Friday, 8 June 2018

TADABBUR RAMADHAN - SURAH AL FATH KELAS 14 (AKHIR) 6.6.2018 dan Taklimat SyriaCare


Notes:
Tadabbur Al-Quran Bersama Ustaz Dr Firdaus Sulaiman – Program Ramadhan Abqaf
Tadabbur Surah Al Fath, Surah 48, ms511
Jumaat, 8.6.2018, 21 Ramadhan 1439H – KELAS 14 (AKHIR)

Puji Syukur atas berbagai rahmat and kurnian Allah. Alhamdulillah kita dipanjangkan umur untuk memasuki bulan Ramadhan tahun ini sehingga ke hari ini. Moga diberi Inarah untuk menyempurnakan ibadah pada bulan Ramadhan. Selawat dan Salam kepada junjungan kita Nabi Muhammad SAW. Moga Allah memberkati majlis ilmu kita dan merahmati kita dan mengurniakan ilmu yang bermanfaat kepada kita.

Bacaan Ayat dan tafsir 29
Muhammad adalah utusan Allah dan orang yang bersama dengan dia bersikap keras terhadap orang kafir, tetapi berkasih sayang terhadap sesame mereka, Kamu melihat mereka rukuk dan sujud mencari kurniaan Allah dan keredhaanNYA. Pada wajah-wajah mereka ada tanda bekas sujud. Demikianlah sifat-sifat mereka (yang diungkapkan) dalam Taurat dan sifat-sifat mereka yang diungkapkan dalam Injil, iaitu seperti benih yang nmengeluarkan tunasnya, kenudian tunas itu makin kuat, lalu menjadi besar dan tegak lurus di atas batangya; tanaman itu menyenangkan hati penanam-penanamnya kerana Allah hendak menimbulkan perasaan tidak senang hati kepada orang kafir dengan sebab kekuatan orang mukmin. Allah menjanjikan kepada orang yang beriman dan mengerjakan kebajikan di antara mereka, keampunan dan pahala yang besar.

Kita imbas kembali apa kita sudah pelajari –
Pengajaran dari surah ini adalah setiap orang beriman akan sentiasa berusaha untuk berjaya dari usaha yang kecil hingga mencapai kejayaan yang besar di akhirat.
Dan Allah akan sentiasa membantu orang mukmin untuk mendapat syurga Allah.
Dan sentiasa beramal dan perbagaikan jalan untuk mendapatkan syurga Allah. KERANA ketika kita semangat untuk beramal soleh, banyakkan amalan sunat. Dan ketika lemah semangat dalam beramal, cukupkan degan yang fardhu dahulu.

Ada 3 perkara yang apa sahaja kita buat di dunia ini akan jadi baik ada 3 perkara ini. Tengok surah Al Lail
Ketika dalam keadaan yang kurang semangat untuk amal kita kena faham akur adala perbezaan amalan dari setiap orang ke setiap yang lain, antara lekaki dan perempuan. Ada cara beza amalan lelaki dan perempuan. KERANA permintaan Allah dari kaum lelaki dan kaum perempuan ada perbezaan, maka amalah dan usaha kita juga pelbagai.

Dan Allah mengakui perbezaandan usaha kita- melalui jantina dan usaha.

Surah Al Lail, Ayat 1-10, ms 595
Demi malam apabila menutupi cahaya siang
Demi siang apabila terang benderang
Demi penciptaan lelaki dan perempuan
Sesungguhnya usahamu memang beraneka macam
Maka barang siapa memberikan hartanya dijalan Allah dan bertakwa
Dan mengakui dengan yakin adaanya pahala yang terbaik iaitu syurga
Maka kami akan mudahkan baginya jalan menuju kemudahan (kebahagiaan)
Dan adapun orang yang kikir dan merasa dirinya cukup (tidak perlu pertolongan Allah)
Serta mendustakan pahala yang terbaik
Maka kami akan mudahkan baginya jalan menuju kesukaran (kesengsaraan)


Allah mengakui kepelbagaiain
Lelaki dan Perempuan, Doctor/Nelayan/Petani/Penjawat Awam/Peniaga/Guru
Jangan sesekali paksakan orang untuk sama dengan kita.

Di tengah kepelbagaian usaha dan amalan kita itu, ada 3 perkara yang kita mesti ada
1.Mesti ada suka memberi/Contribute/Selalu niat memberi sumbangan. Tidak kedekut dalam pertolongan
Jangan risau pasal islam, tapi apa yang kita buat untuk islam. Islam Allah jaga. Tapi apa contribution kita untuk menolong agama Allah.

2. Mesti ada Takwa/Cari kebaikkan untuk bagi dekat orang
DAlam apa kerja kita buat kene cari jalan untuk memberi. Takwa adalah berusaha mencari jalan dan bukan alasan untuk memberi sumbangan kepada agama Allah. Kita semua berusaha. Yang berkerjaya/surirumah tak kira. Buah/Hasil sebuah takwa ialah amal soleh.

3. Mengakui/membenarkan/menyokong matlamat dengan semua usaha yang dibuat hanyalah untuk meraih SYURGA…dapat kembali ke syurga. Meniatkan semua yang dibuat dan takwa yang diusahakan untuk kembali ke syurga
Menyokong segala usaha orang lain dalam membuat kebaikkan, agar realisasi. Ada nilai bantu membantu, sokong menyokong dan sebagainya.

Dengan 3 perkara diatas, Allah akan memudahkan usaha kita dalam beramala soleh dan mendapat ganjaran - syurga di mudahkan bahagi kita, mendapatkan jalan kebaikkan

1.Dapat buat kebaikan lepas tiap kebaikan. Orang munafik, hanya mengharapkan habuan dunia.
2.Mudah jalan balik ke syurga

Prinsip asal orang beriman – Apa yang kita boleh MEMBERI? Tolong dulu dan yakin pasti Allah akan tolong kita. PASTI.

 Dalam kepelbagaian usaha amal soleh kita  yang tak patut/jangan ada dalam diri kita.
1.Jangan ada kedekut bakhil – duit, idea, tenaga. Malas menyumbang apa2.

2. Merasa diri CUKUP/Sombong dengan apa yang ada - Inti ibadah, mesti rasa kurang dengan Allah. SEKALI LAGI – inti ibadah kita merasakan diri kita sangat kurang. Kalau dengan Allah sudah rasa cukup, BAHAYA. DEngan rasa kurang ini, kita akan beribadat dengan lebih khusyuk.
Flashback – Pada masa bila ibadah paling best dan khusyuk – apabila rasa HINA, kerdil, kecil, lemah, meminta,
Ada nilai penghambaan dan kurang. Kalau dah mudah sangat, nanti rasa tawar ibadah dan sekadar ‘automatic’
Kita mesti cari sesuatu yang menyebabkan kita rasa lemah dan sangat bergantung harap dengan Allah.
Bila hati dah keras, Allah timpa kita dengan musibah. supaya kita kembali menangis merintih Dengan Allah.
 Allah merubah orang dengan
1.Sukarela – sendiri nak berubah
2.Sukapaksa – cara musibah

Dengan manusia pun kita kene macam tu.(bukan lemah dan meminta-minta tapi) , Kita kene reserve ‘one day we need him/her’. Kalau marah pun berpada-pada
  
3. Mendustakan perkara yang baik
Tidak sokong yang baik. Menafikan kebaikkan orang lain. Kita merasakan orang lain tak baik . Kita je yang baik.

** Kalau ada ketiga tiga ini dalam hidup kita, maka siap2lah…AWAS Allah akan memudahkan jalan menuju kesukaran.
Support orang yang buat baik, nanti orang itu sayang dan suka kita. Kalau kedekut, sombong , ingat dia betul…tak ada siapa nak tolong, walaupun saudara sendri
**Di tengan kepelbagaian usaha kita, tanamkan 3 perkara itu dan hindarkan 3 perkara di atas.

Ayat Akhir, Surat Al Fath, Ayat 29, adalah kesimpulan macam mana umat Islam patut jadi.
1.Berusaha menjalankan tugas yang dijalankan oleh Rasul - Ingat Muhammad adalah utusan Allah.  Dan pikirkanlah kita juga messenger or GOD, kit akene teruskan usaha Rasul . Kita akan cuba bertindak dan berakhlak
Prinsip RASUL – adalah memberi dan bukan mengambil. Tidak mintak balasan/imbalan dari orang. Berilah dalam landasan kita nak ikut cara Rasul, utusan Allah

2. Tiru sahabat-sahabat Nabi dan orang yang dekat dengannya. Bagaimana keadan mereka?
a. Tegas terhadap orang kafir
b. berkasih sayang sesame orang beriman – sentiasa berbaik sangka, 10 kemungkinan, even kalau 1 ada yang baik, ambik yang baik sahaja. Kebanyakkan yang meranapkan hubungan antara kita adalah buruk sangka. Rendahkan sayap kita, jangan tunjuk hebat. Mengalah lagi baik, apa lagi hal urusan dunia. Dalam urusan akhirat, tak boleh mengalah. Kene rebut dan berebut. Dalam bab dunia, orang sekarang tak boleh mengalah. Dalam bab akhirat pula mengalah. * Cerita kisah sahabat nabi yang dahaga dan depa rela mengalah untuk menolong
c. Mereka taat – (rukuk dan sujud) – Apa yang diperintah, di usahakan buat. Sehingga dia akan berpindah dari satu kebaikkan kepada satu kebaikkan, bersambung-sambung. Itulah orang mukmin
***Tujuannya adalah untuk mencari anugerah Allah – pertolongan, hidayah, redha dan pahala
Ikhlas itu adalah mengharapkan sesuatu dari Allah bukan makhluk. Beramal untuk dapat syurga, sedekah untuk tambah rezeki – ITU IKHLAS. Kerana k
NAMUN REDHA adalah yang paling utama. Tiada masalah nak minta gajaran macam2 dari Allah

Perlu diingat, ada ibadah/amal soleh yang mengembirkan diri kita sendiri sahaja dan ada yang mengembirakan diri kita dan orang lai,.
Ibadah yang membuat orang lain seronok selain kita. Menyenangkan orang lain dan memasukkan rasa gembira dalam hati orang yang beriman. Ada kesan KELUAR. Orang lain nampak dan perasaan.  MAKE people happy

CLUE/PRINSIP orang nak dekat dengan kita –
Surah Ali Imran , ayat 159, ms71
Maka disebabkan rahmat daripada Allah, engkau berlaku lemah-lembut terhadap mereka. Sekiranya engkau bersikap keras lagi berhati kasar, tentulah mereka menjauhjan diri dari sekelilingmu. Kerana itu, maafkanlah mereka; mohonlah keampunan bagi mereka, dan bermesyuaratlah dengan mereka dalam urusan itu. Kemudian apabila kamu telah membulatkan tekad (untuk melakukan sesuatu), maka bertawakkalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang bertawakkal kepadaNya.

Jiwa yang lemah lembut- menunjukkan Allah rahmati kita
Kalau keras dan kasar (Tak mahu ubah, dia je betul) Orang akan lari
Kunci untuk orang rapat dengan kita –
1.Tunjuk kasih sayang
2.Berlemah lembut
3.Suka memaafkan
4.Mintakan ampun untuk mereka (dibelakang). Doa yang terbaik dalam diam, dia tak perlu tahu. ‘MAKE DOA’
5. Rajin berbincang, bermusyuarah – jangan sendiri sendiri. Nabi masih berbincang walaupun dia dapat wahyu
6. KENA ada TAWAKKAL sama-sama. Bila sudah ada kata sepakat. Jangan komen belakang. Hanya IMPLEMENTASI. Nanti post mortem, bincang.

Insya Allah, mari kita berusaha dan terus berusaha hingga mencapai kemenangan.

Taklimat Dari Wakil, SyriaCare
-SYRIA CARE (2012, Fokus bantu rakyat Syria)
Tanda mencintai sesama mukmin nampak pada hadits dari Anas bin Malik radhiyallahu ‘anhu berikut ini, di mana Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
لا يُؤْمِنُ أَحَدُكُمْ حَتَّى يُحِبَّ لأَخِيهِ مَا يُحِبُّ لِنَفْسِهِ
Salah seorang di antara kalian tidaklah beriman (dengan iman sempurna) sampai ia mencintai saudaranya sebagaimana ia mencintai dirinya sendiri.” (HR. Bukhari no. 13 dan Muslim no. 45)
-Saudara se-Akidah.Janji beriman, dia adalah saudara kita
-Tiada factor warna/geography/status/bangsa
-Issue Syria sangat berat dan perlu difokus.
-UN – 5juta rakyat Syria dah keluar dari Syria, kebanyakkan lari ke Turkey, Lubnan, Jordan, Europe, Canada. Mereka keluar untuk menyelamatkan nsya
-UNHCR – 16 juta perlukan humanitarian assistance. 6.1 needs dire assistance. WHAT TO EAT? For 6.1 in Food Crisis. Reality, they don’t know what to eat ? What is there to eat?
-Dahsyatnya keadaan mereka – kematian 500,000 (span of 7 years) 60% of them are parents,300k ketua keluarga…300l*3anak= (900k orphans)
-Akan jadi sejarah. Catastrophic event for umat Islam
-Fikiran negative/sempit akan menghambat usaha kita
- Orang Syria sangat dekat dengan orang Melayu, cakap lembut dan panggilan sayang. –
-Masyarakat Malaysia – suka kan keamanan, sama dengan orang Syria
-2011 -Syria: Orang Syria suka patuh, tak suka lawan. JADI APA JADI:
a. mereka tak sangka akan terjadi
b. peristiwa kanak/budak sekolah terpengaruh dengan arab spring, kanak2 tulis dekat dinding – rakyat nak jatuhkan kerajaan
c.Polis serious- buat siasatan, masuk sekolah, seksa budak2 kecik tu. Some of them died, mati kerana diseksa. Budak yang takde apa kuasa.
d.Orang Syria takut kerajaan, mereka mintak balik mayat anak dia, polis Syria kata bagi isteri
they start with perarakan aman, minta reform in police. Tunjuk perasaan yang aman, dibalas dengan peluru. Setiap hari orang mati…
e. In Mei, sebahagian tentera Syria, keluar dari tentera dan buat tentera rakyat.... mulalah Revolution…dari satu ke satu…Sectarian War…Proxy War makin teruk
f. Hakikatnya, kenapa rakyat Syria takut dengan kerajaan –
a. peristiwa kem Syabra Syatilla (1982)- kem pelarian Palestin, 5000 Palestine dibunuh in cold blood. 
b. Hama (Town in Syria) Masacre, Feb 1982 – Uprising oleh Muslim Brotherhood (Ikhwanul Muslimin), Kerajaan Syria pergi kepung, in 7 days they killed 38,000-40000. Or MORE.So kenapa ada uprising?? Kerajaan Empayar Othmaniah jatuh, tiada satu KERAJAAN ISLAM di dunia yang bersatu…Umat Islam sendiri-sendiri, Tiada SATU KERAJAAN ISLAM YANG UNGGUL dan mengetuai, masing-masing sendiri sendiri
1920 – unions, sosialis, uprising against Capitalisme. - Parti Baath (In Syria) parti sosialis memerintah., Di Syria - Majority Sunni, Syiah, Christian, Others
Penganut Alawi (siapa ketua, dialah Tuhan, Tuhan pertama, tuhan kedua) – mengamalkan ajaran secara terbuka. Sampai sebut ‘La IllahaiLLA Bahsyar’ – sampai sujud. Hafiz Al Assad.

Tapi orang Islam Syria, mereka sama seperti kita, dekat dia dan kita. Dia rasa kesal, ketua negara bukan orang Islam, tapi parti politik adalah Parti Baath…dan mulalah Muslim Brotherhood…dan kemudian jadi peristiwa HAMA.
Kerajaan diketuai oleh orang Alawi, depa jaga military dan intel. Agama Alawi.tak pernah percaya Islam. Ianya agama Lain. Mereka kawan dengan syiah, untuk menentang Sunni.
Orang Sunni di Syria – lari ke Idlib

Politikly, Basyhar kata dia Islam, dia solat - Sheikh Ramadhan sangat baik, tengok yang baik sahaja, dia alim.*Dia rasa - Bahsyar buat yang baik depan dia…solat, Quran…dia tak tahu apa yang bahsyar buat di belakang. Ceritanya, dia mula dah tahu pasal basyar dan ingin lari…dia dibunuh. Kita tak tahu siapa bunuh sapa dalam perang.

Orang Syria, kata orang Malaysia tak menghargai keamanan yang depa ada.  Di Syria, nak bagi khutbah/ceramah dll kene isi borang / temuduga – INTEL/POLIS. Kena sign surat, Masjid Malaysia bukak 24jam…tapi di Syria, masjid hanya dibuka 15 min sebelum azan dan selepas. kecuali masjid pelancongan. Di Syria, askar tak boleh belajar agama, pejabat kerajaan takde surau.

Mereka ditindas sekian lama,r tersiat2 hati mereka…tapi depa sabar supaya ada keamanan...dan mereka mahu sebarkan Islam.

-Keadaan penjara di Syria (bilik kecil-70 orang satu sel yang kene berdiri, bagi makan duduk bergilir, 35 telur, roti.)– fisikal dan mental torture- masuk penjara terus, kerana disyaki terlibat dalam gerakan Ikhwan…sebab kawan dia ada janggut. (orang cinta rasul dan agama)10 tahun di penjara…padahal dia takde kene mengena dengan ikhawanul muslimin.
- Randomly pick banduan, untuk dijatuhkan hukuman mati. * Caesar Syria” – tortured bodies in Syria prison.

-Ada intel officer, catit orang yang selalu solat subuh dimasjid kerana orang Islam yang solat subuh di masjid, orang yang kuat. Berpuluh tahun hidup dalam keadaan ini. Takut nak kritik kerajaan, takut ada family yang jadi spy kerajaan

-Why are Other countries in Syria?
Russia needs land for pipeline – investment, business – they bomb not only ISIS/DAESH (depa bukan menegakkan Islam) but the people of Syria…they are defending themselves…ada juga puak-puak bergaduh…Al Qaeda.among them, they are fighting with themselves now. Keadaan makin rumit…USA – to fight ISIS and protecting oilwells

SOALAN – BILA NAK AKHIR? Macam mana kisah akhir Syria. Nobody knows, things are changing so dramatically…
2015…Russia…tentera Iran, Lubnan, Turkey

SOALAN – APA YANG KITA BOLEH BUAT? KITA KENA BERADA JALAN AL HAK/BENAR
-Do your part, with whatever Allah gave you…what you have. Orang Syria bukan mengharapkan rakyat Islam datang ke Syria untuk berperang…TETAPI
Buat apa yang boleh sebagai saudara seiman yang mengasihi saudara yang dalam kesusahan….

Ceritakan, sebarkan, write…bagi sumbangan…tolong dalam mendapat sumbangan dan yang UTAMA…DOA DOA DOA -kepada Allah dari hati, untuk orang Islam Syria. Doa Agar Allah Bagi kemudahan kepada mereka…bagi kemenangan…DOA pada sebahagian waktu malam dengan penuh harap.

Hadis Nabi – Jika Ahli Syam (Syria) rosak, kita tidak apa2.
Our Last Defence is in Syria. But When? We don’t know
Sekarang, kita jalan tanggungjawab kita.
DAPUR SYRIA (SYRIA CARE) -5000 orang makan. Perlukan RM400,000, kalau tidak dapur kene tutup.

Mohon bangkit bersama menyumbang, ajak orang lain menyumbang  dan senstiasa berdoa untuk saudara kita di SYRIA.
Aamin. Insya Allah

No comments:

Post a Comment