masa solat, bersedekah, tolong orang, melayan anak dan suami, kesusahan yang kita lalui untuk jadi hamba yang taat.

Tiada yang sia-sia, semua ada manfaat. Orang beriman tahu ini semua Allah punya.

Kata Nabi, Hadis Nabi:
Kalau perempuan buat amalan ini, dia boleh masuk pintu syurga (lapan) dengan mana2 pintu JIKA Jaga solat lima waktu on time, Jaga puasa di bulan Ramadhan, Menjaga maruah dan harga diri (tidak menghina diri sendiri), Taat kepada suami (mendapat redha suami).
Tapi perlu dengan ILMU seiring.

Apa yang sudah keluar (Sedekah dll), bukan lagi bahagian kita.

Syeikh Ali At Tantawi: -
Menteri Afghanistan kene pergi ke Rusia dari Afghanistan. Sebelum bertolak, dia suruh isteri dia masak untuk bawa bekal. Satu ekor ayam masak. Dia disambut oleh orang Islam disana. Mereka jemput dia datang ke rumah makan. Dia bagi bekal makanan kepada orang miskin dekat airport. Dia pun pergi makan. Kesimpulan, rezeki orang Russia datang dari Afghanistan. Rezeki adalah rahsia Allah.

Pengorbanan yang kita lakukan sebagai orang yang beriman, tidak akan hilang dan akan masuk dalam kiraan Allah swt.

Balik kepada Surah Fath, Ayat 10, ms 512:
Hakikatnya transaksi kita dengan orang (jual beli/sedekah/infaq)– adalah sebenarnya transaksi kita dengan Allah. Pada setiap yang kita buat ketika kita orang beriman, kerana Allah – yang menyambut tangan kita adalah ALLAH. Keluar terus dari kita terus masuk akaun Allah. Macam mana orang tu gunakan (orang yang terima dari kita) tidak menjadi masalah. Tangan Allah diatas tangan kita.

Dalam setiap transaksi, mesti keranakan ALLAH maka yang menyambutkannya nanti adalah Allah. Ketika akujanji/baiat kita betul2 tunaikan…kesediaan untuk mengorbankan ke jalan Allah. Manfaat adalah pada diri. Jika kita tak buat, yang rugi adalah kita.

Surah At Taubat, 112, ms205, sambungan dari ayat 111 diatas
Mereka itu adalah, orang yang bertaubat , yang beribadah, yang memuji Allah, yang mengembara, yang rukuk, yang sujud, yang menyuruh berbuat makruf dan mencegah daripada yang mungkar dan yang memelihara hukum-hukum Allah. Dan gembirakanlah orang mukmin itu.

 Allah mahukan pada tiap transaksi kita lakukan sepertimana dalam ayat 111, kita perlu lengkapkan dengan yang berikut dari ayat 112.

1.Perlu banyak taubat, kerana banyak kita kedekut/gagal/takbuat transaksi/tak tunai perjanjian – Kita banyak tak tunaikan apa yang Allah mintak.

2.Perlu jadi orang yang rajin beribadat dan meniatkan segala yang kita buat sebagai ibadah.
A. Ibadah mahdah /Khusus/Khas – ikut pada panduan
B. Ibadah Ammah/ Umum – Aktiviti harian yang tak termasuk diatas, tapi kita niatkan kepada Allah – makan, pergi pasal, kerja, kemas rumah, belajar,

Set awal-awal, niat awal2, Aku niatkan segala yang aku lakukan sejak aku kecil hingga ke mati keranamu Ya Allah, (Niat umum) tidak disia-siakan. Tapi perlu diperbaikki/renew balik dan azam. Perlu selalu diperbaharui untuk lebih semangat.

3. Memuji Allah (berzikir)- syukur dibawa sentiasa.

4. Saaihun (2 makna -Orang yang puasa / Orang yang mengembara/jalan/musafir/menuntut ilmu) -Bila memgembara, kita akan terbuka hati untuk cuba yang lebih bai

5. Orang yang rajin rukuk, sujud  -Menunaikan solat ,Tunduk dan patuh

6. Menyuruh/mangajak orang berbuat makruf yang baik

7.Orang yang mencegahkan kepada kemungkaran.

8.Orang yang menjaga hukum-hukum Allah (halal dan haram). Hudud – batas/border.
Orang yang beriman, Nabi cakap seperti Orang telah berjalan atas jambatan yang dikelilingi pagar dan atas jambatan ada pintu/lubang2/jalan…Para nabi dan pendakwah menyeru masuk dalam jambatan ini. Pagar-pagar adalah hukum Allah. Pintu adalah perkara haram. Bila nak masuk pintu, ada orang yang menegah untuk jangan masuk pintu itu nanti akan sesat.
Siapa dihujung pintu yang selalu mengingatkan – hati nurani orang yang beriman

Kalau semua kita buat, kita adalah orang beriman yang akan dapat khabar gembira yang Alalh akan masukkan kita dalam syurga. Aamin.

No comments:

Post a Comment