Notes:
Tadabbur Al-Quran Bersama Ustaz Dr
Firdaus Sulaiman – Program Ramadhan Abqaf
Tadabbur Surah Al Fath, Surah 48, ms511
Selasa, 5.6.2018, 20 Ramadhan 1439H –
KELAS 11
Puji
Syukur atas berbagai rahmat and kurnian Allah. Alhamdulillah kita dipanjangkan
umur untuk memasuki bulan Ramadhan tahun ini sehingga ke hari ini. Moga diberi
Inarah untuk menyempurnakan ibadah pada bulan Ramadhan. Selawat dan Salam
kepada junjungan kita Nabi Muhammad SAW. Moga Allah memberkati majlis ilmu kita
dan merahmati kita dan mengurniakan ilmu yang bermanfaat kepada kita.
Bacaan
Ayat dan tafsir ayat ke 11 hingga ke 14
Milik
Allah segala kuasa di langit dan bumi dan dianugerahkan kepada kita. Semua
miliknya. Tapi bila Allah mintak apa yang diberi kepada kita dengan berbagai
cara – iaitu perkataan2 yang memujuk/mengungkapkan dgn kata-kata beradab – Zakat, pinjaman, Beli…Bahasa
Allah menunjukkan yang apa diambil oleh Allah akan memanfaatkan kita balik dan
orang sekeliling kita. Yang diambil oleh Allah itu, untuk kita sendiri.
Surah Al Fath Ayat 10,
512
Bahawa orang yang berjanji
setia kepadamu (Muhammad), sesungguhnya mereka hanya berjanji setia kepada
Allah. Tangan Allah di atas tangan-tangan mereka, maka brang siapa melanggar
janji, maka sesungguhnya dia melanggar atas janji sendiri; dan barang siapa
menepati janjinya kepada Allah, maka Dia akan memberinya pahala yang besar.
Bai’at - Konsepnya ialah
ianya kene diisytiharkan /nyatakan, umpama azam yang disampaikan kepada orang
lain. Kemungkinan untuk tunai azam adalah tinggi bila baiat. Contohnya baiat
kepada Nabi. Akujanji /Ikrar
Surah
Mumtahanah, ayat 12, ms551
Wahai
Nabi! Apabila perempuan-perembuan mukmin datang kepada mu untuk mengadakan baiat
(janji setia), bahawa mereka tidak akan mempersekutukan sesuatu apa pun dengan
Allah; tidak akann mencuri, tidak akan berzina, tidak akan membunuh
anak-anaknya, tidak akan buat dusta yang ada-adakan antara tangan dan kaki
mereka dan tidak mendehakaimu dalam urusan yang baik, maka terimalah janji
setia mereka dan mohonkanlah keampunan untuk mereka kepada Allah.
SesungguhnyaAllah Maha Pengampun, lagi Maha Penyayang.
Baiat
datang dengan iman, bukan paksaan. Lelaki dan Perempuan. Kenapa? Untuk
memperkukuhkan azamnya. Tak berat buat baiat, kalau kita faham konsep semuanya
milik Allah. Janji yang kita akan gunakan segala yang di ada kejalan Allah.
Rela
ditegur. Bersedia ditegur untuk cuba buat terbaik.
Halangan-halangan
dalam ketaatan
Dalaman
– Nafsu – yang cepat kepada kelalaian/kemaksiatan/perkara lagha
Luaranan
– Syaitan dan Manusia sekeliling
Surat
Al Fath, Ayat 11
Orang
Badwi yang tertinggal (tidak turut ke Hudaibiyah) akan berkata kepadamu: Kami
telah disibukkan oleh harta dan keluarga kami, maka pohonkanlah keampunan untuk
kami.” Mereka mengucapkan sesuatu dengan mulutnya apa yang tidak ada di dalam
hatinya. Katakanlah: “Maka siapakah yang dapat menghalang kehendak Allah jika Dia
mengkehendaki bencana terhadap kamu atau jika Dia mengkehendaki keuntungan
bagimu? Sesungguhnya Allah Maha Teliti dengan apa yang kamu kerjakan.
Surah
AlHujarat, ayat 14, ms 517
Orang
Arab Badwi berkata “Kamu telah beriman.”. “Katakanlah keapda mereka: “Kamu
belum beriman, tetapi katakanlah: “Kami telah tunduk (islam),” kerana iman
belum lagi masuk ke dalam hatimu. Dan jika kamu taat kepada Allah dan RasulNya,
Dia tidak akan mengurangkan sedikit pun pahala amalmu. Sesungguh Allah Maha Pengampun,
lagi Maha Penyayang.
**Agrabu – Arab Badwi -
Iman
= Taat Patuh/Usaha Laksana Perintah
Ciri
Khas orang yang belum beriman – Alasan demi Alasan. Bila diajak melakukan
ketaatan, mereka kata mereka sibuk dan sentiasa sibuk. Akan cari alasan. Busy
dengan kerjaya, keluarga
Tanda
orang beriman dan bertaqwa– dia cari JALAN bukan cari ALASAN
Mesti
cari masa untuk akhirat dan diri kamu. SET TIME for yourself, jangan ikutkan
kesibukan. Cari masa.
3
Golongan paling awal masuk syurga
1.Imam/Pemimpin
yang Adil
2.Hamba
Sehaya yang sebok melayan keperluan majikannya tapi masih menunaikan hak-hak
tuhannya.
3.Orang
yang kaya tetapi tidak sombong dengan kekayaanya. Menjadi kekayaannya untuk
cari redha Allah. Hartanya tidak melalaikan dia dalam ketaatan kepada Allah
Surah
An-Nur, ms355, ayat 37
Orang
yang tidak dilalaikan oleh perdagangan dan jual beli daripada mengingati Allah,
melaksanakan solat dan menunaikan zakat. Mereka takut kepada hari ketika hati
dan penglihatan menjadi goncang (hari kiamat).
4
Cara untuk berjaya dalam perniagaan di sisi Allah
1.Tidak
lupa dari mengingat Allah. Zikir pagi dan petang.
2.Menjaga
Solat- mendirikan solat ditengan kesibukan. Ambik berat dengan solat.
Sebaik-baiknya di awal waktu
3.Membayar
Zakat
*Tidak
akan binasa harta yang telah dikeluarkan zakat. Kisah businessmen di Syria,
yang kapal barang dia karam penuh dengna muatan. Lepas 2 tahun, kapal dijumpai
dan barang masih elok dan berharga, sampai kembali kepada peniaga dan dia jual
dengan untung besar. Harta yang dikeluarkan zakat takkan binasa. KEbanyakkan
perniagaan yang gagal dan jatuh muflis adalah disebabkan kerana kecuaian membayar
zakat perniagaan.
PENYAKIT ORANG ISLAM
Sebelum
dapat sesuatu yang diingini/hajati – ingat tuhan
Bila
dapat – lupa tuhan
Ada
orang disusahkan dengan hartanya. Takut harta/perniagaan ini menyusahkan
dirinya di akhirat maka dia sentiasa berhati-hati.
Asbab Rezeki dari Langit
Surah
Az Zariyat, ms 521, ayat21, 22
Dan di
langit terdapat (sebab-sebab) rezekimu* dan apa yang dijanjikan kepadamu**
Maka
demi Tuhan langit dan bumi sesungguhnya apa yang dijanjikan itu pasti terjadi
seperti apa yang kamu ucapkan
*Rezeki
yang ada di langit seperti tutunnya hujan yang menyuburkan tanam-tanaman yang
menjadi rezekimu dan sebagainya.
**Apa
yang dijanjikan kepadamu ialah Takdir Allah Subhanahu wa Taala terhadap setiap
manusia yang telah ditulis di Lauh Mahfuz.
No comments:
Post a Comment