Wednesday, 6 June 2018

TADABBUR RAMADHAN - SURAH AL FATH KELAS 12 6.6.2018


Notes:
Tadabbur Al-Quran Bersama Ustaz Dr Firdaus Sulaiman – Program Ramadhan Abqaf
Tadabbur Surah Al Fath, Surah 48, ms511
Rabu, 6.6.2018, 21 Ramadhan 1439H – KELAS 12

Puji Syukur atas berbagai rahmat and kurnian Allah. Alhamdulillah kita dipanjangkan umur untuk memasuki bulan Ramadhan tahun ini sehingga ke hari ini. Moga diberi Inarah untuk menyempurnakan ibadah pada bulan Ramadhan. Selawat dan Salam kepada junjungan kita Nabi Muhammad SAW. Moga Allah memberkati majlis ilmu kita dan merahmati kita dan mengurniakan ilmu yang bermanfaat kepada kita.

Bacaan Ayat dan tafsir ayat ke 12 hingga ke 15

Perbezaan antara orang yang beriman dan orang yang setakat islam/belum ada iman, adalah orang beriman sentiasa mencari jalan, orang yang belum beriman sentiasa ada alasan – Alasan yang biasa ialah sibuk dengan harta, kerja, anak dll.

Orang yang beriman meminta doa dengan murni, rasa kurang dengan Allah dan merasakan perlu orang lain punya support dan doa. Orang yang belum betul2 iman, mintak orang lain doakan setakat dimulut sahaja bukan dari hati, sebagai melepaskan diri mereka.

Orang yang beriman meyakini SEGALA manfaat dan mudarat itu BENAR2 daripada Allah. Sedangkan orang yang belum masuk iman dalam hati, merasakan manfaat dan mudarat datang dari Mahluk dan bukan Allah.

Orang beriman minta dihindarkan mudarat dan diberi manfaat dengan Allah Mereka bergantung terus dan sentiasa dekat dengan Allah. Yakin dengan sebaik-baik yakin, segala manfaat dan mudarat datang dari Allah.

Keyakinan dan Berani sesorang menempuh satu jalan kebaikkan walaupun sukar adalah apabila diayakin manfaat dan mudarat dari datang Allah. Dia tidak ragu-ragu dan tidak juga takut, dia sentiasa berdoa untuk mendapat pertolongan. Orang yang belum betul beriman, akan ragu-ragu dan was-was.

Selagi kita menempuh jalan kebaikkan, selagi itu Allah akan bersama dengan kita. Jangan risau, tak kisah lah orang lain pakat nak mudaratkan kita. Yakin dengan Allah yang SATU, Tuhan yang Maha Perkasa.

Surat Al Fath, Ayat 12, ms512
Bahkan dahulu kamu menyangka bahawa Rasul dan orang mukmin sekali-kali tidak akan kembali lagi kepada keluarga mereka selama- lamanya dan syaitan jadikan terasa indah yang demikian itu di dalam hatimu dan dan kamu telah berprasangka dengan prasangka yang buruk, kerana itu kamu menjadi kaum yang binasa.


Orang yang beriman, mempunyai prinsip hidup yang sentiasa yakin dan kuat. Tidak akan berpatah balik disebabkan kata-kata negative orang. Hanya Allah yang akan menentukan/merubahkan sesuatu dengan hasil. Bila dah ada results sesuatu usaha, kalau negative ubah, kalau baik teruskan.

Jadilah orang yang meyakinkan sahabat apabila mereka ragu-ragu dalam membuat sesuatu yang baik. Dia perlukan keyakinan, berikan. Jangan sesekali tambahkan keraguan dia, dalam dia bermiat membuat kebaikkan.


Orang munafik, suka mengagalkan usaha yang baik.

Prinsip asas, orang beriman mula dengan sangka baik dalam setiap hubungan. Hanya, reservekan sikit untuk waspada

Kesan buruk dari buruk sangka
1. Akan jadi apa yang disangka
2.Allah murka
3.Allah laknat
4.Allah sediakan neraka Jahannam
5.** Akan binasa umat /orang

Orang beriman, berusaha untuk menciptakan bahagia dan tenang dan sentiasa cuba memperbaikki hubungan dan mahu buat baik dan sentiasa beri manfaat kepada orang lain.

Kita kene Yakin bahawa Landasan Ibu Bapa – sentiasa dengan kasih sayang. Walaupun ada kalanya caranya mungkin menguris hati kita.
Jangan sebab satu silap, kita lupakan segala yang baik pernah dibuat, 90% baik, 10% tak baik – tapi yang 10% itu yang kita kenang. Setiasalah berbaik sangka dalam apa jua keadaan walaupun mungkin hati kita tercalar.

Secara asasnya, pasangan kita sayang kita dan bina hubungan dengan kita dengan asas kasih sayang. Kita mesti terima baik buruknya,  tiada yang 100% perfect , pasti ada kelemahan. Ingat yang baik-baik sahaja.

Yang nampak tak berapa baik/memuaskan, teruskan baik sangka. Dalam baik sangka, Allah akan REPAIR yang lompong dan lobang2. Kalau tidak cover lobang dengan baik sangka, lamanya jadi lagi besar dan akan binasa.

Sempurna hidup ini, adalah saling menutupi aib dengan baik sangka.

Beberapa bentuk musibah
1.Musibah Kashaf- berlaku pada para nabi – untuk Allah bukak jalan, nak buka yang hak dengan yang batil, buka yang ada dalam pasukan ada yang tidak taat. ‘Musibah yang membuka hakikat dan kebenaran’
2. Musibatul Rafak – bertujuan untuk mengangkat darjat. (para nabi dan orang islam). Majority, orang beriman yang biasa.
3. Musibatul Insaf – ditujukan untuk buat orang itu insaf (mukmin yang berdosa)
4.Musibah Azab – tujuan untuk menyeksa (hanya kepada orang kafir)

Surah Sajadah, ayat 21, 417
Dan pastii kami timpakan kepada sebahagian seksa yang dekat di dunia sebelum azab yang lebih besar di akhirat, agar mereka kembali (ke jalan yang benar)

Musibatul Insaf - Berlaku pada mukmin yang dosa dan orang kafir. Jika tidak berdosa, prinsip asas musibah adalah kashaf dan rafak. Bila ditimpa ujian, kita muhasabah diri dan realise kita ada lalai/buat dosa, maka prinsip musibah itu adalah ‘musibatul insaf’
Jalan untuk membaiki diri dan kembali kepada Allah. Nak Tarik tangan balik, baik sangka pasal musibah yang berlaku pada kita.

Orang Kafir tidak menghiraukan musibah untuk kembali ke jalan yang benar…maka dia ditimpa musibah azab dan seterusnya

Orang munafik sapu habis semua, dia akan melihat semua musibah yang jadi kepada orang yang beriman sebagai AZAB.

Orang Islam, tapi tiada iman dan keyakinan pada Allah dan Rasul - 
Surah Al Fath, Ayat 13, ms 512
Dan barang siapa tidak beriman kepada Allah dan RasulNya, maka sesungguhnya Kami telah menyediakan untuk orang kafir itu neraka yang menyala-nyala.

Surah Ali Imran, ms 65, ayat 119 dan 120 (ayat mengenai orang munafik)
Awaslah! Kamu menyukai mereka padahal mereka tidak menyukai kamu. Dan kamu juga beriman kepada segala kitab. Apabila mereka bertemu dengan kamu, mereka berkata: “Kami beriman,” dan apabila mereka menyendiri, mereka mengigit hujung jari lantaran perasaan marah bercampur benci terhadap kamu. Katakanlah kepada mereka: “Matilah kamu dengan kemarahanmu itu. “Sesungguhnya Allah mengetahui segala isi hati.

Jika kamu memperoleh kebaikkan, nescaya mereka bersedih hati, tetati jika kamu mendapat bencana, mereka bergembira kerananya. Jika kamu bersabar dan bertakwa, nescaya tipu daya mereka sedikit pun tidak mendatangkan kemudaratan kepadamu. Sessungguhnya Allah mengetahui segala apa yang mereka kerjakan.

Surah Ali Imran, ms 67, ayat 139
Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang yang beriman.

SABAR - PERTAHAN – maintain pada posisi kita, jangan rasa lemah, hina dan sedih, kerana itu akan downgradekan diri kita. Tell yourself aku akan kuat dan sabar. Self dialogue – bila orang nak downgrade kita, kit kene angkat diri kita kerana kita beriman dan beramal soleh. Jangan ikut cara dia jika dia dalam keadaan dia sering buat dosa. KUATKAN DIRI, TABAH, SABAR, YAKIN
Berasaskan IMAN bukan kerana sombong, tapi inginkan diri kita bersabar. Maintain dalam ketaatan dan kesabaran.

Surah Al Fath, Ayat 14
Dan hanya milik Allah kerajaan langit dan bumi. Dia mengampunkan siapa yang Dia kehendaki dan akan mengazabkan siapa yang Dia kehendaki. Dan Allah Maha Pengampun, Lagi Maha Penyayang.


Walaupun orang itu bermasalah (lebih kepada banyak dosa), jangan sesekali tutup kemungkinan dia akan dan boleh ubah diri jadi lebih baik, baik dari kita kerana Allah Maha Berkuasa. Pada ketika menghadapi orang yang bermasalah, kita berbaik sangka yang kemungkinan diaakan berubah jadi orang yang baik satu hari nanti.

Penduduk Taif baling batu dan marah nabi. Nabi datang ke Taif dengan berjalan sangat jauh. Orang seksa dan tak hargai dia. Malaikat cakap dia boleh hancurkan gunung dan tenggelamkan mereka. Nabi kata jangan, mudahan bila mereka tahu, mereka akan berubah kepada kebaikkan, sekarang ini mereka tidak tahu. Nabi sentiasa bersangka baik dan berdoa yang baik untuk semua.

Khalid Al Walid, pernah kalahkan nabi. Nabi patah gigi dan cedera…tapi kemudian dia jadi ‘Pedang Allah’. Dia jadi Panglima tentera Nabi.

Jangan jadi pendakwa, jadilah pendakwah. Kita lihat  semua orang  baik atau pun yang berdosa - bukan layak untuk dihukum tapi layak dimaafkan.
Pengampun diiringi dengan Penyayang – Salah satu jalan mendapat kasih sayang Allah, adalah pengampunan. Kasih sayang Allah bukan hanya disebabkan oleh kebaikkan, dengan dosa yang kita telah terlanjur melalkukan juga kita boleh dapat kasih sayang Allah sekiranya kita bertaubat dengan taubat nasuha.
JADI:-
Pandanglah orang yang berdosa, dengan sangkaan yang mereka jika diberi hidayah, bertaubat akan dapat kasih sayang Allah lebih dari kita. Jadi lebih baik dari kita, Doakan dia dapat hidayah. Jadikan kita asbab perubahan orang sekeliling kita. Supaya kita juga dapat manfaat.

Ramahlah dengan orang2 yang baru nak berjinak dengan kebaikkan, jadikan asbab. Nak jinakkan hati orang, jangan tegur pada masa yang dia buat silap. Bagi dia cool, kalau boleh berkias kias , jangan terus direct.

No comments:

Post a Comment